5 April 2013

PKR Sabah Bergolak: Calon PKR: Kumpulan Ansari Ketepi Pilihan Anwar

PADA 25 Mac bertempat di Hyatt Kota Kinabalu, Anwar bertindak seperti supermo, dengan menamakan bakal-bakal calon PKR semasa PRU-13. 

Nama-nama yang sudah sinonim dengan PKR Sabah seperti Ansari Abdullah, Dr Chong Eng Leong, Mazhry Nasir, Anthony Mandiau, Musalim Tanjul, Saidil Semoi dan Jonathan Yassin, langsung tidak tersenarai sebagai bakal-bakal calon PKR.

Alasan yang diberikan Anwar pada mereka yang tidak dicalonkan itu, bahawa mereka bukanlah calon yang boleh menang.

Kesetian kepada parti perkara lain kata Anwar, kemenangan dalam pilihanan raya perkara lain. Oleh itu, bagi mereka yang pernah bertanding beberapa kali, namun masih gagal menang, maka jangan memaksa diri lagi untuk bertanding. Demikian serba sedikit alsaan yang Anwar berikan kepada ketua-ketua Cabang PKR yang tidak dicalonkan itu.

Namun keputusan Anwar itu, mendapat reaksi negatif daripada ketua-ketua cabang itu. Mereka mendakwa, sepatutnya calon-calon Sabah perlu ditentukan sendiri oleh pemimpin Sabah, bukannya oleh pemimpin daripada semenanjung. Kerana menurut mereka, pemimpin PKR Sabah dan Semenanjung adalah rakan, bukan hubungan antara ketua dan pengikut. Kerana PKR sudah berjanji bahawa Sabah diberikan kuasa autonomi. Namun, sejak akhir-akhir ini, seolah-olah kuasa autonomi itu sudah dilupakan, dan Anwar menunjukkan bahawa dia adalah supermo PKR.

Disebabkan nama-nama pemimpin PKR Sabah itu diketepikan oleh Anwar, maka mereka membuat deklarasi  awal bahawa mereka akan terus bertanding bagai kawasan masing-masing. Ansari Parlimen Tuaran, Dr Chong Eng Leong Parlimen Sepanggar, Mazhry Nasir Parlimen Putatan, Anthony Mandiau Parlimen Kota Marudu, Musalim Tanjul Parlimen Kudat, Saidil Semoi Parlimen Kota Belud fan Jonathan Yassin Parlimen Ranau.

3 April 2013

BN Sabah Bersedia menghadapi PRU-13

Datuk Musa Aman semasa mengumumkan Pembubaran DUN Sabah Petang Tadi Di Sri Gaya Kota Kinabalu
Selepas hampir 5 tahun memerintah berikutan kemenangan hebat pada PRU-12, maka sekali lagi Bn Sabah bersedia menghadapi rakyat untuk PRU-13.

Bagi Sabah, PRU-13 bukan lah merupakan ibu kepada semua pilihanraya, kerana Sabah menerima jolokan sebagai negeri simpanan tetap Bn.

Pada PRU tahun 2008, Bn Sabah menang 24 kerusi Parlimen daripada 25 yang dipertandingkan, manakala Dun, menang 59 kerusi daripada 60 yang tersedia.

Sebelum pembubaran Parlimen dan Dun hari ini, Bn Sabah mempunyai 20 kerusi Parlimen, kerana kehilangan 4 kerusi  dua  daripada SAPP, satu Umno dan satu Upko. Sementara bagi Dun, 57 kerusi, akibat keluarnya SAPP daripada Bn pada 17 September 2008.

Bn Sabah dijangka berdepan beberapa kerusi panas samada di peringkat parlimen mahupun dewan undangan negeri.

Kerusi-kerusi panas di peringkat Parlimen adalah Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, dan Penampang serta Beaufort.

Di peringkat Dun pula, Dun luyang, Dun Klias, Dun moyog, Dun Kepayan, Dun Inanam, Dun Tanjong Kapur, Dun Sri Tanjong, Dun Tanjong Aru, Dun Likas dan Dun Api-Api.

Di antara kawasan Parlimen yang sukar dimenangi oleh Bn adalah Kota Kinabalu, manakala Tawau, Sandakan, Penampang dan Beaufort dalam keadaan 50:50.

Bagi peringkat Dun pula, kawasan Luyang  dan Api-Api adalah kawasan hitam bagi Bn, manakala yang lain adalah kawasan kelabu yang boleh bertukar kepada cerah.

Namun, perlu diingat semasa dalam pilihanraya semuanya boleh berlaku. Startegi kempen yang jitu mampu mengubah pendirian 10 peratus pengundi yang sebelumnya telah memutuskan parti mana yang bakal dipangkah. Selain itu, peranan calon yang bakal dikemukakan juga merupakan salah satu faktor yang boleh menentukan kemenangan.

Dalam suasana kempen, jentera pilihanraya yang baik dan tersusun bakal menggamit 10 peratus sikap pengundi; dan kejayaan inilah yang menentukan kemenangan di kawasan-kawasan yang dianggap kelabu.

Biasanya sebelum pembubaran parlimen atau Dun, 90 peratus pengundi yang berdaftar telah lama membuat pendirian, parti mana yang bakal dipilih, sementara 10 peratus lagi adalah mereka yang masih di atas pagar.

Peranan utama semasa kempen adalah bagaimana mengubah sikap 90 peratus pengundi itu, jika jentera sesebuah parti mampu mengubah sikap 2 peratus sahaja daripada sikap 90 peratus itu, maka parti itulah adalah pemenang; keadaan ini hanya berlaku bagi kawasan yang berkeadaan 50:50 atau kelabu.

Untuk itu, semasa PRU-13 ini, jentera Bn yang terkuat, tersusun dengan baik diperlukan bagi kawasan-kawasan yang disebutkan di atas, bagi menjamin peratusan yang "swing" kepada calon-calon Bn.

2 April 2013

PRU-13: Bakal-bakal calon kaum Iranun memilih Pembangkang

YANG menjadi perhatian pada PRU-13 ini di kawasan Kota Belud, apabila calon-calon yang bakal bertanding  daripada suku iranun memilih parti pembangkang.

Penyebab kepada situasi itu, kerana kaum iranun tiada tempat dalam parti barisan nasional.

Di Usukan nama Mohd Safian Saludin mantan pengurus petronas dan, seorang jurutera  bertauliah dikatakan akan bertanding menggunakan tikit PKR di Dun Usukan. Sementara di Dun Tempasuk, Setiausaha Pas Sabah Ustaz Laiman Ikin akan mencuba untuk kali kedua, selepas percubaan pertama pada PRU-12 lalu.

Melihat kepada kecenderungan calon-calon daripada suku iranun memilih parti pembangkang, mengulangi keadaan di zaman usno dan berjaya tahun 60-an dan 70-an, apabila suku itu memilih parti-parti pembangkang antaranya USAP (United Sabah Action Party), Pekemas pimpinan Dr Tan Chee Khon, kemudian Parti Bersih pimpinan Pandikar Amin Mulia (kini Tan Sri).

Sebelum ini Suara Rakyat pernah menulis, bahawa suku iranun tiada masa depan dalam politik yang berasaskan demokarsi, kerana jumlah penduduk itu yang merupakan minoriti, tidak memungkin "survive" dalam dunia politik yang berasaskan perakuman.

Suara Rakyat menyarankan agar suku kaum iranun memilih pengembangan ekonomi dan pendidikan untuk kaum itu boleh diiktiraf. Pengiktirafan melalui politik, akan lambat berlaku, kerana situasi politik negara yang masih berkeadaan demikian.

Apa kah memilih parti pembangkang sebagai asas perjuangan yang dipilih bakal-bakal calon daripada kaum iranun itu akan mempunyai impak pada PRU-13 ini? 

Kota Belud, merupakan kawasan tiga suku utama Bajau, KDM dan Iranun. Bagi suku bajau menguasai sepenuhnya kawasan Dun usukan, demkian juga KDM menguasai sepenuh kawasan Dun Kedamaian. Hanya di Dun Tempasuk, tiada suku yang boleh menang tanpa sokongan kaum lain.

Di Kota Belud, untuk sementara waktu, hanya nama Tan Sri Pandikar yang boleh dikatakan pemimpin iranun yang setanding dengan pemimpin daripada kaum lain, malah speaker Dewan Rakyat itu mempunyai kelasnya tersendiri. Namun, melihat gelagat beliau, tiada tanda-tanda akan menyertai pilihanraya kali ini, selepas tidak bertanding pada PRU-12 lalu.

Mengapa bakal calon daripada kaum iranun melalui Bn tidak menyerlah? Bn terutama Umno, melihat kedudukan seseorang dalam parti. Kedudukan suku iranun dalam parti di Kota Belud, tidak memungkinkan mereka dicalonkan, berasaskan keadaan semasa yang semakin canggih. Seseorang yang bakal dicalonkan sekurang-kurangnya mempunyai merit samada dalam pendidikan, kedudukan dalam masyarakat dan kedudukan perekonomian.

Melihat kepada situaasi di mana hanya pembangkang yang mengemukakan calon daripada kaum iranun, apa kah akan mempengaruhi trend pengundian kaum itu? sehingga mempengaruhi keputusan di Dun Tempasuk dan Peringkat Parlimen?

Dalam pilihanraya semua boleh berlaku, kerana dalam politik itu sendiri terkumpulnya "art of impossible".

1 April 2013

ESSCOM/ESSZONE: Wilayah USBO

TIDAK ada sesiapa yang boleh menafikan bahawa kawasaan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) atau kawasan perundangannya Eastern Sabah Security Zone yang meliputi Kudat hinggalah ke Tawau adalah wilayah USBO. Daerah yang dimasukan dalam kawasan itu, yang bukan wilayah USBO adalah Pitas dan Kota Marudu serta sebahagian Kinabatagan dan Beluran serta Tawau Selatan dan Tenggara. Demikian juga Kota Belud dan Tuaran terkeluar daripada ESSCOM dan ESSZONE.

Dalam sejarah pembentukan kerajaan Sabah, tiada satu kaumpun boleh membentuk kerajaan dengan sendirinya tanpa sokongan kaum terbesar samada kaum KDM mahupun Bajau.

Kemasukan Umno ke Sabah pada tahun 1991, membolehkan kaum di luar daripada KDM dan Bajau mengetuai kerajaan.

Sebagai misalannya pada tahun 1976  kerajaan yang dipimpin kaum Bajau ditumbangkan oleh suku KDM melalui Parti Berjaya yang dipimpin Tun Mohd Fuad Stephen, kerajaan Berjaya itu diteruskan oleh Datuk Harris Salleh selepas 6.6.176, kerana terbunuhnya Tun Mohd Fuad dalam satu kemalangan pesawat di kawasan Sembulan Kota Kinabalu.

Datuk Harris dapat meneruskan kerajaan berjaya sehingga tahun 1985, kerana sokongan kaum KDM. Namun kerajaan itu juga tumbang akibat beralihnya sokongan KDM kepada parti PBS yang ditubuhkan oleh Datuk Joseph Pairin Kitingan.

Kerajaan PBS yang didokong oleh kaum KDM tumbang pada tahun 1994, apabila kaum Bajau bersatu di bawah payung Umno dan berpecahnya kaum KDM.

Kerana sokongan kaum bajau kepada umno yang berpunca daripada Usno yang telah dibubarkan untuk membolehkan Umno bertapak di Sabah, maka kaum bajau diberi penghormatan dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah melalui Datuk Sakaran Dandai 8 bulan, kemudian Datuk Salleh Said 18 bulan.

Selama BN membentuk kerajaan di Sabah yang bermula pada tahun 1994, kaum bajau berkesempatan menjadi Ketua Menteri selama 4 tahun yang dikongsi bersama tiga pemimpin Bajau- Datuk Sakaran-8 bulan; Datuk salleh-18 bulan dan Datuk Osu Sukam-24 bulan, sementara KDM 9 bulan melalui Datuk Bernard Dompok, kaum cina 4 tahun melalui Datuk Yong Teck Lee dan Datuk Chong Kah Kiat.

Bermula tahun 2003, Ketua Menteri Sabah diserahkan kepada pemimpin yang bukan berasaskan etnik namun parti atas dasar "memang-menang".

Selama 10 tahun, kepimpinan Sabah yang diketuai oleh pemimpin yang bukan berasaskan etnik, menampilkan kerajaan yang cukup stabil, sehingga berjaya memenuhi matalamat rakyat umpamanya mengurangkan kadar kemiskinan.

Dalam kepimpinan negeri yang diketuai Musa Aman, semua kaum ditampilkan, baik daripada KDM mahupun Bajau, serta kumpulan etnik yang kecil.

Sekali lagi pada PRU-13 yang diambang pintu, keputusan pilihanraya Sabah akan ditentukan oleh dua kumpulan etnik besar yakni Bajau dan KDM. Kaum Bajau yang mewakli kawasan Tuaran, Kota Belud, kemudian Kudat sehingga ke kawasan Kunak dan Tanjung Batu di Tawau.Kawasan itu mempunyai lebih 32 kawasan DUN dan lebih 10 kawasan parlimen, merupakan angka yang sangat singnifikan kepada kemenangan mana-mana parti yang bertanding.

Ada yang mengatakan sebelumpun diadakan PRU-13, BN Sabah sudah menang 30 DUN dan 11 Parlimen, kerana kawasan-kawasan tersebut termasuk dalam wilayah ESSCOM/ESSZONE.

Apabila Tun Daim Bersuara

SETIAP menjelang pilihanraya umum, mantan Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin bersuara. Pada ambang PRU-12, beliau juga bersuara. Pada masa itu, satu-satu pemimpin Bn yang mengatakan bahawa Selangor.Perak, Pulau Pinang da Kedah akan jatuh ke tangan pembangkang selain wilayah persekutuan.

Tun Daim juga menyatakan pada masa itu, bahawa kerajaan Bn walaupun menang pilihanraya akan tetapi kehilangan kuasa 2/3 di dewan rakyat.

Namun pada kali ini, mantan menteri kewangan itu berkata, bahawa melalui analisisnya, bukan sahaja Bn mempertahankan Putrajaya, malahan akan mencapai kemenangan lebih baik berbanding tahun 2008.

Walaupun pembangkang akan mendapat kerusi di negeri-negeri simpanan tetap Bn Johor, Sarawak dan Sabah, namun Bn juga akan menang beberapa kerusi di Selangor, Kedah dan Kelantan.

Tun Daim meramalkan, jika Bn mampu mengemukan calon MB yang boleh diterima rakyat, maka peluang besar untuk merampas kerajaan Selangor dan Kedah.

Bn kata mantan menteri kewangan itu masih berdepan dengan kesukaran di Pulau Pinang walaupun akan menambah beberapa kerusi DUN, tetapi belum cukup membentuk kerajaan. Di Kelantan pula, Daim meramalkan, selagi Nik Aziz mengetuai negeri itu, maka adalah sukar bagi Bn merampasnya, walaupun Bn akan menang beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Sementara itu, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohannad berkata, tindakan Lim Kit Siang bertanding di Johor, adalah penamat kepada karier politik pemimpin veteran Dap itu. Rakyat Johor akan berganding bahu menguburkannya jika benar dia bertanding di Johor.

PRU-13 yang akan dilaksanakan bila-bila masa daripada sekarang menyaksikan perebutan 222 kerusi dewan rakyat dan 505 kerusi dewan undangan negeri daripada Perlis hinggalah ke Sabah. Hanya Sarawak tidak mempertandingkan DUN, kerana baharu sahaja mengadakan PRN pada April 2011.

Sebelum tempoh parlimen berakhir, Bn mempunyai 140 kerusi Parlimen berbanding pembangkang 82, walaupun jumlah proposisi bilangan kerusi telah berubah selepas pru-12 lalu.

30 March 2013

Impak Krisis Lahad Datu: INI KALI LAH menjadi MAMPUS LAH

DAKWAAN Pembangkang bahawa pencerbohan Lahad Datu adalah Sandiwara BN memang sukar diterima. Sebabnya Malaysia merupakan penganjur kepada PERJANJIAN keamanan antara MILF dan Kerajaan Filipina untuk menamatkan persengkataan lebih empat dekad lalu.

Disebabkan ada fraksi yang merasa diketepikan dalam perjanjian damai itu terutama Nur Misuari daripada MNLF  dan "self styled" "Sultan of Sulu" Jamalul Kiram III, maka mereka dimanafaatkan oleh orang-orang tertentu untuk melakukan huru hara, dengn tujuan menganggu perdamaian itu di satu pihak dan di pihak lain agar keadaan hura hara berlaku di Sabah menjelang PRU-13.

Seharusnya kumpulan MNLF merestui perjanjian damai itu, namun sebaliknya mereka mengambil pendekatan kekerasan agar supaya mendapat perhatian antarabangsa. Mereka memilih Sabah sebagai lokasi pemberontakan, kerana difikiran mereka, kerajaan Malaysia tidak akan melakukan tindakan balas secara ketenteraan.

Di lain pihak, pembangkang sukar untuk menembusi kawasan-kawasan majoriti bumiputera islam, terutama kawasan Pantai Timur Sabah. Pendekatan kekerasan merupakan salah satu strategi pembangkang untuk menembusi kawasan-kawasan itu, namun kini tindakan pencerobohan pengganas sulu bukan sahaja memperkukuh sokongan rakyat di kawasan itu terhadap kerajaan, malah kejadian itu menimbulkan kebencian yang semakin menebal terhadap pembangkang.

Pengistiharan kawasan Pantai Timur daripada Kudat ke Tawau yang meliputi 10 daerah-Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu, Kuna, Semporna dan Tawau, yang mempuyai jarak 1440 Km dan 500 Km daripadanya benar-benar berdepan dengan lautan sulu. Keluasan ESSZONE adalah 47,734 Km Persegi, seluas seluruh kawasan Pantai Barat Semenanjung.

Apa yang menarik daripada pengwujudan kawasan ESSZONE adalah kawasan ini adalah kawasan darurat di mana 30 DUN Sabah berlokasi selain 11 kawasan Parlimen. 

Dalam situasi demikian sebelumpun keputusan PRU-13 diumumkan, Bn sudah "menang" 30 DUN dan 11 Parlimen. Jadi, melalui pengwujudan ESSZONE, lagu Anwar "TANYA SAMA NAJIB" KENAPA GOYANG, SEBAB SABAH HILANG  kini berpihak kepada Najib.

Harapan Anwar mengwujudkan parlimen tergantung "Hung Parliament" di Semenanjung kini sudah punah, kerana Sabah dan Sarawak akan menentukan parti mana ke Putrajaya.

INI KALI LAH telah bertukar MAMPUS LAH.

29 March 2013

PRU-13 Sabah: Impak Mantan Pemimpin Bn yang menyertai Pembangkang

Apa kah impak bekas-bekas pemimpin Bn Sabah yang menyertai Pembangkang terhadap prestasi Bn Sabah?

Di pihak Umno, pemimpin yang mempunyai nama dalam arena politik tanah air yang menyertai pembangkang adalah Datuk Lajim Ukin, Datuk Yahya Lampong dan Datuk Ibrahim Minuddin, manakala di pihak UPKO Datuk Welfred Bumburing, di pihak LDP pula Tan Sri Chong Kah Kiat.

Di antara para pemimpin itu, hanya Tan Sri Chong Kah Kiat tidak akan menyertai pilihanraya ke-13. Mantan Presiden LDP itu menggunakkan proxinya William Chin-Presiden Kudat Golf Club untuk bertanding di DUN Tanjong Kapor, Kudat menggunakan tikit PKR, kawasan yang pernah dimenanginya semasa masih dalam barisan nasional.

DUN Tanjong Kapor kini, disandang oleh Setiausaha Agung LDP- Datuk Teo Chee Kang.

Keputusan PRU-12

N2 TANJONG KAPOR
Jumlah Pengundi: 19,500
Peratusan Kaum: B/I: 46.87% B/B/I: 23.44% C: 29.44% L: 0.25% 
1. Teo Chee Kang (BN) (6,629) 
2. Edwin Pius@Entak (Bebas) (109) 
3. Ng. Kim Kiat (PKR) (1,831) 
4. Asbiah Anggor (Bebas) (73) 
5. Tsea Heag Chong @ Peter (Bebas) (3,010) 
6. Masium Merpang (Bebas) (35) 
7. Awang Karim Abdul Kadir (Bebas) (871) 
8. Berman Angkap (Bersekutu) (32) 

Majoriti: 3,619
Jumlah undi: 13,157
Peratus mengundi: 67.47%
Undi rosak: 567

Penyandang: Tan Sri Chong Kah Kiat (BN)
(Majoriti: 2,993 undi) 

Manakala Datuk Lajim, Datuk Bumburing dan Datuk Ibrahim Menuddin akan bertanding di Parlimen Beaufort dan Dun Klias, Bumburing di Parlimen Tuaran dan Ibrahim di Parlimen Labuan, sementara Datuk Yahya Lampong di Parlimen Putatan.

Lajim merupakan Presiden PPPS sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar, namun akan bertanding menggunakan lambang PKR, demikian juga Bumburing Presiden APS akan bertanding menggunakan lambang PKR, manakala Yahya dan Ibrahim adalah ahli PKR, sudah tentunya menggunakan lambang PKR.

Melihat percaturan para bekas pemimpin BN yang menyertai pembangkang yang suatu ketika didahului oleh Datuk Yong Teck Lee apabila parti SAPP komponen Bn Sabah keluar daripada Bn pada 17 September 2008, selepas Gerakan 16 September Anwar gagal menjadi kenyataan.

SAPP tidak menyertai Pakatan pembangkang sebaliknya berkerjasama dengan STAR pimpinan Dr Jeffery Kitingan berdepan dengan Barisan Nasional pada PRU-13, yang bila-bila masa sahaja akan diadakan.

Di peringkat kepimpinan Barisan Nasional, nampaknya tiada perubahan yang ketera. Bn akan diketuai oleh Pengerusi Perhubungan Umno Sabah merangkap Pengerusi Bn negeri- Datuk Seri Musa Haji Aman berserta Timbalannya Datuk Dr Salleh Tun Said, disamping Presiden-Presiden Komponen Bn Sabah- Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Tan Sri Bernard Giluk Dompok, Tan Sri Joseph Kurup, Datuk Liew Vui Keong dan para pemimpin lain.

Sabah mempunyai 25 kerusi Parlimen dan 60 kerusi dewan undangan negeri. Pada PRU-12 lalu, Bn Sabah menang 24 kerusi Parlimen dan 59 kerusi Dun.

Disebabkan para penyandang kerusi-kerusi yang suatu masa dimenangi melalui tikit Bn, seperti Parlimen Beaufort, Parlimen Tuaran, Parlimen Sepanggar, Parlimen Tawau, Dun Likas, Dun Luyang, dan pada PRU-13 para penyandangnya akan mempertahankan kerusi itu menggunakan flatform pembangkang.

Bagi kawasan Parlimen Beaufort, nampaknya persaingan sengit antara calon Bn dan PKR akan berlaku; berasaskan kepada kepimpinan setempat, untuk sementara hanya Datuk Azizah Dun Banir yang mempunyai harapan cerah di kawasan itu, jika dipilih menentang Lajim. Di Tuaran pula, harapan Datuk Welferd Tanggau mantan MP Tuaran, dikatakan mampu mempertahankan kerusi itu untuk Bn.

Di Parlimen Sepanggar, jika calon daripada Umno dipilih, agak cerah kawasan itu untuk dimenangi, namun jika diwakili calon daripada komponen lain, kawasan itu masih kelabu bagi pihak Bn.

Di Parlimen Tawau, nampaknya kawasan itu akan mudah dimenangi Bn, asalkan calon dipilih daripada parti PBS atau LDP, akan tetapi jika daripada komponen parti lain, kemungkinan kawasan itu jatuh ke tangan DAP.

Pada PRU kali ini, untuk pertama kalinya, kerusi-kerusi parlimen sangat mendapat perhatian, kerana masing-masing samada BN dan Pakatan memerlukan kerusi parlimen untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan.

Untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan, sekurang-kurangnya diperlukan 112 kerusi untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Di peringkat negeri Sabah ,misalnya, kekuatan Bn sukar diganggu gugat. Bn melalui parti Umno mempunyai 32 kawasan selamat, dan 8 kawasan selamat lain daripada komponen Bn Sabah. Namun, berasaskan kajian sikap para penggundi, mungkin Bn Sabah akan kehilangan beberapa kerusi DUN terutama di kawasan majotiti kaum cina.

Samada para mantan pemimpin Bn yang menyertai pembangkang bertanding atau tidak, sebenarnya kehadiran mereka dalam parti pembangkang tidak mempunyai impak yang ketara. Kajian sikap para pengundi Sabah sebenarnya tidak berubah sepanjang 5 tahun lalu, para pengundi yang mengundi Pembangkang pada PRU 2008 akan terus memilih pembangkang pada PRU kali ini, demikian juga para pengundi yang menyokong Bn akan terus menyokong Bn.

Namun, kerana berbagai tindakan kerajaan Bn terutama melalui Program Janji Ditepati, perubahan sikap sesetengah penyokong Pembangkang kini telah bertukar arah kepada Bn, atas sebab itu, sebenarnya Bn Sabah tidak akan menghadapi masalah di kawasan-kawasan bumiputera, dengan sokongan kaum bumiputera yang kokoh adalah pemangkin kepada kemenangan kawasan-kawasan seperti parlimen Sandakan, Dun Tanjong Kapor, Dun Karamunting, Dun Tanjong Papat, Dun Sri Tanjung, Dun Elopura, Dun Likas, Dun Merotai, Parlimen Tawau, Parlimen Sepanggar, Dun Kepayan, Dun Tanjong Aru dan Dun Inanam.

Berasaskan kepada perkembangan kini, Dun Sabah yang tidak selamat adalah Dun Kuala Penyu, Dun Luyang, manakala Parlimen, Parlimen Kota Kinabalu dan Penampang.

Sebenarnya keadaan tidak selamat itu bukan kerana kehadiran para mantan pemimpin Bn, akan tetapi para penggundi di kawasan tersebut telah lama menentukan sikap mereka.

28 March 2013

DAP Sabah Target Empat Parlimen di Sabah

Walaupun DAP parti berbilang kaum, namun kebiasaannya hanya bertanding pada kawasan majoriti kaum cina, namun pada PRU-13 yang diambang pintu, parti itu akan mencuba di Parlimen Penampang.

Pada PRU-13 parti pembangkang itu akan bertanding di Sandakan, Tawau, Kota Kinabalu dan Penampang.

Parti pembangkang lebih berminat pada kerusi parlimen, kerana kegahiraan pakatan tiga parti itu merampas Putrajaya.

Menurut seorang Pemimpin DAP tempatan Paul Len, partinya yakin menang semua kerusi yang dipertandingkan.

Perkiraan mereka, bahawa sokongan kaum cina terhadap pakatan adalah diperingkat 80 peratus di semua kawasan yang disebutkan.

Mereka memperkirakan bahawa kaum cina tidak akan menyokong Bn kerana menurut pemimpin DAP itu, kaum cina sudah memuktamadkan pendirian untuk UBAH kerajaan. Selain itu katanya, disebabkan sokongan mantan pemimpin Bn seperti Tan Sri Chong Kah Kiat, maka memantapkan sokongan kaum cina terhadap calon-calon DAP.

Namun, bagi pandangan Bn pula, hanya Parlimen Kota Kinabalu akan dimenangi Pakatan melalui DAP, bukan kawasan-kawasan lain sepertimana sangkaan pembangkang.

Walaupun pada PRU-12, saingan sengit berlaku di tiga kawasan yang disebutkan, namun senarionya berbeza.

Di Parlimen Sandakan misalnya, pada PRU-12 Bn diwakili oleh Presiden LDP Datuk VK Liew yang julung-julung kali bertanding di Sandakan, namun dapat merampas semula kerusi itu. Pada PRU sebelumnya Sandakan dimenangi oleh calon bebas.

Pada PRU-13 khusus untuk Sabah, menurut maklumat terkini, sokongan kaum cina terhadap Bn meningkat di semua kawasan. Sokongan itu akibat daripada kesan pencerobohan Lahad Datu yang dikatakan didalangi pembangkang.

Kaum cina adalah masyarakat peniaga. Mereka mahukan keadaan yang aman, kerana melalui keadaan itu sahaja suasana perniagaan akan berjalan lancar.

Pengwujudan ESSCOM dan ESSZONE mengembirakan kaum itu, kerana keamanan dan keselamatan akan terjamin di kawasan Pantai Timur Sabah.

Di samping itu, upgrade Lapangan Terbang Sandakan dan pembinaan loji letrik gas di Lahad Datu diterima baik oleh kaum cina.

Faktor-faktor di ataslah yang membuatkan sokongan kaum cina terhadap BN semakin mantap.

Selain penyediaan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan Bn untuk rakyat Sandakan khasnya dan Pantai Timur Sabah umumnya, perkhidmatan wakil rakyat Bn sungguh cemerlang, kerana pendekatan yang bersifat "down to the earth" melalui Turun Padang Janji Ditepati.

Kemudahan Perkhidamatan para wakil rakyat Bn melalui Pusat Khidmat kawasan masing-masing memberi impak kepada sokongan terhadap BN bukan sahaja daripada kaum  bumiputera juga kaum cina.

Kawasan-kawasan yang menjadi target kepada parti DAP, sebenarnya sudah jauh berubah daripada segi kemajuan; kerana wakil rakyat Bn merasakan degup jantung pengundi yang diwakilinya.

Sokongan rakyat berketurun cina, sebenarnya sudah kembali kepada Bn, terbukti melalui PRK Batu Sapi pada Oktober 2010, menunjukkan pertambahan majoriti di peti-peti undi kaum itu.

Pada PRU-13, Parlimen Sandakan akan terus diwakili oleh Presiden LDP Datuk VK Liew, manefestasi kepada kehadiran Perdana Menteri ke Kongres LDP yang diadakan di Sandakan akhir tahun lalu.

Bagi kawasan Parlimen Tawau pula, belum diketahui parti mana yang bakal dipilih mewakili kawasan itu, namun berasaskan persetasi LDP pada PRU-12 di mana semua calonnya menang dan salah satu komponen BN yang bebas masalah, besar kemungkinan pucuk pimpinan Bn akan memilih calon daripada parti itu bertanding di Parlimen Tawau.

Berasaskan kajian Suara Rakyat semasa berkunjung di kawasan-kawasan itu, peluang calon-calon daripada LDP lebih menyerlah berbanding parti-parti kaum cina yang beribu pejabat di Semenanjung seperti MCA dan Gerakan.

Sikap para pengundi kaum cina khasnya dan rakyat umumnya di Pantai Timur Sabah, lebih condong kepada LDP berbanding parti komponen lain selain Umno.

Apapun, Suara rakyat, masih yakin, Pakatan hanya mampu mendapat kerusi Parlimen Kota Kinabalu dan Dun Luyang pada PRU-13 kali ini.

Melalui keputusan itu, maka Bn akan mengulangi kejayaannya seperti pada PRU-11 dan 12 dengan menang 24 kerusi Parlimen dan 59 Kerusi DUN.

27 March 2013

Keganasan Lahad Datu: Terdedahnya Pembohongan Anwar

Mengapa Anwar Ibrahim BERBOHONG kepada rakyat Sabah dalam 'Himpunan Pakatan Harapan Rakyat – Demi Keselamatan, Keamanan & Kedaulatan Sabah’ di Kota Kinabalu pada 25 Mac 2013.

Satu perkataan paling tepat untuk Anwar Ibrahim ... TERPERANGKAP DALAM PEMBOHONGAN.

ANWAR DIHANTUI KISAH LAMPAU

Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, hubungannya dengan mana-mana pemimpin termasuk bekas gabenor Mindanao, Nur Misuari adalah atas peranannya untuk membawa keamanan serantau.

Anwar mendedahkan, Dr Mahathir Mohamad sendiri mengarahkannya yang ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri ke Manila untuk membantu menyegerakan proses damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF).

“Saya sebagai Timbalan Perdana Menteri bawa rombongan dengan peniaga-peniaga untuk bantu, dengan persetujuan Presiden Filipina. Jadi, saya berkawan. Dr Mahathir, Perdana Menteri ketika itu jemput Nur Misuari ke Kuala Lumpur atas jemputan rasmi bagi taklimat EPU (Unit Perancangan Ekonomi).

“(Kita) bagi sokongan kepada masyarakat di selatan Filipina ketika itu untuk cari jalan damai, berbaik dengan Manila dan sebagainya,” kata Anwar pada ‘Himpunan Pakatan Harapan Rakyat – Demi Keselamatan, Keamanan & Kedaulatan Sabah’ di Kota Kinabalu semalam.

Justeru, Anwar menyelar tindakan Umno BN yang cuba mengaitkannya dengan pencerobohan di Lahad Datu, berbanding fakta sebenar peranannya mengusahakan jalan perdamaian.

“Yang masuk Perhimpunan Agung Umno itu keluarga Sultan Sulu. Dia tak pergi mesyuarat KEADILAN,” seloroh Anwar disambut tepukan dan ketawa hadirin.

Rakyat di ajak untuk meneliti, menganalisa dan membuat kesimpulan setiap bait perkataan ucapan Anwar Ibrahim di Kota Kinabalu pada 25 Mac 2013. 

Adakah rakyat sudah nampak betapa PEMBOHONGAN dan TERPERANGKAPnya Anwar Ibrahim dalam insiden dan tragedi berdarah di Lahad Datu yang telah mengorbankan nyawa anggota pasukan keselamatan negara.

Anwar mendedahkan, Dr Mahathir Mohamad sendiri mengarahkannya yang ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri ke Manila untuk membantu menyegerakan proses damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF). “Saya sebagai Timbalan Perdana Menteri bawa rombongan dengan peniaga-peniaga untuk bantu, dengan persetujuan Presiden Filipina. Jadi, saya berkawan. Dr Mahathir, Perdana Menteri ketika itu jemput Nur Misuari ke Kuala Lumpur atas jemputan rasmi bagi taklimat EPU (Unit Perancangan Ekonomi). 

Rakyat perlu bertanya kepada Anwar Ibrahim, mengapa perlu beliau membangkitkan cerita sewaktu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri. 

MENGAPA ANWAR TIDAK JAWAB KEJADIAN PENEROBOHAN LAHAD DATU?

Adakah insiden dan tragedi berdarah di Lahad Datu ini berlaku pada tahun 1998 atau pada tahun 2013 ? 

Isu pokok di sini adalah penglibatan pembangkang dalam insiden dan tragedi berdarah di Lahad Datu pada tahun 2013.

Mengapa Anwar Ibrahim tidak menjawab isu pertemuan beliau dengan Nur Misuari sebanyak dua kali pada tahun 2012 ?
16 Julai 2012 - Anwar Ibrahim bertemu dengan Nur Misuari di Jakarta. Pertemuan berlangsung di hotel Crowne Plaza Jakarta.

4 Ogos 2012 - Pertemuan kedua Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari di Manila bagi memuktamadkan dan menandatangi perjanjian. Anwar Ibrahim menaiki pesawat MH 704 ke Manila.

Di hadapan rakyat Sabah di Kota Kinabalu, Anwar Ibrahim juga TIDAK BERANI dan GAGAL sepunhnya untuk menjawab dan menafikan laporan-laporan yang dikeluarkan oleh media ini.

Ini adalah persoalan paling pokok, dakwaan media penglibatan Anwar Ibrahim dan pembangkang sehingga tercetusnya tragedi berdarah di Lahad Datu. Anwar Ibrahim lari dari menjawab pertuduhan ini. Mengapa ?

Anwar juga masih terus-menerus lari dari menjawab isu pokok dan mula menuding jari dan meletakkan kesalahan terhadap UMNO. 

Justeru, Anwar menyelar tindakan Umno BN yang cuba mengaitkannya dengan pencerobohan di Lahad Datu, berbanding fakta sebenar peranannya mengusahakan jalan perdamaian. “Yang masuk Perhimpunan Agung Umno itu keluarga Sultan Sulu. Dia tak pergi mesyuarat KEADILAN,” seloroh Anwar disambut tepukan dan ketawa hadirin. - SUARA KEADILAN, 27 MAC 2013.

Rakyat Sabah melihat Anwar sebagai manusia yang penuh dengan pembohongan dan mempunyai muslihat jahat terhadap penduduk negeri di bawah bayu itu.

Satu fakta- sebelum kejadian penerobohan Lahad Datu, Anwar bukan main lagi,sering menjelajah pelosok Sabah termasuk Pantai Timur Sabah, namun selepas kejadian itu, hanya bertengek di Kota Kinabalu,kawasan yang tidak terlibat langsung dengan krisis itu.

Semasa kejadian puncak penerobohan, Anwar dan pemimpin pembangkang lain, hanya berpesta di Semenanjung, dan hanya melakukan tohmahan terhadap pemimpin negara termasuk pasukan keselamatan.

Anwar memerlukan lebih dua minggu mengutuk pencerobohan itu, selepas terbukti pencerobohan itu tidak membawa kepada huru hara sehingga menyebabkan darurat diisthiarkan di Sabah, bagi menangguhkan PRU-13 di negeri itu.

Sebelum lawatan Anwar ke Sabah, para pencacai Anwar sibuk mengwar-warkan bahawa Anwar akan melawat Lahad Datu, namun war-war itu tidak menjadi,atas sebab Anwar takut dicemoh dan dilempar telur busuk di Lahad Datu.

Mungkin juga kerana emosi, ada penduduk Lahad Datu yang begitu marah terhadap Anwar akan bertindak sendiri, sehingga memudaratkan nyawa ketua umum PKR itu.

Kini di Pantai Timur Sabah, amarah terhadap Anwar sungguh luar biasa, mereka menunggu dengan sangat kedatangan Anwar untuk melempiaskan geram dan amarah mereka itu.

Tak apa kata mereka, pelanduk sering lupa jerat, manakala jerat tidak pernah akan lupa dengan pelanduk.

26 March 2013

Pandangan Pemimpin Cina terhadap Anwar


"Throughout the history of the world, this would be the first anyone can ever be sued for singing a song", per Anwar Ibrahim in response to his infamous song 'Sabah dah hilang.'. ..Why is this so called PM in-waiting so defensive and fond of using the word "sue". He has been 'suing' those critics of him by filing rm100 mil suits. He never feel sorry for Sabahans. Now only he come bu CAKAP KOSONG saja... IF he ever becomes a PM, he will sue everyone who criticise him. How can be a fair and just PM?
"Throughout the history of the world, this would be the first anyone can ever be sued for singing a song", per Anwar Ibrahim in response to his infamous song 'Sabah dah hilang.'. ..Why is this so called PM in-waiting so defensive and fond of using the word "sue". He has been 'suing' those critics of him by filing rm100 mil suits. He never feel sorry for Sabahans. Now only he come bu CAKAP KOSONG saja...  IF he ever becomes a PM, he will sue everyone who criticise him. How can be a fair and just PM?
Like ·  ·  · 8 minutes ago via BlackBerry · 

24 March 2013

Jelajah Janji Diteapi Berakhir semalam di Kuantan



Program Jelajah Janji Ditepati berakhir malam tadi dengan Perdana Menteri menyatakan permohonan kepada rakyat agar memberi mandat kuasa lima tahun lagi kepada Barisan Nasional (BN) memerintah negara dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak, permintaan kepada rakyat itu adalah berdasarkan janji-janji BN yang sudah pun ditepati oleh parti itu.

Pada masa yang sama, beliau berharap rakyat tidak tertipu dengan janji-janji pembangkang yang menawarkan bulan, bintang dan syurga kerana terbukti janji mereka itu tidak ditepati.

Perdana Menteri yakin, sekiranya rakyat sekali lagi memberi mandat kepada BN, masa depan Malaysia terus bersinar menjadi sebuah negara berjaya dan unggul.

Berucap pada siri terakhir JJD di sini malam tadi yang dihadiri kira-kira 80,000 orang di pekarangan Padang Majlis Perbandaran Kuantan 2 di sini, Najib berkata:

"Kalau kita dapat menyeberang jambatan melintas sebelah sana (menang PRU-13), saya yakin dengan mandat baru ini, kerajaan akan melakukan lebih baik lagi untuk lima tahun akan datang. Dalam tempoh empat tahun ini pun kita dapat lihat banyak kejayaan.

"Kerajaan pimpinan BN berjanji ke pada rakyat Malaysia, beri kita lima tahun yang akan datang, kita akan buat lebih hebat lagi. Kita akan bekerja bersungguh-sungguh." - UTUSAN ONLINE

© Utusan Melayu (M) Bhd 

23 March 2013

Kehangatan Politik Kota Belud semakin reda?

Suasana kehangatan politik Kota Belud tidak seperti lima tahun lalu. Kini, suasana itu sepertinya sudah reda, seolah-olah tiada lagi isu hangat yang diperbincangkan atau diutarakan, samada bersifat tomahan, kritikan, cadangan dan semacamnya.

Apa kah kecenderungan mereka yang suka berpolitik "kedai kopi"  sudah jenuh atau semua permasalahan yang dibangkitkan sudah terselesaikan ataukah sudah bosan membincangkannya?

Jika keadaan ini berlaku, maka pendekatan DS Najib memperlambat PRU-13 dan membiarkan penggal lima tahun sampai benar-benar sampai ke penghujungnya, sangat berbaloi, kerana tindakan itu mengurangkan politiking.

Di Kota Belud juga, terlihat bahawa semua pemimpin dimana sebelum ini "sering" diperlagakan antara satu sama lain, ternyata semua sangkaan itu tidak benar, kerana sejak awal tahun ini, semua pemimpin terbabit sering terlihat bersama-sama dan telah merapatkan barisan.

Kota Belud adalah satu kawasan yang dianggap sebagai simpanan tetap Bn. Kota Belud  salah satu kawasan yang mempunyai satu kawasan Parlimen dan tiga kawasan Dun. 

Secara tradisi, Parlimen ditandingi Umno termasuk Dun Tempasuk dan Usukan, sementara kedamaian oleh parti PBS.

Pada PRU-12 lalu, Parlimen Kota Belud dimenangi oleh Datuk Rahman Dahalan, Dun Usukan- Datuk Japlin Akim, Dun Tempasuk-Datuk Musbah Jamli.

Pada PRU-13, ada kemunginan status quo tahun 2008 dipertahankan oleh pucuk pimpinan, namun dalam percaturan politik, semuanya berkemungkinan.

Kawasan Dun Tempasuk misalnya, sejak tahun 1994, sering bertukar calon, sementara Usukan bertukar pada tahun 2004 dan Parlimen bertukar pada tahun 2008.

Inilah satu kelebihan kawasan Kota Belud, terdapat ramainya pemimpin, sehingga sukar bagi pucuk pimpinan mengambil keputusan. Berlainan dengan kawasan-kawasan lain, di mana berlaku "god father politics' namun Kota Belud, lebih gemar melahirkan pemimpin-pemimpin pelapis.

Disebabkan semangat berpasukan yang terjalin antara para pemimpin Kota Belud, maka pada sebarang pilihanraya termasuk PRU-13, siapapun yang dipilih mewakili Bn, pastinya disokong kerana Bn Kota Belud enggan mencatitkan rekod bahawa kawasan itu bukan simpanan tetap Bn.

Tiada yang dapat membaca fikiran Ds Najib siapa yang bakal diturunkan di semua kawasan Kota belud, kecuali calon PBS kemungkinan Besar parti PBS masih memberi kepercayaan kepada Datuk Herbert Timbon Lagadan mempertahankan Dun Kedamaian. 

Sementera bagi calon-calon Umno, kita hanya mampu meneka, walaupun di atas kertas, kita mengenal siapa-siapa yang bakal diturunkan.

Meskipun senarai calon-calon Umno sudah dimuktamadkan sepertimana kenyataan Setiausaha Agung Umno, tetapi masih berlaku perubahan di saat-saat akhir.

Kalau berasaskan sikap akar umbi kota Belud, calon-calon yang dikira sangat "winnable Candidate" bagi kawasan Kota Belud di Dun Usukan adalah Datuk Dr Salleh Tun said, di Dun Tempasuk Datuk Haji Musbah Jamli dan di P169 Kota Belud-Datuk Rahman Dahalan.

Datuk Japlin Akim yang merupakan ADUN dua penggal bagi Dun Usukan, dipercayaai memberi laluan kepada Ketua Bahagian Umno Kota Belud bertanding di kawasan tersebut; setidaknya ini yang kita dengar sejak lima tahun yang lalu. Walau bagaimanapun kepastiannya, hanya pemimpin yang terbabit yang mengetahui dan tahu jawapannya.

Apapun, keputusan pemilihan calon tergantung kepada pucuk pimpinan parti. Bagi kita sebagai penyokong Bn siapapun calon Bn, kita perlu menyokong tanpa berbelah bahagi, kerana hanya melalui kemenangan calon-calon Bn sahaja menjamin kelangsungan kerajaan Bn.

Kita tidak sanggup memberi peluang kepada calon-calon daripada parti lain selain Bn, kerana pengalaman mengurus negara merupakan penting dalam memajukan negara. Cuba-cuba menukar, bukan sahaja tidak diketahui kejayaannya, takut-takut pula seperti tikus membaiki labu.

Rakyat Sabah perlu mengambil iktibar, bahawa perubahan kerajaan tahun 1985-1994, bukan sahaja Sabah menjadi mundur, malah kadar kemiskinan terus meningkat. 

Rakyat Sabah tidak perlu lagi kembali ke zaman-zaman gelap itu. Fikir-fikirkan lah.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels