22 April 2010

Makan Gaji Dengan Kerajaan Tapi Tidak Sokong Kerajaan

Ini bukan cerita kosong, tetapi cerita berasaskan analisis percakapan dan perbualan mereka yang sedang berkhidmat dengan kerajaan.

Misalnya komen percakapan atau perbualan mengenai PRK HUlu Selangor, daripada 10 orang yang berkhidmat dengan kerajaan, 8 daripada mereka lebih suka kalau PKR menang.

Kenapa ini semua boleh terjadi? Seharusnya kakitangan kerajaan adalah penyokong Government of the day, ertinya parti mana sahaja yang memerintah adalah disokong, namanya juga kakitangan kerajaan. Namun ini tidak, mereka lebih condong kepada parti yang membangkang kerajaan.

Betul lah, jika kakitangan kerajaan tidak menyokong kerjaan OF THE Day, maka semua polisi-polisi atau perancangan kerajaan akan terbantut atau dibantutkan. Akhirnya, kerajaan atau parti politik lah yang dipersalahkan. Apabila semua ini berlaku, maka apabila tiba pilihanraya umum, maka rakyat yang kononnya tidak terbela, melampiaskan kemarahan mereka kepada parti pemerintah.

Para kakitangan kerajaan, beri lah sokongan kepada majikan anda, jangan lah menjadi petualang, kerana majikan anda memerlukan sokongan anda untuk terus memerintah. Sampaikan polisi-polisi kerajaan kepada rakyat, kerana itu lah tanda terima kasih anda kepada majikan anda.

9 comments:

SA8AH said...

Salam One KB,
Saya bersetuju dgn penulisan dan idea-idea Sdra, entah dimana silapnya semua ini, jika mereka tidak setuju dgn polisi Kerajaan yg memerintah, harap dapat resign awal dan join politik, dari sudut politik mereka boleh mengkritik kerajaan dgn isu-isu yg masuk akal, berani buat berani tanggung, jika masih bertugas dgn Kerajaan kena tanggung juga segala risiko bila mengkritik, dalam Perintah Am bab Perlakuan dan Tatatertib ada dinyatakan dgn jelas jika menentang Kerajaan tindakan tatatertib akan dikenakan..tq

SA8AH said...

Salam One KB,
Saya bersetuju dgn penulisan dan idea-idea Sdra, entah dimana silapnya semua ini, jika mereka tidak setuju dgn polisi Kerajaan yg memerintah, harap dapat resign awal dan join politik, dari sudut politik mereka boleh mengkritik kerajaan dgn isu-isu yg masuk akal, berani buat berani tanggung, jika masih bertugas dgn Kerajaan kena tanggung juga segala risiko bila mengkritik, dalam Perintah Am bab Perlakuan dan Tatatertib ada dinyatakan dgn jelas jika menentang Kerajaan tindakan tatatertib akan dikenakan..tq

anonymous said...

salam one KB,
mmg begitulah realitinya..akibat terlalu selesa dgn keadaan dan kemudahan sedia ada..mereka mula lupa diri...kerajaan juga dipersalahkan sedangkan mrk yg diharapkan sebagai pelaksana dasar2kerajaan..eloklah resign awal,masuk swasta atau kerja sendiri je..beri peluang kepada yang lain untuk berkhidmat..

2718 said...

ramai yang setia dengan kerajaan di luar sana yang tidak berpeluang berkhidmat dalam sektor kerajaan. walaupun mereka mempunyai kelayakan namun persaingan membuatkan peluang mereka semakin tipis. mereka yang patut berkerja untuk kerajaan.

2718 said...

bagi mereka yang tidak menyokong kerajaan tapi berteduh dibawah kerajaan perlu dinasihatkan ubahlah pendirian kamu atau keluar dari jbtn kerajaan. sebab dikhuatiri akan menjejaskan reputasi kerajaan.

jangan jadi parasit dalam jabatan...

karaabau said...

setuju dengan ulasan 2718...kakitangan kerajaan merupakan barisan hadapan dan pelaksana dasar dan polisi kerajaan...mereka harus berterima kasih kerana mempunyai pekerjaan lebih2 lagi dalam sektor kerajaan...ramai rakyat yang masih belum berpeluang untuk berkhidmat dgn krjaan...
kalo tidak berminat dan tidak menyokong kerajaan, lebih baik undur dan beri peluang kepada orang lain...

POP said...

Memanglah begitu realiti. Orang akan ikut parti yang mereka fikir akan lebih bagus kepada mereka.

Unknown said...

Pekerja sebegini tidak "parasit".

Bekerja dengan kerajaan tetapi tidak menyokong ada satu sikap yang tidak seharusnya diamalkan.

Sikap begini hanya menjatuhkan reputasi kerajaan dan pilih antara dua, sama ada sokong kerajaan ataupun keluar dari bekerja dengan kerajaan..

karaabau said...

betul Richard...jika telah merasa bosan dan muak untuk bekerja denagan kerajaan, boleh berhenti dan beri peluang kepda orang lain yang benar2 memerlukan kerja,..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels