6 March 2011

Bila Yuhaizat nak pindah rumah???

Tak kan nak duduk terus rumah kerajaan BN. Malu lah sikit. Kena pindah lah.. kalau tak malam ni esok pun ok lah.

BN menang di DUN Merlimau dengan majoriti 3,643 undi. BN memperolehi 5,962 undi, manakala PAS mendapat 2,319 undi.Jumlah undi rosak diterima ialah 132 undi.

Majoriti itu lebih tinggi berbanding dengan 2,154 undi pada 2008. bagaimanapun, ia masih rendah berbanding dengan majoriti BN sebanyak 5,087 pada 2004.

# Calon Pas bagi Merlimau juga kalah di tempatnya sendiri Chincin BN: 1135, PAS:434

Pelancaran Buku Jingga Selangor tiada sambutan

SHAH ALAM, 6 Mac — Majlis pelancaran Buku Jingga dan sambutan tahun ketiga pemerintahan Pakatan Rakyat — PKR-DAP-PAS — di Selangor malam tadi tetapi hanya dihadiri sekitar 1,000 orang.

Pihak penganjur menyifatkan kehadiran yang berkurangan daripada tahun sebelumnya itu disebabkan dua pilihan raya kecil serentak yang pengundiannya diadakan hari ini.

Pengerusi penganjuran Datuk Dr Hasan Ali yang juga Exco kerajaan Selangor dalam ucapannya pada majlis itu berkata, kehadiran yang kecil jumlanya itu adalah kerana kemuncak kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kerdau dan Merlimau.

Sementara itu Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam ucapannya berkata, Buku Jingga yang dilancarkan malam tadi merupakan janji Pakatan Rakyat yang akan dilaksana dalam tempoh 100 hari jika mereka berjaya mengambil alih Putrajaya.

Beliau berkata kerajaan negeri itu juga akan melancarkan Pelan Tiga Tahun

Selangor yang dipanggil Agenda Selangor Untuk Rakyat (Arus) pada 26 Mac ini.

Buku Jingga yang terdiri daripada dasar kerajaan Pakatan Rakyat dan 10 inisiatif 100 hari pertama pemerintahan diperkenalkan pada konvensyen keduanya di Pulau Pinang Disember lalu.

5 March 2011

Adik Teoh Beng Hock kurang siuman

Kerja gila.. takkan DS Najib buat janji kepada keluarga Teoh Beng Hock bahawa Perdana Menteri boleh hidupkan semula Teoh Beng Hock!

Apa yang dikehendaki oleh adik Beng Hock, sehinggakan menuduh DS Najib hanya menanam Tebu dibibir.

RCI telah ditubuhkan-sepertimana kehendak keluarga TBH dan Peguamnya Karpal Singh serta Kerajaan Selangor, namun apabila RCI memulakan kerjanya-mereka menarik diri.

Sebenarnya keluarga Beng Hock, tidak mahu mengetahui punca kematian Beng Hock, kerana mungkin mereka telah tahu, bahawa punca kematian mendiang, adalah berpunca daripada mendiang sendiri.

Ingat, semasa siasatan awal inkues kematian Beng Hock, telah terbongkar tuntutan-tuntuan palsu yang ada kaitan dengan Beng Hock. Jangan lupa apabila perbuatan salah terbongkar, seseorang itu akan mengalami tekanan luar biasa. Jika di Jepun, adalah lumrah, sesiapa yang terbongkar penyelewengan seseorang itu, biasanya si pelaku berakhir dengan bunuh diri. Apa keadaan ini tidak boleh berlaku pada Beng Hock?

Postmortem, keterangan para doktor, konsisten bahawa punca kematian Beng Hock akibat daripada jatuh daripada tempat tinggi.

Keterangan doktor juga, bahawa semasa Beng Hock mendarat di Tingkat 5 Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai,2009, mendiang masih sedar, kerana tanda-tanda diperolehi pada tubuh mangsa semasa postmortem.

Mungkin keluarga Beng hock, yakin bahawa kematian Beng Hock bukan akibat daripada sesiapa, namun atas tindakan mendiang sendiri, atas sebab itu lah keluarga Beng Hock boikot RCI yang ditubuhkan oleh Yang Dipertuan Agong.

Teoh, 30, setiausaha politik anggota exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Kenapa kaum melayu jadi kristian?

Dunia hampir kepenghujung hayatnya, semakin hampir, kita sentiasa diuji dengan berbagai ujian oleh Allah SWT. Musuh-musuh Islam terutamanya kaum-kaum Yahudi dan Nasrani serta mereka yang bersekongkol, berterusan mencari jalan memporak-perandakan perpaduan umat Islam di mana jua didunia ini dan tidak terkecuali juga di Malaysia. Berbagai cara digunakan, penggunaan kuasa ekonomi, kuasa politik dan ilmu pengetahuan keduniaan serta memperalatkan orang Islam itu sendiri untuk mencapai cita-cita dan matlamat mereka.

Hari ini umat Islam di Malaysia dicabar lagi. Pembinaan Gereja/Cathederal terbesar di Asia akan diteruskan pembinaannya ditempat asalnya di Seksyen 24, Shah Alam. Setelah umat Islam di Shah Alam sedar dari mimpi indah kerana janji-janji Pilihanraya Umum yang lepas, dan mandat telah diberi tiada halangan lagi bagi KERAJAAN melaksanakan kehendak 50,000 ahli UMNO beragama Kristian mencapai cita-cita mereka. Jumlah ahli yang minoriti ini berjaya mengusai Parti UMNO di mana majoriti keahliannya adalah orang Melayu.

Dengan tersergam Gereja/Cathedral ini di bandar yang diwartakan sebagai Pusat Pembangunan/Perkembangan Islam oleh DYMM Sultan Selangor bertentangan dengan kehendak Baginda dan seluruh rakyat yang beragama Islam di negara ini. Begitu juga dengan terbinanya Catredral dan Kompleks Gereja ini dilengkapi dengan Pusat Rawatan Kesihatan, Nursery, Pusat Kaunseling dan Pusat Melatih Pendakwah (Missionery) di Shah Alam ini sebagai pusat pengembangan ajaran Kristian diseluruh Malaysia dan juga Asia.

Pemilihan Shah Alam sebagai pusat pengembangan ajaran Kristian ini sesuai dengan kehendak pemimpin Kristian kerana lokasi yang strategik, sosio-ekonomi dan masysrakatnya yang menjadikan hiburan sebagai agenda utama. Program-program yang diatur oleh pihak pentadbir Stadium Shah Alam, Litar Lumba Kereta Batu Tiga dan lain-lain adalah daya penarik terutamanya para belia setempat dan dari luar.

Pakar-pakar pengkaji Yahudi dan Kristian tidak berjaya memisahkan orang Melayu dengan Islam, tetapi mereka berjaya memisahkan orang Melayu dengan ajaran Al-Quran dengan memperalatkan orang Islam melaksanakan program-program mereka untuk menghancurkan umat Islam seluruh dunia. Begitu juga dengan apa yang berlaku di negara kita.

Pembinaan Catedral dan kemudahan asas, adalah satu dari agenda mereka dan golongan belia adalah sasaran utama mereka. Berleluasanya program mungkar, dan diperkuatkan dengan kenyataan akhbar bahawa 58% pekerja kilang terdiri dari golongan belia yang terlibat dengan perbuatan maksiat, kemungkaran dikalangan pemimpin dan berita pegawai tinggi kerajaan ditangkap khalwat, kurang minat belia kepada program bercorak Islam menyumbang kepada berleluasanya pengaruh Kristian meresapi jiwa orang Melayu hari ini.

Kita harus mengambil iktibar dari apa yang berlaku kepada orang Melayu singapura. mereka bukan sahaja berjaya mencabut hak ketuanan, bahkan akhidah Islam mereka dan hampir 200,000 orang Melayu menjadi ahli Persatuan Melayu Kristian di Singapura. Begitu juga dinegara tetangga kita Indonesia. Sebagaimana amaran Allah SWT "Tidak redha kaum Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut telunjuk mereka".

TIDAK TERLINTASKAH DIFIKIRAN KITA BAHAWA SATU HARI NANTI PERKARA INI AKAN BERLAKU KEPADA ORANG MELAYU DI MALAYSIA. TEPUK DADA, TANYALAH IMAN.

Khabarnya di Taiping, Perak, sudah ada peranan dimainkan oleh seorang guru sekolah di mana murid-murid telah dipujuk untuk menukar akhidah mereka untuk menerima ajaran Kristian. Begitu juga ramai orang Melayu sudah menukar agama mereka dengan agama Kristian. Di Petaling Jaya sudah ada Gereja khas untuk orang Melayu.

Apakah ini bermulanya kehancuran akhidah Islam dikalangan orang Melayu. Dengan berleluasanya kegiatan anti islam seperti Kumpulan Anti Hadis, Anti Al- Quran, menghina hukum Islam, kata-kata Al-Quran ditafsir semula, Hukum Islam layak di simpan di muzium dan lain-lain penghinaan yang dilemparkan terhadap Islam yang dihamburkan oleh umat Islam sendiri, bukankah ini memungkinkan umat Islam yang Iman mereka tipis senipis kulit bawang akan mencari Agama pilihan(alternative). Dan kesempatan ini akan digunakan sebaik-baiknya oleh musuh-musuh Islam.

Apabila ditanya oleh sahabat, bagaimana keadaan umat Islam di akhir zaman, Rasullullah SAW menjawab, "Umat Islam pada masa itu sungguh ramai tetapi mereka umpama buih-buih dilautan. Umat Islam semakin dihanyut oleh arus kebendaan yang melalaikan. Semangat Jihad mereka semakin pupus. Cinta kepada dunia semakin hari semakin bercambah". Lupa kepada pesanan Rasullullah, " Barangsiapa yang tidak memperjuangkan Islam mereka bukanlah dari kalangan umat ku". Mereka ini tidak akan mendapat Shafaat Nabi diakhirat nanti. Mereka lupa amaran Allah SWT, apabila kemungkaran sudah mengatasi kema'rufan maka akan ditimpa malapetaka dan bala bencana yang dahsyat sebagaimana yang ditimpakan kepada Umat nabi noh, Nabi Hud, Firaun dan lain-lain.

Bangunlah wahai umat Islam dan berjuanglah dengan apa yang termampu oleh kita. Jangan sampai anak-anak kita menghadiahkan salib dan kitab ajaran Kristian baru kita sedar. Jangan kita meritih apabila jenazah anak kita dikebumikan diperkuburan Kristian kerana pada masa itu nasi sudah menjadi bubur. Jangan slahkan sesiapa.

Jangan kita kufur nikmat dengan kekayaan anugerah Allah, tetapi bersyukur atas rahmatnya dengan memperjuangkan Agama yang disempurnakannya iaitu Agama Islam. ALLAHU AKBAR.

SELAMAT BERJUANG UNTUK MEMBELA MARTABAT ISLAM, BANGSA DAN NEGARA.

Bangun dan Berikanlah Peringatan

"Therefore remember Me. I will remember you and be grateful to Me and never be ungrateful to Me." (Al-Baqarah: 152)

4 March 2011

Risalah kotor Pembangkang

Pembangkang menggunakan logo PERKASA dalam satu risalah yang bertajuk "Keling tak sadar diri".

Kenapakah hanya pihak pembangkang sahaja yang menemui risalah ini? Ini yang dinamakan buat sendiri, gambar sendiri, edar sendiri, buat propaganda sendiri.

Tujuan pihak pembangkang ini adalah untuk menarik simpati pengundi kaum india di DUn Merlimau di mana pembuangan undi berlangsung pada Ahad 6Mac,2011.

Selain itu, ketua AMK Keadilan mendakwa bahawa kereta yang membawa Anwar semasa berkempen di Merlimau pada Rabu, kononnya dilempar dengan bantu.

PRK Merlimau-Kerdau: Kempen kotor sebenarnya dilakukan pembangkang

Kempen kotor seperti penyebaran rislah-risalah lucah, pembakaran tempat-tempat pembangkang, memecah cermin kereta penyokong pembangkang, sebbenarnya muslihat parti pembangkang itu sendiri.

Parti pembangkang telah tahu bahawa peluang mereka untuk menang bagi kedua-dua PRK itu amat tipis, atas sebab itu mereka menggerakkan perang saraf seperti itu, untuk mendapat simpati.

Adalah tidak wajar bagi BN untuk membuat onar atau angkara seperti itu, kerana BN telah tahu bahawa kedua-dua kawasan itu adalah kubu kuatnya.

Hanya parti yang tidak mempunyai harapan sahaja yang membuat angkara bersifat buruk tersebut, kerana hanya itu sahaja cara mereka mendapat perhatian para pengundi.

Benarlah kata pemimpin Bn misalnya oleh Datuk Ahmad Maslan, bahawa pihak pembangkang akan menempuh berbagai cara untuk menarik simpati, benarlah juga, apabila pihak DAP membakar markas mereka sendiri. Penyokong Pas memecah cermin mereka sendiri.

Perbuatan-perbuatan perang psikologi yang bersifat ganas ini, memang sinonim dengan parti Pas, sejak dahulu.

3 March 2011

PRK Kerdau: Kempen semakin panas

Tiga hari lagi tempoh berkempen di Kerdau dijangka tidak setenang seperti permulaannya apabila kedua-dua parti bertanding BN dan PAS lebih agresif menyerang lawan masing-masing berbanding pendekatan lunak sebelum ini.

Jika BN dilihat lebih banyak bertahan apabila diselubungi isu sijil calonnya Syed Ibrahim Syed Ahmad, "Buku Jingga" Pakatan Rakyat, 'kelemahan' pentadbiran menteri besar dan keadaan peneroka Felda, kempen pusingan kedua dijangka berbeza.

Hari ini, penampilan pertama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin tidak selancar yang diharapkan apabila beliau dibayangi "pendedahan bersiri" Ummi Hafilda Ali yang sudah menjejakkan kaki di Kerdau.

Dijangka berlaku 'perang pembesar suara' malam ini apabila mereka dijadual berceramah di tempat yang sama di kawasan Feldra Rumpun Makmur di tempat yang berdekatan dan cuma dipisahkan sebatang jalan.

Ummi Hafilda - adik Timbalan Presiden PKR Azmin Ali - semalam turut berkempen di Merlimau atas pentas BN.

Saksi penting kes liwat pada 1998 itu dilapor 'mendedahkan' berhubung dakwaan "skandal seks" terhadap Anwar dan menyentuh soal Azmin yang juga bekas setiausaha kepada pemimpin pembangkang itu.

BN sebelum ini jarang mengadakan ceramahnya, tidak seperti PAS yang meneruskan tradisi itu setiap malam di seluruh kawasan.

Berbeza dengan pendekatan BN yang menampilkan tokoh heavyweight mereka, termasuk presidennya Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor di permulaan kempen, PAS mengambil pendekatan sebaliknya.

Malam ini, bukan sahaja Anwar, malah turut memeriahkan atmosfera kempen, naib presiden PKR dan anaknya Nurul Izzah; bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizak Jamaluddin dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Manakala Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula menyusul timbalannya Datuk Razali Ibrahim yang hadir semalam - tindakan yang dilihat bagi menyuntik kekuatan jentera pemuda parti itu.

Beliau difahamkan sedang mengadakan perbincangan dengan dengan anggotanya di bilik gerakan induk BN di Kerdau dan dijadual mengadakan lawatan bermotosikal sekitar kawasan tersebut.

Kehadiran menteri ke Kerdau tidak semeriah sebelum ini apabila hanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia Datuk Seri Maximus Ongkili, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turun padang hari ini.

Daripada aspek isu yang dibangkitkan pula, PAS kini dilihat mula bercakap 'hal sebenar' dan sudah jarang membangkitkan tentang komitmen mereka dalam Buku Jingga yang dilihat kurang difahami dan kurang menarik perhatian pengundi.

Bermula semalam, ahli jawatankuasanya Mazlan Aliman menggembarkan apabila hadir ke sidang media sulungnya di Kerdau sambil mendakwa Felda Plantation merupakan organisasi haram.

Beliau yang menyarung baju NGO Persatuan Anak Felda Kebangsaan (ANAK) akan bergabung dengan Biro Felda PKR pimpinan peguam Shuhaimi Said - anak tempatan - yang sudah berkubu dan bergerak senyap di kawasan itu secara 'pemalu' dan tidak menghebahkannya, termasuk kepada media.

Gandingan ini - yang bertanggungjawab mengumpulkan peneroka bagi menyaman Felda - dilihat sebagai satu-satunya senjata terkuat Pakatan bagi memenangi hati 3,031 atau satu pertiga daripada keseluruhan 8,999 pengundi di kawasan itu.

Bagi BN pula, selain terus mempertahankan kerajaan Pahang yang didakwa bakal muflis ekoran kelemahan dalam Laporan Audit Negara, mereka melihat ada lompong lain yang perlu diisi, iaitu menjaga hati pengundi.

Justeru tidak hairan, tanpa ceramah berapi-api, semalam Timbalan Menteri Beliau dan Sukan Datuk Razali Ibrahim hanya turun untuk bermain futsal dengan sekumpulan remaja kampung.

Menurutnya, pendekatan itulah yang dimahukan anak muda yang mewakili 38 peratus daripda keseluruhan pengundi. Beliau juga berpendapat taktik PAS yang terlalu banyak menyerang Felda mungkin memakan diri.

Bagaimanapun, paling dibimbangi, pertembungan harmoni yang diharapkan kedua-dua calon Syed Ibrahim Syed Ahmad daripada BN dan Hassanuddin Salim daripada PAS mungkin mengundang lebih banyak taktik kotor di penghujungnya.

Sebagai contoh, selepas, memasuki hari kelima, Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa 22 kain rentang dan pemidangnya diturunkan manakala berpuluh-puluh bendera lagi didakwa menjadi mangsa.

Dalam pusingan kedua ini, hanya satu pilihan yang tinggal,BN harus mempertahankan 1,615 majoriti undi yang diperoleh dalam pilihan raya umum lalu. Dan Penentunya masih pada undi peneroka Felda yang dilihat mudah digoda dengan sentimen berbanding kelantangan dan kefasihan berhujah.

2 March 2011

Antara Fatwa Songsang Nik Aziz

Pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang bulan lalu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan didakwa mengeluarkan fatwa bahawa undi Umno akan jadi jahiliah.

Malah sebelum ini PAS turut didakwa mengeluarkan pelbagai fatwa termasuk undi PAS boleh masuk syurga; diharamkan makan daging binatang ternakan yang disembelih orang Umno; sesiapa yang menentang PAS beerti menentang Islam kerana Islam itu PAS dan PAS itu Islam; menuduh kerajaan BN kafir kerana tidak menjalankan hukum Allah s.w.t dan membuat tuduhan bahawa kerajaan Malaysia memisahkan agama dari politik dan dengan itu menjadi kafir.

Media ramal DUN Sarawak dibubar 19 Mac, undi 9 April

KUALA LUMPUR, 2 Mac — Spekulasi semakin kencang dengan desas-desus terbaru mengatakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan pertengahan bulan ini bagi membuka ruang kepada pilihan raya negeri yang ke-10.

Barisan Nasional (BN) Sarawak akan mengadakan konvensyen negeri Sabtu ini dan ia dilihat sebagai petanda jelas pembubaran akan menjadi kenyataan bulan ini selepas spekulasi mengenainya bermula kira-kira setahun lalu.

Kini BN memberi tumpuan ke atas dua pilihan raya kecil serentak di Semenanjung dengan hari pengundian berlangsung Ahad ini.

Laporan The Star hari ini menyebut DUN Sarawak akan dibubarkan pada 19 Mac dan kemungkinan hari pengundian pula 9 April.

Mandat semasa hanya akan berakhir 23 Julai ini sementara Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud terus dengan gaya beliau membiarkan orang ramai membuat spekulasi demi spekulasi mengenai kemungkinan tarikh pembubaran.

Laporan The Malaysian Insider sebelum ini memetik sumber berkata kepimpinan BN pusat yang mengadakan mesyuarat bulan lalu menjangkakan pilihan raya negeri, yang menawarkan 71 kerusi, akan diadakan awal April.

Menurut laporan akhbar itu hari ini menyebut DUN akan dibubarkan pada 19 Mac manakala penamaan calon diadakan pada 2 April dan disusuli dengan tarikh pengundian 9 April.

Akhbar itu memetik Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak Tan Sri Dr George Chan berkata, “sebarang tarikh sebelum Julai mungkin.”

“Ketua Menteri telah meminta kami agar bersedia. Dan kami sudah pun bersedia,” katanya yang juga Timbalan Ketua Menteri.

Setiausaha Agung BN Sarawak Stephen Rundi berkata, jika pilihan raya hendak diadakan pada 9 April, BN “sudah bersedia untuk bertarung.”

“Sebenarnya saya tidak tahu-menahu tarikh pembubaran. Ia bergantung pada Ketua Menteri bila hendak memanggil pilihan raya tetapi kami sudah bersedia,” katanya.

Bagaimanapun Setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen tidak mahu membuat spekulasi mengenai tarikh pilihan raya.

“Kami akan melakukan yang terbaik dan kami bersedia sepenuhnya dan bertanding habis-habisan,” katanya lagi.

Setiausaha Agung Parti Nasional Sarawak Stanley Jugol percaya pilihan raya akan diadakan April ini.

“Kami sudah meramalkan pilihan raya tidak akan diadakan lewat daripada bulan April. Kami sudah bersedia untuk menghadapinya jika ia diadakan,” katanya lagi.

Pilihan raya negeri terakhir diadakan pada 2006 dengan DUN dibubarkan pada 24 April manakala penamaan calon 9 Mei dan pengundian 20 Mei.

Pada 25 Februari lalu, Taib berkata BN Sarawak sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya negeri dan senarai nama calon juga telah diterima.

“Sudah... sudah, kita (BN) sudah bersedia, calon pun sudah ada, saya tidak boleh umumkan nama calon sekarang,” katanya.

Pada pilihan raya negeri yang lepas BN menguasai 63 kerusi.

Sindiket Ah-Long Tumpas di Keningau Sabah

Tujuh Ah-Long ditangkap di keningau Sabah semalam. Pengkapan pada pukul 10.30 pagi di sebuah premis di Pekan Keningau termasuk lima wanita dan dua lelaki berumur antara 20-31 tahun.

Operasi pinjaman tidak berlesen itu dipercayahi dikendalikan oleh seseorang yang berasal daripada Semenanjung Malaysia.

Pihak polis telah menyita 279 buku bank berserta 301 kad ATM.

Dipercayahi sindiket tersebut memberikan pinjaman antara 1000-5000 dengan kadar bunga 64 peratus setahun. Apabila seseorang meminjam 1000, maka sipeminjam ada dapat 830, dan bayaran balik sebanyak 130 sebulan untuk setahun.

OKB juga difahamkan, bahawa kawasan Segama, Sinsuran dan Kg Air Kota Kinabalu, terdapat hampir 50 premis serupa.

Persoalannya, kenapakah perkhidmatan Ah-Long masih mendapat sambutan? pihak perkhidmatan perbankkan kita mesti mencari puncanya.

1 March 2011

Membangun Kota Belud

Datuk Rahman Dahlan (Baju Hitam) Datuk Musbah, Datuk Timbun dan Pegawai Daerah Kota Belud.
Daerah Kota Belud terletak di Pantai Barat Utara Negeri Sabah, adalah di unjuran kaki Gunung Kinabalu - gunung yang tertinggi di Asia Tenggara, mengarah ke Utara dan lembahnya dibatasi Laut Cina Selatan.

Daerah Kota Belud mempunyai keluasan 1,385.6 km persegi dan terdiri daripada 168 buah kampung. Ia belum lagi termasuk Pekan Nabalu yang kini telah diletakkan dibawah pentadbiran daerah Kota Belud dan di dalam kawasan perkadaran Majlis Daerah Kota Belud.

Daerah Kota Belud dikelililingi beberapa daerah lain yang bersempadan dengannya, seperti Tuaran, Kota Marudu dan Ranau. Kedudukan daerah Kota Belud yang strategik, menjadi persinggahan utama ke daerah-daerah di Bahagian Pantai Barat Utara, seperti Kota Marudu, Pitas, Matunggong, Banggi dan Kudat. Dengan sempurnanya By-pass Kota Belud / Ranau yang melalui di Kawasan N.7 Kadamaian, telah memendekkan dan memberi keselesaan perjalanan ke Ranau tanpa bersusah payah melalui daerah Tuaran mahupun Tamparuli.

Petikan asal bahasa Kaum Bajau. KOTA bermakna KUBU PERTAHANAN, dan BELUD bermakna BUKIT. Makanya, Kota Belud diertikan sebagai KUBU PERTAHANAN DI ATAS BUKIT.

Menurut cerita dari mulut ke mulut, bahawa pada zaman silam, sebelum adanya badan pemerintah, sering berlaku permusuhan antara kaum dan antara kampung. Demi memperkukuhkan pertahanan masing-masing, mereka terpaksa mencari tempat untuk bertahan daripada serangan musuh. Justeru itu, kaum Bajau telah memilih sebuah bukit sebagai kota (kubu) mereka, dan kubu pertahanan itu, dikenali sebagai Kota Belud. Setelah tibanya zaman pemerintah dan berlaku pembahagian daerah di Negeri Sabah, maka daerah ini dikenali dengan rasminya sebagai daerah Kota Belud. Sejak itu, bukit tersebut yang juga dikenali sebagai Bukit Perintah, telah dibangunkan sebagai Pusat Pentadbiran daerah dan sehingga kini menempatkan beberapa bangunan kerajaan lain, termasuklah bangunan rumah bekas Pegawai Daerah, yang kini telah dijadikan sebahagian dalam kawasan Rekreasi Taman Tun Said.

Berasaskan kepada potensi Kota Belud sepertimana yang disebutkan pada awal tulisan ini- selain Kota Belud boleh menjadi pusat persingahan untuk tujuan pelancongan, ianya juga boleh menjadi pusat perkilangan.

Kota Belud adalah daerah penghubung bagi daerah utara Sabah, dan letaknya pun hanya 40 minit perjalan dengan kenderaan ke ibu kota negeri Sabah, Kota Kinabalu.

Daerah Kota Belud meempunyai persisir pantai yang indah dan terpanjang di Malaysia. Selain itu, kawasan lapangnya sesuai dibina lapangan terbang antarabangsa, bagi menggantikan lapangan terbang Kinabalu yang sukar diperbesarkan lagi kerana masalah alam sekitar dan keterhadan tanah.

Suatu hari kelak, Kota Belud boleh seeperti Sepang di Selangor, di mana KLIA beroperasi.

Untuk itu sesuai lah saranan Wakil Rakyat Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan, agar semua pihak mengembeling tenaga, termasuk NGO dan media untuk memperkenalkan potensi Kota Belud.

28 February 2011

Ali Rustam bedal Pakatan

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ahli Rustam meneruskan serangan ke atas Pakatan Rakyat dengan mengatakan gabungan tiga parti itu “hipokrit” kerana mengamalkan “sistem dinasti” dalam kepimpinan.

Sambil mempertahankan pelantikan ahli jawatankuasa Umno Jasin sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Mohd Ali berkata, kepimpinan Pakatan Rakyat mengamalkan “sistem dinasti” yang lebih teruk daripada BN.

“Mereka (Pakatan Rakyat) kata Roslan (Ahmad) dipilih (sebagai calon) kerana dia anak (Allahyarham) Datuk Ahmad Ithnin, dulu bapa jadi calon sekarang anak pula jadi calon.

“Saya nak cakap sudah 32 tahun baru anak jadi calon tapi (Datuk) Nik Abdul Aziz (Nik Mat) sudah 22 tahun (perintah Kelantan) tapi dia punya anak sudah jadi guru besar.

“(Datuk Seri) Anwar Ibrahim, bini (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) juga Ahli Parlimen tapi itu dulu, sekarang anak dia (Nurul Izzah) juga Ahli Parlimen, Karpal Singh (Pengerusi DAP kebangsaan) juga Ahli Parlimen... anak dia Gobind Singh juga Ahli Parlimen, Lim Kit Siang (Penasihat DAP) juga Ahli Parlimen dan anak dia (Lim Guan Eng) juga Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

“Ini tak ada kena-mengena dengan ibu bapa, dia (Roslan) boleh buat kerja sebab itu kita pilih. Kalau DAP, PKR dan PAS cakap kita dia lagi banyak pegang,” katanya pada majlis makan malam bersama masyarakat Tionghoa di Kampung Chinchin di sini malam tadi.

Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berkata pemilihan Roslan sebagai calon BN adalah berdasarkan merit dan bukan kerana faktor beliau anak bekas wakil rakyat di situ.

Ahmad merupakan bekas Ahli Parlimen Jasin (dahulu dikenali Melaka Utara) dan bekas Adun Sungai Rambai.

Roslan juga adalah anak saudara bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abu Zahar Isnin (adik Allahyarham Ahmad Ithnin). DUN Merlimau adalah pecahan daripada DUN Sungai Rambai ekoran persempadanan semula pada 1994.

Selain itu, Mohd Ali juga mendakwa Pakatan Rakyat sebagai “hipokrit” kerana berhasrat untuk menggantikan BN yang telah memerintah negara selama 53 tahun.

“Mereka (Pakatan Rakyat) kata Umno sudah lama, MCA sudah lama dan MIC juga sudah lama jadi patut kena tukar.

“Tapi mereka punya lagi lama, parti lama, dia punya orang lagi lama. Tengok Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan), sudah lama tapi tak mahu turun... nak naik sahaja tapi kalau kita dia marah,” katanya.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara Roslan dan calon PAS Yuhaizat Abdullah, Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.

Mohd Ali yang juga Pengerusi Umno Melaka berkata kerajaan pimpinannya memberi jaminan akan sentiasa memberikan bantuan termasuk kewangan kepada rakyat di negeri itu.

“BN tak pernah cakap bohong, apa kita cakap kita akan buat. PAS mahu perintah Melaka tapi dia punya jamban juga tak boleh pakai.

“Mereka (Pakatan Rakyat) kata kita tak tolong sekolah Cina tapi Anwar Ibrahim berapa banyak dia tolong? Habis dia kata MCA dan BN tak ada tolong Cina, Anwar Ibrahim ada tolong? Kita duduk sini nak gembira tapi dia datang kacau kita,” katanya.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti undi 2,154.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels