3 July 2011

Ada merit kah Musa Aman jadi Pengerusi GSKBS?

Hanya kerana berjawatan Ketua menteri dan Pengerusi Umno Sabah, maka Musa Aman dilantik sebagai Pengerusi GSKBS!!

Apa kah perlantikan ini untuk selama-lamanya atau hanya pada saat sekarang?

Apa kah perlantikan ini ada tujuan politik? atau kah memang 13 persatuan itu perlukan Musa Aman sebagai pemimpin?

Pada hari Rabu minggu lalu, sebanyak 13 persatuan suku kaum bumiputera Sabah yang menggelarkan diri mereka sebagai Gabungan Persatuan Suku Kaum Bumiputera Sabah atau GSKBS telah mengadakan kunjungan hormat terhadap KM Sabah Datuk Seri Musa Aman. sebagai Pengerusi GSKBS.

13 persatuan kaum itu terdiri dari Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah atau USBO, Persatuan Bangsa Brunei, Persatuan Sama Sabah (PSS), Persatuan Kedayan, Persatuan Ubian, Persatuan Kebudayaan Rungus, Persatuan Murut Sabah (PMS), Persatuan Tabilong, Persatuan Bugis, Persatuan Irranun, Persatuan Bangsa Sungai, Persatuan Kedayan dan Persatuan Lundayeh.

2 July 2011

Persepsi rakyat terhadap PRU-13

Hanya persepsi. Kadang-kadang persepsi jadi kenyataan. Tahun 2008, tiada yang percaya, bahawa Selangor, Pulau Pinang dan Perak jatuh ketangan Pembangkang. Ramai yang beranggapan masa itu, Kedah bakal jatuh dan Kelantan BN terus gagal merampasnya. Namun persepsi masa itu, kawasan-kawasan pantai barat semenajung akan dikuasai pembangkang; kecuali Johor.

Selepas keputusan PRU itu, ternyata Selangor, Wilayah, Pulau Pinang,Perak dan Kedah dikuasai Pembangkang. Sementara Negeri Sembilan, DUN BN kehilangan 2/3.

Pembangkang terasa kehadirannya di Johor, sementara di Melaka, juga demikian.

Pada kali ini, jika PRU-13 diadakan pada masa kini, persepsi rakyat, bahawa semua negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung akan dikuasai oleh Pembangkang, kecuali Johor dan Melaka. Manakala,Kelantan akan tetap dikuasai Pembangkang. Sementara Pahang akan terus bersama BN kerana faktor DS Najib, seementara Terengganu, rakyat Terangganu, belum mahu mengulangi pengelaman negeri tersebut semasa diperintah oelh Pas.

Jika melihat jumlah perolehan kerusi yang di menangi BN di semenanjung pada PRU-12: Umno-66, MCA-15, MIC-3 dan Gerakan-2; persepsi kini; Umno masih dapat memperatahankan jumlah kerusi tahun 2008, manakala MCA akan kecendung semua kerusi, demikian juga Gerakan, sementara MIC masih boleh menang di 3 kawasan yang ditandinginya. Dengan keputusan tersebut, UBN akan mendapat jumlah kerusi keseluruhan di Semenanjung sebanyak 69 kerusi berbanding Pakatan 97.

Sementara di Sarawak, jika diambilkira keputusan PRN Sarawak April lalu, Bn akan menguasai 19 kerusi; sementara di Sabah berasaskan persepsi terkini, daripada 25 kerusi parlimen, BN akan menang 17 kerusi. Jumlah keseluruhan kerusi parlimen UBN hanya sebanyak 67+19+17=103 berbanding Pakatan 119.JIKA persepsi ini menjadi kenyataan, maka untuk pertama kali dalam sejarah dewan rakyat negara, bahawa ahli parlimen kaum melayu dan bumiputera menjadi pembangkang terbanyak. Dengan itu juga, berakhirlah penguasaan UMNO dan BN sebagai pemerintah negara.

Bagi penyokong UBN hanya mampu berdoa agar supuya persepsi ini tidak menjadi kenyataan.

1 July 2011

Skandal Projek bekalan Air KPLW di Sabah terbongkar

Sabahkini.net menulis artikel berikut yang mengkesahkan skandal pemberian dan kos projek bekalan air di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, di mana Menterinya adalah Naib Presiden Umno dan wakil rakyat Semporna-Datuk Seri Safie Apdal.

OKB Copy and fetch artikel tersebut seberikut:

KEMENTERIAN Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) disifatkan bukan sahaja mempunyai menteri yang tidak berwibawa, malah diperkudakan oleh Pegawai Kanan yang tidak amanah sehingga membazirkan begitu banyak dengan wang kerajaan melalui ‘Skandal Variation Order’.

Timbalan Ketua Penerangan Pemuda AMK PKR Sabah, Citra Masadi, beliau mendapat maklumat yang dipercayai sahih, bahawa Timbalan Ketua Setiausaha (Sosio-Ekonomi) KKLW, Timbalan Ketua Setiausaha (Sosio-Ekonomi), Dato' Haji Yussof Bin Dohab telah bersekongkol dengan Juruperunding Kanan bernama Azmi untuk memanipulasi spesifikasi kontrak sehingga mendorong kerajaan terpaksa melakukan ‘Arahan Perubahan’ (Variation Order) untuk melonjakkan harga kontrak ketika kontrak separa siap.

“Saya tidak tahu bagaimana KKLW boleh melantik Juruperunding yang mempunyai rekod buruk iaitu ketika menyelia Projek Mini Putrajaya di Sabah yang menyebabkan berlaku kecatatan apabila hampir kesemua jubin dinding jatuh,” kata Citra yang menegaskan bahawa Azmi sebelum ini adalah Jurutera Kanan Panji Keagungan Berhad.

Panji Keagungan Berhad kata Citra, telah menjalankan banyak projek termasuk Cadangan Membina Kompleks Bangunan Gunasama Persekutuan (Fasa 1) pada 1 November 2001 bernilai RM 27,911,000 (JPPS) dan Cadangan Membina Kompleks Bangunan Gunasama Persekutuan (Fasa II) pada 12 September 2002 bernilai RM288,018,173.30 (JPPS).

Menurut Citra, mendapat maklumat dalaman bahawa salah satu tender iaitu KKLW.T 83/2011 bagi Projek Sistem Bekalan Air Mukim Tulid/ Lanas/ Sook, Sook, Negeri Sabah dimaklumkan akan diberikan kepada sebuah syarikat daripada Sarawak yang menawarkan harga yang tidak berpatutan dan tidak mempunyai rekod kerja yang baik.

Tender berkenaan ditutup pada 7 Jun 2011 yang lalu bersama tender-tender lain iaitu KKLW.T.76/2011bagi Projek Menaiktaraf Sistem Bekalan Air Kanibongan, Pitas, Negeri Sabah; KKLW.T.77/2011 bagi Projek Sistem Bekalan Air Mukim Tambuluran, Matunggong, Negeri Sabah; KKLW.T.78/2011 bagi Projek Sistem Bekalan Air Mukim Bengkongan, Kota Marudu, Negeri Sabah; KKLW.T.79/2011 bagi Projek Sistem Bekalan Air Mukim Timbua, Ranau, Negeri Sabah; KKLW.T.80/2011 bagi Projek Sistem Bekalan Air Graviti Mukim Keranaan, Ranau, Negeri Sabah; bagi KKLW.T.81/2011 bagi Projek Sistem Bekalan Air Di Kg. Maligan, Sipitang, Negeri Sabah; KKLW.T.82/2011 bagi Projek Sistem Bekalan Air Graviti Kg. Long Pasia, Sipitang , Negeri Sabah.

Tegas Citra, Azmi dan Yusof merupakan mantan pegawai JPPS yang pernah bertugas di Sabah sebelum Jabatan berkenaan dimansuhkan atas bantahan kuat daripada Kontraktor Pro-UMNO sehingga diambilalih oleh Jabatan Pembangunan Negeri Sabah.

Sehubungan itu, Citra menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan yang telus berhubung pemilihan tender berkenaan agar tidak diberikan kepada kroni dan proksi menteri atau pemimpin tertentu yang mencari modal sebagai persediaan untuk bertanding pada pilihanraya umum akan datang.

“Siasatan tersebut tidak sahaja tertumpu kepada Skandal Variation Order, malah bagaimana Azmi boleh dilantik sebagai Juruperunding Penyelia Projek KKLW sedangkan beliau mempunyai rekod yang buruk sebelum ini,” kata Citra yang mendesak agar Menteri KKLW meletakkan jawatan sekiranya gagal membersihkan KKLW daripada sampah sarap JPPS.

Dalam hal ini, kata Citra, Ketua Setiausaha KKLW, Dato' Ibrahim Bin Mohamad sewajarnya bertanggung jawab kerana beliau sebagai Pegawai Pengawal Kewangan KKLW kerana berlaku kebocoran yang begitu ketara kerana harga projek dinaikkan sehingga 70 peratus daripada kos kontrak sebenar.

Himpunan Bersih adalah himpunan politik

Himpunan Bersih yang bakal berlangsung pada 9 Julai adalah perhimpunan politik. Perkara terbukti apabila wujudnya banyak pemimpin Pembangkang dalam barisan jawatankuasa penganjurnya. Selain itu, kesungguhan parti Pembangkang mengerahkan anggota dan penyokong masing-masing supaya turun ke jalan raya pada hari berkenaan.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan memberitahu anggotanya bahawa beliau akan meminta bekas presiden Majlis Peguam, yang juga pengerusi jawatankuasa penganjur perhimpunan haram itu, Datuk S. Ambiga membatalkannya jika kerajaan bersetuju memenuhi tuntutan kumpulan pengacau berkenaan.

Bagaimanapun, pada hari berikutnya, apabila Ambiga dilaporkan berkata beliau tidak akan mempedulikan kenyataannya itu, Anwar mendakwa beliau telah disalah petik oleh media berhubung perkara tersebut.

Berikutan episod itu, mungkin sesetengah pihak beranggapan bahawa Anwar tidak mempunyai kuasa untuk mengawal keadaan, tetapi ada pula kelompok yang melihatnya sebagai suatu cubaan oleh kedua-dua pihak untuk mengawal kerosakan bagi mengelak orang ramai daripada mengubah pandangan mereka terhadap peranan tersembunyi yang dimainkan oleh PKR.

Bagaimanapun, hakikat yang tidak boleh diubah ialah Anwar telah membayangkan kepada media yang beliau boleh meminta Ambiga membatalkan rancangan untuk mengadakan perhimpunan haram itu sekiranya Barisan Nasional (BN) bersetuju mengadakan pilihan raya secara bebas dan adil.

Ini sudah pasti menimbulkan keraguan tentang dakwaan pengerusi jawatankuasa penganjur perhimpunan itu bahawa ia bukan perhimpunan bersifat politik, tetapi semata-mata diadakan untuk memaksa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya secara bebas dan adil.

Perhimpunan haram kali kedua diadakan selepas perhimpunan pertama anjuran pihak yang menggelarkan diri mereka Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 2007, merupakan tindakan populis yang berasaskan politik.

Walaupun pengerusinya adalah bekas presiden Majlis Peguam, tapi mereka yang membarisinya diketahui umum mempunyai kaitan dengn parti politik, terutama parti pembangkang. Mereka terkenal kerana gemar menimbulkan isu melalui pendekatan populis untuk mempersoalkan tentang hak serta kebebasan, tetapi akhirnya menyalahkan pihak lain, dalam dalam kes ini, SPR.

Rakyat akan melihat jika himpunan haram ini diteruskan juga orang ramai akan memerhati siapa yang akan menyertainya.

Perhimpunan Bersih ,berbeza dengan Hindraf kerana perhimpunan yang diadakan pergerakan itu pada 2007 hanya melibatkan satu kumpulan. Tapi, perhimpunan yang akan diadakan ini dirancang supaya melibatkan pelbagai kaum dan sudah tentu ia akan memberi isyarat berbeza. Oleh itu, bagaimana kerajaan bertindak dan memberi reaksi terhadapnya amat penting kepada majoriti rakyat.

Selian itu, orang ramai akan memerhatikan siapakah yang akan mengiringi Ambiga apabila beliau menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong kelak.Adakah pemimpin Bersih atau ahli politik?.

Kenyataan Anwar bahawa "beliau boleh berbincang mengenainya" memberi tanggapan kepada orang ramai bahawa pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS mempunyai pengaruh besar terhadap bekas presiden Majlis Peguam itu.

Malah, Makkal Sakti, yang anggotanya mengambil bahagian dalam perhimpunan haram Hindraf pada 2007 dan cuba melancarkan kempen membantah novel Interlok pada awal tahun ini, tidak berupaya mempengaruh orang ramai supaya berhimpun di jalan raya untuk mengadakan tunjuk perasaan.Ada lah tidak masuk akal jika perhimpunan tersebut tidak didalangi pembangkang.

Seperkara yang perlu dimabilkira ada lah kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memberi jaminan bahawa kira-kira 100,000 anggota dan penyokong parti itu akan menyertai perhimpunan haram berkenaan, yang beliau sifatkan sebagai "Berjalan Untuk Demokrasi", manakala presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula meminta semua anggota PAS (berjumlah kira-kira sejuta orang) supaya menyertainya.

Parti pembangkang lain seperti DAP dan PKR juga berikrar akan menyokong perhimpunan haram itu, malahan Kerajaan Selangor membantu dari segi kewangan.

Ini dengan jelas menunjukkan bahawa ia adalah perhimpunan Pakatan. Perlu diingat bahawa secara peribadi, Ambiga tidak akan berupaya mempengaruhi walaupun 10 orang untuk menyertai perhimpunan itu, jika bukan kerana peranan Pakatan.

Dalam perkembangan lain Pemimpin Hindraf P. Uthayakumar dilaporkan berkata anggota pertubuhan itu tidak akan menyertainya kerana gabungan parti pembangkang yang menggelarkan diri mereka sebagai "Pakatan Rakyat" tidak memberi sokongan terhadap tuntutan 18 perkara mereka pada 2007.

Uthayakumar, yang pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), berkata suatu ketika dulu, pergerakan itu menyokong Pakatan kerana ia tidak mempunyai pilihan daripada segi politik, tetapi selepas Pilihan Raya Umum 2008, keadaan menjadi semakin jelas bahawa gabungan parti pembangkang itu hanya mahukan undi kaum India dan tidak berminat untuk memperjuangkan nasib mereka.

Dalam temu bual dengan Bernama, Anggota Parlimen Wangsa Maju peguam Wee Choo Keong berkata Ambiga sepatutnya menyertai parti politik untuk memperjuangkan perkara berkaitan politik dan tidak berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan.

Katanya penegasan Ambiga bahawa perhimpunan haram itu akan tetap diadakan di jalan raya dan bukan di tempat tertutup seperti stadium, yang lebih selamat, menimbulkan tanggapan bahawa perhimpunan itu memang didalangi parti pembangkang dengan tujuan untuk mencari momentum politik.

Sebagai contoh, kata Wee, pada 2009, ketika menjadi presiden Majlis Peguam, Ambiga mengadakan jamuan malam untuk anggota majlis itu di hotel JW Marriot dengan mengundang beberapa ahli politik terpilih, khususnya daripada pembangkang.

"Selepas itu, pendedahan dibuat bahawa kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi membelanjakan RM90,000 untuk majlis itu.

"Kenapa mengadakan majlis itu atas nama Majlis Peguam, tanpa mengumumkan bahawa ia ditaja oleh kerajaan," soal Wee.

Mana air bersih kami??? Bukan Bersih Ambiga

Sepatutnya penduduk Kota Belud yang perlu berarak ke Istana Negara, kerana dinafikan haknya bertahun-tahun oleh kerajaan.

Kemudahan manusia seperti air bersih, litrik, jalan raya dan tempat pendidikan adalah perkasa asas yang diperlukan oleh setiap warga negara, sesebuah negara merdeka.

Benar untuk tujuan membasmi buta huruf, sekolah-sekolah didirikan dan tenaga pengajar disediakan sejak awal merdeka.

Litrik masuk kampung bermula tahun 1990, selepas negara merdeka 27 tahun. Jalanraya beraspal juga pada tahun yang sama. Namun air bersih kini belum terlaksana.

Penyakit buah pinggang, penyakit hepitis, salah satu puncanya adalah air. Akibat penduduk yang mengkonsumi air yang tidak terawat, maka ramai penduduk yang terjangkit penyakit-penyakit tersebut.

OKB hanya mendengar khabar daripada wakil rayat Kota Belud, bukan mendengar daripada mulutnya sendiri, tetapi hanya hearsay, bahawa telah tersedia peruntukan daripada KPLW sebanyak 90 juta ringgit, untuk tujuan bekalan air ke kampung-kampung di Kota Belud; akan tetapi pelaksanaan projek itu belum kenampakan di lapangan.

Mungkin pada hari ini, rakyat yang telah cukup segala-galanya akan tujuk perasaan pada 9 julai kerana menunut lebih daripada yang sepatutnya mereka perolehi; sedangkan rakyat yang terseksa bertahun-tahun belum lagi bertindak.

OKB terfikir, jika rakyat yang serba serbi lengkap mahu juga tujuk perasaan untuk menuntut lebih, kenapa pula rakyat yang tertindas tidak melakukan perkara sama?

28 June 2011

Himpunan Bersih: Para pemimpin Sabah mandul

Setakat ini hanya dua pemimpin Sabah yang menyuarakan batahan terhadap himpunan Bersih yang diadakan 9 julai ini. Presiden LDP Datuk VK Liew menyuarakannya melalui twitter dan Facebook dan Ketua pemuda Umno Keningau dan mantan Ketua Pemuda Umno Sabah Azman Ruslan.

Sejak dua minggu OKB melakukan pemerhatian tindak tanduk pemimpin Sabah mengenai Himpunan bersih itu, yang dikhuatirkan akan mencetuskan huru hara.

Setakat ini, baik daripada Umno, PBS, UPKO dan parti-parti lain seolah-olah bisu.

Para pemimpin Sabah (kecuali yang disebutkan pada awal tulisan ini) semuanya mandul dan tiada perasaan kebersamaan antara rakyat dan rakyat Malaysia yang mendiami Kuala Lumpur.

Mungkin para pemimpin Sabah, merasakan bahawa jarak antara Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu melebihi 1,600 batu dan dipisahkan oleh laut China Selatan, maka mereka yakin tempis huru hara tidak akan merebak ke negeri bawah bayu ini.

Kepada pemimpin Sabah, jika Bersih berjaya dalam misinya, maka impak terlalu besar kepada kerajaan BN, samada dalam PRU-13 pertukaran kuasa yang tertunda, atau ada perubahan kuasa sepertimana yang berlaku di Tunisia dan Mesir.

Mungkin para pemimpin Sabah berfikir, jika BN Semenanjung rebah, maka walaupun BN Sabah menang, maka secara enblock keluar BN dan menyertai Pakatan. Ertinya para pemimpin itu akan selamat selama-lamanya.

Mungkin atas asas itu, setakat ini para pemimpin Sabah telah BISU dan MANDUL berhubung himpunan Bersih.

27 June 2011

Sebab Amerika, Australia sokong Anwar- Kerana Singapura

Sebab apa Amerika dan Australia sokong Anwar? sebabnya adalah kerana negara sahabat negara-negara itu di rantau ini-Singapura.

Singapura seperti Isrealnya Amerika di rantau ini. Amerika dan Australia sangat perlu dengan negara kecil itu dirantau ini, sama dengan perlunya negara-negara itu terhadap Isreal di Timur Tengah.

Amerika dan Australia sedar, negara sahabat karib mereka itu, adalah sebuah negara kecil tetapi berstatus maju. Negara yang dihuni 3 juta penduduk itu, kini mengalami kekurangan tanah untuk rakyatnya. Untuk menampung penduduknya-negara itu terpaksa menimbus laut. Untuk menimbus laut maka perlu tanah dan pasir. Sumber tanah dan pasir hanya berpunca daripada negara jiran terdekat, samada Malaysia atau Indonesia.

Selain itu, Singapura tidak mempunyai bekalan air yang cukup untuk penduduknya; sejak berdekad-dekad sumber air diperoleh daripada Johor.

Perjanjian antara Malaysia dan Singapura mengenai bekalan air akan tamat tidak lama lagi; sudah tentunya keadaan ini merisaukan negara kiasu tersebut.

Selain itu, Singapura menghadapi ruang udara yang sempit bagi pesawat tempurnya mengadakan latihan; atas sebab itu, kebanyakan pesawat tempur negara itu disimpan di Israel, bagi maksud penyelenggaran dan lathian.

Berhadapan dengan masalah kekurangan tanah, bekalan air dan ruang udara, Singapura perlu mencari pemimpin negara jiran yang boleh dianggap dapat membantu negara itu. Atas sebab itu, negara tersebut mendapati Anwar adalah pemimpin itu. Singapura telah mengikuti perkembangan Anwar sejak mantan TPM itu masih dalam BN. Singapura mempergunakan Amerika dan Australia; atas sebab itu dua negara tersebut menyokong kuat Anwar.

Sebagai bargining power, negara jiran itu menggunakan perisikan dan mengumpul sebanyak mungkin maklumat peribadi Anwar. Tujuannya adalah jika Anwar menjadi Perdana Menteri, maka mudahlah Anwar bersetuju dengan permintaan Singapura, jika tidak; maklumat risikan itu dipergunakan untuk tujuan black mail.

Apabila Singapura mengetahui tentang tabiat seks Anwar, maka bahagian persikan negara itu mengumpul sebanyak mungkin maklumat salah laku Anwar. Sudah tentunya, pertukaran maklumat antara Singapura-Australia dan Amerika mengenai salah laku moral Anwar sudah berjalan sejak lama.

Singapura sangat yakin bahawa Anwar sudah dalam genggaman negara itu. Sebagai permulaan cengkaman itu, Singapura mengutus duta rahsianya dalam pentadbiran Abdullah Badawi-orang yang dimaksudkan adalah Kalimullah Hassan. Dalam tempoh pemerintahan Abdullah, Kalimullah menguasai semua rangkaian media, termasuk maklmut pembayar cukai negara. Semasa penguasaan Kalimullah, pemimpin yang tidak sebulu dengan Anwar, diblack out daripada media yang dikuasai olehnya. Akibatnya pemerintahan Abdullah dibenci oleh rakyat, akhirnya BN hampir kecundang semasa PRU-12.

Perlu juga diingat bahawa semasa pemerintahan Abdullahlah Anwar dibebaskan daripada penjara. Pada pemerintahan Abdullah juga berlaku pembayaran pampasan kepada para hakim yang dipecat semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir. Suatu yang perlu diingat bahawa hakim-hakim tersebut adalah penyokong Anwar.

Perancangan Sinapura agar Anwar menjadi Ketua Kerajaan berjalan dengan penuh teliti. Atas sebab itu, semasa menteri Mentor Singapura melawat Malaysia, Lee kuan Yew tidakpun berjumpa dengan Anwar, sebaliaknya hanya berjumpa Nik Aziz dan para pemimpin DAP, tujuannya agar umum tahu seolah-olah LKY tidak menyokong Anwar. Selain itu, LKY sudah tahu bahawa Anwar tidak berdaya lagi berhadapan dengan Singapura-atas sebab maklumt peribadi terutama salah laku moralnya sangat diketahui oleh negara jiran itu.

Berbalik kepada penyebab kenapa Austrlia dan Amerika menyokong Anwar? sebabnya adalah kerana Singapura. Sokongan Australia dan Amerika kepada Anwar, bukan kerana Anwar hebat, akan tetapi hanya melalui Anwar-masalah Singapura akan dapat diatasi.

Apabila Anwar menjadi Perdana Menteri sudah tentu Singapura akan meminta penyambungan perjanjian bekalan air, perjanjian penggunaan ruang udara dan bekalan pasir yang sudah tentunya perjanjian itu menguntungkan Singapura. Jika ini berlaku, maka generasi penerus negara ini akan menanggungnya samalah dengan perjanjian yang termetari antara negara ini dengan negara jiran itu semasa penjajahan British.

26 June 2011

Hishamuddin membayangkan-Tentera mungkin dikerah

Jika Himpunan Bersih pada 9 Julai, tidak dapat dikawal oleh pihak polis, ada kemungkinan tentera akan dikerah.

Selain itu, ISA mungkin digunakan bagi tujuan mententeramkan keadaan.

Seharusnya, ISA telah lama digunakan, berasaskan kepada laporan yang diterima polis. Belum pernah berlaku dalam negara ini, satu perhimpunan mendapat laporan polis melebihi 1000 laporan.

Berasas kepada laporan itu, betapa rakyat jelata merasa bimbang dan takut. Seharusnya KDN tidak perlu lagi berbasah basi, aman mereka yang mahu mencetuskan huru hara.

Anwar sebagai dalang perlu diamankan, untuk apa korbankan rakyat jelata hanya untuk seorang warga negara.

Bosan Betul... Amaran apa lagi....

SEBANYAK 1,248 aduan polis dibuat bagi membantah perhimpunan haram Bersih yang dirancang oleh beberapa NGO dan parti pembangkang pada 9 Julai ini.

Menurut Awang Selamat-Utusan, beliau tak pasti sama ada hendak senyum atau bermuram malah geleng kepala pun penulis itu tak larat. Menurutnya adakalanya terasa ia seperti bahan jenaka. Belum pernah berlaku sebegitu banyak aduan polis. Majoriti rakyat yang cintakan keamanan dan ketenteraman kini menanti tindakan pihak berkuasa.

Aktiviti ekonomi di ibu negara akan lumpuh. Jalan pasti sesak teruk. Suasana tegang. Industri pelancongan menerima kesannya. Sudah ada ramai warga kota yang bimbang dan memohon cuti. Itu belum menyentuh persiapan membeli lebih banyak barang dapur dan keperluan untuk hadapi kemungkinan situasi lebih buruk. Imej Malaysia di luar negara juga akan terjejas.

Menurut penulis itu lagi-dia juga seperti rakyat Malaysia yang lain, sesungguhnya sudah bosan dengan amaran demi amaran. Sebab itu pihak penganjur terutama Ambiga Sreenevasan menjadi besar kepala. Anwar Ibrahim yang menjadi perancang utama senyum nakal betapa rancangannya hampir berjaya.

Seperti yang Awang tulis dua minggu lalu, perhimpunan itu kotor dan bukannya bersih. Ia bertujuan mengalih perhatian rakyat daripada isu sebenar iaitu kes video seks beliau dan sokongan merudum ke atas pembangkang terutama PKR.

Tanpa perhimpunan besar-besaran pun, jika rakyat terpikat dengan pembangkang, mereka akan menyokong pembangkang pada pilihan raya umum. Mudah sahaja.

Perhimpunan haram itu hanya mahu menyelamatkan Anwar. Dalam kaitan ini, Awang setuju dengan komen mantan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad mereka yang berhati bersih tidak akan menyertai perhimpunan Bersih.

Motif Ambiga juga boleh dibaca. Ia ternyata bertujuan politik dengan bertopengkan desakan menuntut pilihan raya bersih.

Beliau juga dilihat oleh beberapa pihak sebagai seorang yang anti-Islam dalam beberapa isu, yang terserah kepada pembaca untuk nilaikan sendiri.

Apakah Ambiga mahu bertanggungjawab jika berlaku kekacauan dan ibu negara bermandi darah?

Selain agenda tersirat untuk menggugat ketenteraman, Awang melihat perhimpunan itu mahu membuka pintu kemudian hari bagi mencabar Perlembagaan negara.

Jika perhimpunan itu berjaya, akan menyusul perhimpunan lain menuntut banyak perkara lagi.

Kepada kebimbangan akan berlaku pertempuran di antara penyokong perhimpunan haram Bersih dan kumpulan yang menentangnya, itulah risiko terbesar.

Peserta perhimpunan yang majoriti Melayu akan bertempur dengan kumpulan penentang, yang juga ramai Melayu.

Ada pihak seperti pemimpin DAP akan bersorak dalam hati.

Umat Islam dan Melayu bukan sahaja berpecah belah malah diperbodohkan.

Jika pertempuran berlaku, ia akan lebih buruk daripada pertentangan dua kumpulan rakyat di Bangkok tidak lama dulu. Apatah lagi memang ada pihak ketiga yang mahu menangguk di air keroh dan menanti rusuhan besar di Kuala Lumpur.

Dalam pengakhir coretannya minggu lalu Awang masih percaya pihak berkuasa sudah bersedia untuk bertindak tegas. Masa berlembut dan asyik memberi amaran sudah berlalu. Kita tiada pilihan.

25 June 2011

Orang ini anti islam-kenapa Pas sokong?

Fakta Ambiga anti islam:

Menyokong dan menjadi peguam kepada Lina Joy seorang islam yang keluar islam.

Semasa menjadi presiden Majlis peguam telah menerima pembentukan IFC-Inter-fatih commission dengan 14 tuntutan yang mempersoalan kedudukan agama islam dan bercanggah dengan perlembagaan negara.

Dengan latar belakang Ambiga yang jelas-jelas anti islam, kenapa parti Pas menyokongnya?

Selain itu, kaum melayu yang ada dalam PKR, apa kah kerana seorang ini, maka pegangan agama diketepikan, kerana sesuatu tujuan peribadi.

Dengan menyokong Ambiga melalui Bersihnya, apa kah kaum melayu hanya boleh mencapai hasrat yang diinginkan jika berketuakan seseorang yang anti agama?

Apa kah kaum melayu-islam, tidak yakin lagi kepada kaum sendiri dan anutan agama islam? sehingga perlu berlindung dengan individu yang secara terang-terangan anti islam. Fakta lain Ambiga anti islam disini

24 June 2011

Fakta Kes-Pendakwaan Trio Datuk T

Fakta kes
1. Pada akhir bulan Februari 2011, Dato' Shazryl Eskay bin Abdullah (selepas dirujuk sebagai “Dato' Eskay”) telah pergi berjumpa dengan Dato' Shuaib bin Lazim (selepas ini dirujuk sebagai “Dato' Shuaib”) di Taman Sri Ukay, Ampang, Selangor berkenaan satu peranti storan media USB (pendrive) yang mengandungi rakaman hubungan seks di antara seorang lelaki yang dipercayai Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (selepas ini dirujuk sebagai “Dato' Seri Anwar”) dengan seorang perempuan warganegara China.

2. Dato' Shazryl dan Dato' Shuaib telah berbincang sesama sendiri dan telah bersetuju untuk berjumpa dengan Tan Sri A Rahim bin Tamby Chik (selepas ini dirujuk sebagai “Tan Sri A Rahim”) berkenaan kandungan peranti tersebut memandangkan ianya sensitif dan melibatkan kepentingan negara.

3. Dato' Shazryl dan Dato' Shuaib telah berjumpa dengan Tan Sri A Rahim di Wisma UOA, Jalan Pinang, Kuala Lumpur berkenaan kandungan peranti tersebut. Setelah berbincang, mereka bertiga membuat keputusan untuk menayangkan rakaman video yang terkandung dalam peranti tersebut dan memutuskan untuk memanggil wartawan bagi menyaksikan rakaman video tersebut.

4. Dalam perbincangan tersebut, Tan Sri A Rahim mencadangkan tayangan rakaman video berkenaan dibuat di Hotel Carcosa Seri Negara dan menjemput beberapa wartawan untuk menyaksikannya. Perkara ini dipersetujui oleh Dato' Shazryl dan Dato' Shuaib.

5. Pada 19 Mac 20011, Tan Sri A Rahim telah menghubungi seorang bernama Haji Kamarulail bin Sulaiman dan meminta beliau menempah sebuah bilik di Hotel Carcosa Seri Negara.

6. Pada 20 Mac 2011, Haji Kamarulail telah pergi ke Hotel Carcosa Seri Negara di Jalan Mahameru, Kuala Lumpur dan telah menempah bilik Seri Makmur di atas nama Tan Sri A Rahim bermula daripada hari tersebut sehingga 21 Mac 2011 (Isnin).

7. Pada 20 Mac 2011, Dato' Shazryl telah meminta ketua wartawan The Star, Sirajinisa bt Habibu Mohd untuk menyebarkan kepada wartawan media supaya hadir di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac 2011 mengenai satu cerita yang besar demi kepentingan negara.

8. Sirajinisa telah menyebarkan jemputan ini kepada beberapa wartawan dan wartawan-wartawan tersebut pula turut membuat sebaran yang sama pada wartawan-wartawan lain.

9. Pada 21 Mac 2011, ramai penyunting akhbar dan wartawan telah tiba di Hotel Carcosa Seri Negara seawal jam 9.00 pagi. Dato' Shazryl telah meminta Dato' Shuaib supaya menapis wartawan-wartawan yang hadir sebelum dibenarkan masuk Bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara bagi menyaksikan tayangan video tersebut.

10. Pada jam 10.00 pagi, penayangan rakaman video yang mengandungi adegan aksi lucah ini kemundiannya dilakukan oleh Dato' Shazryl menggunakan sebuah LCD CPU jenama Lenovo kepunyaan Dato' Shazryl. Semasa tayangan rakaman video dijalankan, Dato' Shazryl juga telah memberi penerangan mengenai rakaman video tersebut. Dato' Shazryl juga telah menerangkan bahawa gambar beliau turut terakam sebelum rakaman hubungan seks di antara Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dengan seorang perempuan warganegara China. Dato' Shuaib juga hadir pada sepanjang masa penayangan di bilik Seri Makmur Hotel Carcosa Seri Negara. Penayangan video tersebut dilakukan secara berulang dan pada setiap tayangan hanya beberapa orang wartawan sahaja yang dibenarkan untuk menontonnya.

11. Tayangan ini mengambil masa di antara 20 hingga 25 minit. Secara keseluruhannya, seramai 13 wartawan telah menyaksikan tayangan rakaman video tersebut dan tayangan terakhir tamat lebih kurang jam 12.00 tengahari.

12. Pada 22 Mac 2011, Dato Seri Anwar telah membuat laporan polis berhubung penayangan tersebut vide Tun SHL Report 9703/11.

13. Pada 23 Mac 2011 jam 4.00 petang, satu sidang media telah dilakukan oleh Dato' Shazryl dan Tan Sri A Rahim di Hotel Impiana KLCC Kuala Lumpur. Dalam sidang media tersebut, Dato' Shazryl dan Tan Sri A Rahim mengaku mereka bersama Dato Shuaib bertanggungjawab menayangkan rakaman video tersebut kepada wartawan terpilih di Hotel Carcosa Negara pada 21 Mac 2011.

14. Pada 24 Mac 2011 jam 5.00 petang, Dato Shazryl dan Tan Sri A Rahim telah datang ke ibu pejabat polis Bukit Aman untuk menyerah diri dan memberi kerjasama dalam siasatan yang dijalankan. Dato' Shazryl telah menyerahkan peranti yang mengandungi rakaman hubungan seks Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dengan seorang perempuan warganegara China.

15. Pada 25 Mac 2011, Dato' Shuaib telah datang ke ibu pejabat polis Bukit Aman untuk menyerah diri dan memberi kerjasama dalam siasatan yang dijalankan.

16. Keterangan mendapat rakaman tersebut diambil dalam sebuah bilik apartment di .... [dipadam] Ampang .... [dipadam] Kuala Lumpur.

17. Pihak polis telah mendapatkan rakaman CCTV di apartment tersebut dan telah mendapati kehadiran Dato' Seri Anwar bersama Dato' Shazryl di lobi apartment tersebut pada 21 Februari 2011.

18. Keterangan menunjukkan rakaman video tersebut mengandungi adegan aksi lucah iaitu perbuatan menghisap kemaluan lelaki oleh seorang wanita dan persetubuhan di antara lelaki dan seorang wanita dalam keadaan kedua-duanya bogel.

19. Hasil analisa oleh pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika Syarikat telah mengesahkan rakaman video tersebut adalah tulen iaitu tidak dilakukan sebarang tampering dan superimpose serta berasal daripada satu alat perakan DVR yang dirampas dari Dato' Shazryl.

20. Pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika juga telah menjalankan facial recognition analysis terhadap pelaku seks (lelaki) di dalam rakaman video dan hasilnya mendapati adalah menyerupai Dato' Seri Anwar.

Barang kes:

1. Tun HSL Report 9703/11

2. Alat perakan DVR

3. Satu peranti storan media USB (pendrive) LCD CPU jenama Lenovo

22 June 2011

Semalam dengan kawan lama

Teman ini ada lah penggiat teater. Belajar sehingga ke Taman Ismail Marzuki, Jakarta. Taman Marzuki adalah kilang para seniman indonesia.

Kata teman itu, kini dia membuka kelas di Keningau, bukannya di tempat kelahirannya Kota Belud.

Alasan yang diberikan mudah sahaja, kenapa tidak membuka kelas di Kota Belud? Orang Kota belud penuh dengan egonya, manakala, di tempat lain, menghargai ilmu.

OKB terfikir, mungkin sebab itu, Kota Belud lambat membangun. Kota Belud adalah kawasan di mana Umno mula bertapak.

Penghidupan di Kota Belud, sejak merdeka tergantung kepada hasil pertanian dan perikanan. Belum ada kilang yang bersifat industri di daerah ini.

Penduduk yang menguasai perekonomian adalah kaum cina, walaupun jumlahnya hanya sedikit.

Di kota Belud juga berlaku keunikan, apabila ada kaum cina yang menjadi ahli Umno, dan menang dalam perwakilan G7.

Seperti lajimnya kawasan yang mundur adalah bank votes kerajaan yang memerintah. Semua tiga DUN dan satu parlimen dikuasai oleh UBN.

Kota Belud yang terdiri daripada tiga suku kaum terbesar-Bajau-Dusun-Iranun dan sedikit kaum cina.

Untuk sementara hanya kaum bajau dan dusun menjadi wakil rakyat daerah ini. Walaupun iranun biasanya tidak ketinggalan dalam arena politik, namun kali ini diketepikan dengan mutlaknya.

Di peringkat negeri- jawatan setiausaha politikpun tidak disandang oleh kaum ketiga terbesar di daerah ini.

Di peringkat negeri, jawatan-jawatan politik dikuasai oleh warga baru sesuai dengan slogan 1Malaysia.

Bernasib baik lah Speaker Dewan Rakyat ada lah daripada suku kaum iranun; namun dipercayai perlantikan tersebut bukan bersandarkan kepada suku, namun sebagai kepuyaannya sebagai individu.

Benarlah, kata teman OKB itu, orang Kota Belud, egonya tinggi, yang penting menang sorak, walaupun kampung tergadai.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels