RAKYAT terutama pengundi Semenanjung sudah mencuba Pakatan apabila mereka memenangkan parti pembangkang itu di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah serta mempertahankan kerajaan Pas di Kelantan.
Sokongan pengundi Semenanjung kerana termakan janji-janji parti pembangkang pada PRU-12, namun selepas 5 tahun semua janji-janji itu hanya merupakan jadi retorik.
Sebaliknya Bn semua menunaikan janji-janji yang telah dihibahkan kepada rakyat, malah melaksanakan pembelaan bagi rakyat yang berpendapatan rendah dengan memberikan berbagai sokongan kewangan seperti BR1M, bantuan pra persekolahan dan baucer buku bagi para mahasiswa.
Sebenarnya para pemimpin Bn dan kerajaan telah berubah sesuai dengan aspirasi rakyat. Kerajaan kini termasuk para pemimpinnya sungguh peka terhadap masalah dan kehendak rakyat.
Para pemimpin Bn dan Kerajaan Bn berusaha dengan bersungguh-sungguh menunaikan serta membela rakyat tanpa mengenal masa dan situasi.
Kerajaan memberi pembelaan di semua peringkat apakah dari segi pendidikian, ekonomi, keagamaan, pembangunan infrastruktur dan dalam semua pekara demi kebaikan dan kesejehteraan rakyat.
Sebenarnya kerajaan Bn serta pemimpinnya hanya menumpukan masa dan tenaga untuk membangun negara, memajukan rakyat, atas sebab itu kerajaan Bn mempunyai visi jelas bahawa pada tahun 2020 semua rakyat akan berpendapatan tinggi sesuai dengan persekitaran negara maju.
Pengalaman yang ada pada pemimpin Bn mengurus negara merupakan aset utama kepada negara. Rakyat perlu melihat ini sebagai faktor yang boleh melonjakan kemajuan negara.
Di lain pihak, para pemimpin pembangkang belum mempunyai pengalaman mentadbir negara, kecuali Anwar yang mana selama 16 tahun berguru dengan pengurusan Bn.
Percayalah mana ada guru silat menurunkan 100 peratus ilmunya kepada murid-muridnya. Bagaimanapun setianya murid itu, hanya 80 peratus sahaja yang akan diketahuinya. Inilah yang berlaku pada Anwar. Atas sebab itu, beliau boleh menjanjikan itu dan ini, kepada rakyat, sedangkan dalam berbagai ilmupun janji-janjinya sukar dilaksanakan dan tidak praktikal.
Benarlah kata Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, bahawa semasa mengundi nanti JANGAN IKUT PERASAAN sebaliknya GUNAKAN AKAL YANG WARAS kerana apabila tersalah pilih, maka bukan sahaja negara menjadi kelam kabut, malah rakyat akan menanggung kemusnahan.
Ambillah iktibar apa yang berlaku di negara-negara Arab, kerana mahukan perubahan, maka negara mereka semakin porak peranda, dan rakyat mereka sengsara dan menderita.
Janganlah keadaan di negara-negara Arab itu berlaku dalam negara kita, semata-mata menyokong seseorang untuk menjadi Perdana Menteri. Adalah jelas, bagi sesiapa sahaja yang mabuk sesuatu jawatan dan kuasa, pasti ada NIATnya.
Anwar terbukti mempunyai Niat bagi kepentingan dirinya sendiri. Perkara ini terbukti apabila menyertai Umno pada tahun 1980. Kerana tidak sabar-sabar mendapatkan jawatan, maka Umno menjadi porak peranda. Masa Anwarlah timbulnya politik wang untuk menadapatkan jawatan.
Pada tahun 1993, semasa Perhimpunan Agung Umno, Anwar mencanangkan team wawasan, dan pasukan itu mampu melonjakkan Anwar tanpa lawan bagi Jawatan Timbalan Presiden Umno.
Semasa menyertai Umno semua jawatan Anwar pernah pegang, Ketua Pemuda, Naib Presiden dan Timbalan Presiden, yang belum hanya Presiden. Atas sebab itu, Anwar bergerak dalam Umno secara sulit untuk menajtuhkan Persiden melalui propangda yang seolah-olah dicetuskan oleh lawan Umno seperti isu Kroni Korupsi dan nepotisme (KKN) yang ditujukan kepada Presiden Umno yang juga Perdana menteri.
Rancangan jahat Anwar itu, tidak direstui oleh Allah, atas sebab itu beliau tidak semena-mena dipecat daripada Jawatan Perdana Menteri, daripada umno pada September 1998.
Orang yang punya rancangan jahat itu kini berniat pula merampas kerajaan Bn dengan berpakat dengan parti-parti yang pernah dikutuknya suatu masa dahulu.
Bagi parti-parti itu DAP dan PAS, bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Mereka sungguh gembira, kerana kekuatan Bn sedikitnya dapat dikurangkan kerana pengetahuan Anwar dalam hal ehwal dalam Bn sendiri.
Tidak dinafikan Anwar mempunyai ramai pengikut dalam sistem kerajaan Bn, atas sebab itu polisi dan rahsia kerajaan Bn dengan mudah diketahui, dan kemudian diputar belit, kononnya hanya menguntungkan kroni; tujuannya untuk membangkit kemarahan rakyat.
Senjata utama Anwar adalah untuk membangkitkan kebencian dan kemarahan, atas sebab itu isu yang diulang-ulang oleh beliau adalah Kes Altantuya, kes Rahim Thambi Chek, Kes Lembu NFC, kes PKFZ, isu Datin Rosmah.
Kebanyakan kenyataan Anwar bersifat menyerang peribadi Para pemimpin Bn dengan berbagai fitnah yang boleh membangkitkan kemarahan dan kebencian rakyat antaranya perampasan tanah dan rasuah.
Pembangkang sebenarnya tidak mengangkat isu-isu yang boleh membantu rakyat untuk maju, mereka fokus kepada bagaimana menabur fitnah.
Jika rakyat ikut nasihat Tun Dr Mahathir bahawa jika akal dan fikiran yang diguna pada PRU-13 akan datang, maka tiada sebab mengapa BN boleh kalah.