24 March 2011

Erra Fazira: Saya masih isteri Emran

KUALA LUMPUR, 24 Mac — Aktres dan penyanyi jelita, Erra Fazira, 37, ternyata terkejut apabila mendapat tahu tentang gosip terbaru berhubung rumah tangganya yang mula diperkatakan kembali, lapor akhbar hari ini.

Terbaru, Erra dikatakan sudah tidak lagi tinggal sebumbung dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 36.

Malah, berita juga mula tersebar mengatakan bekas Ratu Cantik Malaysia itu kini hidup bermadu.

“Tiada alasan untuk saya melenting atau melatah dengan kisah terbaru yang saya dengar ini.

“Apa yang boleh saya katakan semua ini tidak betul dan saya anggap ia merupakan kisah lucu,” kata Erra dipetik Utusan Malaysia hari ini.

“Saya masih isteri Emran dan dia tetap pulang ke rumah seperti selalu. Saya juga menganggap perkara ini adalah satu putaran dalam kehidupan seorang artis yang tidak terlepas daripada dicuit dengan berita sebegini,” katanya sambil menambah:

“Hakikatnya, saya sudah bersedia untuk berdepan dengan situasi seperti ini sejak mendirikan rumah tangga.”

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek berkata demikian kepada pemberita pada selepas merasmikan pelancaran mutiara terbaru keluaran Rafflesia The Pearl Centre, Primadona Classic semalam.

Sebelum ini, rumah tangga pelakon yang mula menempa nama menerusi filem Sembilu pada tahun 1994 itu juga menjadi bualan apabila Engku Emran dikatakan menjalin hubungan dengan seorang wanita yang merupakan teman sekerjanya di Bernama TV.

Erra dan Engku Emran yang juga Ketua Pegawai Eksekutif saluran berita di Bernama TV itu mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2007.

Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan dengan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang berusia hampir dua tahun.

23 March 2011

Siapa Datuk T? Dato Shazril Eskay Abdullah is the Datuk T ??!

Maklumat daripada blog http://edyesdotcom.blogspot.com/ OKB copy paste je!!

1. Who is Dato T?

He is Dato Eskay.

The guy who sue Dato Yahya Jalil on Jambatan Bengkok.Now case in High Court.

2. Who book hotel room at Carcosa?

RISDA.

3. Who is the Chairman (of RISDA) ?

Tan Sri Rahim Tamby Chik.

4. Is the police involve?

I am not sure.

But the police officer invite Johari MP for Sungai Petani to Hotel Flamingo Ampang to view the Video. The IGP must come clean of this.Otherwise the police credibility at stake.

5. Who is the other guy at Hotel Flamingo?

Dato Shuib Lazim.

He try to convince Johari to leave PKR.They promise him million.

WHO ARE THESE INDIVIDUALS?

Datuk Shazryl Eskay Abdullah

BACKGROUND:
".... Shazryl Eskay Abdullah, the plaintiff in the case had filed the suit in January 2002, claiming a breach of contract by defendants — Merong Mahawangsa Sdn Bhd and Datuk Yahya A. Jalil — for failing to pay him RM20 million after he had procured the project for them.

In the statement of claim, the plaintiff stated that Yahya, who is the executive director and major shareholder of Merong Mahawangsa, had enlisted his help to procure the project from the government and to secure a RM640 million foreign fund for the project.He claimed that the second defendant had sought his help for his "discretion and good relations" with the government.Shazryl said the second defendant suggested a RM20 million remuneration for his services, which has not been paid...."

22 March 2011

Gara-gara Video lucah Anwar: Unit Khas terpaksa ditubuh

PUTRAJAYA, 22 Mac — Satu unit khas akan ditubuhkan bagi meneliti laporan polis yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung satu video seks, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Unit itu bertanggungjawab terus dengan Ketua Polis Negara,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas tuduhan Anwar bahawa ia didalangi kerajaan.

“Saya telah mengarahkan Ketua Polis Negara supaya lebih profesional, telus dan secara menyeluruh,” katanya.

Hishammuddin berkata perkara itu akan dibawa ke peringkat Bukit Aman kerana ia dianggap sebagai kes berprofil tinggi dan kepentingan awam.

Anwar membuat laporan di ibu pejabat polis Dang Wangi di sini berhubung video yang telah dipertontonkan kepada beberapa wakil media di Carcosa Seri Negara semalam.

Dalam laporan itu, di mana salinan diedarkan kepada media, Anwar menafikan penglibatannya dalam video lucah itu.

“Sementara itu, beliau boleh menuduh sesiapapun tetapi pada akhirnya, kita hanya mahukan kebenaran,” katanya.

Satu kumpulan yang enggan dikenali mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks.

Kumpulan itu, yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T, berkata mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu ini.

Hishammuddin ditemui selepas “Penerimaan Petisyen Berkaitan Ratifikasi” Protokol Pilihan kepada konvensyen mengenai hak kanak-kanak, penjualan kanak-kanak, pelacuran dan porografi kanak-kanak di sini. — Bernama

21 March 2011

Turut Belasungkawa:Bonda Yang di-Pertuan Agong mangkat

KLANG, 21 Mac — Bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bahriya Sultan Alam Shah mangkat di Hospital Seri Kota di sini pada pukul 1.22 pagi ini.

Jenazah almarhum dijangka dibawa pulang ke Kuala Terengganu pada pukul 10 pagi ini melalui Pangkalan Udara Tentera Diraja Malaysia Subang, kata Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong Datuk Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan hari ini. — Bernama

20 March 2011

AS, Eropah kecuali Jerman Bergabung Serang Libya

BENGHAZI, Libya: Amerika Syarikat (AS) dan Eropah membentuk gabungan bagi melakukan serangan ke atas pertahanan Presiden Muammar Gaddafi dan pasukan udaranya dengan peluru berpandu dan serangan udara pada Sabtu, melancarkan tindakan ketenteraan antarabangsa terbesar sejak perang Iraq.

Pemimpin Libya sejak sekian lama itu bersumpah untuk mempertahankan negaranya daripada apa yang digelarkan "pencerobohan salibi" dan memberi amaran bahawa penglibatan kuasa antarabangsa akan mendedahkan rantau Mediterranean dan Afrika Utara kepada bahaya dan meletakkan nyawa orang awam dalam risiko.

Pasukan tentera AS berkata, 112 peluru berpandu Tomahawk dilepaskan daripada kapal laut dan kapal selam Amerika dan British ke atas lebih 20 sasaran di persisiran pantai bagi memberi laluan kepada peronda udara menghalang pasukan udara Libya daripada melakukan penerbangan.

Jet pejuang Perancis melepaskan tembakan serentak pertama, diikuti beberapa serangan di kawasan pemberontak di Timur.

Presiden Barack Obama berkata, tindakan ketenteraan itu bukan pilihan pertamanya dan mengulangi pendiriannya untuk tidak menghantar tentera darat AS ke Libya.

"Ini bukan hasil rundingan yang AS atau mana-mana rakan sekutu kami inginkan," kata Obama dari Brazil, di mana beliau memulakan lawatan selama lima hari ke Amerika Latin. "Kita tidak boleh berdiam diri apabila si penzalim memberitahu rakyatnya tidak akan ada belas kasihan."

Ribuan penyokong rejim berpusu-pusu memenuhi kem tentera Bab al-Aziziya di Tripoli di mana Gaddafi menetap untuk berlindung. Senjata pemusnah pesawat dapat didengari melakukan serangan sepanjang malam di Tripoli.

Serangan tersebut yang bertujuan menguatkuasakan zon larangan terbang oleh PBB, merupakan rentetan akibat usaha pihak antarabangsa untuk menghalang Gaddafi selepas beberapa minggu rayuan oleh puak pemberontak yang mendapati kerugian besar apabila rejim itu melepaskan serangan besar-besaran menggunakan kehebatan serangan udara dan senjatanya.

Sementara pihak berkuasa pertahanan AS memberi amaran bahawa adalah terlalu awal untuk menjangkakan kesan akibat serangan hebat itu, namun ketepatan sasaran peluru berpandu kapal laut itu dijangka mampu memberi kemusnahan besar ke atas pertahanan udara Libya.

Gaddafi yang mentadbir Libya selama 41 tahun, ketika dalam temubual telefon bersama stesen televisyen Libya berkata, beliau membuka depoh senjata untuk membenarkan rakyatnya melindungi diri mereka. Beliau berkata, tindakan antarabangsa ke atas tenteranya tidak ada justifikasi, menggelarnya 'pencerobohan kolonial yang boleh mencetuskan peperangan berskala besar".

Beliau berkata, Majlis Keselamatan PBB dan komuniti antarabangsa bertanggungjawab untuk "menghalang serangan terang-terangan yang tidak adil ke atas negara berdaulat itu serta-merta".

Rejim beliau turut bertindak pantas dalam serangan balas itu dengan menghantar pesawat pejuang, kereta kebal dan pasukan tentera ke Benghazi, pusat pemberontak dan bandar pertama yang jatuh akibat pemberontakan yang bermula 15 Februari lalu. Tidak lama kemudian serangan kerajaan berhenti.

Gabungan serangan yang digelar Operasi Odyssey Down, ditubuhkan ekoran persidangan tergempar di Paris di mana 22 pegawai kanan dan pemimpin tertinggi bersetuju melakukan tindakan sewajarnya agar Gaddafi menghormati resolusi Majlis Keselamatan PBB pada Khamis, yang mengarahkan zon larangan terbang dan menuntut gencatan senjata, kata Presiden Perancis Nicolas Sarkozy.

"Konsensus kami kukuh dan azam kami jelas. Rakyat Libya harus dilindungi dan dengan kesukaran menamatkan keganasan terhadap orang awam dengan pantas, gabungan ini sudah bersedia untuk bertindak pada kadar segera," kata Obama sebelum itu. - AP

Jawapan Nik Aziz terhadap tulisan NST

Oleh : Ahmad Fadhli bin Shaari (20 Mac 2011)
Saya merujuk kepada artikel yang tersiar di muka 10, akhbar New Straits Time bertarikh 19 Mac 2011 yang bertajuk Nik Aziz’s Outlandish Edicts (Fatwa Pelik Nik Aziz). Saya kira penulis artikel tersebut Azmi Anshar berniat jahat dengan tujuan menjatuhkan kredibiliti al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan sewaktu menulis artikel yang sebahagian besarnya mengandungi unsur-unsur prejudis terhadap Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

Dari para pertama lagi, penulis menampakkan kedangkalannya apabila menyentuh berkenaan dengan gesaan YAB Tuan Guru supaya wanita Kelantan berpakaian sopan dan menutup aurat. Penulis menyifatkan gesaan ini sebagai seemingly denuded women of their long-held rights to dress, appear and behave as they always had in Malaysia (kelihatan menafikan hak wanita selama ini yang bebas untuk berpakaian, muncul di khalayak dan menampilkan diri sebagaimana kebiasaan wanita di Malaysia). Hairan sekali, apabila seorang penulis yang namanya mencerminkan dirinya sebagai seorang muslim boleh mempertikaikan apa yang disebut oleh Menteri Besar Kelantan itu. Sedarkah penulis, bahawa pakaian menutup aurat bukannya difardhukan oleh Nik Aziz, apa lagi Muhammad SAW, bahkan ia merupakan kefardhuan daripada Allah SWT. Tidak malukah penulis sebagai seorang muslim mempertikaikan kata-kata Menteri Besar Kelantan itu dalam keadaan dirinya masih merupakan seorang yang bersyahadah ; bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah?

Perlu diingatkan, bermula tahun 1990, Tuan Guru Nik Abdul Aziz hanya menyebut isu aurat sebagai satu teguran kepada rakyat dan juga kakitangan wanita yang bekerja, tidak pernah ada satu tangkapan yang dibuat terhadap mereka yang tidak menutup aurat sehinggalah pada tahun 2005, barulah diperkenalkan kod berpakaian dan dikenakan denda kepada mereka yang melanggarnya. Adakah ini merupakan satu perkara yang pelik sehingga dianggap fatwa pelik oleh Azmi Anshar?

Sedarkah Azmi bahawa di Amerika Syarikat sendiri pada hari ini, fesyen berseluar londeh dan mendedahkan pakaian dalam juga telah dilarang demi memastikan keamanan dan ketenteraman awam. Tidakkah itu juga merupakan satu fatwa pelik? Atau Azmi Anshar ingin berkata bahawa PAS juga wujud di Amerika? (sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0830&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_08.htm) Demikian juga di China, pakaian seksi sehingga menggangu mata orang lain juga turut dilarang di atas alasan menjaga ketenteraman awam. (sumber : http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/3621864.stm) Apa jawapan Azmi Anshar terhadap langkah kedua-dua negara ini?

Artikel ini juga bagi saya penuh fitnah terhadap dasar Membangun Bersama Islam yang diperkenalkan di Kelantan. Seolah-olah kerana dasar inilah wanita di Kelantan ditindas. Barangkali Azmi Anshar ini seorang penghuni gua yang baru keluar melihat cahaya. Sedarkah beliau bahawa di Kelantanlah, golongan wanita dibela dengan pelbagai dasar kebajikan yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri. Di sini terdapat skim perlindungan kepada armalah, cuti wanita bersalin selama 60 hari, penggalakan wanita yang bekerja di kilang-kilang agar diberikan shif bekerja pada waktu siang sahaja, perlantikan Senator daripada kalangan wanita dan juga perlantikan penghulu khas untuk golongan wanita. Semuanya ini merupakan cetusan perubahan yang dimulakan oleh kerajaan yang menindas wanita seperti yang digambarkan oleh penulis Azmi Anshar. Dan jangan lupa, di saat cuti dua hari seminggu yang dinikmati oleh kakitangan awam di seluruh negara pada hari ini termasuklah golongan wanita, ia bermula di negeri Kelantan yang mana Doctor In The House itu pernah melabelnya sebagai budaya pemalas!

Azmi Anshar juga mempertikaikan soal calon wanita yang bertanding mewakili PAS pada hari ini sebagai satu perubahan terhadap fatwa pelik Nik Aziz. Kasihan sungguh apabila beliau tidur selama dua dekad sehingga gagal untuk melihat punca wanita tidak digalakkan bertanding sekitar tahun 1970an – 1990an. Sedarkah Azmi Anshar, parti yang pertama meletakkan calon wanita ialah PAS melalui calonnya Khatijah Sidek yang bertanding di kerusi Dungun, Terengganu pada tahun 1955. Pada waktu itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz masih berada di luar negara dan masih belum mengeluarkan pandangannya (atau dalam istilah Azmi Anshar sebagai fatwa pelik).

Apa yang menyebabkan golongan wanita agak terkebelakang satu ketika dahulu ialah kerana permainan politik kasar UMNO yang menggunakan politik ala samseng dengan pemuda tahan lasaknya dan lain-lain. Senario ini meletakkan ahli politik terutama dari pembangkang seperti PAS dalam keadaan bahaya dan ini tidak sesuai untuk dipikul oleh golongan wanita. Lupakah kita kepada tragedi yang berlaku kepada Allahyarham Abdul Samad Gul, ahli parlimen PAS yang mati dibunuh satu ketika dahulu? Lupakah kita kepada insiden-insiden berdarah yang menimpa penceramah-penceramah PAS satu ketika dahulu? Hari ini, senario tersebut beransur reda dan wanita dibenarkan kembali untuk berada di pentas politik ekoran keselamatannya yang sudah agak terjamin berbanding sebelum ini. Azmi Anshar perlu sedar, polisi tersebut bukannya satu fatwa, tetapi pendirian sementara mengikut senario semasa. Sepatutnya Azmi Anshar lebih fokus kepada agama yang diperalatkan oleh UMNO yang hanya bersifat sementara. Islam Hadhari sebagai contoh, di longkang mana ia dicampakkan pada hari ini setelah ia dijulang bagaikan ratib wajib satu ketika dahulu?

Melabelkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai anti wanita ialah satu tuduhan songsang yang sangat tersasar. Jangan dilupa cadangan Tuan Guru agar diberikan peluang kepada Muslimat PAS menjawat jawatan sebagai Naib Presiden PAS beberapa tahun yang lampau. Bolehkah UMNO membuka pintunya seluas itu? Tentu sekali tidak, kerana jawatan dalam parti UMNO umpama lubuk yang boleh menjanjikan seribu satu projek dan tender.

Azmi Anshar tidak berjaya membuktikan apa-apa melalui tulisannya, hanya sekadar memenuhi separuh muka surat akhbar NST dengan satu tulisan sampah yang tidak mempunyai apa-apa nilai. Sekian.

- Penulis ialah Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan.

komen OKB: Asas Umno dan pemimpinnya untuk melakukan hujah.

18 March 2011

Calon BN: Winnable Candidate dan anak tempatan

Perdana Menteri DS Najib telah mencanangkan bahawa syarat utama calon BN pada PRU-13 akan datang adalah calon yang dianggap "winnable candidate" dan anak tempatan.

Bagi kawasan Kot Belud, semua penyandang ADUN adalah anak tempatan, keculai ahli parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahalan, yang berasal daripada Tuaran.

Pada PRU-12 lalu, satu kejutan berlaku, apabila Rahman Dahalan dipilih bertanding bagi parlimen Kota Belud.

Sekiranya kretiria yang dicanangkan oleh Perdana Menteri itu, menjadi pra-syarat pemilihan calon yang mewakili BN, maka secara automatik, penyandang MP Kota Belud yang ada sekarang, akan memberi ruang kepada calon anak tempatan yang dianggap winnable candidate.

Jika dilihat daripada segi parti-Ketua Bahagian Umno Kota Belud sekarang, Datuk Salleh Tun Said mempunyai kretiria sebagai winnable candidate dan anak tempatan. Salleh boleh menang dengan mudah apakah diperingkat ADUN atau parlimen.

Jika Salleh bertanding diperingkat ADUN, sudah tentunya di kawasan asalnya Usukan. Jika demikian percaturannya, maka penyandang ADUN Usukan dua penggal-Datuk Japlin Akim, kemungkinan bertanding diperingat parlimen? ataupun dipersarakan?.

Bagi ADUN Tempasuk- ada banyak kemungkinan berlaku. Jika kesepakatan sebelum ini mengenai formula 2:1:1, maka kemungkinan Tempasuk akan ditandingi oleh suku Iranun. Individu yang mempunyai kretiria sepertimana pra-syarat Perdana Menteri, yakni winnable candidate dan anak tempatan- ada kemungkin speaker dewan rakyat sekarang-Tan Sri Pandikar akan menjadi pilihan.Persoalannya-apa akan jadi dengan penyandang ADUN sekarang Datuk Musbah Jamli?. Musbah adalah pemimpin akar umbi yang sukar diketepikan.

Ini lah senario yang akan berlaku di Kota Belud pada PRU-13 akan datang. Apa-apapun, siapa yang akan bertanding di Kota Belud baik ADUN atau Parlimen, akan tergantung pada syor Bahagian Umno Kota Belud dan seterusnya dipertimbang oleh Umno Negeri sebelum dikemukakan kepada Presiden Umno-DS Najib.

Isu Al Kitab: Pandangan Mufti Perak perlu diambilkira

KUALA LUMPUR, 18 Mac — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria memberi amaran keputusan Putrajaya untuk melepaskan naskhah kitab Injil yang ditahan Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Klang dan Kuching akan membawa kepada rasa tidak puas hati dan kemarahan orang umat Islam.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Harussani berkata beliau bimbang umat Islam akan bangkit menentang keputusan itu dan menyebabkan lebih banyak ketegangan dalam situasi semasa yang dilihat sangat sensitif.

“Saya takut, apa pun boleh berlaku di sini. Orang tidak gembira dan apa jua boleh berlaku,” kata beliau lagi.

Harussani berkata beliau telah berusaha untuk berhubung dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak mendengar keputusan itu Selasa lalu bahawa kerajaan telah memutuskan untuk memenuhi gesaan pemimpin-pemimpin Kristian dan beberapa parti politik agar melepaskan Al Kitab, dalam Bahasa Malaysia, yang ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri.

“Tetapi, saya tidak dapat bercakap dengan beliau (Najib) dan pembantu beliau juga tidak dapat menawarkan saya dengan sebarang maklumat,” katanya lagi.

Masyarakat Kristian dan Islam negara ini terlibat dalam ‘rebutan’ berkaitan dengan penggunana kalimah Allah sejak beberapa tahun lalu dan ia berakhir dengan kes mahkamah di mana pada akhir 2009 keputusannya memihak kepada gereja Katolik yang menerbitkan akhbar The Herald.

Bagaimanapun Peguam Negara membuat rayuan dan ia masih di peringkat Mahkamah Rayuan.

Umat Islam menganggap kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh mereka.

Bagaimanapun penganut Kristian pula berhujah ia adalah perkataan Arab yang turut digunakan oleh pengiut agama lain termasuk Yahudi bagi merujuk kepada Tuhan, termasuk di negara-negara Arab dan Indonesia.

Harussani berkata, tidak kira sama ada isu itu masih didengar di mahkamah atau sebaliknya, kalimah Allah hanya harus digunakan oleh umat Islam dan eksklusif bagi mereka.

Harussani juga berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara pada 25 Mac ini untuk membincangkan perkara tersebut dan berusaha memujuk pihaknya agar menghentikan pelepasan naskhah Al Kitab.

“Saya juga akan cuba bertemu dengan Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri. Saya akan bercakap dengan mereka,” katanya lagi.

Harussani menambah, beliau tiada pilihan memandangkan berhadapan dengan tekanan daripada masyarakat Islam untuk menghentikan naskhah-naskhah itu daripada dikeluarkan.

“Sejak diumumkan tentang pelepasan (naskhah Al Kitab), saya menerima SMS demi SMS. Umat Islam memberitahu saya yang mereka marah dan mereka bertanya saya, mencabar saya ... apa yang hendak dilakukan?

“Disebabkan saya selalunya lantang dalam isu-isu ini, jadi apa yang perlu saya lakukan? Saya akan cuba bertemu dengan kementerian,” katanya lagi.

Harussani berkata umat Islam tidak menentang penggunaan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia, tetapi hanya perkataan Allah yang digunakan sebagai pengganti kepada Tuhan.

“Alasan kami mudah. Islam adalah agama rasmi di negara ini dan Allah, dalam al-Quran, didefinisikan sebagai “Yang Maha Tunggal’, yang bermakna satu-satunya Tuhan,” kata beliau lagi.

Harussani berkata meskipun kementerian membenarkan pelepasan dengan dua syarat tetapi tiada jaminan bahawa naskhah-naskhah itu tidak akan sampai ke tangan Muslim.

“Apa jaminan yang mereka ada? Apa jaminan yang mereka ada bahawa mereka (masyarakat Kristian) tidak akan menyebarkannya kepada Muslim?

“Mereka akan berkata, oh, kami tidak memaksa mereka (Muslim) untuk mengambil kitab itu, mereka sendiri akan mengambil. Jadi mengapa mencetuskan masalah ini?” katanya lagi.

Selasa lalu, kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran dan pengedaran secara terhad dan terkawal kitab Injil dalam Bahasa Malaysia, yang ditahan di Pelabuhan Kuching Sarawak, dan Pelabuhan Klang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata langkah kerajaan itu adalah selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan kitab itu mesti dicop dengan tag “Untuk Penganut Agama Kristian sahaja”.

“Sejak peruntukan undang-undang itu digunakan pada tahun 1982, tiada sebarang masalah atau isu yang timbul dengan pelaksanaannya,” katanya.

Selain itu, Idris berkata kajian teliti oleh Jabatan Peguam Negara juga mendapati pengeluaran kitab-kitab itu tidak akan menggangggu dalam prosiding mahkamah berkaitan penggunaan kalimah Allah.

“Oleh itu, dalam konteks berikut Kerajaan telah dapat secara amnya mengeluarkan kitab Injil tersebut,” katanya.

17 March 2011

Isu ALKITAB: Tiba masanya pemimpin Umno-Pas bersatu

Tiba masanya Umno dan Pas bersatu. Agama islam telah tercabar. Jika sebelum ini belum pernah berlaku, mempersendakan agama islam dalam negara kita. Bermula dengan tuntutan penggunaan kalimah Allah. Jika sebelumnya agama kristian menterjemahkan perkatan GOD dengan ejaan ALAH, termasuk di Indonesia, namun kini, di Malaysia terjemahan GOD telah menggunakan ejaan ALLAH, yang lazimnya digunakan oleh umat islam bagi merujuk Tuhan Yang Maha Kuasa.

Kini terjemahan Injil menggunakan bahasa Melayu dengan di mana kata God telah diterjemahkan sebagai ALLAH, bukan sahaja mencabar kewibawaan agama islam, malah telah memerlekeh kepimpin Negara yang beragama islam, termasuk ke Bawah Duli SPB Agong.

Tergamak kah para pemimpin UMNO dan PAS membiarkan kejadian ini berlaku? Lupakan sengketa politik, bersatu lah demi agama dan negara.

16 March 2011

Cara SPRM Tahan Teoh Beng Hock tak munasabah: Hakim James Foong

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock menyifatkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak membenarkan pembantu politik tersebut pulang selepas rakaman percakapannya dirakamkan sebagai perbuatan yang ‘tidak munasabah’.

Apatah lagi menurut Pengerusi suruhanjaya, Tan Sri James Foong Cheng Yuen kehadiran Teoh di pejabat badan berkecuali tersebut bukanlah sebagai seorang suspek, sebaliknya sebagai saksi yang bersetuju untuk memberikan kerjasama dalam penyiasatan yang dijalankan.

Bagaimanapun, pendirian itu tidak dipersetujui oleh Pemangku Penolong Pesuruhjaya SPRM Selangor, Hairul Ilham Hamzah kerana berpandangan SPRM tidak pernah berniat untuk menahan atau melengah-lengahkan pembebasan Teoh.

Menurut Hairul Ilham, rakaman percakapan Teoh yang dimulakan pada selepas pukul 12 tengah malam, 16 Julai 2009 merupakan satu prosedur biasa yang diguna pakai oleh SPRM dan tidak menyalahi peruntukan undang-undang.

“Saya rasa dalam siasatan SPRM adalah sesuatu yang normal untuk kita memanggil saksi pada tengah malam,” tambah beliau yang dipanggil sebagai saksi ke-22 pada prosiding Selasa.

Selain itu, Hairul Ilham yang mengeluarkan arahan supaya Teoh tidak dibenarkan balik selepas selesai urusan semakan dokumen juga memberitahu, keterangan seorang saksi perlu dirakamkan dengan secepat mungkin.

“Saya tidak mahu Teoh untuk memberikan keterangan yang difikirkan semula (after thought) iaitu keterangan yang direka-reka,” kata beliau.

Pada keterangan lain, saksi yang disoal oleh pegendali suruhanjaya, Awang Armadajaya Awang Mahmud juga menafikan bahawa beliau tidak mengambil berat akan kebajikan Teoh semasa mendiang berada di pejabat SPRM.

“Saya selalu fikirkan tentang kebajikan. Tetapi dalam kes Teoh saya tidak mendapat sebarang makluman. Sekiranya ada masalah, pegawai-pegawai akan memberitahu saya,” katanya.

Mendengarkan jawapan saksi, James berkata: “Tetapi kamu sebagai seorang ketua seharusnya boleh menyemak, bertanyakan...” di mana Hairul Ilham berkata, beliau jarang berurusan secara terus dengan seorang saksi.

James seterusnya berkata amalan yang digunakan oleh SPRM amat berbeza daripada amalan agensi-agensi kerajaan yang lain yang pada kebiasaannya akan cuba untuk memudahkan urusan kerja.

James: SPRM tak buat begini... Susahkan dia. Tambahan pula dia bukan seorang suspek, dia adalah saksi.

Hairul Ilham: Itu adalah cara kita bekerja.

James: Saya ingin bertanya, adakah cara kerja ini perlu ditukar atau tidak? Adakah ini imej SPRM? Kamu sebagai seorang kakitangan mahukah imej begini?

Hairul Ilham: (saksi tidak memberikan jawapan dan hanya memandang ke hadapan).

James: Saya bangga dengan badan kehakiman. Kamu juga mesti mahukan perkara yang sama. Kamu sebagai seorang yang bekerja di sana mesti memberi cadangan kepada kami.

Sementara itu, seorang lagi anggota suruhanjaya, Datuk Abdul Kadir Sulaiman mempertikaikan bagaimana saksi boleh berpendapat majikan Teoh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah ada melakukan penyelewenggan sekiranya dokumen dokumen boleh diperoleh dari Pejabat Daerah.

Tambahan pula,Abdul Kadir menyifatkan bahawa jumlah yang disyaki oleh SPRM hanyalah satu jumlah ‘ikan bilis’ berbanding dengan kes kes lain yang melibatkan ‘jerung’.

“Saya ingin membuat penjelasan. Pada tahun 2008, SPRM ada membuat siasatan terhadap dua ADUN Barisan Nasional. Modus operandi yang digunakan adalah sama. Melihat dokumen tiada yang sangsi, tapi bila kita pergi lihat maklumat terperinci tidak dibuat pun,” jawab Hairul Ilham.

Pakar Perunding Psikiatri, Profesor Mohamed Hatta Shaharom yang turut menganggotai suruhanjaya seterusnya mempertikaikan jawapan saksi yang banyak memberi jawapan berbentuk andaian yang disifatkan sebagai ‘berbahaya’ dengan kedudukan saksi yang menjawat jawatan sebagai seorang pegawai.

Mohamed Hatta: Sepanjang lapan tahun kamu di situ, ada berapa kematian?

Hairul Ilham: Ini kali pertama.

Mohamed Hatta juga mempersoalkan sistem keselamatan bangunan pejabat tersebut apabila mendapat tahu bahawa laluan kecemasannya dikunci.

“Jika begini, tikus pun tak nak duduk di situ,”tambah Mohamed Hatta.

Suruhanjaya tersebut ditubuhkan untuk menyiasat kematian Teoh, 30,yang ditemui mati di luar koridor tingkat lima Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam, dekat sini pada 16 Julai 2009, iaitu beberapa jam selepas hadir di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 plaza sama.

Prosiding inkues yang dijalankan sebelum ini memberikan keputusan terbuka kerana tidak boleh memutuskan sama ada Teoh mati akibat membunuh diri atau pun dibunuh.

Prosiding suruhanjaya akan bersambung pada Rabu (Hari ini).

15 March 2011

Masih ada lagi rakyat daif

Sementara para pemimpin kita berlumba-lumba untuk membangunkan bandar, di mana bandar itu adalah sarang kepada pembangkang kerajaan, para pemimpin kita terlepas pandang bahawa masih ada lagi masyarakat daif yang sangat memerlukan bantuan para pemimpin dan kerajaan.

Masyarakat daif ini, merupakan simpanan tetap kerajaan setiap kali pilihanraya, namun tahun demi tahun, keadaan mereka tetap tidak terbela.

Apa yang yang boleh dilakukan oleh seorang wakil rakyat, kalau kerajaan tidak membantunya untuk mengatasi kedaifan masyarakat tersebut.

Lihat pada gambar, betapa daifnya penduduk yang terdapat di kampung Tapukan, Rampayan Laut Kota Belud. Wakil rakyat kawasan tersebut Datuk Haji Musbah Haji Jamli (dalam gambar)hanya dapat mengeluh, kerana bantuan PPRT, belum boleh menjangkau, penduduk ini. Mungkin tahun depan katanya. Peruntukan yang terhad dalam program PPRT, membantutkan pembasmian, rakyat yang daif.

Sudah tiba masanya, kerajaan melihat ini. Mungkin melalui program Agropolitan, Jelapang Padi, perikanan, membuka peluang, agar penduduk daif ini terkeluar daripada kedaifan.

14 March 2011

Pegawai ADUN (Terengganu) didapati salah kerana khalwat

KUALA TERENGGANU: Pegawai kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, yang ditahan dalam keadaan mencurigakan dengan seorang wanita warga Indonesia dihukum denda RM2,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Marang semalam, selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan berkhalwat awal pagi Jumaat lalu.

Md Din Jusoh, 52, beristeri dan mempunyai dua anak, membayar hukuman denda yang diperintahkan Hakim Syarie Shamsudin Ngah, manakala Dede Kurniasih, 34, gagal membayar denda sama menyebabkannya terpaksa menjalani hukuman penjara tiga bulan di Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan bermula semalam.

Pendakwa Syarie II, Wan Abd Hakim Khairul Anuar membacakan kertas tuduhan ke atas Md Din yang juga bapa saudara kepada ADUN berkenaan dan Dede yang tidak bersuami serta bekerja sebagai pembantu rumah di bandar raya ini dalam prosiding semalam.

Md Din didakwa mengikut Seksyen 31 (a), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (TAKZIR) Terengganu 2001, manakala Dede didakwa mengikut Seksyen 31 (b), enakmen sama, yang boleh dihukum denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pasangan itu dilihat dalam keadaan mencurigakan di dalam sebuah kereta di kawasan sunyi dan gelap di Kampung Bukit Toman, Pulau Kerengga, Marang, oleh dua anggota polis peronda kira-kira jam 1.30 pagi, pada Jumaat lalu.

Ketika ditahan, kerusi tempat Dede duduk direbahkan, manakala seluar Md Din tidak berzip.

Anggota polis peronda kemudian menyerahkan pasangan itu kepada bahagian Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Daerah Marang untuk tindakan lanjut.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels