23 March 2013

Kehangatan Politik Kota Belud semakin reda?

Suasana kehangatan politik Kota Belud tidak seperti lima tahun lalu. Kini, suasana itu sepertinya sudah reda, seolah-olah tiada lagi isu hangat yang diperbincangkan atau diutarakan, samada bersifat tomahan, kritikan, cadangan dan semacamnya.

Apa kah kecenderungan mereka yang suka berpolitik "kedai kopi"  sudah jenuh atau semua permasalahan yang dibangkitkan sudah terselesaikan ataukah sudah bosan membincangkannya?

Jika keadaan ini berlaku, maka pendekatan DS Najib memperlambat PRU-13 dan membiarkan penggal lima tahun sampai benar-benar sampai ke penghujungnya, sangat berbaloi, kerana tindakan itu mengurangkan politiking.

Di Kota Belud juga, terlihat bahawa semua pemimpin dimana sebelum ini "sering" diperlagakan antara satu sama lain, ternyata semua sangkaan itu tidak benar, kerana sejak awal tahun ini, semua pemimpin terbabit sering terlihat bersama-sama dan telah merapatkan barisan.

Kota Belud adalah satu kawasan yang dianggap sebagai simpanan tetap Bn. Kota Belud  salah satu kawasan yang mempunyai satu kawasan Parlimen dan tiga kawasan Dun. 

Secara tradisi, Parlimen ditandingi Umno termasuk Dun Tempasuk dan Usukan, sementara kedamaian oleh parti PBS.

Pada PRU-12 lalu, Parlimen Kota Belud dimenangi oleh Datuk Rahman Dahalan, Dun Usukan- Datuk Japlin Akim, Dun Tempasuk-Datuk Musbah Jamli.

Pada PRU-13, ada kemunginan status quo tahun 2008 dipertahankan oleh pucuk pimpinan, namun dalam percaturan politik, semuanya berkemungkinan.

Kawasan Dun Tempasuk misalnya, sejak tahun 1994, sering bertukar calon, sementara Usukan bertukar pada tahun 2004 dan Parlimen bertukar pada tahun 2008.

Inilah satu kelebihan kawasan Kota Belud, terdapat ramainya pemimpin, sehingga sukar bagi pucuk pimpinan mengambil keputusan. Berlainan dengan kawasan-kawasan lain, di mana berlaku "god father politics' namun Kota Belud, lebih gemar melahirkan pemimpin-pemimpin pelapis.

Disebabkan semangat berpasukan yang terjalin antara para pemimpin Kota Belud, maka pada sebarang pilihanraya termasuk PRU-13, siapapun yang dipilih mewakili Bn, pastinya disokong kerana Bn Kota Belud enggan mencatitkan rekod bahawa kawasan itu bukan simpanan tetap Bn.

Tiada yang dapat membaca fikiran Ds Najib siapa yang bakal diturunkan di semua kawasan Kota belud, kecuali calon PBS kemungkinan Besar parti PBS masih memberi kepercayaan kepada Datuk Herbert Timbon Lagadan mempertahankan Dun Kedamaian. 

Sementera bagi calon-calon Umno, kita hanya mampu meneka, walaupun di atas kertas, kita mengenal siapa-siapa yang bakal diturunkan.

Meskipun senarai calon-calon Umno sudah dimuktamadkan sepertimana kenyataan Setiausaha Agung Umno, tetapi masih berlaku perubahan di saat-saat akhir.

Kalau berasaskan sikap akar umbi kota Belud, calon-calon yang dikira sangat "winnable Candidate" bagi kawasan Kota Belud di Dun Usukan adalah Datuk Dr Salleh Tun said, di Dun Tempasuk Datuk Haji Musbah Jamli dan di P169 Kota Belud-Datuk Rahman Dahalan.

Datuk Japlin Akim yang merupakan ADUN dua penggal bagi Dun Usukan, dipercayaai memberi laluan kepada Ketua Bahagian Umno Kota Belud bertanding di kawasan tersebut; setidaknya ini yang kita dengar sejak lima tahun yang lalu. Walau bagaimanapun kepastiannya, hanya pemimpin yang terbabit yang mengetahui dan tahu jawapannya.

Apapun, keputusan pemilihan calon tergantung kepada pucuk pimpinan parti. Bagi kita sebagai penyokong Bn siapapun calon Bn, kita perlu menyokong tanpa berbelah bahagi, kerana hanya melalui kemenangan calon-calon Bn sahaja menjamin kelangsungan kerajaan Bn.

Kita tidak sanggup memberi peluang kepada calon-calon daripada parti lain selain Bn, kerana pengalaman mengurus negara merupakan penting dalam memajukan negara. Cuba-cuba menukar, bukan sahaja tidak diketahui kejayaannya, takut-takut pula seperti tikus membaiki labu.

Rakyat Sabah perlu mengambil iktibar, bahawa perubahan kerajaan tahun 1985-1994, bukan sahaja Sabah menjadi mundur, malah kadar kemiskinan terus meningkat. 

Rakyat Sabah tidak perlu lagi kembali ke zaman-zaman gelap itu. Fikir-fikirkan lah.

26 comments:

Unknown said...

Kawasan Kota belud sememangnya adalah wilayah Bn, kerana di kawasan ini lah lahirnya anak sulung Umno Sabah.

Unknown said...

Bn masih merupakan pembangkang di peringkat negeri, Bn mampu mempertahankan Dun Usukuan dan merampas Dun Tempasuk dan Parlimen Kota Belud daripada PBS, sementara Dun Kedamaian masih dimenangi parti PBS.

Unknown said...

ampaknya Bn Kota Belud dijangka akan terus memenangi semua kawasan, kerana adalah dijangka calon-calon Bn tidak akan mengalamai kesukaran mengalahkan calon-calon pembangkang.

Unknown said...

Bn terdapatnya ramai nama-nama besar dalam politik, namun di pihak pembangkang, tidakpun terdapat calon-calon yang boleh menggugat mereka.

Unknown said...

Tidak dinafikan, calon-calon pembangkang akan mendapat undi, namun undi itu tidak mencukupi untuk mencapai kemenangan.

Unknown said...

Penilaian rakyat Kota belud semasa membuang undi nanti adalah kemajuan yang dikecapi rakyat hasil sumbangan kerajaan Bn.

Unknown said...

Sumbangan kerajaan itu sudah tentu melalui perjuangan dan perancangan para pemimpin. Tiada akan ada kemajuan, tanpa seseorang yang memperjuang dan merancangnya.

Unknown said...

Keistimewaan para pemimpin Bn adalah bergerak bersama secara kolektif, saling melengkapi antara satu sama lain untuk memajukan rakyat.

Unknown said...

Pada PRU-13 akan datang, adalah dijangka semua pemimpin peringkat Kota Belud akan berkerja sebagai satu pasukan untuk mememangkan siapa sahaja calon-calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan mewakili Bn; kerana yang penting adalah kemenangan parti.

Unknown said...

Kota Belud tersenerai dalam kawasan boleh dikategorikan kawasan selamat, kecuali Kedamaian, BN dikatakan walaupun menang, akan tetapi mengalami kemerosotan jumlah majoriti.

Unknown said...

Kawasan Kedamaian- pada PRU-12, walaupun calon Bn daripada PBS menang dengan majoriti 2,473 namun kemenangan itu kerana berdepan dengan tiga penjuru. Undi yang diperolehi calon BN berjumlah 5,382 berbanding undi pembangkang 4,638 kalau dijumlahkan.

Unknown said...

Jika pada PRU-13, berlaku juga pertembungan lebih 2 penjuru, besar kemungkinan, calon Bn akan juga menang walaupun dengan majoriti yang berkurangan. Akan tetapi, jika pertembungan hanya antara BN dan Pembangkang, calon Bn boleh menang akan tetapi dengan majoriti yang amat tipis.

Unknown said...

Usukan dan Tempasuk, dijangka bukan sahaja mampu dipertahankan, akan tetapi akan berlaku pertambahan majoriti. Pada PRU-12, majoriti calon Bn Usukan sebanyak 4,023 undi, manakala Tempasuk 2,432 undi.

Unknown said...

Trend pengundian Kawasan Parlimen, hanya pada PRU-12 tidak mengikut trend pengundian kawasan DUN, tetapi pada kebiasaannya, kecenderungan pengundian kawasan DUN juga berlaku pada kawasan Parlimen.

Unknown said...

Pada PRU-13, tradisi kecenderungan pengundian kawasan Dun akan sekali lagi berlaku, atas sebab itu, Parlimen Kota Belud, masih selamat dan mampu dipertahankan.

Blackforest said...

Perdana Menteri optimis bahawa Kota Belud, yang merupakan tempat kelahiran Umno di Sabah menerusi pilihan raya kecil pada tahun 1991, akan terus menjadi kubu kuat BN.

Blackforest said...

Beliau juga yakin tiga kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Usukan, Tempasuk dan Kadamaian dalam Parlimen Kota Belud akan kekal dalam genggaman BN pada pilihan raya umum akan datang.

Blackforest said...

Pada pilihan raya lepas, semua kerusi di kawasan itu dimenangi calon BN.Najib juga berkata Umno, yang berasal dari Semenanjung, berjaya memecah tembok kesukuan di negeri ini.

Blackforest said...

"Sebenarnya, sejarah Umno Sabah bermula dari Kota Belud selepas parti itu dibawa masuk oleh Tun Datu Mustapha (Datu Harun) (bekas presiden Usno) yang mana beliau sendiri membubarkan Usno.

Blackforest said...

"Oleh itu, kita harus bersatu-padu di bawah panji-panji Umno dan BN supaya Sabah boleh menjadi kubu kuat BN," katanya.

Blackforest said...

Najib berkata walaupun rakyat Sabah mempunyai perbezaan dari segi budaya, namun ia tidak seharusnya menjadi halangan kepada mereka untuk bersatu-padu dalam arena politik demi masa depan rakyat yang lebih baik.

Blackforest said...

"Kalau zaman penjajahan dahulu, mereka mendapat menguasai kita selama 400 tahun kerana mereka mengamalkan dasar pecah dan perintah.

"Kita tahu kalau kita berpecah dalam kelompok yang kecil dan membiarkan sentimen kesukuan mengatasi pertimbangan yang lebih bersifat nasional dan rasional, maka kita akan menjadi masyarakat yang lemah," katanya.

Blackforest said...

Perdana Menteri turut mengingatkan rakyat Sabah supaya tidak terpengaruh dengan hasutan dan janji manis pembangkang kerana 'masa depan rakyat bukan di tangan pembangkang, tetapi di tangan kerajaan BN'.

Blackforest said...

"Hanya kerajaan BN boleh mencorakkan masa depan ke arah yang lebih maju, dan bukan pihak pembangkang yang tidak berupaya di samping penuh dengan banyak pembohongan. "Sebagai contoh, Menteri Besar Selangor sebut manifesto (parti itu) bukan satu perjanjian yang perlu ditunaikan. Kita dalam BN sebut manifesto itu sebagai satu perjanjian untuk kita tepati. Sebab itu, mereka kritik hebat apabila kita pilih tema Hari Merdeka Janji ditepati," katanya.

Blackforest said...

"Kita akan teruskan perjuangan sehingga ke peti undi sampai kerajaan diterajui BN. Malaysia sudah ada Perdana Menteri yang bagus dan banyak program serta dasar dilakukan," katanya.

mantera said...

KB adalah kubu kuat UMNO dan politik di KB pasti menjadi perhatian

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels