8 April 2010

SSK Itu SuperMan

Saya sempat membaca wawancara presiden USBO Datuk Salleh Said melalui utusan borneo bertarikh 22 oktober 2006.

Saya cukup teruja mengikutnya, apabila membaca bab "USBO" bermatalamat membela nasib dan kepentingan rumpun bajau. (Nota: Rumpun Bajau terdiri daripada 12 sub-etnik, antaranya sama, suluk, iranun dll).

USBO kata SSK singkatan nama yang disukai oleh mantan ketua menteri Sabah itu bertujuan untuk membela rumpun bajau terutama dalam segi ekonomi dan pendidikan.

Malah kata SSK, biro yang diterajui oleh professional telahpun dilantik untuk mengetuai biro ekonomi dan pendidikan.

Namun, penyebaran maklumat mengenai biro-biro ini hanya berpusing-pusing dikalangan orang-orang tertentu dalam USBO, sasaran utamanya yakni rumpun bajau secara kesuluruhannya tidak pun mengetahuinya secara jelas.

Satu ketika saya juga terpengaruh oleh cerita-cerita samada cerita kedai kopi atau bual-bual kosong, bahawa USBO adalah bermotifkan politik, walaupun pada zahirnya sebagai pertubuhan NGO.

Mungkin orang memberi anggapan demikian kerana ramai penaraju USBO adalah daripada kalangan politik.

Suatu ketika ramai yang memberi persepsi bahawa USBO adalah alat pemimpin tertentu untuk membuat desakan secara halus terhadap kepimpinan negeri terutamanya kepada ketua menteri Sabah, Datuk Musa Aman.

Namun tindakan berani ketua menteri Sabah itu menggugurkan pemimpin tertinggi USBO pada PRU-12 lalu untuk menguji kenyataan SSK, bahawa USBO bukanlah golongan pendesak atau golongan yang bersaing dengan kepimpinan negeri, ternyata benar, kerana pada PRU-12 lalu, walaupun SSK, Tan Sri Pandikar Amin Mulia (TSP) dan Datuk Datu Amir Khar Tun Datu Mustapha digugur, namun 3 sekawan ini terus menunjukkan kesetian kepada kepimpinan Musa Aman.

Apabila Musa Aman melihat bahawa kepimpinan USBO bukanlah pesaing, namun sebagai pelengkap kepada perjuangan Umno, maka para pemimpin utama USBO tanpa halangan daripada kepimpinan negeri untuk di ketengahkan baik di peringkat pusat dan negeri.

TSP apabila dicalonkan untuk kerusi speaker dewan rakyat terus mendapat sokongan daripada Musa Aman. Demikian juga Safie Afdal, dengan sokongan padu Musa Aman, maka wakil rakyat Semporna itu mampu mencatat sejarah bagi Umno Sabah, kerana untuk pertama kalinya, pemimpin Umno Sabah terpilih menduduki kerusi Naib Presiden.

SSK walaupun mendapat pencalonan yang mencukupi untuk bertanding ke jawatan Majlis kerja tertinggi (MT), namun disaat-saat akhir menolak pencalonan itu, dengan alasan untuk memberi peluang kepada calon-calon Sabah menang ke jawatan MT Umno Pusat.

Tindakan SSK itu ternyta berbaloi, kerana pemimpin pusat dan Musa Aman sendiri melihat bahawa SSK bukan lah orang yang kemaruk jawatan. Atas dasar itu lah Pemimpin Umno tertinggi dalam hal ini presiden telah melantik SSK sebagai Timbalan Pengerusi Umno negeri.

SSK dalam menyambut perlantikannya tersebut terus memberi kenyataan yang mengyakinkan, bahawa selaku Timbalan Pengerusi UMNO Negeri terus mempertahankan bahawa Sabah Tetap FIXED DEPOSIT BN.

SSK memang mahir berpolitik, setelah jawatan politik di perolehi, yakni bermula dengan merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Kota Belud yang pernah disandangnya, melalui pertandingan yang penuh kontravasi dan mencemaskan, akhirnya SSK menang dengan majoriti yang amat tipis sekali, yakni 47 undi ke atas Datuk Musbah Jamli Ketua Bahagian bertahan.

Setelah memperolehi jawatan Ketua Umno, maka asas untuk mendapatkan jawatan parti lebih tinggi telah terbuka luas. Seperti mana dikatakan di atas, pimpinan tertinggi Umno melantik SSK sebagai Timbalan Pengerusi Umno Negeri.

Setelah mendapatkan semua jawatan parti, maka akhirnya SSK mendapat jawatan politik, apabila awal tahun ini, SSK dilantik sebagai penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri Sabah berstatus menteri.

Sebagai penasihat kepada ketua menteri Sabah, maka pejabat SSK di tempatkan di bangunan Innoprise, di mana pejabat ketua Menteri juga beribu pejabat.

Pejabat SSK terletak di ground Floor bagunan Innoprise.

Apabila kita berkesempatan melawat bagunan itu, kesibukan tidak sepertibiasa sebelum SSK berpejabat di situ. Kali ini, kita akan menyaksikan sekurang-kurang 50 orang setiap hari pejabat (asalkan SSK ada dipejabat) berjumpa SSK. Tetapi yang menghairankan, bahawa mereka-mereka ini seperti direcycle, kerana orang-orangnya adalah terdiri dari orang yang sama.

Yang menjadi persoalan, sebagai penasihat kepada Ketua menteri dalam Sains dan tekonologi, sudah tentu SSK dibebankan dengan membaca cadangan kajian-kajian yang bercorak sains dan teknologi. Penumpuhan masa tentu diperlukan. Namun apabila saban hari 50 orang yang ingin berjumpa, pertanyaannya, ada masa kah SSK menelaah kajian-kajian yang berbentuk sains dan teknologi?

Katakan lah sesetiap seorang memerlukan 5 mimit, jika 50 orang, maka masa yang diperlukan adalah 250 minit sehari atau 4 jam 10 minit itu kalau 5 minit seorang, bayangkan kalau 10 minit seorang. Masa pejabat hanya 8 jam!

Saya cukup soulute kepada SSK, kerana sebagai penasihat kepada bidang khas yakni Sains dan Teknologi kepada Ketua menteri, mampu juga melayan tetamu atau pelawat sekurang-kurang 50 orang sehari. Ini tidak termasuk, masa melayari internet terutama FB dan Twitter atau blog.

Yang Jelas SSK ada lah superman

7 April 2010

IMPAK PRU-12 Kepada Pengundi Suku Iranun Kota Belud

Pengecualian kepada Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia. Impak PRU-12 kepada pengundi Iranun Kota Belud cukup ketara. Bermula dengan pemecatan beberapa pemaju mukim dan penyelia kawasan dan ketua kampung yang dikatakan tidak menyokong calon-calon BN pada pilihanraya umum itu.

Penulis blog ini tahu benar, bahawa kononnya pemimpin peringkat akar umbi ini tidak berkempen mati-matian untuk calon-calon BN bukan kerana mereka tidak suka atau bukan penyokong BN, tetapi sebaliknya mereka terkilan dengan cara pemilihan calon.

Kota Belud adalah terdiri daripada 3 komposisi kaum, yakni kaum sama, Iranun dan dusun.

Melalui PRK-12 lalu, hanya 2 suku kaum yakni sama dan dusun diberi peluang untuk mewakili BN, baik di peringkat parlimen dan dewan undangan negeri.

Memang semua calon-calon BN menang, walaupun majoriti yang diperolehi menurun dengan drastik sekali.

Kawasan Kota Belud adalah kawasan yang unik. Tiada satu kaumpun yang boleh menang dengan sendirinya, kecuali kawasan dewan undangan negeri kedamaian, di mana komposisi pengundi adalah dari suku kaum kadazan-dusun.

Kawasan DUN Usukan, ada kemungkinan suku kaum sama akan menang, namun bagi kawasan DUN Tempasuk, tiada kaum yang boleh menang dengan sendirinya tanpa sokongan kaum lain.

Apabila BN Sabah memerintah semula selepas keputusan PRU-12 kerana kemenangan yang hampir mutlak kerana penerimaan rakyat kepada kepimpinan Datuk Seri Musa Aman sebagai pengerusi BN negeri, maka kesemua ADUN Kota Belud diberi peranan untuk ikut serta membangun negeri, kecuali ahli parlimannya, hanya diberi peranan dalam jawatan parti, yakni setiausaha agong barisan nasional Sabah.

ADUN Tempasuk, Datuk Musbah Jamli, dilantik sebagai pembantu menteri pertanian dan industri tani,kerana memang ini lah kegemaran wakil rakyat ini, sebelumpun menjadi wakil rakyat. ADUN Usukan, Datuk Japlin Akim, di mana sebaik sahaja menang pada tahun 2004, terus dilantik sebagai pembantu menteri dan terus dipertahankan selepas PRU-12. ADUN Kedamaian, Herbert Timbun Lagadan, kali ini diberi peranan sebagai pembantu menteri kebajikan dan pembangunan masyarakat, diupgrade daripada jawatan setiausaha politik.

Namun, bukan itu masalahnya, masalahnya adalah pernanan yang diberikan kepada para pemimpin pelapis daripada 3 suku kaum ini di peringkat daerah maupun peringkat negeri.

Sesiapa sahaja bebas mencari maklumat, siapakah pemimpin pelapis daripada 3 suku kaum ini diberi pernanan di peringkat daerah mahupun di peringat negeri? Pengecualian kepada Datuk Seri Salleh Said Keruak, sebagai mantan ketua menteri Sabah, adalah berbaloi diberi peranan sebagai penasihat Sains dan tekonologi kepada Ketua Menteri Sabah yang bertaraf menteri.

Namun, bagi pemimpin pelapis lain, jauh ikan daripada api.

Antara nama-nama pemimpin pelapis bagi daerah Kota Belud, antaranya saudara Musli Oli daripada suku sama, Roslan Haji Manshor daripada suku iranun, dan ramai lagi.

Seharusnya, para pemimpin politik yang sekarang ini mempunyai jawatan politik, sepatutnya perlu memberi peranan kepada para pemimpin pelapis agar supaya, kesinambungan kepimpinan dan perancangan membangun daerah ini tidak tersendat, jika yang berhormat-yang berhormat itu tidak berkhidmat lagi aka dipencenkan.

Pendedahan kepada pemimpin pelapis daerah adalah perlu,kerana dalam proses pembangunan dan perancangan, sudah tentunya pengalaman dan networking antara berbagai jabatan dan kementerian sangat-sangat perlu.

Tanpa jalinan yang rapat maka sudah tentunya mereka akan terabah-rabah apabila suatu masa nanti mereka (pelapis ini) mendapat kesempatan sebagai pemimpin.

Pada zahirnya,sesiapapun bebas mencari maklumat, siapakah suku iranun khasnya yang diberikan peranan baik dalam kerjaan awam mahupun politik oleh yang berhormat-yang berhormat BN kawasan Kota Belud? Pengecualian kepada pegawai kemajuan rakyat (PKR) saudara Bagdad Haji Turogan, yang ada hanya pelantikan di peringkat kampung dan mukim.

Jika terdapat para pegawai daripada suku kaum iranun yang menjawat jawatan pegawai awam, itu semua bukan usaha daripada yang berhormat-yang berhormat daerah ini, namun atas kapasisti mereka sendiri, mungkin berpaksi kepada kelayakan dan pengalaman yang ada pada mereka.

Orang politik Kota Belud, perlu mengubah mindset, beri lah peluang kepada sesiapa sahaja asalkan secara meritnya mereka layak. Jangan padamkan bakat yang ada, kerana modal insan sangat perlu pada masa kini di kawasan Kota Belud.

2 April 2010

Zaman IT Ini: Ada Juga Pemimpin Tempatan Mempertikai Perananan Bloger

Mungkin bagi daerah Kota Belud liputan bagi IT masih kurang, kerana itu pemimpin tertentu daerah ini mempertikai peranan bloger.

Namun di masa akan datang apabila liputan IT terutama liputan kawasan yang boleh di jangkau internet, peranan media ke-3 ini akan mempunyai impak yang cukup luas.

Siapa sangka, kerana peranan media ke-3 ini, bagi kawasan-kawasan yang di Semenanjung yang telah maju seperti Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, maka peranan media ke-3 sangat besar pengaruhnya pada PRU-12 yang lalu.

Pada PRU-12 yang lalu, kita semua mengetahui, bahawa kerajaan yang sebelum ini sangat tergantung kepada media arus perdana, ternyata terkial-kial menghadapi kekuatan media ke-3 ini.

Setelah Najib dilantik menjadi perdana menteri ke-6, PM itu telah menghargai perananan media ke-3 ini dengan menceburkan dirinya mempergunakannya untuk berinterkasi dengan rakyat. Bukan sahaja melalui, blog, PM ke-6 itu menggunakan Twitter dan Facebook.

Sayang, walaupun PM Najib pada suatu ketika pernah berkata, bahawa para wakil rakyat atau para pemimpin BN digalakan untuk membaca blog,kalau pun tidak mempunyai blog sendiri untuk mendapatkan gambaran sebenar pendapat akar umbi, namun bagi pemimpin tempatan Kota Belud itu, perananan bloger masih belum penting di daerah ini.

Pemimpin itu sempat memperlekeh peranan bloger Kota Belud sebagai tidak berkualti dan tidakpun dibaca.

Namun, bagi bloger Kota Belud, dakwaan dan tohmaan pemimpin tertentu itu, merupakan cabaran utama. Bagi bloger Kota Belud, termasuk OKB, teruskan menyampaikan maklumat akar umbi, ada lah pasti suatu harikelak, maklumat yang kita sampaikan akan juga dihargai. Bayangkan, pihak pembangkang, mereka mengambil masa 10 tahun menggunakan blog sebagai perantara antara perjuangan mereka dengan akar umbi,akhirnya pada tahun 2008, perananan mereka mendapat kepercayaan pengundi negeri Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan tempat-tempat yang mempunyai liputan internat.

Kita Terpaksa bersabar... teruskan berkarya dan menulis.

1 April 2010

Kekayaan dan Kelulusan Bukan Bererti Kita Popular: Najib

PUTRAJAYA, 1 April (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) bahawa kekayaan dan taraf kelulusan bukan jaminan mereka akan terus popular di kalangan pengundi masing-masing.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata sokongan pengundi kepada wakil-wakil rakyat berkenaan akan berterusan jika budi dan khidmat yang diberikan kepada rakyat adalah baik.

"Kita mesti menjadi wakil rakyat yang lebih baik, berkesan dan disenangi oleh rakyat. Apabila rakyat sayang kita, sampai bila pun dia akan ingat kita.

"Ada juga wakil rakyat saya kenal, nak kata wakil rakyat PPRT (wakil rakyat miskin) pun boleh...ada juga mereka gelarkan diri mereka wakil rakyat PPRT tetapi saya tengok wakil rakyat ini masih popular.

"Ini bermakna, kalau kita ada harta, tidak bererti kita akan popular. Ada juga wakil rakyat, ada harta tak kekal lama..ada yang satu penggal sahaja...(malah) ada yang ada ijazah, lepas satu penggal...orang kata cukuplah, kita nak orang baru," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam Perdana Menteri bersama Kelab Adun Penyokong BN di Sri Perdana di sini, pada Rabu malam. Turut hadir, isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib yang juga Pengerusi BN, berkata trend mutakhir sokongan rakyat terhadap BN setiap hari semakin meningkat, malah daripada lawatan-lawatannya ke seluruh negara termasuk ke Sabah dan Sarawak, sambutan terhadap parti itu juga meriah.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan wakil-wakil rakyat BN supaya terus bekerja keras bagi memastikan BN dapat mencapai kejayaan besar pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam pada itu, Najib membidas pakatan pembangkang yang sengaja menaburkan fitnah terhadapnya dan membuat banyak janji kepada rakyat yang kesemuanya tidak tertunai sejak dua tahun lepas.

Beliau berkata penipuan pembangkang itu bermula dengan cubaan mereka untuk merampas kuasa pada 16 Sept 2008, diikuti kononnya ia mendapat sokongan daripada Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Mereka cuba pancing sokongan Ahli-Ahli Yang Berhormat BN supaya berpaling tadah dan bertukar parti menyokong pembangkang. Tetapi bila Adun mereka 'seberang' pada kita, mereka 'bertempik'.

"Soalnya siapa buat kudeta...siapa cuba main 'permainan' ini. Pada mereka semua halal, di tangan mereka matlamat menghalalkan cara. Sebab dalam politik, bagi mereka fakta tidak penting sebaliknya persepsi itu penting," katanya.

Najib berkata beliau juga sedang menunggu temujanji dengan Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin, yang sebelum ini mendakwa pernah diupah untuk memfitnah Perdana Menteri dan isteri terlibat dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantunya Shaaribuu.

"Saya tunggu, temujanji saya dengan Zulkifli, barang kali dia nak cerita. Inilah permainan yang mereka buat kononnya saya terlibat dengan Altantunya pada hal saya sudah bersumpah, saya tidak mengenali Altantunya.

"Orang lain tak berani sumpah tetapi saya berani sumpah. Tidak payahlah buat perancangan sebab ini fitnah. Kita boleh merancang tetapi Tuhan menentukan... jangan khuatir kita di pihak yang benar," katanya.-- BERNAMA

Pakatan Kata: MEB Mencedok Agenda Ekonomi Malaysia( AEM) Pakatan: Mana Wakil Rakyat BN? Mengupas Perkara Ini

Mana wakil rakyat barisan nasional mengupas dakwaan ini? Benarkah majlis ekonomi Baru (MEB) yang dilancarkan oleh Najib pada 30 Mac lalu dicedok daripada AEM tajaan Pakatan sepertimana dakwaan mereka?

Wakil rakyat BN atau sesiapa sahaja pemimpin BN perlu memberi penjelasan agar supaya dakwaan Pakatan itu tidak mengelirukan rakyat.

Bagi OKB, setiap sahaja isu pembangkang, mesti disambut dengan segera agar isu itu tidak berakar umbi.

Kelemahan Bn sekarang adalah membiarkan setiap isu yang dibangkitkan oleh Pakatan bertapak dahulu sebelum dijawab dan diperjelas. Sebaiknya, sebaik sahaja isu pembangkang, mesti ada lah kelompok daripada BN untuk menjawab semua tomahan itu.

Bagi OKB, selagi besi panas timpah lah dia, agar besi itu mudah dilentur dan tidak pecah. Jangan biarkan isu merembak,kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.

Pakatan Rakyat mempertikaikan tindakan kerajaan mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB), dan mendakwa ianya 'dicedok' daripada kandungan Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) Pakatan.

"Pakatan rakyat mengemukakan agenda ekonomi Malaysia dan melihat bahawa banyak pandangan yang kita kemukakan dicedok dalam NEM, hinggakan ayat-ayat dan frasa pun ada persamaan," kata Anwar. OKB, tidak membaca,kandungan AEM Pakatan, kerana itu tidak tahu apa yang terkandung dalam AEM itu. Dakwaan Anwar bahawa ayat-ayat dalam MEB, kononnya serupa AEM, perlu diperjelas oleh Najib atau sesiapa sahaja yang terlibat mempersiap MEB.

Anwar mendakwa bahawa frasa "Antaranya ialah keperluan untuk mencapai pendapatan tinggi, pembinaan ekonomi yang utuh secara berterusan dan menjamin kesaksamaan, dan juga tumpuan untuk memberi bantuan kepada rakyat tanpa mengira kaum" Apa kah benar, ayat ini terkandung dalam AEM? perlu penjelasan daripada mereka yang terlibat menyiapkan MEB.

31 March 2010

Lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik Jayakan MEB

KUALA LUMPUR 30 Mac - Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) menggariskan lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik bagi merealisasikan hasrat kerajaan menjayakan Model Ekonomi Baru (MEB).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, lapan inisiatif itu akan memberi tumpuan kepada:

· Menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi;

· Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing;

· Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing;

· Memperkukuhkan sektor awam;

· Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran;

· Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan;

· Meningkatkan sumber pertumbuhan;

· Memastikan pertumbuhan yang mapan.

Perdana Menteri berkata, kesemua lapan inisiatif itu adalah saling melengkapi dan kesannya merentasi semua sektor ekonomi.

''Ketiga-tiga matlamat MEB iaitu berpendapatan tinggi, kemapanan dan keterangkuman memerlukan kita mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih tinggi untuk dekad seterusnya.

''Oleh itu, dasar-dasar yang perlu kita laksanakan mesti menyentuh isu-isu asas bagi memastikan momentum pertumbuhan dapat dipercepatkan melalui pendekatan yang holistik untuk menghapuskan semua halangan," katanya ketika berucap pada persidangan Invest Malaysia 2010 di sini hari ini.

Menurutnya, matlamat itu memberi penekanan kepada bina upaya bukan hanya pembangunan negara semata-mata sebagai langkah mencapai pembangunan yang mapan.

Sebagai tambahan kepada laporan NEAC itu, beliau mahu tumpuan diberikan secara efektif ke atas sektor utama yang spesifik atau dikenali sebagai Aktiviti Utama Ekonomi Nasional (NKEAs).

''Ini adalah bidang di mana ekonomi negara mempunyai potensi untuk terus maju ke arah ekonomi berpendapatan tinggi," katanya.

Berdasarkan pendekatan baru NEAC yang menyatakan bahawa sektor swasta perlu memacu pertumbuhan, Perdana Menteri berkata, kerajaan perlu meningkatkan peranan sebagai fasilitator kepada pihak industri untuk berkembang maju.

Mengulas lanjut, katanya, majoriti inisiatif yang telah diwujudkan adalah berkaitan dengan semua faktor yang penting dalam memperbaiki hala tuju ekonomi negara.

''NEAC telah mengenal pasti sektor utama untuk membolehkan ekonomi negara maju dan berdaya saing dengan rakyatnya menikmati kualiti hidup yang tinggi serta berpendapatan tinggi hasil daripada pertumbuhan yang mapan.

''Banyak lagi yang perlu kita lakukan namun bagi meraih peluang yang ada sepenuhnya, kita perlu memberi fokus ke atas sektor-sektor utama ini," katanya.

- Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Model Ekonomi Baru (MEB) yang bertujuan melonjakkan ekonomi negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020 dan seterusnya meningkatkan pendapatan rakyat secara keseluruhan.

Perdana Menteri berkata, pelbagai strategi akan dilaksanakan melalui MEB yang antara lain melonjakkan kuantum pendapatan perkapita rakyat daripada AS$7,000 (RM23,000) kepada AS$15,000 (RM49,000) setahun dalam tempoh 10 tahun.

"MEB hendaklah dibina dari sini. Ia bukanlah suatu tugas yang mudah, tetapi ia menjanjikan pulangan lumayan jika kita mampu melakukan transformasi ini," katanya semasa berucap pada Persidangan Invest Malaysia 2010 di sini, hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, keutamaan MEB adalah untuk menangani masalah jurang pendapatan dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.

"Sehubungan itu, adalah perlu MEB memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan tahap pendapatan semua golongan yang kurang bernasib baik.

"Ia akan memberi fokus terhadap keperluan seluruh rakyat seperti mereka yang tinggal di rumah panjang di Sabah dan Sarawak, serta golongan miskin luar bandar di Semenanjung Malaysia yang seringkali tersisih daripada aktiviti ekonomi negara.

"Golongan nelayan, peniaga kecil dan petani juga tergolong dalam kategori ini. Begitu juga Orang Asli dan penduduk bandar berpendapatan rendah yang bekerja keras untuk menyara kehidupan dalam keadaan ekonomi yang sukar," katanya.

Sehubungan ini, katanya, laporan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) mencadangkan supaya fokus diberikan terhadap kumpulan 40 peratus strata pendapatan terendah di Malaysia - dari segi individu dan wilayah.

"Merekalah merupakan golongan yang kurang bernasib baik yang masih memerlukan perhatian khusus.

"Matlamat akhirnya, tiada rakyat Malaysia yang hidup dalam kemiskinan, semuanya mendapat peluang saksama untuk berjaya dan berkongsi kemakmuran negara," tambahnya.

Oleh itu, tegas Perdana Menteri, dasar afirmatif yang diperbaharui akan dilaksana berdasarkan empat prinsip yang mesra pasaran, merit, telus dan keperluan.

Najib berkata, sebagai contoh, kerajaan akan mewujudkan proses tender yang telus dengan peraturan jelas bagi golongan bumiputera Melayu dan pribumi lain.

Katanya, secara praktiknya, pendekatan itu bermakna sokongan kepada bumiputera akan dipertingkatkan dan dilakukan berdasarkan kepada keperluan, bukannya mengikut bangsa.

Mengenai usaha mewujudkan negara berpendapatan tinggi, beliau berkata, keadaan itu akan juga memberi kesan kepada upah pekerja yang lebih tinggi di dalam ekonomi.

Katanya, pertumbuhan itu bukan sahaja daripada segi modal, tetapi juga produktiviti yang tinggi melalui penggunaan kemahiran dan inovasi, koordinasi yang diperbaiki, penjenamaan yang kukuh dan mematuhi piawaian antarabangsa dan hak harta intelektual.

"Ekonomi yang berasaskan pengetahuan, pelaburan dalam teknologi baru, kemahiran yang pelbagai, inovasi dan kreativiti, serta peningkatan kecekapan adalah pemacu kepada prestasi sektor awam dan swasta," katanya.

Beliau menambah, pelaburan dan persaingan pasaran untuk mendapatkan bakat terbaik juga akhirnya akan mewujudkan suasana pembayaran upah yang tinggi.

Najib juga menegaskan, dalam memberikan rakyat kehidupan berkualiti, MEB mesti bertunjangkan kepada penjanaan pertumbuhan ekonomi mapan yang mengambil kira kesan ke atas persekitaran dan sumber asli.

"Tidak ada maknanya kita terlalu mengejar masa depan dengan kekayaan yang melimpah-ruah, sekiranya sumber alam dan nilai masyarakat terhakis yang bakal dihadapi oleh generasi akan datang," katanya.

Lembaga Kemajuan Industri Malaysia (MIDA ) akan dikorporatkan bagi membolehkan ia menjadi sebuah agensi promosi pelaburan yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga telah bersetuju untuk memperkasakan MIDA dengan kuasa yang diperlukan untuk berunding secara terus dengan pelabur bagi projek yang disasarkan.

''Selain itu, MIDA akan dilantik sebagai agensi pusat promosi pelaburan untuk sektor pembuatan dan perkhidmatan kecuali perkhidmatan utiliti dan kewangan bagi meningkatkan koordinasi dan kepaduan antara pelbagai badan promosi pelaburan di negara ini,'' katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian Invest Malaysia 2010 di sini hari ini.

Menurut Perdana Menteri, perubahan itu akan membolehkan MIDA meluluskan insentif pada masa benar (real time) dan bertindak dengan lebih pantas untuk menjalinkan hubungan yang lebih efektif dengan pelabur.

Oleh itu, tambah beliau, nama MIDA akan ditukar kepada Lembaga Pelaburan Malaysia (Malaysia Investment Authority) dengan mengekalkan akronim MIDA kerana ia jenama yang telah dikenali.

Tambah beliau, walaupun MIDA telah muncul sebagai institusi yang diiktiraf di kalangan pelabur asing dan domestik namun masanya telah tiba untuk membuat perubahan drastik bagi menjadikan lembaga itu sebagai sebuah agensi promosi pelaburan yang lebih efektif.

Pada majlis yang sama, Najib turut mengumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan untuk melabur lebih banyak aset di luar negara.

Menurut Najib, tindakan tersebut akan membolehkan KWSP mempelbagaikan portfolio dan memberikan lebih banyak ruang pelaburan domestik untuk penyertaan baru.

''Pada masa ini, KWSP mempunyai enam peratus aset pelaburan luar pesisir pantai dan jumlah itu akan meningkat secara ketara.

''KWSP juga akan meningkatkan pelaburan langsung di dalam ekonomi benar Malaysia, sebagai alternatif kepada pasaran pelaburan seperti penglibatan dalam sektor penjagaan kesihatan, komoditi, hartanah dan pelaburan jangka masa panjang yang lain dengan memenuhi keperluan KWSP untuk melindungi nilai pulangan ke atas asetnya,'' jelasnya.

Semalam KWSP menerusi satu kenyataan berkata, ia merancang untuk meningkatkan pelaburan seberang lautnya kepada 10 peratus dalam tempoh satu hingga dua tahun.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Azlan Zainol berkata, tumpuannya adalah terus melabur dalam ekuiti syarikat-syarikat penyenaraian awam.

Menurut Azlan, pihaknya akan meningkatkan pelaburan di Eropah, Amerika Syarikat, Australia, Singapura, Thailand, Indonesia dan Asia Tenggara.

Menurut Najib, pada masa ini KWSP menguasai pasaran ekuiti dan bon tempatan sehingga 50 peratus daripada jumlah dagangan harian bursa tempatan yang diwakili oleh perdagangan berkaitan KWSP, yang mana situasi tersebut tidak sihat untuk pasaran dan juga kumpulan itu.

30 March 2010

Malaysia Kekal Jauh Di Bawah Sempadan Pendapatan Tinggi

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Walaupun unjuran pendapatan Malaysia terus menunjukkan trend meningkat secara beransur-ansur, ia kekal jauh di bawah sempadan "pendapatan tinggi", kata Majlis Penasihat Ekonomi Negara(NEAC).

Ia berkata dalam Laporan Bahagian Satu Model Ekonomi Baharu bagi Malaysia yang dikeluarkan Selasa, beberapa negara termasuk Korea, Poland, Slovakia dan Republik Czech telah berjaya membuat peralihan kepada status berpendapatan tinggi.

Laporan itu berkata sungguhpun kemiskinan mutlak telah dikurangkan, 40 peratus isi rumah masih pada tahap pendapatan yang amat rendah, terutamanya mereka yang berada di luar bandar.

Dalam jangka panjang, ini akan melengahkan mobiliti sosial, sekali lagi menghalang sebahagian besar rakyat Malaysia daripada membangunkan potensi mereka sepenuhnya untuk menyumbang kepada ekonomi.

Pasaran buruh di Malaysia tidak berfungsi dengan baik kerana kos pemecatan yang tinggi di bawah undang-undang buruh membuatkan pelabur keberatan untuk meneroka perniagaan baharu yang mungkin mengakibatkan pemecatan.

Sehubungan itu, beberapa pelabur mendapati adalah menguntungkan untuk menggaji tenaga buruh tidak mahir asing kerana undang-undang buruh tidak dilaksanakan sepenuhnya ke atas mereka.

"Ini, akhirnya, menurunkan tahap upah bagi semua pekerja," kata laporan itu, menambah bahawa ketegaran pasaran harus diperbaiki untuk membolehkan negara menarik lebih banyak pelaburan dalam sumber pertumbuhan yang baharu seperti pelancongan perubatan, teknologi maklumat dan komunikasi, dan produk serta perkhidmatan Islam.

Malaysia mengalami pengaliran keluar tenaga mahir kerana sistem pendidikan yang gagal untuk menghasilkan bakat yang diperlukan, serta kegagalan negara untuk mengekalkan bakat tempatan dari semua kaum mahupun menarik bakat asing akibat kekurangan prospek dan pekerjaan berkemahiran tinggi.

Kekurangan bakat akan melengahkan usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi dalam bidang kekuatan Malaysia seperti elektrik dan elektronik dan minyak sawit.

Laporan itu berkata tanpa bakat tempatan dan asing, Malaysia tidak akan berupaya menghalang hakisan pada kelebihan tradisionalnya dalam bidang komoditi dan pengilangan.

Untuk menggalakkan sektor swasta menjadi lebih anjal dan terus bertahan dalam persekitaran global yang berdaya saing, NEAC mengusulkan pembetulan kepada kelemahan dasar untuk memastikannya memenuhi prospek jangka panjang peniagaan.

29 March 2010

Pintasan Pernah Dengar Pintasan?

Lepas sahaja dari sekolah, tukar pakaian yang khas untuk berlumpur, terus sahaja berjalan kaki ke Pintasan. Sudah tentunya hari itu hari jumaat petang, kerana terpaksa bermalam di Pintasan.Bermalam hingga petang sabtu.

Aktiviti dalam masa 24 jam itu di isi dengan menjala, panikep, gintur, phanariring dan perantau. Hasil aktiviti itu bermacam, termasuklah kerang, ketam bakau, ikan terutama telapia dan kambura, ada juga udang.

Peristiwa ini berlaku antara tahun 1969 hingga tahun 1985, namun kini aktiviti seumpama itu tidak mungkin diteruskan lagi, kerana Pintasan bukan lagi Pintasan yang saya ketahui. Pintasan kini adalah Pintasan yang tidak bermahkluk lagi.

Kenapa Pintasan tidak bermahkluk lagi? Sebabnya penduduk kampung-kampung jiran yang turut melakukan aktiviti, kerana ketamakan, mereka menggunakan alat pemusnah, mahkluk hidup dalam air, agar mereka mendapat tangkapan dengan jumlah yang lumayan dalam masa sesingkat-singkatnya.

Toba adalah pemusnah mahkluk dalam air, ini lah yang mereka gunakan. Akibatnya, aktiviti kampung-kampung yang menjaga Pintasan berkurun lamanya, lenyap kerana kerakusan manusia.

Pintasan sangat penting bagi kampung Tamau, Kota Bongan, namun kini, Pintasan hanya menjadi kampung Pintasan.

Jasa pintasan kepada penduduk kampung Tamau dan Kota Bongan, cukup ketara, kerana selain sumber protein tetapi juga sumber pendapatan.

Tidak terkira ramainya ibu-bapa kampung Tamau dan Kota Bongan yang mendapat sumber pendapatan daripada Pintasan. Tidak perlulah disebut satu persatu, mereka-mereka yang pernah ke menara gading, kerana mendapat pendapatan daripada Pintasan.

Pintasan hanya kenangan. Sebenarnya manusia lah agen perosak yang luar biasa rakusnya di muka bumi ini, termasuk mengundulnya kawasan kayu balak Sabah.

27 March 2010

Kampung Tamau Dulu dan Kini: Dari Kaca Mata Penduduk Asal

Bayangkan di kampung masa itu tiada bekalan litrik. Semua orang kampung hanya guna pelita atau lampu pam.

Namun sekitar 40 pengundi mendapat lampu litrik daripada jetset yang di-on mulai pukul 6 petang hingga tengah malam. 40 orang ini adalah kononnya pengundi PBS, kerana di peti undi Tamau, Kota Belud hanya sejumlah itu yang mengundi PBS pada setiap pilihanraya. Pendeknya pengundi Kg Tamau dari dahulu, hanya mengundi parti yang bercorak islam.

Namun setelah kemasukan UMNO dan Pas, ternyata pengundi kampung ini telah terbagi, ada yang mengundi PAS dan ada juga yang mengundi Umno atau BN. Sehingga tahun 2004, biasanya pengundi yang memilih Umno atau BN lebih 2/3 daripada yang mengundi PAS. Namun pada tahun 2008 atau lebih dikenali sebagai PRU-12, pengundi PAS atau pembangkang menjadi 2/3 dibanding Umno atau BN.

Perubahan pola pengundian ini disebabkan bertambahnya pengundi berpendidikan dan bekerja, samada pekerja swasta mahupun kerajaan. Selain itu, bertambahnya pengundi muda yang bekerja sendiri atau tidak bekerja.

Pola berfikir para pengundi Kg Tamau sekarang telah berubah. Tidak seperti dahulu, pola pengundian masih tertumpu pada pemimpin, namun kali ini bukan lagi. Pola pengundian pengundi kampung Tamau lebih mudah dipengaruhi oleh isu nasional, bukan lagi isu negeri atau daerah.

Jika dahulu, hanya pemimpin peringkat daerah atau negeri sahaja yang diketahui,kerana surat khabar nasional seperti berita harian, utusan malaysia, apa lagi Harakah, jarang-jarang diperolehi oleh para pengundi kampung Tamau. Namun kali ini, boleh dikatakan ramai sudah penduduk melanggan surat khabar nasional bahkah termasuk internet.

Saya berkesempatan melawat seorang rakan yang bekerja sebagai guru atau cikgu. Rakan tersebut tiada surat khabar tempatan, melainkan suratkhabar nasional. Salah satu contoh ini, memang tidak dapat mengambarkan secara signifikan pola perubahan para pengundi Kg. Tamau, namun berasaskan trend semasa, maka ada kemungkinaan persepsi ini ada kebenarannya.

Penduduk Kampung Tamau sebenarnya telah bosan dengan berbagai janji atau perancangan parti yang mereka undi sejak merdeka lagi. Cuba bayangkan, jarak kampung ini dengan Pekan Kota Belud tidak jauh sangat, cuma dalam 30 minit dengan menggunakan kenderaan yang berkelajuan 40 km/jam.

Infra pendikian umpamanya, sangat daif, walaupun ada sekolah baru yang dibina sejak 3 tahun lalu, namun bagunan itu hanya kerangka sahaja. Penyiapannya tidak kunjung tiba. Bayangkan, kalau peperiksaan UPSR, murid-murid kampung ini akan disamaratakan dengan sekolah cluster atau sekolah lengkap, mampukah murid-murid sekolah ini mencapai keputusan cemerlang? Sebagai rekod sejak sekolah sk Tamau Kota Belud Sabah, mula beroperasi, tiadapun murid mecapai keputusan cemerlang, misalnya 5A.

Pemilik blog ini adalah bekas murid sk Tamau, dahulu dikenali sebagai SRK Tamau. Apabila pemeriksaan darjah 6, dahulu disebut demikian, pemilik blog ini pun tidak tahu bagaimana mendapat markah 76%, sedangkan 4 orang yang lain hanya mendapat 58%, 54%, 51% dan 50%. Hanya 5 orang murid produk tahun 1966 lulus darjah 6 masa itu daripada 46 murid.

Bayangkan sejak itu, pemilik blog ini tidak merasakan apa itu air bersih hingga kini. Lampu litrik terasa pada tahun 1991 apabila Umno masuk Sabah.

Kampung Tamau terletak di kawasan mengundi P-169 Kota Belud, kini di wakili oleh Datuk Rahman Dahalan, mantan Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, mantan setiausaha pemuda Umno Malaysia dan kini sebagai setiausaha agong Barisan Nasional Sabah.

Sebelum Datuk Rahman, P-169 Kota Belud di wakili oleh Mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak (1994-2008), (1985-1990- Maidom Pansai-PBS, zaman berjaya oleh Datuk Yahya Lampung dan zaman Usno oleh Tun Mustapha.

Bagi ADUN pula, daerah mengundi Tamau dari dahulu kala dimasukkan dalam DUN-6 Tempasuk, yang kini diwakili oleh Datuk Musbah Jamli.

DUN Tempasuk ini pernah diwakili oleh para pemimpin giant seperti Datuk Mohd Noor Mansor zaman Berjaya, Tan Sri Pandikar 1994-1999 dan 2004-2008, Musbah Jamli 1999-2004 dan 2008-kini.

Apa kah slogan Najib melalui 1Malaysia, Rakyat Didaulukan, Pencapaian Diutamakan dan Pemimpin Turun Padang, dapat menzahirkan hak penduduk kampung ini yang telah lama tidak tertunaikan. Sayang di sana sini, para pemimpin kita menghulur bantuan berjuta-juta demi membangun kawasan-kawasan yang menolak kerajaan, namun para pengundi yang senantiasa menyokong senantiasa di ketepikan. Mungkin berbaloi juga lah bahawa pada PRU-12 lalu, semua calon BN-UMNO kalah di peti undi daerah mengundi Tamau.

Bagaimana pula pola pengundian pengundi daerah mengundi kampung Tamau pada PRU-13 akan datang? Belum terlambat bagi Datuk Rahman dan Datuk Musbah, masih ada masa 2 tahun lagi untuk menzahirkan impian para pengundi kampung ini.

Pengundi daerah mengundi kampung Tamau, tidak ramai hanya di atas 1000, namun, jumlah ini ada juga pengaruhnya. Fikir-fikirkan lah

25 March 2010

Telaga Minyak Terbesar Di Malaysia Di Jumpai Di Sabah

Hasil minyak negara akan pupus pada tahun 2017, jika tiada penemuan telaga baru. Pada masa kini Malaysia mengeluarkan 600,000 barel sehari, hanya sebahagian kecil daripada pengeluaran minyak dunia.

Namun Sabah adalah salah satu sumber pengeluar minyak negara di samping Sarawak dan luar pantai Terengganu.

Di beritakan satu telaga minyak terbesar telah dijumpai 90km daripada perairan Sabah dan dikatakan telaga minyak terbesar di Malaysia setakat ini.Telaga minyak itu dijumpai oleh KABABANGAN PETRORELUM OPERATING COMPANY (KPOC) HASIL usahasama antara Petronas (40%), Shell (30%) dan ConocoPhillips (30%).

Pengeluaran minyak itu nanti akan di salurkan melalui paip sepanjang 130KM melalui terminal gas Sabah di Teluk Kimanis dan di hubungkan ke Bintulu Sarawak.

Di Bintulu Sarawak, hyadrocarbon yang merupakan sisa minyak akan di proses untuk pasaran Jepun.

Dianggarkan telaga minyak yang dijumpai itu akan mula beroprasi pada tahun 2014.

23 March 2010

Janji Pemimpin Politik Kota Belud

SMS sipulan simulan. Propaganda mesti dispin. Seruan dan slogan yang sebelumnya telah direka dispin dan dispin.

Boss kita punya masa depan yang cerah.Jika menang pasti dapat jawatan tinggi. Apabila jawatan telah dapat, maka kuasa telah ada. Apabila boss ada kuasa pasti akan tolong kita. Pasti tolong.

Apa lagi Sidaburas mati-matian spin isu. Isu menjanjikan bulan dan bintang.

Nah sekarang jawatan dah dapat kuasapun dah ada. Mari kita tengok kesudahannya.

Cuba kita diskusi tentang janji politik. Berikut saya tampilkan definisi janji politik. Janji politik adalah sejumlah langkah strategik untuk memperoleh kedudukan politik yang mampu membangun blok politik dan segmen pendukung atau pemilih yang setia dan fanatik.

Janji politik adalah visi, misi dan program yang disampaikan seorang kandidat kepada masyarakat yang secara efektif memiliki daya serap dengan tingkat penerimaan yang tinggi dari masyarakat.

Jadi, janji politik merupakan janji apa yang akan dilakukan oleh seorang kandidat jika ia terpilih menjadi pemimpin.

Agar sebuah janji politik mampu mengikat masyarakat ada beberapa hal yang harus diperhatikan oleh seorang kandidat, yaitu janji politik itu bernilai penting, istimewa, mudah dikomunikasikan, tidak mudah ditiru, mempunyai daya imajinasi, daya tarik, daya perspektif dan daya ikat terhadap masyarakat.

Janji politik, ketika kandidat telah terpilih seringkali tidak dapat dipenuhi dikeranakan situasi dan kondisi telah berubah.

Dalam memenuhi janji politik bajet menjadi penghalang.Sebab apa, bajet bukan ditentukan oleh kandidat yang menang itu. Namun ditentukan oleh sang pemimpin (eksekutif) tetapi juga oleh kelompok penekan, legislatif dan yang lain. Ketika sang pemimpin akan memenuhi janjinya, mereka akan pula berperan menentukan apakah suatu kegiatan dapat dilaksanakan atau tidak.

Jadi, jika janji politik itu ternyata bertentangan dengan kepentingan kelompok penekan atau legislatif atau bahkan mungkin eksekutif itu sendiri maka sebuah janji politik tidak akan dapat dipenuhi. Jadi, banyak faktor yang menyebabkan janji politik itu tidak dapat dipenuhi.

Idealnya, sebuah janji harus diupayakan sepenuh hati untuk dapat dipenuhi. Ketika sang pemimpin terpilih ia berusaha memenuhi janjinya dengan cara membuat langkah-langkah nyata untuk mewujudkan janjinya itu. Janji diwujudkan ke dalam Rencana Strategis yang disusun oleh pemimpin terpilih.

Rencana Strategis itu harus telah delesai disusun paling lambat tiga bulan setelah ia terpilih.

Rencana Strategis itu kemudian dijabarkan lebih rinci dalam Rencana Pembangunan Jangka Menengah (RPJM) yang merupakan dokumen kebijakan publik yang merupakan pedoman dalam penyusunan pembangun di mana sang pemimpin itu menang.

Dalam proses pemenuhan janji politik itu, pihak eksekutif harus menunjukkan langkah-langkah positif. Pihak eksekutif harus mampu meyakinkan berbagai pihak yang berkepentingan bahwa janjinya akan mampu meningkatkan kesejahteraan bagi masyarakat. Pihak eksekutif hendaknya tidak ikut larut ke dalam kepentingan pribadi, kelompok atau golongan saja.

Jika kita kaji selintas, janji politik lebih banyak tidak dipenuhi ketika seorang pemimpin terpilih. Ia tidak punya komitmen untuk memenuhi janjinya. Bahkan ada yang mengatakan bahwa janji politik hanyalah sebuah kempen untuk menarik pemilih seramai-ramainya, dan setelah terpilih merasa tidak ada kewajiban untuk memenuhinya.

Tegasnya janji politik hanya bersifat sementara alias bohong atau retorik, yang ketika calon pemimpin itu terpilih tidak merasa berkewajiban untuk memenuhinya.

Seringkali, mereka yang berambisi untuk jadi pemimpin bukan terdorong oleh niat untuk memajukan suatu daerah tetapi lebih sering untuk meraih tahta dan harta serta mungkin saja wanita atau pria (?) bagi wanita.

Mereka berkilah untuk menang dalam pertandingan modalnya banyak, sehingga wajar jika mereka ketika berjawatan berusaha untuk mengembalikan modal, bunga plus keuntungan yang banyak.

Akibatnya, mereka hanya memikirkan bagaimana mereka dapat mengembalikan modal. Mereka hanya memikirkan bagaimana memenuhi janji mereka kepada tim sukses. Mereka hanya memikirkan bagaimana keluarga besar mereka mendapat kedudukan dan kekayaan.

Akibatnya, mereka hanya memikirkan kegiatan-kegiatan yang menguntungkan mereka tanpa memikirkan kesejahteraan rakyat yang seharusnya dipikirkan. Fenomena ini sangat nyata tetapi sulit dibuktikan di pengadilan.

Lepas dari semua fenomena yang menggiriskan, bagi masyarakat yang bersedia untuk menjadi pengawas terhadap janji politik sang pemimpin, ada beberapa tahapan yang perlu diperhatikan yaitu, 1) pelajari dan analisis visi, misi dan program saat berkempen, 2) pelajari dan analisis Rencana Startegik, 3) pelajari bajet, 4) perhatikan dan analisis pelaksanaan di lapangan, 4) buat rekomendasi.

Kepada para pemimpin dimana saja, penuhilah janji anda kepada masyarakat. Tanpa janji politik pun anda sebagai pemimpin sudah seharusnya lebih memperhatikan kesejahteraan masyarakat atau publik daripada kesejahteraan anda, keluarga dan kelompok anda sendiri.

Seorang pemimpin seharusnya tidak akan merasa tenang manakala masih ada rakyatnya miskin, menderita dan belum sejahtera.

Anda sebagai pemimpin harus siap untuk miskin demi kesejahteraan rakyat anda. Masih adakah pemimpin yang seperti khalifah Abubakar atau Umar? Masih adakah pemimpin seperti Gajah Mada, yang tidak akan bermewah-mewah sebelum Nusantara berada di bawah naungan Majapahit? Semoga masih ada harapan.

Pemimpin Berjiwa Pemimpin; Pemimpin Berjiwa Rakyat Itu Semua Retorik

Retorik (bahasa Greek: pemidato, guru) merupakan seni atau teknik memujuk melalui bahasa lisan, visual atau tulisan.

Definisi retorik sudah diperluas sejak retorik dijadikan satu bidang kajian di universiti. Oleh itu, retorik klasik (iaitu yang didefinisikan di atas) berbeza dengan retoik komtemporari yang turut melibatkan analisis teks tulisan dan visual.

Konsep retorik telah diperluas daripada bidang politik, undang-undang, hubungan awam, melobi, pemasaran dan pengiklanan kepada bidang lain seperti kemanusiaan, agama, sains sosial, kewartawanan, sejarah ,kesusasteraan, kartografi dan seni bina.

Konsep retorik bukanlah sesuatu yang baharu tetapi telah diketahui dan dibincangkan semenjak zaman Plato dan Aristotle.

Plato mendefinisikan retorik sebagai seni mempesonakan jiwa, iaitu seni memenangi hati dan jiwa melalui wacana.

Aristotle juga menyatakan bahawa retorik ialah seni memujuk dan berhujah. Rumusannya, retorik merupakan alat yang berkuasa dan sebagai seni menggunakan bahasa memujuk dalam pengucapan yang baik. Ia mengemukakan pengalaman dan berkomunikasi dengan orang lain di samping menggunakan simbol-simbol tertentu untuk menjalankan kegiatan. Retorik juga merupakan penggunaan strategi komunikasi, lisan mahupun tulisan untuk mencapai matlamat tertentu.

Sebagai contoh terdapat pihak politik yang bertanding dan berpihak kepada yang pembangkang tetapi mereka seperti ‘fighting a losing battle’ – melawan sesuatu yang mereka tahu tidak membawa faedah kepada diri sendiri.

Contoh Retorik politik misanya yang digunakan oleh menteri dan kesemua ahli politik dalam pemerintahan Singapura adalah sesuatu yang padat. Sukar bagi masyarakat mahupun pihak pembangkang untuk menjatuhkan sistem mereka itu.

Barisan Nasional (BN) yang menjadi tunjang kepada pentadbiran Kerajaan Persekutuan sejak kemerdekaan negara dicapai, telah membuktikan bahawa percaturan dalam setiap agenda bukanlah permainan politik sebaliknya kesungguhan sebagai sebuah kerajaan.

Begitu juga apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan gagasan 1Malaysia untuk dihayati oleh setiap warga apatah lagi tujuan utamanya adalah untuk terus memupuk perpaduan nasional.

Lebih mudah lagi, 1Malaysia ini menekankan dua aspek utama yang perlu diterapkan di kalangan rakyat berbilang bangsa iaitu perpaduan dan nilai-nilai aspirasi yang dapat menggembling rakyat bersatu padu ke arah negara maju.

Dalam memahaminya, ia bukanlah satu pertentangan dengan apa-apa konsep dan dasar yang pernah diperkenalkan oleh Kerajaan atau pemimpin sebelum ini tetapi gagasan 1Malaysia ini adalah kesinambungan dasar yang diperkenalkan sebelumnya.

Lantaran itu, 1Malaysia ini adalah nilai yang mendasari dan turut sama menyokong Wawasan 2020 sebagai matlamatnya. Apa yang pasti, setiap aspek yang dilakukan oleh BN sejak lebih 50 tahun lalu bukanlah satu sandiwara seperti mana yang selalu diperbesarkan oleh pihak pembangkang.

Begitu juga dengan pengumuman sambutan Hari Malaysia pada 16 September setiap tahun yang diisytiharkan sebagai cuti umum mulai tahun hadapan. Sebagai langkah utama, Perdana Menteri telah menerangkan bahawa Hari Malaysia ini akan dirayakan dengan acara-acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum dan pencapaian masyarakat dalam semua aspek.

Dalam hal ini, tanggungjawab dan amanah yang tergalas di bahu BN tidak pernah gagal dimanifestasikan malahan BN tidak gentar berdepan dengan segala macam realiti biarpun selalunya akan dimanipulasikan oleh pihak pembangkang.

Apa yang pasti, BN tidak pernah mengambil endah setiap tuduhan liar termasuk provokasi dan retorik politik para pembangkang kerana sedar bahawa amanah rakyat lebih besar khususnya dalam hal kebajikan, keselamatan dan kesinambungan kesejahteraan negara.

Mencipta isu menjadi senjata penting parti politik menambat hati rakyat dan pengundi supaya sentiasa sedar tentang kehadirannya dan kewujudan pemimpinnya. Dari masa ke semasa isu baru perlu dicipta atau membaharui isu lama yang boleh mendorong sensitiviti rakyat supaya sedar tentang keaktifan parti itu yang sentiasa tidak kering dengan idea menghidupkan minda rakyat.

Tanpa mencipta isu – apalagi yang panas dan sensasi – pemimpin sesebuah parti itu dianggap tidak bijak berpolitik dan secara perlahan-perlahan boleh dilupakan kehadirannya kecuali parti lawannya juga menunjukkan prestasi yang sama.

Tetapi jika pihak lawan sudah jauh ke hadapan dengan segala agenda pembangunan dan slogan kemajuan yang menyuntik kesedaran rakyat khususnya golongan bawahan, kehadiran parti itu boleh "disenyapkan" dan mungkin dilupakan begitu saja.

Maka itu parti patut segera bangkit mengatur startegi mencari isu baru yang berkualiti bagi menangkis dan mematahkan perancangan parti lawannya. Atau pemimpin parti itu mencipta isu-isu baru yang boleh menyakinkan rakyat dengan perancangan yang teratur.

Jika ini dapat dibuat, parti itu kelihatan hidup dan sentiasa dalam ingatan rakyat. Namun, isu yang dibangkit harus dapat dilaksanakan untuk kebaikan rakyat dan bukan semata-mata retorik politik yang sedap didengar tetapi gagal direalisasikan.

Isu yang diutarakan harus relevan dan menyakinkan kerana rakyat boleh menilai sendiri sesuatu isu itu benar-benar memberi faedah kepada mereka atau sebaliknya.

Isu yang diketengahkan harus mengarah kepada keuntungan rakyat terbanyak secara keseluruhan dan bukan gimik politik atau cakap-cakap kosong yang semata-mata dibuat bagi menyedapkan hati mereka.

Isu yang dibangkit juga harus boleh mengubah persepi hidup rakyat kepada kehidupan yang lebih nyata dan realistik bersandarkan perancangan fakta yang boleh direalisasi dan bukan janji-janji manis yang tidak boleh dicapai.

Rakyat tidak boleh dikelirukan dengan isu yang kononnya bagus, panas dan membangkitkan semangat mereka tetapi mempunyai agenda tersembunyi yang menguntungkan pemimpin tertentu saja serta segelintir penyokong yang setia.

Rakyat tidak boleh disogokkan dengan isu-isu yang popular dan menyerang peribadi tertentu untuk menangkap minda rakyat. Ia harus mendedah situasi sebenar dan fakta kejadian yang betul supaya rakyat mendapat gambaran tepat dan rasa tidak tertipu tentang sesuatu isu itu untuk dinilai dan dikaji secara objektif.

Seringkali isu yang didedah tidak melebar kepada kepentingan rakyat terbanyak seperti yang diharapkan kerana pemimpin itu menggunakan isu untuk perluasan pengaruh dan cengkamannya kepada parti akibat dari merosotnya populariti serta keyakinan rakyat terhadap kepimpinannya.

Ada juga pemimpin yang sengaja mencipta isu untuk menutup kelemahan diri akibat daripada kemasyhuran pemimpin pihak lawan yang semakin mendapat perhatian rakyat.

Isu sepatutnya dicipta demi kebaikan rakyat dan untuk rakyat yang sudah memberi undi kepercayaan kepada parti yang menang dalam pilhan raya lalu.

Rakyat mahu melihat hasil dan perkotaan kata dan janji yang sudah ditabur dalam Pilihan Raya Umum ke-12 lalu dan mahukan perlaksanaannya. Pemimpin yang menang tidak boleh menyalahkan parti lawan tanpa melihat ke dalam diri tentang kelemahan dan sumbangan mereka kepada rakyat secara objektif.

Permainan isu yang bukan benar dan sengaja diada-adakan tanpa asas kukuh boleh mengelirukan dan merosakkan fikiran rakyat. Walapun pada mulanya ia mungkin boleh diterima, tetapi lambat laun ia menjadi bahan ejekan dan sindiran yang memakan diri dan parti sendiri.

Ketika ini kebanyakan rakyat semakin bijak dan melihat situasi yang berlaku di depan mata dengan fikiran terbuka dan kritis.

Retorik politik ada had dan waktunya. Pada awalnya ianya memang menyeronokkan dan sedap didengar. Tetapi apabila waktu berlalu dan kesedaran rakyat wujud, cakap-cakap politik yang tidak bermakna menjadi cemuhan rakyat yang boleh menjejas kredibiliti pemimpin serta peluang parti itu dalam pilihan raya akan datang.

Kerana itu anggapan bahawa ada pemimpin yang berjiwa pemimpin dan ada pemimpin yang berjiwa rakyat sebenarnya semuanya retorik. Jangan lah terpenagruh dengan tindak tanduk pemimpin yang berpura-pura bersifat pemurah kerana mempunyai wang ringgit yang banyak, demikian juga jangan terpenagruh dengan pemimpin yang berpura-pura berjiwa rakyat,namun perjuangannya hanya mendapat semaksima peluang terhadap mandat yang diberikan rakyat.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels