25 June 2011

Orang ini anti islam-kenapa Pas sokong?

Fakta Ambiga anti islam:

Menyokong dan menjadi peguam kepada Lina Joy seorang islam yang keluar islam.

Semasa menjadi presiden Majlis peguam telah menerima pembentukan IFC-Inter-fatih commission dengan 14 tuntutan yang mempersoalan kedudukan agama islam dan bercanggah dengan perlembagaan negara.

Dengan latar belakang Ambiga yang jelas-jelas anti islam, kenapa parti Pas menyokongnya?

Selain itu, kaum melayu yang ada dalam PKR, apa kah kerana seorang ini, maka pegangan agama diketepikan, kerana sesuatu tujuan peribadi.

Dengan menyokong Ambiga melalui Bersihnya, apa kah kaum melayu hanya boleh mencapai hasrat yang diinginkan jika berketuakan seseorang yang anti agama?

Apa kah kaum melayu-islam, tidak yakin lagi kepada kaum sendiri dan anutan agama islam? sehingga perlu berlindung dengan individu yang secara terang-terangan anti islam. Fakta lain Ambiga anti islam disini

24 June 2011

Fakta Kes-Pendakwaan Trio Datuk T

Fakta kes
1. Pada akhir bulan Februari 2011, Dato' Shazryl Eskay bin Abdullah (selepas dirujuk sebagai “Dato' Eskay”) telah pergi berjumpa dengan Dato' Shuaib bin Lazim (selepas ini dirujuk sebagai “Dato' Shuaib”) di Taman Sri Ukay, Ampang, Selangor berkenaan satu peranti storan media USB (pendrive) yang mengandungi rakaman hubungan seks di antara seorang lelaki yang dipercayai Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (selepas ini dirujuk sebagai “Dato' Seri Anwar”) dengan seorang perempuan warganegara China.

2. Dato' Shazryl dan Dato' Shuaib telah berbincang sesama sendiri dan telah bersetuju untuk berjumpa dengan Tan Sri A Rahim bin Tamby Chik (selepas ini dirujuk sebagai “Tan Sri A Rahim”) berkenaan kandungan peranti tersebut memandangkan ianya sensitif dan melibatkan kepentingan negara.

3. Dato' Shazryl dan Dato' Shuaib telah berjumpa dengan Tan Sri A Rahim di Wisma UOA, Jalan Pinang, Kuala Lumpur berkenaan kandungan peranti tersebut. Setelah berbincang, mereka bertiga membuat keputusan untuk menayangkan rakaman video yang terkandung dalam peranti tersebut dan memutuskan untuk memanggil wartawan bagi menyaksikan rakaman video tersebut.

4. Dalam perbincangan tersebut, Tan Sri A Rahim mencadangkan tayangan rakaman video berkenaan dibuat di Hotel Carcosa Seri Negara dan menjemput beberapa wartawan untuk menyaksikannya. Perkara ini dipersetujui oleh Dato' Shazryl dan Dato' Shuaib.

5. Pada 19 Mac 20011, Tan Sri A Rahim telah menghubungi seorang bernama Haji Kamarulail bin Sulaiman dan meminta beliau menempah sebuah bilik di Hotel Carcosa Seri Negara.

6. Pada 20 Mac 2011, Haji Kamarulail telah pergi ke Hotel Carcosa Seri Negara di Jalan Mahameru, Kuala Lumpur dan telah menempah bilik Seri Makmur di atas nama Tan Sri A Rahim bermula daripada hari tersebut sehingga 21 Mac 2011 (Isnin).

7. Pada 20 Mac 2011, Dato' Shazryl telah meminta ketua wartawan The Star, Sirajinisa bt Habibu Mohd untuk menyebarkan kepada wartawan media supaya hadir di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac 2011 mengenai satu cerita yang besar demi kepentingan negara.

8. Sirajinisa telah menyebarkan jemputan ini kepada beberapa wartawan dan wartawan-wartawan tersebut pula turut membuat sebaran yang sama pada wartawan-wartawan lain.

9. Pada 21 Mac 2011, ramai penyunting akhbar dan wartawan telah tiba di Hotel Carcosa Seri Negara seawal jam 9.00 pagi. Dato' Shazryl telah meminta Dato' Shuaib supaya menapis wartawan-wartawan yang hadir sebelum dibenarkan masuk Bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara bagi menyaksikan tayangan video tersebut.

10. Pada jam 10.00 pagi, penayangan rakaman video yang mengandungi adegan aksi lucah ini kemundiannya dilakukan oleh Dato' Shazryl menggunakan sebuah LCD CPU jenama Lenovo kepunyaan Dato' Shazryl. Semasa tayangan rakaman video dijalankan, Dato' Shazryl juga telah memberi penerangan mengenai rakaman video tersebut. Dato' Shazryl juga telah menerangkan bahawa gambar beliau turut terakam sebelum rakaman hubungan seks di antara Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dengan seorang perempuan warganegara China. Dato' Shuaib juga hadir pada sepanjang masa penayangan di bilik Seri Makmur Hotel Carcosa Seri Negara. Penayangan video tersebut dilakukan secara berulang dan pada setiap tayangan hanya beberapa orang wartawan sahaja yang dibenarkan untuk menontonnya.

11. Tayangan ini mengambil masa di antara 20 hingga 25 minit. Secara keseluruhannya, seramai 13 wartawan telah menyaksikan tayangan rakaman video tersebut dan tayangan terakhir tamat lebih kurang jam 12.00 tengahari.

12. Pada 22 Mac 2011, Dato Seri Anwar telah membuat laporan polis berhubung penayangan tersebut vide Tun SHL Report 9703/11.

13. Pada 23 Mac 2011 jam 4.00 petang, satu sidang media telah dilakukan oleh Dato' Shazryl dan Tan Sri A Rahim di Hotel Impiana KLCC Kuala Lumpur. Dalam sidang media tersebut, Dato' Shazryl dan Tan Sri A Rahim mengaku mereka bersama Dato Shuaib bertanggungjawab menayangkan rakaman video tersebut kepada wartawan terpilih di Hotel Carcosa Negara pada 21 Mac 2011.

14. Pada 24 Mac 2011 jam 5.00 petang, Dato Shazryl dan Tan Sri A Rahim telah datang ke ibu pejabat polis Bukit Aman untuk menyerah diri dan memberi kerjasama dalam siasatan yang dijalankan. Dato' Shazryl telah menyerahkan peranti yang mengandungi rakaman hubungan seks Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dengan seorang perempuan warganegara China.

15. Pada 25 Mac 2011, Dato' Shuaib telah datang ke ibu pejabat polis Bukit Aman untuk menyerah diri dan memberi kerjasama dalam siasatan yang dijalankan.

16. Keterangan mendapat rakaman tersebut diambil dalam sebuah bilik apartment di .... [dipadam] Ampang .... [dipadam] Kuala Lumpur.

17. Pihak polis telah mendapatkan rakaman CCTV di apartment tersebut dan telah mendapati kehadiran Dato' Seri Anwar bersama Dato' Shazryl di lobi apartment tersebut pada 21 Februari 2011.

18. Keterangan menunjukkan rakaman video tersebut mengandungi adegan aksi lucah iaitu perbuatan menghisap kemaluan lelaki oleh seorang wanita dan persetubuhan di antara lelaki dan seorang wanita dalam keadaan kedua-duanya bogel.

19. Hasil analisa oleh pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika Syarikat telah mengesahkan rakaman video tersebut adalah tulen iaitu tidak dilakukan sebarang tampering dan superimpose serta berasal daripada satu alat perakan DVR yang dirampas dari Dato' Shazryl.

20. Pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika juga telah menjalankan facial recognition analysis terhadap pelaku seks (lelaki) di dalam rakaman video dan hasilnya mendapati adalah menyerupai Dato' Seri Anwar.

Barang kes:

1. Tun HSL Report 9703/11

2. Alat perakan DVR

3. Satu peranti storan media USB (pendrive) LCD CPU jenama Lenovo

22 June 2011

Semalam dengan kawan lama

Teman ini ada lah penggiat teater. Belajar sehingga ke Taman Ismail Marzuki, Jakarta. Taman Marzuki adalah kilang para seniman indonesia.

Kata teman itu, kini dia membuka kelas di Keningau, bukannya di tempat kelahirannya Kota Belud.

Alasan yang diberikan mudah sahaja, kenapa tidak membuka kelas di Kota Belud? Orang Kota belud penuh dengan egonya, manakala, di tempat lain, menghargai ilmu.

OKB terfikir, mungkin sebab itu, Kota Belud lambat membangun. Kota Belud adalah kawasan di mana Umno mula bertapak.

Penghidupan di Kota Belud, sejak merdeka tergantung kepada hasil pertanian dan perikanan. Belum ada kilang yang bersifat industri di daerah ini.

Penduduk yang menguasai perekonomian adalah kaum cina, walaupun jumlahnya hanya sedikit.

Di kota Belud juga berlaku keunikan, apabila ada kaum cina yang menjadi ahli Umno, dan menang dalam perwakilan G7.

Seperti lajimnya kawasan yang mundur adalah bank votes kerajaan yang memerintah. Semua tiga DUN dan satu parlimen dikuasai oleh UBN.

Kota Belud yang terdiri daripada tiga suku kaum terbesar-Bajau-Dusun-Iranun dan sedikit kaum cina.

Untuk sementara hanya kaum bajau dan dusun menjadi wakil rakyat daerah ini. Walaupun iranun biasanya tidak ketinggalan dalam arena politik, namun kali ini diketepikan dengan mutlaknya.

Di peringkat negeri- jawatan setiausaha politikpun tidak disandang oleh kaum ketiga terbesar di daerah ini.

Di peringkat negeri, jawatan-jawatan politik dikuasai oleh warga baru sesuai dengan slogan 1Malaysia.

Bernasib baik lah Speaker Dewan Rakyat ada lah daripada suku kaum iranun; namun dipercayai perlantikan tersebut bukan bersandarkan kepada suku, namun sebagai kepuyaannya sebagai individu.

Benarlah, kata teman OKB itu, orang Kota Belud, egonya tinggi, yang penting menang sorak, walaupun kampung tergadai.

20 June 2011

Swing votes 5% undi kaum cina kepada Pembangkang kerajaan BN dalam bahaya

Melihat kepada undi popular keputusan PRU-12 (PRU 2008); BN mendapat 51.2%. Melalui undi popular itu, BN mendapat 140 kerusi parlimen dan mengekalkan kerajaan BN, walaupun tiada kuasa 2/3 daripada jumlah 222 kerusi keseluruhan.

Daripada jumlah kerusi parlimen yang diperolehi BN- Sabah dan Sarawak menyumbang 54 kerusi (Sabah 24 dan Sarawak 30), sementara di Semenanjung BN hanya mendapat 86 kerusi( UMNO-66; MCA 15, MIC 3 dan Gerakan 2).

Melihat kepada keputusan PRN Sarawak yang baru berlalu, dimana BN menang hanya 55 kerusi dengan undi popular 53.9%, maka jika undi itu diterjemahkan kepada undi parlimen hanya mewakli 19 kerusi.Jika ini berlaku, maka BN sarawak kehilangan 10 kerusi berbanding apa yang diperolehi pada tahun 2008.

Sementara itu, Di Sabah pula dikatakan bahawa trend pengundian Sarawak akan berlaku di negeri di bahawa bayu itu, dan diperkirakan sekurang-kurangnya 6 kerusi parlimen akan jatuh ke tangan Pembangkang. Kawasan yang diperkirakan akan jatuh adalah Penampang, Sepanggar, Tawau, Tuaran, Pensiangan dan Putatan; selain Kota Kinabalu. Apabila itu berlaku, maka Bn hanya mendapat 18 kerusi daripada 25 kerusi parlimen.

Jika di Semenanjung, MCA, MIC dan Gerakan gagal mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRU-12, yakni 20 kerusi, dan andaikan UMNO mempertahankan kerusi 66 yang dimenanginya pada 2008, maka jumlah keseluruhan kerusi Bn: Sarawak-19, Sabah-18, Semenanjung-66= 103 kerusi dan selebihnya adalah milik pembangkang=119 kerusi. jika ini berlaku, maka pembangkang akan menubuhkan kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah.

Selepas PRU-13 kita akan menyaksikan, bahawa untuk pertama kalinya kaum melayu dan bumiputera akan menjadi pembangkang. Walaupun PAS mungkin mempertahankan jumlah kerusi parlimennya (24 kerusi), namun parti itu hanya menjadi pelengkap kepada kerusi DAP dan PKR. Pada masa itu juga kita menyaksikan, bahawa jumlah ahli parlimen daripada kaum cina mengatasi dalam Pembangkang mengatasi jumlah kerusi yang dimilki kaum melayu dan bumiputera.

Walaupun Anwar akan dilantik sebagai Perdana Menteri-akan tetapi keadaan di Negeri Perak akan berlaku, apabila Nizar Jamaluddin dilantik sebagai MB- pemimpin DAP seperti Ngo dan Ngah yang berkuasa. Demikian juga nanti, apabila Anwar menjadi Perdana Menteri, yang berkuasa adalah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh; apatah lagi, kedudukan Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri Pertama.

Analis blogger sekali ketok dengan tajuk: PRU13: Dari mana BN Dapat Kerusi? ada lojiknya. Disini

17 June 2011

Rakyat Sabah dalam dilema?

Akan berulangkah tindakan rakyat Sabah apabila menolak parti BN Sabah seperti apa yang berlaku pada tahun 1985?

Rakyat Sabah masa itu, hanya mahu menjatuhkan kerajaan Berjaya, pimpinan Datuk Harris Salleh. Selama 9 tahun Berjaya memerintah-hanya orang-orang dikeliling Harris diberi keutamaan dan diberi peluang daripada semua segi. Keadaan kini di Sabah hampir sama keadaannya seperti tahun 1985, walaupun ada berbedaan, namun perbedaan hanya sedikit.

Selama 9 tahun pemerintahan PBS 1985-1994, bumiputera islam dan bukan islam yang bukan ahli KCA merasa dianak tirikan, sebab itu- pemimpin seperti Datuk Mark Koding, Datuk Kalakau Untol, Tan Sri Pandikar, Tun Juhar Mahiruddin menentang kerajaan PBS. Penentangan mereka itu mempunyai asas yang kuat, apabila terbukti pada tahun 1990 diambang pembuangan undi-PBS meninggalkan BN dan persitiwa itu hingga kini disebut sebagai tikam belakang.

Akibat tikam belakang itu, Tun Mustapha menjemput UMNO dan mengorbankan parti USNO untuk masuk Sabah. secara rasminya-Umno bertapak di Sabah pada tahun 1991 dan bermula di Kota Belud, Sabah. Tun Mustapha terpaksa mengosongkan DUN Usukan, kerana undang-undang anti lompat-masih lagi berkuat kuasa ketika itu. Tun Mustapha dipilih untuk mempertahankan semula kerusi DUN Usukan atas tikit UMNO melawan calon PBS Jap Omar-Pegawai Daerah Kota Belud yang meletakkan jawatan serta merta kerana semata-mata untuk bertanding.

Pada PRK itu, ternyata Tun Mustapha menang dengan mudah, maka bertapaklah Umno di bumi Sabah.

Dua pilihanraya umum dilalui Umno yang bergabung dengan AKAR dan LDP sebagai komponen BN Sabah melawan PBS, namun PBS ternyata masih dipertahankan oleh kawasan2 majoriti KDM dan kaum cina, sementara kawasan2 majoriti bumiputera islam ditawan oleh BN, kecuali DUN Klias yang masih mempertahan Datuk Lajim Haji Ukin. Kawasan2 seperti Tempasuk, Sulaman, Bengkoka, semuanya ditawan semula oleh BN.

Pada PRU 1994, daripada 48 DUN, BN mendapat kerusi 23 berbanding PBS 25. Keadaan ini serupa pada tahun 1985, dimana PBS mendapat 25, Berjaya 5 dan USNO 18. Selepas keputusan PRU itu, sebelum Pairin mengangkat sumpah ada sedikit kekecohan berlaku, apabila Harris Salleh berjaya mempengaruhi Tun Mustapha untuk mengangkat Sumpah sebagai Ketua Menteri dengan mengambilkira DUN lantikan-seramai 8 orang, maka USNO dan Berjaya mempunyai majoriti 6 kerusi. Namun atas keputusan Tun Musa Hitam, atas kapasitinya sebagai Pemangku Perdana Menteri, tidak bersetuju dengan cadangan Harris itu, sebaliknya meminta Pairin mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah.

Apabila Pairin menjadi Ketua Menteri Sabah, maka bermulalah episode hitam kepada rakyat bumiputera islam Sabah-kecuali mereka yang menjadi pemimpin PBS seperti Datuk Lajim Haji Ukin, Datuk Baharom Abu Bakar Titingan dan beberapa pemimpin lagi.

Apabila keadaan bertambah parah dan bukan sahaja bumiputera islam tertindas malah juga bumiputera bukan islam yang bukan ahli KCA, maka para pemimpin PBS seperti Mark Koding, Kalakau Untol dan Pandikar Amin Mulia keluar PBS dan menubuhkan AKAR. Selain itu, kaum cina yang merasa juga dianaktirikan oleh pemimpin cina dalam PBS-telah menubuhkan LDP yang diketuai oleh Chong Kah Kiat-mantan pempimpin parti Berjaya.

UMNO-AKAR-LDP secara terus menerus menentang PBS, sehinggalah PBS tumbang kerana ilmu pukau Anwar Ibrahim- Lajim Ukin dan Rubin Balang keluar PBS dan menyertai UMNO. Pada tahun 1994, selepas dua bulan PRU 1994, BN membentuk kerajaan negeri Sabah dan melantik Tan Sri Sakaran Dandai sebagai Ketua Menteri pertama dalam sistem penggiliran Ketua Menteri Sabah.

PBS hanya dapat bertahan sehingga tahun 2002 sebagai parti pembangkang terbesar dalam DUN Sabah, pada tahun itu juga PBS diterima semula ke pangkuan BN atas inisiatif Tan Sri Chong Kah Kiat-Ketua Menteri Sabah ketika itu.

Pada PRU 2004, PBS bertanding atas lambang BN bersama-sama komponan BN yang lain. Pada PRU itu, semua kerusi DUN hampir dikuasai oleh BN kecuali DUN Kuala Penyu yang dimenangi oleh John OT Gani mantan pemimpin UMNO atas tikit bebas. Sementara Parlimen hanya Sandakan yang terlepas ke tangan calon bebas.

Pada PRU 2008, BN Sabah juga mengulangi kejayaannya dan hanya kalah di DUN Sri Tanjung dan Parlimen Kota Kinabalu kepada DAP. Kedua-dua kawasan yang jatuh ke tangan DAP itu adalah kawasan yang ditandingi oleh calon PBS atas tikit BN.

Komponen BN yang lain seperti Umno, LDP, SAPP UPKO, PBRS, MCA semua menang 100 peratus.

Namun akibat tsunami politik yang melanda parti MCA, Gerakan dan MIC di Semenanjung, maka SAPP keluar BN, dengan mengkambing hitamkan kepimpinan Tun Abdullah Badawi.

Walaupun, SAPP keluar BN, namun kuasa 2/3 BN di DUN Sabah tidak terganggu gugat. Di antara komponen parti BN- Umno menguasai kerusi terbanyak diikuti oleh PBS, walaupun PBS kehilangan DUN Sri Tanjong.

Akibat pergolakan parti komponen yang berasaskan kaum cina dan keluarnya SAPP, maka parti yang kelihatannya tanpa masalah dalaman adalah PBS selain parti yang mempunyai kerusi kedua terbanyak selepas Umno. PBS melihat peluang ini; maka permintaan demi permintaan secara tertutup mahupun terbuka dengan mengatasnamakan kaum KDM, akhirnya berbaloi apabila kini Jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah dua daripada tiga disandang oleh parti PBS. Selain itu, atas permintaan PBS, maka Datuk Bandar Kota Kinabalu diberikan kepada kaum KDM.

Satu perkara yang juga perlu diketahui bahawa menteri-menteri atau pembantu menteri daripada komponen BN Sabah selain UMNO yang ada dalam kabinet Sabah kini, sebenarnya berasal daripada PBS-dimana suatu ketika adalah musuh utama UMNO-AKAR-LDP.

Secara luaran, kabinet Sabah selain UMNO terdiri daripada komponen BN seperti UPKO, namun secara dalaman, ianya adalah PBS. Hakikat ini, diperkuat lagi, apabila dua Timbalan Ketua Menteri adalah daripada PBS.

Rakyat jelata Sabah melihat ini semua terutama para penyokong Umno-AKAR (kini dibubarkan) serta LDP yang terdiri daripada penyokong senyap, bahawa kerajaan Sabah sebenarnya dikuasai semula oleh para pemimpin PBS. Berasaskan kepada senario ini, maka pemimpin seperti Datuk Chin Su Phin-Timbalan Presiden LDP wajar berkata- bahawa partinya telah hilang kepercayaan kepada Pengerusi BN Sabah juga merangkap Ketua Menteri Sabah-Datuk Musa Aman. Kenyataan Chin itu, sebenarnya mewakili suara rakyat majoriti, mungkin atas sebab itu, puncuk pimpinan pusat, melantik Chin sebagai senator, untuk memberi isyarat kepada Musa, bahawa kenyataan Chin terhadapnya mempunyai merit.

Puncuk pimpinan Pusat telah melihat, akbiat tindakan Musa, Sabah kini belum pasti lagi sebagai Simpanan Tetap BN, dan rakyat akan berpaling tadah dan tidak mengundi BN atas alasan protes pada PRU-13 akan datang.

Musa merasakan bahawa memang keadaan itu belaku, atas sebab itu Naib Presiden UMNO Datuk Hishamuddin menyuarakan semasa merasmikan persidangan Bahagian Umno Libaran-dimana Musa adalah ketuanya, bahawa Musa akan mengetuai cabaran BN pada PRU-13. Dengan kenyataan tersebut, maka boleh menjadikan landasan kuat kepada Musa untuk memberitahu rakyat, bahawa beliau masih diperlukan oleh pucuk pimpinan.

Satu catatan sejarah politik Sabah yang tidak akan terpadam adalah satu pendirian serupa (pendirian Hishamuddin terhadap kepimpinan Musa Aman) pada tahun 1984, di mana pada masa itu, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad pernah berkata, bahawa kerajaan Pusat bersedia "sink and swim with Berjaya" ertinya kerajaan Pusat sangat menyokong kepimpinan Datuk Harris sebagai Ketua menteri dan Parti Berjaya yang memerintah Sabah masa itu. Namun, apabila DUN Sabah dibubarkan pada tahun 1985, bukan sahaja Berjaya kalah teruk, Harris juga kehilangan kerusi DUNnya. Harris kalah teruk kepada Kadoh Agundong, pendatang baru dalam politik.

Kesilapan puncuk Pimpinan BN Pusat masa itu adalah kegagalan membaca isyarat rakyat yang mahukan perubahan pucuk pimpinan negeri. Rakyat ketika itu telah muak dengan tindak tanduk Harris; keadaan sama berlaku kini, apabila rakyat secara senyap telah muak dengan kepimpinan Musa.

Puncuk pimpinan hanya mendapat maklumat daripada agensi yang pro kerajaan seperti jasa, polis, jabatan penerangan, kemas dan sebagainya, namun maklumat daripada rakyat jelata, yang bersifat senyap-hanya terlihat kepada sambutan dingin terhadap aktivti pemimpin seperti juara rakyat, acara turun padang dan semacamnya.

Jika pimpinan Pusat gagal memenuhi isyarat rakyat-bahawa mereka menginginkan perubahan pucuk pimpinan Sabah agar Sabah masih dapat dipertahan sebagai simpanan tetap BN- maka kenyataan Hishamuddin semasa merasmikan Persidangan Bahagian Umno Libaran minggu lepas- bahawa Musalah yang mengetuai cabaran BN pada PRU-13 akan datang akan menjadi iguan buruk kepada BN.

Siapa kata pada tahun 1985, Datuk Harris tidak menguasai semua Ketua Bahagian Berjaya serata AJK-AJKnya sekali? namun rakyat jelata jua yang berbicara.

Jika DS Najib mahukan BN rebah menyembah bumi, teruskan lah kepiminan yang ada sekarang di Sabah. Menyesal kemudian tidak berguna. Fikir-fikirkan lah.

16 June 2011

Pemuda UMNO juga berhimpun pada 9 Julai

Menurut Ketua Pemuda Umno-Khairy Jamaluddin melalui twitter petang tadi, bahawa Pemuda umno juga akan berhimpun pada 9 julai; bertujuan untuk memperkukuh sistem demokrasi negara ini.

Sementara itu, mantan Setiausaha agung pemuda- Datuk Rahman Dahlan, berjanji mampu menggerakkan- no problem 500K-pemuda pada hari itu. woooo.. mungkin hari itu akan berlaku kiamat di KL. Chow kit, Jalan Tun Razak, Jln Tunku Abdul Rahman, dataran Merdeka, akan digenangi darah, sementara mereka yang cedera- HKL terpaksa menolak.

Demi menyambut hari itu- Persatuan Bulan Sabit Merah-- diminta siap sedia, bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan kawasan tumpuan, dinasihatkan pulang kampung dulu, kalau ada kampung.

Jika pemuda umno yang mencecah 500 ribu, bertembung dengan ahli Pas-katanya sejuta belum lagi ditambah penyokong PKR, maka pada hari itu, KL akan menjadi lautan manusia.

Tak sabar menyaksikan pertunjukkan gilang gemilang itu.

14 June 2011

Negara Kebajikan Pas- Mirip Sosialis- Salleh Said

Salleh Said berkata Kerajaan rakyat yang diamalkan BN adalah jauh lebih baik berbanding kerajaan kebajikan yang diuar-uarkan Pas yang kelihatannya mirip fahaman sosialisme.

Timbalan Pengerusi Umno Sabah itu menambah bahawa kerajaan rakyat (BN) merangkumi semua aspek termasuk kebajikan rakyat.

Menurut Salleh yang juga Speaker DUN Sabah- Pas cuba memberi nafas baru kepada usaha kebajikan yang sudah dilaksanakan kerajaan BN, dalam usaha meraih sokongan rakyat menjelang pilihanraya umum akan datang.

Selain itu, Ketua Bahagian Umno Kota Belud itu juga berkata, kerajaan rakyat menentukan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan pengagihan kekayaan negara yang berpaksi kepada aspirasi gagasan 1Malaysia.

Menurut mantan Ketua Menteri Sabah itu lagi- negara akan hancur jika dipimpin parti-parti yang terikat dengan kahwin kontrak yang tidak mungkin berkekalan. Sebaliknya, kata beliau-Malaysia memerlukan seorang Perdana Menteri seperti DS Najib yang mempunyai rekod khidmat cemerlang, berpengalaman dan berorentasi rakyat.

13 June 2011

MP DAP mengeluh: Harga makanan di Dewan Rakyat mahal

Nie Ching Teo | TeoNieChing (Twit):Can some1 pls remind the boss of this coffee room @ Parliament tat not all MPs own companies or receive timber contracts?

11 June 2011

Pemimpin Umno Sabah? mahu berubah kah?

OKB terbaca satu tajuk pada sebuah portal yang baru muncul di dunia siber ini rabu lepas. Tajuk daripada portal tersebut : MAMPUKAH UMNO SABAH BERUBAH?

Melihat kepada tajuk tersebut-OKB tertanya-tanya pada diri sendiri-kenapa perlu berubah? bukan kah Sabah yang ditunjangi UMNO adalah "Simpanan Tetap BN" sepertimana kata-kata DS Najib sebaik sahaja dilantik sebagai PM selepas mengambil alih jawatan tersebut daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Namun selepas membaca seterusnya tulisan itu, nampaknya isu sebenar yang cuba disampaikan oleh penulis itu, ada lah pergelutan tersembunyi antara kepimpinan Umno negeri dan seorang pemimpin Umno di peringkat pusat.

Walaupun penulis itu tidak menyebut nama, namun telah menjadi rahsia umum, pemimpin yang dimaksudkan itu adalah Pengerusi Umno Negeri-Datuk Musa Aman dan Naib Presiden ke 3- Datuk Safie Apdal.

Kenapa ada persepsi bahawa terdapat pergeseran antara Musa dan Safie? Sebenarnya ini yang menjadi pertanyaan ramai kalangan akar umbi Umno? kenapa adanya pergeseran itu?

Baru-baru ini, Safie semasa ditanya selepas merasmikan masyuarat bahagian Papar yang diketuai oleh Datuk Rahim Ismail (pemimpin Umno yang juga mempunyai pergeseran pendapat dengan Musa)- Safie berkata- beliaupun tidak faham kenapa, lawatan-lawatannya di berbagai temapat di Sabah selain Semporna, disalah ertikan sebagai merampas kepimpinan negeri; sedangkan beliau menerajui satu kementerian jika dilihat dari segi peruntukan jauh lebih besar dibanding dengan bajet tahunan negeri.

Berbalik kepada tulisan portal berita (rontogdaily.com)-penulis mengingatkan para pemimpin Umno, bahawa mereka berada dalam singgahsana mereka, kerana rakyat, jika rakyat tidak meletakkan mereka pada kedudukan mereka yang ada, maka tiadalah kedudukkan itu.

Penulis itu juga menegur kealfaan para pemimpin itu, kerana terbuai dengan kedudukan, maka mereka hanya nampak kroni-kroni mereka dan sambil itu-mengatur strategi untuk mempertahankan kedudukan.

Penulis itu juga, suka mengingatkan pemimpin yang berbalah itu, serta tindak tanduk kepimpinan Umno negeri- bahawa perkara yang sama berlaku di Semenanjung-akibatnya BN kehilangan 4 negeri, dan jika WP diambilkira-maka 5 negeri terlepas daripada tangan BN; dan hampir Negeri Sembilan juga jatuh ke tangan pembangkang.

Keadaan sekarang, di mana kerabat dan kroni yang menguasai apa sahaja bidang yang bersifat ekonomik penjawatnya adalah daripada kalangan kroni2, demikian juga mereka yang menggunakan sekeping kertas dan air liur, kebanyakannya mereka ada "hubungan mesra" dengan pemimpin tertentu disamping "hubungan mesra" dengan para pegawai yang diberi kepercayaan mengatur projek2 tertentu dalam negeri.

Apabila kita berhubungan dengan pejabat Ketua Menteri- Adik kepada seorang pembantu menteri adalah orang harapan, pegawai yang mengontrol dipihak kerajaan, juga adik atau kakak kepada pembantu menteri- dan apabila kita kementerian yang jaga duit-disitu juga pembantu menteri itu bertugas. Ertinya, kemana sahaja, pusing kiri-atas-bawah- kita akan berjumpa dengan keluarga yang berbin dan berbinti orang yang sama.

Demikian juga, apabila kita berurusan dengan projek2 yang pembangunan- orang yang berkuasa adalah orang yang ada kaitan dengan kepimpinan negeri.

Perkara ini lah yang cuba dibayangkan atau dibangkitkan oleh penulis portal itu. Rupanya apabila kita berada di atas, kita terlupa melihat ke bawah, kita mungkin alfa-terlalu banyak mata memerhati kita.

Mampukah Umno Sabah Berubah? sepatutnya mampukah pemimpin UMNO Sabah berubah?!

10 June 2011

Empangan Tambatuon Kota Belud: Perang antara Lim Kit Siang-Rahman Dahalan-memuncak

Sidang Parlimen akan bermula pada Isnin 13 Jun, namun peperangan antara Lim Kit Siang-Penasihat DAP dan Datuk Rahman Dahlan Ahli Parlimen Kota Belud daripada BN, berlarutan sehingga kini.

Perbalahan antara Kit Siang dan Rahman, berpunca apabila Lim Kit Siang melawat sebuah Kampung di Kota Belud yang bernama Kg Tambatuon.

Kg Tambatuon adalah sebuah kampung yang terletak berdekatan dengan kaki Gunung Kinabalu, namun kampung itu berada dalam kawasan Parlimen 169 Kota Belud, dan DUN Kedamaian.

Penduduk kampung Tambatuon adalah terdiri daripada Kadazan-Dusun.

Sumber kehidupan penduduk kebanyakan daripada hasil pertanian dan perkebunan.

Keadaan topografi Tambatuon yang berada dicelah-celah bukit dan lembah, maka sangat sesuai untuk pembinaan empangan, atas sebab dinding empanpan tersebut tidak perlu dibina kerana, bukit telah menjadi dinding semulajadi.

Empangan, sangat diperlukan di Kota Belud, untuk mengairi tanah sawah yang landai di kawasan Tempasuk dan Usukan yang juga dua kawasan DUN di kawasan Parlimen Kota Belud.

Walaupun, Kota Belud mempunyai tanah landai yang sesuai untuk tanaman padi, namun keluaran padi di kawasan itu tersebut, belum bersifat komersial, kerana potensi yang ada tidak dapat diekspolitasikan, penyebabnya adalah masalagh air.

Perparitan yang ada tidak sesuai, kerana apabila musim banjir, sistem perpartian itu akan tertutupi oleh segmenatasi lumpur yang terbawa daripada aliran air daripada arah kaki Gunung Kinabalu.

Itulah penyebabnya kenapa empangan diperlukan di kawasan itu, selain untuk tujuan sumber air di musim kemarau, juga sebagai pembentong dikala musim banjir.

Penduduk Kg Tambatuon dianggarkan kira-kira 800 orang, namun pengorbanan penduduk itu, boleh membantu-80 ribu penduduk Kota Belud yang lain.

Kemunculan idea pembinaan Empangan Tambatuon ketika mana, Menteri pertanian dan Asas Tani Persekutuan, Datuk Noh Omar mengumumkan Projek Jelapang Padi di Kota Belud, pada awal tahun 2009. Sebelum itu, memang ada ura-ura pengwujudan projek tersebut semasa kementerian itu di sandang oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin-sekarang TPM dan Menteri Pelajaran.

Persoalannya sekarang, pendekatan kepada penduduk kampung di mana empangan tersebut dibina gagal dilakukan oleh wakil rakyat baik parlimen mahupun ahli dewan udangan negeri.

ADUN Kedamaian, Datuk Herbert Timbon Lagadan sepatutnya orang pertama yang perlu mendekati penduduk kampung tersebut, menguraikan matalamat dan tujuan pembinaan empangan tersebut. Ini tidak, kata orang projek empangan tersebut telah "masuk angin" apabila ada elemen-elemen tertentu yang mengapi-apikan penduduk di kampung tersebut, untuk membantah pembinaannya.

Pelik juga, projek yang begitu penting bagi penduduk majoriti Kota Belud, telah telah diambil mudah oleh wakil rakyatnya.

Nah kini, apabila pihak pembangkang mempolitikkan pembinaan empangan tersebut, kerana pihak pembangkang telah yakin, bahawa propaganda mereka telah berjaya, maka barulah wakil rakyat Kota Belud, terkial-kial mempertahankan pembinaan empangan tersebut melalui laman twitter atau blog, di mana OKB yakin dan pasti-mungkin tiada seorangpun penduduk kg Tambatuon membaca "rebuttal" Datuk Rahaman Dahalan tersebut.

Bagi OKB, apabila isu pembinaan empangan Tambatuon tersebut di bawa kepada sidang dewan rakyat, bukan sahaja membuka pekong wakil rakyat BN yang mewakili kawasan tersebut, juga penyelesaian isu ini tidak mungkin terselesaikan. Isu dan agumen hanya menjadi nota dan sejarah.

Akhirnya penduduk Kota belud yang majoriti yang melopong.

Bagi Lim Kit Siang, apa sahaja projek yang bersifat membantu penduduk penyokong BN akan terus dihalang, kerana Kit Siang tahu, Kawasan Kota Belud, adalah bank Votes BN.

Berlainan dengan pembinaan Empangan di Pulau Pinang (Mengkuang Dam) yang dikatakan memerlukan kos RM1.2 bilion, penasihat DAP itu sangat bersetuju, kerana Pulau Pinang adalah bank votes DAP; berbanding dengan kos Empangan Tambatuon hanya menelan kos RM450 juta.

7 June 2011

Negara Kebajikan Pas- Beri laluan mudah pada UMNO: Nazri

Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini menyifatkan PAS sebagai parti “palsu Umno”, yang sanggup mengabaikan prinsip-prinsip Islam demi kuasa politik.

Anggota Majlis Tertinggi Umno ini (gambar) berkata adalah lebih baik bagi Umno jika PAS bertindak menawarkan dirinya satu alternatif kepada parti pemerintah, yang sudah pun mempunyai rekod pencapaian baik bagi rakyat.

“Secara jujur, saya risau... mereka akan memberi saingan yang baik dalam pilihan raya jika PAS kekal sebagai parti Islam. Ia merisaukan saya sebab ada elemen dalam masyarakat Melayu-Muslim yang percaya bahawa apa yang dilakukan oleh PAS bagi negara Islam adalah betul.

“Tetapi, jika mereka menjadi macam Umno, maka mudah untuk menghadapi pilihan raya sebab kita ada rekod pencapaian. Jika tidak, akan ada saingan sengit,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Kata Nazri, dengan mengubah idealisme, PAS bukan lagi “istimewa” ketika ia berusaha untuk mempamerkan kedudukannya sebagai alternatif kepada Umno dalam arena politik negara ini.

Pada Ahad, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa PAS telah mengorbankan prinsip-prinsip Islam demi kepentingan politik sedangkan parti itu sepatutnya menggunakan muktamar kali ini untuk mencari kebenaran di sebalik isu video seks didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muktamar Tahunan PAS 2011 meluluskan usul dibawa Dewan Ulamanya, yang antara lain mengutuk sikap membisu di kalangan ulama rasmi kerajaan, yang didakwa tidak tegas dalam mengutuk tindakan penayangan video seks oleh “Datuk T”.

Muhyiddin juga berkata, BN tidak akan membenarkan ia digunakan sebagai kambing hitam dalam skandal video dan akan berpegang pada pendirian untuk mendapatkan kebenaran menerusi lunas perundangan.

“Kami telus. Dasar kami ialah untuk menyiasatnya, ikut saluran betul untuk menentukan dalang dan sebab-sebab di sebalik (kejadian itu),” katanya lagi.

“Malangnya bagi PAS, mereka mendakwa Islam tetapi mereka menjauhkan diri daripada jalan Islam. Mereka hanya ambil berat soal kepentingan politik dan bukannya mengenai soal mendapatkan restu Allah,” kata beliau.

Nazri juga bersetuju dengan Muhyiddin bahawa Malaysia, di bawah pemerintahan Barisan Nasional, telah lama melaksanakan konsep negara berkebajikan dengan mengutamakan keperluan golongan miskin dan tidak bernasib baik.

“Mereka mengubah perjuangan... dulu negara Islam. Sekarang negara kebajikan. Umno sedar perkara ini 50 tahun lalu dan mereka memerlukan 57 mesyuarat untuk menyedari perkara ini. Jadi, anda tahu siapa orang Melayu yang cerdik,” katanya lagi.

Nazri juga mengakui bahawa ada kemungkinan sebahagian besar anggota parti itu akan berusaha untuk menggesa agar PAS kembali kepada agenda asal negara Islam.

Katanya, sementara kumpulan progresif diketuai oleh pemimpin popular seperti Mohamad Sabu, mempunyai kelebihan berbanding kepimpinan ulama ketika pemilihan parti, persaingan pelbagai penjuru menunjukkan wujudnya elemen pecah undi.

“Saya melihat anda kena berhati-hati sedikit sebab sebenarnya mereka tidak berubah. Mat Sabu kini pemimpin minoriti dan jika anda campur undi kedua-dua calon (pesaing), anda akan dapat lebih (undi)... undi konservatif pecah,” kata Nazri.

Mohamad menewaskan penyandang Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi pesaing Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

6 June 2011

Datuk Shamsuddin Hayroni yang dituduh subahat dengan Dr Khir Toyo dibebaskan

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi melepas dan membebaskan Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Datuk Shamsuddin Hayroni daripada tuduhan bersubahat dengan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo berhubung pemilikan dua lot tanah dan banglo di Seksyen 7, di sini, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Mohtarudin Baki membuat keputusan itu selepas pendakwaan menarik balik pertuduhan terhadap tertuduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, pertuduhan terhadap Dr Khir diteruskan dan perbicaraan bersambung Rabu.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels