29 November 2009

Siapa Musram Rakunman Dalam Dunia Blog

Matalamat bloging saya adalah semata-mata untuk berkongsi maklumat dan analisa dengan para bloger.


Saya ada tiga blog yang sulung adalah APA YANG TERSIRAT dapat dilayari melalui http://www.musramrakunman.blogspot.com, yang kedua adalah AWAL DAN AKHIR dapat dilayari melalui http://www.awaldanakhirzaman.blogspot.com dan yang ke tiga adalah ONE KOTA BELUD dapat dilayari melalui http://www.one-kotabelud.blogspot.com


Setiap satu blog saya mempunyai plot tersendiri dan membawa maklumat tersendiri. Juga, melalui pelayaran para pembaca saya, saya dapat menganalisa bahawa para pembaca saya telah tersegmentasi, ertinya pembaca apa yang tersirat tidak bermakna akan membaca one-kota belud demikian juga sebaliknya.

Pada bulan puasa yang lalu selama sebulan saya iklankan nama-nama blog saya melalui apa yang tersirat. Saya merasakan pembaca saya telah diberi maklumat yang cukup melalui kehadiran blog-blog saya.

Sebagai tambahan kesemua blog saya membawa gambar saya yang terkini, agar para pembaca tidak keliru, dan sebagai tambahan apabila profile saya diklik akan memaparkan data saya yang terkini dan betul.

Sejak akhir-akhir ini apabila saya cuba melayari para bloger Kota Belud khasnya, saya mendapati nama saya terbabit sama sebagai bahan berita dan tulisan. Dalam penulisan mereka ada juga berita yang betul dan benar, tetapi juga ada tulisan yang berbentuk gossip dan sensasi.

Di luaran pula ada bloger yang dianggap mampu menulis tetapi bukan lah kanan dalam bloging cuba meneka-neka pemilik blog yang berlambang ORANG-ORANGAN pinjam istilah Abdulnaddin dalam blog abdnaddin.blogspot.com.

Melalui blog orang-orangan ini bermacam cerita dibuat-buat, bukan kepada cerita yang sebenar. Ada blog yang dicipta khas untuk menonjolkan nama-nama tertentu khususnya dalam arena politik. Ada juga blog yang memaparkan aib-aib nama-nama tertentu dan sebagainya.

Bagi saya, setiap citarasa dan penulisan saya paparkan berasaskan pengalaman dan bacaan. Ada pengalaman yang saya lalui sendiri, ada juga pengetahuan melalui bacaan. Ada juga tulisan saya berasaskan bacaan agama.. yang dikutip dari wahyu Allah melalui Al-Quran, kisah-kisah para nabi,kisah-kisah para iblis dan syaitan dan sebagainya.

Kalau tulisan mengenai agama saya tidak mampu mengubah suainya, kerana amat lah berdosa apabila satu kisah mengenai agama itu diubah suai. Fakta mengenai kisah Adam terkeluar dari syurga,kisah iblis dan syaitan bertapak pada dada Adam dan keturunannya tidak boleh diubah suai.

Kata Tuhan setiap manusia yang menyamai sifat syaitan dan iblis balasannya adalah neraka jahanam. Tuhan juga mengingat saya dan umat Adam, bahawa sehingga hari kiamat syaitan dan Iblis senantiasa berada di dada keturunan adam dan senantiasa akan menganggu keturunan adam.Fakta seumpama ini, tidak boleh dubahsuai.

Bagi saya, selagi saya bernafas saya akan berkata: Fitrah kita manusia memang demikian. Setiap kita yang mempunyai ciri-ciri syaitan dan iblis kita tidak dapat nafikan, kerana Allah telah membenarkan syaitan dan iblis menggangu anak-anak adam dan keturunannya sehingga hari kiamat atau hari penentuan.

Saya juga membaca para komen BLOG ORANG-ORANGAN..ada juga komen yang menjadi maklumat kepada saya, ada juga komen membuat saya mencari fakta dan membuat kaji selidik dan ada juga komen menjadikan tersenyum dan menjadi hiburan, dan ada juga komen membuat saya tertanya-tanya.. sampai hati sipulan bin pulan atau sipulan binti pulan ini menulis demikian.

Namun bagi saya, bloging adalah meluahkan aspirasi dan kematangan berfikir melalui idea-idea yang bernas. Idea-idea yang bernas itu yang dicari agar menjadi tauladan.

Para Bloger.. menulis lah.. hindarkan perkara keji dan munafik.. anda akan disanjung kerana kerja-kerja AMAL anda dalam dunia penulisan. Fikirkan lah.

3 comments:

Abu Nawas said...

Salam Semua Blogger,

Atas prinsip membela kepada kebenaran, saya terpaksa turun dari pertapahan gunung tiga di balik pulau, setelah rakan-rakan blogger seperti Saudara, Abu, Nyawa bin Badan, Pendikar Tuan, Saudari Siti Farhana dan lain-lain lagi merayu kepada saya untuk mengamankan bloger Kota Belud kerana angkara kehadiran syaitan yang bernama Senyumkambing. Melihat kesungguhan mereka mengharungi lautan dengan ombak semata-mata ingin menemui saya dan mengkhabarkan berita pengamukan Senyumankambing yang telah menghuru harakan dunia blogger tanpa belas ikhsan dan seterusnya meminta bantuan mengembalikan keamanan mereka seperti sedia kala. Ramai di antara mereka membawa khabar yang sedih, sehingga ada yang tidak dapat makan kerana memikirkan keadaan itu.

Dikhabarkan juga Senyumkambing ini tidak lagi mendengar apa orang cakap, sebaliknya membelasah orang dengan penuh kejam, sehinggakan saudari Watababi meminta senyumkambing kembali ke dunia kelahirannya di dalam blognya. Sekarang ini insan yang menjadi mangsanya pula ialah si Roslan dengan rakan-rakannya, kononnya berkompolot menaikkannya.

Saudara-saudara dan saudari sekalian, maka atas perintah Tok Guru saya agar membantu mereka yang dalam kesusahan, saya dengan rela hati membongkar di sebalik siapa sebenarnya Senyumkambing ini. Lalu saya bingkas dari tempat duduk selama 6 bulan kerana melakukan pertapahan sambil mengamalkan jurus-jurus yang diajar oleh Tok Guru. Lalu saya mendoakan agar saya ditujukan siapa sebenarnya Senyumkambing, dengan tiba-tiba wajah Saudara Musram telah ditayangkan oleh cermin yang berada dihadapan kami.

Lalu saya bertanyakan bertanyakan kenapa Musram melakukan, menurut cermin sakti itu, saudara Musram marah kerana rakan bloger yang lain membangkitkan peruntukan RM 6,000.00 oleh Datuk Musbah kepadanya, ramai mempersoalkan kewajaran Musram memperolehi peruntukan demikian kerana ramai lagi orang-orang Datuk Musbah yang tidak dapat dibantu. Ekoran daripada itu Saudara Musram menulis artekil yang berkaitan syaitan, dengki dan sebagainya. Ekoran itu saudara Idahan mempersoalkan tindakan Musram itu, sehinggakan bertanya siapa yang dimaksudkan oleh Musram syaitan dan sebagainya itu.

Diakhir-akhir ini kegelagatnya hamper-hampir kedapatan bahawa Kelapa Mawar adalah blognya sendiri peranan Blog Dayang Wulan dimatikan untuk tujuan menghentam pemimpin. Apabila menyedari tabiatnya sudah diketahui, maka dia menjadikan Roslan Haji Manshor kambing hitam bagi menutup sikapnya yang buruk ini. Dia tuduh Roslan macam dari perasuah kepada talam dua muka dan berbagai-bagai lagi.

senyumkambing said...

ngam kita abunawas.ako tida kanal kao.kao pun tida kanal ako.somo somo kiti muat bloger kb jadi ransak. setigad kiti.. nyak run nabar. sepatai kiti nyak run nabar.kao suda abis betapa selidik itu musram. ako pulak suda selidik ito ruslan.

musram ito ako balum batol batol tao.kalo ako suda tao baro dapat antam.sakarang ako tao itu ruslan. azrone sikit sikit.ako akan hantam siapa saja antam pamimpin kota belud.

bloger kb one one ako selidik. ako tau nanti ako antam. ako bacha bloger kb, bnyak bagus, tapi bloger ta ada blog, masam abunawas.. memang bagos. betapa dapat ilmo dan sarita musram. ako sukak sarita ini.mula ini hari ako cari sarita musram ini.mungkin ini urang important. kalo tida important, mna mungkin jau jau ito abunwas betapak cari ito sarita musram.

kalo ruslan mansor ako tiada betapa bacha blog kb.blog kawan-kawan dia, all pujik itu ruslan, in the mean time kasi bosok itu datuk salleh, kasi bosok pandikar.

kao sarita abunawas itu blog dayanggwulan ada kasi borok itu pamimpin. ako balum jumpa. semua sarita politik. ako masok itu blog dayanggwulan 2 jam sari sarita tida jumpa kasi borok itu datuk salleh, kasi borok itu musbah, kasi borok itu japlin,kasi borok pandikar. ako jumpa poll managai pamimpin kota belud. tarus tarang ako tiada undi ito poll.

kao abunawas taruskan sarita, kasi bosok ito mushram, ako tarus sarita ito ruslan.okey. kalo ako bole tulis basaha cina, ako tulis sini, tapi kao ta tao.

pagipagi said...

saya siarkan komen-komen ini walaupun tiada kaitan dengan posting saya demi rakan-rakan bloger membacanya. Terlalu banyak komen-komen orang-orangan sperti ini. Namun komen-komen ini yang menarik.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels