10 August 2020

SABAH UNTUK RAKYAT SABAH-BERDOLAK DALIKNYA SHAFIE

MASIH segar dalam ingatan rakyat Sabah, semasa Datuk Shafie Apdal menubuhkan Parti Warisan Sabah mahu mengusir atau menghalau semua parti yang didaftar di Malaya, tetapi apa yang berlaku bercium mulut dengan PKR dan DAP.

Selepas PRU-14, Warisan dengan 21 kerusi, DAP-6 dan PKR-2 kemudian disokong 4 ADUN Umno dan 2 ADUN UPKO, membentuk kerajaan negeri pada 12 Mei, 2018. 

Hujah berdegar-dengar Shafie, termasuk mahu 80% hasil minyak Sabah, semuanya ke laut, walaupun selama 27 bulan memerintah negeri, walaupun 22 bulan daripada tempoh itu bersama Pakatan Harapan yang diketuai Tun Dr Mahathir memerintah negara.

Selepas kerajaan Shafie tumbang pada 29 Julai, 2020 kerana kehilangan sokongan majoriti (meskipun 2 hari sebelum itu, beliau dengan angkuh berkata, bahawa kerajaan Warisan kukuh kerana ada 45 ADUN daripada 65).

Kini, secara terang-terangan Shafie sudah lari daripada misi awal beliau tidak bekerjasama dengan parti Malaya, kerana aspirasi rakyat Sabah yang tidak selari dengan pendirian beliau dan Warisan. Kerana mahu ikut kehendak rakyat Sabah, Shafie menyatakan akan bekerjasama dengan parti baru yang ditubuhkan Tun Dr Mahathir.

Tun Mahathir adalah pengasas parti Bersatu yang dikini diketuai Perdana Menteri- Tan Sri Muhiyiddin Yassin, namun terpecat dengan sendirinya apabila bertindak berlawanan dengan perlembagaan parti.

Shafie terpaksa bekerja sama dengan parti-parti Malaya seperti DAP, PKR, Amanah dan parti Tun Dr Mahathir, untuk bersaing dengan parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN). Shafie tahu, pendirian bersendirian beliau dengan perjuangan SABAH FOR SABAHAN, tidak dapat mengetuk hati rakyat Sabah.

Terpulang kepda rakyat Sabah untuk mengadili kepimpinan Shafie yang suka berdolak dalik ini, hanya kerana mempertahankan kuasa dan kedudukan.

Shafie adalah seorang pemimpin yang tiada kejujuran, khususnya berkaitan hasil pelaksanaan pemberian geran-geran tanah rakyat yang diukur sejak tahun 2010 menerusi PANTAS yang diusahakan oleh kerajaan era Tan Sri Musa Aman yang mendapat peruntukan daripada Persekutuan sebanyak RM20juta setahun.

Shafie langsung tidak memberi merit kepada usaha kerajaan era lalu, malah menipu rakyat, kononnya semua itu hasil usaha kerajaan beliau. Rakyat perlu ingat, pemimpin yang tidak jujur, maka akan memerintah juga tanpa kejujuran. Kepimpinan seperti itu, akan sentiasa berselindung dengan penipuan, untuk mengaut keuntungan untuk diri sendiri.

Bukti terhadap ketidak jujuran Shafie memerintah, apabila ekonomi negeri merudum dengan teruk sekali. Perekonomian yang sihat sudah tentu dibantu oleh peniaga atau pelabur, namun jika mereka ini mendapati, bahawa kerajaan ditadbir tanpa kejujuran, maka mereka mengelak untuk berurus niaga. 

Perangkaan negara telah mengeluarkan pertumbuhan ekonomi Sabah yang menjunam ke paras 1.5% pada tahun 2018, berbanding 8.2% pada tahun 2017 dan jatuh lagi pada paras 0.5% pada tahun 2019, dan dianggarkan untuk tahun 2020 akan negatif. Walaupun ekonomi negeri menjunam, akan tetapi Shafie dan Peter Anthony yang untung kerana melaksanakan projek RM1.5bilion penyelenggaran jalan raya Sabah dan projek empangan Papar berharga RM3bilion. 

Sehingga kini, rakyat Sabah tertanya-tanya, masih ada kah simpanan kewangan negeri warisan daripada Tan Sri Musa Aman yang berjumlah RM3.7bilion, kerana selama 27 bulan Shafie asyik memberikan kontrak secara one-off kepada syarikat-syarikat kroni beliau, yang mana projek-projek tersebut tiada manfaat kepada rakyat, tetapi hanya untuk kontraktor, bertujuan mendapat wang cepat.

Kerana tindakan Shafie bukan berkepentingan rakyat secara menyeluruh, maka menyebabkan 13 ADUN yang menyokong beliau berpaling tadah pada 29 Julai, untuk menyelematkan negeri dan rakyatnya daripada kerosakan yang semakin teruk.

Bukti nyata dan jelas, menerusi laporan perangkaan negara, semakin membiarkan Shafie memerintah, maka ekonomi Sabah akan menjunam dengan teruk sekali, kerana Shafie bertindak seperti kera mendapat bunga.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels