14 February 2013

Lawatan Najib ke Sabah meniup semangat jentera BN Sabah


PERDANA MENTERI yang tiba semalam untuk lawatan dua hari ke Sabah, selain padat dengan mesyuarat juga hadir bersama rakyat di tiga kawasan Parlimen Beaufort, Parlimen Papar dan Parlimen Tuaran.

Kawasan ini, dikatakan hangat dibicarakan menjelang PRU-13 ini kerana menurut pembangkang akan menjadi wilayah mereka.

Parlimen Beaufort di mana wakil rakyatnya adalah bekas pemimpin Umno Datuk Lajim Ukin, kini bersama PPS mesra pakatan, manakala Parlimen Papar yang akan ditandingi oleh Datuk Yahya Lampong mantan pemimpin vetetran Umno, manakala Parlimen Tuaran di mana wakil rakyatnya mantan Timbalan Presiden Upko parti komponen Bn, kini bersama APS juga mesra pakatan.

Menurut maklum balas daripada hadirian, Najib di sambut kira-kira 20 ribu rakyat  di Beaufort manakala di Papar lebih 20 ribu, di Tuaran pula yang mempunyai pengundi 40 ribu yang berlangsung pentang ini, dijangka lebih 30 ribu rakyat akan menyambut kehadiaran Perdana Menteri.

Berasaskan kehadiran rakyat di kedua kawasan Parlimen itu, nampaknya pembangkang akan berputih mata untuk mempertahankan Parlimen Beaufort dan mencoba merampas Parlimen Papar, kerana kedua-dua kawasan itu masing-masing mempunyai jumlah pengundi hampir 27 ribu dan 33 ribu.

Semalam Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman menzahirkan bahawa Bn Sabah akan dapat mempertahankan tiga kawasan itu pada PRU-13 akan datang memandangkan maklum balas daripada akar umbi.

Lawatan Najib ke Beaufort, sekaligus menutup isu pembangkang, kononnya tidak mampu mengatasi masalah air kawasan itu. Najib mengumumkan peruntukan lebih RM226 juta untuk membina loji air baru bagi Beaufort. Selain itu, Perdana Menteri juga mengumumkan pembinaan Kolej islam bagi kawasan itu.

Jangan Terperdaya Janji Pembangkang: Anifah Aman

Rakyat negara ini amat bernasib baik kerana kestabilan negara yang ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) membolehkan rakyat dapat menjalani kehidupan dengan selesa dan aman disamping menikmati ekonomi dan pembangunan yang berterusan.

Dalam hubungan iitu, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Haji Aman, mengajak rakyat agar tidak terpedaya dengan janji-janji pembangkang kerana apa yang dijanjikan suatu janji yang terlalu samar.

“Apa yang dijanjikan pembangkang hanyalah mengabui mata rakyat dan cuba menghasut pemikiran rakyat dan pada masa yang sama pembangkang juga amat lantang dengan menidakkan apa saja kebaikan yang dilakukan oleh pihak Kerajaan,” katanya.

Anifah yang juga Ahli Parlimen Kimanis berkata mereka akan menjanjikan apa saja yang dekat dihati rakyat sebagai contoh jika pembangkang memerintah akan menurunkan harga petrol, gula, minyak masak dan sebagainya demi meraih keyakinan rakyat terhadap mereka.

“Jangan mudah terpedaya kerana itu hanya merupakan janji yang belum tentu tertunai,” kata Anifah ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Keluarga Datuk Teo Ching Ping sempena Tahun Baru Cina yang diadakan di Membakut pada Isnin.

“Sebagai Menteri Luar, saya telah menyaksikan keadaan hidup di beberapa negara luar sebagai contoh Libya, Iraq dan Mesir yang kini hidup sengsara,” katanya.

Beliau berkata rakyat Mesir contohnya sebelum ini melakukan perubahan untuk menukar kerajaan barunya tetapi sekalipun negara tersebut sudah pun bertukar kerajaan atas kehendak rakyatnya namun malang sekali perubahan pemimpin yang diharapkan bukan menjadi baik tetapi semakin teruk dari sebelumnya.

“Sebelum itu rakyatnya amat berharap kehidupan mereka akan menjadi lebih baik dan mereka mendesak untuk melakukan perubahan itu sehingga melakukan demonstrasi jalanan membuatkan kerajaan dahulu tumbang,” katanya.

“Ini kerana mereka dijanjikan harga barang akan turun, mereka dijanjikan kehidupan yang lebih baik tetapi apabila mereka berjaya menumbangkan kerajaan dan kerajaan sudah bertukar tangan namun kerajaan yang baru dibentuk telah gagal menunaikan apa yang mereka janjikan kepada rakyatnya,” tegasnya.

Anifah yang juga Ketua Umno Bahagian Kimanis berkata, harga barang di negara berkenaan seratus peratus naik manakala masalah rakyat tidak terpeduli malah kemarahan rakyat semakin memuncak sehingga berlaku kembali demonstrasi sana sini menyatakan ketidakpuasan hati mereka.

“Kerajaan yang baru mereka pilih melalui demokrasi itu ternyata gagal menunaikan janji dan akhirnya negara itu menjadi kacau bilau dan huru hara dan rakyatnya kembali bangun menentang kerajaan menyebabkan ramai rakyatnya kini hidup dalam ketakutan,” tegasnya.

Anifah berkata, berbanding dengan keadaan di negara ini, rakyatnya dapat hidup tenteram, melakukan aktiviti kehidupan seperti biasa dari itu tidak ada sebab untuk menukar kerajaan.

12 February 2013

PRU-13: Di Sabah Parti mana bakal pemenang?

BARISAN NASIONAL akan berdepan pakatan longgar- PKR-DAP-PAS-APS-PPS kemudian ada STAR dan SAPP.

Bagi pembangkang, sukar menang di peringkat negeri, namun itu bukan tujuan mereka, tujuan parti-parti itu untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 6-7 kawasan parlimen. 

Inilah julung-julung kalinya, kawasan Parlimen sangat diperlukan, berbanding PRU-PRU lalu. Jika dahulu, seseorang itu dipilih di Peringkat Parlimen, dikatakan kurang menyengat berbanding DUN, atas sebab itu, mereka yang dicalonkan di peringkat Parlimen biasanya mereka yang mempunyai ranking rendah bagi sesebuah parti.

Namun pada kali ini, kawasan Parlimen adalah kawasan rebutan, kerana baik Bn mahupun Pakatan memerlukan sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen untuk mempertahankan pusat pentadbiran negara Putrajaya.

Pada PRU-12 lalu Pakatan berjaya mendapat 82 kerusi parlimen daripada 222 kerusi yang tersedia berbanding Bn 140. Walaupun Bn menang dengan jumlah itu, namun jauh  daripada jumlah kerusinya sebelum PRU itu-yakni 198 daripada 219 kerusi parlimen yang dipertandingkan pada PRU-2004.

Pada PRU-12 lalu, untuk pertama kalinya Bn kehilangan kuasa 2/3 dewan rakyat, sehingga ramai yang mengatakan Bn dilanda Tsunami politik.

Mengingat tsunami politik itu, maka Perdana Menteri melengahkan PRU-13, kerana beliau mengambil iktibar pada kekalahan Usno tahun 1976, PBS pada tahun 1994, dan Bn kehilangan majoriti pada tahun 2008, kerana PRU dipanggil kurang daripada lima tahun.

Badi kurang lima tahun dihindari Najib, atas sebab itu sehingga kini, PRU-13 belum dipanggil lagi, walaupun bila PRU itu berlangsung bukan teka teki lagi.

PRU-13 perlu diadakan setidak-tidaknya sebelum 21 Mac 2013, kerana kalau tidak Kerajaan Negeri Johor hanya akan ditadbirkan secara "caretaker" atas sebab, pada 21 Mac 2013 dengan sendirinya Dun Johor  terbubar.

Pihak pembangkang mengakui untuk menang kawasan Dun Sabah memang sukar dilakukan, namun pembangkang hanya mengharapkan sekurang-kurangnya lebih 5 kerusi Dun  agar supaya suara pembangkang lebih kedengaran.

Pakatan lebih berminat kepada kerusi-kerusi parlimen, kerana mereka buktikan pada PRU-12 lalu, Parlimen Kota Kinabalu mampu mereka menangi walaupun semua DUN dimenangi calon-calon Bn.

Di peringkat negeri Bn tetap akan terus memerintah Sabah, namun tidak pasti berapa banyak kawasan Parlimen akan jatuh pada PRU-13 akan datang.

Di atas kertas, hanya kawasan yang mempunyai ramai pengundi kaum cina seperti Sandakan, Tawau dan kawasan kaum KDM seperti Penampang, Putatan dan Sepanggar yang ada kemungkinan jatuh ke tangan pembangkang. Namun, di antara kawasan itu, Sandakan dan Tawau serta Sepanggar dan Putatan masih boleh dimenangi Bn kerana faktor sokongan penyokong-penyokong Umno.

Melalui senario di atas, pakatan yang beria-ia sangat mendapat kerusi di Sabah mungkin akan berputih mata dan keinginan mereka merampas Putrajaya akan terbantut lagi kerana faktor Sabah. Sememangnya Sabah Simpanan tetap Bn.

11 February 2013

Kepimpinan Dr Salleh Said

MEMANG berasas apabila ramai yang mengatakan bahawa kepimpinan Datuk Dr Salleh Tun Said disenangi baik kawan mahupun lawan.

Kerana sifat kepimpinan Presiden Usbo itu yang sukar menyimpan perasaan dendam kepada sessiapapun, atas sebab itu, baik dalam arena politik mahupun persatuan, beliau mampu mengayumi berbagai pihak, walaupun pada suatu waktu merupakan musuh politik.

Suara Rakyat terbaca satu salinan Surat Perlantikan yang dipaparkan di Wall FB seorang rakan berhubung hasrat Presiden Usbo itu melantik seorang peguam Mohd Shukor Abdul Mumin sebagai Penasihat Undang-undang dan Pengerusi Biro Professional pertubuhan itu yang bertarikh 6 Februari 2013.

Bagi mereka yang berasal daripada Kota Belud, sudah tentu kenal siapa Mohd Shukor, kerana beliau merupakan salah seorang calon PKR pada PRU-12 lalu bagi kawasan DUN Usukan.

Pada PRU 2008, Shukor menentang calon Bn Datuk Japlin Akim satu lawan satu. Beliau bagaimanapun tewas dengan hanya mendapat undi 3,941 berbanding Japlin 7,964 undi.

Sebenarnya Shukor bukan asing bagi politik Kota Belud, kerana beliau pernah menjadi Ketua Pemuda Bahagian Kota Belud sebelum Datuk Japlin.

Dalam politik semua boleh berlaku. Kerana peraturan parti Umno, sesiapa sahaja ahlinya yang menentang calon parti dalam sesebuah pilihanraya, maka peraturannya seseorang itu dipecat daripada parti.Suara Rakyat tidak pasti, apakah Shukor dipecat ataupun telah keluar daripada parti.

Apabila dipecat, maka sukar seseorang itu menjadi ahli semula, keculai mendapat restu daripada Majlis Tertinggi parti.

Datuk Salleh sebagai Ketua Bahagian Umno Kota Belud merangkap sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri, melihat walaupun seseorang itu pernah dipecat daripada parti, namun kembali menyokong parti, tetapi kerana urusan pentadbiran, maka seseorang itu belum boleh menjadi ahli parti, maka ianya perlu diambil pendekatan yang bersifat menang-menang. 

Dikeranakan Usbo merupakan ahli terus Bn, maka adalah sesuai melantik atau menerima seseorang itu yang mempunyai aspirasi sama dengan Bn. Inilah mungkin salah satu faktor mengapa Presiden Usbo itu mengsyorkan dan berhasrat seseorang seperti Mohd Shukor Abdul Mumin dilantik sebagai penasihat Undang-undang Usbo merangkap Pengerusi Professional pertubuhan itu.

Salleh sedar dalam politik yang penting adalah jumlah. Atas sebab itu semakin ramai jumlah yang menyertai sesuatu badan politik, maka cerahlah harapan sesebuah parti itu berdapan dengan sebarang pilihanraya.

Melalui perlantikan Shukor dalam Usbo, maka semakin berkuranglah aktivtis yang menentang Umno khususnya bagi Daerah Kota belud, kerana jika pada suatu ketika Shukor sebagai penentang kini bersama-sama Umno melalui Usbo bersepadu semula sebagai satu pasukan. 

Tahniah kepada Datuk Dr Salleh kerana mempunyai pandangan ke hadapan untuk mengayomi semua lapisan dan mencoraknya sebagai satu pasukan.

10 February 2013

PRU-13: Tiada Sebab BN kalah

RAKYAT terutama pengundi Semenanjung sudah mencuba Pakatan apabila mereka memenangkan parti pembangkang itu di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah serta mempertahankan kerajaan Pas di Kelantan.

Sokongan pengundi Semenanjung kerana termakan janji-janji parti pembangkang pada PRU-12, namun selepas 5 tahun semua janji-janji itu hanya merupakan jadi retorik.

Sebaliknya Bn semua menunaikan janji-janji yang telah dihibahkan kepada rakyat, malah melaksanakan pembelaan bagi rakyat yang berpendapatan rendah dengan memberikan berbagai sokongan kewangan seperti BR1M, bantuan pra persekolahan dan baucer buku bagi para mahasiswa.

Sebenarnya para pemimpin Bn dan kerajaan telah berubah sesuai dengan aspirasi rakyat. Kerajaan kini termasuk para pemimpinnya sungguh peka terhadap masalah dan kehendak rakyat.

Para pemimpin Bn dan Kerajaan Bn berusaha dengan bersungguh-sungguh menunaikan serta membela rakyat tanpa mengenal masa dan situasi.

Kerajaan memberi pembelaan di semua peringkat apakah dari segi pendidikian, ekonomi, keagamaan, pembangunan infrastruktur dan dalam semua pekara demi kebaikan dan kesejehteraan rakyat.

Sebenarnya kerajaan Bn serta pemimpinnya hanya menumpukan masa dan tenaga untuk membangun negara, memajukan rakyat, atas sebab itu kerajaan Bn mempunyai visi jelas bahawa pada tahun 2020 semua rakyat akan berpendapatan tinggi sesuai dengan persekitaran negara maju.

Pengalaman yang ada pada pemimpin Bn mengurus negara merupakan aset utama kepada negara. Rakyat perlu melihat ini sebagai faktor yang boleh melonjakan kemajuan negara.

Di lain pihak, para pemimpin pembangkang belum mempunyai pengalaman mentadbir negara, kecuali Anwar yang mana selama 16 tahun berguru dengan pengurusan Bn.

Percayalah mana ada guru silat menurunkan 100 peratus ilmunya kepada murid-muridnya. Bagaimanapun setianya murid itu, hanya 80 peratus sahaja yang akan diketahuinya. Inilah yang berlaku pada Anwar. Atas sebab itu, beliau boleh menjanjikan itu dan ini, kepada rakyat, sedangkan dalam berbagai ilmupun janji-janjinya sukar dilaksanakan dan tidak praktikal.

Benarlah kata Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, bahawa semasa mengundi nanti JANGAN IKUT PERASAAN sebaliknya GUNAKAN AKAL YANG WARAS kerana apabila tersalah pilih, maka bukan sahaja negara menjadi kelam kabut, malah rakyat akan menanggung kemusnahan.

Ambillah iktibar apa yang berlaku di negara-negara Arab, kerana mahukan perubahan, maka negara mereka semakin porak peranda, dan rakyat mereka sengsara dan menderita.

Janganlah keadaan di negara-negara Arab itu berlaku dalam negara kita, semata-mata menyokong seseorang untuk menjadi Perdana Menteri. Adalah jelas, bagi sesiapa sahaja yang mabuk sesuatu jawatan dan kuasa, pasti ada NIATnya. 

Anwar terbukti mempunyai Niat bagi kepentingan dirinya sendiri. Perkara ini terbukti apabila menyertai Umno pada tahun 1980. Kerana tidak sabar-sabar mendapatkan jawatan, maka Umno menjadi porak peranda. Masa Anwarlah timbulnya politik wang untuk menadapatkan jawatan.

Pada tahun 1993, semasa Perhimpunan Agung Umno, Anwar mencanangkan team wawasan, dan pasukan itu mampu melonjakkan Anwar tanpa lawan bagi Jawatan Timbalan Presiden Umno.

Semasa menyertai Umno semua jawatan Anwar pernah pegang, Ketua Pemuda, Naib Presiden dan Timbalan Presiden, yang belum hanya Presiden. Atas sebab itu, Anwar bergerak dalam Umno secara sulit untuk menajtuhkan Persiden melalui propangda yang seolah-olah dicetuskan oleh lawan Umno seperti isu Kroni Korupsi dan nepotisme (KKN) yang ditujukan kepada Presiden Umno yang juga Perdana menteri.

Rancangan jahat Anwar itu, tidak direstui oleh Allah, atas sebab itu beliau tidak semena-mena dipecat daripada Jawatan Perdana Menteri, daripada umno pada September 1998.

Orang yang punya rancangan jahat itu kini berniat pula merampas kerajaan Bn dengan berpakat dengan parti-parti yang pernah dikutuknya suatu masa dahulu. 

Bagi parti-parti itu DAP dan PAS, bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Mereka sungguh gembira, kerana kekuatan Bn sedikitnya dapat dikurangkan kerana pengetahuan Anwar dalam hal ehwal dalam Bn sendiri.

Tidak dinafikan Anwar mempunyai ramai pengikut dalam sistem kerajaan Bn, atas sebab itu polisi dan rahsia kerajaan Bn dengan mudah diketahui, dan kemudian diputar belit, kononnya hanya menguntungkan kroni; tujuannya untuk membangkit kemarahan rakyat.

Senjata utama Anwar adalah untuk membangkitkan kebencian dan kemarahan, atas sebab itu isu yang diulang-ulang oleh beliau adalah Kes Altantuya, kes Rahim Thambi Chek, Kes Lembu NFC, kes PKFZ, isu Datin Rosmah.

Kebanyakan kenyataan Anwar bersifat menyerang peribadi Para pemimpin Bn dengan berbagai fitnah yang boleh membangkitkan kemarahan dan kebencian rakyat antaranya perampasan tanah dan rasuah.

Pembangkang sebenarnya tidak mengangkat isu-isu yang boleh membantu rakyat untuk maju, mereka fokus kepada bagaimana menabur fitnah.

Jika rakyat ikut nasihat Tun Dr Mahathir bahawa jika akal dan fikiran yang diguna pada PRU-13 akan datang, maka tiada sebab mengapa BN boleh kalah.

9 February 2013

Semangat Kerjasama asas membangun Sabah: Musa Aman


SEMANGAT kerjasama antara kaum merupakan asas membangun Sabah. Sabah yang didiami oleh lebih 36 sukubangsa, tanpa semangat yang erat antara kaum, maka sukar untuk membangun negeri ini. Untuk itu, Ketua Menteri Sabah meminta agar semangat kerjasama itu perlu dipupuk dan diteruskan demi pembangunan negeri ini.

Dalam peruntusan Tahun Baru Cinanya, Ketua Menteri Sabah itu dipetik, berkata semangat kerjasama telah mendorong suku bangsa dengan berlatar berbagai agama menjadi satu, melangkah ke hadapan untuk mengwujudkan satu negara yang aman damai dan selesa untuk didiami.

Musa menyatakan ikrarnya, bahawa kerajaan Bn senantiasa mendengar degup jantung rakyat dan secara terus menerus berusaha menyelasaikan masalah-masalah yang dihadapi rakyat.

Selain itu, Musa juga menyatakan bahawa rakyat negari ini beruntung kerana mempuyai rakan-rakan yang tersebar baik di Semenanjung dan Sarawak, sehinggakan mereka menjadi sebahagian daripada keluarga besar rakyat Malaysia.

Sabah dalam Malaysia akan  terus membangun kerana pembangunan itu sendiri tidak akan berhenti.

Penduduk negeri ini telah menikmati pembangunan yang diwujudkan antaranya Universiti Malaysia Sabah(UMS), Projek Petronas di Kimanis dan Sipitang, serta  Hub Pendidikan Sandakan.

7 February 2013

PRU-13: N14 Likas Kali Ini Milik Parti Mana?

PADA pilihanraya umum 2008 lalu, kerusi N14 LIKAS merupakan antara kerusi paling sengit direbut  kerana seramai 4 orang calon yang mewakili BN, PKR, DAP dan bebas. Hanya dengan perpecahan undi pembangkang, calon SAPP yang mewakili Bn, iaitu Datuk Liew Tec Chan, menang dengan majoriti 862 undi.

Kini, DUN itu bukan lagi kawasan Bn ekoran keluarnya SAPP daripada Bn pada 17 September 2008. Bn belum menentukan parti komponen mana akan diberi kepercayaan bertanding di kawasan Dun itu, namun berasaskan kasak kusuk, dua parti kemunginan diberikan tanggung jawab, samada PBS ataupun LDP.

Pada PRU-12, calon Bn mendapat undi 4,097 manakala gabungan DAP dan PKR 5,123 (DAP=3,235; PKR=1,888) dan Bebas 182. Hanya kerana perpecahaan undi, calon Bn boleh menang.

Kawasan Dun Likas yang mempunyai hampir 17 ribu pengundi yang terdiri daripada 73 peratus kaum cina.

Berasaskan kepada perkembangan terkini, amat sukar bagi Bn mempertahankan kawasan itu, jika pertandingan satu lawan satu antara Bn dan pembangkang. Namun, disebabkan masalah yang terdapat pada parti-parti pembangkang, di mana mereka belum mampu mencapai kata sepakat, maka pada kali ini akan berlaku contest for all. Kalau keadaan itu berlaku, maka kemenangan akan menyebelahi Bn, kerana Bn mempunyai lebih 3,000 penyokong tegar di kawasan Likas. Penyokong tegar itu adalah terdiri daripada ahli-ahli semua komponen Bn. 

Dalam politik semuanya boleh berlaku; tidak boleh dinafikan bahawa pada saat-saat akhir, pembangkang akan bergabung dan menentukan satu lawan satu dengan calon Bn. Jika ini berlaku, maka, Bn perlu  perlu berkerja keras untuk mempertahankan kawasan itu. Pemilihan calon dan mewakili parti mana merupakan penyumbang kepada kemenangan calon Bn.

Jika Bn, gagal menentukan calon yang tepat, maka jangan terperajat, bahawa Dun Likas akan terlepas ke tangan pembangkang. Hanya penentuan calon yang tepat dan parti komponen yang tepat sahaja yang boleh menjamin Bn menang bagi kawasan-kawasan yang dianggap kawasan kelabu, termasuk Dun N13 Inanam, N15 Api-Api, N16 Luyang dan N19 Kepayan; itu semua di kawasan Pantai Barat Sabah. Analisis bagi kawasan lain akan ditelaah pada posting berikutnya.

6 February 2013

PRU-13: Bn atau Pakatan?

SUKA DUKA, PRU-13 mengulangi sejarah politik sebelum peristiwa Mei 13, 1969: parti perkauman, pelampau Cina DAP secara solo cuba menggulingkan kerajaan perikatan Melayu, Cina dan India.

Sekarang, DAP bersekutu, berpakat seperti 2008, dengan Pas dan PKR mengepalai Pakatan mencuba sekali lagi untuk menewaskan kerajaan pribumi, Cina dan India.

DAP sudah bijak, sedar Malaysia dapat dikuasainya hanya melalui proksi Melayu-Islam mereka. DAP perlu menerima hakikat Perdana Menteri mesti Melayu-Islam.

DAP, ikut tradisi konglomerat Cina dan antarabangsa, menerima pelantikan Melayu-Islam sebagai pengerusi tetapi kuasa mutlak tetap berada di tangan mereka.

Melihat keadaan semasa, kelihatannya Bn mampu mempertahankan Putrajaya, kalaupun bukan dengan kuasa 2/3 namun menghampirinya. Walaupun demikian, jentera Bn dan pemimpinnya jangan pula merasa selesa, kerana dalam dunia politk semuanya boleh berlaku. 

Kini, Mantan MB Perak Nizar Jamaluddin, kononya Pakatan akan menang 145 kerusi parlimen, diatas sedikit ramalan Anwar Ibrahim 124 kerusi. Pemimpin Pakatan telah memipiskan lada pada burung yang sedang terbang.

Di Sabah misalnya, menurut ramalan Nizar, Pakatan akan menang 12 kerusi parlimen daripada 25 yang dipertandingkan, sedangkan para pemimpin pembangkang di negeri itu sehingga kini masih bertelaga mengenai pebahagian kerusi. Malah pengerusi STAR Sabah dan Presiden SAPP membayangkan akan berlaku pertandingan Open To All pada PRU-13.

Di lain pihak pula, Bn terutama pemimpin Umno sudah melihat bahawa Umno pada PRU-13 akan mampu mencapai kemenagan yang lebih baik berbanding pada PRU-12, malah dua atau tiga pemimpin Umno optimis, bahawa kemenangan pada PRU-2004 semakin hampir didekati.

Selepas tsunami politik 2008 kerajaan dan Umno di bawah kepimpinan Perdana Menteri Najib Tun Razak kelihatan telah pulih dan kini menikmati cahaya matahari; lebih segar.

Meminjam kata-kata Tan Sri Abdullah Ahmad wartawan veteran "Seperti kata Speaking, “It (Umno) is enjoying some patches of sunshine”. Najib bisa melihat ke hadapan dengan lebih yakin lagi. Namun cuaca di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang terus mendung; cuaca di Kedah cerah sedikit. Perak menjadi rebutan sengit.Di lain negeri Umno/BN diduga terus memerintah".

Kerusi Parlimen 222, kawasan majoriti absolut Cina hanya 50, bakinya adalah kawasan peribumi dan kawasan campuran. Medan pertempuran sengit bertumpu dalam 172 kawasan ini. Dalam kawasan absolut majoriti Cina, DAP diduga menang mudah tetapi belum tentu lagi kerana orang Cina selalunya praktikal.

Kaum cina walaupun kini telah dicap pembangkang, mungkin memberi DAP 30 hingga 40 kerusi, bakinya untuk calon Cina dari parti komponen BN. Takdirnya jika DAP sapu semua, itu satu tanda “konfrontasi” macam Indonesia-Malaysia pada 1963 bermula. Akhirnya Sukarno digulingkan oleh Angkatan Bersenjata Republik Indonesia yang diketuai Jeneral Suharto.

Pas, PKR mengepalai pertempuran di medan peribumi-Islam ini. Mereka berhasrat merampas minimum separuh kerusi itu, yakni 86. Lebih dari jumlah kerusi ketiga-tiga parti kini ada dalam Parlimen ke -12. Berdasarkan perkembangan terkini, Suara Rakyat rasa, Pas dan PKR tidak akan berjaya menang 86 kerusi sepertimana ramalan mereka. Namun, DAP mungkin dapat 40.. itu suatu kepastian.

Kuburan Batu Gadung Kg Tamau

Datuk musbah didepan Kubur tidak dikenal
 

"KERAJAAN MELALUI KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN NEGERI SABAH TELAH MELULUSKAN PERUNTUKAN 1.1 JUTA BAGI MENYELESAIKAN MASALAH HAKISAN YANG BERLAKU DI KUBURAN BATU GADUNG DAN IANYA AKAN DILAKSANAKAN TIDAK LAMA LAGI. " Datuk Musbah Haji Jamli Adun Tempasuk.

Cerita berhubung akan hilangnya Kuburan Islam Batu Gadung Kg Tamau Kota Belud, bukan sahaja pernah ditulis oleh Blog Suara Rakyat dalam beberapa siri, malahan susulan tulisan juga dibuat oleh wartawan Borneo Post Saudara Abdul Nadin Haji Shahiddin, wartawan yang dilahirkan dan dibesarkan di kampung Tamau.

Mungkin ekoran daripada tulisan2 itu, ADUN Tempasuk merangkap Pembantu Menteri Pertanian dan industri makanan negeri telah melawat kuburan itu pada awal minggu ini untuk melihat dengan sendiri keadaan terkini kuburan tertua kaum iranun itu.

Kuburan Batu Gadung sangat sinonim dengan Tamadun suku iranun terutama di kampung Tamau dan sekitarnya, kerana perkuburan itu dikatakan perkuburan tertua suku itu, malahan lebih awal wujudnya berbanding perkuburan Mingga yang terletak di kg Rampayan Laut.

Sejak beberapa tahun, akibat naiknya paras air laut, maka keluasan pantai yang mengelilingi kuburan itu kini semakin sempit, sehingga pulau-pulau pasir yang berperanan sebagai penyanggah kepada hempasan ombak laut telah rata-rata, atas sebab itu apabila air laut pasang, air laut terus menerpa kawasan kuburan.

Melalui jumlah peruntukan yang dinyatakan oleh Adun Tempasuk itu, yang Suara Rakyat kutip daripada Wall FB Adun itu, mudah2an peruntukan itu mampu membangun gabian yang mampu mempertahankan kuburan itu untuk beberapa ketika.

Semoga peruntukan yang lebih besar menyusul, kerana peruntukan yang besar daripada itu diperlukan untuk membina gabian yang boleh menahan empasan ombak angin utara.

4 February 2013

Tipu Hela Anwar pada penggundi cina

Deasoka Kota Kinabalu
APABILA Anwar bertemu dengan kaum cina di Semenanjung, dia memberitahu kaum itu bahawa kaum cina di Sabah dan Sarawak tidak menyokong Bn; demikian juga apabila ke Sabah dan Sarawak, dia beritahu kaum cina, seluruh kaum cina di Semenanjung menolak Bn.Teringkat saya pada kejadian tahun 1994, semasa menjatuhkankan kerajaan PBS. Dia memanggil beberapa ADUN PBS dan menyatakan bahawa ADUN ini ADUN itu telah melompat, Apa tunggu lagi, Lompat lah.

ADUN yang termakan kata-kata Anwar itu antaranya Datuk Lajim Ukin dan Datuk Robin Balang. Apabila dua ADUN PBS itu keluar PBS, maka tergulinglah PBS, kerana jumlah majoriti ADUN menyebelahi BN, menjadikan BN 25 dan PBS 23 daripada 48 kerusi Dun Sabah.

"Trick" lama ini, sekarang betul-betul digunapakai oleh Anwar. Atas sebab itu, pemimpin kaum cina dalam Bn, perlu menjelaskan cara Anwar ini kepada penyokong mereka, kerana dakwaan itu hanya mengelirukan kaum-kaum itu.

Jika benarlah kata-kata Anwar itu, bahawa kaum cina Sabah dan Sarawak menolak Bn, maka tidak mungkin, pada PRK Batu Sapi pada oktober 2010, Bn mampu mengekalkan kerusi itu, malah melalui PRK itu majoriti calon Bn bertambah berbanding majoriti pada PRU-12.

Demikian juga pada PRN Sarawak pada April 2011, kalaulah kaum cina benar-benar menolak Bn, maka sepatutnya seluruh kawasan yang ditandingi SUPP akan kalah, namun semua itu tidak berlaku; walaupun parti tertua BN itu kehilangan banyak kerusi termasuk kekalahan Presidennya.

Dakwaan Anwar bahawa kaum cina menolak Bn adalah satu pembohongan. Kalaulah kaum cina menolak Bn, maka tidak mungkin begitu ramai kaum itu hadir bersama-sama Ketua Menteri Sabah di Dataran Deasoka Kota Kinabalu pada majlis melancarkan Tahun Baru Cina peringkat negeri Sabah tahun 2013 malam semalam.

Sandakan
Demikian juga di Sandakan, jika benar bahawa kaum cina menolak BN, maka tidak mungkin begitu ramai kaum itu menghadiri majlis serupa yang dilancarkan oleh Presiden LDP Datuk VK Liew di Sandakan pada malam 3 Februari 2013.

Perang propaganda yang dijalankan Anwar terhadap kaum cina mempunyai matalamat untuk mengelirukan kaum itu supaya menyokong pembangkang, kerana beliau tahu, bahawa kaum melayu dan bumiputera kembali menyokong barisan nasional.

Anwar tahu hanya melalui sokongan pengundi cina kepada pembangkang pada kadar peratusan di atas 80 peratus bagi semua kawasan yang mempunyai pengundi kaum cina, boleh menjamin kemenangan calon-calon pembangkang, dan jika berlaku di bawah itu adalah sukar mempertahankan kawasan-kawasan yang dimenangi pada PRU-12, termasuk di Pulau Pinang.

Jangan lupa, pada PRU-1990, pengundi kaum cina pernah memberikan 14 kerusi Dun di Pulau Pinang kepada DAP, namun pada PRU-1995, calon-calon parti itu hampir kalah kesemuanya dan hanya menang satu kerusi DUN Batu Lanchang dengan majoriti 100 undi.

Tidak mustahil pada PRU-13, pengundi kaum cina akan kembali kepada Bn, kalaupun bukan keseluruhannya, jika berlaku sokongan kaum itu kepada pembangkang berkurang di bawah 70 peratus, maka kemungkinan kerajaan Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP juga akan kalah.

3 February 2013

Pembangunan Sabah: Pembangkang bohong: Musa Aman

Desoka Kota Kinabalu
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengecam pemimpin pembangkang, terutamanya pemimpin kitar semula yang meninggalkan Barisan Nasional (BN) hanya kerana kemahuan mereka tidak dipenuhi, apabila mendakwa BN tidak membawa sebarang pembangunan di Sabah. Dakwaan itu, katanya, tidak berasas sama sekali.

"Lihatlah di sekeliling anda dan anda boleh nampak sendiri pembangunan di Kota Kinabalu dan keseluruhan negeri ini. Kerajaan Barisan Nasional mempunyai rekod pencapaian yang terbukti dan kami ada perancangan seperti Program Transformasi Ekonomi serta Program Transformasi Kerajaan yang akan membawa lebih banyak kemajuan.

"Kami sedar ada banyak dakwaan yang dilempar terhadap kerajaan tetapi semua ini hanyalah pembohongan yang disebar oleh mereka yang cenderung untuk menukar kerajaan," katanya ketika berucap pada karnival Tahun Baharu Cina di Lintasan Deasoka di sini malam Ahad.

Musa berkata pembangkang membuat banyak janji tetapi "ini hanyalah janji kosong, dan merupakan pembohongan bagi memperdayakan masyarakat".

Mengenai pembangunan, beliau berkata kerajaan negeri menggariskan perancangan terperinci dan menyeluruh dengan mengambil kira keperluan serta kehendak semasa di kawasan yang berlainan di negeri yang luas ini.

"Sebagai contoh, di sesetengah kawasan luar bandar, kami menyebarluas pengetahuan mengenai pertanian komersil yang mendatangkan pulangan lumayan, dan kami turut menyediakan prasarana bagi memastikan produk tempatan boleh dipasarkan.

"Kerajaan sedar pembangunan mesti disediakan untuk semua, dan kerana sebab ini, banyak perhatian diberi kepada kawasan luar bandar. Usaha diteruskan untuk merapatkan jurang wilayah dan mengurangkan paras kemiskinan," katanya.

Beliau berkata kerajaan komited untuk memastikan pembangunan holistik tanpa mengira hubungan politik, kaum dan faktor lain.

Mengenai Tahun Baharu Cina, beliau berkata perayaan itu disambut semua kaum dan tidak terhad kepada kaum Cina sahaja.

"Kita lihat pelbagai lapisan masyarakat memakai bukan hanya pakaian kebangsaan kaum Cina tetapi juga batik dan baju kurung merah atau berwarna terang, sememangnya melambangkan semangat muhibah. "Saya harap karnival anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Pejabat Dewan Undangan Negeri Api-Api ini akan dijalankan secara berterusan. Apa yang dimulakan sebagai suatu majlis lapan tahun lepas berjaya mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat," katanya.

Musa berkata amat menyedihkan apabila konflik dan peperangan masih melanda beberapa negara di dunia.

"Di Malaysia dan Sabah ini, kita boleh menjalani kehidupan tanpa rasa bimbang, dan kita bebas meneruskan tugas seharian.

"Saya menggesa semua pihak agar melindungi keharmonian yang kita nikmati hari ini dan tidak membenarkan sesiapapun menjejaskan usaha memperkukuhkan perpaduan," katanya.

PRU-13:BN Kota Belud siap sedia

KOTA Belud sudah siap sedia berdepan dengan PRU-13. Melihat kepada persiapan akhir yang dijalankan semua parti komonen Bn, nampaknya Bn Kota Belud sudah siap berdepan dengan ibu kepada semua pilihanraya itu.

Para pemimpin yang terlibat mengatur jentera pilihanraya Kota Belud, yang diketuai oleh Pengerusi Bn Bahagian-Datuk Dr Salleh Tun Said, nampaknya cukup berpuashati dengan persiapan gerakan gempur yang berpaksi pada Pusat Daerah Mengundi dan "War Room".

Para wakil rakyat Bn terutama daripada Umno telah melipatgandakan masa mereka berada di kawasan, malah wakil rakyat Tempasuk Datuk Musbah Jamli telah masuk pusingan ke empat masuk ke kawasan-kawasan kampung dan kini melakukan sentuhan-sentuhan akhir di semua PDM yang terdapat di Dun Tempasuk.

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahalan juga memperhebat program turun padangnya, yang rata-rata mengambil masa bermula dari awal pagi hingga ke malam saban hari.

Adun Usukan juga tidak ketinggalan, malah aktivitinya hampir menyamai kekerapan turun padang Adun Tempasuk menemui para pengundi dan melihat sendiri persiapan atur gerak di semua PDM bagai kawasan Usukuan.

Uniknya para pemimpin Umno Kota Belud, pada masa-masa tertentu, mereka bergerak mengikut jadual masing-masing, namun pada satu peringkat mereka bertemu pada satu lokasi dan ini yang membuatkan pesaing dalam PRU nanti terutama pembangkang, mati kutu dan mati akal tentang bagaimana mencari kelemahan atau kekurangan para pemimpin Bn.

Para pemimpin Bn saling melengkapi antara satu sama lain, sehingga gerak gempur mereka saling sinkronasie. Faktor inilah yang menjadi petunjuk bahawa Kawasan Kota Belud akan terus dimenangi oleh calon-calon Bn.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels