14 June 2010

PTPTN Sedia RM 33 Bilion Tampung Pelajar Tahun Ini

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukkan pinjaman RM32.6 bilion kepada 200,000 pelajar yang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara pada tahun ini.

Timbalan Pengurus PTPTN, Nora Yusof berkata, daripada jumlah itu, pihaknya memperuntukkan RM71 juta bagi wang pendahuluan pembiayaan (WPP) kepada 47,000 pelajar baru yang bakal mengikuti pengajian di IPTA tahun ini.

Menurut beliau, bagi memastikan dana WPP sampai ke tangan pelajar, pihaknya turun padang ke 45 kawasan Parlimen seluruh negara untuk menyalurkan dana itu.

Nora memberitahu, setiap pelajar terbabit memperoleh WPP RM1,500 untuk persiapan sebelum mendaftar di IPTA.

Beliau turut mengingatkan penerima PTPTN supaya membayar pinjaman masing-masing sebaik sahaja mendapat pekerjaan tetap selepas tamat pengajian.

"Ini penting kerana bayaran pinjaman itu dapat digunakan pula untuk pelajar lain pada masa akan datang.

"Peruntukan pendidikan yang disediakan kerajaan sangat besar bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana mendapat pendidikan tinggi," tegasnya.

Peruntukan itu juga, tambahnya, membuktikan kerajaan amat komited terhadap usaha meningkatkan kualiti pendidikan negara setanding dengan negara maju.

Tambah beliau, PTPTN ditubuhkan sejajar dengan hasrat kerajaan yang tidak mahu ada pelajar cemerlang gagal memasuki IPTA atas sebab kewangan.

13 June 2010

Kerajaan Tahu Apa Nak Buat: Pembangkang Hanya Tahu Membangkang: Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi amaran kepada pembangkang supaya jangan sesekali memperkecilkan kemampuan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam mentadbir negara.

Perdana Menteri berkata, BN lebih tahu berbanding pembangkang bagaimana hendak membawa Malaysia untuk muncul sebuah negara berpendapatan tinggi bagi mencapai sasaran negara maju menjelang 2020.

“Jangan sesiapa cuba memperlekehkan Malaysia. Jangan pembangkang cuba mengutuk kita dan jangan ketua pembangkang hendak memperkecilkan kejayaan negara kita di bawah pimpinan BN.

“Kita lebih tahu apa dia (ketua pembangkang) buat. Malaysia telah berjaya, kita berjaya. Pembangkang menidakkan kita (BN) tetapi dunia mengiktiraf kejayaan Malaysia dan mengakui negara telah bangkit,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian semasa berucap merasmikan program Rally 1Malaysia, anjuran Pemuda BN, di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini hari ini.

Menurut Perdana Menteri, dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian negara, kerajaan menggunakan metodologi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) iaitu suatu pendekatan yang belum pernah dalam dunia dilakukan secara komprehensif dan menyeluruh.

“Hasilnya, belum pun sampai setahun lagi kejayaan melibatkan enam NKRA yang ditetapkan oleh kerajaan telah memperlihatkan hasilnya. Jadi siapa kata Malaysia tidak boleh berjaya.

“Kerajaan juga telah menggubal Model Baru Ekonomi (MBE) yang bukan sahaja bertujuan bagi melahirkan masyarakat berpendapatan tinggi tetapi turut berperanan membentuk bangsa Malaysia yang bertaraf antarabangsa,” jelasnya.

Dalam pada itu, Najib berkata, antara kejayaan lain yang dicapai di bawah pentadbirannya adalah, keupayaan melonjak negara untuk muncul sebagai negara ke-10 paling kompetitif berbanding tempat ke-18 sebelum ini.

Kata beliau, negara kini 13 tangga lebih baik berbanding Jepun dan tiada sebuah negara pun baik dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mahu pun Negara-Negara Berkecuali (NAM) tersenarai dalam kedudukan 10 terbaik.

Pada masa yang sama, kata Perdana Menteri, kerajaan BN juga berjaya memulihkan semula ekonomi negara sehingga Keluaran Dalam Negara Kasar bagi suku pertama tahun ini mencatatkan pertumbuhan 10.1 peratus.

Jelasnya, kadar pertumbuhan itu merupakan antara yang tertinggi di dunia dan ia dicatatkan sewaktu negara maju lain seperti Greece masih terbeban dengan hutang, manakala, Portugal, Sepanyol dan United Kingdom masih berada dalam suasana ekonomi yang tertekan.

Menyentuh mengenai belia, Najib berkata, golongan muda negara ini perlu mempunyai tiga nilai utama dalam perjuangan hidup mereka iaitu idealisme, bersemangat berani serta bertenaga agar mampu membawa Malaysia ke era yang lebih gemilang pada masa hadapan.

“Para belia kalau hendak melangkah ke hadapan perlu mempunyai idealisme, jangan ada perasaan bimbang untuk menghadapi cabaran serta harus bertenaga kerana semangat inilah yang bakal menjamin masa depan negara,” katanya.

11 June 2010

Ali-Baba Tiada! Proksi Para YB Tetap ADA

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan hanya akan membantu usahawan bumiputera yang benar-benar menunjukkan keupayaan untuk bersaing sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dilaksanakan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah itu sejajar dengan keutamaan RMK-10 yang menjadikan prinsip meritokrasi sebagai syarat paling utama dalam menjayakan agenda pembangunan bumiputera.

Beliau berkata, berbanding sebelum ini usaha untuk memajukan agenda bumiputera tidak memberi penekanan terhadap langkah tersebut hingga menyebabkan berlaku ketirisan serta 'ali baba'.

"Kerajaan tidak mahu menggunakan cara lama seperti sebelum ini yang mana kita lihat ia tidak banyak memberi kesan. Akhirnya kita membuat keputusan untuk bersandarkan pada prinsip meritokrasi.

"Kerajaan mendapati di kalangan pengusaha bumiputera, ada antara mereka yang berkemampuan dan boleh menjadi usahawan yang berjaya.

"Dengan kata lain mereka mempunyai merit. Usahawan seperti ini akan kita dokong sehingga mereka menjadi pemain yang berjaya," katanya kepada pemberita selepas pembentangan RMK-10 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pengekalan sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti korporat bumiputera dan ekonomi di peringkat makro dalam RMK-10.

Menjawab satu soalan, Muhyiddin berkata, setiap usahawan bumiputera yang akan dibantu selepas ini tertakluk pada kriteria serta syarat ditetapkan.

"Ada kriteria tertentu tetapi yang penting mesti ada daya keusahawanan, kemahiran serta mempunyai rekod baik yang baik. Bukannya ali baba,'' tambahnya.

Mengenai majlis peringkat tertinggi untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda pembangunan bumiputera yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, beliau berkata, ia bakal melancarkan lagi proses pembangunan tersebut.

Dalam pada itu, beliau berkata, langkah kerajaan meneruskan perjuangan untuk meneruskan agenda tersebut merupakan bukti bahawa kerajaan prihatin dengan pencapaian golongan bumiputera khususnya dalam bidang ekonomi.

"Ini jelas menunjukkan bahawa Perdana Menteri peka dengan pandangan-pandangan daripada masyarakat bumiputera. Kita ambil kira keperluan ini dalam usaha mengurangkan jurang antara pembangunan masyarakat bumiputera dan bukan bumiputera," tambahnya.

10 June 2010

Peranan Wakil Rakyat Baik MP Mahupun ADUN Sangat Diperlukan Bagi Menyahut Tekad Perdana Menteri

Kerajaan bertekad untuk terus membela golongan bependapatan rendah melalui pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib berkata sasaran itu akan memberi manfaat kepada kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah di mana Bumiputera merupakan golongan terbesar - 73 peratus daripada 2.4 juta isi rumah dalam kumpulan ini.

"Pendekatan ini akan menjamin keadilan sosial kepada golongan yang benar-benar memerlukan bantuan dan tidak akan ada sesiapa pun yang berasa terpinggir," kata Najib ketika membentangkan RMK10 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau turut memberi jaminan, golongan berpendapatan rendah akan terus diberi bantuan untuk mengurangkan kesan pengurangan subsidi ke atas kos sara hidup mereka.

"Fokus khusus akan diberi kepada golongan terpinggir yang tinggal di kawasan pedalaman, terutamanya yang mendiami di rumah panjang di Sabah dan Sarawak, serta Orang Asli dan pekerja di estet di Semenanjung Malaysia.

"Masih terdapat mereka yang hidup tanpa bekalan elektrik dan air, dan jauh daripada kemudahan kesihatan.

"Anak-anak bersekolah terpaksa berjalan jauh, merentasi jalan yang kadang kala berdebu atau lecak berlumpur dan terdapat juga antara mereka terpaksa merentas sungai untuk menimba ilmu di sekolah.

"Kerajaan akan membela mereka yang kurang bernasib baik ini untuk keluar daripada cengkaman kemiskinan.

Katanya lagi, kerajaan akan mempergiatkan pelaksanaan program ekonomi dan penyediaan kemudahan asas untuk manfaat golongan berkenaan.

"Kerajaan juga sedang mempertimbangkan kaedah untuk memberi hak milik tanah kepada masyarakat Orang Asli dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

"Ini akan membolehkan mereka mendapat manfaat daripada program pembangunan pertanian secara bersepadu menggunakan pendekatan agropolitan dan contract farming.

"Mereka juga akan diberi akses yang lebih baik kepada infrastruktur dan kemudahan awam seperti jalan, pendidikan dan latihan kemahiran," katanya.

Menurut Najib lagi, tumpuan juga akan diberi untuk memperbaiki kualiti hidup pekerja ladang dan estet yang tersesar.

Jelasnya, sebanyak 182 buah estet akan disalurkan bekalan air dengan peruntukan sebanyak RM109 juta, manakala program latihan kemahiran akan disediakan bagi golongan muda pelbagai kaum yang tercicir daripada persekolahan.

Warga ini juga akan dibekalkan kemudahan perniagaan melalui skim kredit mikro Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN).

Selain itu, latihan akan diberikan kepada golongan ini melalui Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Pusat Giat Mara dan Institut Kemajuan Desa (INFRA).

Seramai 280,000 penduduk kampung baru Cina juga akan diberi bantuan melalui skim pinjaman mudah untuk membayar premium tanah bagi perlanjutan tempoh pajakan.

"Untuk ini, sebagai permulaan dana pembiayaan sebanyak RM100 juta akan disediakan," katanya lagi.

Melalui RMK10 juga, kerajaan akan membina 78,000 rumah mampu milik bagi setiap segmen masyarat, terutamanya golongan berpendapatan rendah.

"Undang-undang berkaitan akan diketatkan dan penguatkuasaan ditingkatkan ke arah memastikan rumah mampu milik dibina dengan kualiti yang sewajarnya.

"Satu dana berjumlah RM500 juta akan diperuntukkan bagi tujuan membiayai kerja-kerja baikpulih dan penyelenggaraan rumah mampu milik awam mahupun swasta.

"Dana ini didasarkan kepada kaedah geran sepadan, di mana separuh daripada kos akan disumbang oleh kerajaan, manakala separuh lagi oleh pihak pengurusan atau persatuan penduduk rumah berkenaan," katanya.

9 June 2010

Air Bersih Untuk Kawasan KOTA BELUD: Mana Sudah Janji MP Itu?

PRU-13 hanya 18 bulan lagi. Janji calon BN dan kini telahpun jadi MP tidak kunjung datang. Semua janji itu OMONG kosong. Rakyat dibohongi. Sampai kapan pembohongan ini akan terus berlaku.

Pasti pada PRU-13 akan datang mesti ada janji baru, mesti ada sebab musabab akan diberikan, kenapa janji itu hanya tinggal janji.

Kami perlu infra asas, bukan hujah muluk-muluk yang ada kaitan dengan globalisasi. Bukan hujah sokong lesen judi. Kami hanya mahu infra asas sebagai rakyat yang menghuni negara merdeka.

Tidak guna mempunyai MP yang hanya petah bercakap, dengan gaya bercakap yang berbelit-belit, kami mahu wakil rakyat yang mempu menunaikan janji.

Apabila Najib mahukan agar wakil rakyat turun padang, pada mulanya wakil-wakil rakyat ini sibuk turun padang, tujuannya agar mudah ternampak oleh rakyat. Namun kali ini, acara turun padang mula mengendur, mungkin kerana bosan, atau turun padangpun tidak membawa apa-apa untuk rakyat.

Rakyat Kota Belud tidak minta macam-macam. Mereka hanya minta keperluan asas. Mereka minta asas untuk cari makan.

Alangka elok kalau keperluan asas yang diperlukan ini diulang-ulang di parlimen. Jangan hanya berhujah sokong lesen judi yang diberikan pada Berjaya untuk tujuan judi.

7 June 2010

Baju Seragam dan Status

Bagi saya seragam tidak menggambarkan apa-apa status. Apa yang saya terfikir apabila melihat orang berseragam adalah mereka-mereka yang patuh pada arahan dan perintah.

Pasukan keselamatan semuanya berseragam, apa kah askar atau polis. Mereka ini adalah yang patuh pada arahan tanpa soal. Enggih sahaja, tanpa soal, yang penting setiap arahan mesti dikuti, kalau tidak patuh, maka fungsi seragam itu pupus dan tidak bererti.

Lupakan itu.. kerana pasukan keselamatan tetap pasukan keselamatan. Mereka bukan Ngo, mereka dibayar untuk jaga negara, untuk jaga rakyat dan untuk jaga dan jaga.

Bagi Ngo misalnya parti politik, sepatutnya mereka tidak berseragam, namun untuk memilih yang patuh dan enggih sahaja, maka terpilih lah mereka-mereka yang suka berseragam. Mereka patuh, setidak-tidaknya pada jangka masa tertentu. Apa yang diinginkan dapat, maka patuh terus kepada ketua. Menggunakan seragam menunjukkan bahawa mereka patuh pada arahan tanpa banyak soal.

Lihat sahaja pembantu-pembantu menteri yang baru-baru, bukan main lagi, seragam sana sini, malah nama diukir pada baju seragam. Seperti yang saya katakan tadi, orang berseragam ini adalah mereka yang berketurunan "kerbau dicocok hidung".

Anak-anak muda parti, mereka sungguh bangga dengan seragam, walaupun masa sekolah dahulu, sangat susah guru-guru displin menyuruh mereka guna baju seragam. Namun,kali ini, tidak perlu disuruh, mereka siap sedia pakai baju seragam, menyambut ketibaan pemimpin mereka yang bagi mereka duit, bagi mereka projek. Kata mereka persetan dengan itu semua, yang penting projek dan duit dapat. Kalau masa sekolah, baju seragam agar mereka kelihatan segak dan kemas, namun duit tidak masuk, malah terpaksa bayar melalui sumbangan PIBG.

Mereka yang berbaju seragam ini lah yang membentuk gerombolan kerbau dicocok hidung, gerombolan berperut buncit dan boroi, gerombolan pembodek, gerombolan yang tidak ada idea, gerombolan hipokrit dan mengada-ada.

Kononya mereka ada lah pembela rakyat. Kononnya mereka pejuang. Kononnya mereka pembawa kemajuan. Omong kosong kalau tiada maksudnya, mereka akan mati-matian pakai seragam.

Mereka bagaikan pasukan boria, dalam hati mereka mereka bersatus lebih tinggi dibanding mereka yang berselipar jepun, sebab apa; baju seragam mereka adalah daripada batik, yang kononnya berharga 500 ke atas. Batik ditenun di Terengganu dengan menggunakan tangan, bukan batik main cap.

Cuba lihat kalau ada kumpul-kumpul yang bersifat rasmi, majlis kerajaan misalnya, bukan main, semua pakai seragam. Duduk pada meja yang dihiasi bunga raya buatan, warna keemasan, kononyan status mereka itu.. suka dipanggil very important person (VIP) ada juga double V.. very-very.

Bercerita lah si pemimpin mereka, yang berseragampun duduk keliling VVIP itu, dengan cerita 1001 macam angan, dongeng, dimuka mereka yang berseragam senantiasa ceria, kalau muka tak boleh ceria terpaksa ke Tandas, cuci muka agar kelihatan ceria.

Baru-baru ini apabila saya yang berselipar ini kirim SMes kepada VVIP ini, apa yang jadi, hingga sekarangpun smes itu tidak berbalas. Ceritanya, VVIP ini, hanya perlu mereka yang berseragam, tidak perlu mereka yang pakai selipar jepun.

Kata VVIP itu, dia tidak perlu lagi sokongan mereka yang pakai selipar jepun dan tidak berseragam, kerana mereka yang berbaju seragam telah cukup untuk memberi kemenangan apabila "VVIP" itu dicalonkan mewakili UMNO pada PRU-13 akan datang.

Kata VVIP itu lagi, penyokong dia yang berperut gendut, boroi dan berseragam telah cukup, atas sebab itu, mereka yang berperut kempis, tidak berseragam, tiada kasut jenama Valentio atau Barly tidak diperlukan lagi.

Sungguh malang bagi mereka yang berperut kempis, berselipar jepun, tiada baju seragam, dan tidak takut telur hilang, tidak diperlukan oleh VVIP itu lagi. Boleh kah VVIP itu menang hanya sokongan mereka yang berperut Buncit, Gendut, Boroi.. tanya sama itu HUD-HUD.

6 June 2010

Sepatutnya Dari Dahulu: Pegawai Kerajaan Yang Pencen Tidak Perlu Dilantik Lagi

Kerugian besar dialami dua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dijangka menjadi fokus sidang Dewan Rakyat, yang bermula esok, dengan Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BBCBN) mendesak kerajaan tidak lagi melantik pesara sektor awam menganggotai lembaga pengarah bagi mengelakkan masalah sama berulang.

Sehubungan itu, BBCBN mahu mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan memberi penjelasan terperinci bagaimana Pos Malaysia Berhad dan Sime Darby boleh mengalami kerugian antara lebih RM200 juta hingga RM1.6 bilion.

“Saya sendiri akan membangkitkan isu ini... saya merasakan kerajaan tidak harus melantik pegawai-pegawai kanan telah bersara jika mereka tidak komited dan tidak mampu untuk menjalankan tugas mereka dengan baik,” kata Timbalan Pengerusi BBCBN Datuk Bung Moktar Radin hari ini.

“Kalau mereka tidak berminat (menerajui syarikat-syarikat besar) jangan paksa mereka memegang jawatan pengarah khususnya di syarikat-syarikat besar dan ternama macam Sime Darby,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan.

Mesyuarat kedua penggal ketiga Parlimen akan berlangsung mulai esok sehingga 13 Julai.

Antara anggota lembaga pengarah Sime Darby dan Pos Malaysia kalangan bekas pegawai kanan kerajaan ialah bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam, masing-masing bekas ketua setiausaha negara Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Tan Sri Samsudin Osman, bekas ketua pengarah pelajaran Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin serta Pengerusi Pos Malaysia Tan Sri Dr. Aseh Che Mat dan Puan Sri Nazariah Mohd Khalid.

Bung Moktar percaya bahawa masalah kerugian yang dialami oleh kedua-dua GLC ini berpunca daripada sikap tidak komited ahli-ahli lembaga pengarah.

“Kadangkala kita paksa mereka terima jawatan-jawatan ini... jangan paksa kalau mereka tidak komited, akhirnya yang rugi negara dan rakyat,” kata beliau sambil menambah akan menggesa kerajaan mengkaji semula tatacara pelantikan anggota lembaga pengarah dalam GLC.

Kata Bung Moktar, BBCBN juga akan meminta kerajaan menjelaskan bagaimana kerugian kedua-dua GLC itu boleh wujud.

“Kami mahukan penjelasan terperinci, apa punca masalah ini... saya berpendapat bahawa masalah ini tidak harus wujud ketika kerajaan hendak membawa ekonomi ke kedudukan lebih baik,” katanya.

Pada Khamis ini kerajaan akan membentangkan Rancangan Malaysia Ke-10 dan Model Ekonomi Baru untuk dibahaskan.

Negara dikejutkan dengan ‘skandal’ kewangan dialami oleh Sime Darby dan Pos Malaysia dalam tempoh dua bulan lalu.

Minggu lalu, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkata akan memanggil pengurusan Sime Darby dan Pos Malaysia bagi memberi penjelasan berhubung kerugian kedua-dua syarikat itu.

Kedua-dua GLC itu dijangka dipanggil pada minggu kedua persidangan Parlimen.

Sime Darby dilaporkan mengalami kerugian lebih RM1.7 bilion akibat daripada lebihan kos dalam projek kendaliannya, dan berikutan itu, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid, yang kontraknya sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan sepatutnya berakhir pada 26 Nov ini, telah diminta bercuti.

Pada bulan lalu Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein memberitahu Dewan Negara bahawa Pos Malaysia mengalami kerugian bagi tempoh tiga tahun lepas berjumlah RM227 juta ekoran pelaburan dalam syarikat penyedia perkhidmatan kargo udara, Transmile Group Berhad.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebelum ini telah menafikan sebarang pembabitannya dalam Pos Malaysia yang mengakibatkan syarikat itu mengalami kerugian.

Sebelum Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan Melayu terbesar dan bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menggesa kesemua lembaga pengarah Sime Darby meletakkan jawatan dengan segera.

Isu Pos Malaysia dan Sime Darby juga dijangka menarik perhatian Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas dan wakil-wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.

27 May 2010

Belumpun Subsidi Dibincang Harga Barangan Mula Naik

Bayangkan harga sardin kingcup minggu lalu adalah 4.30 setin, semalam dijual pada harga 4.70 setin, naik 9% lebih.

Begitu cepatnya para peniaga atau peruncit memberi respon kepada kepada perkataan "subsidi".

FOMCA semalam meminta agar kerajaan menghapuskan sistem subsidi, kerana sistem itu tidak mengenai sasaran.

Sebelum ini mantan perdana Menteri Tun Mahathir memberi pandangan agar supaya kerajaan menghapuskan subsidi secara perperingkat. Kerajaan perlu mengenai pasti barangan yang diberi subsidi selari dengan policy subsidi itu.

Misalnya subsidi minyak, tidak mengena, kerana orang-orang kaya juga mendapat subsidi, demikian juga gula, para pekilang juga mendapat subsidi. Pada gilirannya, penduduk luar negara juga ikut diberi subsidi, kerana barangan kilang itu di ekzport.

Dalam perkembangan lain Mesyuarat Jemaah Menteri semalam tidak membincangkan rancangan kerajaan untuk memotong subsidi, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Perkara itu tidak dibincangkan,” kata Hishammuddin ketika sidang media di Putrajaya, hari ini.

Bagaimanapun, menurut laporan Reuters lewat petang ini, yang memetik sumber, mesyuarat Jemaah Menteri hari ini ada membincangkan perkara berkenaan tetapi tidak memutuskan berhubung methodology ataupun menetapkan jangkamasanya.

Menurut laporan itu, keputusan kerajaan tidak dijangkakan dalam masa terdekat ini.

“Kita masih terpaksa menunggu maklum balas daripada orang ramai dan membincangkan lanjut bagaimana cadangan berkenaan boleh diselaraskan sebelum dilaksanakan,” kata sumber itu kepada Reuters.

Kos subsidi negara ini mencecah RM74 bilion tahun lalu manakala kadar defisit dicatatkan pada kadar paling tinggi sejak 20 tahun lalu.

24 May 2010

Politik Toleransi Amalan BN: Pembangkang Memanipulasinya

Pembangkang terutama Anwar Ibrahim tahu benar bahawa politik BN adalah politik toleransi, maksudnya BN memupuk kesetia kawanan dan kekitaan dalam hubungan antara kaum. BN berusaha agar semua kaum tidak terpinggir dalam suasana harmoni, dan seterusnya menanamkan bahawa tiada kaum yang superior dalam hubungan itu. Namun, penekanan hak sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan terus diambilkira dan digunakan sebagai asas membentuk perpaduan yang harmoni.

Berpaksi kepada asas ini, maka tanpa menganggu gugat ikatan ini, tidak mungkin kemesraan dan keharmonian tersebut dapat diganggu gugat.

Anwar Ibrahim tahu ini semua,kerana ini lah kekuatan asas BN. Selagi kekuatan ini tidak dirosakkan dan tidak diputuskan, maka kekuatan BN akan senantiasa bergema.

Bagi memutuskan ikatan yang kokoh ini,maka caranya adalah mencabar apa yang ada dalam perlembagaan. Misalnya hak-hak bumiputra dan kaum melayu. Mempersoalkan budaya melayu misalnya penggunaan keris.

Apabila hak-hak dan budaya melayu ini dicabar, maka mereka yang terpancing terus memberi reaksi. Ketuanan melayu terus dikumandangkan. Setelah pancingan ini berjaya, maka langkah berikutnya adalah mempersenda soal anutan agama.

Provokasi awal penganut bukan islam menggunakan Kalimah ALLAH, pada awalnya mendapat tentangan namun akhirnya menjadi bahan politik pihak pembangkang.

Untuk sementara pihak pembangkang telah berjaya merobohkan tembok ikatan kaum melalui gambaran mereka mengenai Ketuanan Melayu, kemudian mereka juga berjaya tembok kepercayaan beragama, apabila Kalimah Allah kini dikongsi oleh semua agama.

Selain itu, mereka juga berjaya merosak budaya Melayu mengenai penggunaan keris, kini kaum melayu tidak mahu berbangga lagi dengan keris, kerana kononnya budaya itu tidak relevan lagi.

Pembinaan tembok yang kokoh oleh BN dalam hal hubungan antara kaum berjaya dirobohkan, pemupukan beragama antara kaum berjaya dirobohkan, budaya melayu mengenai keris terus dihancurkan.

Persoalannya, yang mana lagi yang tersisa pada BN? Namun pada masa yang sama BN masih melaungkan politik sederhana, politik toleransi, dimana semuanya secara deras ditolak terutama oleh mereka yang dilahirkan selepas merdeka.

Penjelmaan 1Malaysia adalah manifestasi kepada unsur toleransi itu, namun bibit-bibit yang telah ditanam telah sebati. Pembangkang telah memupuk bibit-bibit itu sejak reformasi tahun 1998, sedangkan ramuan penepisnya hanya ditemukan pada April 2009. 10 tahun bibit-bibit penghalang ramuan BN telah ditanam, dipupuk, dibaja oleh pembangkang. Sama lah dengan pengharaman Al-Arqam, walaupun telah diharamkan puluhan tahun yang lalu, namun bibit-bibitnya masih teguh hingga kini.Ini lah yang berlaku di Malaysia kini, bibit-bibit menghancurkan tembok yang dibina BN selama 50 tahun, telah diketahui adunannya oleh mantan pemimpin BN itu sendiri, yakni Anwar Ibrahim.

23 May 2010

Status Sabah Dan Sarawak Sama Dengan Malaya

Sabah dan Sarawak tidak boleh dilihat dalam konteks yang sama dengan negeri-negeri di Semenanjung kerana kedua-dua negeri itu bergabung dengan Malaya untuk membentuk Malaysia, kata Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok.

"Berasaskan tujuan tertentu, bapa-bapa pengasas pada ketika itu telah membayangkan satu situasi untuk Sabah dan Sarawak serta Persekutuan Tanah Melayu membentuk sebuah negara bernama Malaysia.

"Saya rasa semangat perjanjian itu dicerminkan hari ini menerusi pentadbiran kerajaan Sabah dan Sarawak yang mempunyai kabinet masing-masing," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pesta Kaamatan Kampung Madsiang, di Penampang semalam.

Dompok yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi diminta mengulas isu yang dibangkitkan pensyarah Universiti Utara Malaysia Prof Dr Ranjit Singh semasa seminar mengenai polisi awam di sini pada Khamis lalu.

Pensyarah di Kolej Perundangan, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa itu dalam kertas kerjanya bertajuk "Politik dan Polisi Sabah dan Hubungan Persekutuan-Negeri 1963-1995", berkata Sabah dan Sarawak tidak boleh mendakwa Malaysia adalah perkongsian sama rata di antara tiga anggota.

Dompok berkata apabila Sabah dan Sarawak menyertai pembentukan Malaysia, peruntukan tertentu telah dibuat bagi memastikan hak kedua-dua negeri Borneo itu terpelihara dan terjaga, termasuk sistem pentadbiran dan kuasa ke atas isu-isu berkaitan imigresen.

Sementara itu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata faktor sejarah telah memberi asas kepada Sabah untuk menikmati kuasa autonomi tertentu berbanding negeri-negeri di Semenanjung.

"Dr Ranjit mengeluarkan pandangan daripada segi akademik," katanya.

"Cabaran di sini bukan saja untuk memahami keunikan di Semenanjung Malaysia tetapi juga untuk masyarakat Semenanjung termasuk pembuat-pembuat keputusan memahami sistem kita (Sabah dan Sarawak)," katanya.

Dengan kata lain kata Masidi, tidak wujud satu polisi yang boleh digunapakai oleh semua.

"Polisi mesti dibuat mengikut keperluan di Sabah dan Sarawak," katanya.

21 May 2010

Tanah Rakyat Kampung Rampayan Ulu Kota Belud Habis: Diluluskan Kepada Syarikat KINSAMEWA SDN BHD

SATU kejutan besar, rupanya permohonan penduduk biasa tidak diluluskan rupanya ada naga menunggu di belakang.

Ini lah kejadian permohonan tanah bagi kampung Rampayan Kota Belud, rakyat tidak didahulukan rupanya syarikat besar diutamakan.

Satu surat yang diberikan oleh Ketua perhubungan RELA mukim kampung Rampayan sdr Akim Haji Salleh yang bertarikh 26 April 2010 dan ditandatangi oleh Penolong Pemungut Hasil Tanah Kota Belud yang bernama Mohd Najib Muntok menyatakan bahawa satu keputusan LUC daerah Kota Belud bertarikh 8 April 2010 telah meluluskan satu kawasan seluas 1200 ekar yang terletak di Kampung Rampayan Ulu Kota Belud. Rujukan permohonan tanah tersebut adalah PT20-09031305 dengan rujukan gred 77-D1, 77-DJ,77-EJ dan 77-EI yang dibuat pada 21 Oktober 2009.

Yang menjadi persoalan sekarang, kenapa kah perkara ini boleh berlaku? Penduduk kampung Rampayan telah mendiami kawasan ini sejak sebelum merdeka, namun permohonan tanah mereka tidak pernah diambil kira. Sebaliknya permohonan syarikat yang hanya membuat permohonan pada tahun lepas yakni tepatnya 21 Oktober 2009, telah pun diluluskan oleh LUC Kota Belud.

OKB merasakan ada sesuatu yang tidak telus mengenai permohonan ini? pihak yang berwajib perlu turun tangan memberi penjelasan, kenapa kah permohonan seumpama ini begitu cepat diproses dan diluluskan. Siapa kah di belakang syarikat KINSAMEWA SDN BHD INI.

OKB difahamkan, bahawa penduduk kampung Rampayan Ulu yang diketuai oleh Sdr Akim Haji Salleh akan berjumpa SUHAKAM dan temujanji telahpun dibuat.

Bangga Tak Kita: Kasino Malaysia TOP Di Dunia

Ranking Casino Dunia Top-10

1.) Casino de Genting (PAHANG) – 13,000

2.) Foxwoods Resort Casino (Connecticut) – 10,220

3.) Mohegan Sun Casino (Connecticut) – 10,000

4.) Bellagio (Las Vegas) – 9,700

5.) MGM Grand (Las Vegas) – 9,000 T-

6.) Mandalay Bay (Las Vegas) – 8,000 T-

7.) Sands Macao (China) – 8,000

8.) Caesar's Palace (Las Vegas) – 7,500

9.) Borgata (Atlantic City) – 7,000

10.) Atlantis Resort and Casino (Bahamas) – 6,500

Bangga kah kita? Kedudukan Casio de Genting tersenarai sebagai nombor satu di dunia dari segi jumlah pekerja.

Selain itu Malaysia juga tersenarai sebagai negara yang paling banyak outlet menjual nombor ramalan yang diadakan pada setiap hari Rabu Sabtu dan Ahad tiap minggu, ini tidak lagi termasuk undian khas (special draw).

Kota Belud walaupun daerah kecil dan pekannya juga kecil, outlet ramalan nombor terseragam indah. Outlet Toto, 88 dan Sandakan terdapat di pekan ini.

Pada hari-hari yang di sebutkan di atas, pada setiap petang, bersusun dan ramainya para pembeli ramalan nombor.

Mereka yang beratur adalah semua kaum di daerah ini, baik yang islam mahupun bukan.

Pemandangan pada hari-hari itu kita dapat menyaksikan para pembeli nombor ramalan adalah perkara biasa di pekan ini, kemungkinan ini lah kewajaran ahli parlimen Kota Belud Datuk Rahman Dahalan menyokong pemberian lesen judi sepakbola piala dunia kepada kumpulan Berjaya.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels