8 August 2020

KEAHLIAN BERSATU SABAH 105,300 PADA OGOS, 2020

SETAKAT Ogos, 2020, jumlah keahlian Bersatu (PPBM) Sabah seramai 105,300, ianya merupakan 8.8% daripada jumlah pengundi Sabah yang berjumlah 1.2juta.

Menjelang PRU-14, Umno Sabah mempunyai keahlian seramai 460 ribu orang selepas 120 ribu menyertai Warisan Sabah.

Tidak pasti setakat ini, berapa keahlian Umno Sabah lagi, memandangkan ramai yang menyertai Bersatu, ekoran keluar beramai-ramainya pemimpin parti itu selepas PRU-14.

Walau bagai mana pun, penulis masih yakin, atas kertas, Umno Sabah masih mempunyai ramai ahli, kerana di Sabah, biasa berlaku, keahilan multi parti kecuali pemimpin.

Jumlah keahlian sesebuah parti menggambarkan kekuatan parti itu, khususnya sebagai "alat" untuk perbincangan pengagihan kerusi antara parti-parti.

Menjelang PRN Sabah, pengagihan kerusi antara Bersatu dan Umno, merupakan "isu besar" antara dua parti itu untuk menentukan jumlah kerusi yang ditandingi parti masing-masing.

Pengagihan kerusi yang berprinsipkan menang-menang adalah kaedah yang perlu dipilih, untuk berhadapan dengan Parti Warisan Plus, khususnya di kawasan bumiputera islam.

Pada PRN Sabah ke-15, untuk julung kalinya sebanyak 73 kawasan DUN dipertandingkan. Daripada jumlah tersebut, 43 kawasan adalah majoriti bumiputera islam, KDM 22 dan kaum cina 8.

Pada PRU-14 lalu, UMNO bertanding 32 kawasan DUN, 17 berjaya dikekalkan, manakala 15 lagi ditawan parti Warisan.

Terpulang kepada pemimpin Umno dan Bersatu Sabah, berbincang berkaitan pengagihan kerusi, dan sudah tentunya sebarang keputusan merupakan kekuatan sebenar antara dua parti tersebut.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels