17 October 2009

Nizar-Zambry: Zambry Kata Nizar Sengaja Buat Kecoh: Sidang Dun Perak 28 oktober

Semalam bernama melaporkan Pakatan Rakyat{PR) di Perak yang sebelum ini berhasrat memulau persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu pada 28 Oktober ini dengan alasan notis oleh Speaker, Datuk R Ganesan, adalah tidak sah, mengubah pendirian dan akan menghadirinya berdasarkan notis yang dikeluarkan bekas Speaker, V Sivakumar.

Jurucakap PR, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, memberitahu pemberita di sini hari ini bahawa keputusan untuk hadir dibuat setelah mereka menerima notis daripada Sivakumar semalam memaklumkan persidangan itu akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat yang sama.

Katanya, pakatan pembangkang masih mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker DUN Perak dan mereka akan mematuhi notis yang dikeluarkannya.

Pada masa sama, katanya, mereka meminta Ganesan menarik balik notis dikeluarkannya kerana mendakwa arahan itu tidak sah.

Saya terkejut dengan keputusan berkenaan. Kerana saya merasakan tindakan tersebut mengundang lebih banyak buruk dari baiknya, apatah lagi persidangan yang dipanggil oleh Sivakumar adalah pada tarikh, masa dan tempat yang sama.

Ia memberikan satu persepsi awal bahawa Pakatan Rakyat sengaja ingin menimbulkan "huru-hara" setidak-tidaknya itulah tuduhan yang bakal dimainkan oleh media-media arus perdana.

Sepatutnya langkah yang paling wajar ialaha ADUN-ADUN PR terus memboikot persidangan DUN Perak yang dipaggil oleh Speaker yang tidak sah itu, R.Ganesan, dan jika ingin mengadakan persidangan maka Speaker yang sah tidak perlu untuk mengadakan di "tempat" yang sama.

Pertama, ia akan mengulangi kekecohan sidang pada ketika di mana Sivakumar telah diculik dan diangkat keluar dari dewan. Kedua, ia seperti tidak menerima persidangan DUN kedua yang berlansung di Heritage Hotel, Ipoh pada beberapa minggu yang lalu.

Malah, dilaporkan bahawa Datuk Seri Nizar sendiri menyatakan beliau tidak dapat meramalkan apa yang bakal berlaku sewaktu ditanya sama ada akan berlaku perebutan kerusi Speaker pada persidangan itu nanti.

Nizar Kalau Kamu Rasa Nak Hadir Sidang Dun: Hadir sajalah! Minta Tangguh Untuk Apa???

IPOH, 16 Okt. : Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mengesyorkan notis atau cadangan untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 28 Oktober ini ditangguhkan.

Menurutnya, ia perlu berikutan kes berkaitan dua Speaker dan dua Menteri Besar, masih tergantung di mahkamah.

“Kes-kes antara Sivakumar dan Datuk R Ganesan masih lagi tergantung di mahkamah, kes antara saya dengan Dr Zambry masih tertangguh di Mahkamah Persekutuan.

“Eloklah persidangan ditangguh, jika bersidang juga akan mengeruhkan serta menambah lagi krisis dengan lebih dahsyat,” katanya pada sidang media di Pejabat Pakatan Rakyat di sini, semalam.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim; ADUN Pantai Remis, Nga Kor Ming; ADUN Lubuk Merbau, Muhammad Zainuddin, ADUN Gunung Semanggol, Ramli Tusin dan ADUN Menglembu, Lim Phek Har.

“Ini (Sidang DUN) adalah buruk bagi negeri Perak, dan buruk bagi negara. “Syor supaya tidak diadakan persidangan kerana ia (notis arahan) dihantar seorang yang mengaku sebagai speaker,” katanya.

Nizar berkata, Pakatan Rakyat (PR) telah pun mengadakan persidangan DUN yang terakhir pada 2 September lalu dan ia memenuhi peraturan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UUTKNP) iaitu perlu mengadakannya dalam tempoh 6 bulan.

“Tempoh akhir kita bersidang adalah 3 Mac, persidangan 2 September telah memenuhi UUTKNP.

“BN mengiktiraf persidangan 7 Mei sah, sebab itu mereka terpaksa adakan persidangan sebelum 7 November ini,” katanya.

Beliau berkata, penangguhan itu disyorkan kerana Ganesan dianggap penipu kerana membuat arahan sedemikian. Menurutnya, arahan itu melanggar Undang-Undang Tubuh Negeri Perak kerana Ganesan mengaku dirinya sebagai Speaker.

“Ini adalah pembohongan yang amat besar kepada rakyat Perak, dia khianat dan derhaka kepada Sultan Perak,” katanya. Kata Nizar, Ganesan tidak ada hak untuk buat arahan dan segala pembentangan adalah tidak sah kerana Ganesan tidak ada kapasiti dan kuasa untuk memanggil sidang DUN.

“Batalkan sahaja persidangan dan saya merayu untuk mengelakkan suasana sedemikian,” katanya. Nizar turut mempersoalkan surat notis yang dihantar Ganesan berkaitan arahan sidang DUN itu.

“Speaker haram dari seorang lelaki yang kami tidak kenal menghantar surat arahan kepada kami kononnya itu notis persidangan Dewan Undangan Negeri bertarikh 28 Oktober 2009, Rabu jam 10 pagi.

“Surat bertarikh 12 Oktober itu menyatakan supaya semua ADUN menghantar usul atau soalan-soalan yang akan dibentangkan di Dewan Negeri sebelum 14 Oktober.

“Saya ADUN Pasir Panjang, hanya menerima surat itu semalam (14 Oktober), ada ADUN masih belum terima, ada yang terima 13 Oktober waktu senja dan ada yang terima pada tengah malam,” katanya.

Beliau berkata, kelewatan menghantar surat atau notis tidak mengikut kelaziman Konvensyen Perintah Tetap yang sepatutnya memberikan tempoh 14 hari.

“Surat itu dari segi kedudukannya adalah surat yang haram, tidak ada apa-apa kesan, surat palsu dan surat tidak rasmi dari lelaki yang menyamar sebagai Speaker, surat itu tiada nilai langsung,” kata Nizar.

Bagaimanapun katanya, wakil rakyat PR menerima surat dan notis daripada A Sivakumar yang mengarahkan hadir persidangan pada tarikh tarikh 28 Oktober jam 10 pagi.

Katanya, PR akur dengan notis yang dikeluarkan Sivakumar sekali gus menyatakan kesediaan untuk hadir ke persidangan yang telah diarahkan itu.

16 October 2009

Nizar-Anwar: Umno Berubah Ikut Zaman: Rakyatlah Penentunya: Bukan Kamu

Tindakan Umno menghapuskan sistem kuota pemilihan serta melonggarkan konsep ketuanan Melayu, menyerlahkan lagi keengganan parti perkauman Melayu itu untuk berubah demi kepentingan rakyat. Ianya kerana beberapa pindaan pada perlembagaan dalam Pemilihan Agung Umno (PAU) sekarang didakwa, masih bersifat perubahan yang palsu.

Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin berkata, selagi Umno tidak berani menyerahkan kuasa pemilihan sepenuhnya kepada perwakilan, selagi itu Umno terus dibelit dengan amalan rasuah.

Ujarnya lagi, perubahan yang diperkatakan oleh kebanyakan pemimpin Umno tersebut hanya mengulangi retorika lama; yang telah pun menjadikan Pakatan Rakyat lebih disokong rakyat berbanding Barisan Nasional sejak tsunami politik, 8 Mac lalu.

“Pindaan yang dibuat bukan bersifat organik (semula jadi), tapi lebih meniru trend perubahan rakyat yang sedia ada dan meniru prinsip-prinsip bersama dalam Pakatan Rakyat sendiri,” katanya.

“Yang dibuat oleh Najib itu sebenarnya dalam keadaan terpaksa…mereka tidak cukup berani sehingga mengadakan beberapa sekatan lain (pindaan) yang baru…setelah menyedari Umno tidak lagi bersama kehendak rakyat…Umno sedang ditinggalkan sendiri oleh ahli-ahlinya,” tegasnya.

Dakwanya lagi, beberapa pindaan dan retorika Najib itu sebenarnya hasil ciplak dari beberapa gagasan perjuangan PKR. Beliau yang juga Ketua Cabang Rembau mendakwa bahawa kemenangan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di Dun Bagan Pinang baru-baru ini sendiri tidak mampu dijadikan sumbu kekuatan Umno; kerana mereka sedar Isa menang dengan menggunakan taktik rasuah dan kronisme.

Beliau yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mencabar Isa menafikan pendedahan rasuah dan kronisme yang dibuat dalam blog peribadinya, chegubard.blogspot.com semalam.

Beliau yang mengikuti PAU sejak kelmarin juga mendakwa, tindakan Umno yang terus-menerus menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai peribadi yang dimaki-hamun, membuktikan bahawa Ketua Pembangkang itu masih menjadi simbol perubahan yang mampu membenamkan survival politik Umno dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin yang dihubungi kemudian mendakwa, beberapa pindaan tersebut lebih bertujuan menyelesaikan masalah-samalah dalaman Umno seperti rasuah, kronisme dan penipuan dalam proses pemilihan pemimpin mereka sendiri.

Tegasnya lagi, pindaan perlembagaan itu langsung tidak mampu mengubah sistem kenegaraan yang lebih korupsi seperti dalam sistem kehakiman, Polis, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sebagainya. Ujar Shamsul lagi, definisi baru Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, bahawa kepimpinan Melayu Umno berpaksi pada keadilan dan rahmah, merupakan suatu retorik kosong Ahli Parlimen Rembau itu sahaja.

Beliau juga mendakwa Umno sudah mengalami Anwarism, setelah melihat rakyat terus memberi harapan kepada kepemimpinan perubahan Ketua Pembangkang itu. “Umno dipengaruhi oleh Anwarism, perkataan seperti wahdatul, inklusif adalah perkataan ruji DS Anwar…,” responnya dalam rangkaian sosial maya, Twitter semalam.

Semalam, Najib menjelaskan pindaan perlembagaan termasuk mengenakan syarat minima untuk bertanding bagi menggantikan sistem kuota yang diamalkan dalam PAU sebelum ini.

Beberapa media elektronik arus perdana melaporkan, pindaan itu masih tergantung pada persetujuan dalam Pemilihan Agong Khas kelak. Jelas Najib lagi, syarat minima untuk bertanding jawatan di peringkat bahagian perlu menjadi ahli parti selama tiga tahun.

Manakala, seseorang yang mahu bertanding jawatan Tertinggi dalam parti, termasuk Presiden sekurang-kurangnya pernah menjadi anggota jawatankuasa bahagian selama sepenggal.

Cadangan tersebut, menurut Najib, mampu menjadikan Umno lebih telus, terbuka dan demokratik. Semalam, Khairy juga mendifinikan kepimpinan Melayu adalah keadilan dan rahmah, bukannya atas kekuasaan Melayu yang sempit.

Beberapa pindaan terbaru yang dicadangkan itu dikatakan secara tidak langsung menghalang muka-muka baru yang besih dan berintegriti untuk memimpin parti perkauman Melayu itu. Sekaligus, Umno bakal terus dipalitkan dengan pelbagai dakwaan yang rasuah, perkauman Melayu, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya; yang langsung tidak memperlihatkan wajah hakiki 1Malaysia. Ini kerana, PAU sahaja yang dilihat baru, sedangkan kepimpinannya masih dari kalangan muka-muka lama.

Nizar: Ini Komen Mu Tentang PerubahanUMNO!!! Umno Terus Bangkit dengan Caranya Sendiri

Reformasi Umno yang dilaungkan parti berkenaan sempena Perhimpunan Agungnya ke-60 untuk mewujudkan demokrasi dan pembaharuan hanyalah gimik politik parti berkenaan, kata Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat, Zuraida Kamaruddin.

Menurutnya sekiranya benar parti berkenaan mahu mewujudkan demokrasi, maka sistem perwakilan yang tetap dikekalkan harus dihapuskan.

Beliau menjelaskan walaupun Umno meluluskan pindaan untuk menambah bilangan perwakilan kepada 146,500 namun ia masih tidak memberi keterbukaan kepada ahli malah tidak menghentikan politik wang.

“Tidak mungkin kerana kalau ikut politik perwakilan tidak terbuka ianya masih boleh lagi berlaku politik wang, mungkin ada penurunan tetapi ia susah hendak terjadi kerana bila ianya diwakili perwakilan dia akan cuba menyogok ketua-ketua dan sayap-sayap untuk memilih individu tertentu,” katanya.

Zuraida berkata meskipun Umno menghapuskan sistem kuota namun parti berkenaan masih bertindak tidak adil kepada ahli kerana masih mengunapakai sistem perwakilan.

“Setuju bagi memastikan individu yang bertanding mempunyai rekod prestasi tetapi bila tidak terbuka kepada ahli hanya terbuka pada pencalonan ia tidak adil.

“Ia lebih penting untuk terbuka diundi oleh semua ahli, yang pencalonan baguslah,” katanya.

Beliau turut menyifatkan tindakan Umno yang kononnya membuat sistem terbuka adalah gimik kerana masih mengenakan syarat merupakan tindakan untuk menyelamatkan individu tertentu.

“Umno walapun hendak buat kononnya sistem terbuka tetapi jika dikaji balik ianya ada selektif, sistem terbuka yang terpilih. Ada beberapa perkara yang dirasakan merugikan sesetengah pihak maka dikenakan kriteria tertentu,” katanya.

Beliau turut menempelak Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil kerana apabila hanya menambah seorang wakil wanita dalam Majlis tertinggi, Bahagian dan Cawangan bagi menambah suara wanita dalam parti itu.

“Jadi ia tidak mencerminkan agenda yang Shahrizat kononnya mahu meniru PKR. Ini tidak melambangkan dan mencerminkan seorang yang memegang jawatan menteri wanita bersungguh-sungguh untuk memperjuangkan perkhidmatan wanita sedangkan untuk parti pun tidak dapat dilaksanakannya,” katanya.

Sementara itu Ketua Angkatan Muda Keadilan Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menyifatkan pindaan berkenaan hanya mekanisme terbaik yang mampu disediakan Umno namun ia belum tentu dapat menghapuskan politik wang dalam parti berkenaan.

“Isu politik wang adalah budaya atau adat yang menjadi kebiasaan, apa yang dipinda hanya mekanisme. Mereka boleh ada mekanisme yang bagus ungtuk mengurangkan potensi politik wang yang ubah dan pinda perlembagaan.

“Tetapi jika kesedaran ahli tiada dan menjadi budaya Umno walaubagaimana baik mekanisme yang ada tidak akan berupaya mengurangkan atau memerangi budaya politik wang. Ia kena ada kesedaran ahli sendiri,” katanya.

Mengulas penambahan suara wanita dalam Majlis Tertinggi Umno, Khairul berkata itu tidak bermakna Umno mengangkat martabat wanita.

“Oklah mereka boleh tambah lagi satu kuota tapi belum lagi mencerminkan kaum wanita di Malaysia dalam perkhimdatan berlaku dengan baik.

“Jika mahu jadikan kayu pengukur ia tidak tepat. Jika kata hari ini Umno tambah kuota dalam Majlis Tertinggi,Umno menangkat martabat wanita ia kayu pengukur yang tidak tepat,” kataya.

Nizar: Cara Mu Tidak Selamanya Dapat Simpati !!!

Nizar cara mu tidak selamanya dapat simpati rakyat. Kamu menang di Parlimen Bukit Gantang kerana simpati rakyat bukit Gantang kerana kamu baru sahaja diturunkan dari jawatan MB.

PRK Bukit Gantang bagaikan diatur untuk mu agar kamu menang mudah. Kemenangan kamu membuatkan kamu alfa dan jadi arogan.

Kemenangan kamu membuatkan kamu jadi ego. Kamu membentak polis, kamu membentak kehakiman, kamu menghina dan menderhaka pada Sultan negeri mu, kamu melanggar undang-undang.

Kemenangan kamu di Bukit Gantang, kamu terus menerus jadi jagoan jalanan. Kamu menjdikan jalanan sebagai tempat tunjuk amarah mu,itu cara kuno Nizar. Kesannya hanya singkat, kemudian kesan itu secara perlahan terakhir dan padam.

Sidang bawah pokok kamu, masih dapat sambutan,namun sidang dun hotel kamu telah hampir pupus daripada sambutan. Atas sebab apa? sambutan berkurang, sebabnya rakyat dah tahu sandiwara dan wayang mu.

Akibat arogan dan nafsu mu,kawan kamu sesama Pas Pun Dr Hassan Ali, boleh mengeluarkan arahan pada Jais Selangor,bahwa kamu tidak dibenarkan berceramah di Selangor,kerana kamu tidak layak dan tiada tauliah.

Sikap arogan kamu membawa padah kepada parti MU, Pas kecundang dengan cara mengibkan di Bagan Pinang. Serangan pribadi golongan kamu kepada Isa Samad membawa keraguan Mu kepada ketentuan Tuhan,kamu mendahului kehendak Tuhan.

Nizar! kamu dan golongan kamu terus menjadi riak kerana kemenangan kamu melalui kerusi-kerusi Kamu yang kamu kosongkan. Kamu mendabik dada,apabila baju asal mu, kamu pakai dan nampak sesuai,maka kamu menunjuk-nunjuk, bahwa tukang jahit memang hebat,kerana mampu menjahit baju yang betul-betul fit pada tubuh mu.

Ingat lah Nizar.. simpati tidak selamanya berpihak pada Kamu!!!

15 October 2009

Nizar Kalau Umno Beri Bantuan dikata Rasuah: Pas Bagi Bantuan: disebut apa?? Ini namanya HIPOKRIT!!!

Kelab Penyokong PAS akan ditingkatkan status sebagai sebuah sayap PAS yang mempunyai perlembagaan mereka sendiri tidak lama lagi.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr.Mujahid Yusof selepas menyampaikan sumbangan sempena sambutan Deepavali kepada penduduk keturunan India di Pokok Machang, Tasek Gelugor.

Isu kedudukan orang bukan Islam khasnya kaum India semakin kritikal sejak kebelakangan ini khasnya selepas PAS kalah teruk di Bagan Pinang.

Ia tambah menarik lagi apabila dikatakan hampir separuh anggota parti baru, Makkal Sakhti, adalah juga anggota Kelab Penyokong PAS.

Menuruk satu sumber, langkah ini mereka ambil kerana merasa tidak selamat dengan kedudukan mereka sekarang di dalam Kelab Penyokong PAS ini.

Menurut Mujahid, status Kelab Penyokong PAS akan ditingkatkan untuk menjadi sayap parti dalam bentuk himpunan, dewan atau pun seumpamanya yang akan diputuskan kelak. "Dengan status tersebut maka kelab ini dapat memainkan peranan yang lebih efektif lagi.

Ianya juga akan mempunyai perlembagaan sendiri, pemilihan pimpinan, struktur organisasi dan perkara yang berkaitan dengan organisasi ini.

"Sebagai Pengerusi saya telah pun membawa perkara ini ke peringkat atasan dan ianya dalam proses 'drafting'. "Kemungkinan menjelang akhir tahun ini apabila drafnya telah siap maka draf baru ini akan dicadangkan untuk sedikit pindaan supaya kelab ini mempunyai status dalam parti," katanya.

Nizar... Kalau UMNO yang Buat dikata Rasuah... Pas.. Hipokrit kan Kamu

Dalam majlis tersebut sumbangan berupa wang dan beras telah diberikan bagi meringankan beban masyarakat India yang tidak berkemampuan dalam kawasan Tasek Gelugor bagi menyambut sambutan Deepavali. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Dewan Ulama PAS Pulau Pinang, Ustaz Sooid Mohd Amin, Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Zulkeply Ishak dan kepimpinan PAS kawasan Tasek Gelugor serta Kelab Penyokong PAS Pulau Pinang. _

Nizar: Kamu Tak Serik Kah? Pas Kalah Teruk Bagan Pinang Sebab DAP

Sidang DUN Perak yang dijadualkan pada 28 Oktober ini, pertamanya atas panggilan M.Ganesan Speaker Zambry, yang sudah tentunya mendapat perkenan Tuanku Sultan. Panggilan kedua adalah dibuat oleh V.Sivakumar "speaker" Nizar yang juga merupakan wakil rakyat DAP.

ADUN Pakatan Perak dikuasai oleh ADUN DAP dan yang kedua adalah Pas. PKR kehilangan kedudukan tempat kedua kerana 2 ADUNnya keluar dan mengisthirkan diri mereka sebagai ADUN bebas.

Nizar kehilangan jawatan MB pada 5 Februari 2009, apabila 3 ADUN Pakatan mengistiharkan diri mereka sebagai ADUN Bebas. Kedudukan kerusi DUN antara BN dan Pakatan adalah seimbang; 28=28, namun BN dapat membentuk kerajaan melalui Zambry, kerana mendapat sokongan ADUN Bebas.

Sejak Nizar kehilangan kuasa, Nizar telah mengadakan sidang DUN Perak, yang pertama apa yang dipanggil Sidang DUN Bawah POKOK, dan yang kedua Sidang DUN Hotel Heritage.

Pada Mei lalu pula Zambry mengadakan sidang DUN DUN Perak, kerana dilangsungkan di Dewan Undangan Negeri Perak. Sidang itu meluluskan penyingkiran V.Sivakumar sebagai Speaker Dewan dan menggantikannya dengan Datuk M.Ganesan. Namun hingga kini, M.Ganesan masih dianggap sebagai Speaker Haram oleh Nizar dan kawan-kawan.

Atas sebab itu, apabila M.Ganesan memanggil sidang DUN Perak pada 28 Oktober ini, pada mulanya Nizar dan kawan-kawan akan memulaunya, namun semalam mereka membuat keputusan, akan hadir kerana mendapat panggilan dari speaker mereka V. Sivakumar.

Sidang Dun Perak pada 28 Oktober ini akan terjadi lagi kekecohan merebut kerusi antara M.Ganesan dan V.Sivakumar. Perebutan ini sudah tentunya akan melibatkan penglibatan bentara dewan. Jika ianya berlaku, dapat dipastikan V. Sivakumar akan diusung keluar lagi. Peristiwa ini lah yang terjadi pada Mei lalu. Sivakumar terpaksa diangkat dari kerusinya kerana enggan berganjak, walaupun telah kehilangan jawatan.

Perbuatan Nizar ini kerana arahan daripada Ngo dan Ngeh berakibat buruk pada Pas secara keseluruhan. Ekoran Nizar yang terus menjadi KUDA DAP di Perak, maka terjadi perbalahan antara Pas dan di DAP di Selangor. Dengan kejadian-kejadian ini, maka rakyat secara umum melihat bahawa Pas dan Dap tidak mungkin akan serasi, kerana itu apabila PRK Bagan Penang, Penyokong Pas menghukum calon Pas, dengan cara mengundi Isa Samad- The Lost Son Of Bagan Pinang.

Melalui PRK Bagan pinang, para pengundi begitu marah kerana jentera Pas dikuasi oleh DAP. Ternampak sangat, bahawa Pas tidak mampu berbuat apa-apa. Dap adalah peneraju kepada kempen dan penyediaan logistik.

Di Bagan Pinang ternampak dengan jelas bahawa PAS adalah KUDA Tunggangan DAP. Berasaskan kepada faktor ini, kenapa kah Nizar tak serik-serik dengan DAP. Mungkin juga, bagi Nizar adalah peluang terakhirnya, kerana pada PRU-13 akan datang Nizar hanya kenangan.

Nizar-Anwar: Umno Sekarang: : Adalah Umno Rakyat: Pas Pula Untuk DAP

Dalam tempoh kira-kira sejam, kesemua tujuh usul pindaan Perlembagaan Umno yang dibentangkan dalam perhimpunan agung khas Umno hari ini diluluskan sebulat suara.

Kecuali beberapa orang perwakilan yang bangun memberi cadangan terhadap usul berhubung pindaan menggantikan yuran tahunan kepada yuran seumur, enam lagi usul diluluskan tanpa bahas.Pengundian dijalankan secara angkat tangan. Usul-usul tersebut ialah:

* Penambahan jumlah perwakilan kepada 146,500 anggota bagi pemilihan pimpinan tertinggi Umno dan barisan pemimpin peringkat bahagian. Melalui usul pindaan ini juga, semua ketua sayap parti peringkat cawangan dicadangkan menjadi perwakilan secara
automatik.

* Memperkenalkan sistem pendaftaran menggantikan sistem kuota pencalonan. (Syarat minimum untuk menjadi calon akan ditetapkan oleh Majlis Tertinggi Umno);

* Pelantikan wakil Pergerakan Wanita untuk mengisi kerusi jawatankuasa peringkat cawangan, bahagian dan MT;

(Pindaan ini menjadikan jumlah anggota yang dilantik bertambah, iaitu bagi MT daripada 12 kepada 13 orang, anggota jawatankuasa peringkat bahagian daripada tujuh kepada lapan orang, dan jawatankuasa cawangan daripada lima kepada enam orang);

* Pemilihan bagi peringkat bahagian dan pucuk pimpinan tertinggi akan diadakan secara serentak, dan dengan itu sebuah

Jawatankuasa Pemilihan Umno akan ditubuhkan untuk menyelia dari segi logistik dan kos. (Anggota jawatankuasa akan dilantik Presiden parti);

* Penghapusan yuran tahunan keahlian dan digantikan dengan yuran seumur hidup;

* Memberi mandat kepada ketua-ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri peringkat cawangan untuk mengesahkan keahlian baru; dan

* Mengiktiraf setiausaha bahagian sebagai perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno secara automatik.

Sebelum itu, cadangan pindaan tersebut dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk Pindaan Perlembagaan Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan disokong oleh Ketua Umno Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad.Proses pindaan perlembagaan tersebut berjalan laju kerana ianya merupakan kompilasi cadangan dari akar umbi sendiri.Sewaktu Hishammuddin membaca cadangan pindaan, para perwakilan terus menerus berkata "setuju".Malah, pengerusi tetap persidangan, Datuk Badaruddin Amiruldin secara berseloroh berkata "kalau macam ini, cepat boleh makan". Beliau juga kemudiannya mengumumkan bahawa perhimpunan agung khas itu selesai dan kembali kepada perhimpunan agung Umno dan menangguh persidangan sehingga jam 2.30 petang ini.

Nizar-Nik Aziz: Nasruddin Hassan (Tantawi) itu PENIPU

Timbalan ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim mahu Nasruddin Hassan disiasat di bawah Akta Hasutan sekiranya ketua Dewan Pemuda PAS pusat itu, didapati telah menimbulkan huru-hara.

Dalam ucapan penggulungan di perhimpunan Pemuda Umno di PWTC hari ini, Razali mendakwa Nasruddin telah bertindak sedemikian dengan menghantar SMS kepada penyokong PAS, yang mendakwa kumpulan itu telah "diserang" oleh kumpulan Pemuda Umno sewaktu pilihan raya DUN Bagan Pinang.

Razali juga berkata PAS telah menerbitkan gambar yang didakwa sebagai seorang anggota PAS yang dikatakan cedera dalam kejadian tersebut.

"Dia keluarkan gambar kononnya muka pecah, baju koyak tapi badan tak luka pun," kata Razali.

"Kita cakap kepada dia, bawa orang ini ke depan. Kita nak minta maaf kalau kita salah. Sampai hari ini tak ada pun orang yang dikatakan dianiaya oleh penyokong BN.

"Penipu besar Nasruddin Hassan," katanya lagi.

Razali turut mendakwa bahawa anggota pergerakan itu juga telah "diserang."

"Satu malam sebelum buang undi, Pemuda kita diserang hanya kerana orang PAS kena tipu," katanya lagi.

"Kalau dia mati masa tu, memang mati katak sebab dia bukan jihad, dia menipu," katanya lagi.

Razali turut mendakwa bahawa terdapat juga anggota Muslimat PAS yang menipu pengundi dengan memberitahu tarikh membuang undi yang salah.

"Muslimat PAS kerana terdesak, dia pergi ke rumah orang tua beritahu tak jadi buang undi pada 11 Oktober, tapi ditunda kepada 13 Oktober," katanya sambil menambah perkara itu tidak seharusnya dilakukan oleh PAS.

"Umno tak akan sekali-kali menggadai agama Islam untuk kepentingan diri kita," tambahnya.

Nizar-Nik Aziz: Dalam Pilihanraya Boleh TIPU sebab: Pilihanraya itu Bukan Agama

Timbalan ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim mahu Nasruddin Hassan disiasat di bawah Akta Hasutan sekiranya ketua Dewan Pemuda PAS pusat itu, didapati telah menimbulkan huru-hara.

Dalam ucapan penggulungan di perhimpunan Pemuda Umno di PWTC hari ini, Razali mendakwa Nasruddin telah bertindak sedemikian dengan menghantar SMS kepada penyokong PAS, yang mendakwa kumpulan itu telah "diserang" oleh kumpulan Pemuda Umno sewaktu pilihan raya DUN Bagan Pinang.

Razali juga berkata PAS telah menerbitkan gambar yang didakwa sebagai seorang anggota PAS yang dikatakan cedera dalam kejadian tersebut.

"Dia keluarkan gambar kononnya muka pecah, baju koyak tapi badan tak luka pun," kata Razali.

"Kita cakap kepada dia, bawa orang ini ke depan. Kita nak minta maaf kalau kita salah. Sampai hari ini tak ada pun orang yang dikatakan dianiaya oleh penyokong BN.

"Penipu besar Nasruddin Hassan," katanya lagi.

Razali turut mendakwa bahawa anggota pergerakan itu juga telah "diserang."

"Satu malam sebelum buang undi, Pemuda kita diserang hanya kerana orang PAS kena tipu," katanya lagi.

"Kalau dia mati masa tu, memang mati katak sebab dia bukan jihad, dia menipu," katanya lagi.

Razali turut mendakwa bahawa terdapat juga anggota Muslimat PAS yang menipu pengundi dengan memberitahu tarikh membuang undi yang salah.

"Muslimat PAS kerana terdesak, dia pergi ke rumah orang tua beritahu tak jadi buang undi pada 11 Oktober, tapi ditunda kepada 13 Oktober," katanya sambil menambah perkara itu tidak seharusnya dilakukan oleh PAS.

"Umno tak akan sekali-kali menggadai agama Islam untuk kepentingan diri kita," tambahnya.

Nizar: Najib: Nasib seperti Roda: kisah Benar

Perjalanan nasib seperti RODA BERPUSING. Kekadang di atas, kekadang ditepi, kekadang di bawah, ke kadang di horizon.

Apabila nasib berada dibawah roda, biasanya kita mengeluh panjang. Menyesal kenapa nasib berpusing ke bawah. Menyesuaikan diri perlu waktu yang panjang. Bagi mereka yang tidak dapat menyesuaikan diri kepada keadaan ini, ada yang jadi stress, ada yang jadi kurang siuman, ada yang berubah yang dahulunya tidak pemarah, sekarang pemarah, yang dahulunya tidak pendiam, sekarang jadi pendiam, yang dahulunya banyak kawan, sekarang tidak berkawan.

Demikian juga sebaliknya, apabila nasib berpusing dan terletak di atas roda, perilaku biasa yang ada pada dirinya sebelum ini, mengalami perubahan yang luarbiasa. Jika dahulu, suka makan di warung, sekarang cuma makan ditempat-tempat yang ada bintang. Jika dahulu menjawab jika dipanggil melalui talipon, sekarang tidak menjawab lagi. Jika dahulu suka duduk di kedai mamak hingga larut malam, sekarang tidak lagi. Jika dahulu suka memukat ikan telapia, sekarang tidak lagi. Jika dahulu, suka makan karuk, sekarang tidak lagi. Jika dahulu suka naik pick-up, sekarang tidak lagi. Sifat-sifat dan budaya kebiasaan telah berubah, telah terjadi anjakan yang luarbiasa.

Kata orang: Perangkap tidak pernah lupa akan mangsanya. Perangkap akan senantiasa setia ditempatnya menunggu sang mangsa tersesat jalan,lalu masuk mulut perangkap. Si mudah lupa tadi baru terngadah, tetapi telah telambat, sang perangkap tiada sistem belas kesihan, sang perangkap tiada sistem budibicara, sang perangkap tiada sistem pengampunan.

Roda berpusing mengikut kelajuan yang ditentukan oleh penciptanya. Kelajuan jika diubah, maka jangka hayat sang roda akan berubah. Kekadang, kita lupa, bahawa setiap kejadian di muka bumi ini ditentukan oleh penciptanya. Ciptaanya seperti manusia, tergerak hati mengubah hasil ciptaaNya ini, sehinggakan mengakibatkan kerosakan yang luarbiasa. Manusia mahu melangkau fitra yang ada pada manusia, kerana demi inovasi, proaktif, berfikiran kedepan, berfikiran melangkau zamannya, berfikiran jauh.

Manusia ingin mengubah sistem. Sistem ciptaan manusia sendiri diuji oleh manusia sendiri, jauh sekali diuji sang pencipta. Sang pencipta hanya menjadi pemerhati, bukan pengadil,kerana sang pencipta tidak perlu mengadili ciptaanNya, kerana ciptaanNya sudah jitu.

Ciptaan manusia seperti pendaftaran warganya; diuji, ada manusia mengujinya. Ujian manusia ini selalunya untuk kepentingan sipenguji itu. Kad Pengenalan dipalsukan, permit kerja dipalsukan, pasport dipalsukan, dokumen tuntutan dipalsukan, gambar-gambar atau imej-imej dipalsukan, tulisan-tulisan dipalsukan, hasil kerja universiti disadur dan sebagainya.

Hasil ujian manusia kepada sistem buatan manusia, membolehkan orang yang telah menemui sang pencipta, namanya masih berlegar-legar di mana-mana, di bank-bank, didaftar-daftar pengundi, di pendaftaran pertubuhan syarikat dan dimana-mana. Sebabnya, berlaku demikian, kerana manusia tahu, bahawa sistem ciptaan manusia punya kelemahan yang luarbiasa.

Kerana kelemahan sistem ciptaan manusia, maka isu kad pengenalan palsu dipolitikkan, kenapa dipolitikkan, kerana melalui politik sajalah, isu ini boleh diselongkar. Tahun 1990-an ramai individu telah masuk ISA,kerana projek kad pengenalan palsu. Awal bulan ini, ada isu orang kenamaan dihadapkan ke mahkamah kerana menggunakan kad pengenalan palsu untuk menipu bank. Di semanjung, jika kita kebetulan pernah bekerja di kilang, kita pasti akan terkejut, ramai pemegang kad pengenalan yang bertanda H, mengaku orang Sabah, tetapi langsung tidak tahu bertutur bahasa yang menurut akuannya adalah sukunya. Langsung tidak tahu, demografi atau taburan suku-suku di Sabah, tetapi mempunyai kad pengenalan diri yang bermutu tinggi dan bertandakan H mewakili negeri Sabah.

Roda berpusing lagi: menghasilkan: Senjata makan tuan. Strategi yang dirancang untuk mencapai kemenangan, bertukar kepada kekalahan. Habuan untuk menakluk hati rakyat, dianggap rasuah, dianggap pemberian yang tidak ikhlas. Jika dahulu, pendekatan yang serupa ini , dilahap, diterima, tanpa bantahan. Tetapi sekarang, kaedah yang sama tidak diterima lagi, apakah sistem roda berpusing telah mengambil tempat???

14 October 2009

Nizar-Anwar-Lim Guan Eng: Beras Percuma Untuk Miskin: Kamu Tak Suka Kenapa?

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memberi kupon beras percuma kepada penerima benar-benar layak mengikut siasatan yang dijalankan.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, keluarga yang berasakan mereka layak menerima kupon berkenaan diminta mendaftar dengan lebih 12 agensi di bawah kementeriannya di seluruh negara mulai sekarang.

Beliau bagaimanapun menegaskan, tidak semestinya setiap orang yang mendaftar akan mendapat kupon beras percuma tersebut. ''Ini kerana pegawai akan menyiasat sama ada mereka ini layak ataupun tidak.

Hanya selepas siasatan dan laporan siap, barulah penilaian dibuat sama ada seseorang pemohon itu layak menerima kupon beras percuma atau sebaliknya,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri jamuan Hari Raya Aidilfitri Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Noh memberitahu, 12 agensi itu termasuk Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Veterinar, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), MARDI, Lembaga Perindustrian Nenas dan persatuan nelayan.

''Pendaftaran juga boleh dilakukan di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Agrobank,'' katanya. Tambah beliau, senarai nama keluarga miskin sudah diberikan kepada ahli Parlimen dan Pengerusi Pembangunan Pertanian di setiap kawasan Parlimen.

''Namun, senarai itu perlu dikemaskinikan terlebih dulu kerana ada nama yang sudah meninggal dunia, ada dulu miskin sekarang sudah kaya dan ada yang layak tetapi tidak tersenarai.

''Bagi golongan Orang Asli pula, mereka mempunyai senarai khas yang berasingan,'' jelasnya. Katanya lagi, pemberian beras percuma itu akan dilaksanakan pada Disember, manakala kupon akan diserahkan kepada penerima yang layak pada November.

''Kupon akan diberikan setiap bulan dan akan disampaikan oleh ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) atau Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian di sesebuah kawasan Parlimen,'' tambahnya.

Noh seterusnya menjelaskan, keluarga miskin akan mendapat kupon bernilai RM10 dan maksimum tiga kupon akan diberikan kepada setiap keluarga. ''Sementara itu, keluarga miskin tegar pula akan mendapat kupon bernilai RM24 yang dapat mereka tukarkan untuk mendapatkan beras gred ST15 (15 peratus hancur) bagi 10 kilogram yang berharga RM24 secara percuma. ''Mereka yang menerima kupon RM10 hanya perlu membayar RM14 sahaja bagi mendapatkan beras berkenaan,'' katanya.

Ulasan

Hingga kini sambutan pembangkang terhadap pemberian beras percuma ini kepada rakyat miskin terlalu sinis dan dingin. Parti pembangkang seolah-olah tidak setuju usaha mengurangkan beban rakyat miskin ini, kerana mereka tidak dapat membuat tohmahan bahawa kerajaan tidak prihatin terhadap kesusahan rakyat.

Rakyat mulai sedar bahawa perjuangan pembangkang hanya semata-mata untuk mendapatkan kuasa dan pangkat. Mereka bermati-matian kehulu ke hilir hanya kerana Nizar kehilangan jawatan Menteri besar, namun rakyat susah langsung mereka pedulikan.

Pembangkang hanya membuat tohaman dan tuduhan, bahawa kerajaan pengamal rasuah. Apa kah usaha kerajaan memberi bantuan kepada rakyat yangmemerlukan rasuah? Apa kah kategori yang Nizar-Anwar gunakan dalam mentaarif rasuah.

Kerajaan secara berterusan membela rakyat sekadar mana kerajaan mampu. Sejak Najib mengambil alih kerajaan rakyat Bandar, rakyat desa, rakyat kaya seluruhnya diberi perhatian dengan berbagai keadah. Hnaya orang tolol sahaja tidak akan faham usaha kerajaan ini.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels