Saya sempat membaca wawancara presiden USBO Datuk Salleh Said melalui utusan borneo bertarikh 22 oktober 2006.
Saya cukup teruja mengikutnya, apabila membaca bab "USBO" bermatalamat membela nasib dan kepentingan rumpun bajau. (Nota: Rumpun Bajau terdiri daripada 12 sub-etnik, antaranya sama, suluk, iranun dll).
USBO kata SSK singkatan nama yang disukai oleh mantan ketua menteri Sabah itu bertujuan untuk membela rumpun bajau terutama dalam segi ekonomi dan pendidikan.
Malah kata SSK, biro yang diterajui oleh professional telahpun dilantik untuk mengetuai biro ekonomi dan pendidikan.
Namun, penyebaran maklumat mengenai biro-biro ini hanya berpusing-pusing dikalangan orang-orang tertentu dalam USBO, sasaran utamanya yakni rumpun bajau secara kesuluruhannya tidak pun mengetahuinya secara jelas.
Satu ketika saya juga terpengaruh oleh cerita-cerita samada cerita kedai kopi atau bual-bual kosong, bahawa USBO adalah bermotifkan politik, walaupun pada zahirnya sebagai pertubuhan NGO.
Mungkin orang memberi anggapan demikian kerana ramai penaraju USBO adalah daripada kalangan politik.
Suatu ketika ramai yang memberi persepsi bahawa USBO adalah alat pemimpin tertentu untuk membuat desakan secara halus terhadap kepimpinan negeri terutamanya kepada ketua menteri Sabah, Datuk Musa Aman.
Namun tindakan berani ketua menteri Sabah itu menggugurkan pemimpin tertinggi USBO pada PRU-12 lalu untuk menguji kenyataan SSK, bahawa USBO bukanlah golongan pendesak atau golongan yang bersaing dengan kepimpinan negeri, ternyata benar, kerana pada PRU-12 lalu, walaupun SSK, Tan Sri Pandikar Amin Mulia (TSP) dan Datuk Datu Amir Khar Tun Datu Mustapha digugur, namun 3 sekawan ini terus menunjukkan kesetian kepada kepimpinan Musa Aman.
Apabila Musa Aman melihat bahawa kepimpinan USBO bukanlah pesaing, namun sebagai pelengkap kepada perjuangan Umno, maka para pemimpin utama USBO tanpa halangan daripada kepimpinan negeri untuk di ketengahkan baik di peringkat pusat dan negeri.
TSP apabila dicalonkan untuk kerusi speaker dewan rakyat terus mendapat sokongan daripada Musa Aman. Demikian juga Safie Afdal, dengan sokongan padu Musa Aman, maka wakil rakyat Semporna itu mampu mencatat sejarah bagi Umno Sabah, kerana untuk pertama kalinya, pemimpin Umno Sabah terpilih menduduki kerusi Naib Presiden.
SSK walaupun mendapat pencalonan yang mencukupi untuk bertanding ke jawatan Majlis kerja tertinggi (MT), namun disaat-saat akhir menolak pencalonan itu, dengan alasan untuk memberi peluang kepada calon-calon Sabah menang ke jawatan MT Umno Pusat.
Tindakan SSK itu ternyta berbaloi, kerana pemimpin pusat dan Musa Aman sendiri melihat bahawa SSK bukan lah orang yang kemaruk jawatan. Atas dasar itu lah Pemimpin Umno tertinggi dalam hal ini presiden telah melantik SSK sebagai Timbalan Pengerusi Umno negeri.
SSK dalam menyambut perlantikannya tersebut terus memberi kenyataan yang mengyakinkan, bahawa selaku Timbalan Pengerusi UMNO Negeri terus mempertahankan bahawa Sabah Tetap FIXED DEPOSIT BN.
SSK memang mahir berpolitik, setelah jawatan politik di perolehi, yakni bermula dengan merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Kota Belud yang pernah disandangnya, melalui pertandingan yang penuh kontravasi dan mencemaskan, akhirnya SSK menang dengan majoriti yang amat tipis sekali, yakni 47 undi ke atas Datuk Musbah Jamli Ketua Bahagian bertahan.
Setelah memperolehi jawatan Ketua Umno, maka asas untuk mendapatkan jawatan parti lebih tinggi telah terbuka luas. Seperti mana dikatakan di atas, pimpinan tertinggi Umno melantik SSK sebagai Timbalan Pengerusi Umno Negeri.
Setelah mendapatkan semua jawatan parti, maka akhirnya SSK mendapat jawatan politik, apabila awal tahun ini, SSK dilantik sebagai penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri Sabah berstatus menteri.
Sebagai penasihat kepada ketua menteri Sabah, maka pejabat SSK di tempatkan di bangunan Innoprise, di mana pejabat ketua Menteri juga beribu pejabat.
Pejabat SSK terletak di ground Floor bagunan Innoprise.
Apabila kita berkesempatan melawat bagunan itu, kesibukan tidak sepertibiasa sebelum SSK berpejabat di situ. Kali ini, kita akan menyaksikan sekurang-kurang 50 orang setiap hari pejabat (asalkan SSK ada dipejabat) berjumpa SSK. Tetapi yang menghairankan, bahawa mereka-mereka ini seperti direcycle, kerana orang-orangnya adalah terdiri dari orang yang sama.
Yang menjadi persoalan, sebagai penasihat kepada Ketua menteri dalam Sains dan tekonologi, sudah tentu SSK dibebankan dengan membaca cadangan kajian-kajian yang bercorak sains dan teknologi. Penumpuhan masa tentu diperlukan. Namun apabila saban hari 50 orang yang ingin berjumpa, pertanyaannya, ada masa kah SSK menelaah kajian-kajian yang berbentuk sains dan teknologi?
Katakan lah sesetiap seorang memerlukan 5 mimit, jika 50 orang, maka masa yang diperlukan adalah 250 minit sehari atau 4 jam 10 minit itu kalau 5 minit seorang, bayangkan kalau 10 minit seorang. Masa pejabat hanya 8 jam!
Saya cukup soulute kepada SSK, kerana sebagai penasihat kepada bidang khas yakni Sains dan Teknologi kepada Ketua menteri, mampu juga melayan tetamu atau pelawat sekurang-kurang 50 orang sehari. Ini tidak termasuk, masa melayari internet terutama FB dan Twitter atau blog.
Yang Jelas SSK ada lah superman