28 March 2013

DAP Sabah Target Empat Parlimen di Sabah

Walaupun DAP parti berbilang kaum, namun kebiasaannya hanya bertanding pada kawasan majoriti kaum cina, namun pada PRU-13 yang diambang pintu, parti itu akan mencuba di Parlimen Penampang.

Pada PRU-13 parti pembangkang itu akan bertanding di Sandakan, Tawau, Kota Kinabalu dan Penampang.

Parti pembangkang lebih berminat pada kerusi parlimen, kerana kegahiraan pakatan tiga parti itu merampas Putrajaya.

Menurut seorang Pemimpin DAP tempatan Paul Len, partinya yakin menang semua kerusi yang dipertandingkan.

Perkiraan mereka, bahawa sokongan kaum cina terhadap pakatan adalah diperingkat 80 peratus di semua kawasan yang disebutkan.

Mereka memperkirakan bahawa kaum cina tidak akan menyokong Bn kerana menurut pemimpin DAP itu, kaum cina sudah memuktamadkan pendirian untuk UBAH kerajaan. Selain itu katanya, disebabkan sokongan mantan pemimpin Bn seperti Tan Sri Chong Kah Kiat, maka memantapkan sokongan kaum cina terhadap calon-calon DAP.

Namun, bagi pandangan Bn pula, hanya Parlimen Kota Kinabalu akan dimenangi Pakatan melalui DAP, bukan kawasan-kawasan lain sepertimana sangkaan pembangkang.

Walaupun pada PRU-12, saingan sengit berlaku di tiga kawasan yang disebutkan, namun senarionya berbeza.

Di Parlimen Sandakan misalnya, pada PRU-12 Bn diwakili oleh Presiden LDP Datuk VK Liew yang julung-julung kali bertanding di Sandakan, namun dapat merampas semula kerusi itu. Pada PRU sebelumnya Sandakan dimenangi oleh calon bebas.

Pada PRU-13 khusus untuk Sabah, menurut maklumat terkini, sokongan kaum cina terhadap Bn meningkat di semua kawasan. Sokongan itu akibat daripada kesan pencerobohan Lahad Datu yang dikatakan didalangi pembangkang.

Kaum cina adalah masyarakat peniaga. Mereka mahukan keadaan yang aman, kerana melalui keadaan itu sahaja suasana perniagaan akan berjalan lancar.

Pengwujudan ESSCOM dan ESSZONE mengembirakan kaum itu, kerana keamanan dan keselamatan akan terjamin di kawasan Pantai Timur Sabah.

Di samping itu, upgrade Lapangan Terbang Sandakan dan pembinaan loji letrik gas di Lahad Datu diterima baik oleh kaum cina.

Faktor-faktor di ataslah yang membuatkan sokongan kaum cina terhadap BN semakin mantap.

Selain penyediaan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan Bn untuk rakyat Sandakan khasnya dan Pantai Timur Sabah umumnya, perkhidmatan wakil rakyat Bn sungguh cemerlang, kerana pendekatan yang bersifat "down to the earth" melalui Turun Padang Janji Ditepati.

Kemudahan Perkhidamatan para wakil rakyat Bn melalui Pusat Khidmat kawasan masing-masing memberi impak kepada sokongan terhadap BN bukan sahaja daripada kaum  bumiputera juga kaum cina.

Kawasan-kawasan yang menjadi target kepada parti DAP, sebenarnya sudah jauh berubah daripada segi kemajuan; kerana wakil rakyat Bn merasakan degup jantung pengundi yang diwakilinya.

Sokongan rakyat berketurun cina, sebenarnya sudah kembali kepada Bn, terbukti melalui PRK Batu Sapi pada Oktober 2010, menunjukkan pertambahan majoriti di peti-peti undi kaum itu.

Pada PRU-13, Parlimen Sandakan akan terus diwakili oleh Presiden LDP Datuk VK Liew, manefestasi kepada kehadiran Perdana Menteri ke Kongres LDP yang diadakan di Sandakan akhir tahun lalu.

Bagi kawasan Parlimen Tawau pula, belum diketahui parti mana yang bakal dipilih mewakili kawasan itu, namun berasaskan persetasi LDP pada PRU-12 di mana semua calonnya menang dan salah satu komponen BN yang bebas masalah, besar kemungkinan pucuk pimpinan Bn akan memilih calon daripada parti itu bertanding di Parlimen Tawau.

Berasaskan kajian Suara Rakyat semasa berkunjung di kawasan-kawasan itu, peluang calon-calon daripada LDP lebih menyerlah berbanding parti-parti kaum cina yang beribu pejabat di Semenanjung seperti MCA dan Gerakan.

Sikap para pengundi kaum cina khasnya dan rakyat umumnya di Pantai Timur Sabah, lebih condong kepada LDP berbanding parti komponen lain selain Umno.

Apapun, Suara rakyat, masih yakin, Pakatan hanya mampu mendapat kerusi Parlimen Kota Kinabalu dan Dun Luyang pada PRU-13 kali ini.

Melalui keputusan itu, maka Bn akan mengulangi kejayaannya seperti pada PRU-11 dan 12 dengan menang 24 kerusi Parlimen dan 59 Kerusi DUN.

7 comments:

Blackforest said...

Seorang ahli DAP menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjaya memimpin negara dengan begitu cemerlang dan aman selama ini.

Blackforest said...

Lee Chee Cheng yang juga bekas Timbalan Pengerusi DAP Cawangan Taman Megah, Cheras berkata beliau tidak akan mensia-siakan undi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang akan datang. "Saya waras dan matang untuk menilai kerajaan yang telah bertungkus-lumus bangunkan Malaysia sehingga berjaya pada tahap hari ini."Saya cintakan Malaysia.

Blackforest said...

Saya juga cintakan DAP. Tapi saya cintakan DAP yang bersih. Saya tidak akan taat kepada mana-mana pemimpin yang angkuh dan penuh tipu muslihat," katanya.

Blackforest said...

Dalam sidang media yang sama Lee mahukan Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya mengambil tindakan ke atas DAP termasuk menggantung atau membatalkan pendaftaran parti pembangkang berkenaan.

Blackforest said...

Ini ekoran DAP mendakwa berlaku masalah teknikal pada pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) 15 Disember lalu yang hanya diumumkan tiga minggu selepas itu. "Kami di akar umbi mahukan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berhenti berdolak-dalih dalam isu pengiraan undi. Kami mahukan pemilihan semula CEC," jelasnya.

Blackforest said...

Lee menambah beliau tidak menolak kemungkinan akan keluar dari DAP jika tidak ada tindakan diambil oleh pemimpin parti pembangkang berkenaan berhubung rasa tidak puas hati di kalangan akar umbi selepas pemilihan CEC DAP.

mantera said...

DAP takka menang di Sabah

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels