6 June 2013

BN kena hati-hati matalamat BLACKOUT505 Anwar

BAGI Anwar kalau matalamatnya tidak berjaya membangkitkan emosi rakyat menumbangkan kerajaan secara kekerasan dalam masa terdekat, yang pasti mereka MENGWUJUDKAN GABUNGAN PENDAPAT DAN GABUNGAN PENYOKONG UNTUK PRU-14 AKAN DATANG.

Mereka akan mensasarkan kepada PENGUNDI BARU YANG BERUSIA 21 TAHUN PADA PRU-14 YANG DIANGGARKAN MENDEKATI 3 JUTA ORANG.

Meskipun di sana sini kita terbaca, terdengar- ramai yang bersuara, "Sudah kalah...kalahlah" tapi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kumpulannya nampak payah sangat terima hakikat tersebut. Sejak hari pertama BN diumumkan menang PRU13, Anwar tak habis-habis meroyan, merancau, terpekik terlolong melalui 9 himpunan Blackout505 yang bermula di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mei dan terakhir di Dataran Petaling Jaya pada 25 Mei.

Selepas perhimpunan demi perhimpunan diadakan kononnya untuk membantah keputusan PRU13 dan yang terbaru 15 Jun ini yang mahu diadakan di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Hakikatnya benarkah perhimpunan tersebut sekadar bantahan biasa, atau seperti kata pepatah 'ada udang disebalik batu'.

Ramai yang percaya 'Blackout 505' mempunyai matlamat yang lebih jauh daripada hanya untuk mencela SPR yang mereka dakwa bertanggungjawab menyebabkan berlakunya penyelewengan dalam pilihan raya.

Bernama melaporkan beberapa pemimpin politik dan pakar strategi percaya perhimpunan yang diadakan di pelbagai tempat itu juga merupakan suatu usaha untuk membentuk minda anak muda Malaysia yang akan mencapai usia 21 tahun dan layak menjadi pemilih pada tahun-tahun akan datang.

Harapan mereka ialah untuk menarik golongan muda supaya memberi sokongan kepada pakatan pembangkang 'untuk memperbetulkan' keadaan tidak seimbang dan sistem pilihan raya yang tidak adil di negara ini, seperti yang mereka dakwa, memandangkan kebanyakan yang menghadiri perhimpunan itu terdiri daripada para belia.

"Ini merujuk kepada kemunculan kira-kira tiga juta pemilih baharu dalam masa lima tahun akan datang. Apabila mereka dapat membentuk pendapat golongan muda ini, mereka (golongan muda) akan mendaftar sebagai pemilih dan menyokong parti terbabit pada pilihan raya akan datang.

Satu lagi perhimpunan bagi menyuarakan perasaan tidak puas hati tentang tuduhan berlakunya penyelewengan dalam PRU13 dirancang diadakan pada 15 Jun di ibu negara sebagai lanjutan kepada perhimpunan Black 505, yang mula diadakan tiga hari selepas PRU13 pada 5 Mei.

Pembangkang memang handal dalam perkara ini. Mereka tahu siapa yang patut dijadikan sasaran, bagaimana untuk mencari sasaran dan bagaimana untuk mengekalkan sokongan yang diterima. Bukan setakat menganjurkan perhimpunan untuk menarik orang ramai supaya menyokong mereka. Ia merupakan strategi yang menggunakan serampang dua mata dan banyak mata.

BN kurang memberi perhatian tentang himpunan yang mereka adakan, di mana pertama kali diadakan pada November 2007 antara Bersih dan Hindraf. Ekoran himpunan itu, maka pada PRU-12, BN kehilangan kuasa 2/3 Dewan Rakyat.

Selepas itu, himpunan demi humpunan dilakukan atas nama Bersih, sehingga Bersih4.0; akibatnya meskipun BN menang kerusi parlimen, namun untuk pertama kalinya hilang suara popular pada PRU-13 lalu.

Dalam PRU-13 itu juga, terlihat bagaimana kaum cina hampir mutlak menolak BN, dan untuk pertama kali DAP mendapat kerusi terbanyak di Dewan Rakyat.

Selama lima tahun daripada 2008, Pakatan Rakyat terutama DAP  memastikan rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Cina dan golongan muda, percaya bahawa pakatan pembangkang mampu membawa perubahan dalam kerajaan dan inilah puncanya kebanyakan pemilih daripada kaum Cina memberi undi mereka kepada calon pembangkang daripada DAP, PAS atau PKR.

Apabila pakatan pembangkang gagal menawan Putrajaya, KINI, mereka menukar strategi dengan memberi tumpuan terhadap tuduhan kononnya keputusan PRU13 adalah tidak adil berikutan sistem pilihan raya yang diguna pakai sekarang dan membuat heboh bahawa mereka memperoleh lebih banyak undi popular.

Penguasaan Pakatan terhadap media alternatif, di mana media ini KURANG mendapat perhatian daripada BN telah menyebabkan BN kalah teruk di kawasan yang mempunyai liputan internet, seperti bandar dan pinggir bandar.

Pembangkang memanafaatkan Youtube, Facebook, tweeter, Instagram untuk menyebarkan mesej, kerana mereka tahu golongan muda lebih gemar mempercayai media ini berbanding media arus perdana.

Tindakan mereka ini akan berterusan sehingga PRU-14. Jika BN masih menghandalkan media arus perdana seperti TV1, TV3; penulis khuatir, BN akan terlepas sokongan daripada pengundi muda yang semakin bertambah.

Minda dan fikiran seseorang akan mudah dibentuk dengan pesanan atau maklmut yang bersifat dua arah, seperti mana yang dilakukan pembangkang. Pemikiran seseorang akan terbentuk apabila orang berkenaan terlalu taksub dan melihat banyak maklumat melalui gambar, video YouTube dan komen dalam Facebook, Twitter atau mesej yang dihantar melalui WhatsApp.

"Pemikiran mereka sentiasa dibentuk hingga emosi mereka menjadi begitu cenderung kepada sentimen parti politik. Apa yang diperlukan hanyalah alat seperti visual, audio dan perasaan.

Inilah yang berlaku pada perhimpunan Blackout505. Strategi mereka ialah menyiarkan gambar (visual) perhimpunan, komen (perasaan) dan ucapan (audio) kerana mereka amat sedar bahawa pihak yang menggunakan kaedah itu secara bijak dan habis-habisan akan mendapat lebih banyak manfaat, walaupun majoriti rakyat tidak menyukai mereka..

Penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) pula berkata pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP-PKR-PAS menggunakan strategi yang menampilkan tentang perlunya rakyat menuntut hak masing-masing.

"Masalahnya ialah apabila seseorang itu memberi gambaran bahawa segala yang ada, salah belaka. Mereka boleh bentuk minda orang, terutama golongan muda, yang kononnya mereka perlu bangun untuk menuntut keadilan dan menentang perkara yang tidak betul," katanya.

Sekiranya BN terlambat melakukan tindak balas berkaitan fenomina ini, maka tidak mustahil pada PRU-14 akan datang akan berlaku perubahan kerajaan di negara ini.

Sebenarnya BN mempunyai kemampuan melakukan counter action, asalkan mereka mempercayai bahawa dunia kini adalah dunia TANPA SEMPADAN.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels