23 February 2010

RM3.4 bilion untuk Sarawak


Najib Tun Razak meninjau keadaan Sungai Batang Sadong dekat Pekan Simunjan, Sarawak, semalam. Perdana Menteri diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri Simunjan, Mohd. Naroden Majais (kanan). – BERNAMA

SRI AMAN 22 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghargai kepentingan Sarawak hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM3.4 bilion untuk melaksanakan projek-projek infrastruktur di negeri itu terutamanya untuk penduduk pedalaman yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2012.

Perdana Menteri berkata, kerajaan Pusat menyediakan pelan perancangan dan kaedah pelaksanaan yang rapi untuk mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) dari segi pembangunan prasarana seperti bekalan elektrik, air bersih, pembinaan jalan raya dan rumah orang miskin di luar bandar di pedalaman Sarawak.

‘‘Tujuan saya datang (ke Sarawak) antaranya untuk melihat kejayaan yang telah kita lakukan serta untuk memberi komitmen dan keyakinan bahawa banyak lagi projek luar bandar akan kita laksanakan seperti akujanji kita kepada rakyat Sarawak di bawah konsep Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Petunjuk Prestasi Utama Negara (NKPI) terutama sekali melibatkan pembangunan prasarana luar bandar,” kata beliau.

Beliau menambah kerajaan begitu komited untuk meningkatkan keperluan prasarana di bawah NKRA pembangunan prasarana yang boleh dilihat melalui peruntukan kerajaan sebanyak RM3.4 bilion itu.

Najib berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar bernilai RM5.8 juta di Rumah Radin, Lachau Ulu, Lachau di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan dua Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri George Chan Hong Nam dan Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Najib berkata, laporan tentang program pembangunan prasarana itu akan dikeluarkan apabila tiba masanya kerana ada daripada projek tersebut sedang dalam pelaksanaan untuk faedah rakyat yang menaruh kepercayaan kepada kerajaan sedia ada.

Terdahulu dalam ucapannya, Perdana Menteri berkata, apa yang dilakukan kini adalah untuk meneruskan kesinambungan pemimpin-pemimpin terdahulu dalam menyediakan kemudahan untuk rakyat.

Dalam hal itu kata beliau, apa yang dekat pada hatinya ialah mengenai pembangunan luar bandar kerana terpengaruh dengan sifat ayahnya, Allahyarham Tun Abdul Razak yang dikenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia.

‘‘Allahyarham ayah saya berjalan beribu-ribu batu, beliau pernah pergi ke Kampung Pichin pada tahun 1966 dan saya juga telah ke sana pada tahun lepas. Saya tidak tahu macam mana ayah saya boleh sampai ketika itu,” kata beliau.

Najib memberitahu, salah satu misi yang dekat di hatinya dan ingin diselesaikan ialah agenda pembangunan luar bandar termasuk di Sabah dan Sarawak.

Turut mendapat perhatian beliau dalam ucapannya ialah mengenai janji pembangkang yang disifatkan sebagai janji ‘orang yang belum mendapat kuasa.’

‘‘Jangan ikut pembangkang yang datang bermusim. Bila orang tiada kuasa mudah untuk mereka menabur janji,” katanya.

Najib berkata, pembangkang kini mengalami sindrom tidak percaya kepada pemimpin atasan yang banyak berlaku di Semenanjung dan apabila pemimpin atasan tidak dipercayai lagi, ia sudah tentu akan memberi kesan kepercayaan rakyat kepada parti pembangkang.

21 February 2010

Kalakau Untol NO UUMPHH

Apa yang diharapkan kepada Kalakau Untol, ternyata berkicai. Lawatan Wan Azizah ke Sabah untuk melihat impak itu nahi.

Presiden PKR itu mungkin tersalah dapat maklumat, individu seperti Kalakau sebenarnya sudah tamat riwayatnya dalam politik Sabah. Kalau adalah ahli politik sudah ketinggalan keretaapi.

Siapa yang tahu politik Sabah pasti akan setuju dengan pandangan OKB ini. Cuba tanya di daerah asal Kalakau, Tuaran? hanya beberapa kerat sahaja yang mungkin menjadi penyokongnya. Tidak dinafikan, kalau dicalonkan di Tamparuli,mungkin dapat undi, tapi undi yang kehilangan deposit. Percaya lah, kehadairan Kalakau tidak akan membawa impak-impak apa pada calon BN, terutama PBS.

Kalakau hanya meramaikan para pemimpin yang kedaluwarsa dalam PKR. Percaya atau tidak kita tunggu PRU akan datang.

20 February 2010

Kalakau Untol Mula Berkokok!!! Kokok Yang Terlambat

Apabila mengumumkan keluar UPKO pada 18 Februari lalu, Kalau Untol mula berkokok. Sayang kokoknya sudah terlambat.

Dalam satu tulisannya dalam Harakah disini, mantan timbalan presdien Akar ini menggariskan bahawa kerajaan BN Sabah khususnya akan tumbang, hanya pada tiga faktor, yakni faktor PATI (pendatang Asing Tanpa Izin), perbalahan parti yang berteraskan KDM (kadazan Dusun dan Murut) serta sifat pengundi kaum tionghua (yang disifatkan oleh Kalakau sebagai politik taichi).

Tulisan Kalakau Untol itu hanya bersifat persepsi berkiblatkan kepada kekuatan Umno dan BN di Semenanjung hasil keputusan PRU-12. Kalau lupa bahawa setiap parti ada masa ianya berada pada paras terlemahnya dan masa berada pada paras terkuatnya. Diakui, bahawa Umno BN di Semenanjung pada tahun 2006-2008 adalah berada pada paras terlemah. Kenapa pada paras terlemah?? kepimpinan komponen parti BN di semenanjung pada waktu itu tidak disenangi rakyat terutama kepimpinan Abdullah yang bersifat flip flop ala yoyo. Kepimpinan Gerakaan yang lemah, walaupun pada saat-saat akhir terjadi pertukaran kepimpinan. Kepimpinan MIC kerana faktor Samy Vellu (walaupun hingga kini Samy Vellu masih presdien MIC).

Namun Kalakau Untol terlupa, apabila terjadi perubahan kepimpinan Umno, sifat flip plop kerajaan tidak wujud lagi. kempimpinan Umno sekarang diasaskan kepada degup jantung rakyat, rakyat yang memperlukan terus di bela. Kekuatan Umno di semenanjung tidak lagi sama seperti pada tahun 2008 dan awal tahun 2009. Umno secara perlahan bergerak perlahan namun pasti untuk memperbetulkan kesilapan yang di tinggalakn oleh Abdullah. Melalui PRK Bagan Pinang misalnya, kemenangan yang luar biasa diberikan oleh rakyat kepada calon Umno-Bn.

Masih diakui, bahawa pada peringkat awal, kekuatan Umno-BN di Pulau Pinang belum pulih sepenuhnya, hal ini dapat dilihat melalui kawasan-kawasan wilayah Anwar ibarhim semasa beberapa PRK kecil awal tahun lepas. Namun semua itu belum boleh menjadi ukuran bahawa Umno-Bn tidak mendapat sokongan, kerana Umno-Bn masih dalam fase pemulihan.

Melalui perkembangan mutahkir, di mana Melayu tidak kira penyokong Umno-BN atau mereka yang pernah menolak Umno-Bn kerana termakan janji-janji manis Pakatan,mulai kini telah bangkit dan sedar bahawa mereka terpukau dengan janji-janji pakatan.

Kalakau berkokok sudah terlambat. Matahari sudah bersinar tinggi diufuk timur. Rakyat telah sedar lebih dahulu. Kokok Kalakau tidak bermakna lagi.

19 February 2010

Postmortem II: Tiada Bukti Teoh Beng Hock Mati Dicekik

Hari Mahkamah inkuest kematian Teoh Beng Hock diberitahu bahawa melalui postmortem II tiada bukti bahawa Teoh Beng Hock mati dicekik. Ketua Unit Patologi Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor, yang melakukan bedah siasat kedua ke atas pembantu politik kepada exco kerajaan negeri Selangor, Teoh Beng Hock berkata bedah siasat pertama dijalankan dengan baik.

Dalam keterangannya hari ini, Shahidan juga berkata kesan kecederaan pada bahagian punggung dan dubur mangsa pula konsisten disebabkan terjatuh dari tempat tinggi. Beliau turut bersetuju dengan laporan bedah siasat pertama yang dijalankan oleh Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberker yang mengatakan Teoh meninggal dunia akibat kecederaan berganda kerana terjatuh dari tempat tinggi.

Shahidan juga mempertikaikan laporan ahli patologi yang dilantik oleh kerajaan Selangor, Dr Pornthip Rojanasunand dari Thailand yang berkata lebam di leher Teoh adalah akibat dicekik dan kecederaan di duburnya pula akibat ditembus.

Sebaliknya, ahli patologi yang membuat bedah siasat kedua itu berkata jika dicekik, kesan lebamnya akan ketara secara tidak sama rata.

Bedah siasat itu dijalankan pada 22 Nov lalu oleh Shahidan dengan pemerhatian oleh ahli patologi yang dilantik oleh kerajaan Selangor, Dr Pornthip Rojanasunand dari Thailand, manakala Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula melantik Dr Peter Venezis sebagai pemerhati mereka.

Pornthip adalah pengarah Institut Pusat Sains Forensik yang berpangkalan di Bangkok dan terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Undang-undang Thailand. Beliau pada perbicaraan tahun lalu berkata 80 peratus kemungkinan kematian Teoh adalah kerana dia dibunuh.

Venezis pula adalah ahli patologi yang terkenal dengan penyiasatan kematian Puteri Diana.

Kedua-dua ahli patologi berkenaan juga dijadual memberikan keterangan mereka pada suatu tarikh yang belum ditetapkan kemudian.

Koroner Azmil Muntapha Abas mengarahkan bedah siasat kedua ke atas mayat Teoh dilakukan pada 9 Nov lalu berikutan dakwaan Pornthip itu.

Teoh meninggal dunia pada 16 Julai selelepas disoal-siasat oleh pegawai SPRM di ibupejabat mereka di Plaza Masalam, Shah Alam.

Mengikut laporan rasmi, pegawai khas DAP itu terjatuh dari bangunan berkenaan, namun keluarganya pula mendakwa terdapat salah laku dalam kematian Teoh.

Shahidan memberitahu inkues pagi ini bahawa beliau keberatan untuk melakukan bedah siasat kedua seperti diminta oleh Tricia Yeoh dari pejabat menteri Besar Selangor dan peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo.

Pakar patologi dari hospital Sungai Buloh itu berkata, beliau telah meminta mereka menulis kepada kementerian kesihatan.

Pada 9 November, beliau mendapat panggilan dari timbalan pendakwa raya Mohd Abazafree Mohd Abbas, mengarahkannya melakukan bedah siasat tersebut.

Katanya, Pornthip dan Veneziz, bersama dengan dua lagi pakar patologi yang melakukan bedah siasat pertama turut hadir.

Bedah siasat itu bermula jam 12.45 pagi 22 November dan selesai dua jam kemudiannya.

Merujuk kepada laporan bedah siasat tersebut, Shahidan berkata terdapat kesan lebam pada bahagian thyroid si mati.

Juga terdapat darah beku kekal di belakang lidah dekat dengan leher, serta pendarahan di sebelah tepi kanan otak dan di sebelah tepi kanan belakang otak.

Shahidan memberitahu demikian ketika menjawab soalan dari peguam yang dilantik kerajaan, Tan Hock Chuan.

Beliau memberitahu inkues pagi ini bahawa terdapat kesan calar ditemui pada tangan kiri Teoh.

Bagaimanapun, katanya, punca kematian Teoh adalah akibat pelbagai kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi.

Tambahnya, kecederaan pada tengkok Teoh itu adalah akibat jatuh.

Sebaik selesai memberi Shahidan memberi keterangannya, Azmil kemudiannya menangguhkan inkues berkenaan sehingga 1 Mac depan bagi membolehkan peguam yang mewakili keluarga Teoh dan juga kerajaan Selangor menyoal balas ahli patologi berkenaan.

18 February 2010

Sedikit Mengenai Kalakau Untol

Tahun 1989 Kalau Untol pada masa itu sebagai timbalan menteri Buruh dalam kabinet Tun Mahathir mengumumkan untuk meletakkan jawatan untuk menerajui Parti Angkatan Keadilan Rakyat Sabah (AKAR) atau gamut.

Pada tahun itu juga Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah merangkap timbalan ketua menteri Datuk Mark Koding terpaksa mengosongkan kerusi Ranau, kerana keluar PBS menyertai AKAR. Pada pilihanraya kecil Ranau, Datuk Mark Koding ditentang oleh bekas setiausaha politiknya Siringan Gubat. Keputusan PRK itu, Datuk Mark Kalah. Faktor kekalahan Datuk Mark hanya pada saluran undi Pekan Ranau, di mana majoriti pengundi di situ adalah penyokong Datuk Kasitah Gadam.

Setalah PRK Ranau itu, Datuk Mark mengambil alih presiden AKAR daripada Kalakau Untol dan kemudiannya Kalakau menjadi Timbalan Presiden.

AKAR menjadi komponen BN terawal di Sabah di samping LDP. Sebelum Akar dibubarkan, Kalakau l telah keluar daripada parti itu untuk menyertai PDS (sekarang UPKO) pimpinan Bernard Dompok. Kalakau dilantik sebagai ketua pemuda UPKO.

Kalakau dalam dunia politik telah beberapa kali bertanding namun tidak pernah menang (kecuali semasa dalam PBS-menang sekali).

Kalau suatu masa dahulu terkenal dengan "isu" membakar kitab al-Qur'an ekoran menganutnya adik kandungnya dalam agama islam.

Hari ini di Dewan rekreasi Tamparuli, Kalakau mengumumkan keluar daripada UPKO, sekali gus keluar daripada BN.

Malang bagi Kalakau, sementara BN semakin kuat di tinggalkan, manakala Pakatan semakin menjunam dan menanti tenggelam menjadi hala tuju pula. Memang demikian kah nasib Kalakau dalam dunia politik? Namun demikian, kita tunggu kebenaran daripada tindakan Kalakau ini? Atau mungkin juga UPKO sudah lemah kerana penyokong-penyokongnya kembali kepada PBS,parti asal mereka?? hanya Bernerd Dompok tahu jawabannya.

17 February 2010

Siapa Halik Zaman?? Kata Rahman Dahlan Katak Bawah Tempurung

Zaman Parti Berjaya sudah berlalu. Demikian juga zaman Halik Zaman.

Siapa yang tidak marah jika orang luar seperti ahli parlimen Australia mencampuri urusan negara ini?

Siapa yang tidak marah jika kerajaan negara ini disuruh mencampuri urusan mahkamah dan kehakiman? Halik Zaman,kena ingat, bahawa ahli parlimen Australia itu ada maunya. Jika benarlah kerajaan Malaysia menuruti permintaan 50 ahli parlimen Australia itu, sudah pasti mereka akan menunding jari semula kepada Malaysia, bahawa kehakiman dan mahkamah negara ini di bawah telunjuk kerajaan.

50 ahli parlimen Australia itu mempunyai maksud tersirat, kerana itu telah tepat tindakan DS Najib mengarahkan Wisma Putra untuk memberi penjelasan kepada ahli-ahli parlimen itu.

Sodomy II yang menjadi permasalahan kepada 50 MP Australia itu, adalah masalah Anwar dan Saiful(nota: sodomy adalah legal di Austrlia). Mahkamah negara ini hanya membicarakan permohonan keadilan yang diminta oleh rakyatnya yakni Saiful Azlan Bukhari untuk dirinya sendiri. Salah kah pihak mahkamah membicarakannya? Salah kah pihak polis menyiasat laporan yang dibuat oleh rakyat negara ini kerana diliwat?Salah kah Saiful membuat laporan kerana diliwat oleh Anwar (nota: menurut Halik Zaman.. Anwar perlu keadilan kerana pemimpin Agung). Atas sebab pemimpin agung bagi kaca mata Halik Zaman, maka tidak perlu dibicarakan, dan perlu pula mendengar permintaan negara luar. Negara ini adalah negara berdaulat. Tidak perlu lah negara seperti Australia ikut campur.

Halik Zaman,yang kononnya telah veteran dalam politik tanah air, perlu membuka mata, jangan pura-pura tak nampak, yang sebenarnya kenampakan.

Bagi OKB sangat bersetuju dengan komen ahli parlimen Kota Belud itu, bahawa tindakan 50 ahli parlimen Australia itu adalah tindakan biadap dan kurang ajar. Siapapun, pada kedudukan Rahman Dahalan akan mengungkapkan perkataan yang sama, kerana perbuatan 50 ahli parlimen Austrlia itu seharusnya tidak perlu berlaku.

Atas sebab Datuk Rahman Dahalan bukan seperti yang digambarkan oleh Halik Zaman, maka kenyataan mengenai tindakkan 50 MP Australia tersebut adalah sifat terbuka dan ahli parlimen Kota Belud itu mengetahui apa yang diperkatakannya.

16 February 2010

NKRA, MKRA Bagi Shafie Afdal


Tahun 2010 ialah tahun yang amat penting bagi Kementerian Kemajuan Luar Bandar kerana ia akan melaksanakan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawahnya.

NKRA, yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Julai lalu meliputi enam teras utama dan satu daripadanya - memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman - ialah tanggungjawab kementerian itu dan di bawah teraju menteri berkenaan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Lima lagi teras NKRA ialah meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, mengurangkan kadar jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan serta menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.

Bagi setiap NKRA, seorang menteri dilantik sebagai menteri pimpinan.

EMPAT FOKUS NKRA LUAR BANDAR

Di bawah NKRA luar bandar, terdapat empat sub-NKRA yang diberi fokus iaitu Jalan Perhubungan, Bekalan Air Luar Bandar, Bekalan Elektrik Luar Bandar dan Program Bantuan Rumah.

Mohd Shafie menganggap, secara perbandingan dengan yang lain, NKRA Luar Bandar merupakan yang paling mencabar dengan peruntukan terbesar menghampiri RM17 bilion dan pelaksanaannya akan mengambil masa yang panjang.

Katanya jika diukur dari segi kuantiti dan jangka masa, setiap satu daripada empat sub NKRA bakal menuntut usaha, masa dan kewangan yang berlipat ganda serta komitmen lebih tinggi daripada petugas KKLW.

"Contohnya, bagi jalan luar bandar, selama lima tahun di bawah RMK-9, di Sabah dan Sarawak, kita merancang untuk membina 350km jalan.

"Manakala di bawah NKRA, tempohnya lebih singkat, iaitu tiga tahun, kita akan membina jalan luar bandar sepanjang 1,500km iaitu lebih empat kali ganda panjangnya," katanya dalam amanat tahun baru kepada petugas kementerian itu.

Selain NKRA, mulai tahun 2010 ini juga, kementerian akan melaksanakan Minister Key Result Area (MKRA) dengan tiga sub-fokus iaitu Peningkatan Pendapatan Pekebun Kecil, Pembangunan Usahawan dan Pembangunan Masyarakat Orang Asli.

RANCANGAN MALAYSIA KE-9

Sementara itu, lebih 25 peratus daripada peruntukan RMK-9 masih belum dibelanjakan. Ini secara tidak langsung menjadi penunjuk banyak lagi projek yang belum disiapkan.

Mohd Shafie berkata kementerian dan agensi dikehendaki memastikan semua program dan projek yang dirancang dapat dilaksanakan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Jumlah peruntukan yang disediakan kerajaan untuk KKLW di bawah RMK-9 iaitu sebanyak RM16.47 bilion merupakan satu jumlah yang amat besar.

Sehingga 31 Dis 2009, sebanyak RM12.07 bilion atau 73.26 peratus dibelanjakan dan dalam masa yang sama, KKLW juga perlu membuat persediaan untuk Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

PELAN INDUK PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Di samping tumpuan kepada projek di bawah NKRA, fokus turut diberikan kepada pembangunan manusia dan usahawan bagi memastikan negara mencapai tahap ekonomi berpendapatan tinggi.

Dalam memberi tumpuan kepada NKRA dan tiga sub-fokus di bawah MKRA, Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar sedang digubal untuk menjadi garis panduan pembangunan luar bandar secara menyeluruh sepanjang tempoh 10 tahun akan datang, iaitu sehingga negara mencapai Wawasan 2020.

Pelan induk ini menentukan hala tuju pembangunan luar bandar di samping menjadi garis panduan untuk pelaksanaan pembangunan oleh agensi-agensi berkaitan.

Pelan induk ini dijangka siap pada bulan September 2010, di mana ia akan menjadi tumpuan dalam penyelarasan pembangunan luar bandar dengan mengambil kira rancangan pembangunan fizikal semasa seperti Rancangan Fizikal Negara (RFN) dan Dasar Perancangan Desa Negara oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD).

Pelan induk ini juga akan mengintegrasikan dasar-dasar pembangunan baru dan yang sedia ada termasuk juga keputusan-keputusan Kabinet.

MEMPERKASA PEMBANGUNAN USAHAWAN

Langkah untuk memperkasa pembangunan usahawan terutama Industri Kecil dan Sederhana (IKS) turut diteruskan dan ini melibatkan penyusunan semula anak-anak syarikat di bawah agensi KKLW.

Di samping itu, rantaian nilai daripada aktiviti hiliran dan huluan perlu diwujudkan segera.

"RISDA dan FELCRA umpamanya, perlu pergi lebih jauh. Jangan hanya berpuas hati dengan peningkatan produktiviti. Tapi perlu mempelbagaikan aktiviti huluan, mesti mewujudkan nilai tambah, kerana yang sebenarnya pendapatan akan dapat dilipatgandakan bila ada aktiviti nilai tambah," katanya.

MEREKAYASA MARA

Perkembangan MARA turut disentuh Mohd Shafie,memandangkan MARA merupakan antara agensi terbesar di bawah KKLW.

"Saya sarankan agar kita dapat melihat kembali semangat dan falsafah penubuhan MARA, di mana kedudukan MARA masa kini, dan hala tujunya di masa akan datang," kata beliau.

Katanya sektor pendidikan MARA perlu dinilai kembali. Sistem semasa perlu dikaji dan perubahan-perubahan berani perlu dilakukan dalam semua aspek penjanaan bakat cemerlang, sama ada dari sudut pembinaan intelektual, emosi, spiritual dan fizikal.

MARA yang diiktiraf atas daya usaha melaksanakan program latihan kemahiran juga harus melahirkan pelajar yang bukan sekadar untuk sektor pekerjaan tetapi boleh menjadi seorang majikan yang berjaya.

Mohd Shafie juga berkata GIATMARA ialah landasan terbaik untuk mendekati golongan belia luar bandar dan membimbing mereka menceburi bidang perniagaan bagi meningkatkan lagi pendapatan.

Contohnya melalui Conversion Program iaitu program peralihan daripada kemahiran kepada keusahawanan dalam kalangan anak didik GIATMARA. Ia dilakukan dengan cara mewujudkan usahawan mikro atau kecil di komuniti setempat supaya migrasi belia desa ke kota akan dapat dikurangkan.

CEBURI BIDANG BARU

Mohd Shafie menegaskan bahawa MARA yang suatu ketika dahulu terkenal sebagai sebuah agensi kerajaan yang berjaya melahirkan usahawan dan perniagaan dalam pelbagai bidang, perlu melihat terus ke hadapan untuk membina semula budaya keusahawanan.

"Saya mencadangkan agar MARA melalui MARA Inc. menceburi bidang-bidang baru. Antara bidang baru dan bakal muncul yang boleh diberikan perhatian ialah petrokimia, nanoteknologi, bioteknologi, neuroteknologi dan juga aplikasi ICT secara meluas," katanya.

MARA mesti berdikari. Pelbagai pendekatan boleh dilaksanakan oleh MARA. Pra syaratnya urus tadbir perlulah tersusun dan terarah mengikut paksi dan landasan yang jelas.

Dengan memiliki aset sekitar RM8.0 bilion, MARA perlu memanfaatkan harta MARA ini dengan merangka Strategi Pengurusan Aset yang berkesan, kata Mohd Shafie.

Kota Belud Pula Dilanda Kemarau

Para petani sawah dibeberapa perkampongan dikawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk, Usukan dan Kedamaian bimbang mereka tidak dapat mengerjakan sawah mengikut jadual berikutan ancaman fenomena ‘El Nino’ yang melanda disini sejak beberapa bulan lalu yang turut mengeringkan sungai sebagai punca penagiran sawah.

Menurut beberapa pesawah disini yang ditemui menjelaskan bahawa sepatutnya kerja kerja memasukkan air ke sawah bendang mereka bermula sekarang manakala kerja kerja membajak dijalankan awal bulan Januari.

Namun harapan mereka terus dihampakan apabila keadaan panas dan kering berterusan, jangankan memasukkan air ke sawah malah punca air sungai juga kelihatan kering kontang.

Seorang pesara kerajaan yang kini aktif bertani, bimbang akan memberi masalah kepada para pesawah kerana sistem pengairan sawah terjejas teruk apabila punca air sungai juga kering.

Katanya lagi, pesawah di Kg pintasan dan Tamau berkeluasan kira kira lebih 1,000 ekar hanya bergantung penuh kepada punca air Tawadan untuk pengairan sawah mereka, bagaimana pun jika sekiranya keadaan panas dan kering berterusan untuk beberapa bulan lagi, sudah tentu keadaan lebih menghampakan kerana tidak dapat menanam padi.

“ Saya percaya masalah panas dan kering ini telah melanda diseluruh kawasan Kota Belud, dimana semua sungai kelihatan kering…lantaran itu PPK boleh mencadangkan kepada kerajaan supaya pembenihan awan boleh diusahakan,”.
 
Ironinya hanya pada bulan Januari lalu daerah ini di landa banjir  yang agak teruk sehingga memusnahkan tanaman padi dan tanaman pertanian lainya.

15 February 2010

Bila Wanita Umno Kota Belud Turun Padang? Wanita Umno Negeri???

Wanita Umno Johor dengan semboyan "Skuad Sayang" akan bekerjasama dengan JKM negeri itu di dalam usahanya untuk mengesan golongan wanita yang berpendapatan rendah untuk dihulurkan bantuan.

Sukad Sayang telah pun memulakan usaha tersebut dengan bantuan JKM dan setakat ini respons adalah amat menggalakkan. Tujuan program itu adalah untuk meluaskan rangkaian bantuan terhadap golongan wanita yang memerlukannya.

Dalam program yang berslogan "Jalinan Rakyat" Wanita Umno Johor pula akan turun padang dan membantu menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi oleh golongan wanita di negeri itu.

OKB bertanya? bagi wanita Umno Kota Belud ada program kah seumpama itu? atau mungkin hanya aktif apabila ada pilihanraya? atau ada pemelihan parti? Pada kebiasaannya, wanita Umno Kota Belud, hanya berbuat demikian untuk 2 prgram itu sahaja.

Rakyat sekarang bukan seperti 10 tahun yang lalu. Rakyat sekarang sudah mulai sedar, bahawa janji-janji manis semuanya kosong belaka. Pada PRU akan datang, tugas sukar bagi calon dan pemimpin parti menarik rakyat yang telah bosan ini.

13 February 2010

Saiful Hanya Mau Keadilan: Austarlia Jangan Ikut Campur: Ibrahim Ali

Tindakan 50 Ahli Parlimen Australia yang diketuai oleh Michael Danby dari Parti Buruh yang juga Pengerusi Hal Ehwal Luar Australia menyerahkan memorandum kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Australia semalam disifatkan sebagai tindakan untuk cuba mencampuri urusan dalaman negara ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata perbuatan itu adalah tidak sopan dan berniat jahat untuk memburukkan nama baik negara di mata dunia.

"Saya mengecam tindakan 50 Ahli Parlimen tersebut yang cuba mencampuri urusan negara ini.

"Setiap negara ada undang-undang dan tiada siapa boleh mengatasi undang-undang dan setiap rakyat berhak mendapat keadilan," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan kira-kira 50 penggubal undang-undang Australia yang menggesa kerajaan Malaysia supaya menggugurkan kes liwat yang melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan alasan ia akan mencemarkan imej negara.

Sehubungan itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman semalam dalam satu kenyataan berkata, kementeriannya akan mengambil inisiatif melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra untuk menjelaskan fakta perbicaraan kes tersebut kepada mereka yang berkenaan.

Dalam pada itu Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hairan kerana kes berkenaan didkwa oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan bukan Anwar.

"Dia adalah seorang rakyat yang mahu keadilan untuk dirinya," tegasnya.

11 February 2010

Halik Zaman Mahu Musa Aman Diaudit

KITA difahamkan Sabah mempunyai peruntukan kewangan yang besar, kira-kira berjumlah RM6 billion untuk pembangunan sektor pertanian dan kita rakyat Sabah amat berbesar hati, ingin tahu daripada Datuk Seri Musa Aman selaku Ketua Menteri, memaklumkan kepada rakyat Sabah di mana dan bagaimana peruntukan untuk pembangunan pertanian itu dibelanjakan?

Kita tidak menuduh Musa Aman menyalahgunakan dana kewangan RM6 billion yang diperuntukkan untuk sector pertanian itu, tetapi tidak salahkan kiranya rakyat mahu tahu ke mana perginya wang tersebut digunakan?

Sebagai seorang pemimpin yang telus dan ikhlas kepada rakyat dan sekiranya tiada penyelewengan ke atas peruntukan tersebut, Musa Aman dengan senang hati boleh memberikan penerangan akan susur-galur perjalanan peruntukan tersebut?

Di sinilah rakyat akan menilai ketelusan pentadbiran pemimpin-pemimpin UMNO Sabah kerana apa yang mereka harus lakukan kepada setiap peruntukan peruntukan Kerajaan, seharusnya dipergunakan setiap sen untuk saluran kepada rakyat dan bukan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu atau disalurkan ke saluran lain?

Kita juga mengharapkan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang akan mengauditkan setiap sen wang rakyat yang telah diperuntukan kepada Sabah segera diaudit; jika terdapat sebarang perbelanjaan songsang. Kita berharap tindakan segera akan diambil dan mengheret mana-mana individu yang terlibat ke muka pengadillan. Itupun seandainya sistem audit negara ini tidak ‘memberatkan; mana – mana pihak yang ‘berkepentingan’.

Rakyat mahu mendengar ada ‘tindakan’ bukan cover-up seperti Dato’ Najib menjelaskan ‘cerita cover-up’ kehilangan enjin jet tentera, di mana dianggap oleh Najib sebagai ‘bukan aset Negara’ kerana enjin jet tersebut disifatkan oleh Najib sebagai ‘barang lama’.

Kalau Najib menganggap enjin jet yang dicuri itu sebagai ‘barang lama’ bukan aset Negara, ini bererti Perdana Menteri Malaysia itu ‘menggalakkan’ lain-lain ‘barang lama’ juga tidak salah kalau dicuri kerana ia bukan aset Negara? (Sila rujuk TV3 Sabtu lalu dan akhbar Utusan Malaysia hari Ahad lalu).

Kalau begitu, tidak salahlah andai ada lagi ‘anggota tentera’ yang curi ‘barang lama’ di simpanan stor tentera kerana mengambil ‘precedent’ atas kes terdahulu? Makanya, akan berlaku banyak lagi ‘barang-barang lama yang berharga’ akan hilang dari simpanan di stor tentera!

Berbalik kepada peruntukan pertanian RM6 billion untuk Sabah, kita ambil kenyataan dalam TV3 Sabtu lalu yang dikeluarkan oleh Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein bahawa ‘dalam UMNO’ tidak ada seorangpun yang kebal dari undang undang.

Kita mahu beliau mengotakan kata-katanya seandainya ada terdapat ahli-ahli atau pemimpin-pemimpin UMNO yang menyalahi undang-undang. Atau mungkinkah ada lagi ’sistem kambing hitam’ yang bakal dikorbankan demi untuk menyelamatkan ’seseorang’?

Sehubungan itu, kita minta Ketua Audit Negara menjalankan pengauditannya kepada Kerajaan Sabah tentang perbelanjaan projek-projek sama ada menerusi tender terbuka atau tender runding harga yang bertentangan dengan Arahan Perbendaharaan dan Akta Acara Kewangan.

Kalau tender rundingharga berlaku di Sabah, Musa Aman juga perlu disiasat oleh Ketua Audit Negara dan keputusan siasatan Jabatan Audit Negara hendaklah dijadikan ‘blue print’ sebagai pengetahuan rakyat Sabah.

Kita bukan tidak percaya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat, tapi rakyat sudah kurang yakin dengan kewibawaan SPRM yang kurang betul berfungsi kerana Musa Aman dianggap sebagai terlalu kebal dan kalis tindakan SPRM di Sabah.

Kita tidak menuduh, tapi tidak salah kalau kita ingin tahu ketelusan Kerajaan UMNO/BN di Sabah. Kita minta UMNO dan BN buktikan sesungguhnya mereka ini melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan jujur tanpa ada ‘udang di sebalik batu’.

Kita minta UMNO dan BN dengan segera ‘meluruskan’ jalan mereka atau jika tidak mereka bakal kehilangan segala kuasa dan kedudukan mereka di PRU13 yang akan datang. Insya Allah.

10 February 2010

Hakim Tetap 18 Februari Keputusan Sama Ada Tarik Diri Dengar Kes Anwar

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 18 Februari depan untuk memutuskan sama ada beliau akan menarik diri daripada terus mendengar kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohamad Zabidin berkata beliau memerlukan masa untuk meneliti hujah pihak pendakwaan dan pembelaan serta nas undang-undang yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak kepada permohonan Anwar yang meminta beliau menarik diri daripada mendengar kes itu atas alasan hakim dianggap berat sebelah.

Beliau menetapkan tarikh tersebut setelah mendengar hujah peguam Anwar, Karpal Singh dan hujah jawapan oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden.

Pihak pembelaan yang seharusnya membuat pemeriksaan balas terhadap saksi pertama pihak pendakwaan, iaitu pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, pada Isnin lalu telah menangguhkan dua kali prosiding tersebut untuk membolehkan Anwar memfailkan afidavit untuk menyokong permohonannya serta pihak pendakwaan memfailkan afidavit jawapan.

Pihak pembelaan membuat permohonan supaya Hakim Mohamad Zabidin menarik diri berdasarkan keputusan hakim berkenaan berhubung dua artikel yang diterbitkan Utusan Malaysia yang disifatkannya sebagai mempunyai elemen berat sebelah.

Anwar, 63, Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, didakwa meliwat Mohd Saiful, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan. - BERNAMA

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels