Jangan salah menenalaah. Sebelum tahun 1976, kaum KDM nampak sangat menyokong Usno. Namun pada pilihanraya umum negeri Sabah masa itu, Usno kecundang, Berjaya menang bergaya. Berjaya memerintah hingga tahun 1985, kerana sokongan KDM. Apabila KDM menolak Berjaya pada pilihanraya 1985, maka parti bersatu sabah (PBS) parti KDM menang. PBS memerintah negeri di bawah bayu ini sehingga tahun 1994. Pada pilihanraya negeri 1994 PBS tidak kalah, namun disebabkan keluarnya seorang wakil rakyat KDM Rubin Balang dan pemimpin bisaya Lajim Ukin, maka PBS rebah.
Kerajaan BN ditubuhkan pada tahun 1994 dan seterusnya hingga kini.
Kekuatan kerajaan BN negeri kerana masih mendapat sokongan KDM terutamanya daripada Pairin Kitingan.
Namun jangan terlalu selesa dengan sokongan ini, berasaskan analisis blog dan FB, sejak setahun lalu, terlalu ramai kaum KDM yang berpendidikan telah meninggalkan Pairin dan mereka lebih cenderung kepada perjuangan pembangkang.
Berasaskan kepada keadaan ini, ada kemungkinan jika kaum KDM mendapat pemimpin yang boleh dihandalkan, ada kemungkinan mereka mengenepikan BN.
Faktor-faktor ke arah itu cukup namun ibarat kata orang.. asap masih dalam sekam.
Bagi daerah Kota Belud, pada ketika ini, kaum KDM hanya bersandar pada Herbert Timbun Lagadan, pembantu menteri Kebajikan negeri.
Ahli parlimen Kota Belud Rahman Dahalan kelihatan lebih cenderung membangun kawasan-kawasan KDM, namun impaknya pula kepada kawasan kaum Sama dan Iranun agak besar.
Pembantu menteri pertanian dan asas tani Musbah Jamli kelihatan pembangunan kawasan Tempasuk di mana wakil rakyat ini adalah wakil rakyat N.6 tempasuk. Sementara itu, Japlin Akim hanya tertumpu pada kawasan Usukan.
Salleh Said yang juga merupakan pemimpin daerah ini hanya tertumpu kepada aktiviti parti, selain sebagai Ketua Umno Bahagian, juga penyelaras BN Daerah dan Timbalan Pegerusi Umno negeri.
Pandikar Amin Haji Mulia, hanya tertumpu pada dewan rakyat satu kerja yang sangat mencabar pada masa ini.
Berasaskan kepada keadaan ini, untuk mempertahankan sokongan KDM kepada BN hanya tertumpu pada Salleh sebagai penyelaras BN daerah dan Herbert Timbun Lagadan.Dari segi politik,nampaknya mereka mampu, namun faktor politik tidak menjamin sokongan. Peluang mesti disediakan, samada peluang pekerjaan juga peluang berniaga. Pendek kata mengisi perut juga menjadi sasaran akhir. Sama lah dengan sokongan Cina kepada DAP di semenanjung, kerana kaum cina di Semenanjung tahu, jika mereka menolak BN, maka pembangunan dan peluang perniagaan akan bertambah kepada kaum ini, kerana BN akan wujudkan demi menarik sokongan. Semakin banyak peluang dan tamburan pelaburan daripada BN, maka semakin ramai kaum cina menolak BN... satu faktor yang menjadi iktibar kepada pemimpin politik Kota belud.

8 comments:
seperti ramalan mr. google sebelum ini, kemenangan di hulu selangor akan berpihak kepada PKR, namun sebaliknya berpihak kepada BN. tidak dinafikan secara 'online' ramai yang menentang BN tapi secara 'offline' ramai yang masih setia dengan kepimpinan BN. apap2pun BN perlu bersedia dan memperkukuhkan kedudukan mereka.
Wakil rakyat yang tidak berat sebelah, telus, bijak dan berwibawa adalah diperlukan untuk menentang pembangkang. Samada wakil-wakil rakyat tu berupaya menarik perhatian rakyat? Ia juga jujur? Masalahnya ramai wakil-wakil rakyat yang ada dalam BN ni berat sebelah...dan ramai kamu cina rasa tertindas. Nak salahkan BN? Bukannya salah parti tu..tetapi salah wakil-wakil rakyat tu..
Nampaknya BN kena memperkukuhkan kedudukan mereka di Sabah. Apa yang penting sekarang, satu Malaysia akan menghadapi pilihanraya umum tidak lama lagi.
Kemenangan BN di Hulu-Selangor, adalah tipis tetapi mereka kena pandai mengambil hati para pengundi.
Kerajaan BN perlu mantapkan lagi usaha untuk menarik lebih ramai penyokong. Walaupun BN telah memenangi pilihanraya Ulu Selangor baru-baru ini, namun kemenangan itu sangat tipis. Jangan berasa selesa kerana berdasarkan analisis blog dan FB, sejak setahun lalu, terlalu ramai kaum KDM yang berpendidikan telah meninggalkan BN dan mereka lebih cenderung kepada perjuangan pembangkang. Oleh itu Kerajaan BN perlu melaksanakan pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat agar perti BN semakin teguh.
selain itu, janji2 yang telah dibuat haruslah ditunaikan...jangan hanya janji di mulut tetapi terjemaahkan dalam bentuk tindakan dan hasil...
KDM bagi saya tidak semua yang bakal menolak BN. Tiada desas desus angin puting beliung...tiba-tiba pula KDM nak tolak BN? Mentang-mentanglah nak pilihanraya..macam-macam andaian berbaur fitnah timbul. Janganlah kita menganiaya orang yang tidak berdosa....dan BNkah..PKRkah...yang terakhir adalah peperangan. janganlah juga kita ikut contoh baju merah di thailand. Gara-gara terlalu taksub dengan Thaksin, huru-hara bandaraya Bangkok dibuat mereka..kata kawan saya yang pernah menetap di UK dulu, isu Thaksin berjudi bola ni tersebar luas. so kita kekalkanlah budaya hormat menghormati sesama kaum. Tidak kira dia undi BN, PKR, PAS dan macam-macamlah....tapi undi di hati siapa yang tahu kan?
Apa yang paling penting ialah melaksanakan segala permintaan rakyat. Melaksanakan pembangunan dan kemajuan di setiap daerah ini. Mana-mana parti yang banyak memberi sumbanagn bantuan dsbnya pasti parti ini mampu bertahan. Oleh itu laksanakan segala projek yang dicadangkan untuk membangunkan daerah Kota Belud.
Rakyat berhak menyokong mana-mana parti yang mereka anggapkan sesuai. Ini barulah demokrasi.
Post a Comment