19 August 2020

PRN SABAH: IMPAK PERGOLAKAN UMNO SABAH

APA yang diharapkan oleh rakyat daripada parti-parti yang mesra Perikatan Nasional (PN) adalah kesepakatan antara semua pemimpin parti untuk mengumpul kekuatan berhadapan dengan Warisan Plus, namun apa yang berlaku, adalah pergolakan.

Sebelum pergolakan dalam Umno Sabah, terdapat "masalah utama" antara UMNO dan PPBM (Bersatu), iaitu pembahagian kerusi. Belumpun, masalah itu diselesaikan, timbul pula isu lain.

Masalah antara Bersatu dan Umno tidak dapat dielak, kerana pertembungan demografi kawasan pilihan raya. 

Isu lain yang didepani parti-parti pro PN, adalah belum adanya kesepakatan antara parti-parti berasaskan KDMR, kerana PBS dikatakan akan menggunakan logo sendiri, ertinya, ada kemungkinan parti itu akan bertanding lebih banyak kerusi seperti mana dilakukan parti itu sebelum menyertai BN pada tahun 2002.

Juga, parti STAR yang dipimpin Datuk Dr Jeffery Kitingan belum membuat kenyataan, logo yang digunakan sempena PRN ini. Jika parti itu menggunakan logo sendiri, bermakna, akan bertanding sebanyak mungkin kerusi.

Melihat senario politik semasa, jika berlaku pertembungan antara parti-parti, maka keputusan akan lebih memihak kepada parti Warisan Plus, atas sebab kerjasama dalam pakatan itu, melahirkan hanya seorang calon bagi setiap DUN.

Jangan mengharap, pengundi yang pernah menyokong Warisan Plus akan berpaling tadah, seperti mana berlaku pada PRK Kimanis, atas sebab situasi yang berbeza.

Pendapat penulis, pengundi Warisan Plus akan kekal, manakala pengundi BN akan berpecah antara satu sama lain, dan sudah tentu keadaan ini menguntungkan calon-calon Warisan Plus.

Jika "feud' antara para pemimpin Umno sendiri, kemudiannya isu pengagihan kerusi antara parti itu dengan Bersatu, tidak diselesaikan, maka akan berlaku pada parti-parti pro PN- menang sorak kampung tergadai.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels