4 August 2020

PRN SABAH: KEHADIRAN PARTI USNO BOLEH JADI KINGMAKER PEMBENTUKAN KERAJAAN NEGERI

KEHADIRAN parti USNO dalam PRN-15 Sabah, mungkin dilihat sebelah mata oleh parti Warisan, Bersatu, Umno dan parti-parti yang dominan di Sabah, apa tah lagi sambutan pada parti tersebut sejak dihidupkan ssemula selepas pengasasnya membubarkan parti itu pada tahun 1990 kerana bagi memberi laluan kepada UMNO, kurang menyerlah.

Sebelum pembubaran DUN Sabah, Usno mendapat suntikan baharu, apabila mantan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyertai parti itu sebagai Ketua UMUM.

Sempena pilihan raya kali ini, USNO akan meletakan calon di kawasan-kawasan yang mempunyai potensi untuk dimenangi, khususnya di kawasan Kota Belud, Kudat dan Lahad Datu serta Tuaran.

Memang niat sesebuah parti apabila menyertai pilihan raya untuk menang sebanyak mungkin kerusi, tetapi ada lah memadai, jika peranan parti itu boleh diambil kira, dalam proses pembentukan kerajaan, seperti mana berlaku selepas PRU-14.

Selepas PRU-14, parti STAR yang hanya menang 2 kerusi DUN, merupakan parti penentu kepada pembentukan Kerajaan BN, walaupun hanya bertahan 24jam, ekoran 6 ADUN Bn berpaling tadah menyokong parti Warisan Plus Sabah.

DUN Pintasan, walaupun nanti bakal ditandingi UMNO, atau PKR atau Warisan, parti-parti yang berjenama, akan tetapi faktor calon bakal menentukan bakal pemenang kawasan tersebut. Tan Sri Pandikar akan bertanding menggunakan LOGO USNO, sebaagai simbol, bahawa beliau merasmikan kawasan julung kalinya dikhususkan kepada kaum minoriti Irranun, untuk mempunyai kawasan pilihan raya sendiri.

Kaum Irranun, tidak banyak pilihan, selain menyokong Pandikar, bukan berasaskan parti, tetapi ATAS faktor SUMBANGAN beliau kepada kaum irranun itu sendiri. Sumbangan Pandikar kepada suku kaum Irranun, menjadikan suku kaum itu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum-kaum besar di negara ini.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels