9 June 2012

Perasaan kah anda parti mana yang disokong rumpun bajau pasti menang

Perasaan kah anda, parti mana sahaja yang mendapat sokongan rumpun bajau pasti menang dan membentuk kerajaan.

Penyebabnya adalah hampir separuh daripada jumlah penduduk negeri ini adalah rumpun bajau. Jika diterjemahkan kepada pengundi, jumlahnya juga separuh daripada jumlah pengundi.

Di Sabah, kerajaan BN sangat terhutang budi pada sokongan masyarakat ini, kerana hampir separuh daripada jumlah kerusi DUN Sabah, disumbang oleh golongan masyarakat ini, demikian juga BN pusat, jumlah kawasan parlimen yang diwakili oleh masyarakat rumpun bajau hampir separuh daripada 25 kerusi parlimen.

Selain itu, masyarakat rumpun bajau mendiami kawasan pantai dan tanah landai untuk tujuan penanam padi atau tanaman semusim. Mengapa demikian? masyarakat rumpun bajau adalah pelaut unggul di masa lalu atas sebab itu, mereka memilih berdiam di kawasan-kawasan pantai atau sungai; sementara tanah landai pula menyebabkan golongan masyarakat itu termasuk dalam petani unggul.

Penduduk lain perlu juga berterima kasih kepada golongan masyarakat ini; kalaulah bukan mereka, maka sumber protein daripada ikan dan karbohidrat daripada padi atau ubi tidak akan dinikmati oleh masyarakat lain. Selain itu, sumber protein daripada haiwan seperti lembu dan kerbau serta kambing atau ayam kampung;antara yang disumbangkan oleh masyarakat itu.

Air kelapa muda.. merupakan perniagaan yang dikembangkan oleh masyarakat bajau, sebabnya, kelapa adalah tanaman yang tumbuh subur di kawasan pantai atau kawasan berpasir. Kini kelapa muda, sudah merupakan salah satu menu minuman bukan sahaja di restoran-restoran atau gerai malah di hotel-hotel berbintang, malah di chalet-chalet peranginan.

Sementara budaya rumpun juga sebahagian telah di terima di peringkat nasional; hasil tenunan seperti tubau juga menjadi simbol pakaian etnik tertentu di negeri ini.

Makanan rumpun ini sebahagian sudah terasimiliasi dan menjadi makanan nasional. KUIH cincin boleh didapati di mana-mana dalam negara dan sedikit masa lagi akan diikuti oleh pinjaram dan kuih jala. Selain itu, "putu" sudah menyebar di semenanjung, malah banyak juga gerai-gerai yang menyediakannya.

Disebabkan rumpun bajau terdiri daripada berbagai etnik, dan semuanya beragama islam, pengamal budaya yang hampir sama dengan budaya suku melayu, dan kini sudahpun ramai menggunakan bahasa pertuturan melayu, walaupun bahasa ibunda masih digunapakai; maka demi mengayumi kumpulan etnik itu, maka satu pertubuhan telah ditubuhkan. Pertubuhan itu adalah United Sabah Bajau Organisation (USBO).

Pertubuhan itu mempunyai visi yang amat besar dan jauh, yakni memperjuangkan kumpulan etnik yang dinaungi agar menjadi sebahagian daripada bangsa besar dalam negara; memperjuangkan agar semua etnik dalam rumpun mampu berbicara sama rata dengan kumpulan bangsa besar.

Visi USBO sangat jelas, pertubuhan itu mahu menjadi sebahagian daripada kumpulan besar dalam negara, atas sebab itu, memohon menjadi ahli terus barisan nasional, dan telahpun diterima.

Provokasi agar supaya USBO dijadikan sebuah parti, seolah-olah memperkecil tujuan pertubuhan itu. Menjadikan USBO sebagai parti, hanya mempersempit dan memperkecil perjuangan pertubuhan itu. Untuk itu, provokasi itu sebenarnya pandangan seseorang yang tidak mengetahui matalamat sebenar penubuhan pertubuhan itu.

8 June 2012

Orang Sombong

"Rosak tiang kerana condong,tiang condong cepat robohnya,rosak org kerana sombong,org sombong cepat jatuhnya." Dari Wall FB Datuk Salleh Tun Said

Sahabat yang dirahmati Allah,

Allah S.W.T. telah menyediakan syurga untuk hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertakwa kepada-Nya, apabila mereka bertemu Allah S.W.T. di hari akhirat. Begitu juga Allah S.W.T. telah menyedikan neraka untuk hamba-hamba-Nya yang melakukan dosa dan tidak melaksanakan suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

Kesemua manusia yang beriman akan melalui hisab iaitu timbangan amal di atas dosa dan pahala yang telah dikerjakannya ketika di dunia. Tetapi amat malang terdapat 6 golongan manusia yang akan dimasukkan ke dalam neraka tanpa hisab di sebabkan dosa besar dan kemugkaran yang mereka lakukan ketika di dunia.

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya :

"Enam kerana enam akan dimasukkan ke neraka pada hari kiamat sebelum hisab (perhitungan amal) iaitu :

1. Kerajaan yang zalim

2. Orang yang fanatik (menyombongkan kebangsaannya)

3. Ketua kampung/pemimpin yang sombong.

4. Pedagang atau ahli perniagaan yang berkhianat.

5. Orang kampung yang kerana kebodohannya.

6. Dan ahli ilmu kerana hasad dengkinya."

Huraiannya adalah seperti berikut :

Golongan pertama : Kerajaan yang zalim.
Pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat dan diberikan amanah untuk mentakbirkan negara sekiranya ia melakukan kezaliman kepada rakyat dan tidak berlaku adil tidak akan dapat mencium keharuman syurga dan dimasukkan kedalam neraka sebelum hisab (perhitungan amal).

Ma’qil Ibnu Yasar r.a berkata “ Saya mendengar Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “ Tidak ada seorang hamba yang Allah serahkan kepadanya untuk memimpin segolongan rakyat lalu ia tidak memelihara rakyatnya itu dengan menuntut dan memimpin mereka kepada kemaslahatan dunia dan akhirat melainkan tiadalah ia mencium bau syurga.”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya : "Sebaik-baik pemerintah kamu adalah pemerintah yang kamu sayangi mereka, dan mereka menyayangi kamu. Kamu mendoakan ke atas mereka, dan mereka mendoakan ke atas kamu. (Adapun) Sejahat-jahat pemerintah kamu adalah mereka yang kamu benci dan mereka pula benci kepada kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu.Berkata (Auf), kami bertanya : Wahai Rasulullah, apakah boleh kami menyerang mereka dengan pedang ? Nabi menjawab : “Tidak boleh, selama mereka menunaikan solat.” (Hadis Riwayat Muslim)

Abdullah bin Mas’ud.Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : “Sesungguhnya kamu akan melihat selepasku sikap (pemerintah) mementingkan diri dan kamu akan melihat perkara-perkara yang kamu ketahui ia mungkar (pada pemerintah). Mereka berkata: Apa yang engkau perintahkan kami (lakukan) wahai Rasulullah? Sabda baginda: Tunaikan untuk mereka hak mereka dan mintalah kepada ALLAH hak kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Dalam realiti kita hari ini di dalam seluruh dunia Islam pemimpin negara Islam kebanyakkannya tidak berlaku adil kepada rakyat dibawah pemerentahannya. Selagi mereka tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan Allah S.W.T. selagi itulah mereka tidak akan dapat berlaku adil. Pemimpin kerapkali merampas hak rakyat, rasuah, menyalah gunakan dana kerajaan dan menagkap dan memenjarakan rakyat yang tidak berdosa tanpa dibicarakan di mahkamah terbuka. Para ulama yang bertanggungjawab menyampaikan dakwah kepada rakyat disekat dan dikenakan berbagai halangan dan sekatan sehingga rakyat yang dahagakan ilmu terbiar tanpa mendapat tarbiah dan kesedaran Islam.

Perkembangan terkini beberapa buah negara Arab yang mana pemimpinnya cukup zalim dan kejam, rakyatnya telah bangkit memberontak dan mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran, yang tiga  telah jatuh dan menanti yang satu lagi bila-bila masa akan jatuh dibawah gelombang rakyat yang dahagakan keadilan dan kebebasan. Cuba kita bayangkan bagaimana zalimnya seorang pemimpin Islam sanggup menjadi 'budak suruhan' Yahudi laknatullah, saudara kita Palestin membawa makanan dan ubat-ubatan melalui trowong bawah tanah pihak tentera telah melepaskan gas beracun hinggakan mereka yang berada di trowong mati kerana sesak nafas. Tunggulah balasan Allah kepada mereka yang menzalimi saudara muslim yang tidak berdosa!

Para pemimpin pergerakan Islam di dua negara tersebut telah di tangkap dan diseksa dengan berbagai-bagai seksaan sedangkan mereka bukan penjenayah, mereka hanya menyampaikan dakwah untuk menyelamatkan umat daripada kejahilan dan kemurkaan Allah. Kebangkitan gelombang rakyat adalah suatu yang tidak dapat disekat lagi kerana rakyat memerlukan pemimpin yang adil , amanah dan pemimpin berhati rakyat.

Ingatlah wahai pemimpin umat Islam! Kedudukan kalian sentiasa dibawah pengawasan Allah! Andainya kalian adil , kalian akan mendapat naungan Arasy di Padang Mahsyar nanti. Sebaliknya jika kalian zalim dan menindas rakyat maka kalian adalah golongan pertama akan di masukkan ke dalam neraka tanpa hisab kerana betapa besarnya dosa kalian disisi Allah S.W.T.

Golongan Kedua : Orang yang fanatik (menyombongkan kebangsaannya)
Islam melarang umatnya mengutamakan kemegahan atau taksub kepada sesuatu kaum/bangsa dan sifat separti ini dipanggil memperjuangkan asabiyah.

"Seorang lelaki (ayah perempuan yang meriwayatkan hadis) bertanya: 'Wahai Rasulullah, adakah dianggap asabiyah puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya?' Jawab baginda S.A.W : 'Tidak, tetapi asabiyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman". (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya)

Imam Al-Munawi ketika mensyarahkan perkataan asabiyah lalu berkata:
“Iaitu membantu kezaliman…” (rujuk Aun Al-Ma’bud)

Dapat difahami bahawa sayang kepada bangsa sendiri yang di amanahkan pula oleh Allah untuk menerajui Islam di negara ini tanpa melakukan penindasan kepada bangsa-bangsa lain adalah tidak di larang. Dalam masa yang sama sebarang kezaliman , kemungkaran dan kemaksiatan tetap dibenteras walaupun dilakukan oleh bangsa sendiri.

Maksud umum kepada asabiyah bukan setakat berlaku apabila pembelaan kezaliman kepada bangsa tetapi ia juga boleh berlaku apabila kezaliman yang dilakukan oleh kumpulan, puak, organisasi, keluarga, parti atau jamaah lalu dibela dan dipertahankan.

Dalam hadis yang lain Nabi S.A.W bersabda maksdnya : "Bukan termasuk kalangan ummatku orang yang mengajak pada asabiyah, dan bukan termasuk kalangan umatku orang yang berperang atas dasar asabiyah, dan bukan termasuk kalangan umatku orang yang mati atas dasar asabiyah." (Hadis Riwayat Abu Dawud).

Golongan Ketiga : Ketua kampung/ pemimpin yang sombong.
Sifat sombong adalah satu sifat yang amat dimurkai oleh Allah S.W.T. Tiada sebab manusia mesti sombong kerana sesuatu kekuasaan dan kekayaan kerana semuanya adalah milik Allah. Bila-bila masa sahaja Allah boleh menarik kesemua itu.

Dari Abdullah bin Mas'ud dari Nabi s.a.w., bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud, "Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan."

Salah seorang berkata, "Sesungguhnya ada orang yang menyukai baju dan sandal yang bagus."

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan mencintai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia."(Hadis Riwayat Muslim)

Seorang ketua kampung atau pemimpin dikawasan mukim tidak seharusnya dia bersifat sombong kerana tugas untuk memimpin kampung atau mukim adalah satu amanah bukan satu keistimewaan dan boleh bermegah-megah.

Begitu juga orang kaya tidak sepatutnya merasa sombong bila melihat orang miskin. Mereka merasakan usaha mereka menjadikan mereka kaya sedangkan orang miskin adalah orang yang bodoh dan malas berusaha.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Sesungguhnya Qarun adalah daripada kalangan kaum Musa. Namun dia bertindak melampaui batas terhadap mereka dan Kami telah anugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepada beliau, 'Janganlah kamu terlalu bangga, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri (sombong)' ” (Surah al-Qashash ayat 76)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Dan (juga) Qarun, Firaun dan Haman. Sesungguhnya telah datang kepada mereka Musa dengan segala mukjizat yang jelas sebagai bukti kenabiannya , namun mereka tetap takabbur di muka bumi dan mereka tidak terlepas daripada azab perit Allah Taala".(Surah al-Ankabut ayat 39).

Jauhilah sifat sombong kerana sifat ini akan menjadikan seseorang termasuk di dalam golongan ketiga akan masuk neraka tanpa hisab.

Keempat : Pedagang atau ahli perniagaan yang berkhianat.
Salah satu cara untuk mendapatkan harta dengan cara yang halal adalah dengan perniagaan.

Perniagaan adalah suatu kegiatan ekonomi yang amat dianjurkan Islam kepada umatnya. Ini kerana aktiviti perniagaan menjanjikan hasil pulangan berlipat ganda kepada peniaga yang berusaha bersungguh-sungguh.

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud: “9/10 (90%) rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

Peniaga yang berniaga melakukan penipuan dengan menaikkan harga barang atau menyorok barang keperluan harian tanpa memilirkan kesusahan orang lain adalah dikira berkhianat dan menipu orang ramai.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Allah memberikan rahmat-Nya pada setiap orang yang bersikap baik ketika menjual, membeli dan membuat suatu kenyataan.” (Hadis riwayat Bukhari).

Tujuan perniagaan mengikut Islam sebenarnya ialah untuk memperbesarkan, memperpanjangkan dan memperluaskan aktiviti syariat dan dengan tujuan beribadah dan mendapat pahala yang banyak. Justeru di dalam perniagaan, hendaklah kita sentiasa mencari keredaan Tuhan dengan niat yang betul serta perlaksanaan yang betul.

Sekiranya seorang peniaga itu berkhianat atau menipu dalam perniagaannya, menipu timbangan atau mengurangkan spesifikasi yang telah ditetapkan sesuatu barangan/ pembinaan maka dia termasuk golongan keempat akan di masukkan kedalam neraka sebelum di hisab.

Kelima : Orang kampung yang kerana kebodohannya. ( Orang bodoh yang mempertahankan kejahilannya)
Islam amat mengambil berat tentang keperluan menuntut ilmu, mengamalkan ilmu yang dipelajari dan menyampaikan pula ilmu tersebut untuk di maanfaatkan oleh orang lain.

Nabi S.A.W. bersabda yang maksudnya, ”Barangsiapa menuntut ilmu bererti menuntut jalan ke syurga”. (Hadis Riwayat Muslim)

Sesungguhnya orang yang berilmu adalah tidak sama dengan orang jahil (bodoh). Orang jahil yang melakukan maksiat dan membuat dosa, tidak akan terlepas seksaan Allah S.W.T di atas kejahiliannya kerana kemalasannya untuk menuntut ilmu. Pepatah ada mengatakan 'bodoh sombong'.

Orang jahil jika dia memberi pendapat ia hanya berkata menurut fikiran logik sahaja dan mengikut hawa nafsu, dan keadaan ini amat berbahaya jika silap memberi komen bab agama boleh sesat dan menyesatkan orang lain.

Golongan kelima yang jahil ini akan di masukkan kedalam neraka sebelum hisab kerana kejahilannya.

Golongan Keenam : Ahli ilmu kerana hasad dengkinya.
Hasad atau dengki diertikan sebagai sifat seseorang yang tidak suka orang lain lebih daripadanya atau tidak suka orang lain mendapatkan kenikmatan Allah. Ia ingin nikmat itu hilang daripada orang lain. Perasaan dan sifat ini adalah sifat yang dimiliki oleh Iblis laknatullah betapa dia cukup irihati kepada Nabi Adam a.s. dan anak cucunya.

Hasad dengki yang paling membahaya adalah apabila ulama menaruh hasad dengki kepada ulama yang lain. Apabila seseorang itu di gelar alim ulama maka dia adalah seorang yang berilmu dan mengetahui dosa dan pahala.

Dalam sejarah umat Islam yang terdahulu seorang ulama Islam yang besar Imam Abu Hanifah telah difitnahkan oleh beberapa ulama dizamannya. Mereka menaruh hasad dengki kepada beliau kerana ilmunya yang luas dan ramainya anak murid yang mengikuti pengajiannya. Fitnah yang mereka lemparkan keatas beliau hingga pemerentah masa itu telah memasukkan beliau masuk kedalam penjara. Tetapi dengan izin Allah, Allah S.W.T. membantu hamba-hamba-Nya yang dianianya dan Abu Hanifah dapat buktikan bahawa segala tuduhan dan tohmahan tersebut adalah fitnah semata-mata dan beliau dibebaskan.

Dari Abu Yazid Usamah bin Zaid bin Haritsah r.a yang berkata, "Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : 'Seseorang didatangkan pada hari Qiyamat, lalu dilempar ke Neraka. Maka keluarlah isi perutnya. Dengan isi perut yang keluar itu ia berputar-putar seperti himar yang mengitari porosnya. Para penghuni neraka berkumpul di dekatnya, seraya mengatakan, 'Wahai si Fulan! Apa yang terjadi padamu? Bukankah (dulu) kamu memerentah kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar?' Ia menjawab, 'Ya, memang dulu aku memerintahkannya kepada yang makruf , namun aku tidak melaksanakannya dan mencegah dari yang mungkar, namun aku melanggarnya'."(Hadis Riwayat Muttafaq Alaih).

Biasanya ulama yang memiliki sifat hasad dengki adalah ulama dunia, ulama yang mementingkan diri sendiri dan tidak mahu menyatakan kebenaran kepada pemimpin zalim walaupun kezaliman itu terang-terangan berlaku dihadapan matanya. Ulama seperti ini akan masuk neraka tanpa hisab dan dia lebih dahulu masuk neraka daripada penyembah berhala .

Sahabat yang dimuliakan,

Marilah sama-sama kita menjauhkan diri daripada enam golongan yang masuk neraka tanpa hisab seperti huraian di atas. Orang yang paling berbahagia adalah golongan yang masuk syurga tanpa hisab seperti para Nabi dan Rasul dan para syuhada dan mereka yang benar-benar beriman, bertakwa dan bertawakkal kepada Allah S.W.T. bukannya golongan yang masuk neraka tanpa hisab.

USBO pada saya


Disebabkan anggapan, maka USBO dikatakan pertubuhan milik orang politik, namun pada hakekatnya tidaklah demikian.

Memang benar, USBO diterajui oleh orang politik, akan tetapi USBO adalah NGO yang hanya mesra parti politik.

Keahlian/keanggotaan USBO meliputi berbagai lapisan masyarakat, daripada nelayan, petani, pekebun, pegawai kerajaan, pegawai swasta, orang korporat dan juga orang politik daripada rumpun yang dinaungi pertubuhan itu.

USBO, ikut rasmi padi, bukan ikut rasmi jagung. Disebabkan kurang lantang, maka ada sesetengah pihak  berkata, USBO tidakpun memperjuangkan rumpun, dan terus membandingkan dengan NGO etnik yang lama wujud yang mampu merealisasikan impiannya yang telah tersemat berdekad lamanya.

Kritikan tersebut, bertujuan agar USBO melatah, namun semuanya itu meleset, kerana USBO bukanlah ditubuhkan bermaksud demikian.
 
USBO ditubuhkan berasaskan kepada kebudayaan dan dalam jangka panjang,pertubuhan itu mengharapkan agar budaya rumpun itu terasimilasi dalam budaya nasional. Selain itu, USBO juga mempunyai visi, agar supaya etnik yang dinaunginya menjadi sebahagian daripada kelompok suku besar di negara ini khasnya, dan manalah tahu suatu hari nanti berasimilasi dengan suku terbesar di rantau ini.
 
Melalui visi ini, maka etnik-etnik dalam rumpun boleh diterima secara nasional, dan tidak mustahil salah seorang individu daripada rumpun ini akan menjadi ketua negara aka Perdana Menteri.
 
Proses ke arah itu, memerlukan masa, memerlukan kesabaran, memerlukan perjuangan yang telus dan ikhlas. Semuanya tercermin didada para pemimpin USBO, atas sebab itu, USBO tidak berfikir panjang lagi, apabila gabungan parti terbesar di negara ini, yakni Barisan Nasional membuka keahlian terus, maka USBO menyahutnya tanpa berlengah.
 
Adalah kebanggaan para ahli USBO, kerana merupakan salah satu anggota gabungan parti-parti yang memerintah negara ini sejak merdeka.
 
Disebabkan USBO merupakan sebuah organisasi yang mempunyai susunan kepimpinan, maka tidak hairan ada pemimpin daripada pertubuhan itu dilantik ke jawatan-jawatan politik; namun bukanlah penyebab sepenuhnya, kerana pemimpin tertentu itu juga merupakan pemimpin parti terbesar dalam negara ini, yakni Umno.
 
Tidak diketahui asas mana yang digunapakai oleh pucuk pimpinan untuk melantik para pemimpin USBO ke jawatan-jawatan penting baik di peringkat negeri mahupun nasional, apakah disebabkan jawatan dalam parti? ataukah jawatan dalam USBO atauah kedua-duanya sekali.
 
Menuduh USBO dipolitikan oleh pemimpin tertentu untuk mendapat jawatan, menuduh USBO sebagai asas "perintah dan pecah" hanya anggapan dangkal, yang tidak berpijak di bumi nyata.
 
USBO sesuai dengan penubuhannya adalah mengayumi semua etnik yang dinaunginya agar supaya boleh berbicara sama hak dan kuasa dengan kelompok etnik lain yang lebih besar; namun kelebihan USBO adalah matalamat jangka panjangnya, memilih untuk menjadi  salah satu komponen bangsa besar. 

USBO ditubuhkan bukan untuk tujuan jangka pendek, misalnya meminta penubuhan yang bercorak akademik yang berasaskan kaum; sebaliknya USBO mahu menubuhkan satu institusi pendidikan yang ditadbir urus oleh pertubuhan itu sepenuhnya, sepertimana institusi pendidikan di negara ini  yang telah diluluskan untuk kaum cina dan india; dimana pelajarnya terbuka kepada semua kaum , malah pelajar manca negara.

USBO tidak terkilan dengan penubuhan kolej KDM sepertimana disanjung oleh penulis blog tidak dikenal siapa pemiliknya , kerana USBO merasakan status pendidikan di negara ini sudahpun diambilkira/diurus dengan baiknya oleh kementerian pelajaran, yang lebih berkempuan dan berpengalaman.

Pendidikan di negara ini bukan lagi isu, apa kurangnya mutu pendidikan Negara? Sebenarnya soal pendidikan bukan lagi persoalan kepada rumpun, malah kepada setiap warga dalam negera ini, kerana pendidikan diwajibkan kepada semua rakyat, tidak mengira agama mahupun latarbelakang.

Malah peluang terbuka luas kepada sesiapa sahaja termasuk rumpun. Setiap individu rumpun adalah bebas untuk mengkaji, menulis, menerbitkan apa sahaja mengenai suku dalam USBO; malah boleh dijadikan kajian dan menjadi bahan untuk penulisan tesis; tiadapun sesiapa yang melarang.

Di Universiti manapun di Negara ini, baik IPTA atau IPTS, sesiapapun bebas mengkaji sosiologi atau artopolgi sukuan, termasuklah sukuan dalam rumpun.

Sebenarnya, bangunan secara fizikal tidak membawa apa-apa makna, jika pengendalinya; atau, mereka yang mencoraknya belum dilengkapi dengan kualiti yang diperlukan. Dalam bahasa computer, what you see what you get, atau dalam bahasa penganalisis data, apabila data yang diproses adalah data tiada kuailti, maka hasilnya tiada kualti. Sebagai contoh, walaupun Universiti Malaya lahir sebelumpun Negara merdeka, malah universiti itu dianggap universiti berprestej dalam Negara, malah kini pun menduduki ranking pertama dalam Negara, namun di peringkat dunia, belumpun masuk top 100. Mengapa? Selama lebih 100 tahun, kewujudan UM, tetapi belumpun menduduki top 100 di dunia? Sebabnya, kolej/akademi/universiti akan mendapat pengiktirafan, jika para pelajarnya, kakitangannya, para pensyarahnya mampu melakukan R&D yang berterusan dan dapat mezahirkan sesuatu untuk kepentingan masyarakat sejagad. Sebab itulah Universiti Harvard atau Oxford diiktiraf di dunia sebagai institusi pengajian tinggi yang hebat, kerana sumbangan universiti itu kepada manusia sejagad.

Maaf untuk mengatakan, apa yang boleh diharap pada sebuah kolej yang berasaskan kaum? kepada masyarakat sejagad? 
 
Sebagai individu yang tergolong dalam rumpun, saya berbangga, jika pada suatu hari, ramai para pengkaji daripada sukuan yang terhimpun dalam rumpun mampu menghasilkan kajian-kajian yang hebat, kerana mampu memasuki universiti berprestej seperti Universiti Malaya dalam Negara atau Harvard atau Oxford kerana peluang itu boleh merantis peluang mengwujudkan satu penemuan yang boleh digunapakai sekurang-kurangnya oleh rakyat negara ini.
 
Adalah tugas setiap indivdu dalam USBO untuk merealisasikan impian itu, bukan hanya meletakannya kepada pimpinan USBO; kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

7 June 2012

Usbo pilih bangsa besar

Rumpun Bajau yang bernaung dalam USBO mengambil iktibar pengalaman rumpun melayu di tanah besar melayu.; apakah itu di Indonesia mahupun di Semenanjung; selain itu juga pertubuhan rumpun bajau Sabah itu mengambil iktibar dalam soal etnik apa yang berlaku di negara-negara maju seperti mana berlaku di Australia mahupun Amerika.

Pendirian USBO tersebut terbukti, apabila Barisan Nasional membuka keahlian terus, maka NGO pertama yang memohon menjadi ahli adalah USBO.

Presiden USBO dan AMT pertubuhan itu memandang jauh berhubung nasib berbagai etnik yang dinaunginya. Atas sebab itu, bernaung atau bergabung dengan kelompok besar merupakan matalamat murni pertubuhan itu; agar suatu hari nanti, rumpun terasimilasi bersama kelompok lain yang mempunyai budaya sama, bertutur kata bahasa serupa dan beragama sama.

Jika ini berlaku, maka etnik rumpun bukan sahaja mampu menjadi suku bangsa yang kuat dalam negeri ini di mana ianya ditubuhkan, malah di peringkat nasional. Inilah matalamat masa depan USBO. Atas sebab itu, rumpun berbagai etnik bumiputera Sabah beragama islam itu, tidak terpengaruh dengan permintaan atau desakan kaum-kaum bumiputera lain di negeri ini; kerana USBO mempunyai matalamat jangka panjang; yakni menjadi sebahagian daripada bangsa besar di negara ini atau nusantara.

Matalamat dan tujuan para pemimpin Usbo bukanlah menjayakan proses amalgamsi, kerana terbukti di Indonesia, walaupun semua rakyatnya mengaku bangsa Indonesia, berbahasa Indonesia, akan tetapi bahasa etnik/ibuanda tetap subur. Bahasa Jawa/bahasa sunda/bahasa batak/bahasa lampung/bahasa padang/bahasa minang/bahasa banten tetap subur; malah setiap bahasa etnik di negara itu, bukannya memudar akan tetapi terus dipraktekan.

Jika dilihat daripada keperluan bahasa, bahasa jawa di Indonesia perlu diinstitusikan, kerana terdapatnya buku-buku yang ditulis dalam bahasa jawa kuno; akan tetapi di Indonesia perkara itu tidak berlaku; kerana bangsa terbesar di asia tenggara itu, mahu bersama dengan bangsa lebih besar, yakni bangsa indonesia.

Atas sebab itu, dalam bahasa indonesia; telah terserap bahasa-bahasa jawa yang telah diindonesiakan; inilah yang diharapkan oleh rumpun bajau melalui USBO, agar supaya suatu hari kelak, banyak kosakata etnik dalam rumpun itu dimelayukan dan menjadi sebahagian daripada bahasa kebangsaan. Proses ini berlaku kerana terdapatnya proses akultrasi berbagai etnik yang mempunyai budaya sama, beragama sama dan pada suatu ketika beranggapan "bersuku" sama.

Proses akultrasi selalu berlaku antara etnik yang lebih kecil kepada kelompok etnik yang lebih besar; bukannya sebaliknya. Sebab itu, selalu berlaku dalam kehidupan harian, yang kecil selalu bergabung dengan yang besar; demikian juga dalam politik, parti kecil selalu bergabung atau bernaung dengan parti besar.

Berasaskan kepada matalamat lebih besar dalam jangka panjang itu, maka etnik yang tergabung dalam rumpun Bajau; janganlah terkilan dengan penubuhan akademi yang berasaskan kaum di negeri ini, kerana itu bukan tujuan sebenar rumpun itu.

Para pemimpin USBO tahu bagaimana menggunakan mata dan hati. Sebab itu, apabila ada kritikan, mempersoalkan -Mengapa Usbo belum menubuhkan akademi/kolej sepertimana yang ditubuhkan KDM; adalah kritikan yang boleh dikategorikan sebagai kritikan "bodoh" kerana sipengeritik itu "melupuskan" pancaindera yang dikurniakan Allah padanya, di mana mempunyai mata, namun tidak mampu melihat, mempunyai hati tetapi tidak merasa.

Seorang bijak pandai seharusnya memberi komen yang boleh menjadi legasi atau teladan; sebab itu pepatah mengungkapkan, bercakap dengan orang bijak pandai walaupun hanya sebentar, namun lebih baik daripada belajar 10 tahun.

Dari awal-awal lagi para pemimpin USBO sudah menyatakan untuk menjadikan rumpun menjadi kuat, maka perlu berganding bahu dengan suku bangsa besar. Kalau diterjemahkan dalam bahasa politiknya, USBO terus berganding bahu bersama kepimpinan kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO.

USBO mempunyai tugas besar dalam merealisasikan visi Perdana Menteri, yakni 1Malaysia, Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan. Atas sebab itu, USBO tidak kelihatan terlibat dalam perjuangan yang kecil; yang seolah-olah berjuang untuk kelompok yang dinaunginya, akan tetapi perjuangan yang lebih besar dan bersifat nasional. Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) pernah berkata bahawa USBO mempunyai peranan besar untuk menjayakan budaya rumpun Bajau untuk mengwujudkan kepelbagaian budaya negara.

Selain itu, USBO juga melihat dan meneliti pendirian Perdana Menteri ke-6; Datuk Seri Najib. Tun Razak.

DS Najib semasa kepulangannya ke Pahang sebaik sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri, telah mencanangkan bahawa misi perjuangannya adalah berteras kepada gabungan antara dua misi Perdana Menteri sebelumnya, yakni wawasan 2020 dan melahirkan masyarakat cemerlang, gemilang dan terbilang dan dirangkumkan ke dalam konsep “ One Malaysia, People First and Performance Now”.


Melalui konsep itu jugalah dicanangkan bahawa negara akan berhadapan dengan berbagai transforamsi, tujuannya agar rakyat makmur dan sejatera.


Melalui konsep PM-6 ini diharapkan pada tahun 2020 selain negara sudah menjadi negara maju, seperti kata Rostow- lepas landas, juga dalam negara telah terjadi perubahan sosial berasaskan kepada empat prinsip: asimilasi, akomodasi, akultrasi dan amalgamasi. Rakyat berbilang kaum apabila ada yang mencari pasangan untuk hidup tidak lagi terkongkong dalam etnik mereka, telah menganggap warna kulit atau kesukuan bukan lagi satu kareteria kerana pada masa itu status dalam segi ekonomi telahpun bersamaan- inilah yang dikatakan asimilasi.


Semasa negara telah menjadi negara maju, tiada lagi yang mengkategorikan bahawa pakaian masyarakat yang biasa berhariraya puasa, merayakan hari kelepasan am tahun baru cina ataupun hari gawai hanya terkongkong kepada golongan masyarakat yang biasa merayakannya.. tetapi telah bermasyarakat- inilah yang dikatakan akultrasi.


Dua prinsip sosial ini ( asimilasi dan akultarsi) apabila telah menyerap dan membudaya, maka penyusunan semula masyarakat telah menjadi satu, tiada lagi yang berprinsip bahawa aku adalah aku, awak adalah awak, kamu adalah kamu. Pada masa itu semua berprinsip kita adalah kita.

Pada suatu ketika, mereka yang termasuk dalam rumpun, akan merasa bangga, kerana akibat penubuhan satu pertubuhan yang mereka naungi seperti USBO berjaya mengwujudkan satu kelompok bangsa yang besar.

Pada ketika dan masa itulah, akan teringat oleh generasi penerus betapa majunya para pemimpin USBO terdahulu dalam merungkai masa depan pertubuhan yang dipimpin pemimpin terdahulu.

Dalam benak para pemimpin USBO kini, telah terungkai berbagai kaedah untuk memajukan semua etnik dalam rumpun; memajukan dari semua bidang, ekonomi, pendidikan, sosial dan keagamman.

Tiada jalan mudah untuk mencapainya; sebab itu USBO melihat hanya melalui kuasa politik sahaja, rumpun dalam USBO boleh berjaya di masa depan; bukannya melalui monumen atau benda-benda yang bersifat fizikal.

Penubuhan USBO mengambil pengertian pendidikan, dimana pendidikan adalah berhubungan erat dengan segala sesuatu yang berkaitan dengan perkembangan manusia, seperti perkembangan fisik, kesihatan, keterampilan, pikiran, perasaan, kemauan, sosial, sampai pada perkembangan Iman. Perkembangan ini bertujuan agar manusia berkembang menjadi lebih sempurna, membuat manusia meningkatkan hidupnya, dan kehidupan alamiah menjadi berbudaya dan bermoral.

USBO juga mengambil iktibar dalam perjuangannya antara lain daya dan upaya untuk memajukan budi pekerti (karakter dan kekuatan batin), pikiran (intelektual), dan jasmani anak-anak selaras dengan alam dan masyarakat. Selain itu, pertubuhan itu membantu/menggalakan perkembangan individu dari jasmani dan akal dengan sesuatu yang memungkinkan tercapainya kesempurnaan. Pendek kata, perjuangan USBO lebih bersifat universel, untuk memenuhi visi jangka panjangnya.

Bagi menikmatinya, Sabar adalah jawapannya, kerana jelas, apabila kabut pergi, nampaklah gunung.

5 June 2012

K-POP versi PKR tutup aurat

Bukan main Ustaz  Azhar Idrus.. kutuk habis K-POP persembahan artis daripada Korea Selatan semasa himpunan jutaan belia di Putrajaya.

Kata Ustaz  itu, K-POP daripada Korea itu, tidak tutup aurat, K-POP PKR (gambar) tutup aurat?

Suara Rakyat ingat-Najib saja minat K-POP rupanya Anwar juga.

3 June 2012

Permintaan Tambahan Peruntukan boleh diluluskan: Musa

Kerajaan Negeri tidak keberatan untuk meluluskan permohonan peruntukan tambahan untuk kebaikan rakyat, khususnya dalam usaha meningkatkan perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata, pemberian peruntukan kewangan tambahan bertepatan dengan keadaan dan kehendak semasa, terutama ketika kewangan negeri semakin kukuh.

“Dengan adanya perpaduan (rakyat), kita semua dapat mengukuhkan kewangan kita. Kita juga dapat membuktikan kemampuan kita mengurus kewangan kita dengan cekap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perasmian Penutupan Pesta Kamatan Peringkat Negeri di Dewan Hongkod Koisaan KDCA, minggu lalu.

Musa berkata perpaduan rakyat merupakan elemen penting dalam menarik lebih ramai pelancong dan pelabur datang ke Sabah.

Jelasnya, perpaduan yang kukuh memberi keyakinan kepada masyarakat luar terhadap keamanan dan keselamatan di negeri ini.

“Kita mesti pelihara budaya ini agar kita dapat merancakkan ekonomi kita secara bersama.

“Sudah pasti ada hikmat di sebalik adat tradisi nenek moyang kita ini dalam mewujudkan perasaan kekitaan di kalangan kita,” katanya.

Di samping itu, Musa turut meminta wakil-wakil rakyat dan anggota kerajaan supaya terus bekerja dengan ikhlas untuk rakyat.

“Inilah amalan Barisan Nasional. Kita mesti sentiasa turun padang dan bekerjasama untuk rakyat,” tambahnya.

2 June 2012

Setianya Azmin Ali pada Anwar...kenapa?

Sebabnya Anwarlah Azmin jadi kaya. Bayangkan dengan gaji tidak sampai RM3k sebulan punya jutaan di akaun. Pertolongan Anwar daripada segi kekayaan tiada tolok bandingnya. Pertolongan itu perlu dibalas berapapun harganya.
Budi tetap dibalas budi, itulah kesetiaan Azmin pada Anwar. Azmin mengaku, biarpun kelurganya hancur, tidak akan mengendurkan kesetiaannya kepada Anwar.

Anwar adalah idola Azmin, sebab itu, apa sahaja kehendak Anwar perlu dituruti, tanpa soal. Atas sebab itu, apabila ada dakwaan bahawa Anwar "mengunakan" Shamsidar isteri Azmin, dan telah dirakam melalui video sebagaimana dakwaan Nalla, teman karib Anwar selama 30 tahun, Azmin tidak peduli. Malah Azmin sanggup cek DNA anaknya.. apakah benar dakwaan itu.. 

Tindakan Azmin menjalankan ujian DNA terhadap anaknya, bererti dia juga percaya, bahawa isterinya dipakai Anwar,,

Melalui perbicaraan sodomi I, ujian DNA ke atas bekas air mani di tilam yang diambil di Tivoli Villa, di mana didakwa berlakunya hubungan intim antara Shamsidar dan Anwar ternyata hasil ujian DNA itu telah disahkan milik mereka berdua. Pun demikian, kesetiaan Azmin pada Anwar bukannya mengendur, malah menguat.
Azmin telah membuat keputusan, tiada yang boleh mengubahnya.. kata orang kesetian sudah terlanjur.. berundur mati mak.. maju mati bapa.

1 June 2012

Pilih Kerajaan jangan guna CUBA TRY TEST

Lebih 50 tahun BN teruji memerintah negara. Telah ada 10 RMK, di mana setiap RMK memerlukan 5 tahun.

Pembangunan perlu dirancang. Perancangan berasaskan kebolehan negara samada sumber alamnya, faktor perniagaan dan modal insan.

Tiada jalan mudah menuju kejayaan. Atas sebab itu, kerajaan mempergunakan semua kepakaran yang ada, mengadunnya, untuk membangun negara.

Pembangunan, bukan sahaja secara fizikal, akan tetapi juga pembangunan modal insan, melalui pemanfataan sumber alam yang terhad.

Selain itu, pembangunan negara juga sangat terkait dengan perkembangan dunia, samada negara-negara jiran mahu negara-negara rakan dagang.

Berasaskan kepada kemampun negara daripada semua aspek, maka pada tahun 2012, negara memperuntukan bajet RM233 bilion untuk membangun negara. Walaupun bajet itu merupakan bajet defisit, namun ianya managable.

Bagi Sabah pula, bajet tahun 2012 melebihi RM4.03 bilion. Namun berasaskan keperluan pembangunan, maka kerajaan negeri tidak teragak-agak menambah peruntukan itu. Peruntukan tambahan bukan masalah bagi kerajaan negeri, kerana jumlah rejab kewangan negeri yang baik dan positif.

Melihat kepada kemampuan kerajaan yang dikuasai BN, track rekod yang ada, sebenarnya kerajaan telah mengatur pemerintahan dengan begitu baik sekali. Atas sebab itu, percubaan pembangkang untuk menabur berbagai janji retorik, gimik dan harapan, adalah sungguh bahaya kepada negara. Sebabnya? mereka hanya berpaksi kepada CUBA TRY TEST.

Pengalaman rakyat Terengganu pada tahun 1999, perlu diambil iktibar oleh rakyat semenanjung, manakala Sabah, perlu melihat period 1985-1994; di mana kadar pembangunan negeri berada pada tahap negatif.

Kini, pengalaman penduduk Selangor, selama 4 tahun di bawah Pakatan Rakyat, janji yang tertunai adalah pemberian 20 meter padu air bersih; sedangkan janji-janji lain; semuanya NOL besar.

Manakala di Pulau Pinang pula, telah berlaku peminggiran kaum melayu dalam semua aspek; situasi sama berlaku di Sabah pada period 1985-1994, di mana berlaku peminggiran bumiputera islam.

Atas sebab itu, pemilihan kerajaan melalui CUBA TRY TEST akan memudaratkan negara mahupun negeri.

Benarlah KATA-KATA MANTAN NAIB PENGERUSI DAP YANG TELAH KELUAR DARIPADA PARTI ITU- TUNKU ABDUL AZIZ... BAHAWA RAKYAT AKAN RUGI JIKA TERMAKAN JANJI-JANJI PEMBANGKANG YANG BERSLOGANKAN CUBA TRY TEST.

Tidak selamanya Lajim jadi faktor penentu

Jika tahun 1994, Lajim merupakan faktor penentu kepada BN Sabah membentuk kerajaan, mungkin itu yang difikirkan  Presiden PBBS itu ; atas sebab itu, untuk beberapa waktu, beliau mengatur strategi untuk melakukan langkah yang sama dengan menyertai Pembangkang melalui PKR.
Lajim menggunakan taktik lama-wait and see dan demand sesuatu daripada pucuk pimpinan sepertimana taktik para pemimpin Sabah yang pernah keluar daripada parti asal samada menubuhkan parti baru ataupun menyertai parti lawan. 

Awal tahun ini, angin bertiup kencang, bahawa Lajim akan keluar Umno untuk mengetuai sebuah parti yang dijenamakan semula, namun spekulasi itu dinafikan sendiri oleh beliau.

Walaupun penafian demi penafian yang dilakukan oleh AMT Umno itu, sebaliknya di peringkat penyokongnya, tetap berkeyakinan bahawa Timbalan Menteri itu akan tetap keluar Umno, kerana angin kencang cukup kuat bertiup, bahawa beliau tidak akan dicalonkan lagi atas sebab bukan calon winnable.

Kedudukan Lajim pada masa terkini, bukan lagi berupa spekulasi, akan tetapi pasti, apabila beliau mengorak langkah, memberi kata dua kepada Timbalan Pengerusi Umno Sabah, Datuk Salleh Tun Said agar menarik balik pandangan Speaker DUN Sabah itu mengenai P20.

Lajim turut mengancam, bahawa beliau akan mengadakan demonstrasi sempena lawatan Najib ke Sabah pada 9 Jun, jika Salleh tidak menarik balik pandangannya dalam tempoh 10 hari.

Ramai yang melihat, bahawa ancaman Lajim secara terbuka kepada Timbalan Pengerusi Umno Sabah itu, merupakan taktik untuk menzahirkan bahawa beliau akan keluar Umno. 

Sebenarnya, sejak sekian lama, Lajim mencari kaedah atau taktik, bagaimana beliau keluar daripada Umno. Nah, secara kebetulan pada perasmian siber trooper pemuda BN pada 25 Mei lalu, Salleh mengutarakan pandangannya mengenai P20. Akibat pandangan itu, maka lajim mengambilnya secara sempit, seolah-olah Salleh menidakan memorandum yang dikemukakan berbagai parti kepada IGC sebelum pembentukan Negara Malaysia.

Sebenarnya tiada silappun mengenai pandangan Speaker DUN Sabah itu mengenai P20; oleh kerana Lajim mencari, kambing hitam untuk beliau keluar parti, maka beliau mengangkat pandangan Salleh itu.

Spekulasi bahawa MP Beaufort tersebut akan keluar Umno, kononnya akan juga turut disertai MP Tuaran, yang juga Timbalan Presiden UPKO dan beberapa mantan pemimpin yang sudah expired-antaranya Tan Sri Kasitah Gadam. dan Datuk Osu Sukam.

Apa kah tindakan Lajim kali ini akan berjaya? atau kah mencurahkan air di tempayan bila mendengar guruh di langit... hanya rakyat yang menentukan. Jika benarlah Lajim keluar Umno bersama Welfred Bumburing, maka jelaslah perjuangan mereka bukanlah untuk rakyat, sebaliknya untuk diri sendiri,

Nota: Lajim dan Bumburing  serta Kasitah adalah mantan Pemimpin PBS.

31 May 2012

Penggerak Pembangunan Kota Belud

Kota Belud hanya ada tanah, laut, bukit dan sungai, selain itu, tiada...kecuali emas hitam di ZEE yang kini diterokai, syarikat-syraikat minyak antaranya Petronas dan Shell.

Penduduk Kota Belud pada tahun 2012, menghampiri 100,000 yang tersebar di tiga kawasan Tempasuk, Usukan dan Kedamaian.

Sumber kehidupan penduduk  sebahagian besarnya  tergantung kepada alam dan hanya sedikit bergantung kepada dunia perniagaan dan pegawai awam dan swasta.

Berasakan kepada keadaan itu, maka program pembangunan Kota Belud, lebih cenderung kepada pemanafataan sumber alam.
 
Program Jelapang Padi, Agropolitan dan Pelancongan merupakan pendekatan yang diambil kerajaan agar supaya, pada tahun 2020, penduduk Kota Belud boleh setanding dengan penduduk daerah lain amnya dan negara khasnya daripada segi pendapatan.
 
Bagi mendokong program pemanfataan alam, seluas 100 ekar tanah sawah telah dikenal pasti di kawasan Tempasuk, akan dimajukan  dengan menggunakan Kaedah Penanaman Padi SRI2. Kaedah penanaman Padi SRI2 boleh meningkatkan hasil tuaian antara 10-15ton sehektar setiap musim.

Program contoh ini akan diusahakan bersama pakar-pakar Padi dan berkolobrasi dengan Persatuan Peladang sebagai pelaksana utama.

Persatuan Peladang, akan mendapat khidmat nasihat daripada pakar-pakar SRI2 dalam merealisikan program Model itu.

ADUN Tempasuk dan Pembantu Pertanian dan Industri Tani Sabah-Datuk Musbah Hj Jamli merupakan individu yang mencetuskan idea ini, agar supaya kawasan Tempasuk menjadi pusat R&D Padi di Sabah.

20 Perkara: Lajim keliru

"Hak rakyat Sabah dan negeri Sabah pasti terbela oleh Barisan Nasional dan pada pandangan saya, kita hormati pandangan masing-masing dan saya sendiri tidak pernah menyentuh soal "kesahihan" dokumen 20 Perkara kerana ia bukan perjanjian cuma memorandum,".“DATUK SALLEH TUN SAID”

Desakan Datuk Lajim Ukin, agar Datuk Salleh menarik balik kenyataan (petikan) menggambarkan, bahawa Wakil Rakyat Beufort itu keliru dengan kenyataan itu.

Datuk Lajim yang mengatas namakan dua NGO WARIS dan PBBS menggesa Salleh menarik kenyataan itu dan meminta maaf.?

Bagi penulis, melihat kepada petikan Salleh tersebut, tiada apapun kesilapannya.. kenyataan tersebut merupakan kenyataan straight to the point.

Adalah penting menilai sesuatu kenyataan. Kenyataan mengenai fakta.. dan kenyataan mengenai semangat.

Selepas merdeka 49 tahun, rakyat Sabah hanya dibekalkan mengenai dokumen P20, yang boleh diakeses oleh siapapun. Malah ramai yang menulis P20, termasuk Speaker Dewan Rakyat-Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia.

P20 adalah dokumen memorandum, bukannya dokumen perjanjian. Lajimnya setiap perjanjian yang ditandatangi selepas sesuatu memorandum, dengan sendirinya memorandum itu hanya menjadi terma rujukan. Sebaliknya semua dokumen yang sah akan termaktub dalam perjanjian yang ditanda tangani.

Semasa memberi komen mengenai P20, Salleh dengan jelas menyatakan tidak mempertikai kesahiahan P20 apatah lagi semangat memorandum itu; yang beliau sentuh adalah isi daripada memorandum itu telahpun termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Apa kah Datuk Lajim atau pemimpin lain yang sewaktu dengannya mempertikai kandungan Perlembagaan Malaysia?

22 May 2012

Muka baru yang perlu diketengahkan pada PRU-13

Perdana Menteri menekankan betapa pentingnya 12.5 juta belia negara ini untuk mencorakan hala tuju negara.


Para pemimpin yang bermula daripada belia, merupakan para pemimpin yang diharapkan untuk menjadi penyambung kepada kepimpinan negara.


Di Sabah, salah seorang daripada pemimpin belia itu, adalah Haji Nizam Abu Bakar Titingan (Gambar). Nizam merupakan mantan Ketua Pemuda Umno Sabah, dan terpaksa berundur kerana faktor usia.


Kini beliau, merupakan Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah.

Haji Nizam juga merupakan Naib Ketua Bahagian Umno Tawau dan P190 Tawau dimenangi BN pada PRU-12 lalu.

Kawasan Parlimen Tawau mempunyai Tiga DUN- N.55 Balung, N56-Apas dan N.57 Sri Tanjung.

Dua kawasan tersebut disandang oleh BN- Balung-Syed Abas Syed Ali dan Apas- Tawfik Abu Bakar Titingan, sementara Sri Tanjong-Jimmy Wong daripada DAP.

Berasaskan permintaan akar umbi- Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri ini, dimnta oleh berbagai pihak untuk bertanding di salah satu kawasan DUN- yakni N55-Balung dan N59-Tanjung Batu dalam Kawasan P191-Kalabakan.

Ramai yang menganggap bahawa beliau merupakan seorang yang "winnable candidate" bagi kawasan-kawasan tersebut, jika diberi peluang bertanding oleh pucuk pimpinan. Kekerapan turun padang, rapatnya dengan para pengundi, merupakan faktor penentu kemenangan beliau dalam PRU-13.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels