14 April 2010

Membangun Dearah Kota Belud: Tanggungjawab Siapa??

Membangun daerah seperti Kota Belud tanggungjawab siapa? Ada 3 faktor yang boleh membangun daerah termiskin di Malaysia ini. Pertama melalui penduduknya. Secara Kun Fayakun.. penduduk Kota Belud mendapat ilham, kudrat dan sumber kewangan untuk membangun daerah ini. Kedua, orang asing yang berduit datang mencurahkan dan melaburkan wangnya membangun daerah ini, dan ketiga melalui kerajaan.

Namun yang paling dekat adalah melalui kerajaan. Jentera kerajaan cukup lengkap. Kerajaan mempunyai sumber kewangan. Kerajaan mempunyai kakitangan yang cukup dan juga kerajaan diwakili oleh wakil-wakil rakyat dan para pemimpin parti yang ada kaitan dengan kerajaan.

Membangun sesebuah daerah miskin, perlu komitmen penuh baik daripada ahli-ahli politik, penjawat awam dan wakil-wakil rakyat yang mewakilinya.

Perancangan kerajaan biasanya sangat ditentukan oleh wakil-wakil rakyat. Tanpa perancangan dan cadangan daripada wakil-wakil rakyat, maka pembangunan sesebuah daerah itu akan senantiasa mandek dan jam, kerana kakitangan kerajaan tidak dapat melaksanakan apa-apa pembangunan, sebelum dasar atau polisi diluluskan oleh para ekeskutif diperingkat pengumbal dasar. Pengumbal dasar adalah wakil-wakil rakyat.

Kota Belud sejak negari ini meredeka melalui Malaysia pada 16 September 1963 telah diwakili oleh kerajaan yang memerintah, namun pembangunannya cukup perlahan.

Salah siapa kah pembangunan Kota Belud lambat? Apa kah kerajaan yang memerintah menganak tirikan pembangunan daerah ini? atau kah para wakil rakyat sebelumnya membuat perancangan yang kurang mendapat perhatian daripada para pengumbal dasar. Atau kah para wakil rakyat daerah ini kurang net working, sehingga tidak mendapat sokongan daripada para pelobi di peringkat pengumbal dasar.

Atau kah para wakil rakyat yang pernah mewakili daerah ini kurang mendapat kerjasama daripada penjawat awam daerah, sehingga data yang digunakan adalah data yang tidak bernilai. Dalam bahasa komputer "if you put rubbish, the result will be rubbish" Apa kah ini yang dialami oleh para wakil rakyat, sehinggakan mereka gagal membangun daerah ini?

Atau kah daerah Kota Belud hanya dipenuhi oleh kakitangan awam, yang hanya tahu mengambil gaji dihujung bulan dan sangat terikat dengan perintah am dan surat pekeliling daripada setiausaha kerajaan negeri atau kementerian-kementerian tertentu dalam negeri ini?

Di peringkat daerah misalnya, pejabat daerah pun masih mengamalkan sistem pentadbiran lama, yakni sistem "mencari file yang tebal-tebal".. Penggunaan komputer di negeri ini telah bermula pada tahun 1978, namun bagi pejabat Daerah Kota Belud, sistem itu belum diguna pakai.

Sistem permohonan tanah misalnya masih menggunakan sistem zaman British, kerana itulah bagi mereka yang menjadi petualang-petulang jual beli tanah, menjadi bermaharajarela. Namun bagi mereka yang buta sistem permohonan tanah ini, ada yang telah membuat permohonan tanah 30-40 tahun lalu, pun demikian permohonan tanah mereka tidak dapat diluluskan kerana kononnya terdapat pertindihan permohonan. Bagaimana tidaknya terjadi pertindihan, kalau sistem tidak ada! yang ada hanya merekod dan merekod permohonan.

Berasaskan kepada kelemahan yang di peringkat daerah yang pada masa kini? pada peringkat apa kah masalah ini dapat diselesaikan? Pada peringkat pegawai daerah tidak mungkin! pada peringkat wakil rakyat tidak mungkin! pada peringkat kementerian juga tidak mungkin! masalah ini hanya boleh diselesaikan pada pada peringkat dewan undangan negeri atau pada Jawatan Ketua Menteri.

Berbalik kepada cara penyelesaian daerah ini, bahawa hanya di peringkat DUN atau Jawatan Ketua Menteri sahaja yang boleh membuat penyelesaian. Ini bermakna, daerah Kota Belud memerlukan agar salah seorang wakil rakyat perlu menjadi ketua Menteri, kerana melalui jawatan ketua menteri sahaja lah seseorang wakil rakyat itu mampu menguasai dewan undangan negeri.

Berasaskan kepada senerio itu, di antara wakil-wakil rakyat yang ada siapa kah yang boleh dihandalkan menjadi Ketua menteri?

Melalui sistem parti, sesiapa yang mejadi pengerusi Umno atau BN negeri, itulah bakal dilantik sebagai Ketua Menteri selepas sahaja sesuatu pilahanraya umum dilangsungkan. Demikian lah mengikut sistem barisan nasional.

Di Sabah kini, pengerusi Umno dan Bn Negeri adalag Datuk Seri Musa Aman dan Timbalannya adalah Datuk Salleh Said Keruak. Jika pada PRU-13 akan datang, Musa Aman masih mengetuai BN atau Umno, maka secara automatik, Musa Aman akan tetap dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah, jika sekiranya Musa Aman berundur dan memberi peluang kepada Timbalannya, yakni Salleh Said, maka jika Umno dan BN Menang, maka secara automatik Salleh akan dilantik Ketua Menteri.

Kembali kepada pemasalahan daerah Kota Belud tadi, jika Salleh Said dilantik sebagai Ketua Menteri untuk yang ke-2 kalinya, ada kemungkinankah Salleh memberi prioriti menyelesaikan pemasalahan daerah ini? kerana masa itu, sebagai ketua menteri Salleh akan berdalih, bahawa beliau mesti berlaku adil, yakni membangun seluruh Sabah secara seimbang.

Memandangkan daerah Kota Belud adalah daerah termiskin, mampu kah Salleh convince dewan undangan negeri agar prioriti membangun daerah Kota Belud akan menjadi dasar atau polisi halatuju pembangunan negeri?

Perlu diingat secara pembangunan, jika Kota Belud MAJU, daerah-daerah seperti Kudat, Pitas, Kota Marudu, Tamparuli akan juga ikut maju. Perkara ini di sebabkan, daerah-daerah ini berada dalam segi-tiga utara. Plan pembangunan boleh dinamakan Plan Pembangunan Tiga-Segi Utara boleh diwujudkan.

Potensi daerah-daerah ini adalah tanah dan laut. Projek seperti jelapang Padi dan agropolitan dan semacamnya akan ikut berkembang, dan pada gilirannya sumber pendapatan penduduk bertambah, apabila pendapatan bertambah, maka status miskin daerah ini akan bertukar. BOLEH KAH???????

7 comments:

kunyit said...

Salam Bro,
terlebih dahulu minta maaf,,,,,banyak ejaan yang tersalah.
1. Dearah - Daerah
2. Ekeskutif - Eksekutif
3. Pengumbal - Pengubal
4. Negari - Negeri
5. pejabat daerah - Pejabat Daerah, Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional dan banyak lagi....
permulaan huruf hendak lah huruf besar sebab nama khas bah tu.
6. Senerio - Senario
7. Pengerusi UMNO- Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri...terdapat ayat yang berulang-ulang di gunakan, penyusunan ayat penting untuk melambangkan kita blogger yang mahir berbahasa...minta maaf banyak-banyak sebab menegur untuk kebaikan bersama bro, harap dapat diperbaiki dan diteliti..SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Suara Rakyat said...

salam kunyit... sangat berterima kasih atas pembetulan

kitakita said...

Ni kesalahan wakil-wakil rakyat yang tidak tahu nak menunaikan tanggung jawablah ni...Masa dekat nak pilihanraya..mulut manis bagai gula. Lepas menang....pedulilah kau! Saya rasa orang-orang KB juga harus ada inisiatif sendiri.....saya lihat juga para petani terutama yang mengusahakan sawah seolah-olah kalau tiada subsidi semua tidak jalan...jadi nak salahkan siapa? Atau sama-sama salah??

kitakita said...

Kurangnya pembangunan dan kemajuan di daerah Kota Belud ini bukanlah disebabkan penduduk. Sebenernya para wakil rakyat ini kena selalu membuat tinjauan agar sentiasa mengatahui kekurangan di daerah ini. Untuk membangunkan sesebuah daerah miskin, perlu ada komitmen penuh samada daripada ahli-ahli politik, penjawat awam dan wakil-wakil rakyat yang mewakilinya. Diharapkan agar pihak-pihak ini dapat memberikan perhatian, terutamanya bagi daerah yang amat memerlukan agar tidak ketinggalan arus pembangunan dan kemajuan.

karaabau said...

untuk mencapai pembangunan dan kemajuan haruslah ada kerjasama antara semua pihak...wakil2 rakyat yang telah dipilih juga haruslah sentiasa 'turun padang untuk memantau permasalahan mereka..

karaabau said...

selain itu. wakil2 rakyat juga haruslah proaktif...jangan hanya melihat kesusahan rakyat tetapi tiada tindakan yang diambil...kita harus ingat bahawa rakyat yang memilih kita menjadi pemimpin dan rakyatlah juga berkuasa untuk menjatuhkan anda sebagai wakil rakyat...

POP said...

Kalau penduduk aktif, semua boleh jadilah. Tanpa penduduk yang teringin sangat untuk mendirikan negeri sendiri, susah bah tu...

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels