5 April 2011

Video sex Anwar: Wan Azizah perlu sahkan benarkah lelaki itu Anwar

Disebabkan menyangkut moral Anwar, Wan Azizah sebagai isteri perlu menonton klip video itu ataupun rakaman video asal. Wan Azizahlah individu yang patut mengesahkan, bahawa lelaki dalam video itu bukan Anwar atau sebaliknya.

Penafian penyokong Anwar, bahawa sosok tubuh dalam video itu hanya mirip Anwar, tidak akan dapat merungkai atau menyelesaikan isu video tersebut.

Bagi rakyat biasa, jika menonton video tersebut, pastikan akan membuat kesimpulan, bahawa lelaki itu adalah Anwar.

Klip Video sex yang melibatkan Anwar kini boleh dimuat turun daripada Youtube dengan kode VTS 011.

4 April 2011

Bubar DUN: Selangor,Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan tidak ikut Putrajaya

Selangor awal-awal lagi telah mengistiharkan, bahawa negeri itu tidak akan membubarkan DUN Selangor sebelum Mac,2012, jika kerajaan Pusat memutuskan pilihanraya awal.

Sementara itu, ada kemungkinan negeri-negeri yang diperintah Pakatan; Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan akan ikut jejak Selangor.

Jika keputusan tersebut berkekalan, maka usaha BN merampas negeri-negeri tersebut akan tertangguh.

Keputusan yang dimabil oleh kerajaan Pakatan tersebut ada keterkaitan dengan bayaran pencen terutama bagi wakil rakyat satu penggal; kerana menurut perbendaharan, pencen penuh diberikan jika seseorang itu berkhidmat sekurang-kurangnya 4 tahun sebagai wakil rakyat. Demikian juga pencen exco, bayaran pencen tidak boleh dibayar jika perkhidmatan sebagai exco kurang daripada 4 tahun.

Keputusan yang diambil oleh pemimpin Pakatan tersebut, bagi memelihara kepentingan pribadi, di banding kepentingan rakyat.

Jika benarlah, rakyat memberi sokongan kepada mereka, tidak kisahlah, bila-bila pilihanraya diadakan, rakyat akan tetap menyokong mereka. Walaupun mereka, menangguhkan pilihanraya dengan tidak ikut keputusan Putrajaya-jika Kerjaan Pusat memutuskan memanggil PRU-13 lebih awal, jika rakyat tidak menyokong mereka, mereka akan tumbang juga.

Khabar dari Sarawak

DAP sunguh yakin 15 DUN yang ditandanginya pada PRU Sarawak kali ini akan dimenangi. Semua kasawan tersebut adalah kawasan majoriti kaum cina dan berada di kawasan bandar.

Adalah diramalkan, pada PRU Sarawak kali ini, pengundi kaum cina akan menghukum parti SUPP komponen BN Sarawak. SUPP bertanding 19 kerusi tradisinya, di mana 12 merupakan kerusi dipertahankan oleh parti itu yang dimenanginya pada tahun 2006, sementara 7 lagi cuba dirampas daripada DAP.

Keyakinan DAP hanya bersandarkan kepada keputusan PRK Sibu-kawasan majoriti cina, yang berjaya dirampas oleh parti itu pada tahun 2010.

Jika benarlah, bahawa semua kawasan yang ditandangi DAP itu dimenanginya, ada kemungkinan juga 4 DUN lagi yang ditandangi PKR akan berjaya merampasnya daripada SUPP.

Menurut Tun Daim, walaupun BN Sarawak akan membentuk kerajaan selepas 16 April, namun gabungan 4 parti BN Sarawak (PBB-SUPP-PRS-SPDP) akan kehilangan banyak kerusi.

Pada PRU Sarawak kali ini, parti tunggak BN Sarawak PBB bertanding 35 kerusi, diramalkan akan menang 29. PRS 9 kerusi diramal menang 8, SPDP 8 akan mengekalkan 8 kerusi dan SUPP mungkin boleh mennyumbang 5 kerusi?.

Penamaan calon akan berlangsung pada 6 April dan pembuangan undi pada 16 April. DUN Sarawak mempunyai 71 kerusi. Kuasa 2/3 berjumlah 48 kerusi.

3 April 2011

Anwar adalah pelakon terbaik: Nalla

BUAT pertama kalinya Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), DATUK S. NALLAKARUPPAN bersetuju ditemu bual. Itu pun selepas muak dan mual menonton lagak Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjuk perutnya pada sidang akhbar menafikan beliau individu dalam video seks yang didedahkan baru-baru ini.

Terlalu banyak yang diketahui Nallakaruppan tentang penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. Bagi beliau, adegan-adegan yang disaksi dengan matanya sendiri bukan cerita bohong dan juga bukan konspirasi. Beliau hairan mengapa masih ramai yang tegar mempercayai Anwar tidak bersalah sedangkan keengganan Ketua Pembangkang itu menyerahkan sampel DNA-nya sudah cukup untuk membuktikan sebaliknya.

Sepanjang tiga jam ditemu bual, beliau sering dilihat berfikir dan merenung pengalamannya semasa menjadi rakan baik Anwar. Ditanya mengapa terlalu lama mengambil masa untuk meninggalkan Anwar, katanya, selepas bebas daripada dipenjara setahun, beliau menyangka ‘sahabatnya’ sudah berubah. Namun Anwar tidak berubah. Ikuti wawancara Nallakaruppan bersama wartawan Mingguan Malaysia, NORAINI ABD. RAZAK dan HAFIZAHRIL HAMID.

MINGGUAN: Macam mana Datuk mula mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim?

NALLAKARUPAN: Saya mengenali Anwar bila dia berada di dalam ABIM. Saya mengenali seorang rakan Datuk Kordia Singh, Dia rapat dengan bapa Anwar. Ketika itu saya lihat beliau sebagai lelaki muda yang sangat aktif. Kemudian dia menceburi politik dan menjadi timbalan menteri di Kementerian Belia dan Sukan. Datuk Seri S. Samy Vellu banyak kali memberitahu bahawa Anwar meminta saya berjumpa dengannya. Saya beberapa kali menolak namun pada satu hari selepas mesyuarat Kabinet Samy Vellu telefon dan minta saya datang kerana Anwar mahu berjumpa. Hanya ketika itulah saya berjumpa dengannya. Sejak dari itu saya berjumpa di rumahnya dan kemudian menjadi semakin rapat.

Saya mula rapat sekitar tahun 1983 dan sebelum itu saya hanya berjumpa sekali sekala.

Bagaimana Datuk melihat Anwar ketika itu?

NALLAKARUPAN: Pada saya ketika itu beliau dilihat sebagai seorang yang berperangai baik. Pada awalnya tidak ada sebarang yang pelik hanya setelah beberapa lama baru beliau tunjukkan kelakuan sebenar dan saya agak terkejut dan sedih. Aktivitinya mula diketahui namun beliau tetap tidak berubah. Tiada siapa yang boleh menasihatkannya kerana beliau tidak akan mendengar. Kemudian ketika saya bersama Datuk V.K Lim atas urusan perniagaan dan mengambil alih kepentingan dalam syarikat Multi Purpose. Ketika itu saya masih bersama Magnum. Saya pernah berhasrat untuk berhenti kerana tidak tahan dengan apa yang dilakukan Anwar tetapi dihalang oleh V.K Lim. Beliau berpandangan kita berurusan perniagaan, jangan mencari pasal dengannya dan jangan berhenti. Saya tiada pilihan, di satu pihak ia berkaitan dengan kelangsungan hidup saya, di satu pihak melibatkan syarikat saya dan di satu pihak pula ia melibatkan kawan saya.

Bila Datuk mula perasan Anwar ini mempunyai perangai pelik?

NALLAKARUPAN: Perangai peliknya itu mula saya lihat ketika beliau berada di Kementerian Pelajaran. Saya tidak pernah melihat dalam hidup saya seorang lelaki yang berperangai pelik sebegitu. Anwar dan saya umur lebih kurang tapi saya tidak pernah lihat orang bernafsu seperti itu. Saya boleh katakan beliau ini mempunyai masalah split personality. Berperangai alim pada satu masa namun melakukan perbuatan buruk pada waktu lain. Saya pernah menunjukkan gambar beliau duduk bersebelahan imam di Masjid Negara. Saya secara bergurau berkata, “awak buat jahat semalam tapi esok you pergi masjid duduk sebelah imam.’’ Anwar menjawab itu budak jahat (gambar) tapi ini budak baik (tunjuk dirinya). Anwar mengaku dia rascal.

Saya adalah seorang yang percaya pada Tuhan dan pada awalnya saya melihat beliau adalah seorang pemimpin untuk negara. Tapi bila sudah terlibat dalam perbuatan tidak bermoral saya tidak pernah menyangka akan ada seorang yang berjawatan tinggi dalam kerajaan akan berkelakuan sedemikian. Saya mula merasa tidak kena beberapa ketika kemudian saya ditangkap. Namun kemudian saya berfikir tidak boleh membiarkan beliau begitu saja atas dasar kawan. Keadaan akan berlainan jika saya memilih untuk bersama kerajaan pimpinan Tun Dr. Mahathir ketika itu tetapi saya tidak melakukannya. Bila sampai waktu Anwar dibebaskan saya beranggapan beliau akan berubah tetapi itu tidak berlaku. Anwar tidak pernah berubah. Pada masa itulah saya membuat keputusan untuk meninggalkannya.

Kenapa Datuk mengambil masa yang lama, lebih 20 tahun untuk meninggalkan Anwar?

NALLAKARUPAN: Saya bertindak keluar setelah berbincang dengan beberapa rakan rapat. Mereka memberitahu saya perlu lakukan (tinggalkan Anwar) untuk negara dan masyarakat dan bukan kerana hanya fikirkan tentang seorang kawan. Kata-kata ini telah diucap oleh seorang tokoh yang dikenali dan saya akur kerana mendengar ia perlu dilakukan untuk negara dan masyarakat. Pernah pada ketika beliau di dalam kerajaan sekitar tahun 1996 atau 1997, Anwar mengugut saya menyuruh polis menangkap saya jika saya meninggalkan beliau. Saya ketika itu telah bersedia untuk meninggalkan semuanya tetapi V.K Lim telefon meminta saya membatalkannya. Ia satu keadaan yang sangat sukar bagi saya. Malah ketika kisahnya terdedah kepada umum saya pernah berkata kepada Anwar bahawa apa yang dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir adalah betul, kenapa tidak mengaku saja.

Apakah Azizah, Azmin dan anak-anak beliau tahu siapa sebenarnya Anwar?

NALLAKARUPAN: Saya pasti Azizah dan Azmin tahu siapa beliau. Tapi mereka seperti biasa akan mengatakan semua yang berlaku adalah konspirasi. Sebenarnya tidak ada konspirasi dan saya berani mengatakan apa yang Tun Dr. Mahathir katakan adalah betul walaupun pada satu ketika saya tidak memihak kepada beliau. Kita lihat dalam kes liwat melibatkan Saiful Bukhari, perkara yang mudah seperti menyerahkan DNA pun begitu sukar untuk dilakukan. Beliau tetap mengatakan semua itu adalah konspirasi. Semasa polis menangkap saya dulu pihak polis mahu mengambil sampel DNA saya, saya tidak ada masalah, ambillah. Kenapa Anwar tidak mahu bagi sedangkan suspek adalah beliau. Saya telah ditahan di Bukit Aman hampir 50 hari. Saya masih lagi memikirkan tentang kawan ketika itu. Namun kini saya sangat menyesal kerana tidak membantu kerajaan ketika itu.

Penyokong Anwar ramai yang fanatik. Mungkin Datuk ada perkara yang tidak pernah diberitahu untuk dikongsi kepada mereka?

NALLAKARUPAN: Bagi saya apa saja yang dikatakan atau keluar dari mulutnya adalah temberang. Saya pernah berkawan rapat dengannya dan saya tahu. Bila beliau menjadi Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri, dia boleh twist and talk bila-bila masa seperti sesumpah. Lidahnya sangat bercabang Dia boleh kata buah epal yang dipegangnya adalah buah oren. Begitu hebat beliau memutar belit. Rakyat pula tertipu dengan tipu helah dan putar belit yang dikatakan kerana kepetahannya berkata-kata. Itulah perangai sebenarnya. Sayangnya kepetahan dan bakat berpidatonya tidak digunakan untuk kebaikan negara. Kelakuan sebenarnya boleh menghancurkan negara.

Datuk dikenali sebagai rakan tenis Anwar, boleh ceritakan?

NALLAKARUPAN: Kami bermain tenis di sebuah tenis court berdekatan dengan Bangsar Shopping Centre dan Tivoli Villa Condominium. Tempat ini di bangunkan oleh Multi Purpose dan Bandar Raya Development untuk kami bermain tenis. Kami mempunyai seorang jurulatih dari Chicago. Namun dalam banyak hal orang mengetahui beliau menghabiskan masa bermain tenis. Selalunya saya bergerak dengan pemandu saya tetapi bila Anwar mahu menukar aktivitinya saya akan memandu. Ketika itu beliau adalah Timbalan Perdana Menteri dan saya pernah beritahu beliau jika apa-apa berlaku, saya akan masuk penjara.

Apa yang Datuk boleh lakukan untuk orang ramai tahu siapa sebenarnya Anwar?

NALLAKARUPAN: Bagi saya semua pihak termasuklah parti politik seperti UMNO perlu membantu usaha ini. Saya ada berceramah ketika pilihan raya dan ramai yang mahu berjumpa saya secara personal untuk tahu lebih lanjut. Banyak tempat sudah saya pergi dan nama saya sudah sangat dikenali. Namun secara personal saya katakan mereka tidak melihat apa yang berlaku. Memang orang suka mendengar ceramah yang saya sampaikan tapi saya juga perlu fikir apakah saya perlu terlalu menonjol begini. Tapi saya juga tidak mahu mengambil risiko yang agak keterlaluan.

Dalam keadaan sekarang dengan ada banyak kes melibatkan beliau di mahkamah dan pelbagai lagi nanti akan timbul pandangan apa yang dikatakan tidak betul. Kita mahu penerangan ini dilakukan secara tersusun supaya orang betul-betul faham dan sedar. Tapi saya berterus terang apa yang orang ramai tahu hanyalah 20 peratus daripada kisah keseluruhannya. Saya pernah berceramah di Permatang Pauh dan saya ada sedikit bercakap tentang aktivitinya dan yang berkaitan dengan wang judi Magnum. Kemudian beliau menyaman saya sebanyak RM50 juta. Saya sebenarnya sangat gembira beliau saman saya kerana sekurang-kurangnya di mahkamah nanti saya akan dedahkan semuanya. Saya akan mendedahkan segalanya di mahkamah nanti, apa yang dilakukan, aktiviti yang dibuat, semua akan didedah. Saya memang menanti saat itu dan tidak sabar mahu berjumpa Anwar di mahkamah.

Ambil contoh kes video seks baru-baru ini, ramai yang beranggapan itu adalah konspirasi. Kalau hendak tunggu kes mahkamah akan ambil masa Datuk?

NALLAKARUPAN: Dalam kes itu Datuk Shazryl Eskay Abdulla memang rapat dengan Anwar. Selepas pembedahan Anwar, beliau berada di Universiti Oxford di London dan Anwar juga minta saya datang ke sana katanya atas urusan perniagaan. Eskay berada di sana selama dua tiga hari. Adalah mengejutkan Anwar tetap berkelakuan sama dan saya tidak bersetuju dan saya balik. Anwar masih lagi berperangai sama dan saya tidak faham kenapa beliau masih begitu. Seolah-olah Anwar menganggap saya seperti bapa ayam. Satu lagi saya hendak nyatakan di sini adalah tidak betul bahawa Anwar tidak mengenali Eskay kerana mereka telah kenal lama. Saya kesal kerana Anwar mempunyai isteri dan anak namun beliau tidak peduli tentang semua itu. Apa yang difikirkannya adalah apa yang perlu untuk dirinya dan bukan orang lain. Anwar adalah seorang yang tidak akan berubah malah sehingga ke liang lahad sekalipun. Malah jika beliau hidup balik pun Anwar akan tetap mengulangi perbuatan yang sama.

Apa yang membuatkan Datuk benar-benar kecewa dengan Anwar?

NALLAKARUPAN: Saya kesal kerana Anwar tidak mahu berubah. Saya ingat selepas keluar penjara dia akan berubah tetapi sama saja. Beliau memang tidak akan berubah walaupun selepas dia mati nanti. Sekali lagi saya cakap kalau Anwar boleh hidup balik dia akan ulang balik perangai buruknya itu. Tapi sebenarnya apa yang saya lakukan ini adalah untuk kebaikan negara dan orang ramai seperti nasihat dari rakan dan tokoh yang saya katakan tadi. Ketika saya di dalam penjara saya pernah diugut akan digantung kerana kesalahan yang dilakukan namun saya tidak bekerjasama. Ketika itu apa yang saya lakukan kerana Anwar adalah kawan baik saya. Tapi saya silap kerana ia tidak berbaloi. Anwar sangat pandai berlakon sehinggakan ramai orang terpengaruh dengan lakonan dan penipuan beliau. Bagi saya beliau tidak akan berubah.

Memang saya silap tidak keluar lebih awal tapi apa yang saya lakukan ini adalah untuk negara kerana pemimpin datang dan pergi namun negara ini akan tetap kekal. Saya sendiri masuk penjara ketika zaman Tun Dr. Mahathir tetapi saya tidak menyalahkan beliau dan tidak pernah bercakap buruk tentangnya. Malah saya menghormati beliau dan tidak menyimpan dendam terhadapnya kerana saya tahu apa yang dilakukan beliau adalah betul. Saya cabar Anwar supaya mengheret Tun Dr. Mahathir ke mahkamah supaya saya boleh menjadi saksi pertama untuk Tun. Dr. Mahathir. Saya akan lakukan walaupun beliau pernah memenjarakan saya. Oleh itu saya melihat apa yang saya lakukan ini adalah untuk negara dan masyarakat. Saya tahu apa yang Anwar lakukan adalah salah kerana saya berada dan melihat sendiri apa yang beliau lakukan. Saya sanggup mati untuk negara jika itu yang perlu saya lakukan untuk menegakkan kebenaran yang diselindung oleh Anwar. Dan yang paling penting tidak ada orang yang boleh membeli saya kerana saya bukan orang yang murah maruahnya untuk dibeli. Saya adalah manusia yang berpegang pada prinsip tapi Anwar bukanlah orang yang tahu apa maknanya prinsip.

Berapa lama lagi Anwar akan bertahan?

NALLAKARUPAN: Bagi saya apa yang dilakukan beliau adalah sekadar berlakon. Beliau lahir di Pulau Pinang sama seperti Tan Sri P. Ramlee. Kedua-duanya pelakon tapi Anwar lebih hebat kerana berlakon di pentas sebenar. Begitu juga bagi Wan Azizah dan Azmin yang mana mereka adalah pelakon dan Anwar adalah pengarah. Kalau tidak bagaimana Wan Azizah boleh kata Anwar adalah pemimpin anugerah Tuhan. Beliau adalah pelakon terbaik dan tidak ada orang yang boleh berlakon seperti Anwar.

2 April 2011

Plan BN -Greater Penang: Menakutkan Lim Guan Eng

Pelan Induk Greater Penang yang diumumkan oleh Perdana Menteri semalam, benar-benar menakutkan Ketua Menteri Pulau Pinang-Lim Guan Eng.

Tidak sampai 24 jam, selepas DS Najib mengumumkan pelan itu, sebelum lawatan Najib ke pulau Pinang hari ini, Guan Eng mengeluarkan kenyataan bahawa pelan induk perindustrian yang dirangka oleh kerajaan DAP Pulau Pinang untuk tempoh 2011-2015, kerajaan negeri bersedia melupuskannya sebagai menyahut pelan DS Najib tersebut.

Hari ini, Najib menerima lebih 3 ribu orang ahli dan pemimpin PKR negeri yang keluar daripada parti pimpinan Anwar Ibrahim. DS Najib menyifatkan tindakan ahli-ahli PKR itu sebagai petanda bahawa pada PRU-13 akan datang, kerajaan Pakatan pimpinan DAP akan tumpas dan kerajaan Pulau Pinang akan kembali ke pengkuan BN.

Rakyat Pulau Pinang melihat usaha kerajaan BN untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai bandar Bistari dan antarabangsa merupakan langkah membela rakyat negeri itu.

Pelan BN untuk Greater Penang-dianggarkan akan menarik semula rakyat Pulau Pinang memilih BN pada PRU-13 akan datang. Berasaskan kepada perkembangan se masa ini, Kerajaan Pulau Pinang telah terasa, bahawa pemerintahan mereka, akan dinoktahkan selepas PRU-13, atas sebab itu-Lim Guan Eng awal-awal lagi menyokong pelan BN untuk negeri mutiara itu.

Dalam politik semuanya boleh berlaku.. apa kah sokongan Lim Guan Eng kepada Putrajaya itu, peristiwa tahun 70-an akan berulang, di mana pada ketika itu, Gerakan adalah parti pembangkang, kemudian mennyertai BN. Politik senantiasa berubah berasaskan keadaan dan situasi semasa. Mungkin kah DAP menyertai BN meninggalkan PAS dan PKR?.. Pas tidak akan bergabung dengan BN selagi Nik Aziz bersama parti itu, demikian juga PKR, tidak akan menyertai BN, selagi Anwar menjadi pemimpinnya.

1 April 2011

Video Dedahan Datuk T tulen-Apa kata Anwar?

Mesti Anwar kata rakaman itu konsiprasi menjatuhkannya.

Para peguam Anwar dan para pemimpin PKR mahukan mereka yang mendedahkan video sex itu supaya ditangkap. Mereka bersalah kerana merakam dan memiliki video lucah, apatah lagi membabitkan pemimpin mereka-Anwar Ibrahim.

Setakat ini yang mengaku bahawa pelaku sex itu adalah Anwar adalah Eskay-teman rapat Anwar. Pihak polis belum mengesahkan siapa lelaki dalam video itu. Polis hanya mengesahkan bahawa rakaman video adalah tulin bukan hasil rekayasa multimedia.

Anwar sebelum ini telah menafikan bahawa lelaki dalam video itu adalah dirinya walaupun wajah lelaki dalam video itu mirip wajahnya. Alasan yang dikemukakan Anwar adalah bahawa perut lelaki yang melakukan hubungan sex dengan wanita cina itu berperut buncit. Lagipun kata Anwar, semasa rakaman itu dibuat, dia berada di rumah bersama keluarganya dan sibuk melayan penyokongnya melalui twitter dan FB.

Dalam catitan twitter Anwar-ada kelopongan masa sejam antara 9.20-10.45 malam, di mana masa itu Anwar tidak menghantar twitter, kebetulan, rakaman video juga di buat pada masa Anwar tidak menghantar twitter pada 21 Februari,2011.

Namun, OKB masih menunggu laporan polis bagi pengesahan siapa kah lelaki mirip Anwar itu.

Kenapa sebahagian besar penduduk Kota Belud miskin?

Kota Belud tidak mempunyai sumber asli, seperti kayu balak. Kota Belud hanya kaya dengan tanah landai dan bukit serta laut yang luas.

Disebabkan sistem pertaniannya belum moden, maka hasil pertanian juga kurang.

Penduduk Kota Belud bukan malas, namun usaha mereka mengerjakan tanah hanya untuk keperluan hidup, belum mengarah kepada komersial. Pertanian komersial boleh dijalankan, namun infrastrukur untuk pertanian belum tersedia.

Selepas merdeka, sehingga kini-sistem pertanian daerah ini masih di peringkat tradisional.

Melihara binatang misalnya, masih dibiarkan berkeliaran tanpa terurus. Jangan bilang di kampung, malah di pekan Kota Beludpun masih terdapat lembu-lembu berkeliaran di pekan itu-saban hari.

Tahun 2009- Kota Belud menerima perkhabran yang sungguh mengembirakan penduduk daerah itu, apabila Kerajaan Persekutuan melalui menteri Pertanian dan Asas Tani- Datuk Noh Omar mengumumkan peruntukkan RM 1 billion untuk membangunkan projek Jelapang Padi Kota Belud. Tambahan kepada projek itu-Ketua Menteri Sabah pula mengumumkan bahawa Daerah Kota Belud merupakan salah satu kawasan terpilih untuk projek Agropolitan.

Mendapatkan peruntukkan daripada kerajaan tidak lah semudah apa yang difikirkan. Kajian yang menyeluruh perlu dilakukan mengenai apakah sesuatu projek itu berdaya maju. Pihak EPU Jabatan Perdana Menteri tidak akan mudah bersetuju pada sesuatu projek, jika kajian yang menyeluruh tidak dijalankan.

Apabila projek Jelapang Padi Kota Belud serta projek Agropolitan dipersetujui oleh Kerajaan, dan peruntukkanpun mula disalurkan, ada dikalangan pemimpin Kota Belud tidak akur dengan projek tersebut, malah dakwaan dan tomahan negatif terhadap kejayaan projek itu. Di satu peringkat-misalnya-Projek Agropolitan mahu dibatalkan oleh bahagian Teknikal atas nasehat juruperunding- yang kurang arif mengenai projek tersebut. Namun, ketangkasan pemimpin yang mengilhamkan projek itu, akhirnya projek tersebut diteruskan semula.

Bagi OKB-jika kita tidak akur pada sesuatu, maka kita mesti siap sedia dengan alternatif yang lebih baik, bukan memberi alasan nakal--- jangan teruskan projek itu, kerana prrojek itu membuatkan kepala sakit.

Selepas projek skim Jawi-Jawi yang dilaksanakan pada tahun 70-an, selepas lebih 40 tahun, baru lah berulang projek mega di bawa semula ke Kota Belud-yakni projek Jelapang Padi, Agropolitan, sangkar gergasi untuk pemeliharan ikan di laut serta projek pelancongan.

Seharusnya semua pemimpin Kota Belud berganding tangan dan bahu menyokong sepenuhnya projek-projek tersebut.

Jelapang padi selain mengeluarkan beras untuk keperluan negeri, ianya juga untuk keperluan negara. Jerami padi boleh diproses menjadi makanan ternakan seperti lembu tenusu dan pedaging. Terdengar khabar daripada Jabatan Haiwan Negeri Sabah- bahawa Kota Belud akan dijadikan tempat pemeliharan lembu tenusu yang menggunakan teknologi moden. Baka-baka lembu yang diperlihara adalah-baka lembu yang boleh mengeluarkan 20-30 liter air susu sehari. Bayangkan jika 10,000 lembu diperlihara! Sehari mengeluarkan 200,000 liter. Harga selitar adalah RM2.50; jadi pendapatan sehari untuk 10 ribu lembu sebanyak RM 500,000; sebulan RM15 juta; setahun RM180 juta, itu kalau 10,000 ekor!!

Kota Belud hanya boleh maju dengan memanfaatkan sumberdaya yang ada, yakni tanah, laut dan pemandangan semulajadi.

Seharusnya para wakil rakyat kita mempunyai matalamat dan visi ini, sebelum menjadi wakil rakyat. Jangan hadir di Parlimen-sibuk dengan perkara remeh, seperti sibuk membela syarikat swasta seperti Airasia. Syarikat itu, telah maju, kalaupun ada impaknya terhadap pembangunan Kota Belud, hanya sedikit.

Wakil rakyat Kota Belud perlu memikirkan projek yang berimpak terus terhadap pembangunan masyarkat-jika tidak 20 tahun akan datang, taraf kehidupan penduduk kota Belud, tetap akan sama.

31 March 2011

Blog Tun M diserang-virus

Safe Browsing
Diagnostic page for chedet.co.cc

What is the current listing status for chedet.co.cc?

Site is listed as suspicious - visiting this web site may harm your computer.

Part of this site was listed for suspicious activity 3 time(s) over the past 90 days.

What happened when Google visited this site?

Of the 20 pages we tested on the site over the past 90 days, 9 page(s) resulted in malicious software being downloaded and installed without user consent. The last time Google visited this site was on 2011-03-30, and the last time suspicious content was found on this site was on 2011-03-30.

Malicious software includes 14 scripting exploit(s), 11 trojan(s). Successful infection resulted in an average of 11 new process(es) on the target machine.

Malicious software is hosted on 3 domain(s), including chedet-2.co.cc/, f1we.co.cc/, yegc.co.cc/.

1 domain(s) appear to be functioning as intermediaries for distributing malware to visitors of this site, including chedet-2.co.cc/.

This site was hosted on 1 network(s) including AS32613 (IWEB).

Has this site acted as an intermediary resulting in further distribution of malware?

Over the past 90 days, chedet.co.cc appeared to function as an intermediary for the infection of 2 site(s) including chedet.cc/, malaysiakini.com/.

Has this site hosted malware?

No, this site has not hosted malicious software over the past 90 days.

How did this happen?

In some cases, third parties can add malicious code to legitimate sites, which would cause us to show the warning message.

Next steps:

Return to the previous page.

If you are the owner of this web site, you can request a review of your site using Google Webmaster Tools. More information about the review process is available in Google's Webmaster Help Center.

30 March 2011

Pendedahan Datuk T: Buat Anwar makin kukuh, tulis Wall Street Journal

Pendedahan rakaman video seks awal minggu lalu boleh memperkukuh imej Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau dapat meyakinkan rakyat bahawa beliau bukan lelaki dalam rakaman itu, demikian menurut Wall Street Journal hari ini.

Akhbar yang mempunyai edaran di seluruh dunia menulis, jika Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berjaya dalam usahanya menafikan pembabitan beliau, ia akan memperkukuh kepercayaan bahawa bekas timbalan perdana menteri itu adalah mangsa komplot politik dan akan mendatangkan kesan buruk ke atas Umno, yang dilihat ramai sebagai pihak di sebalik pendedahannya.

“Jika Encik Anwar boleh meyakinkan rakyat Malaysia bahawa beliau bukan lelaki dalam rakaman itu, serangan terbaru ini hanya akan menjadikannya lebih kuat, ia akan memperkukuhkan kepercayaan di dalam dan luar negara bahawa beliau adalah mangsa pendakwaan bermotifkan politik,” kata akhbar itu.

“Ia akan membawa berita buruk bagi Umno, yang telah pun mengatakan rakaman video itu tidak kaitan dengan mereka,” tulis akhbar itu dalam ruangan pendapatnya, siaran hari ini.

Ia menulis bahawa Barisan Nasional (BN) diterajui Umno kini terdedah kepada tanggapan tidak memihak mereka meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada dalam “kapal selesa” sejak menerajui kepimpinan pada April 2009.

Jumaat lalu, Najib yang Presiden Umno berkata, partinya tidak terlibat dalam skandal pendedahan rakaman video seks oleh tiga “Datuk T”, yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

“Soalnya sama ada rakaman itu benar atau tidak, sebab kalau benar maknanya ada satu perbuatan mungkar yang berlaku. Itu perkara utama yang perlu ditentukan,” kata Perdana Menteri selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

“... sebab ada pihak condong untuk bangkitkan soal konspirasi dan sebagainya jadi ini mengalih dari soal pokok sama ada berlaku atau tidak perbuatan yang mungkar itu dan dirakamkan atau tidak,” tambahnya.

Anwar yang membuat laporan polis Selasa lalu mendakwa wujud pembabitan Najib dan juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang juga Naib Presiden Umno, dalam isu ini.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mahu Najib dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memikul tanggungjawab dalam hal ini ekoran pengakuan “Datuk T’ bahawa mereka yang mendedahkan rakaman video seks ini.

Najib berkata apa yang penting adalah untuk menyiasat kesahihan dan ketulenan video itu kerana parti berpegang kepada prinsip kebenaran sama ada perbuatan itu benar-benar berlaku dan dirakamkan.

Rabu lalu, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan seorang ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah memberi keterangan

mengenai video itu di Ibu pejabat Polis Bukit Aman serta menyerahkan rakaman video itu serta seutas jam tangan Omega kepada pihak polis.

Abdul Rahim merupakan bekas ketua Pemuda Umno pusat dan Pengerusi Risda.

Akhbar Wall Street Journal menambah, waktu rakaman video seks ini didedahkan juga signifikan dari segi politik memandangkan pilihan raya umum tergempar dijangkakan lewat tahun ini.

Pilihan raya negeri Sarawak yang pembangkang meletakkan sasaran untuk merekodkan prestasi lebih baik kali ini akan berlangsung 16 April.

Anwar kini berhadapan dengan kes liwat kedua dan nasibnya dijangka diketahui bulan depan selepas pendakwa telah menutup kes mereka baru-baru ini.

PKR parti reject! Tak kan penduduk Sarawak mahu pula!!!

Penduduk Sarawak tak akan menerima parti reject. Penduduk negeri itu yang akan menghadapi PRU negeri yang ke 10 pada 16 April depan, perlu menolak parti rejecy yang ditinggalkan oleh ramai pengasas parti itu. Dalam gambar hanya 50 orang tersenarai, dan beribu orang lagi yang telah meninggalkan parti itu, kerana mereka merasa tertipu oleh retorik para pemimpin parti itu.

Pada Mac 12hb, Chabarlin Hj Loksin, mantan ketua Penerangan PKR Bahagian Beaufort bersama 110 ahli PKR telah masuk UMNO. Majlis penerimaan dihadiri oleh YB Datuk Lajim Ukin di Balairaya Kg Bakalau Beaufort.

Pada Mac 20hb pula, satu Majlis Pengistiharan Keluar oleh ahli parti PKR dan Pas Indera Mahkota diadakan di Dewan Kolej Shah Putra, Kuantan. Seraamai 300ahli PKR Indera Mahkota keluar. Azan Ismail sudah tiada jentera untuk pertahankan kerusi.

Pada Mac 26hb, sekumpulan 154 anggota sayap Wanita PKR bertindak keluar parti dan menyertai UMNO kerana sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti.

Pada Mac 28hb kelmarain, seramai 200 anggota Persatuan Sami-sami Hindu Pulau Pinang yang menganggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bayan Baru mengisytiharkan keluar parti kerana kecewa terhadap parti itu yang gagal membela nasib dan kebajikan kaum India di negeri ini.

29 March 2011

Datuk T boleh dilindungi undang-undang: Nazri

Trio 'Datuk T' yang mendedahkan rakaman video aksi seks didakwa melibatkan mirip seorang pemimpin pembangkang akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata akta tersebut boleh digunakan bagi melindungi keselamatan trio itu yang mendedahkan video berkenaan.

"Bagaimanapun, kedua-dua akta itu tidak perlu digunakan ketika ini memandangkan belum ada sebarang pendakwaan dibuat ke atas mana-mana pihak sehingga kini dengan perkara itu juga masih dalam siasatan polis," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam ketika diminta mengulas mengenai perlindungan undang-undang yang boleh diberi kepada trio berkenaan.

Rabu lepas, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim mengakui mereka adalah trio Datuk T yang bertanggungjawab menyimpan dan menayangkan video berkenaan kepada sebahagian wakil media di Carcosa Seri Negara, dua hari sebelum itu.

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah tampil membuat penafian beliau individu di dalam video tersebut dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Berikutan pendedahan itu, ketiga-tiga individu terbabit telah tampil untuk disoal siasat polis di Bukit Aman dan menyerahkan pita video dan seutas jam tangan jenama Omega sebagai bahan bukti.

Nazri berkata perkara itu bukan berkisar kepada persoalan undang-undang semata-mata tetapi ia turut melibatkan persoalan moral.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan memfailkan saman terhadap Anwar yang mengaitkan beliau dalam kes video seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara, Isnin lepas.

Berikutan itu, Hishammuddin melantik peguam Tan Sri Cecil Abraham semalam bagi mewakili beliau dalam memfailkan saman terhadap ketua pembangkang terbabit.

Menurut sumber Kementerian Dalam Negeri, dakwaan Anwar bahawa Hishammuddin adalah dalang di sebalik penayangan video yang membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang tersebut telah menjatuhkan maruah dan nama baiknya sebagai menteri.

Kata sumber itu, tindakan undang-undang itu diambil bagi membersihkan nama Hishammuddin.

Anwar dalam laporan beberapa akhbar sebelum ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Hishammuddin dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video seks kononnya beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali di sebuah hotel di ibu negara bulan lalu.

Najib dan Hishammuddin kemudian menafikan penglibatan mereka dalam rakaman berkenaan.
- Bernama

28 March 2011

Riwayat Politik Anwar Berakhir Tanpa Sokongan Pemimpin PAS Dan DAP : Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi berkata beliau yakin riwayat politik Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berakhir jika pemimpin-pemimpin tertinggi PAS dan DAP tidak lagi menyokongnya.

Katanya pemimpin-pemimpin yang dimaksudkannya termasuklah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Pengerusi DAP Karpal Singh dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

"Kalau mereka jauhkan diri daripada Anwar, sudah pasti riwayat politik dia akan habis," katanya kepada Bernama di sini pada Isnin.

Puad, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, berkata beliau berpendapat pemimpin-pemimpin berkenaan terlalu taksub menyokong Anwar sebab mereka yakin kononnya Anwar boleh menawan Putrajaya.BERNAMA

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels