PAKATAN RAKYAT bukan sahaja mahu merampas PUTRAJAYA pada PRU-14, malah salah satu negeri yang pada satu ketika merupakan SIMPANAN TETAP BN Negeri Sabah, akan menjadi sasaran berikutnya.
Sabah yang merupakan SIMPANAN TETAP BN kerana melalui dua PILIHANRAYA UMUM Tahun 2004 dan Tahun 2008, hanya melepaskan satu Kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri kepada Pembangkang; terkejut kerana pada PRU-13 lalu, jumlah kawasan yang terlepas di tangan pembangkang berkali-kali ganda terutama bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala di peringkat Parlimen bertambah sekali setengah kali ganda.
Pada PRU-13 yang diadakan pada 5 Mei lepas, Pembangkang berjaya menang 3 kawasan Parlimen bertambah dua; manakala DUN, pembangkang menang 12 bertambah 11 kerusi.
MUNGKIN berlaku, jika pertembungan satu lawan satu, lapan kawasan DUN dan empat kerusi Parlimen akan menyebelahi pembangkang. DUN-DUN tersebut adalah Kiulu, Kundasang, Paginatan,Tambunan,Liawan,Melalap, Nabawan dan Elopura; sementara Parlimen adalah Kota Marudu, Keningau, Tenom dan Pensiangan.
Melihat kepada keputusan PRU-13 lalu, Sabah tidak lagi boleh mendabik dada sebagai negeri Simpanan Tetap BN, jika trend pengudian akan berterusan menjelang PRU-14.
Jika tiada sesuatu yang berlaku LUARBIASA pada bentuk kepimpinan BN Sabah; ada kemungkinan kawasan-kawasan yang dimenangi BN kerana akibat pecah undi, kemungkinan besar akan ditawan pihak pembangkang. Sebabnya, kawasan-kawasan di mana BN tewas pada PRU-13 lalu, adalah kawasan-kawasan yang dimenangi BN pada PRU-12 kerana kaedah yang sama, iaitu pecah undi.
Jika tidak berlaku pendekatan yang LUARBIASA terutama penguasaan media alternatif yang mampu mengwujudkan POLL OPINION dan menangai PERSEPSI NEGATIF terhadap BN, kawasan-kawasan berikut kemungkinan besar tidak selamat bagi BN. Kawasan-kawasan tersebut adalah Parlimen Beaufort, Parlimen Tuaran, Parlimen Ranau dan Parlimen Kota Belud. Sementara peringkat DUN pula adalah Dun Tanjong Kapor, Dun Karanan, Dun Kemabong, Dun Sook, Dun Karamunting dan Dun Tanjong Papat.
Melihat kepada trend pengundian bermula sejak tahun 2008, kemudian 2013, ada kemungkinan anggapan ini boleh berlaku, namun jika ada PERUBAHAN LUARBIASA sepertimana disebutkan pada awal tulisan ini, maka anggapan itu mungkin tidak akan berlaku.
Perkiraan pencapaian Pembangkang di Sabah nanti, belum memuadaratkan Kerajaan negeri kerana BN negeri mungkin masih dapat menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah, namun berakibat buruk di peringkat Pusat.
Berasaskan kepada keputusan PRU-13 lalu, di Semenanjung BN memang 85 kerusi Parlimen, manakala Pembangkang 80. Daripada 57 kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarwak, BN menang 48, manakala Pembangkang 9. Target pembangkang bagi Sabah dan Sarawak adalah 32 kerusi untuk menduduki Putrajaya. Melihat kepada jumlah yang diperlukan itu, memang agak sukar untuk Pembangkang mencapainya; namun kita kena ingat, JIKA BERLAKU SESUATU YANG LUARBIASA, kata orang either side will happen.
Pihak BN Sabah perlu mengambil iktibar kepada keputusan PRU-13 lalu. Kekalahan seorang Menteri Pusat, seorang Timbalan Menteri, tiga pembantu menteri pada kerajaan negeri merupakan indikasi, bahawa jawatan seseorang bukan lagi petunjuk kepada sokongan rakyat.
Kehilangan undi popular kepada Presdien dan Timbalan Presiden PBS juga, merupakan satu indikator, bahawa jawatan dalam parti juga bukan lagi boleh menggamit sokongan.
Pada PRU-14 nanti, sebahagian besar pemimpin Sabah sudah lanjut usia, malah Presiden PBS Tan Sri Pairin Kitingan sudah menyatakan bahawa PRU-13 adalah terakhirnya untuk bertanding. Kekalahan Tan Sri Bernard Giluk Dompok di Parlimen Penampang; akan menambah kerumitan kepada BN Sabah pada PRU-14 nanti. Kehilangan undi popular kepada Datuk Maximus Ongkili di Parlimen Kota Marudu, adalah indikasi, bahawa Timbalan Presiden PBS itu tiada "command" yang mampu merai sokongan rakyat.
Lambatnya peremajaan dalam kempimpinan PBS akan membawa padah pada BN berdepan dengan PRU-14 nanti. Berlainan dengan Umno yang senantiasa mempunyai pemimpin pelapis. Umno berdepan pemilihan Parti hujung tahun ini, mungkin melalui pemilihan itu akan muncul pemimpin-pemimpin yang bakal mengambil alih kepimpinan atau setidak-tidak barisan baru yang mempunyai kombinasi antara baru dan yang lama.
BN negeri bermula daripada sekarang perlu mengatur strategi yang jitu, jangan lalai, kerana Pembangkang tidak akan berhenti. Mereka akan mengisi masa lima tahun dengan berbagai muslihat untuk mengumpul aliran pendapat yang boleh menyebelahi mereka, bagi menduduki Putrajaya.
Anwar Ibrahim, tidak akan bersara daripada politik, selagi kemahuannya menjadi Perdana Menteri tidak tercapai. Anwar akan melahirkan para pemimpin pelapis yang tidak gentar, mampu mencipta isu yang dekat dengan hati rakyat. Tiada yang menduga muculnya Rafizi Ramli- kini MP Pandan, Shamsul Akin Iskandar- kini MP Kuala Ketil yang juga "gaint killer" kerana mampu mengalahkan Datuk Ali Rustam- MB Melaka. Demikian juga munculnya Darel Leiking Di Parlimen Penampang, yang mengalahkan Preseden UPKO yang juga penyandang kerusi itu.
BN negeri, mula daripada sekarang kena melihat pemimpin pelapis yang mempunyai ketokohan, bukan sahaja melibatkan parti komponen juga parti Umno yang merupakan tulang belakang kerajaan negeri. Fikir-fikirkan lah.

No comments:
Post a Comment