14 October 2009

Isa-Najib-Umno: Syarat Minimum pencalonan lah Punca Politik Wang

"Kemungkinan MT malam ini akan memutuskan satu kelayakan minimum agar tidak membenarkan sesiapa sahaja menjadi calon, khususnya untuk pucuk pimpinan tertinggi. Tapi percayalah ia syarat minimum," katanya selepas memberi taklimat kepada wakil-wakil Badan Perhubungan Umno negeri mengenai cadangan pindaan itu.

Jika cadangan ini diterima maka usaha Umno menghapuskan politik wang tiadak akan berjaya. Sebagaimana pengalaman lalu, kuota pencalonan lah jadi biang kerok politik wang. Kenapa perlu menghadkan jumlah calon?

Seseorang calon tidak akan mencalonkan diri untuk sesuatu jawatan jika dia merasa tiada kualti dn mampu menjadi pemimpin. Jika pun ada Tom and Dick mencalonkan diri, biarkan dianya terjun dengan labu-labunya.

Penentuan kualti pemimpin bukan oleh majlis tertinggi akan tetapi oleh peringkat akar umbi. Misalnya kepimpinan Isa Samad, Isa dianggap pemimpin yang ditolak oleh perwakilan, namun akar umbi berkehendakkannya,keputusannya, semua tahu, majoriti yang sungguh mengkagumkan.

Kelemahan Umno adalah mencorakan Parti bukan sealiran dengan kehendak majoriti, kerana itu calon Umno pilihan Orang Atas di tolak melalui Pru-12 dan beberapa Prk selepas itu. Ambil contoh Isa Samad, Isa adalah perjuangan akar umbi, kerana itu menang dengan Mutlak. Ambil lah iktibar kemenangan Isa ini, bagi mencorakkan Umno melalui pindaan perlembagaan dalam EGM kali ini.

Nizar-Nik Aziz: Melayu Perlu dipimpin Kaum Cina: Umno mencanangkan: Melayu Boleh Memimpin

Nik Aziz membuat kesimpulan mengenai keputusan EGM MCA yang diadakan pada 10/10/2009. Melalui EGM itu MCA menolakan Presiden dan Timbalan Presiden mereka yang bermasalah pribadi.

Berasas kepada pilihan akar umbi tersebut Nik Aziz memcipta Fatwa baru, bahawa kaum cina lebih layak memimpin islam dan melayu kerana lebih bijak memilih pemimpin.

Hanya dengan satu kejadian, Nik Aziz terlalu mudah membuat kesimpulan dan fatwa, benar lah kata Umno, Nik Aziz dengan mudah boleh menggadai negara jika diberi kuasa.

Prinsip negara islam pun yang diperjuangankan Pas sejak parti itu ditubuhkan, kini telah menjadi sejarah, kerana perjuangan itu tidak mendapat restu DAP. Demi kuasa, maka Pas menghilangkan dan menghapuskan prinsip perjuangan mereka yang berdekad-dekad itu.

Nik Aziz lupa, bahawa Melayu boleh memimpin. Kemerdekaan negara ini diukir, dirantis oleh melayu dengan sokongan kaum-kaum lain. Negara ini di pimpin melayu sejak meredeka. Kepesatan pembangunan negara ini kerana pemimpin melayu.

Nik Aziz perlu bercermin, siapakah pemimpin Kelantan sekarang. Kalau lah Niz Aziz kebetulan terserampak cermin, pasti akan terpampang wajahnya! Nik Aziz bukan melayu kah?

Kalau ya pun mengeluarkan kenyataan politik kerana gimik, untuk menarik kaum cina mengundi Pas, jangan lah lupa asal usul diri, jangan lupa bumi dipijak.

Perjuangan Pas yang dirantis dan dirintis berdekad lamanya terhakis, kerana kerakusan hendakan kuasa. Dalam masa singkat pendekatan ini boleh berjaya, akan tetapi jangka panjang, Pas akan kehilangan taring, kerana penyokongnya mula terbangun dari lena, bahawa perjuangan mereka jauh terpesong.

Betul lah melalui PRK-PRK gabungan Pas-DAP-PKR terus menang, kerana dalam spin masa yang singkat, emosi rakyat masih pada mereka, namun penerangan dan penjelasan yang berterusan, bahawa perjuangan Pas sudah jauh terpesong, perkahwinan Pas-DAP-PKR adalah perkahwinan SEMU, maka rakyat mula tersedar, kerana itu melalui PRK DUN Bagan Pinang penyokong PAS mengundi UMNO/Isa Samad. Aliran ini tidak boleh dinafikan, kerana majoriti yang diperolehi Isa Samad merupa rekod bagi DUN Bagan Pinang dan sungguh mengkagumkan.

Rakyat berbilang kaum negara ini telah sedar, bahawa kempimpinan Umno masih perlu, dengan erti kata lain, melayu boleh memimpin rakyat negara berbilang kaum ini. Umno telah membuktikan, apapun krisis yang melanda parti itu, penyelesaian yang berhemah terus menjadi sandaran merungkainya.

Asas kepada ini semua adalah sifat keikhlasan pimpinan umno/melayu, bahawa perjuangan melayu/umno adalah untuk Agama, Bangsa dan Negara.

Najib telah mencanangkan konsep 1Malaysia, kesamaan semua kaum, penerimaan semua kaum, berpandukan kepada KEKITAAN. Kita adalah perkataan majemuk yang bererti SEMUA.

Kerana itu wahai Nizar-Nik Aziz, berkata lah yang benar, kata kan lah apa yang benar dan sebenar-benarnya, jangan kerana kuasa maka menyembunyikan yang Hak.

Hanya Satu UMNO

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata Umno dan pergerakan itu tetap menjadi pejuang bangsa - mempertahankan Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu - tetapi menyarankan ia bukan lagi berteraskan konsep kekuasaan Melayu yang sempit tetapi kepimpinan Melayu yang adil dan rahmah.

"Kita perlu memperjuangkan semua ini berlandaskan dua prinsip, iaitu keadilan dan rahmah, terutamanya dalam hubungan dengan kaum-kaum lain.

"Kompas perjuangan ini akan menggariskan agenda nasionalis kita, yang bukan berteraskan konsep kekuasaan Melayu atau Malay dominance yang sempit, tetapi kepimpinan Melayu atau Malay leadership yang adil dan rahmah," kata Khairy dalam ucapan dasarnya di perhimpunan Pemuda Umno di PWTC hari ini.

Berikut adalah sedutan ucapan Khairy mengenai isu terbabit:

"Ada yang berpendapat biarlah Presiden sahaja yang membawa mesej kenegaraan, tetapi Pemuda UMNO hendaklah meneruskan agenda dan pendekatan lama. Jika kita memilih berbuat demikian, rakyat akan melihat UMNO sebagai parti yang kucar kacir, parti yang hipokrit, tanpa satu ideologi asas yang konsisten untuk rakyat dan pengundi. Kita akan diadili sebagai parti yang cakap tidak serupa bikin, apatah lagi dalam era teknologi yang berupaya mendedahkan sebarang hipokrasi lantas menuntut satu konsistensi mesej di segenap lapisan kepimpinan parti dan Kerajaan. Adakah dalam konteks baru ini kita mahu Presiden parti bercakap mengenai satu perubahan - satu anjakan memecahkan benteng pemisah antara kaum - manakala Pemuda UMNO pula enggan berubah, sebaliknya bertempik melaungkan perkara yang berlainan daripada apa yang diperkatakan oleh Presiden?

"Pembaharuan ke arah landasan ini tidak bermaksud kita lupa kepada agenda Melayu. UMNO dan Pemuda UMNO tetap akan menjadi pejuang bangsa - mempertahankan agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu. Ini semua perkara asas perjuangan UMNO yang tidak akan sekali-kali luntur dari agenda kita.

"Namun kita perlu memperjuangkan semua ini berlandaskan dua prinsip, iaitu keadilan dan rahmah, terutamanya dalam hubungan dengan kaum-kaum lain. Kompas perjuangan ini akan menggariskan agenda nasionalis kita, yang bukan berteraskan konsep kekuasaan Melayu atau Malay dominance yang sempit, tetapi kepimpinan Melayu atau Malay leadership yang adil dan rahmah.

"Sebenarnya, jika diimbas sejarah kepimpinan Umno dan BN, ternyata sekali prinsip kepimpinan Melayu yang adil dan rahmah sudah pun terpahat dalam realiti politik tanah air. Umno dan BN telah mempamerkan kemampuan menjaga kebajikan dan kepentingan seluruh warga Malaysia. Contohnya, lihat sahaja pada perjuangan membenteras kemiskinan - agenda ini tidak berlandaskan warna kulit semata-mata, tetapi sebaliknya, dipanjangkan kepada mana-mana golongan kurang bernasib baik. Maka, berbekalkan landasan politik yang dihormati semua, pembaharuan yang diperlukan dalam lanskap masa kini adalah untuk Umno dan orang Melayu konsisten dalam memantapkan kepimpinan nasional kita untuk semua rakyat Malaysia.

"Seruan agar segenap masyarakat wajar diberi pembelaan bukan sahaja sesuatu yang dianggap sebagai hak sejagat atau universal right tetapi sebenarnya datang dari agama suci kita sendiri. Kerajaan di bawah pimpinan Umno sering mengambil inspirasi Islam sebagai landasan kepada dasar negara, seperti prinsip Islam Hadhari yang menjamin hak golongan minoriti dibela. Justeru, tidak salah sekiranya orang Melayu juga memperjuangkan kepentingan warga Malaysia secara keseluruhannya. Malah, apabila kita menghormati pegangan dan agama orang lain, mereka juga akan lebih menghormati kita. Allah SWT berfirman di dalam Surah Al An'am, ayat 108:

"Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan".

"Barangkali ada yang mengungkit adakah kita patut mempertahankan bangsa lain sekiranya mereka mempersoalkan kedudukan kita? Di sinilah kepimpinan kita akan teruji. Sebagai bangsa yang diberi amanah dan penghormatan untuk memimpin, orang Melayu tidak boleh mengikut rentak biasa - sebaliknya kita mesti melaksanakan sesuatu yang mengatasi apa yang biasa. Barulah kita akan berupaya memimpin dan dilihat sebagai pemimpin yang mendapat pengiktirafan lebih menyeluruh. Inilah satu lagi contoh Kepimpinan Melayu yang saya maksudkan - kepimpinan yang adil dan rahmah yang diterima oleh semua.

"Pembaharuan ke arah kepimpinan nasional Melayu yang lebih jitu akan boleh dilaksanakan sekiranya orang Melayu sendiri membuat anjakan kepada perjuangan yang berbekalkan keyakinan ketamadunan kita, atau civilisational confidence. Keyakinan ketamadunan ini bermakna kita yakin dengan keupayaan bangsa untuk melangkah ke hadapan, mengukir kejayaan tanpa perlu takut bayang-bayang sendiri. Inilah cabaran generasi kita."

No More KETUANAN TETAPI KEPIMPINAN MELAYU

Pemuda Umno menyeru orang Melayu supaya keluar dari perspektif minda yang menganggap seolah-oleh mereka diserang dan segala gerak kerja disalurkan untuk mempertahankan keistimewaan Melayu yang dianggap sentiasa dicabar.

"Umno dan bangsa Melayu secara keseluruhannya, perlu beralih daripada kaedah atau setting defensif yang selalu menganggap ada orang lain mahu merampas hak dan hartanya, kepada Melayu yang berbekalkan keyakinan ketamadunan bangsa, mengukir visi kemajuan untuk masa hadapan," katanya Ketuanya, Khairy Jamaluddin.

Menurutnya, sudah terlalu lama orang Melayu dan Umno sendiri, berada dalam perspektif minda yang negatif dan defensif tersebut.

"Saya menyeru orang Melayu bermula dengan Pemuda untuk keluar dari perspektif minda ini. Tidak dinafikan, bahawa Perkara 153 Perlembagaan, yang menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera, adalah keramat buat kita.

"Namun, jika dikaji dengan teliti, Perkara 153 hampir mustahil untuk dilucutkan daripada Perlembagaan Persekutuan. Sebarang perubahan memerlukan bukan sahaja kelulusan 2/3 Parlimen, tetapi mesti juga mendapat perkenan dari Majlis Raja-Raja.

"Ini sudah cukup mengingatkan kita bahawa secara realistiknya, kedudukan istimewa kita tidak mungkin boleh diubah," kata Khairy dalam ucapan dasarnya di perhimpunan agung pergerakan itu di PWTC hari ini.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa Perkara 153 dengan sendirinya tidak akan menjamin kesejahteraan dan kemajuan bangsa.
Menurutnya, bukan peruntukan perlembagaan yang membawa keistimewaan sebenar, tetapi kebolehan dan pencapaian orang Melayu-lah yang akan menentukan sama ada kita menjadi bangsa istimewa, bangsa yang unggul, bangsa yang terbilang.

"Hak dan keistimewaan Melayu itu penting. Namun yang lebih penting adalah bagaimana bangsa kita diperkasakan.

"Apa yang perlu kita wujudkan ialah satu dimensi baru dalam perjuangan Melayu supaya pegangan ekonomi dan status bangsa kita dapat dimajukan, sesuai dengan semangat pemerkasaan Melayu yang wajib dicapai bersama.

"Umno dan bangsa Melayu secara keseluruhannya, perlu beralih daripada kaedah atau setting defensif yang selalu menganggap ada orang lain mahu merampas hak dan hartanya, kepada Melayu yang berbekalkan keyakinan ketamadunan bangsa, mengukir visi kemajuan untuk masa hadapan.

"Inilah dilema Melayu yang baru - persoalan generasi yang wajib dijawab. Adakah kita hanya mahu mempertahankan simbol demi simbol atau adakah kita berani menerima hakikat bahawa perlu ada perubahan mekanisme dan visi demi melihat bangsa Melayu itu terus melangkah maju? Bagi saya, pilihan kedua merupakan jawapannya," katanya.

Khairy turut menegaskan bahawa pembaharuan tidak bermaksud "kita lupa kepada agenda Melayu".

"Umno dan Pemuda Umno tetap akan menjadi pejuang bangsa – mempertahankan agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu. Ini semua perkara asas perjuangan Umno yang tidak akan sekali-kali luntur dari agenda kita.

"Namun kita perlu memperjuangkan semua ini berlandaskan dua prinsip, iaitu keadilan dan rahmah, terutamanya dalam hubungan dengan kaum-kaum lain.

"Kompas perjuangan ini akan menggariskan agenda nasionalis kita, yang bukan berteraskan konsep kekuasaan Melayu atau Malay dominance yang sempit, tetapi kepimpinan Melayu atau Malay leadership yang adil dan rahmah.

Berikutan adalah sedutan ucapan Khairy mengenai isu terbabit:

"Ada yang berpendapat biarlah Presiden sahaja yang membawa mesej kenegaraan, tetapi Pemuda Umno hendaklah meneruskan agenda dan pendekatan lama. Jika kita memilih berbuat demikian, rakyat akan melihat Umno sebagai parti yang kucar kacir, parti yang hipokrit, tanpa satu ideologi asas yang konsisten untuk rakyat dan pengundi. Kita akan diadili sebagai parti yang cakap tidak serupa bikin, apatah lagi dalam era teknologi yang berupaya mendedahkan sebarang hipokrasi lantas menuntut satu konsistensi mesej di segenap lapisan kepimpinan parti dan Kerajaan. Adakah dalam konteks baru ini kita mahu Presiden parti bercakap mengenai satu perubahan – satu anjakan memecahkan benteng pemisah antara kaum – manakala Pemuda Umno pula enggan berubah, sebaliknya bertempik melaungkan perkara yang berlainan daripada apa yang diperkatakan oleh Presiden?

"Pembaharuan ke arah landasan ini tidak bermaksud kita lupa kepada agenda Melayu. Umno dan Pemuda Umno tetap akan menjadi pejuang bangsa – mempertahankan agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu. Ini semua perkara asas perjuangan Umno yang tidak akan sekali-kali luntur dari agenda kita. Namun kita perlu memperjuangkan semua ini berlandaskan dua prinsip, iaitu keadilan dan rahmah, terutamanya dalam hubungan dengan kaum-kaum lain. Kompas perjuangan ini akan menggariskan agenda nasionalis kita, yang bukan berteraskan konsep kekuasaan Melayu atau Malay dominance yang sempit, tetapi kepimpinan Melayu atau Malay leadership yang adil dan rahmah.

"Sebenarnya, jika diimbas sejarah kepimpinan Umno dan BN, ternyata sekali prinsip kepimpinan Melayu yang adil dan rahmah sudah pun terpahat dalam realiti politik tanah air. Umno dan BN telah mempamerkan kemampuan menjaga kebajikan dan kepentingan seluruh warga Malaysia. Contohnya, lihat sahaja pada perjuangan membenteras kemiskinan – agenda ini tidak berlandaskan warna kulit semata-mata, tetapi sebaliknya, dipanjangkan kepada mana-mana golongan kurang bernasib baik. Maka, berbekalkan landasan politik yang dihormati semua, pembaharuan yang diperlukan dalam lanskap masa kini adalah untuk UMNO dan orang Melayu konsisten dalam memantapkan kepimpinan nasional kita untuk semua rakyat Malaysia.

"Seruan agar segenap masyarakat wajar diberi pembelaan bukan sahaja sesuatu yang dianggap sebagai hak sejagat atau universal right tetapi sebenarnya datang dari agama suci kita sendiri. Kerajaan di bawah pimpinan Umno sering mengambil inspirasi Islam sebagai landasan kepada dasar negara, seperti prinsip Islam Hadhari yang menjamin hak golongan minoriti dibela. Justeru, tidak salah sekiranya orang Melayu juga memperjuangkan kepentingan warga Malaysia secara keseluruhannya. Malah, apabila kita menghormati pegangan dan agama orang lain, mereka juga akan lebih menghormati kita. Allah SWT berfirman di dalam Surah Al An'am, ayat 108:

"Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan”

"Barangkali ada yang mengungkit adakah kita patut mempertahankan bangsa lain sekiranya mereka mempersoalkan kedudukan kita? Di sinilah kepimpinan kita akan teruji. Sebagai bangsa yang diberi amanah dan penghormatan untuk memimpin, orang Melayu tidak boleh mengikut rentak biasa – sebaliknya kita mesti melaksanakan sesuatu yang mengatasi apa yang biasa. Barulah kita akan berupaya memimpin dan dilihat sebagai pemimpin yang mendapat pengiktirafan lebih menyeluruh. Inilah satu lagi contoh Kepimpinan Melayu yang saya maksudkan – kepimpinan yang adil dan rahmah yang diterima oleh semua.

"Pembaharuan ke arah kepimpinan nasional Melayu yang lebih jitu akan boleh dilaksanakan sekiranya orang Melayu sendiri membuat anjakan kepada perjuangan yang berbekalkan keyakinan ketamadunan kita, atau civilisational confidence. Keyakinan ketamadunan ini bermakna kita yakin dengan keupayaan bangsa untuk melangkah ke hadapan, mengukir kejayaan tanpa perlu takut bayang-bayang sendiri. Inilah cabaran generasi kita.

"Saya menyebut soal cabaran generasi, kerana untuk terlalu lama orang Melayu dan UMNO sendiri, berada dalam perspektif minda atau mindset yang negatif dan defensif. Kita merasakan diri kita seolah-olah diserang atau under siege, dan segala gerak kerja seakan-akan disalurkan ke arah mempertahankan keistimewaan Melayu yang kita anggap sentiasa dicabar. Saya menyeru orang Melayu bermula dengan Pemuda untuk keluar dari perspektif minda ini. Tidak dinafikan, bahawa Perkara 153 Perlembagaan, yang menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera, adalah keramat buat kita. Namun, jika dikaji dengan teliti, Perkara 153 hampir mustahil untuk dilucutkan daripada Perlembagaan Persekutuan. Sebarang perubahan memerlukan bukan sahaja kelulusan 2/3 Parlimen, tetapi mesti juga mendapat perkenan dari Majlis Raja-Raja. Ini sudah cukup mengingatkan kita bahawa secara realistiknya, kedudukan istimewa kita tidak mungkin boleh diubah.

"Tetapi percayalah, Perkara 153 dengan sendirinya tidak akan menjamin kesejahteraan dan kemajuan bangsa. Sedarlah, sedarlah kita semua, bukan peruntukan perlembagaan yang membawa keistimewaan sebenar, tetapi kebolehan dan pencapaian orang Melayu-lah yang akan menentukan sama ada kita menjadi bangsa istimewa, bangsa yang unggul, bangsa yang terbilang.


"Hak dan keistimewaan Melayu itu penting. Namun yang lebih penting adalah bagaimana bangsa kita diperkasakan. Apa yang perlu kita wujudkan ialah satu dimensi baru dalam perjuangan Melayu supaya pegangan ekonomi dan status bangsa kita dapat dimajukan, sesuai dengan semangat pemerkasaan Melayu yang wajib dicapai bersama. Umno dan bangsa Melayu secara keseluruhannya, perlu beralih daripada kaedah atau setting defensif yang selalu menganggap ada orang lain mahu merampas hak dan hartanya, kepada Melayu yang berbekalkan keyakinan ketamadunan bangsa, mengukir visi kemajuan untuk masa hadapan. Inilah dilema Melayu yang baru – persoalan generasi yang wajib dijawab. Adakah kita hanya mahu mempertahankan simbol demi simbol atau adakah kita berani menerima hakikat bahawa perlu ada perubahan mekanisme dan visi demi melihat bangsa Melayu itu terus melangkah maju? Bagi saya, pilihan kedua merupakan jawapannya.

"Saya percaya inilah juga visi YAB Presiden, yang, contohnya, telah memansuhkan keperluan pegangan ekuiti 30 peratus Bumiputera dalam Tawaran Awam Permulaan (IPO) di Bursa Malaysia. Sudah pasti Presiden mengambil langkah sedemikian bukan sebab beliau tidak endah akan agenda Melayu, tetapi sebab ternyata mekanisme 30 peratus itu tidak dapat memenuhi matlamat asalnya.

"Presiden sendiri telah mengatakan bahawa daripada RM54 bilion nilai pegangan saham yang diberikan kepada Bumiputera melalui mekanisme 30 peratus ini, hanya RM2 bilion sahaja yang tinggal dalam tangan - habis dijual untuk pulangan cepat, tanpa kelangsungan kemajuan yang kita inginkan. Jadi terbuktilah ada simbol, mekanisme dan tongkat yang kita pertahankan selama ini tidak mencapai objektif yang asal.

"Malah, apabila Presiden memansuhkan kriteria pegangan saham Bumiputera itu, beliau juga telah memperkenalkan Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) sebagai institusi pelaburan baru yang boleh menggalakkan pertumbuhan syarikat-syarikat Bumiputera yang berpotensi tinggi. Inilah anjakan yang dipelopori oleh Presiden - bantuan secukupnya disalurkan kepada Melayu yang layak dan berpotensi, dan bukan mekanisme-mekanisme simbolik yang hanya membantutkan daya saing Melayu dan memberikan kita satu perasaan keyakinan yang palsu tanpa memberi sumbangan bermakna kepada pembangunan ekonomi Melayu yang sebenar.

"Pengisian visi kemajuan bangsa kita memerlukan satu keyakinan untuk kita menerima persaingan berdasarkan kepada merit, kemampuan dan kebolehan kita sendiri. Usah kita bercakap tentang meritokrasi antara kaum, jika dalam kaum kita sendiri pun kita belum mempraktikkannya. Jangan kita sebagai generasi muda mengamalkan budaya mencantas bakat Melayu sebelum bakatnya dapat diasah. Amat merugikan kepada bangsa sekiranya akibat hasad dengki, kita sanggup berusaha menjatuhkan orang Melayu lain yang berpotensi semata-mata untuk memuaskan hati. Kita perlu mengikis sifat dengki sesama kita, sebaliknya membantu dan memberi dorongan sewajarnya kepada saudara-saudara sebangsa seagama untuk lebih berjaya. Inilah maksudnya "keyakinan ketamadunan". Kita tidak takut pada bayang-bayang sendiri.

"Impian saya adalah untuk melihat suatu hari nanti, institusi-institusi pengajian tinggi tempatan dipenuhi anak muda Melayu bukan kerana kuota, tetapi kerana kelayakan merit. Tatkala kita mempertahankan kuota sekarang ini, jangan kita lupa, kuota sepatutnya hanya satu langkah bantuan, dan bukannya talian hayat orang Melayu selama-lamanya. Visi Melayu bukan untuk mempertahankan kuota semata-mata, tetapi untuk merasa bangga melihat orang Melayu berjaya dengan kekuatan sendiri.

"Usah kita pesimis dan perlekehkan potensi bangsa kita - keyakinan untuk menerima persaingan yang lebih terbuka sudah wujud dalam hakiki budaya kita sendiri. Apakah kita mahu berdiri di sini mengatakan sejarah tidak pernah mempamerkan bangsa Melayu bekerja keras meredah seribu satu badai untuk mencapai misi? Lihat saja-lah pada peribahasa Melayu yang menggalakkan ketekunan, kerajinan dan jimat-cermat dan responsif dengan cabaran dan suasana sekelilingnya seperti:

Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat
Rajin bekerja mudah belanja
Cermat masa banyak, jimat masa sedikit
Cicir dipungut, hilang dicari
Dalam berselam, cetek bertimba


"Visi ini, anjakan ini, turut menuntut keberanian kita sebagai orang Melayu untuk melihat ke hadapan, berbekalkan keyakinan dan kepercayaan diri untuk mencapai kemajuan bangsa. Sebagai Pemuda waktu ini, kitalah generasi yang boleh melakukan perubahan tersebut. Kitalah generasi yang boleh berkeras mengatakan cukup-lah! Cukup-lah kita menidakkan keupayaan bangsa kita. Cukup-lah kita dikongkong ilusi yang menyatakan Melayu lembab, Melayu malas, Melayu bodoh. Generasi kita perlu bangkit menyahut cabaran masa kini dengan mengatakan Melayu tidak lagi takut berhadapan dengan dunia luar kerana Melayu tidak lembab, Melayu tidak malas, Melayu tidak bodoh. Sebaliknya, bangsa Melayu adalah bangsa berdaulat; satu bangsa yang bijak dan serba boleh. Pemuda Melayu generasi ini perlu memimpin bangsa kita keluar dari batasan dan kepompong minda yang menghakis keyakinan diri, serta maju ke hadapan - inilah perjuangan kita."

Nizar-Anwar!!: Jangan Perlekeh UMNO: Umno akan Bangkit: Kata Muhyiddin

Umno dan BN akan bangkit semula dan mengulangi kegemilangannya sepertimana parti Kongres di India dan Parti Kuomintang di Tawan yang pernah tewas tetapi bangkit semula dengan citra politik yang baru, kata Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Umno mampu menempuh cabaran ini dan memenuhi harapan baru. Ini kerana Umno adalah parti yang pragmatik dan pantas membaca keadaan serta berani membuat perubahan," katanya ketika merasmi serentak perhimpunan agung Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di PWTC di ibu negara malam ini.

Untuk mencapai matlamat itu, katanya, ahli parti perlu mematikan agar tidak ada lagi antara "kita yang menjadi batu-api, batu ronson, kaki-cucuk, talam dua muka, pepat di luar, rencong di dalam, dan si Kitol yang lidah bercabang, langkah menyilang.

"Tidak ada lagi perpecahan dalaman, tidak ada lagi team A-team B seperti dulu, tidak ada lagi gerakan jatuh menjatuhkan pemimpin, tidak ada lagi budaya ugut-mengugut, dan tidak ada lagi perebutan kuasa sehingga parti menjadi mangsa. Yang ada hanya satu wadah, satu pasukan, Satu Umno!" katanya.

Muhyiddin mahu ahli parti itu mengambil pengajaran dan keinsafan daripada yang berlaku pada Parti Golkar di Indonesia yang tidak lagi sekental dulu dan Parti Nacionalista di Filipina telah lama tumpas.

"Yang paling mutakhir tumbang ialah Parti Liberal Demokratik (LDP) di Jepun yang telah banyak berjasa membangunkan semula negara Jepun selepas Perang Dunia Kedua.

"Apakah yang menyebabkan parti-parti ini kecundang? Apakah jasa dan bakti parti-parti ini kepada pembangunan, kemajuan dan kemakmuran negara masing-masing tidak lagi dikenang oleh rakyat? Apakah rakyat mempunyai kehendak dan aspirasi yang berbeza daripada apa yang mampu ditawarkan oleh parti-parti ini? Atau apakah parti-parti ini menjadi angkuh dan pemimpinnya tamak oleh kerana terlalu lama berkuasa?" soalnya.

'Fitnah dan pembohongan'

Menurutnya, Umno kini sedang diuji dengan cabaran dan tantangan yang getir, "Apa yang dikatakan tsunami politik sewaktu pilihan raya umum 2008 bagai menghasilkan musibah berupa trauma yang masih terbekas di sanubari kita. Bagi kebanyakan orang, trauma ini masih belum kebah".

Katanya, rakyat dihidangkan dengan fitnah dan pembohongan sehingga kekeliruan dan kepalsuan menjadi kebiasaan.

"Khabar angin, provokasi, cerita palsu dan berita sensasi sengaja direka untuk membangkitkan rasa benci terhadap musuh. Masyarakat sukar untuk membezakan antara kebenaran dan kepalsuan, antara kebaikan dan kemungkaran. Akhirnya, yang benar menjadi palsu, yang palsu menjadi benar.

"Golongan yang membuat bencana dan kerosakan ini menjadi angkuh dan sombong ketika tuhan menguji mereka dengan sedikit kuasa.

"Lalu mereka berarak di jalan-jalan raya konon menunjuk jaguh kuasa, mereka menentang suara demokrasi konon kuasa rakyat bersama mereka, mereka mengherdik kehakiman negara konon dikasi oleh adikuasa, mereka membentak polis konon dikawal kuasa mereka.

"Malah mereka menyanggah Suruhanjaya Pilihan Raya bila keputusan-keputusan tidak berpihak pada mereka. Mereka alpa dengan peringatan Allah agar tidak memecah belahkan umat, agar tidak menabur fitnah, agar tidak menghina dan mencaci sesama manusia. Mereka berasa tidak berdosa ketika kononnya bercakap tentang keadilan dan keIslaman, tetapi terus menggugat dan meruntuhkan nilai keIslaman mereka," katanya.

Saran empat rukun

Sehubungan itu, beliau mengajak ahli dan pemimpin Umno supaya bingkas bangun segera merapatkan saf, bermula dengan mengamalkan empat rukun - kesatuan minda, kesatuan hati, kesatuan amalan dan menuju kesatuan matlamat.

Mengenai kesatuan minda, Muhyiddin menggesa ketiga-tiga sayap parti agar memahami, menghayati dan mendalami aspirasi rakyat dan orang Melayu.

"Kita perlu membebaskan minda dan sikap kita daripada penjara pemikiran yang lapuk, la'ih dan sukar berubah yang menyimpang daripada perjuangan kita yang sebenar.

"Kita mesti menerima hakikat bahawa landskap politik negara sudah berubah, nilai dan budaya politik masyarakat Melayu sendiri juga sudah berubah," katanya.

"Kita perlu menggarap pemikiran baru tentang demokrasi yang merangkumi konsep penghakupayaan, politik penyertaan dan tadbir urus negara yang baik.

"Pemikiran baru ini perlu dibina dan digembleng tanpa mengorbankan matlamat asal perjuangan Umno," katanya lagi.

Mengenai kesatuan hati, pula Muhyiddin menggesa mereka menghayati nilai politik luhur yang disanjungi rakyat demi memastikan Umno sentiasa berada di hati rakyat.

"Rakyat dan orang Melayu hari ini menyanjung tinggi pemimpin yang ikhlas berbakti; mendahulukan kepentingan rakyat daripada kepentingan peribadi; sentiasa menunaikan janji; telus, adil, amanah dan bertanggungjawab apabila bertindak; dan sentiasa memahami denyut nadi rakyat.

"Dengan menghayati nilai-nilai luhur ini, saya yakin Umno akan sentiasa dekat di hati rakyat," tegas Muhyiddin.

"Apabila kita berbakti, pastikan bakti yang dicurahkan, khidmat yang disampaikan dan bantuan yang dihulurkan benar-benar menyentuh hati rakyat.

Berbakti pada rakyat

"Ini bermakna kita mesti sentiasa bersatu hati untuk bersama-sama mencurahkan bakti kepada rakyat yang benar-benar memerlukan.

"Kita mesti sentiasa bersetia dalam wadah Umno untuk membantu rakyat tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Kita mesti sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira masa dan tempat," katanya.

Mengenai kesatuan amal, Muhyiddin menggesa ketiga-tiga sayap parti itu merangka dan melaksanakan pendekatan yang lebih mesra rakyat untuk memenangi hati rakyat terutama golongan muda.

"Kita tampilkan wahana komunikasi politik yang lebih berkesan untuk mendekati rakyat. Wahana baru yang telahpun kita gunakan ialah media baru dan asas rangkaian sosial yang bersifat interaktif.

"Kita manfaatkan wahana ini bukan sahaja untuk berinteraksi tetapi untuk menampilkan idealisme, pemikiran, nilai, budaya dan jiwa Umno yang baru," katanya.

Tambahnya, program mendekati masyarakat mesti diperhebatkan supaya benar-benar dapat merasai denyut nadi mereka.

Cari jalan penyelesaian

"Jadilah mata, telinga dan suara hati masyarakat. Fahami permasalahan masyarakat dan bantulah mereka mencari jalan penyelesaian.

"Sentiasalah turun padang agar kehadiran kita dirasai, diri kita mudah didekati. Sentiasalah berada bersama masyarakat dan bersedia untuk membantu mereka. Ini adalah terjemahan tradisi perjuangan kita membela rakyat," katanya.

Mengenai dengan kesatuan matlamat, beliau menggesa ketiga-tiga sayap parti supaya "jayakan hijrah jiwa dan sikap" agar menjadi pejuang Umno yang kukuh iman, moral dan etika, yang mengutamakan hubungan sesama manusia dan memahami realiti semasa.

"Insya-Allah, dengan melakukan hijrah jiwa ini, yang akan terpancar daripada diri peribadi para pejuang Umno ialah sifat-sifat terpuji seperti yang dimiliki oleh Rasulullah SAW.

"Para pejuang kita akan sentiasa berani menyatakan kebenaran (siddīq), bukan dusta, sentiasa amanah (am�nah), bukan curang, sentiasa menyampaikan seruan kebenaran (tablīgh), bukan menyembunyikannya, dan sentiasa berfikiran cerdas (fat�nah), bukan dungu," katanya.

13 October 2009

Nizar-Pas-Anwar MEMPERSOAL Kenapa Buku 007-Lelaki Malaysia Terakhir Dirampas

BEBERAPA orang polis daripada Unit Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Kepayan menyerbu Kedai buku Books And Magazines, Aras 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dengan niat untuk merampas 10 buku berkenaan dan menghalang buku tersebut daripada dijual kepada orang awam dengan alasan tanpa Permit Daripada Kementerian Dalam Negeri.

Bagaimanapun, penulis buku berkenaan yang kini berada di luar Negara ketika dihubungi berkata rampasan berkenaan telah bercanggah dengan peraturan yang ditetapkan disebabkan buku berkenaan bukannya terbitan berkala yang memerlukan permit atau kelulusan KDN.

“Tidak apalah, dia nak rampas, rampaslah. Kita akan minta peguam kita uruskan hal ini kerana sebelum ini mereka pernah rampas buku IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah,” ujar Mutalib dengan nada ketawa disebabkan buku berkenaan kini merupakan ancaman besar kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang dikaitkan dengan skandal Hong Kong.

Menurut Mutalib, sewajarnya KDN menganalisa buku berkenaan dan mengharamkan buku tersebut jika mengancam keselamatan Negara dan bukannya melakukan rampasan ‘Ala Mafia’ dengan membelakangkan peraturan yang berkuatkuasa.

“Saya rasa mereka terdesak atau didesak oleh pihak tertentu. Siapa yang rampaspun saya tidak tahu, apakah polis atau orang yang menyamar kerana mereka tidak mengemukakan borang rampasan sebaliknya hanya menulis di atas kertas kosong tanpa nama atau pangkat pegawai berkenaan. Peraturan mana yang mereka pakai?,” ujar Mutalib yang telah memberi keterangan di Balai Polis Karamunsing, Kota Kinabalu sekitar April 2009 berhubung laporan polis yang dibuat ke atas buku tersebut oleh Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Mengikut pengalamannya menerbitkan lebih 20 buku termasuk buku kontroversi, IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah, Pengundi Untuk Disewa, IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir dan Skandal VIP, Mutalib memberitahu permit KDN hanya diperlukan jika melibatkan penulisan buku agama dan terbitan berkala, manakala selebihnya hanya memerlukan permohonan ISBN daripada Pusat Pengkatalogan Perpustakaan Negara.

“Jika buku 007 Lelaki Malaysia Terakhir? Dirampas kerana tidak mempunyai Permit daripada KDN, kenapa Menteri Dalam Negeri menjelaskan di Parlimen bahawa buku IC Palsu berkenaan boleh dijual kepada umum kerana polis tidak pernah menyiasat buku berkenaan. Kini siapa yang mengarahkan ‘polis cawangan khas’ merampas buku saya?,” ujar Mutalib M.D yang sedang menerbitkan buku Anak Negeri Palsu.

Sehubungan itu, Mutalib mendesak polis yang merampas buku berkenaan membuat penjelasan bertulis dan mengembalikan buku berkenaan dalam masa 7 hari daripada tarikh rampasan atau pegawai polis berkenaan akan diambil tindakan undang-undang.

“Jika nak haram, haramkanlah. Tapi harus bawa ke mahkamah dulu dan bukan haramkan sesuka hati, saya bersedia dicabar di mahkamah,” kata Mutalib yang mengakui buku tersebut sudah kehabisan stok dan 10 buah buku berkenaan adalah yang terakhir yang dikeluarkan seminggu menjelang pilihanraya umum ke 12.-sabahkini

Nizar-Pas Sangsi: Tun Mahathir Sangsi: Isa! Beritahu Mereka PUNCA Kemenangan MU

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat ada baiknya jika kajian mendalam dibuat mengenai sebab-sebab kemenangan yang luar biasa BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

“Jangan pula ada yang mendakwa, walaupun mereka jelas terlibat dengan rasuah, tidak salah jika dicalonkan, bahkan jika mereka dilantik menjadi menteri kewangan,” tulis Dr Mahathir dalam blognya.

“Saya gembira kerana saya salah dalam masalah calon bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang”.

“Saya percaya BN akan menang walau siapa pun jadi calon, tetapi mungkin kemenangan yang tidak sebaik 2008. “Tetapi kemenangan yang diperolehi oleh Isa (bukan ISA) amatlah mengkagumkan,” tulis Dr Mahathir lagi.

Dalam pilihanraya tersebut, calon BN Tan Sri Isa Samad mengekalkan kerusi tersebut dengan mendapat 8,013 undi, menewaskan calon PAS Zulkefly Mohd Omar yang mendapat 2,578 undi.

Isa menang dengan majoriti 5,435 undi, iaitu lebih dua kali ganda daripada majoriti BN dalam pilihanraya umum lalu (2,333 undi). BN juga menang di kesemua lapan daerah mengundi, termasuk di Pekan Silliau, Ladang Atherton dan Sua Betong, yang dimenangi PAS pada 2008.

Sebelum ini, Dr Mahathir tidak bersetuju Isa dipilih sebagai calon BN di Bagan Pinang kerana beliau pernah didapati bersalah atas kesalahan politik wang dandigantung keahlian dalam Umno selama tiga tahun.

Dalam perkembangan lain Nizar mendakwa kemenangan Isa Samad disebabkan rasuah. Akan tetapi perincian rasuah bentuk apa, Nizar tidak dapat uraikan.

Bagi Nizar-Anwar, apa pun yang berlaku dan tidak menyebelahi mereka, adalah disebabkan rasuah. Bagi Nizar-Pas senjata UTAMAnya hanya lah Rasuah. Namun, kegiatan Rasuah di Selangor dilakukan oleh YB-YB Pakatan,Nizar-Anwar pejam mata. Nizarlupa, bahawa Bosnya itu punya 3 bilion dalam akaun pribadinya.. ada kah Nizar pernah tanya darimana punca wang itu.

Nizar-Pas-Anwar: Takbir itu Bukan Milik Mu Seorang

Berikut adalah tulisan melalui blog:bongkarsauh.blogspot.com

Seperti biasa, pada hari mengundi pasti penyokong parti-parti yang bertanding akan berkumpul di luar kawasan larangan tempat mengundi. Di Sekolah Kebangsaan Tengku Adnan, dalam daerah mengundi Bagan Pinang (saya kurang ingat nama sebenar sekolah itu), sesampai saya di situ ratusan penyokong PAS dan telah BN berkumpul. Mereka berkumpul secara berhadapan ke jalan masuk sekolah berkenaan. Turut kelihatan di bawah khemah kecil di situ ialah YB Dato’ Abdul Halim Abd Rahman dan wakil rakyat Manik Urai. Jerit menjerit, pekik-memekik, tingkah-meningkah termasuk perli-memerli antara kedua-dua belah pihak memanaskan keadaan. Seketika, pergaduhan hampir berlaku apabila sebelah pihak menuduh pihak yang satu lagi melempar objek ke arah mereka. Selepas saya meninggalkan tempat itu difahamkan memang berlaku pergaduhan dan khabarnya ada yang ditangkap pihak keselamatan. Sahabat saya sempat berbual dengan salah seorang remaja dalam kumpulan BN. Katanya, dia masih bersekolah dalam tingkatan tiga. Saya dapati majoriti anggota kumpulan BN di situ adalah remaja. Memang ada juga remaja dalam kumpulan PAS tetapi tidak seramai yang berada dalam kumpulan BN. Mereka juga semacam dilatih untuk melakukan aksi tertentu. Mungkin pengalaman pemuda BN khususnya bila berhadapan dengan situasi begitu dalam beberapa PRK yang lalu menjadikan mereka lebih bersedia dalam PRK Bagan Pinang. Ada sesuatu yang baru yang dilakukan oleh pemuda BN di sini. Saya tidak pernah melihat aksi sebegini sebelumnya. Jerit-menjerit, pekik-memekik, itu sudah biasa. Menunjuk isyarat lucah juga biasa saya saksikan. Aksi Puteri Umno yang tidak sesuai juga pernah berlaku di hadapan saya. Tetapi di sini sesuatu yang baru dan berlainan, bagi saya. Saya fikir perkara ini dirancang khusus untuk menyaingi PAS yang biasanya melakukan perkara ini. Biasanya pemuda BN akan terpaku dan diam apabila perkara ini dilakukan oleh PAS tetapi kini mereka pula yang melakukannya. Apa dia? Ada tiga perkara. Pertama, mereka turut bertakbir seperti orang PAS bertakbir. Kedua, mereka berselawat seperti yang biasa dilakukan orang PAS. Dan, ketiga mereka berdoa seperti yang biasa dibuat orang PAS. Siap dengan amin beramai-ramai lagi (doa itu dalam bahasa Melayu dan saya kurang jelas buah butirnya). Ketika selawat dikumandangkan pula, Puteri Umno turut berlenggang-lennggok macam sedang berkaraoke. Suatu ketika pemuda PAS bertahlil dengan irama yang agak berlainan dengan irama yang biasa, saya dapati sebahagian pemuda Umno ikut sama bertahlil dengan pemuda PAS. Saya tidak terkejut sangat sebab mereka juga orang Islam, dan tentu itu semua tidak asing kepada mereka. Tetapi, kini apabila mereka melakukannya di tempat dan suasana seperti di PRK Bagan Pinang ini, otak saya ligat mencari jawapan kepada soalan-soalan berikut: Adakah ini sebahagian daripada pakej pembaharuan bawaan Najib dalam Umno? Umno selalu menuduh PAS memperalatkan agama untuk politik, adakah Umno juga sudah turut melakukan apa yang mereka tuduhkan itu? Adakah selepas ini PAS tidak boleh lagi menggunakan syiar agama sebagai suatu kelebihannya kerana itu juga turut digunakan oleh Umno? Umno juga akan melaungkan takbir seperti PAS dan lafaz itu bukan ekslusif untuk PAS? Adakah apa yang dilakukan ini sebagai suatu yang akan disebatikan dengan perjuangan Umno atau sekadar untuk menyaingi PAS sahaja? Adakah selepas ini penghayatan agama di kalangan pemuda Umno yang diketuai Khairi akan semakin mantap? Adakah selepas ini, pemuda PAS akan sama sahaja dengan pemuda Umno dan muslimat PAS sama sahaja dengan muslimat Umno dari segi penghayatan agamanya? Namun, akhirnya semasa dalam perjalanan pulang, dan menerima berita bahawa PAS kalah dengan majoriti yang lebih besar dengan makna Umno / BN yang diwakili Muhamad Isa menang, saya mendapat jawapannya. Apa jawapannya? Takbir, selawat dan doa pemuda Umno itu hanya pura-pura sahaja, kosmetik sahaja, main-main sahaja. Kenapa? Kerana, kalau mereka sungguh-sungguh tentu Isa yang rasuah itu tak akan terpilih sebagai calon dan kalau terpilih pun dia tak akan menang. Sayang, kamera digital saya rosak untuk merakam semua aksi itu

Ulasan

Sayang! mempertikai amalan agama seperti bertakbir dan tahlil dianggap hanya milik Pas. Takbir dan tahlil adalah milik islam sejagad, tidak terkecuali ahli dan penyokong UMNO.

Dakwaan ada pelajar sekolah belasan tahun.. salah kah mendedahkan mereka kepada perbuatan baik dan memperlihatkan yang bathil.

Bukti menunjukan bahawa pengundi DUn Bagan Pinang yang telah dewasa kerana layak mengundi (umur lebih 21 tahun) memilih yang benar dan menolak yang bathil.

Nizar-Pas-Anwar-Khalid Kamu Kata SPRM itu Tak Boleh Percaya: Kenapa Kamu Buat Hal

Ulasan: Tiada Kebenaran Mengenai Tuduhan Rekaan ini

Tuesday, 13 October 2009 SPRM didesak buka semula kes rasuah... | Nizar News SPRM didesak buka semula kes rasuah Musbah Jamli

PANEL Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa membuka semula semua siasatan kes rasuah yang tergendala kerana campurtangan politik atau membubarkan SPRM yang tidak lagi relevan sebagai Suruhanjaya Bebas yang berintegriti.

Yang Di Pertua PAS Kota Belud, Ustaz Muataqim Aling membuat gesaan demikian memandangkan terdapat bukti yang nyata terhadap dakwaan yang dilakukan oleh pihak tertentu termasuk terhadap Adun Tempasuk, Datuk Haji Musbah Jamli dan Adun Usukan Datuk Japlin Akim yang kertas siasatan telah dibuka.

“Namun sehingga ke hari ini, kes berkenaan diperap di pejabat SPRM setelah Mantan Pengarah Sabah, Puan Hajjah Latifah Md Yatim ditukarkan serta merta ketika sedang menyiasat kes Ketua Menteri Sabah dan kroninya seperti Japlin dan Musbah,” ujar Mustaqim yang agak kesal kerana SPRM seolah-olah ‘Harimau yang tidak bergigi dan kepatahan kuku’.

Menurut Mustaqim, rakyat mengeluh terpaksa menerima pemimpin yang rasuah seperti Adun Tempasuk yang sebelum ini dituduh dan disiasat kerana melakukan 11 kes rasuah setelah seorang pengundi berdaftar memfailkan laporan rasmi terhadap Musbah pada 21 Februari 2008, namun Musbah terlepas saringan, dipilih menjadi calon dan memenangi kerusi Dun Tempasuk pada pilihanraya umum lalu.

Setelah menjadi Adun, kata Mustaqim, kes Musbah dimasukkan ke ‘bilik beku’ SPRM dan sehingga kini beliau bebas melakukan rasuah melalui jawatan yang beliau sandang sebagai Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah.

“Saya harap agar Panel Siasatan SPRM yang dianggotai oleh Lembaga Panel Rayuan dan Siasatan dapat membuka semula semua kes atau dakwaan terhadap Musbah bagi memulihkan imej buruk SPRM sebagai institusi penguatkuasa yang boleh dirunding atau berlaku tawar menawar untuk menutup kes,” ujar Mustaqim yang menyenaraikan semula 11 Dalil atau pertuduhan terhadap Musbah Jamli seperti berikut;

DALIL PERTAMA:

Musbah bin Haji Jamli telah menggunakan kuasanya sebagai Pengerusi Supernesa Sdn.Bhd mempengaruhi ahli Lembaga Pengarah dan kedudukan syarikat GLC bagi memperoleh projek untuk kepentingan diri. ulasan: supernisa sebuah syarikat sendirin berhad, tiada bantuan kerajaan. untuk kekal beroprasi mesti mencari usahanya sendiri. Supernisa juga seperti syarikat-syarikat sdn bhd lain terpaksa melobi untuk dapat kontrak. No direct award kepada syarikat ini. Selama 15 tahun lebih kewujudan supernisa, namun tidak pernah untung, hanya setelah Musbah Take Over.

DALIL KEDUA:

Musbah telah mempengaruhi Lembaga Pengarah untuk melantik semula Abdul Razak Bin Awang yang sepatutnya bersara pada 28 Jun 2005 secara kontrak sebanyak tiga kali bagi menjaga kepentingannya dalam projek-projek syarikat. Ulasan: Razak layak dilantik semula, kerana, bukan masalahnya supernisa tidak dapat kontrak. Kuasa melobinya belum sampai ke tahap ahli politik. Siapapun diletakkan sebagai GM supernisa,jika tiada kuasa melobi, pasti berakhir dengan Kosong. Jenar Lamdah pun sekarang, belum dapat satu projek pun.

DALIL KETIGA:

Musbah menggunakan kuasanya sebagai Pengerusi Supernesa Sdn.Bhd. untuk mempengaruhi Lembaga Pengarah bagi melaksanakan projek bermasalah iaitu projek Cadangan Merekabentuk dan Membina Projek SMK Tambulion, Kota Belud bernilai RM11,626,589.00 yang tidak dapat disiapkan oleh syarikat Pemborong Jadi Besar (milik Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kota Belud-Awadnir Matanggal). Melalui Pengurus Supernesa Sdn.Bhd, Musbah telah mempengaruhi Lembaga Pengarah melantik syarikat baru iaitu MK Tegap (M) Sdn.Bhd yang mempunyai modal berbayar RM100,000 sebagai sub-kontraktor projek berkenaan di mana separuh (50%) daripada saham syarikat berkenaan dimiliki oleh kakitangan Supernesa Sdn.Bhd yang berjawatan Pemandu iaitu Abdul Gani Bin Mustapha yang sebelum ini bekas pemandu peribadi beliau. Ulasan: supernisa sebagai syarikat pemantau, hanya dapat 2% dari nilai kontrak dan komisien sebagai manajemen fees. Supernisa tidak mengeluarkan wang untuk projek tersebut.

DALIL KEEMPAT;

Musbah turut mempengaruhi Lembaga Pengarah untuk memberi pinjaman kepada MK Tegap (M) Sdn.Bhd yang mengalami masalah aliran tunai sebanyak RM500,000 sehingga projek berkenaan tidak memberi keuntungan kepada Supernesa Sdn.Bhd. MK Tegap (M) Sdn.Bhd dipercayai syarikat milik beliau dan mempergunakan Supernesa Sdn.Bhd sebagai GLC untuk mendapatkan perolehan peribadi. Ulasan: BOD Supernisa memberi kebenaran kepada semua ahli BOD untuk mencari projek dengan menggunakan nama supernisa, dengan syarat setiap projek yang didapat supernisa dapat 2%.

DALIL KELIMA;

Musbah telah menggunakan kuasanya sebagai Pengerusi Supernesa Sdn.Bhd melaksanakan projek pembangunan di atas tanah CL015494934 di Menggatal, milik Kementerian kewangan Sabah. Musbah mempengaruhi Lembaga Pengarah yang bersetuju melantik Hardie Development Sdn.Bhd menjalankan projek berkenaan. Taksiran harga tanah berkenaan disusutkan kepada satu pertiga daripada nilai sebenar (tahun 2002) untuk mengurangkan kos pembangunan tetapi sebaliknya mengurangkan perolehan Supernesa Sdn.Bhd dan Kementerian Kewangan. Ulasan: Jika Supernisa tak majukan pun pemilik tanah tersebut boleh langsung direct kepada SPNB. Supernisa sangat berterima kasih kepada pemilik tanah tersebut,kerana supernisa dapat imbalan 2% plus management fees. Pulangan daripada modal kosong.

DALIL KEENAM;

Musbah turut mempengaruhi Lembaga Pengarah supaya tidak mengambil tindakan ke atas Hardie Development yang lewat melaksanakan projek berkenaan kerana dipercayai Musbah mempunyai kepentingan peribadi dalam projek ini dan syarikat berkenaan. Ulasan; Dalam agreement setiap kelambatan pemaju membayar percentage kepada supernisa. suatu keuntungan buat syarikat. Supernisa tidak mengeluarkan modal untuk projek tersebut.

DALIL KETUJUH;

Musbah telah mendesak Supernesa Sdn.Bhd agar melambatkan pembayaran kemajuan kerja yang dilaksanakan oleh Malanta Sdn.Bhd iaitu kontraktor bagi projek Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di Jalan Tungku Lahad Datu. Musbah secara paksa mengarahkan Malanta Sdn.Bhd melantik dua sub-kontraktor iaitu Sungai Liwagu Estate Sdn.Bhd dan Sungai Liwagu Construction Sdn.Bhd yang dibayar komisyen pada kadar tetap iaitu 3 peratus dan 6.18 peratus daripada jumlah tuntutan bayaran kemajuan kerja Malanta Sdn.Bhd seperti berikut;

Pada 3 Ogos 2007, sejumlah RM2,202,135.40 atau 90.82% telah dibayar kepada Malanta Sdn.Bhd. Manakala Sungai Liwagu Estate Sdn.Bhd dan Sungai Liwagu Construction Sdn.Bhd telah dibayar masing-masing RM72,741.75 (3%) dan RM149,848.01 (6.18%).

Pada 5 Oktober 2007, sejumlah RM1,585,770.71 atau 90.82% telah dibayar kepada Malanta Sdn.Bhd. Manakala Sungai Liwagu Estate Sdn.Bhd dan Sungai Liwagu Construction Sdn.Bhd telah dibayar masing-masing RM52,381.77 (3%) dan RM107,906.44 (6.18%).

Pada 13 Disember 2007, sejumlah RM1,924,446.70 atau 90.82% telah dibayar kepada Malanta Sdn.Bhd. Manakala Sungai Liwagu Estate Sdn.Bhd dan Sungai Liwagu Construction Sdn.Bhd telah dibayar masing-masing RM63,585.56 (3%) dan RM130,986.24 (6.18%).

Pada 28 Januari 2008, sejumlah RM531,534.06 atau 90.82% telah dibayar kepada Malanta Sdn.Bhd. Manakala Sungai Liwagu Estate Sdn.Bhd dan Sungai Liwagu Construction Sdn.Bhd telah dibayar masing-masing RM17,805.57 (3%) dan RM36,679.48 (6.18%). Ulasan: setiap pembayaran telah diperinci dalam perjanjian. Tiada hangki pingki dalam perkara ini.

DALIL KELAPAN;

Musbah mengarahkan Pengurusan Supernesa Sdn.Bhd. untuk membuat pembayaran terus kepada kedua-dua syarikat berkenaan dan pembayaran telahpun dilakukan sebanyak empat kali pada kadar yang sama membuktikan kedua-dua syarikat berkenaan milik Musbah yang dipegang oleh proksi beliau kerana syarikat berkenaan menggunakan alamat yang sama dengan MK Tegap (M) Sdn.Bhd. ulasan: pembayaran seperti termaktub dalam perjanjian. tiada masalah

DALIL KESEMBILAN;

Musbah menggunakan kuasanya bagi mempengaruhi Pengurusan Supernesa Sdn.Bhd bagi merahsiakan masalah sebenar bagi projek SPNB Inanam, Kota Kinabalu daripada Lembaga Pengarah dan LPPB. Projek berkenaan telah digantung pada 13 Februari 2007 kerana kesemua tapak tanah projek telah dikaveatkan oleh pemilik tanah kdisebabkan kontraktor iaitu Ecomahir Sdn.Bhd. belum menjelaskan bayaran sebanyak 60 peratus kepada pemilik tanah walaupun bayaran penuh telah dibuat oleh Supernesa Sdn.Bhd. Pemilik tanah telah melaporkan perkara ini kepada polis dan telah disiasat di bawah Jenayah Komersil. Musbah dipercayai mempunyai kepentingan dalam syarikat berkenaan dan telah mendapat komisyen atas pembayaran tanah berkenaan dan amat menghairankan bayaran pendahuluan masih dibayar kepada Ecomahir Sdn.Bhd walaupun projek tersebut masih digantung.ulasan: tiada yang disembunyikan. semua butir-butir perjanjian diikuti.

DALIL KESEPULUH;

Musbah telah mengarahkan Pengurus Supernesa Sdn.Bhd membatalkan perlantikan Pasti Utama Sdn.Bhd sebagai Kontraktor Utama dan menggantikannya dengan Norisham Construction & Development Sdn.Bhd tanpa mendapat persetujuan dari Lembaga Pengarah projek SPNB, Jalan Apas, Tawau. Pasti Utama Sdn.Bhd telah menyaman Supernesa tetapi gagal dalam samannya atas sebab teknikal. Bagaimanapun kontrak projek SPNB mengkehendaki kontraktor menyediakan dua buah kenderaan iaitu Toyota Harrier dan Perodua Kembara untuk kegunaan pegawai SPNB. Anehnya kedua-dua kenderaan berkenaan didaftarkan atas nama MK Tegap (M) Sdn. Bhd. ulasan: syarikat tersebut tidak memenuhi syarat supernisa.

DALIL KESEBELAS;

Musbah telah mengarahkan Pengurus Supernesa Sdn.Bhd supaya tidak membuat pembayaran terus kepada sub-kontraktor yang dilantik kontraktor utama, Kina Permai Construction Sdn.Bhd iaitu Waishun Saujana Sdn.Bhd bagi projek SPNB Laya-Laya , Tuaran. Musbah turut mendesak Pengurus Supernesa Sdn.Bhd memberi pendahuluan kepada Kina Permai Construction Sdn.Bhd walaupun projek ini lewat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan. Waishun Saujana Sdn.Bhd telah menyaman Kina Permai Construction Sdn.Bhd kerana tidak menerima bayaran walaupun tuntutan projek telah dibayar oleh Supernesa Sdn.Bhd.

Dalam pada itu semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati Abdul Gani Mustapha memegang 50% saham di dalam MK Tegap (M) Sdn.Bhd bernilai RM50,000 dan turut menjadi Pengarah Urusan. Manakala pemegang saham lain terdiri daripada Zatizam Zahari, Jacob Jang Ifang, Cheing Lee Chang, Lim Chong Mee, Faridah Ghazali dan Wong Rieyang.

Syarikat-syarikat berikut menggunakan alamat yang sama dan melaksanakan projek SPNB yang dilaksanakan oleh Supernesa Sdn.Bhd iaitu Jasmin Architect, MK Tegap (M) Sdn.Bhd, MK Tetap Sdn.Bhd, Norisham Construction & Development Sdn.Bhd, Sungai Liwagu Estate Sdn.Bhd, Sungai Liwagu Construction Sdn.Bhd dan Ablelead Management Consultan Sdn.Bhd. berpejabat di premis Supernesa Sdn.Bhd di Lot 28 & 29, Tingkat 1, Blok C, Bundusan Commercial Centre, Jalan Bundusan, Penampang, 88300 Kota Kinabalu.

Sebelum ini, laman web Malaysia Today pernah menyiarkan beberapa kes Musbah seperti Skandal Seks, Skandal Cukai dan Penggubahan Wang Haram, namun SPRM terkejut kerana Musbah dibenarkan bertanding pada pilihanraya lalu setelah Mantan Pengarah BPR Sabah, Datuk Mohd Shukri Abdull telah mendesak Perdana menteri menggugurkan Musbah sebagai calon pada Pilihanraya Umum 2004.

Selepas pendedahan Malaysia Today, Musbah telah menjelaskan tunggakan cukai yang tidak pernah ditaksirkannya sejumlah RM500,000, tetapi SPRM masih tersilap pandang dan menganggap tiada kes sekalipun Musbah mendapatkan wang berkenaan daripada sub-kontraktor yang menjalankan Supernesa Sdn.Bhd.

Musbah turut mengancam untuk menyaman Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Zainuddin Hassan @ Simon jika enggan menarik balik kenyataannya di Malaysia Today berhubung taksiran cukai Musbah, namun apabila Zainuddin bertegas Musbah belum memfailkan sebarang saman sehingga kini.

Pada pilihanraya lalu Musbah berhadapan dengan dua calon iaitu Laiman Ikin @ Ag Laiman Kakimin (PKR) dan Ibrahim Linggam (Bebas), namun Laiman mempunyai peluang untuk mencantas Musbah dalam arena politik sekiranya Ibrahim menarik diri dan Laiman bijak mempergunakan segala skandal Musbah yang telah didedahkan di Malaysia Today, termasuk Skandal Seks dengan pembantu rumah dan adik ipar serta ijazah palsu; namun akibat kekurangan logistik, calon PKR kecundang. ulasan: Kontraktor utama hanya pemaju, bukan pengeluar modal dalam projek ini.

Oleh: SALIHIN LADJA MURA (sabahkini) Posted by Nizar at Tuesday, October 13, 2009 Labels: politik, SPRM

Nizar-Pas: Isa Menang Kah Umno Menang Kah Tetap Sama

Kemenangan BN dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang semalam sebagai kemenangan calonnya Tan Sri Isa Samad, dan bukannya kemenangan Umno, kata penganalisis politik.

"Kemenangan semalam lebih kepada faktor personaliti. Walaupun Bagan Pinang merupakan kubu kuat Umno, tetapi masyarakat melihat Isa melebihi parti.

"Walaupun terdapat salah laku, masyarakat melihat sumbangannya yang besar," kata Dr Sivamurugan Pandian.

Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) itu diminta mengulas kemenangan besar Isa yang berjaya mengalahkan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti lebih 5,000 undi.

Dr Sivamurugan berkata, kemenangan Isa itu menjadi permulaan bagi Umno untuk mengembalikan semula kewibawaan Umno yang merosot teruk pada pilihan raya umum lalu.

Tambahnya, kemenangan Umno juga hasil kejayaannya mengelakkan sabotaj pemimpin setempat yang tidak terpilih sebagai calon – seperti yang pernah terjadi pada beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

“Sejak awal lagi, hanya satu nama (Isa) yang dicalonkan bertanding. Tidak ada sabotaj berlebihan seperti yang pernah berlaku sebelum ini. Penyelarasan jentera mereka juga baik,” katanya.

Ditanya tentang kesan kemenangan Isa yang didapati bersalah dalam politik wang selepas pemilihan Umno 2004, Dr Sivamurugan berkata:

“Inilah cabaran besar pada Umno. Hampir setiap tahun perkara ini dibangkitkan dalam perhimpunan agungnya.

“Walaupun ada yang melihat beliau harus dimaafkan dan diberikan peluang kedua, soalnya, bagaimana Umno mahu meyakinkan rakyat?”

Sementara itu, Setiausaha Umno Negeri Sembilan, Datuk Azman Hassan pula berkata, kemenangan Isa berpunca daripada kekuatan jentera pilihan raya setempat.

"Kita mempunyai perbezaan yang ketara (dengan negeri lain). Dengan kesungguhan kita bekerja, perpaduan antara jentera kita amat kuat.

"Apabila pemimpin bercakap, jentera kita bersedia. Kalau pemimpin saja cakap, tetapi jentera tak kuat hendak buat apa," sambungnya.

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo pula berhujah, BN memenangi pilihan raya kecil DUN tersebut kerana “mengutamakan pendapat rakyat” ketika memilih calon.

"Jika ditanya kepada sebahagian pemimpin veteran Umno, penganalisis politik dan pembangkang, pastinya Tan Sri Isa tidak layak menjadi calon.

"Seolah-olah tiada lagi peluang kedua ke atas mereka yang pernah dihukum atas apa kesalahan sekalipun.

"Namun BN dan (perdana menteri) Datuk Seri Najib Razak melihat bahawa kehendak dan suara pengundi DUN Bagan Pinang lebih penting kerana mereka yang akan memilih siapa wakil mereka dalam DUN Negeri Sembilan."

Lim Kit Siang pula berkata, kemenangan Isa luar jangkaan itu jelas menunjukkan Umno dan BN tidak dapat berubah untuk membersihkan negara daripada gejala rasuah.

"Apa yang tidak dapat dijangkakan, kemenangan Isa dengan 8,013 undi dan majoriti 5,435 undi, menyapu bersih kesemua lapan pusat mengundi – keputusan yang jelas berhubung salah guna kuasa, politik wang dan penipuan undi pos," coret Lim di blog peribadinya.

Apa pun kemenangan Isa tidak akan mendapat sambutan daripada pembangang Umno dan BN. Kemenangan Isa akan diputar belitkan. Pembangkang menggambarkan bahawa faktor Isa lah pengundi Bagan Pinang mengundi dacing, bukan Dacing itu sendiri.

Pembangkang lupa bahawa rakyat memilih adalah kombinasi antara personaliti dan yang diwakili personaliti itu sendiri. Rakyat Bagan Pinang Tahu, bahawa Isa sejak muda lagi berada dalam UMNO, berjuang dalam Umno. Darah Isa adalah darah Umno, terlalu sukar memisahkan antara Isa dan UMNO, kecuali bagi yang orang jauh yang hanya boleh mereka-reka cerita, bahawa kemenangan Isa adalah faktor personalitinya bukan UMNO.

12 October 2009

Nizar-Anwar: Kamu tahu kan Isa Samad

Pemimpin Umno bahagian Teluk Kemang umumnya ingin melihat mantan menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad bertanding sebagai calon BN pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Ketua Pemuda bahagian Mohd Faizal Ramli berkata Isa, yang mengetuai bahagian itu, ingin dicalonkan lagi kerana beliau masih dihormati di kalangan pengundi.

"Rakyat masih menaruh keyakinan tinggi terhadap kemampuan beliau," katanya.

Kerusi DUN itu kosong ekoran kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor pada Jumaat lalu akibat jangkitan dalam darah.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, allahyarham yang mewakili BN menang dengan majoriti 2,333 undi, menewaskan calon PAS Ramli Ismail yang memperolehi 4,097 undi.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohd Faizal menegaskan pilihanraya kecil kali ini bukan boleh diambil mudah kerana ini BN tewas dalam tujuh daripada lapan pilihanraya kecil sebelum ini – satu daripadanya, di Penanti, tidak ditandingi.

"Ini bukan pilihanraya main-main, ia adalah satu pilihanraya yang kritikal," katanya, yang juga timbalan pengarah jentera pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

"Dan ini adalah kubu kuat BN yang perlu dipertahankan majoriti malah perlu dipertingkatkan majoriti agar Umno dan BN masih relevan dan masih diterima oleh rakyat.

Bahagian itu akan mengadakan mesyuaratnya Khamis ini bagi membincangkan calon yang akan bertanding di kerusi tersebut dan persiapan serta strategi jentera BN.

"Saya sokong Tan Sri Isa, fokus kepadanya supaya jentera kita dapat bergerak lebih awal. Faktor calon penting iaitu yang diterima oleh rakyat dan parti," katanya.

Kempimpinan Mohammad Hassan dikatakan tidak begitu disukai di Negeri adat pepatih tersebut. Selepas PRU-12 dikhabarkan ramai ADUN BN terutama Umno tidak berpuashati, malah ada yang mungkin melompat parti. Namun dengan adanya PRK di Bagan Pinang ini, sekiranya Isa Bertanding, maka kemungkinan besar beliau akan menerajui semula Negeri Sembilan.

Kempimpinan Mohd Isa sangat dicari-cari terutama dalam masa yang genting bagi Umno sekarang ini. Mohammad Hassan kena faham, bahawa kempimpannya tidak menyerlah di Negeri Sembilan. Sekiranya Mohammad Hassan dibiarkan mengurus Negeri, dikuhatirkan melalui PRU-13 Negeri Sembilan akan jatuh ke tangan Pakatan. Hanya Isa Samad dapat menyatukan semula para penyokong BN di Negeri Sembilan.

Nizar-Pas: Isa Menang Kah, Umno Menang kah TETAP SAMA

Kemenangan BN dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang semalam sebagai kemenangan calonnya Tan Sri Isa Samad, dan bukannya kemenangan Umno, kata penganalisis politik.

"Kemenangan semalam lebih kepada faktor personaliti. Walaupun Bagan Pinang merupakan kubu kuat Umno, tetapi masyarakat melihat Isa melebihi parti.

"Walaupun terdapat salah laku, masyarakat melihat sumbangannya yang besar," kata Dr Sivamurugan Pandian.

Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) itu diminta mengulas kemenangan besar Isa yang berjaya mengalahkan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti lebih 5,000 undi.

Dr Sivamurugan berkata, kemenangan Isa itu menjadi permulaan bagi Umno untuk mengembalikan semula kewibawaan Umno yang merosot teruk pada pilihan raya umum lalu.

Tambahnya, kemenangan Umno juga hasil kejayaannya mengelakkan sabotaj pemimpin setempat yang tidak terpilih sebagai calon – seperti yang pernah terjadi pada beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

“Sejak awal lagi, hanya satu nama (Isa) yang dicalonkan bertanding. Tidak ada sabotaj berlebihan seperti yang pernah berlaku sebelum ini. Penyelarasan jentera mereka juga baik,” katanya.

Ditanya tentang kesan kemenangan Isa yang didapati bersalah dalam politik wang selepas pemilihan Umno 2004, Dr Sivamurugan berkata:

“Inilah cabaran besar pada Umno. Hampir setiap tahun perkara ini dibangkitkan dalam perhimpunan agungnya.

“Walaupun ada yang melihat beliau harus dimaafkan dan diberikan peluang kedua, soalnya, bagaimana Umno mahu meyakinkan rakyat?”

Sementara itu, Setiausaha Umno Negeri Sembilan, Datuk Azman Hassan pula berkata, kemenangan Isa berpunca daripada kekuatan jentera pilihan raya setempat.

"Kita mempunyai perbezaan yang ketara (dengan negeri lain). Dengan kesungguhan kita bekerja, perpaduan antara jentera kita amat kuat.

"Apabila pemimpin bercakap, jentera kita bersedia. Kalau pemimpin saja cakap, tetapi jentera tak kuat hendak buat apa," sambungnya.

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo pula berhujah, BN memenangi pilihan raya kecil DUN tersebut kerana “mengutamakan pendapat rakyat” ketika memilih calon.

"Jika ditanya kepada sebahagian pemimpin veteran Umno, penganalisis politik dan pembangkang, pastinya Tan Sri Isa tidak layak menjadi calon.

"Seolah-olah tiada lagi peluang kedua ke atas mereka yang pernah dihukum atas apa kesalahan sekalipun.

"Namun BN dan (perdana menteri) Datuk Seri Najib Razak melihat bahawa kehendak dan suara pengundi DUN Bagan Pinang lebih penting kerana mereka yang akan memilih siapa wakil mereka dalam DUN Negeri Sembilan."

Lim Kit Siang pula berkata, kemenangan Isa luar jangkaan itu jelas menunjukkan Umno dan BN tidak dapat berubah untuk membersihkan negara daripada gejala rasuah.

"Apa yang tidak dapat dijangkakan, kemenangan Isa dengan 8,013 undi dan majoriti 5,435 undi, menyapu bersih kesemua lapan pusat mengundi – keputusan yang jelas berhubung salah guna kuasa, politik wang dan penipuan undi pos," coret Lim di blog peribadinya.

Apa pun kemenangan Isa tidak akan mendapat sambutan daripada pembangang Umno dan BN. Kemenangan Isa akan diputar belitkan. Pembangkang menggambarkan bahawa faktor Isa lah pengundi Bagan Pinang mengundi dacing, bukan Dacing itu sendiri.

Pembangkang lupa bahawa rakyat memilih adalah kombinasi antara personaliti dan yang diwakili personaliti itu sendiri. Rakyat Bagan Pinang Tahu, bahawa Isa sejak muda lagi berada dalam UMNO, berjuang dalam Umno. Darah Isa adalah darah Umno, terlalu sukar memisahkan antara Isa dan UMNO, kecuali bagi yang orang jauh yang hanya boleh mereka-reka cerita, bahawa kemenangan Isa adalah faktor personalitinya bukan UMNO.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels