3 December 2009

Tiada Siapa Yang Boleh Pengaruhi Rakyat Sabah: Sabah Bebas Memilih Kerajaan Yang Disukainya

DAKWAAN presiden Parti Maju Sabah(SAPP) Datuk Yong Teck Lee kononnya kerajaan pusat mengikuti jejak penjajah British dengan mempengaruhi minda penduduk negeri itu.

Dakawaan ini dinafikan Timbalan Perdana Menteri, kerajaan pusat sentiasa berlaku adil dan komited untuk membangunkan Sabah supaya setanding dengan negeri-negeri lain daripada segi pembangunan.

"Kita tidak akan menganaktirikan mana-mana negeri. Kita akan terus membela nasib rakyat tanpa mengira bangsa, keturunan dan agama termasuk di Sabah dan Sarawak tegas Tan sri Muhyiddin. Lagi pun rakyat Sabah bebas memilih kerajaan yang disukainya. Sejarah Sabah menunjukkan bahawa mana-mana kerajaan yang mengabaikan tangunjawabkan akan diketepikan. Rakyat Sabah telah matang dalam memilih hala tujunya. Tidak timbul bahawa kerajaan pusat mempengaruhi rakyat Sabah sepertimana dakwaan Yong.

Mengulas dakawaan Yong, Muhyiddin menyifatkan Yong telah ketinggalan zaman dan tidak peka kepada perkembangan terkini.

Ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan SAPP bahagian Putatan dan Petagas 1 Disimber lalu, Yong berkata Kuala Lumpur mempengaruhi rakyat Sabah sejak sekian lama agar kerajaan pusat dapat mengambil kesempatan terhadap kekayaan hasil bumi Sabah dan rakyat negeri itu dinafikan pelbagai peluang termasuk jawatan dalam perkhidmatan Persekutuan di negeri itu.

Sambil menolak dakwaan itu, Muhyiddin berkata kerajaan pusat telah memberi peruntukan yang adil kepada Sabah dan Sarawak terutama dalam membangunkan kawasan luar bandar.

"Sebenarnya Sabah mempunyai simpanan (daripada segi kewangan) yang besar dan di bawah Datuk Seri Musa Aman (Ketua Menteri) yang pandai mengurus ekonomi, ia meletakkan pentadbiran negeri ini di landasan yang betul," katanya.

Dalam hal ini, Timbalan Perdana Menteri mahu melihat anggota komponen Barisan Nasional terutama di Sabah supaya terus bekerjasama dan sefahaman.

"Kita mahu parti kita kuat dan kukuh....tiada perbalahan dan tiada masalah. Ada beberapa parti dalam BN yang kini ada masalah yang mungkin akan memberi kesan negatif kepada kita dan rakyat.

"Sebab itu, langkah proaktif perlu diambil untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera," katanya.

Muhyiddin berkata Sabah akan terus menjadi komponen penting kerajaan pusat.

"Saya dan Perdana Menteri akan sentiasa melihat dan memberi perhatian khusus kepada apa juga yang diperlukan oleh negeri ini terutama dalam konteks pembangunan," katanya.

Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara yang lebih baik tahun depan dan juga menekankan pentingnya rakyat memahami dan menyelami aspirasi gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri.

Muhyiddin yang diringi Musa kemudian melawat tapak kawasan hab pendidikan untuk kawasan pantai timur Sabah seluas 542 hektar di km 16, Jalan Labuk di Sungai Batang, yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Sibuga.

Beza Beri Kemudahan dan Beri Projek

APA yang saya tahu dan faham berasaskan pengalaman bekerja suatu masa dahulu bahawa kemudahan awam itu biasanya diberikan atau disediakan oleh kerajaan dengan mempergunakan hasil kutipan cukai mahupun pendapatan daripada hasil bumi sesebuah negeri. Manakala projek tersebut akan terlahir apabila sesuatu kemudahan tersebut diberikan oleh kerajaan.

Kemudahan awam atau rakyat seperti jalanraya, pengairan, sekolah dan sebagainya adalah kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Untuk mengadakan atau menzahirkan kemudahan ini sudah tentunya ada pelaksananya. Dalam pelaksanaan ini timbul istilah projek. Projek dilakasanakan oleh kontraktor. Kontraktor yang bagaimana? Kontraktor pelaksana mestilah mempunyai lesen dan kelas menurut spek projek.

Dalam pengagihan projek pula bermacam-macam cara ada yang melalui sebutharga, ada yang melalui pembedaan, ada yang melalui tender terbuka atau cabutan undi.

Biasanya sepemberi kemudahan tersebut yakni kerajaan melalui wakil rakyat atau kementerian tidak lagi ikut sama dalam dalam pemberian projek. Pemberian projek dilakukan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang diberikuasa mengagihkannya.

Kalau di peringkat daerah, pegawai daerah lah yang diberi kuasa, kalau di peringkat kementerian, setiausaha tetap kementerian lah yang diberi kuasa. Demikian juga di peringkat jabatan, pengarah jabatan itu lah yang diberi kuasa.

Jadi, apabila wakil-wakil rakyat memberi kelulusan mengenai sesuatu kemudahan, maka kemudahan tersebut tentu ada pelaksananya yakni kontraktor. Jika sepemohon itu juga seorang kontraktor dan mempunyai lesen yang sesuai untuk melaksanakan kemudahan yang telah diberi, maka sipemohon tersebut boleh ikut membeda, jika bedaannya terpilih atau terundi, maka boleh lah pemohon itu melaksanakan kemudahan tersebut dalam hal ini disebut projek. Akan tetapi jika sepemohon tersebut tidak mempnuyai lesen yang diperlukan, maka pasti ada kontraktor pelaksana yang akan dilantik untuk mengendalikan atau melaksanakan projek kemudahan tersebut.

Jadi, pemberi kemudahan adalah tugas kerajaan melalui wakil-wakil rakyatnya, manakala pemberi projek adalah kakitangan kerajaan. Dengan adanya paparan melalui pengalaman saya berkerja dengan jabatan kerajaan ini, mungkin akan berguna sebagai rujukan perbezaan antara pemberian kemudahan dan pemberian projek.

Di Kota Belud misalnya, kerajaan menyediakan sistem pengairan yang tersusun dan baik untuk jelapang padi Kota Belud ini disebut kemudahan, manakala kontraktor yang melaksana dan mengendalikan sistem pengairan tersebut mendapat projek tersebut. Kesimpulannya kerajaan memberi kemudahan,manakalah kerja-kerja yang dijalankan oleh kontraktor disebut projek.

Projek hanya boleh diberikan kepada kontraktor yang berlesen sesuai dengan spek kerja yang ingin dilaksanakan. Projek tidak boleh diberi kepada individu tidak berlesen, tetapi individu boleh diberi kemudahan akan tetapi tidak akan mendapat projek tanpa lesen.

2 December 2009

Iktibar Kepada Generasi Muda: Nik Aziz Mula Tak Hormat

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan walaupun didesak pelbagai pihak. "Mustahil saya perlu akur dan meletakkan jawatan semata-mata kerana digesa oleh 200 orang budak-budak nakal, bawah pohon jati di pintu SUK (pejabat pentadbiran negeri Kota Darulnaim," katanya dalam satu kenyataan merujuk kepada demontrasi oleh satu kumpulan yang mahu beliau berundur kerana gagal memajukan Kelantan.

Kumpulan dikenali Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan itu turut menyerahkan satu memorandum meminta beliau menarik balik kenyataan yang meminta penduduk Kelantan berdoa agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ditimpa keburukan jika enggan memberikan wang royalti minyak kepada Kelantan.

Nik Aziz berkata beliau tidak akan menarik balik kenyataannya itu serta meminta maaf kepada Najib seperti yang dituntut oleh kumpulan itu. "Mengapa harus saya hiraukan suara budak-budak Umno yang tak sampai 200 orang itu supaya saya meminta maaf sedangkan Presiden Umno (Najib) selaku orang nombor satu pun tidak menyuruh saya meminta maaf atau menarik balik," katanya.

Sebelum ini, Najib berkata beliau tidak akan meminta Nik Aziz meminta maaf tetapi katanya beliau tidak faham kenapa doa sedemikian perlu dibuat kerana kerajaan pusat telah membantu kerajaan Kelantan dengan menyediakan wang ihsan dan peruntukan lebih RM7 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesembilan walaupun negeri itu diperintah oleh Pas.

Perdana Menteri juga berkata Nik Aziz perlu sedar bahawa umat Islam melihat hasrat untuk mendoakan keburukan orang lain itu sebagai keterlaluan dan tidak melambangkan semangat Islam.-BERNAMA

Apa Itu Janji Politik??

GEGAP gempita apabila parlimen dibubarkan apabila ada pilihanraya kecil dimulai sudah. Masyarakat, termasuk di kampung saya mulai mengingat kembali dan membentang beberapa acara.

Di balairaya di kampung telah mulai dinaikan kain pemindang "undillah Calon...." demikian bunyi kain rentang dari parti tertentu. Kempen bermula setiap hari hingga ke hari pembuangan undi.

Setiap pemidato mengucapkan janji politik.

Berikut saya kemukakan definisi janji politik. Janji politik adalah sejumlah langkah strategik untuk memperoleh kedudukan politik yang mampu membangun blok politik dan segmen menupang atau mendukung atau pemilih yang setia dan fanatik.

Janji politik juga boleh ditafsirkan sebagai visi, misi dan program yang disampaikan seorang kandidat kepada masyarakat yang secara efektif memiliki daya serap dengan tingkat penerimaan yang tinggi dari masyarakat.

Jadi, janji politik merupakan janji apa yang akan dilakukan oleh seorang kandidat/calon ijka ia terpilih menjadi pemimpin.

Agar sebuah janji politik mampu mengikat masyarakat ada beberapa hal yang harus diperhatikan oleh seorang kandidat, yaitu janji politik itu bernilai penting, istimewa, mudah dikomunikasikan, tidak mudah ditiru, mempunyai daya imajinasi, daya tarik, daya perspektif dan daya ikat terhadap masyarakat.

Janji politik, ketika kandidat telah terpilih seringkali tidak dapat dipenuhi dikeranakan beberapa hal. Pertama, perkembangan situasi. Contoh nyata tentang hal ini adalah janji yang tidak akan menaikkan harga minyak.

Janji ini tidak dapat dipenuhi dikeranakan kenaikkan harga minyak yang mendadak di luar perhitungan kerajaan. Perhitungan kerajaan harga minyak hanya $ 1.80 seliter tetapi pada kenyataannya sekarang harganya menjadi $ 2.47 seliter dan bahkan cenderung akan naik terus.

Situasi ini menyebabkan janji politik kerajaan tidak dapat dipenuhi. Kedua, penentuan program, kegiatan dan bajet tidak hanya ditentukan oleh sang pemimpin (eksekutif) tetapi juga oleh kelompok penekan, legislatif dan yang lain.

Ketika sang pemimpin akan memenuhi janjinya, mereka akan pula berperan menentukan apakah suatu kegiatan dapat dilaksanakan atau tidak. Jadi, jika janji politik itu ternyata bertentangan dengan kepentingan kelompok penekan atau legislatif atau bahkan mungkin eksekutif itu sendiri maka sebuah janji politik tidak akan dapat dipenuhi. Jadi, banyak faktor yang menyebabkan janji politik itu tidak dapat dipenuhi.

Idealnya, sebuah janji harus diupayakan sepenuh hati untuk dapat dipenuhi. Ketika sang pemimpin terpilih ia berusaha memenuhi janjinya dengan cara membuat langkah-langkah nyata untuk mewujudkan janjinya itu.

Janji diwujudkan ke dalam Rancangan Strategik yang disusun oleh pemimpin terpilih. Rancangan Strategik itu harus telah delesai disusun paling lambat tiga bulan setelah ia terpilih.

Rancangan Strategik itu kemudian disusun atau dirumuskan lebih terperinci dalam Rancangan Pembangunan Jangka Menengah (RPJM) yang merupakan dokumen kebijakan publik yang merupakan pedoman dalam penyusunan bajet.

Dalam proses pemenuhan janji politik itu, pihak eksekutif harus menunjukkan langkah-langkah positif. Pihak eksekutif harus mampu meyakinkan berbagai pihak yang berkepentingan bahwa janjinya akan mampu meningkatkan kesejahteraan bagi masyarakat. Pihak eksekutif hendaknya tidak ikut larut ke dalam kepentingan pribadi, kelompok atau golongan saja.

Jika kita kaji selintas, janji politik lebih banyak tidak dipenuhi ketika seorang pemimpin terpilih.

Ia tidak punya komitmen untuk memenuhi janjinya. Bahkan ada yang mengatakan bahwa janji politik hanyalah sebuah kempen untuk menarik pemilih sebesar-besarnya, dan setelah terpilih merasa tidak ada kewajiban untuk memenuhinya.

Tegasnya janji politik hanya bersifat sementara alias bohong, yang ketika calon pemimpin itu terpilih tidak merasa berkewajiban untuk memenuhinya.

Seringkali, mereka yang bercita-cita untuk jadi pemimpin bukan terdorong oleh niat untuk memajukan suatu daerah tetapi lebih sering untuk meraih tahta dan harta serta mungkin saja wanita atau pria (?) bagi wanita.

Mereka berkilah untuk menang dalam pilihanraya modalnya banyak, sehingga wajar jika mereka ketika memegang jawatan berusaha untuk mengembalikan modal, bunga plus keuntungan yang banyak.

Akibatnya, mereka hanya memikirkan bagaimana mereka dapat mengembalikan modal. Mereka hanya memikirkan bagaimana memenuhi janji mereka kepada kumpilan yang berjaya. Mereka hanya memikirkan bagaimana keluarga besar mereka mendapat kedudukan dan kekayaan.

Akibatnya, mereka hanya memikirkan kegiatan-kegiatan yang menguntungkan mereka tanpa memikirkan kesejahteraan rakyat yang seharusnya dipikirkan. Fenomena ini sangat nyata tetapi sulit dibuktikan di mahkamah.

Lepas dari semua fenomena yang menggiriskan, bagi masyarakat yang bersedia untuk menjadi pengawas terhadap janji politik sang pemimpin, ada beberapa tahapan yang perlu diperhatikan yaitu, 1) pelajari dan analisis visi, misi dan program saat berkempen, 2) pelajari dan analisis Rancangan Startegik, 3) pelajari bajet, 4) perhatikan dan analisis pelaksanaan di lapangan, 4) buat rekomendasi berpaksi kepada undang-undang atau politik.

Kepada para pemimpin dimana saja, penuhilah janji anda kepada masyarakat. Tanpa janji politik pun anda sebagai pemimpin sudah seharusnya lebih memperhatikan kesejahteraan masyarakat atau publik daripada kesejahteraan anda, keluarga dan kelompok anda sendiri.

Seorang pemimpin seharusnya tidak akan merasa tenang manakala masih ada rakyatnya miskin, menderita dan belum sejahtera.

Anda sebagai pemimpin harus siap untuk miskin demi kesejahteraan rakyat anda. Masih adakah pemimpin yang seperti khalifah Abubakar atau Umar? Masih adakah pemimpin seperti Gajah Mada, yang tidak akan bermewah-mewah sebelum Nusantara berada di bawah naungan Majapahit? Semoga masih ada harapan.

1 December 2009

Pembunuhan Beramai-ramai Kerana Politik Di Maguindanao


Pertelingkahan keluarga Ampatuan dan Mangudadatu yang berpunca daripada perseteruan politik sampai pada kemuncaknya pada 23 November lalu.

Kita semua tahu, 57 orang mati termasuk isteri Esmael Mangudadatu, Datu Bandar Buluan, dua adik perempuannya, dua peguam, 27 wartawan dan 15 orang pengguna jalanraya yang melalui Barangay Salman dalam peristiwa mengerikan itu.

Permusuhan antara keluarga, yang biasa dipanggil rido, bukanlah sesuatu yang luar biasa di Mindanao. Ia sering terjadi di wilayah itu tetapi kali ini, tragedi itu mendapat perhatian seluruh dunia apabila 27 orang wartawan turut dibunuh dalam kejadian itu.

Pembunuhan wartawan, dalam jumlah yang begitu besar, belum pernah terjadi di belahan manapun di dunia ini, sama ada di Afghanistan, Somalia, Iraq, dan wilayah kacaubilau yang lain malah sepanjang perang di Mindanao sendiri tidak pernah terjadi peristiwa seperti itu. Wartawan yang biasanya belindung di sebalik press card nya itu tetapi selamat ketika membuat liputan sepanjang perang antara MILF dan Kerajaan Filipina.

Namun kali ini, wartawan turut terkorban dalam kancah perseteruan politik tempatan antara dua keluarga yang bersaing merebut jawatan Gabenor Maguindanao.

Keluarga Ampatuan merupakan keluarga yang amat berpengaruh di Maguindanao.

Sebanyak 18 daripada 22 Datuk bandar diwilayah itu merupakan anak, anak saudara atau keluarga Datu Andal Ampatuan. Andal Ampatuan, 65, yang mempunyai empat isteri dan 31 anak, hampir tidak pernah dicabar dalam pemilihan Gabenor kerana begitu berpengaruh. Seorang anaknya, Zaldy Ampatuan merupakan salah seorang Gabenor di wilayah ARMM manakala Andal Ampatuian Jr, yang dituduh sebagai dalang disebalik peristiwa itu merupakan Datu Bandar di Bandar Datu Unsay.

Seorang abang mereka, mati ditembak oleh dalam satu serangan pejuang, beberapa tahun lalu manakala seorang lagi mati ketika sedang menari di disko.

Sebagai keluarga yang berkuasa, Andal Ampatuan Sr mempunyai pengawal peribadi bersenjata. Keluarga ini amat berpengaruh dan menjadi sekutu Arroyo.

Mangudadatu sebaliknya merupakan Datu Bandar di Buluan, juga di wilayah Magundanao. Keluarga Mangudadatu juga merupakan keluarga besar. Bagaimanapun, hasratnya bertanding sebagai gabenor pada Mei 2010 itu mendapat tentangan hebat daripada Ampatuan, yang mengancam jika Mangudatu menghantar borang pencalonannya beliau akan dibunuh.

Itulah sebabnya beliau menghantar isterinya, adik perempuan dan ahli keluarganya, kebanyakannya wanita untuk menghantar kertas pencalonan itu dengan harapan mereka tidak akan diserang.

Ampatuan yang menguasai hampir semua wilayah di maguindanao, hampir semua jentera kerajaan tidak berpuas hati dengan tindakan Esmael mangudaddatu itu, apatahlagi mereka mahukan biarlah Mangudadatu berkuasa di buluan, tanpa membuat kacau di Maguindanao dengan bertanding dan merosakkan status qou yang yang ada.

Sebelum ini ada berita yang menyatakan bahawa ketika Esmael menyatakan hasratanya untuk bertanding itu, beliau membawa bersamanya ramai pengawal bersenjata yang menimbulkan kemarahan Andal Ampatuan. Itulah sebabnya, Ampatuan mengeluarkan amaran bahawa jika sekiranya Esmael terus mencalonkan diri, beliau akan dibunuh.

Kedua-dua keluarga ini merupakan rakan Arroyo di selatan filipina. Sengketa mereka bukanlah baru, dan bahkan menjadi sesuatu yang biasa.

Peristiwa ini menjadi tumpuan seluruh dunia kerana ia melibatkan kematian wartawan, yang membuat liputan proses pencalonan itu.

27 orang semuanya, dan ini bukannya angka yang kecil. Sengketa antara keluarga, berpunca daripada politik itu sepatutnya diselesaikan antara mereka dan tidak melibatkan pihak lain.

Kita mengutuk kekerasan dan keganasan, kita mengutuk tindakan yang tidak berperikemanusiaan ini. Soal-soal politik seharusnya diselesaikan secara politik dan bukan dengan pembunuhan.

Dipetik dari blog abdnaddin.blogspot.com

30 November 2009

Berpolitik Berdasarkan Kebenaran dan Kejujuran

Sakanikang rat kita yang wenang manut.
Manupadesa prihatah rumaksaya.
Ksayanikang papa nahan prayojana.
Jananuragaadi twin kapangguha.
(Dipetik dari Kekawin Ramayana)

Maksudnya:
Perubahan zaman itu hendaknya engkau ikuti. Cari dan kuasailah ajaran Bhagawan Manu. Melenyapkan penderitaan rakyat itulah hendaknya sebagai tujuanmu. Cinta kasih rakyat padamu pasti engkau jumpai.

BAIT Kekawin Ramayana yang saya kutip itu adalah bagian dari nasihat Sri Rama kepada Bharata. Nasihat Rama itu muncul saat Bharata ditugaskan memimpin Ayodya selama Sri Rama menjalani pengembaraan rohani di hutan. Sri Rama menasihati Bharata sebagai adiknya yang akan ditugaskan mengemban tugas-tugas kenegaraan sebagai seorang pemimpin. Kondisi perpolitikan suatu negara pada hakikatnya sangat ditentukan oleh perilaku para pemimpin yang berpolitik dalam suatu negara.

Nasihat Sri Rama dalam Kekawin Ramayana dikutip di atas bagian kecil dari konsep berpolitik menurut ajaran Hindu. Pemimpin yang terjun ke dunia politik seharusnya berpolitik berdasarkan kebenaran dan kejujuran (Satya dan Dharma) dengan tujuan mengabdi pada aspirasi rakyat melalui sistem yang normatif.

Karena itu, Sri Rama menasihati Bharata agar mengikuti aspirasi rakyat (Sakanikang raat). Bukan malahan menjilat mengikuti kehendak sang penguasa yang mengabaikan kebenaran dan kehendak rakyat. Sri Rama juga menekankan kepada para pemimpin untuk memahami dan menggunakan ajaran Mpu (Manuupadesa prihatah rumaksaya).

Ajaran Mpu adalah ajaran yang bersumber dari kitab suci Veda. Ajaran Manu inilah yang dianjurkan oleh Sri Rama sebagai pegangan pemimpin dalam melakukan berbagai aktivitasnya, termasuk kegiatan berpolitik. Dengan berpegang pada ajaran Manu itu pemimpin hendaknya menciptakan kebijakan politik yang benar-benar bijak.

Kebijakan politik yang benar-benar bijak dilakukan berdasarkan: kebenaran, suara hati nurani dan untuk mengabdi pada kepentingan rakyat banyak. Ksayanikang papa nahan prayojana.

Demikian dinyatakan dalam kutipan Kekawin Ramayana di atas. Mengatasi penderitaan rakyat itulah hendaknya yang menjadi tujuan kita berpolitik. Situasi politik akan benar-benar rusak apabila mereka yang punya akses di suprastruktur politik menciptakan dan melakukan basa-basi politik yang jauh dari prinsip-prinsip politik.

Berpolitik yang menyimpang dari norma-norma politik tidak semuanya dapat dijangkau oleh hukum. Lebih-lebih dalam situasi penegakan hukum yang masih jauh dari keadilan dan memihak pada yang kuat, bukan pada yang benar. Seperti melakukan ''politik uang'' melakukan penekanan dengan segala cara. Menggunakan wibawa atau pengaruh untuk memenangkan kehendak segelintir orang dengan cara-cara yang tidak bermoral.

Penyimpangan berpolitik seperti itu bagaikan kentut. Mudah dicium susah dilihat, apalagi dipegang. Celah-celah hukum pun akan dijadikan pijakan untuk memainkan politik agar terhindar dari sanksi hukum. Kekuasaan dan anggaran yang dikuasainya pun akan dihambur-hamburkan untuk mereka yang memuji-muji dan patuh pada kehendaknya. Apalagi dalam keadaan krisis multidimensi ini, mudah sekali mencari pendukung bayaran.

Caru-marutnya dunia politik karena lemahnya komitmen moral dan penegakan prinsip-prinsip politik yang normatif. Kegiatan beragama pun dapat dijadikan media pembenar untuk melakukan politik demi suksesnya tujuan mendapatkan kekuasaan politik. Kenyataan-kenyataan perilaku berpolitik seperti itulah timbul istilah ''politik itu kotor''.

Di negara yang menjunjung tinggi nilai-nilai suci agama, seharusnya citra jelek dunia politik itu dapat diperbaiki. Misalnya dengan cara mengubah sistem perekrutan dalam memunculkan para politisi.

Dengan demikian, sistem perekrutan itu dapat menjaring politisi yang memiliki idealisme untuk mengabdi berdasarkan kebenaran dan kepentingan rakyat. Sistem perekrutan untuk memunculkan para politisi yang tidak berpegang pada prinsip-prinsip moral, akan memunculkan politisi yang haus kedudukan, uang dan fasilitas.

Kalau politisi seperti itu banyak yang tampil di jajaran struktur politik maka dinamika politik pun akan terus keruh mengarah pada keadaan yang tidak kondusif. Kepentingan sempit para politisilah yang akan terus diutamakan. Sedangkan kebijakan politik yang memperjuangkan tegaknya kebenaran dan nasib rakyat menjadi terabaikan. Sistem religi sebagai pengejawantahan kehidupan beragama harus terus diberdayakan. Mengupayakan sistem religi yang kuat untuk menggetarkan hati nurani para politisi agar dinamika politik menjadi fokus untuk menegakkan kebenaran, demokrasi dan kesejahteraan rakyat yang adil. Dinamika politik jangan hanya untuk memenangkan kehendak mereka yang punya kuasa dan punya uang, kehendak rakyat diabaikan.

Tulisan ini sengaja saya indonesiakan untuk mengenang masa silam saya semasa di Indonesia. Kutipan kitab Hindu ini saya pelajari semasa mengambil mata pelajaran sosiologi bagi mengkaji penduduk Bali,Pulau Bali Indonesia. Tulisan ini tiada kait mengait dengan fahaman agama,hanya kebetulan. Tulisan ini merupakan tulisan ilmiah semata-mata.

Najib: Doa Nik Aziz Tidak Menganggu Saya

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak akan meminta Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memohon maaf berhubung hasrat Menteri Besar Kelantan itu berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan beliau dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan.

Perdana Menteri berkata Nik Abdul Aziz perlu sedar ramai umat Islam melihat kenyataannya (Nik Abdul Aziz) itu sebagai keterlaluan dan tidak melambangkan semangat keIslaman.

"Saya tidak faham mengapa perlu berdoa sedemikian sebab memang kita bagi wang ihsan kepada rakyat Kelantan.

"Apa juga nama yang diberi, royalti atau wang ihsan, jumlahnya tetap sama. Dan rakyat Kelantan yang akan terima, bukan kita akan guna untuk tujuan lain," kata Perdana Menteri seamalam.

Najib berkata sebelum ini pun kerajaan pusat memperuntukkan lebih RM7 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan untuk rakyat Kelantan walaupun negeri itu diterajui pihak lain.

"Jadi, macam mana pula mereka nak tuduh kita ni tidak adil dan sebagainya," kata beliau yang berada di Port of Spain untuk menghadiri Sidang Kemuncak Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) 2009 yang berakhir Ahad.

Menurut Perdana Menteri, segala isu boleh dibincang untuk mencari jalan penyelesaian, dan bukannya digunakan untuk mencetus pergaduhan.

"Berbalah sesama sendiri merupakan sesuatu yang tidak diterima dalam Islam, begitu juga bila kita mengutuk orang lain tanpa asas," kata Najib.

Beliau sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan pusat akan memberi wang ihsan kepada kerajaan Kelantan mulai tahun hadapan bagi hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu.

Royalti minyak: Nik Aziz pertahan isu doa

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan bahawa tidak salah dari segi agama Islam jika mendoakan seseorang itu dilaknat Tuhan jika mereka mempunyai niat jahat terhadap seseorang lain.

Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau sanggup berhadapan dengan ulama yang membidas serta mengkritik kenyataannya itu dan mengingatkan beliau bahawa perbuatan sedemikian adalah haram di sisi Islam.

Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz berkata beliau akan berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak betul.

Menteri Besar Kelantan itu turut menjelaskan kenyataannya itu.

"Doa yang dimaksudkan itu (kepada Perdana Menteri) hanya meminta Allah memperbetulkan fikiran Perdana Menteri,(Datuk Seri Najib Tun Razak) iaitu beri (royalti) gas dan petrol kepada Kelantan, kalau tak beri juga, bermakna beliau berniat tak baik.

"Niat tak baik itulah yang saya minta dilaknatkan Tuhan tu...," katanya.

Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria, dalam laporan media hari ini dipetik sebagai berkata umat Islam sepatutnya berdoa dan memohon kepada Allah supaya memberikan hidayah, kesejahteraan serta keselamatan terhadap orang lain, terutama saudara seagama, bahkan kepada orang kafir.

Sementara itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat itu sebagai tidak masuk akal.

Katanya, perbuatan itu sebenarnya menggambarkan kelemahan dalam pemerintahan Nik Aziz sekaligus menunjukkan perpecahan kritikal di dalam PAS.

"Kita di dalam Umno bukan mahu mendoakan PAS berpecah tetapi kita bersyukur kerana apa yang PAS tuduh, akhirnya perkara itu terkena tempias kepada mereka (PAS) sendiri.

"Mereka (PAS) tuduh Umno menimbulkan perkara yang boleh pecah belahkan PAS, kita (Umno) yang lagakan pemimpin mereka, tetapi bila kita sabar dalam cara kita bawa diri kita, akhirnya tuhan tunjukkan mereka yang terkena tempias mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis korban Umno Bahagian Sembrong dan pembasmian kemiskinan Giat Mara, di Kampung Contoh, dekat Kahang, di Kluang hari ini.- Bernama

29 November 2009

Siapa Musram Rakunman Dalam Dunia Blog

Matalamat bloging saya adalah semata-mata untuk berkongsi maklumat dan analisa dengan para bloger.


Saya ada tiga blog yang sulung adalah APA YANG TERSIRAT dapat dilayari melalui http://www.musramrakunman.blogspot.com, yang kedua adalah AWAL DAN AKHIR dapat dilayari melalui http://www.awaldanakhirzaman.blogspot.com dan yang ke tiga adalah ONE KOTA BELUD dapat dilayari melalui http://www.one-kotabelud.blogspot.com


Setiap satu blog saya mempunyai plot tersendiri dan membawa maklumat tersendiri. Juga, melalui pelayaran para pembaca saya, saya dapat menganalisa bahawa para pembaca saya telah tersegmentasi, ertinya pembaca apa yang tersirat tidak bermakna akan membaca one-kota belud demikian juga sebaliknya.

Pada bulan puasa yang lalu selama sebulan saya iklankan nama-nama blog saya melalui apa yang tersirat. Saya merasakan pembaca saya telah diberi maklumat yang cukup melalui kehadiran blog-blog saya.

Sebagai tambahan kesemua blog saya membawa gambar saya yang terkini, agar para pembaca tidak keliru, dan sebagai tambahan apabila profile saya diklik akan memaparkan data saya yang terkini dan betul.

Sejak akhir-akhir ini apabila saya cuba melayari para bloger Kota Belud khasnya, saya mendapati nama saya terbabit sama sebagai bahan berita dan tulisan. Dalam penulisan mereka ada juga berita yang betul dan benar, tetapi juga ada tulisan yang berbentuk gossip dan sensasi.

Di luaran pula ada bloger yang dianggap mampu menulis tetapi bukan lah kanan dalam bloging cuba meneka-neka pemilik blog yang berlambang ORANG-ORANGAN pinjam istilah Abdulnaddin dalam blog abdnaddin.blogspot.com.

Melalui blog orang-orangan ini bermacam cerita dibuat-buat, bukan kepada cerita yang sebenar. Ada blog yang dicipta khas untuk menonjolkan nama-nama tertentu khususnya dalam arena politik. Ada juga blog yang memaparkan aib-aib nama-nama tertentu dan sebagainya.

Bagi saya, setiap citarasa dan penulisan saya paparkan berasaskan pengalaman dan bacaan. Ada pengalaman yang saya lalui sendiri, ada juga pengetahuan melalui bacaan. Ada juga tulisan saya berasaskan bacaan agama.. yang dikutip dari wahyu Allah melalui Al-Quran, kisah-kisah para nabi,kisah-kisah para iblis dan syaitan dan sebagainya.

Kalau tulisan mengenai agama saya tidak mampu mengubah suainya, kerana amat lah berdosa apabila satu kisah mengenai agama itu diubah suai. Fakta mengenai kisah Adam terkeluar dari syurga,kisah iblis dan syaitan bertapak pada dada Adam dan keturunannya tidak boleh diubah suai.

Kata Tuhan setiap manusia yang menyamai sifat syaitan dan iblis balasannya adalah neraka jahanam. Tuhan juga mengingat saya dan umat Adam, bahawa sehingga hari kiamat syaitan dan Iblis senantiasa berada di dada keturunan adam dan senantiasa akan menganggu keturunan adam.Fakta seumpama ini, tidak boleh dubahsuai.

Bagi saya, selagi saya bernafas saya akan berkata: Fitrah kita manusia memang demikian. Setiap kita yang mempunyai ciri-ciri syaitan dan iblis kita tidak dapat nafikan, kerana Allah telah membenarkan syaitan dan iblis menggangu anak-anak adam dan keturunannya sehingga hari kiamat atau hari penentuan.

Saya juga membaca para komen BLOG ORANG-ORANGAN..ada juga komen yang menjadi maklumat kepada saya, ada juga komen membuat saya mencari fakta dan membuat kaji selidik dan ada juga komen menjadikan tersenyum dan menjadi hiburan, dan ada juga komen membuat saya tertanya-tanya.. sampai hati sipulan bin pulan atau sipulan binti pulan ini menulis demikian.

Namun bagi saya, bloging adalah meluahkan aspirasi dan kematangan berfikir melalui idea-idea yang bernas. Idea-idea yang bernas itu yang dicari agar menjadi tauladan.

Para Bloger.. menulis lah.. hindarkan perkara keji dan munafik.. anda akan disanjung kerana kerja-kerja AMAL anda dalam dunia penulisan. Fikirkan lah.

Kenapa Kepimpinan Daerah Sukar Bersatu??

Perjalanan kepimpinan Daerah terutama selepas pemilihan perebutan kepimpinan Umno dan Pru-12 dilihat tidak seimbang dan ‘bergegar sepanjang masa’ ekoran wujud suara luar yang mampu mempengaruhi sebahagian pimpinan dengan mudah.

Ada kalangan ahli dan penyokong serta rakyat mendakwa bahawa kepercayaan kepada pucuk pimpinan daerah semakin berkurangan selain trend menghentam pimpinan secara terbuka juga menyebabkan kewibawaan para pemimpin terguris dan tergugat.

Dalam yang masa sama rahsia parti seperti perjalanan mendapatkan kemenangan dan agihan projek pembangunan dibongkar tanpa rasa bersalah. ‘

Ahli-ahli dan pemimpin bahagian lebih hebat berpolitik sesama sendiri dibanding dengan musuh. Terlalu ghairah untuk mendapatkan publisiti dan memperkuat diri sendiri demi pertimbangan untuk menjadi calon dan mempertahan kedudukan sehingga mengorbankan sahabat seperjuangan.

Pemimpin daerah telah berubah. Cara kepimpinannya telah lari dan hanya berlebihan dalam menumpukan gerak kerja politik tanpa mengambil berat gerak kerja tarbiyyah.

Sesetengah pemimpin bukan sahaja sanggup bersengkang mata untuk memastikan kemenangan kerusi malah sedia bertegang leher sesama sendiri demi sebuah strategi politik.

Bagi setengah pemimpin amal tarbiyah tiada lagi tempat dan ruang. Persaudaraan sesama pimpinan dan anggota parti dilihat sinis. Mudah bertengkar dan bermasam muka. Sering dipengaruhi rasa curiga antara satu sama lain. Memandang sahabat seperjuangan seperti musuh yang dilapah dan disiat seluruh maruah dan aibnya di dada akhbar dan blog.

Sukar bertolak ansur sebaliknya mudah bersengketa. Berbicara sesama sendiri seperti bicara dengan musuh.

Jika perjalanan parti tidak diperbetulkan semula dan semua pihak tidak mengambil peranan itu dengan penuh insaf dan sedar, maka parti akan senantiasa terus bergolak.

Jika pemimpin dan Ahlinya tidak membina semula kesatuan berfikir dan kesatuan amal. seperti menjaga kerahsiaan ahli dan penyokong dengan mengenal pasti apa yang patut rahsia dan apa yang patut dedah, maka gejala keretakan akan terus belaku.Fikrah Iperjuangan mesti jelas. Jangan biarkan ia kabur di sebalik jerebu kuasa.

Dalam pada itu, semua pihak dalam parti dan kepimpinan daerah perlu segera memperkukuhkan parti sebelum memperkukuhkan keupayaan diri sendiri.Fokus pada portfolio yang diamanahkan.

28 November 2009

Rosak Jiwa Rosak Amalan

SHEIKH Muhammad Abu Zahrah berkata: "Allah menjelaskan pada ayat-ayat terdahulu betapa hinanya ahli Kitab yang sezaman dengan Nabi apabila mencampuradukkan kebenaran dengan kebatilan, di samping mendustakan para Nabi." Ayat ke-75 Firman Allah SWT yang bermaksud : Dan di antara ahli kitab, ada orang yang kalau Engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, ia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada-Mu, dan ada pula di antara mereka yang kalau Engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau Engkau selalu menuntutnya. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: "Tidak ada jalannya Kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi dan, mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta). Bahkan (Mereka berdosa memakan hak orang, kerana), sesiapa yang menyempurnakan janjinya (mengenai hak orang lain) dan bertakwa, maka Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertakwa.

Sebab Nuzul Ibnu Jarir meriwayatkan : Pada zaman jahiliah, sekelompok umat Islam menjual barangan kepada orang Yahudi. Tatkala mereka menganut Islam mereka ingin menebus harta barangannya tetapi orang Yahudi menjawab: "Kami bukanlah golongan yang amanah dan kami tidak wajib melangsaikan hutang kami kepadamu kerana kamu telah meninggalkan agama yang dahulu kamu ikuti, sambil mereka mengaku bahawa mereka mendapat ketentuan yang sedemikian itu dalam kitab mereka".

Ibnu Mundhir meriwayatkan daripada Sa'id Ibnu Zubair, katanya: Tatkala turun ayat "Dan dari sebahagian Ahli Kitab…, tidak berdosa kamu terhadap orang Arab," lalu Nabi SAW bersabda, "Musuh-musuh Allah itu telah berdusta. Tidak ada suatu apa pun yang patut dilakukan pada zaman jahilliyah, melainkan di bawah kedua-dua kakiku ini, semuanya itu adalah amanah yang harus di tunaikan, sama ada kepada orang yang baik atau yang derhaka".

Iktibar dan fiqh ayat: i. Al-Qurtubi berkata: "Dikatakan orang Yahudi yang menyimpan dinar kemudian khianat ialah Qanhas bin Azura'. Ada pendapat menyatakan Ka'ab bin Asyraf dan sahabatnya".

ii. Abu Hanifah dan mazhabnya mendalilkan ayat ini dalam mulazamah yang berhutang sedangkan ulama yang lain tidak bersetuju.

iii. Sheikh Muhammad Abu Zahrah berkata: "Dusta dan khianat merupakan kembar sebagaimana benar dan amanah adalah kembarnya. Rosaknya jiwa membawa kepada rosaknya amalan". iv. Al-Maraghi berkata: "Ayat ini mengisyaratkan, bahawa bangsa Yahudi pada hakikatnya beranggapan memenuhi janji bukanlah suatu kewajipan yang mustahak".

Ayat ke-76 Firman Allah SWT yang bermaksud : Bahkan (Mereka berdosa memakan hak orang, kerana), sesiapa yang menyempurnakan janjinya (mengenai hak orang lain) dan bertakwa, maka Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertakwa.

Iktibar dan fiqh ayat:

i. Al-Alusi berkata: "Ayat ini mewajibkan kepada apa yang dinafikan". ii. Ibnu Jauzi berkata: "Perjanjian di sini ialah apa yang Allah janji dengan mereka di dalam Taurat dan kalimah ganti nama Nya pada perjanjian kembali kepada dua: Pertama: Kepada Allah SWT. Kedua: Kepada yang menunaikannya.

ii. Sheikh Sya'rawi berkata: "Ayat ini dimulakan dengan perkataan bala ( bahkan ) semata-mata untuk membatalkan isu yang terdahulu seperti dakwaan ahli Kitab.

iii. Al-Maraghi berkata: "Ayat ini mengandungi isyarat bahawa memenuhi janji dan menjauhkan diri daripada menyalahi orang lain, bersikap derhaka dan menjauhi dosa-dosa yang lain itulah akan mendekatkan seseorang kepada Tuhan-Nya dan menjadikan dirinya termasuk manusia yang dicintai-Nya.

Sebaliknya jika seseorang berbangga dengan kebangsaannya, ia sama sekali tidak bernilai di sisi Allah SWT. Ayat ini memberi bantahan bahawa orang Yahudi yang mengikut pendapat ini sama sekali tidak mempunyai jiwa takwa. Padahal jiwa takwa inilah menjadi asas pokok setiap agama yang benar".

Ayat ke-77 Firman Allah SWT yang bermaksud : Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Sebab Nuzul Terdapat tiga pandangan berkenaan sebab turunnya ayat ini :

i. Ibn Jarir meriwayatkan daripada 'Ikrimah katanya, "Ayat ini turun dalam peristiwa Abu Rafi' dan Lubabah Ibn Abu Huqayqiy dan Ka'b Ibn Ashraf serta Huyay Ibn Akhtab. Mereka ini mengubah dan menukar ayat-ayat Taurat tentang sifat-sifat Rasulullah SAW dan hukum memegang amanah serta hukum-hukum lain, kerana mereka melakukan kerana suapan (rasuah).

ii. Al-Bukhari dan lain-lain ada meriwayatkan bahawa Ash'ath bin Qays berkata: " Aku pernah menyerahkan sebidang tanah kepada seorang lelaki Yahudi, lalu dia mengingkarinya. Kemudian aku adukan dia kepada Rasulullah SAW. Baginda bersabda, "Adakah kamu mempunyai bukti?" Aku menjawab, "Tidak". Lalu Baginda bersabda kepada orang Yahudi itu. "Bersumpahlah!" Lalu aku berkata, "Wahai Rasulullah, jika dia bersumpah, hilanglah hartaku". Lalu turunlah surah al-Imran ayat 77. Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: "Peristiwa ini mungkin yang menjadi sebab turunnya ayat atau peristiwa lain".

iii. Ia diturunkan kepada golongan Yahudi yang Allah melakukan perjanjian dengan mereka dalam Taurat dnegan menjelaskan sifat Nabi sedangkan mereka menyalahi dan mengengkarinya. Inilah pendapat Ikrimah dan Muqatil.

Iktibar dan fiqh ayat: i. Al-Qaffal berkata: "Kalimah-kalimah ini (Allah SWT tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan melihat mereka pada hari kiamat dan tidak (pula) akan membersihkan mereka) maksudnya, menerangkan betapa kemurkaan Allah SWT yang amat sangat kepada mereka sebab di dunia ini, seseorang yang menyebabkan orang lain tidak mahu berbicara kepada mereka, menandakan orang itu marah kepadanya dan kadang-kadang menyuruhnya pergi daripadanya. Dia berkata, "Aku tidak mahu berbicara denganmu dan melihat mukamu". Kalau disebut nama orang itu, disebutnya secara tidak baik.

ii. Sheikh Sya'rawi berkata: "Permulaan kehancuran pada jiwa seseorang apabila menukarkan hidayah dan mengambil ganti dengan kesesatan. Sesungguhnya mereka golongan yang rugi".

iii. Al-Maraghi berkata: "Allah SWT mengancam orang yang melanggar janji dan menyalahi janji dengan di haramkan mendapat nikmat, bahkan diberikan azab yang pedih. Mereka dimurkai Allah SWT sehingga tidak diberi rahmat kepada mereka, bahkan mereka juga tidak akan mendengar sebarang ucapan maaf dan keampunan daripada Allah SWT". Daripada ayat-ayat yang lepas jelas menunjukkan sifat dan perangai golongan munafik dan ahli Kitab yang melanggar dan menyalahi janji, sedangkan mereka cukup mengetahuinya. Semoga kita menjadi golongan yang bertakwa dan berpegang kepada janji.

25 November 2009

Cerita Kenangan Bersama Mendiang Maidom Pansai Mantan MP Kota Belud

TIDAK berapa ingat tahun berapa, tetapi yang pasti semasa pemerintahan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Satu ketika saya bersama isteri dan anak, cuma anak bertolak dari Kota Kinabalu menuju Kg Tamau melalui jalan lama-Jalan Tamparuli. Kenapa, melalui jalan lama, kerana jalan pintas sekarang ini belumpun dalam pembinaan.

Saya bersama keluarga bertolak dari Kota Kinabalu kira-kira 9 malam tanpa berhenti. Sesampai ke tanjakan jalan welcome to Kota Belud kereta secara tiba-tiba rosak dan tidak dapat bergerak. Setelah menunggu beberapa lama, walaupun banyak kereta yang lalu,namun semuanya tidak dapat membantu.

Menghubungi rakan atau keluarga, 100% tidak mungkin kerana memang tiada talian telepon tersedia (hingga kini). Saya bersama isteri terpaksa hanya menunggu.

Namun pada kira-kira pukul 1 pagi ada kereta range rover lalu dan telah melewati kami sehingga lepas pandangan. Namun 5 menit kemudian, kereta yang sama berpatah balik dan berhenti kira-kira 20 meter dari kereta kami. Pada mulanya saya agak bembang, takut-takut perompak, kerana penumpang maupun pemandu kereta tersebut tidak jelas dalam pandangan.

Setelah penumpang dan pemandu kereta tersebut menghampiri kami dengan berjalan kaki, saya terus kenal itulah YB Maidom Pansi Ahli Parlimen Kota Belud masa itu. Beliau bertanya, apa masalah, setelah dijelaskan, YB tersebut bertanya, apa kah saya membawa tali. Kerana saya menjawab, tidak.. maka YB tersebut memeriksa kenderaannya kalau-kalau ada tali. Dalam pencarian tersebut, ternyata pemandunya ada membeli tali.. tujuannya untuk mengikat kerbaunya yang akan dijual keesokan harinya di Tamu Kota Belud.

YB Maidom meminjam tali tersebut untuk digunakan menarik kereta saya. Sebelumnya saya telah terangkan bahawa kampung saya jauh nun di ceruk dan terpaksa mengambil masa yang panjang untuk sampai. YB Maidom hanya menjawab.. tidak apa.. saya akan hantar.

Setelah mengikat kereta saya dengan tali dan disambungkan di belakang range rover YB tersebut, kami mula perjalanan kami tanpa henti. Dengan perjalanan yang baik walaupun melalui jalan berbatu dan berdebu..kami sampai di rumah ayah saya kira-kira jam 7 pagi.

Setelah mengucapkan terima kasih; dan YB berkenaan secara halus menolak tawaran minum pagi.. YB Madiom terus pulang dan saya tidak pernah berjumpa lagi, sehingga beliau pergi untuk selama-lamanya.

Petang tadi saya setelah berbual-bual dengan bloger sekali ketuk (musli oli), terkeluar cerita ini, lantas musli mencadangkan agar saya memaparkan cerita ini sebagai rekod.. siapakah Maidom Pansai . Untuk Mendiang YB Maidom Pansai saya bagi pihak keluarga saya mengucapkan R.I.P.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels