30 June 2012

PRU-13: BN dan PR sudah lama pasang gear 5

Ibarat dalam pemanduan, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sudah lama memasang gear 5. Bagi BN, gear 5 telah dipasang sejak sekian lama, sebaik sahaja menubuhkan kerajaan pada Mac, 2008 dan sebaliknya PR pula, gear 5 dipasang bermula awal tahun ini.

Dengan gear 5, pemanduan kini mencacah kelajuan yang dibenarkan 110 km/jam, walaupun ada pihak yang curi-curi memecut sesuai dengan kuasa kereta yang dipandu.

Persoalannya, sampai bila terus berada pada keadaan gear 5? Apa kah pada keadaan itu, kereta yang dipandu boleh bertahan? Jika gear 5 terus dipertahankan, maka faktor penentu adalah kesiapsiagaan kereta yang dipandu.

Jika kereta yang dipandu itu, cukup peyelenggaran sebelum ini, tidak syak lagi akan mampu bertahan memecut pada keadaan gear 5 dengan masa yang lebih lama.

Pertanyaan berikutnya, apakah minyak cukup, jika gear 5 dipertahankan? di sini juga, melihat tanki dan sais kereta yang dipandu. jika sais tanki besar, maka sudah tentu mampu membawa minyak yang banyak.

Mungkin atas asas itu, Perdana Menteri semalam, berkata, tiada keperluan mengadakan pilihanraya dalam masa terdekat, atas sebab rakyat memilih kerajaan untuk tempoh lima tahun, agar supaya perancangan dan pembangunan demi faedah rakyat dapat berjalan dan seterusnya dinikmati oleh rakyat.

Sebenarnya, kerajaan barisan nasional telah siap siaga setiap masa untuk berdepan dengan rakyat, atas sebab itu, para pemimpin kerajaan barisan nasional senantiasa turun padang, melalui jelajah janji ditepati. Berlainan dengan pemimpin pembangkang yang menjelajah untuk menabur fitnah dan membuat janji-janji retorik, seolah-olah bulan dan bintang dengan mudah jatuh ke riba.
Sebenarnya benar kata Perdana Menteri, bukan soal Yakin atau Tidak Yakin yang menentukan tarikh pillihanraya. Pilihanraya adalah bertujuan untuk mendapat mandat baru daripada rakyat,, jika ada  perancangan dan pembangunan yang akan dicadangkan, namun pada keadaan sekarang, kerajaan berada pada tahap menepati janji-janji kerajaan pada rakyat, sesuai dengan manifesto tahun 2008.

Janji kerajaan BN mengenai Transformasi Kerajaan, Transformasi ekonomi, undang-undang dan berbagai Transformasi iringan, sedang berjalan melalui pendekatan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.

Kerajaan Barisan Nasional mahu rakyat merasakan semua hasil Transformasi itu, sebelum kerajaan meminta mandat semula daripada rakyat.

Berlainan dengan Pakatan Rakyat, mereka mendesak Pilihanraya segera diadakan, kerana bagi tujuan menutup kelemahan mereka, kerana semua janji-janji mereka semasa PRU-12, gagal ditunaikan. Jika PRU-13 diadakan dalam masa terdekat, dengan mudah mereka akan menyalahkan Perdana Menteri kerana memanggil PRU awal, sedangkan tempoh belum berakhir.

Najib dapat mengesan taktik pembangkang ini, atas sebab itu, beliau "prolong" PRU-13, agar supaya Pakatan Rakyat tiada modal lagi memutar belit semasa kempen pilihanraya.

Pakatan Rakyat kini, serba salah, walaupun empat tahun memerintah di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, namun janji-janji mereka semua AUTA. Kelantan apa lagi!!! walaupun ditambah berpenggal-penggal, kerajaan Pas tidak akan mampu membangun Kelantan.
Kepada Pakatan Rakyat, tidak perlulah menimbulkan PRESEPSI bahawa Najib TIDAK YAKIN, sebaliknya, meperlambat PRU-13 adalah satu taktik, yang boleh melemahkan Pakatan Pembankang selemah-lemahnya, sehingga KNOCK OUT pada PRU-13.

Selain itu, kini berbagai isu melanda Pakatan Pembangkang, maka semakin dilambatkan PRU-13, maka semakin terbongkar semua masalah mereka, untuk rakyat nilai dan adili.

29 June 2012

Sidang Parlimen ditangguhkan: Mungkin ianya yang terakhir?

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-12 yang bersidang sejak 11 Jun lepas ditangguhkan hari ini ke suatu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Sepanjang persidangan selama 12 hari itu, Dewan Rakyat meluluskan tujuh rang undang-undang iaitu Rang Undang-Undang Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2012, Rang Undang-Undang Perubatan (Pindaan) 2012 dan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) 2012.

Turut diluluskan Rang Undang-Undang Pelindung (Pindaan) 2012, Rang Undang-Undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012, Rang Undang-Undang Umur Persaraan Minimum 2012, Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012 dan Rang Undang-Undang Francais (Pindaan) 2012.

Sementara itu, Rang Undang-Undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 yang dijadual dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada persidangan kali ini, dibawa ke persidangan akan datang.

Dewan Rakyat turut meluluskan usul penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Projek Lynas Advance Material Plant (LAMP) yang mengandungi 31 syor berhubung projek nadir bumi itu.

Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat dijadual bersidang pada 24 Sept depan dan akan bermesyuarat selama 34 hari, sekiranya Parlimen tidak dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13.

27 June 2012

Musa bukan katak- Jeffery Kitingan mengarut

Datuk Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah, tidak pernah melompat parti seperti mana dakwaan Jeffery Kitingan.

Jeffery membuat justifikasi pada dirinya yang kaki lompat, kononnya untuk mencari penyelesaian bagi Sabah. Menurut Jeffery, di Sabah, tiada seorangpun pemimpin tulin, termasuk Musa yang juga pernah melompat parti.

Jeffery sebenarnya mengarut, kerana Musa tidak pernah melompat parti, kerana Usno yang merupakan parti asalnya, telah dibubarkan untuk tujuan, agar supaya seluruh ahli usno masuk Umno secara serentak.

Umno mengembangkan sayapnya ke Sabah pada tahun 1990, walaupun secara rasminya tahun 1991, atas sebab peristiwa tikam belakang parti PBS terhadap BN, yang keluar menyertai Semangat 46 diambang pembuangan undi pada tahun 1990.

Semua ahli Usno termasuk Musa menyertai Umno semasa Umno sebagai parti pembangkang di negeri Sabah.

Tindakan Musa dan para pemimpin Usno berlainan dengan cara Jeffery. Jeffery bertindak keluar daripada PBS pada tahun 1994 dan menubuhkan PBRS. Disebabkan tidak berjaya sebagai Presiden, maka Jeffery keluar lagi untuk menyertai AKAR. Di AKAR juga Jeffery gagal menjadi presiden, sekali lagi dia keluar.

Kemudian Jeffery masuk semula ke parti PBS. Akibat keinginannya untuk menjadi  timbalan presiden parti abangnya itu gagal, sekali lagi Jeffery keluar parti.

Jeffery mencuba masuk Umno dengan menggunakan nama aliasnya Gafari, namun tindakannya itu berjaya dikesan, dan permohonannya ditolak.

Selepas itu, Jeffery menyertai PKR, akan tetapi gagal dilantik sebagai Pengerusi PKR negeri, maka seperti biasa dia keluar lagi.

Kini, Jeffery adalah Pengerusi STAR cabang Sabah. Pertanyaan selanjutnya bilakah Jeffery akan keluar lagi!!!

Pupuklah semangat berpasukan untuk menghadapi PRU-13: Salleh Said

SELAGI semangat berpasukan kental dikalangan pemimpin BN berserta para penyokongnya, maka tiada cara bagi pembangkang untuk menggantikan pemerintahan BN.

Ambilah iktibar pada PRU-12, disebabkan pergeseran para pemimpin BN di Semenanjung, maka Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan ditawan pembangkang.

Sebenarnya, kekalahan BN di enam negeri itu, bukan kerana pembangkang kuat, akan tetapi semangat berpasukan telah luntur ketika itu.

Tidak perlulah membangkitkan mana pemimpin yang bergeser pendapat, anggaplah kejadian itu sebagai sempadan.

Bagi menghadapi PRU-13 yang akan diadakan tidak lama lagi, maka amalkan semangat berpasukan, demi merai kejayaan.

Dalam sistem berpasukan, setiap pemimpin kena akur disetiap keputusan yang telah dibuat. Kadang pemimpin utama direhat, bukan kerana apa, dalam keadaan tertentu, perlu ada strategi untuk tujuan menang.

Untuk itu, melalui semangat berpasukan, kenalah setiap pemimpin bersedia, apakah akan dicalonkan, diketepikan sebagai simpanan atau sebagainya.

Jika tidak terpilih, janganlah membuat onar sendiri, dengan menikam belakang, kerana perlu dingat, suatu masa dulu seorang pemimpin disokong, apabila tidak dikedepankan perlu pula menjadi penyokong, bukan sebaliknya.

Jika sokong menyokong menjadi budaya dan pegangan, maka kemenagan pasti dalam gengaman.

Tulisan ini berasaskan inti sari ucapan Datuk Salleh Tun Said semasa merasmikan Juara Rakyat: Wanita dan Kelurga di Kota Belud, minggu lalu.

Pada Majlis tersebut, semua wakil rakyat Umno baik MP atau ADUN turut serta sepertimana pada gambar.

Pola pengundian PRU-13 bagi rakyat Sabah

ADA tiga faktor yang menentukan pola pengundian rakyat Sabah pada PRU-13. Pertama rakyat melihat kepada kepimpinan negeri, kedua tergantung kepada calon-calon yang digemari rakyat dan ketiga faktor parti.

Melihat kepada keadaan Sabah sekarang ini, tidak syak lagi kepimpinan negeri sungguh popular. Kepopularan para pemimpin negeri, kerana sifat para pemimpin itu cukup terbuka dan mudah didekati. 

Kekerapan para pemimpin negeri turun padang dan selalu berada di kawasaan masing-masing, membuatkan rakyat merasa terus didampingi dan merasa diambil peduli.

Berasaskan kepada sifat para pemimpin itu yang mempeduli rakyat, maka membuatkan mereka disenangi dan digemari. Atas sebab itu, pencalonan mereka tidak akan banyak rintangan untuk mencapai kemenangan.

Faktor parti pula, rakyat melihat bahawa parti BN sangat teratur dari  segi organisasi, bertentangan dengan parti pembangkang yang masih terkial-kial mencari rentak.

Selain itu, BN mempunyai trek rekod yang baik terhadap rakyat, yang mana apa-apa janji parti terus ditepati, bagi parti pembangkang pula, parti-parti itu belum mempunyai sebarang rekod, selain parti yang dikerumuni oleh para invidu yang mengejar kuasa dan agenda sendiri.

Pada PRU-13, rakyat akan tergantung kepada faktor ini semasa membuang undi, apa kah mereka itu pengundi lama atau baru.

Rakyat Sabah akan menilai para pemimpin pembangkang yang hanya berebut-rebut untuk menjadi yang berhormat, agar agenda masing-masing tercapai.

Berlainan dengan para pemimpin BN dimana mereka dicalonkan untuk meneruskan agenda pembangunan negeri demi rakyat.

25 June 2012

Semakin lama PRU-13- "angkang' kita.. kata seorang pemimpin

Angkang kita Bro.. kalau PRU-13 lama lagi!!!! demikian komen seorang wakil rakyat yang sempat ditemui Suara Rakyat baru-baru ini.

Desas desus PRU-13, dibicarakan sejak tahun lepas selepas sahaja PRN Sarawak. Pemerhati politik membuat andaian ketika itu, jika BN menang besar, maka PRU-13 akan berlangsung pada 11 November, 2011, angka 11 adalah kegemaran Najib.

Namun spekulasi itu hanya berlalu dan berlarutan hingga kini. Tiada siapa yang mengetahui kapan dewan rakyat dibubarkan, kecualilah DS Najib sendiri.

Baru-baru ini para pemimpin Pakatan Rakyat kecoh dan heboh, kononnya Najib akan mengadakan pilihanraya pada musim haji, selepas bajet dibentangkan pada 28 September.Namun, sangkaan pembangkang itu, tidak akan tepat, kerana, penyokong atau pemimpin BN juga terlibat sama musim haji.

Berasaskan pada senario semasa, dengan mengambil kira pembentangan bajet, dan BR1M gelombang ke-II, besar kemungkinan PRU-13 akan mengambil tempat seperti PRU-12, yakni bulan Mac, 2013, kerana 8 dan 9 Mac,2013 jatuh pada hari sabtu dan ahad.

Meskipun ada kepercayaan angka 13 adalah angka sial, namun bagi penganut agama islam, tiada angka yang dianggap seperti itu.

Jika PRU-13 diadakan tahun depan, maka spekulasi pembangkang, bahawa Najib akan membubar dewan rakyat semasa musim haji akan melesit.

Menunggu PRU-13 bagi setengah pihak sungguh meletihkan dan memenatkan. Keadaan ini, bukan sahaja dialami pihak wakil-wakil rakyat BN, juga wakil-wakil rakyat pembangkang. Memperlambat PRU-13, boleh mengakibatkan ada pemimpin daripada kedua pihak kehabisan peluru terlebih dahulu, sebelum masuk bertempur.

Berasaskan keadaan itu, maka ada yang beranggapan, PRU-13 diadakan lagi cepat lagi bagus. Ada pemimpin BN menjangkakan Julai atau bulan ogos semasa bulan puasa, namun berdasarkan situasi sekarang pilihan raya berkemungkinan selepas pembentangan Bajet.

Pada PRU-12, BN tewas empat negeri – Kedah, Pulai Pinang, Perak dan Selangor – serta gagal menawan Kelantan. Namun BN berjaya menawan kembali Perak pada Februari 2009 selepas beberapa pemimpin PR keluar parti, dan memberikan majoriti kepada BN.

Di Melaka semalam, Najib membayangkan, bahawa BN akan menang besar, sekaligus mampu merampas semua negeri yang ditawan pembangkang tahun 2008, termasuklah Wilayah Persekutuan. Sebaliknya, untuk menang di Kelantan, Presiden Umno itu belum membayangkan kemungkinan itu, keupayaan BN di negeri siti wan kembang itu, mungkin seperti tahun 2004, di mana BN hanya kurang 2 kerusi DUN.

Pada PRU-13, sekitar 12 juta layak mengundi pada pilihan raya kali ini, peningkatan berbanding sembilan juta pada 2008. Menurut statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sekitar 40 peratus daripada jumlah itu adalah pengundi muda.

24 June 2012

Pemimpin BN yang tidak setia lagi perlu buat pendirian

SEMALAM. dua pemimpin tertinggi BN Sabah, meminta para pemimpin BN tertentu, yang kaki mereka sudah menyeberang jalan supaya menyatakan pendirian secara "gentleman" agar supaya rakyat tidak dikelirukan.

Ketua Menteri Sabah, DSP Musa Aman yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Sabah merangkap Pengerusi BN negeri semasa merasmikan satu majlis sekolah di Menggatal Sabah, menyindir secara sinis gelagat para pemimpin tertentu itu, dimana menurut beliau, mereka bermain sandiwara.

Menurut Musa, dilain pihak para pemimpin tertentu itu berkata "masih" pemimpin BN, tetapi dilain pihak pula bercakap lain-lain, sama seperti pemimpin pembangkang.

Sementara itu, pada satu majlis yang berasingan bertempat di Kota Belud, Speaker Dewan Undangan Negeri, DSP Salleh juga berkata perkara yang sama.

Menurut Salleh, adalah sesuatu yang curang, apabila seseorang pemimpin yang diharapkan menyokong dan membantu pucuk pimpinan samada soal-soal parti ataupun kerajaan, namun mempunyai dua visi. Di lain pihak menyokong kerajaan, dilain pihak seperti agen pembangkang.

Walaupun dua pemimpin BN Sabah itu tidak menyebuat siapa-siapa pemimpin BN itu, namun umum sudah mengetahui, mereka yang dimaksudkan adalah MP Beaufort dan MP Tuaran.

Dua minggu lalu, telah kecoh, bahawa dua pemimpin itu berserta beberapa pemimpin lama akan menyertai parti pembangkang, atas sebab itu, Anwar Ibrahim tergesa-gesa melawat Sabah, untuk menerima mereka. Namun, disebabkan masalah teknikal, maka desas desus itu tidak menjadi.

Seorang pemimpin sesebuah parti perlulah setia dengan parti yang dinaunginya. Selain itu, pemimpin itu perlulah menegakkan prinsip parti, bukannya bersandiwara.

Rakyat pada masa kini, tidak mudah ditipu lagi dengan sandiwara seperti itu. Aliran maklumat yang canggih, memudahkan rakyat mengetahui, maksud sebenar para pemimpin yang bersandiwara ini.

Yakinlah tidak selamanya tindakan bersandiwara itu disokong rakyat. Rakyat lebih kepada pemimpin yang teguh dengan perjuangan untuk mereka, bukannya pemimpin yang hanya berjuang demi maksud mencapai agenda peribadi. Fikir-fiirkan lah.

23 June 2012

Undi wanita penentu kemenangan: Salleh Said

Jumlah pengundi wanita yang melebihi separuh daripada daftar undi, merupakan faktor penentu kemenangan seseorang calon. Parti mana yang mendapat sokongan kaum wanita, maka parti itulah yang boleh menang.

Ketua Bahagian Umno Kota Belud, DSP Salleh Tun Said semasa merasmikan Juara Rakyat: Bulan Wanita & Keluarga bertempat di Dewan Tun Said Kota Belud hari ini, berkata peranan wanita sungguh penting dalam perjuangan parti, kerana atas sokongan mereka, parti akan terus teguh dan sukses.

Disebabkan peranan itu, kerja berpasukan sepertimana diamalkan kumpulan wanita supaya diteruskan, agar supaya mereka senantiasa kuat dan ampuh. Ibarat kata pepatah, lidi sebatang mudah dipatah, namun jika seberkas, maka terlalu sukar untuk mematahnya.

Wanita mempunyai peranan yang kuat untuk menangkis hasutan pembangkang, kerana sifat mereka yang dekat dengan rakyat. Untuk itu, kerjasama mereka kepada semua wakil-wakil rakyat BN adalah dituntut untuk mendapat maklumat-maklumat baru untuk tujuan disebarkan kepada akar umbi.

PRU-13 adalah sangat penting, kerana PRU itu merupakan ibu kepada semua PRU di negara ini. Melalui PRU itu, akan ditentukan apakah BN akan terus menerajui negara atau sebaliknya. Atas sebab itu, semua penyokong BN dan ahli-ahli parti BN, perlu berkerja keras termasuk kaum wanita, demi memastikan, agar BN terus menerajui kerajaan.

Hanya melalui kerajaan BN, segenap rakyat akan terbela. Kerajaan BN terus perhatin terhadap kesejahteraan rakyat, sehinggalah semua rakyat negara ini menjadi maju setanding dengan penduduk negara-negara yang telah maju.

Kawasan Kota Belud semakin membangun. Kewujudan Jelapang Padi, agropolitan, tempat-tempat pelancongan di kawasan itu, membuka peluang pekerjaan dan menjadi wacana untuk rakyat menambah pendapatan.

Kerja berterusan wakil-wakil rakyat BN yang senantiasa turun padang, untuk menyelesaikan masalah-masalah rakyat selain mendapat input untuk membuat perancangan, merupakan usaha murni. Atas sebab itu, kawasan Kota Belud dianggap sebagai kawasan pasti menang untuk calon-calon BN.

Usaha MP Kota Belud- Datuk Abdul Rahman Dahalan untuk menyelesaikan masalah airbersih, semakin beres, kerana 99 peratus, kawasan telahpun dipasang dengan paip-paip air, dan hanya menunggu air bersih untuk disalurkan.

Jelapang Padi dan Agropolitan, yang terus diperjuangkan oleh ADUN Tempasuk-Datuk Musbah Jamli, semakin membuahkan hasil. Proses penaman padi secara bersepadu seluas 800 hektar akan berjalan dalam sedikit masa lagi. Melalui usaha itu, diperkirakan, produktiviti sehektar akan meningkat sehingga 8ton/hektar.

Pembangunan untuk rakyat akan dapat diteruskan, jika kestabilan politik terus kukuh; apatah lagi, jika semua para pemimpin sepakat dan berganding bahu, sepertimana yang ditunjukkan oleh para pemimpin Umno kawasan Kota Belud. Tahniah.

21 June 2012

Pengalaman Sabah sebagai Pembangkang

Sebenarnya, Kerajaan Sabah hanya dipertintah selama sepenggal oleh Pembangkang, yakni 1990-1994; sebab dari merdeka, negeri di bawah bayu terus bersama barisan nasional di peringkat pusat.

Namun pengalaman selama sepenggal itu, cukup mematangkan rakyat Sabah. Jika dahulu rekod sesebuah parti memerintah hanya 9 tahun, kini selepas Umno mengembangkan sayapnya ke negeri ini, maka kerajaan negeri dibawah naungan Umno kekal sejak tahun 1994.

Rekod lama itulah yang dipegang beberbagai parti pembangkang yang bermunculan kini, mereka berharap bahawa tuah akan menyebelahi mereka. Atas sebab itu, SAPP suatu ketika berada dalam BN, keluar pada September, 2008, kerana terbuai dengan janji Anwar-melalui gerakan 16 Septembernya.

Presiden SAPP, Yong Teck Lee, terlihat-lihat janji jawatan Timbalan Perdana Menteri yang dijanjikan Anwar padanya.

Menjelang PRU-13, SAPP bersama-sama parti pembangkang lain akan berentap melawan BN. Mereka dengan penuh yakin akan merampas kerjaan negeri, dan dapat menyumbang banyak kerusi parlimen kepada pakatan pembangkang, on the road to putrajaya.

Impian pembangkang itu, semata-mata berdasarkan sejarah. Sejarah tidak selamanya berulang. Peradaban manusia semakin hari semakin matang. Manusia menginginkan kedamaian dan kerharmonian, selain kestabilan politik.

Akibat kestabilan politik itulah, pelabur datang. Parlimen diberitahu, bahawa untuk suku pertama tahun ini, Sabah mencatat pelaburan asing tertinggi di Malaysia, jumlahnya bukan calang-calang banyaknya, RM10 bilion.

Semalam, sebahagian pelabur asing itu telah melancarkan projek udang kara di Semporna, yang bernilai bilion.

Kepada pemimpin politik pembangkang yang bercita-cita bertapak di negeri ini, lupakan semua itu, sebab rakyat negeri sudah jelak dengan perubahan kerajaan.

Rakyat Sabah mengalaminya sendiri, apabila parti yang memerintah berganti-ganti, yang menjadi korban adalah rakyat sendiri, sehingga Sabah tercatat sebagai negeri termiskin di negara ini.

Rakyat Sabah tidak mahu kembali kepada keadaan yang serba kurang, kerajaan sekarang sedang memacu agar negeri ini terus maju, agar supaya pada tahun 2020, setidak-tidaknya setanding dengan Semenanjung.

20 June 2012

Menjelang PRU-13 bermunculan pejual ubat

Acapkali tibanya pilihanraya, bermunculanlah penjual ubat. Bermacam ubat ditawarkan, meskipun ubat-ubatan yang dijual itu belum ada bukti klinikal.Kata P.Ramlee.. tersalah makan, maut.

Para penjual ubat itu, mengakui bahawa ubat yang mereka jual lebih baik, daripada ubat-ubatan yang biasa diambil oleh rakyat jelata. Mereka menafikan, bahawa ubatan-ubatan yang dibekalan selama ini, tidak baik, meskipun sangat mujarab.

Berbiuh mulut mereka menjaja ubat-ubatan mereka, dengan mengatakan mempunyai berbagai macam kandungan meskipun mereka tahu bahawa kandungan ubat-ubatan itu  palsu dan penipuan.

Disebabkan kepetahan mereka bercakap, sehingga ada juga yang terbujuk, terayu dan akhirnya tertarik. Malang sungguh, bagi mereka yang terbujukrayu ini. Sekiranya mereka berpijak dibumi nyata, pasti mereka tidak mudah terpengaruh.

Berbagai ragam rakyat yang terpengaruh. Pertama-tama yang terpangaruh adalah mereka yang tamak dan haluba, diikuti oleh golongan yang dendam, dan ketiga oleh golongan yang mempunyai agenda tersendiri.

Golongan tamak dan haluba, tidak peduli, apakah ubat-ubatan yang mereka jaja menjahanamkan rakyat, yang penting kedudukan dan kuasa perlu dirai dan didapat.

Golongan yang menaruh dendam pula, kerana kehilangan kuasa kerana masalah sendiri, mempergunakan rakyat untuk mendapatkan kuasa semula. Mempergunakan rakyat untuk mendapat kekayaan semula. Mempergunakan rakyat untuk menumpuk kekayaan semula. Mempergunakan rakyat untuk salahguna kuasa.

Sementara golongan yang beragenda sendiri, adalah golongan yang tidak suka kepada keadaan negara yang aman damai, kerana penyaja mereka mahukan demikian. Mereka diupah oleh golongan tertentu daripada luar negara, untuk menjahanamkan keamanan dan perekonomian negara. Golongan Bersih umpamanya adalah contoh mereka yang mempunyai agenda sendiri.

Kepada rakyat negara ini, berhati-hatilah berhadapan dengan para penjual ubat ini, kerana mereka semua berkemahiran dalam tipu muslihat; entah-entah kita yang sihat walafiat akan jatuh sakit, lumpuh dan apa yang mendukacitakan boleh membawa maut.

19 June 2012

Bila-bila masa Lajim berpindah kapal

Hari ini ada yang nampak Lajim Ukin sedang berbincang empat mata dengan Azmin Ali di sebuah hotel berhampiran KL Sentral.

Sabtu lalu, MP Beaufort itu mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno, seseuai dengan janjinya, bahawa beliau tidak mahu lagi bertanding sebagai Ketua Bahagian Umno.

Minggu lalu, Timbalan Menteri itu digembar gemburkan oleh pihak Pembangkang, terutama Pimpinan PKR negeri, bahawa beliau akan menyertai PKR, atas sebab itu Anwar tergesa-gesa melawat Sabah, semata-mata untuk menerima mereka.

Namun semuanya itu, tidak menjadi; sebaliknya Lajim terus bermain wayang.

Agak-agaknya apa yang beliau tunggu? barangkali ??????

18 June 2012

Kaki Lajim sebelah sudah menyeberang jalan

Dua langkah sudah Lajim laksanakan. Pertama tidak mempertahankan Ketua bahagian, kedua meletak jawatan sebagai ketua cawangan.. langkah ketiga ..keluar daripada UMNO (masih belum dilakukan).. langkah keempat.. terpaksa digugurkan sebagai Timbalan Menteri Persekutuan.

Melalui beberapa tindakan MP Beaufort itu, setidak-tidaknya kaki sebelahnya sudah menyeberang, menyeberang ke mana? belum diketahui; akan tetapi berasaskan pada tindak tanduknya, beliau akan menyertai Pembangkang, samada melalui parti baru atau menyertai parti pembangkang yang sedia ada.

Minggu lalu, semasa lawatan Anwar ke Sabah, ramai yang membuat spekulasi, bahawa kedatangan Ketua Pembangkang itu ke Sabah adalah untuk menerima sendiri kemasukan Lajim dan salah seorang lagi MP BN, berserta beberapa mantan pemimpin BN yang telah expired.Namun spekulasi itu, tinggal spekulasi, malah Lajim menafikannya.

Dipihak BN, hanya menunggu masa bila Lajim akan membuat keputusan; dan pada masa itu, barulah akan terpapar, sebab dan mengapa Lajim "terpaksa" membuat keputusan.

Pihak Umno khasnya, tahu bahawa Timbalan Menteri itu sedang bermain sandiwara dimana beliau adalah pengarah dan juga pelakonnya. Apa kah kesudahan wayang ini, sama-sama kita tunggu.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels