8 April 2011

Musa Aman Amat Berkuasa

Merujuk kepada banyak laporan berhubung rombakan kecil cabinet Musa Aman dan rasa tidak senang yang menyusul selepas itu dalam kalangan parti komponen BN khususnya LDP dan MCA.

OKB faham bahawa kuasa melantik cabinet adalah kuasa Ketua Menteri, beliau bebas melantik orang-orang yang disukainya berada dalam kabinetnya.

Namun dalam konteks Malaysia, di mana kerajaan terdiri daripada beberapa parti gabungan dan KM juga merupakan pengerusi gabungan itu.

Sementara beliau perlu memilih sesiapa yang beliau ingin berada dalam kabinetnya, beliau juga perlu mengseimbangkannya dengan kepentingan parti komponen.

Sekarang beliau telah memilih dua TKM dari sebuah parti yang sama dan membenarkan dua ADUN “Gerakan” berada dalam cabinet, walaupun parti itu tidakpun bertanding pada sebarang pilihanraya di Sabah. sejarah seumpamanya telah tercipta dan seperti yang Presiden LDP Datuk VK Liew katakan, ia adalah “Pendahuluan yang tidak baik”.

Alasaan yang diberikan kenapa Datuk Dr Yee Moh Chai dilantik sebagai TKM ialah kerana Dr itu lebih berpengalaman, seorang ahli politik kanan dan dihormati oleh masyarakat cina di Sabah? Dengan alas an yang diberikan itu, adakah itu juga bermaksud bahawa keputusan menggugurkan Peter Pang dibuat kerana Pang kurang berpengalaman, seorang ahli politik yang baru dan tidak begitu dihormati oleh masyarakat cina?

Dalam memilih Dr Yee berdasarkan alasan-alasan yang diberi, maka Musa Aman terlepas pandang seseorang iaitu Datuk Edward Khoo, yang merupakan Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri.

Khoo adalah wakil MCA yang telah memenangi kawasan Kapayan untuk dua penggal. Dari segi pengalaman, Khoo lebih berpengalaman, kerana sebelum ini pernah dilantik sebagai senator. Selain itu, Khoo merupakan anak kepada mantan cabinet negeri pada tahun 60-an dan merupakan keluarga yang dihormati oleh masyarakat cina. Dengan alasan yang diberikan atas perlantikan Yee, ada kah ini bermakna Khoo termasuk ahli politik yang tidak berpengalaman, bukan ahli politik kanan dan tidak dihormati sebagai pemimpin Masyarakat Cina?

Tiada sebab diberi kenapa Pang dikekalkan, menjadikan dia anggota parti Gerakan kedua berada dalam cabinet Musa Aman selain Datuk Raymond Tan.

Tindakan Musa Aman ini, mengundang banyak spekualsi. Ramai beranggapan bahawa Musa Aman mahu menunjukkan bahawa beliau amat berkuasa.

Sabah: Selepas PKR- Kini kepimpinan BN Sabah pula mula bergolak

Penghujung tahun lepas Naib Presiden LDP Peter Phang pada masa itu berjawatan TKM Sabah keluar parti itu,disebabkan kenyataan Timbalan Presiden parti itu tidak dapat berkerjasama lagi dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman.

Walau bagimanapun pertetentangan pemimpin parti komponen parti tertua BN tersebut belum memuncak dikala itu.Namun, pada awal bulan Mac tahun ini, apabila Musa mengumumkan perlantikan TKM baru Sabah-bagi kuota kaum cina, bermula lah babak-babak ketidak senangan parti itu terhadap pemerintahan Musa.

Punca sebenar pertentangan antara LDP dan Musa Aman-bukan Umno sebagai parti apabila Musa melantik Timbalan Presiden PBS Yee Moh Chai sebagai TKM mewakili kuota cina dalam kabinet Musa.

PBS menyertai semula BN Sabah pada tahun 2002, selepas parti itu keluar BN diambang pembuangan undi pada PRU 1990. Akibat keluar mengejutnya PBS tersebut, BN terperangkap dengan situasi- dimana semua kerusi yang diagihkan pada PBS terlepas dengan percuma, kerana BN tiada peluang lagi mengemukakan calon. Pilihan BN pada masa itu adalah menyokong calon-calon bebas, namun tindakan tersebut tidak berkesan, atas sebab calon-calon bebas tersebut tidak ada keupayaan.

Pemerintahan PBS bermula pada tahun 1985, apabila parti itu menumbangkan kerajaan Berjaya pimpinan Datuk Harris Salleh. PBS yang diketuai oleh Pairin; Pairin adalah pemimpin Berjaya yang dipecat oleh Harris Salleh.

Akibat PBS menikam belakang BN pada tahun 1990, maka Umno komponen parti terbesar dalam BN mengumumkan kemasukan ke Sabah. Pada PRU 1990, Musa Aman juga turut bertanding atas tikit Usno; namun tewas. Calon-calon Usno yang menang pada PRU tersebut antaranya Rahim Ismail, Hajiji Noor serta Amir Kahar dan Tun Mustapaha.

Pada minggu lepas di Sandakan, Presiden LDP Datuk VK Liew membuat kenyataan, bahawa pembentukan kerajaan negeri bukan lagi berasas pada single parti sepertimana pemerintahan PBS ataupun Berjaya. Pemerintahan BN pada masa ini berasas kepada komponen-komponen parti; atas sebab itu sebarang pembentukan kabinet atau perlantikan jawatan-jawatan GLC perlu juga mempertimbang pandangan komponen parti. Presiden LDP itu terkilan, kerana tidak diajak berunding mengenai perlantikan TKM kuota kaum cina dalam kabinet Musa.

Semalam, seorang lagi pemimpin Bn kali ini daripada Umno-Datuk Rahim Ismail; yang mempertikai kewibawaan Pairin Kitingan. Kritikan Rahim tersebut-ibarat pukul anak sindir mertua. Rahim sebenarnya menujukkan kriikan tersebut kepada Musa Aman. Rahim selepas tidak dilantik pada kabinet negeri menjadi pengertik utama Musa, termasuk dalam persidangan DUN Sabah.

Melihat kepada bibit-bibit penentangan kepada Musa tersebut; OKB rasa-secara dalaman atau diam, ramai lagi para pemimpin yang kurang senang atau mula tidak sehaluan dengan Musa Aman sebagai Ketua Menteri merangkap pengerusi perhubungan UMNO dan BN negeri. Apa kah bibit-bibit penentangan tersebut akan memuncak menjelang PRU-13??

Sabah mempunyai sejarahnya sendiri dalam politik. USNO tumbang ditangan mantan-mantan pemimpinnya, Berjaya juga demikian, PBS pun sama. Apa kah bibit penentangan terhadap Musa tersebut membawa rebah? Fikir-fikirkan lah.

6 April 2011

Pegawai kastam mati jatuh bangunan SPRM Kuala Lumpur

Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah membabitkan cukai tidak dibayar, dan dibebaskan dengan ikatjamin dua hari lalu, ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibunegara pagi ini.

Mangsa Ahmad Sarbani Mohd, 56 adalah  penolong Pengarah  Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia (JKDM) Selangor.

Sementara itu, Star Online melaporkan bahawa pegawai berkenaan difahamkan balik semula ke pejabat SPRM hari ini untuk menemui pegawai penyiasat.

Pegawai penyiasat telah memintanya menunggu di situ sementara pergi mengambil fail kes tersebut.

Bagaimanapun, apabila balik semula ke situ, dia mendapati pegawai Kastam tidak ada, kata pengarah penyiasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.

Menurutnya, mayat pegawai kastam itu ditemui di tingkat bawah bangunan tersebut pada jam 10.15 pagi.

PRN Sarawak: PKR rasuah warga Emas

PKR cuba merasuah warga emas. Pari itu menjanjikan akan memberi bantuan RM400, seperti pada poster Baru Bian.

Perlis: Guru ahli PAS bunuh murid 7 tahun

PAS Perlis memohon maaf kepada rakyat Malaysia berhubung kematian seorang pelajar berusia tujuh tahun awlam minggu ini yang dikaitkan dengan tindakan hukuman seorang ustaz yang berlaku di Sekolah Rendah Islam Al Furqan kelolaan parti itu di Jejawi dekat Kangar.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin berkata, pihaknya juga memohon maaf kepada para guru berhubung peristiwa yang telah mencalar imej dan persepsi umum terhadap warga pendidik.

Saiful Syazani Saiful Sopfidee meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada Ahad selepas dipercayai dipukul seorang ustaz yang juga warden asrama sekolah dibawah kelolaan parti Pas itu pada Khamis ketika menyiasat kes kecurian.

"Kejadian ini sesuatu yang amat memeranjatkan setelah lebih 25 tahun mengelola institusi pendidikan milik parti," katanya selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis di sini Selasa.

Hashim, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sanglang menambah, PAS Perlis berharap proses siasatan dan perbicaraan dilaksana secara rapi dan mendalam bagi menegakkan keadilan kepada semua pihak terbabit.

Dalam pada itu, Ketua Umno Bahagian Arau Datuk Seri Shahidan Kassim berharap sekolah agama rakyat seperti itu melantik hanya guru-guru bertauliah bagi mengelak kejadian seumpama itu daripada berulang.

"Setiap guru yang dilantik perlu melalui proses latihan perguruan meskipun mereka memiliki kelayakan akademik yang tinggi," katanya.sumber Bernama

5 April 2011

Video Sex: Tak kan PUM sokong perbuatan mungkar!!!!

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyifatkan tindakan pihak tertentu termasuk media arus perdana menyiarkan gambar aksi seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertentangan dengan norma masyarakat Melayu dan Islam.

Malah perkembangan itu turut dikecam Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP), yang memandang serius pendedahan video seks di YouTube membabitkan nama Anwar.

Mengulas lanjut, Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Md Nor berkata, pihaknya kesal dengan tindakan itu dan menyifatkan langkah tersebut berniat jahat dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya.

Kata beliau, pihaknya juga berhasrat untuk memohon campur tangan Majlis Raja-Raja sekiranya pihak berkuasa dan kerajaan gagal untuk menghentikan penyebaran rakaman video seks itu.

“Menyedari kegagalan pihak berkuasa sedia ada, PUM akan memohon campur tangan Majlis Raja-Raja untuk bertindak dengan segera bagi mengambil tindakan menghentikan kejahatan dan maksiat yang dipromosikan ini,” katanya.

Beliau berkata, individu yang terlibat dalam pembikinan dan penyebaran rakaman video seks itu adalah haram di sisi agama Islam.

“Mereka yang terlibat dalam pembikinan video, penyimpanan, penyebarannya adalah jelas haram dalam Islam.

OOOOOHHHHHHHHHHHHHH Lain je BUNYI PUM?? macam suara mewakili Pembangkang!!!

Video sex Anwar: Wan Azizah perlu sahkan benarkah lelaki itu Anwar

Disebabkan menyangkut moral Anwar, Wan Azizah sebagai isteri perlu menonton klip video itu ataupun rakaman video asal. Wan Azizahlah individu yang patut mengesahkan, bahawa lelaki dalam video itu bukan Anwar atau sebaliknya.

Penafian penyokong Anwar, bahawa sosok tubuh dalam video itu hanya mirip Anwar, tidak akan dapat merungkai atau menyelesaikan isu video tersebut.

Bagi rakyat biasa, jika menonton video tersebut, pastikan akan membuat kesimpulan, bahawa lelaki itu adalah Anwar.

Klip Video sex yang melibatkan Anwar kini boleh dimuat turun daripada Youtube dengan kode VTS 011.

4 April 2011

Bubar DUN: Selangor,Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan tidak ikut Putrajaya

Selangor awal-awal lagi telah mengistiharkan, bahawa negeri itu tidak akan membubarkan DUN Selangor sebelum Mac,2012, jika kerajaan Pusat memutuskan pilihanraya awal.

Sementara itu, ada kemungkinan negeri-negeri yang diperintah Pakatan; Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan akan ikut jejak Selangor.

Jika keputusan tersebut berkekalan, maka usaha BN merampas negeri-negeri tersebut akan tertangguh.

Keputusan yang dimabil oleh kerajaan Pakatan tersebut ada keterkaitan dengan bayaran pencen terutama bagi wakil rakyat satu penggal; kerana menurut perbendaharan, pencen penuh diberikan jika seseorang itu berkhidmat sekurang-kurangnya 4 tahun sebagai wakil rakyat. Demikian juga pencen exco, bayaran pencen tidak boleh dibayar jika perkhidmatan sebagai exco kurang daripada 4 tahun.

Keputusan yang diambil oleh pemimpin Pakatan tersebut, bagi memelihara kepentingan pribadi, di banding kepentingan rakyat.

Jika benarlah, rakyat memberi sokongan kepada mereka, tidak kisahlah, bila-bila pilihanraya diadakan, rakyat akan tetap menyokong mereka. Walaupun mereka, menangguhkan pilihanraya dengan tidak ikut keputusan Putrajaya-jika Kerjaan Pusat memutuskan memanggil PRU-13 lebih awal, jika rakyat tidak menyokong mereka, mereka akan tumbang juga.

Khabar dari Sarawak

DAP sunguh yakin 15 DUN yang ditandanginya pada PRU Sarawak kali ini akan dimenangi. Semua kasawan tersebut adalah kawasan majoriti kaum cina dan berada di kawasan bandar.

Adalah diramalkan, pada PRU Sarawak kali ini, pengundi kaum cina akan menghukum parti SUPP komponen BN Sarawak. SUPP bertanding 19 kerusi tradisinya, di mana 12 merupakan kerusi dipertahankan oleh parti itu yang dimenanginya pada tahun 2006, sementara 7 lagi cuba dirampas daripada DAP.

Keyakinan DAP hanya bersandarkan kepada keputusan PRK Sibu-kawasan majoriti cina, yang berjaya dirampas oleh parti itu pada tahun 2010.

Jika benarlah, bahawa semua kawasan yang ditandangi DAP itu dimenanginya, ada kemungkinan juga 4 DUN lagi yang ditandangi PKR akan berjaya merampasnya daripada SUPP.

Menurut Tun Daim, walaupun BN Sarawak akan membentuk kerajaan selepas 16 April, namun gabungan 4 parti BN Sarawak (PBB-SUPP-PRS-SPDP) akan kehilangan banyak kerusi.

Pada PRU Sarawak kali ini, parti tunggak BN Sarawak PBB bertanding 35 kerusi, diramalkan akan menang 29. PRS 9 kerusi diramal menang 8, SPDP 8 akan mengekalkan 8 kerusi dan SUPP mungkin boleh mennyumbang 5 kerusi?.

Penamaan calon akan berlangsung pada 6 April dan pembuangan undi pada 16 April. DUN Sarawak mempunyai 71 kerusi. Kuasa 2/3 berjumlah 48 kerusi.

3 April 2011

Anwar adalah pelakon terbaik: Nalla

BUAT pertama kalinya Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), DATUK S. NALLAKARUPPAN bersetuju ditemu bual. Itu pun selepas muak dan mual menonton lagak Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjuk perutnya pada sidang akhbar menafikan beliau individu dalam video seks yang didedahkan baru-baru ini.

Terlalu banyak yang diketahui Nallakaruppan tentang penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. Bagi beliau, adegan-adegan yang disaksi dengan matanya sendiri bukan cerita bohong dan juga bukan konspirasi. Beliau hairan mengapa masih ramai yang tegar mempercayai Anwar tidak bersalah sedangkan keengganan Ketua Pembangkang itu menyerahkan sampel DNA-nya sudah cukup untuk membuktikan sebaliknya.

Sepanjang tiga jam ditemu bual, beliau sering dilihat berfikir dan merenung pengalamannya semasa menjadi rakan baik Anwar. Ditanya mengapa terlalu lama mengambil masa untuk meninggalkan Anwar, katanya, selepas bebas daripada dipenjara setahun, beliau menyangka ‘sahabatnya’ sudah berubah. Namun Anwar tidak berubah. Ikuti wawancara Nallakaruppan bersama wartawan Mingguan Malaysia, NORAINI ABD. RAZAK dan HAFIZAHRIL HAMID.

MINGGUAN: Macam mana Datuk mula mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim?

NALLAKARUPAN: Saya mengenali Anwar bila dia berada di dalam ABIM. Saya mengenali seorang rakan Datuk Kordia Singh, Dia rapat dengan bapa Anwar. Ketika itu saya lihat beliau sebagai lelaki muda yang sangat aktif. Kemudian dia menceburi politik dan menjadi timbalan menteri di Kementerian Belia dan Sukan. Datuk Seri S. Samy Vellu banyak kali memberitahu bahawa Anwar meminta saya berjumpa dengannya. Saya beberapa kali menolak namun pada satu hari selepas mesyuarat Kabinet Samy Vellu telefon dan minta saya datang kerana Anwar mahu berjumpa. Hanya ketika itulah saya berjumpa dengannya. Sejak dari itu saya berjumpa di rumahnya dan kemudian menjadi semakin rapat.

Saya mula rapat sekitar tahun 1983 dan sebelum itu saya hanya berjumpa sekali sekala.

Bagaimana Datuk melihat Anwar ketika itu?

NALLAKARUPAN: Pada saya ketika itu beliau dilihat sebagai seorang yang berperangai baik. Pada awalnya tidak ada sebarang yang pelik hanya setelah beberapa lama baru beliau tunjukkan kelakuan sebenar dan saya agak terkejut dan sedih. Aktivitinya mula diketahui namun beliau tetap tidak berubah. Tiada siapa yang boleh menasihatkannya kerana beliau tidak akan mendengar. Kemudian ketika saya bersama Datuk V.K Lim atas urusan perniagaan dan mengambil alih kepentingan dalam syarikat Multi Purpose. Ketika itu saya masih bersama Magnum. Saya pernah berhasrat untuk berhenti kerana tidak tahan dengan apa yang dilakukan Anwar tetapi dihalang oleh V.K Lim. Beliau berpandangan kita berurusan perniagaan, jangan mencari pasal dengannya dan jangan berhenti. Saya tiada pilihan, di satu pihak ia berkaitan dengan kelangsungan hidup saya, di satu pihak melibatkan syarikat saya dan di satu pihak pula ia melibatkan kawan saya.

Bila Datuk mula perasan Anwar ini mempunyai perangai pelik?

NALLAKARUPAN: Perangai peliknya itu mula saya lihat ketika beliau berada di Kementerian Pelajaran. Saya tidak pernah melihat dalam hidup saya seorang lelaki yang berperangai pelik sebegitu. Anwar dan saya umur lebih kurang tapi saya tidak pernah lihat orang bernafsu seperti itu. Saya boleh katakan beliau ini mempunyai masalah split personality. Berperangai alim pada satu masa namun melakukan perbuatan buruk pada waktu lain. Saya pernah menunjukkan gambar beliau duduk bersebelahan imam di Masjid Negara. Saya secara bergurau berkata, “awak buat jahat semalam tapi esok you pergi masjid duduk sebelah imam.’’ Anwar menjawab itu budak jahat (gambar) tapi ini budak baik (tunjuk dirinya). Anwar mengaku dia rascal.

Saya adalah seorang yang percaya pada Tuhan dan pada awalnya saya melihat beliau adalah seorang pemimpin untuk negara. Tapi bila sudah terlibat dalam perbuatan tidak bermoral saya tidak pernah menyangka akan ada seorang yang berjawatan tinggi dalam kerajaan akan berkelakuan sedemikian. Saya mula merasa tidak kena beberapa ketika kemudian saya ditangkap. Namun kemudian saya berfikir tidak boleh membiarkan beliau begitu saja atas dasar kawan. Keadaan akan berlainan jika saya memilih untuk bersama kerajaan pimpinan Tun Dr. Mahathir ketika itu tetapi saya tidak melakukannya. Bila sampai waktu Anwar dibebaskan saya beranggapan beliau akan berubah tetapi itu tidak berlaku. Anwar tidak pernah berubah. Pada masa itulah saya membuat keputusan untuk meninggalkannya.

Kenapa Datuk mengambil masa yang lama, lebih 20 tahun untuk meninggalkan Anwar?

NALLAKARUPAN: Saya bertindak keluar setelah berbincang dengan beberapa rakan rapat. Mereka memberitahu saya perlu lakukan (tinggalkan Anwar) untuk negara dan masyarakat dan bukan kerana hanya fikirkan tentang seorang kawan. Kata-kata ini telah diucap oleh seorang tokoh yang dikenali dan saya akur kerana mendengar ia perlu dilakukan untuk negara dan masyarakat. Pernah pada ketika beliau di dalam kerajaan sekitar tahun 1996 atau 1997, Anwar mengugut saya menyuruh polis menangkap saya jika saya meninggalkan beliau. Saya ketika itu telah bersedia untuk meninggalkan semuanya tetapi V.K Lim telefon meminta saya membatalkannya. Ia satu keadaan yang sangat sukar bagi saya. Malah ketika kisahnya terdedah kepada umum saya pernah berkata kepada Anwar bahawa apa yang dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir adalah betul, kenapa tidak mengaku saja.

Apakah Azizah, Azmin dan anak-anak beliau tahu siapa sebenarnya Anwar?

NALLAKARUPAN: Saya pasti Azizah dan Azmin tahu siapa beliau. Tapi mereka seperti biasa akan mengatakan semua yang berlaku adalah konspirasi. Sebenarnya tidak ada konspirasi dan saya berani mengatakan apa yang Tun Dr. Mahathir katakan adalah betul walaupun pada satu ketika saya tidak memihak kepada beliau. Kita lihat dalam kes liwat melibatkan Saiful Bukhari, perkara yang mudah seperti menyerahkan DNA pun begitu sukar untuk dilakukan. Beliau tetap mengatakan semua itu adalah konspirasi. Semasa polis menangkap saya dulu pihak polis mahu mengambil sampel DNA saya, saya tidak ada masalah, ambillah. Kenapa Anwar tidak mahu bagi sedangkan suspek adalah beliau. Saya telah ditahan di Bukit Aman hampir 50 hari. Saya masih lagi memikirkan tentang kawan ketika itu. Namun kini saya sangat menyesal kerana tidak membantu kerajaan ketika itu.

Penyokong Anwar ramai yang fanatik. Mungkin Datuk ada perkara yang tidak pernah diberitahu untuk dikongsi kepada mereka?

NALLAKARUPAN: Bagi saya apa saja yang dikatakan atau keluar dari mulutnya adalah temberang. Saya pernah berkawan rapat dengannya dan saya tahu. Bila beliau menjadi Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri, dia boleh twist and talk bila-bila masa seperti sesumpah. Lidahnya sangat bercabang Dia boleh kata buah epal yang dipegangnya adalah buah oren. Begitu hebat beliau memutar belit. Rakyat pula tertipu dengan tipu helah dan putar belit yang dikatakan kerana kepetahannya berkata-kata. Itulah perangai sebenarnya. Sayangnya kepetahan dan bakat berpidatonya tidak digunakan untuk kebaikan negara. Kelakuan sebenarnya boleh menghancurkan negara.

Datuk dikenali sebagai rakan tenis Anwar, boleh ceritakan?

NALLAKARUPAN: Kami bermain tenis di sebuah tenis court berdekatan dengan Bangsar Shopping Centre dan Tivoli Villa Condominium. Tempat ini di bangunkan oleh Multi Purpose dan Bandar Raya Development untuk kami bermain tenis. Kami mempunyai seorang jurulatih dari Chicago. Namun dalam banyak hal orang mengetahui beliau menghabiskan masa bermain tenis. Selalunya saya bergerak dengan pemandu saya tetapi bila Anwar mahu menukar aktivitinya saya akan memandu. Ketika itu beliau adalah Timbalan Perdana Menteri dan saya pernah beritahu beliau jika apa-apa berlaku, saya akan masuk penjara.

Apa yang Datuk boleh lakukan untuk orang ramai tahu siapa sebenarnya Anwar?

NALLAKARUPAN: Bagi saya semua pihak termasuklah parti politik seperti UMNO perlu membantu usaha ini. Saya ada berceramah ketika pilihan raya dan ramai yang mahu berjumpa saya secara personal untuk tahu lebih lanjut. Banyak tempat sudah saya pergi dan nama saya sudah sangat dikenali. Namun secara personal saya katakan mereka tidak melihat apa yang berlaku. Memang orang suka mendengar ceramah yang saya sampaikan tapi saya juga perlu fikir apakah saya perlu terlalu menonjol begini. Tapi saya juga tidak mahu mengambil risiko yang agak keterlaluan.

Dalam keadaan sekarang dengan ada banyak kes melibatkan beliau di mahkamah dan pelbagai lagi nanti akan timbul pandangan apa yang dikatakan tidak betul. Kita mahu penerangan ini dilakukan secara tersusun supaya orang betul-betul faham dan sedar. Tapi saya berterus terang apa yang orang ramai tahu hanyalah 20 peratus daripada kisah keseluruhannya. Saya pernah berceramah di Permatang Pauh dan saya ada sedikit bercakap tentang aktivitinya dan yang berkaitan dengan wang judi Magnum. Kemudian beliau menyaman saya sebanyak RM50 juta. Saya sebenarnya sangat gembira beliau saman saya kerana sekurang-kurangnya di mahkamah nanti saya akan dedahkan semuanya. Saya akan mendedahkan segalanya di mahkamah nanti, apa yang dilakukan, aktiviti yang dibuat, semua akan didedah. Saya memang menanti saat itu dan tidak sabar mahu berjumpa Anwar di mahkamah.

Ambil contoh kes video seks baru-baru ini, ramai yang beranggapan itu adalah konspirasi. Kalau hendak tunggu kes mahkamah akan ambil masa Datuk?

NALLAKARUPAN: Dalam kes itu Datuk Shazryl Eskay Abdulla memang rapat dengan Anwar. Selepas pembedahan Anwar, beliau berada di Universiti Oxford di London dan Anwar juga minta saya datang ke sana katanya atas urusan perniagaan. Eskay berada di sana selama dua tiga hari. Adalah mengejutkan Anwar tetap berkelakuan sama dan saya tidak bersetuju dan saya balik. Anwar masih lagi berperangai sama dan saya tidak faham kenapa beliau masih begitu. Seolah-olah Anwar menganggap saya seperti bapa ayam. Satu lagi saya hendak nyatakan di sini adalah tidak betul bahawa Anwar tidak mengenali Eskay kerana mereka telah kenal lama. Saya kesal kerana Anwar mempunyai isteri dan anak namun beliau tidak peduli tentang semua itu. Apa yang difikirkannya adalah apa yang perlu untuk dirinya dan bukan orang lain. Anwar adalah seorang yang tidak akan berubah malah sehingga ke liang lahad sekalipun. Malah jika beliau hidup balik pun Anwar akan tetap mengulangi perbuatan yang sama.

Apa yang membuatkan Datuk benar-benar kecewa dengan Anwar?

NALLAKARUPAN: Saya kesal kerana Anwar tidak mahu berubah. Saya ingat selepas keluar penjara dia akan berubah tetapi sama saja. Beliau memang tidak akan berubah walaupun selepas dia mati nanti. Sekali lagi saya cakap kalau Anwar boleh hidup balik dia akan ulang balik perangai buruknya itu. Tapi sebenarnya apa yang saya lakukan ini adalah untuk kebaikan negara dan orang ramai seperti nasihat dari rakan dan tokoh yang saya katakan tadi. Ketika saya di dalam penjara saya pernah diugut akan digantung kerana kesalahan yang dilakukan namun saya tidak bekerjasama. Ketika itu apa yang saya lakukan kerana Anwar adalah kawan baik saya. Tapi saya silap kerana ia tidak berbaloi. Anwar sangat pandai berlakon sehinggakan ramai orang terpengaruh dengan lakonan dan penipuan beliau. Bagi saya beliau tidak akan berubah.

Memang saya silap tidak keluar lebih awal tapi apa yang saya lakukan ini adalah untuk negara kerana pemimpin datang dan pergi namun negara ini akan tetap kekal. Saya sendiri masuk penjara ketika zaman Tun Dr. Mahathir tetapi saya tidak menyalahkan beliau dan tidak pernah bercakap buruk tentangnya. Malah saya menghormati beliau dan tidak menyimpan dendam terhadapnya kerana saya tahu apa yang dilakukan beliau adalah betul. Saya cabar Anwar supaya mengheret Tun Dr. Mahathir ke mahkamah supaya saya boleh menjadi saksi pertama untuk Tun. Dr. Mahathir. Saya akan lakukan walaupun beliau pernah memenjarakan saya. Oleh itu saya melihat apa yang saya lakukan ini adalah untuk negara dan masyarakat. Saya tahu apa yang Anwar lakukan adalah salah kerana saya berada dan melihat sendiri apa yang beliau lakukan. Saya sanggup mati untuk negara jika itu yang perlu saya lakukan untuk menegakkan kebenaran yang diselindung oleh Anwar. Dan yang paling penting tidak ada orang yang boleh membeli saya kerana saya bukan orang yang murah maruahnya untuk dibeli. Saya adalah manusia yang berpegang pada prinsip tapi Anwar bukanlah orang yang tahu apa maknanya prinsip.

Berapa lama lagi Anwar akan bertahan?

NALLAKARUPAN: Bagi saya apa yang dilakukan beliau adalah sekadar berlakon. Beliau lahir di Pulau Pinang sama seperti Tan Sri P. Ramlee. Kedua-duanya pelakon tapi Anwar lebih hebat kerana berlakon di pentas sebenar. Begitu juga bagi Wan Azizah dan Azmin yang mana mereka adalah pelakon dan Anwar adalah pengarah. Kalau tidak bagaimana Wan Azizah boleh kata Anwar adalah pemimpin anugerah Tuhan. Beliau adalah pelakon terbaik dan tidak ada orang yang boleh berlakon seperti Anwar.

2 April 2011

Plan BN -Greater Penang: Menakutkan Lim Guan Eng

Pelan Induk Greater Penang yang diumumkan oleh Perdana Menteri semalam, benar-benar menakutkan Ketua Menteri Pulau Pinang-Lim Guan Eng.

Tidak sampai 24 jam, selepas DS Najib mengumumkan pelan itu, sebelum lawatan Najib ke pulau Pinang hari ini, Guan Eng mengeluarkan kenyataan bahawa pelan induk perindustrian yang dirangka oleh kerajaan DAP Pulau Pinang untuk tempoh 2011-2015, kerajaan negeri bersedia melupuskannya sebagai menyahut pelan DS Najib tersebut.

Hari ini, Najib menerima lebih 3 ribu orang ahli dan pemimpin PKR negeri yang keluar daripada parti pimpinan Anwar Ibrahim. DS Najib menyifatkan tindakan ahli-ahli PKR itu sebagai petanda bahawa pada PRU-13 akan datang, kerajaan Pakatan pimpinan DAP akan tumpas dan kerajaan Pulau Pinang akan kembali ke pengkuan BN.

Rakyat Pulau Pinang melihat usaha kerajaan BN untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai bandar Bistari dan antarabangsa merupakan langkah membela rakyat negeri itu.

Pelan BN untuk Greater Penang-dianggarkan akan menarik semula rakyat Pulau Pinang memilih BN pada PRU-13 akan datang. Berasaskan kepada perkembangan se masa ini, Kerajaan Pulau Pinang telah terasa, bahawa pemerintahan mereka, akan dinoktahkan selepas PRU-13, atas sebab itu-Lim Guan Eng awal-awal lagi menyokong pelan BN untuk negeri mutiara itu.

Dalam politik semuanya boleh berlaku.. apa kah sokongan Lim Guan Eng kepada Putrajaya itu, peristiwa tahun 70-an akan berulang, di mana pada ketika itu, Gerakan adalah parti pembangkang, kemudian mennyertai BN. Politik senantiasa berubah berasaskan keadaan dan situasi semasa. Mungkin kah DAP menyertai BN meninggalkan PAS dan PKR?.. Pas tidak akan bergabung dengan BN selagi Nik Aziz bersama parti itu, demikian juga PKR, tidak akan menyertai BN, selagi Anwar menjadi pemimpinnya.

1 April 2011

Video Dedahan Datuk T tulen-Apa kata Anwar?

Mesti Anwar kata rakaman itu konsiprasi menjatuhkannya.

Para peguam Anwar dan para pemimpin PKR mahukan mereka yang mendedahkan video sex itu supaya ditangkap. Mereka bersalah kerana merakam dan memiliki video lucah, apatah lagi membabitkan pemimpin mereka-Anwar Ibrahim.

Setakat ini yang mengaku bahawa pelaku sex itu adalah Anwar adalah Eskay-teman rapat Anwar. Pihak polis belum mengesahkan siapa lelaki dalam video itu. Polis hanya mengesahkan bahawa rakaman video adalah tulin bukan hasil rekayasa multimedia.

Anwar sebelum ini telah menafikan bahawa lelaki dalam video itu adalah dirinya walaupun wajah lelaki dalam video itu mirip wajahnya. Alasan yang dikemukakan Anwar adalah bahawa perut lelaki yang melakukan hubungan sex dengan wanita cina itu berperut buncit. Lagipun kata Anwar, semasa rakaman itu dibuat, dia berada di rumah bersama keluarganya dan sibuk melayan penyokongnya melalui twitter dan FB.

Dalam catitan twitter Anwar-ada kelopongan masa sejam antara 9.20-10.45 malam, di mana masa itu Anwar tidak menghantar twitter, kebetulan, rakaman video juga di buat pada masa Anwar tidak menghantar twitter pada 21 Februari,2011.

Namun, OKB masih menunggu laporan polis bagi pengesahan siapa kah lelaki mirip Anwar itu.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels