BARISAN NASIONAL akan berdepan pakatan longgar- PKR-DAP-PAS-APS-PPS kemudian ada STAR dan SAPP.
Bagi pembangkang, sukar menang di peringkat negeri, namun itu bukan tujuan mereka, tujuan parti-parti itu untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 6-7 kawasan parlimen.
Inilah julung-julung kalinya, kawasan Parlimen sangat diperlukan, berbanding PRU-PRU lalu. Jika dahulu, seseorang itu dipilih di Peringkat Parlimen, dikatakan kurang menyengat berbanding DUN, atas sebab itu, mereka yang dicalonkan di peringkat Parlimen biasanya mereka yang mempunyai ranking rendah bagi sesebuah parti.
Namun pada kali ini, kawasan Parlimen adalah kawasan rebutan, kerana baik Bn mahupun Pakatan memerlukan sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen untuk mempertahankan pusat pentadbiran negara Putrajaya.
Pada PRU-12 lalu Pakatan berjaya mendapat 82 kerusi parlimen daripada 222 kerusi yang tersedia berbanding Bn 140. Walaupun Bn menang dengan jumlah itu, namun jauh daripada jumlah kerusinya sebelum PRU itu-yakni 198 daripada 219 kerusi parlimen yang dipertandingkan pada PRU-2004.
Pada PRU-12 lalu, untuk pertama kalinya Bn kehilangan kuasa 2/3 dewan rakyat, sehingga ramai yang mengatakan Bn dilanda Tsunami politik.
Mengingat tsunami politik itu, maka Perdana Menteri melengahkan PRU-13, kerana beliau mengambil iktibar pada kekalahan Usno tahun 1976, PBS pada tahun 1994, dan Bn kehilangan majoriti pada tahun 2008, kerana PRU dipanggil kurang daripada lima tahun.
Badi kurang lima tahun dihindari Najib, atas sebab itu sehingga kini, PRU-13 belum dipanggil lagi, walaupun bila PRU itu berlangsung bukan teka teki lagi.
PRU-13 perlu diadakan setidak-tidaknya sebelum 21 Mac 2013, kerana kalau tidak Kerajaan Negeri Johor hanya akan ditadbirkan secara "caretaker" atas sebab, pada 21 Mac 2013 dengan sendirinya Dun Johor terbubar.
Pihak pembangkang mengakui untuk menang kawasan Dun Sabah memang sukar dilakukan, namun pembangkang hanya mengharapkan sekurang-kurangnya lebih 5 kerusi Dun agar supaya suara pembangkang lebih kedengaran.
Pakatan lebih berminat kepada kerusi-kerusi parlimen, kerana mereka buktikan pada PRU-12 lalu, Parlimen Kota Kinabalu mampu mereka menangi walaupun semua DUN dimenangi calon-calon Bn.
Di peringkat negeri Bn tetap akan terus memerintah Sabah, namun tidak pasti berapa banyak kawasan Parlimen akan jatuh pada PRU-13 akan datang.
Di atas kertas, hanya kawasan yang mempunyai ramai pengundi kaum cina seperti Sandakan, Tawau dan kawasan kaum KDM seperti Penampang, Putatan dan Sepanggar yang ada kemungkinan jatuh ke tangan pembangkang. Namun, di antara kawasan itu, Sandakan dan Tawau serta Sepanggar dan Putatan masih boleh dimenangi Bn kerana faktor sokongan penyokong-penyokong Umno.
Melalui senario di atas, pakatan yang beria-ia sangat mendapat kerusi di Sabah mungkin akan berputih mata dan keinginan mereka merampas Putrajaya akan terbantut lagi kerana faktor Sabah. Sememangnya Sabah Simpanan tetap Bn.