Baru baru ini ada beberapa mahasiswa UIA masuk kampung di daerah Kota Belud,khususnya Kg Taun gusi dan Jawi-jawi. Tujuan mahasiswa ini adalah untuk mendekatkan kampus dengan masyarakat.
Semasa belajar di Indonesia pada tahun 80-an, penulis juga pernah mengalami hal yang sama. Namun bagi mahasiswa Indonesia, dalam hal ini mahasiswa Institut Pertanian Bogor, mahasiswa tinggal di desa atau kampung adalah keperluan wajib untuk lulus. Tanpa itu, maka sijil yang diperlukan tidak mungkin dapat di genggam. Mahasiswa masuk desa atau kampung, adalah mahasiswa tahun akhir, di mana hanya keperluan KKN itu sahaja yang ditunggu untuk mendapatkan sarjana atau PhD.
Di Indonesia, mahasiswa masuk kampung atau desa disebut sebagai Kuliah Kerja nyata (KKN) dan memerlukan masa yang panjang, sekurang-kurangnya 6 bulan.
Pada masa itu, sebelum seseorang mahasiswa masuk desa, satu cadangan wajib dikemukakan kepada pihak universiti, dan cadangan itu perlukan cadangan yang original, yakni belum ada sesiapa yang pernah membuatnya. Bentuk cadangannya seperti cadangan membuat desertasi atau tesis. Apabila cadangan itu diterima, maka baru lah seseorang mahasiswa dilepaskan untuk masuk desa atau kampung.
Hal hasilnya selepas mahasiswa itu masuk desa atau kampung adalah satu kajian yang menyeluruh yang biasanya akan digunakan pemimpin setempat untuk merancang dan membangun desa atau kampung itu.
Penulis tidak tahu pula, maksud dan tujuan mahasiswa masa kini yang kononnya masuk desa atau kampung hanya untuk mendekatkan kampusnya dengan masyarkat di mana mereka di tempatkan.
Masa kini ada lah zaman teknologi. Boleh dikatakan jarang sudah masyarakat yang tidak tahu peranan universiti atau institusi pengajian tinggi. Rata-rata masyarkat sudah mengenal apa itu pendidikan, perlunya pendidikan dan semacamnya.
Jika mahasiswa masuk kampung ini menukar arah dan kebilat mereka untuk membuat kajian mengenai potensi dan advantange sesebuah kampung itu, alang kah eloknya.
Baru-baru ini ADUN Tempasuk kebetulan singgah di restoran Cita Rasa Kota Belud untuk makan tengah hari dalam perjalanan pulang selepas menerima anak-anak angkat universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.

2 comments:
Artikel ini tidak ditulis dengan baik kerana ia tidak dapat membuat para pembaca faham akan maksud sebenar penulisan ini! Apa salahnya mahasiswa masuk ke kampung? Tiada salah kalau nak mendekatkan diri kepada masyarakat. Sekurang-kurangnya orang SM tau juga kewujudan KB
Setuju dengan Kitakita. Artikel ini memang susah difahami orang. Kenapa pulak mahasiswa tidak boleh ke kampung? Apakah perkara yang ingin disampaikan penulis sebenarnya??
Post a Comment