17 May 2013

Barisan Kabinet Baru: Utamakan Ketelusan Pentadbiran- Najib

Putrajaya: Datuk Seri Najib Razak menekankan kepentingan ketelusan dalam pentadbiran kerajaan kerana ia adalah aspek yang dieksploitasi dan digembar-gembur oleh pembangkang tanpa mengambil kira sama ada ia bersandarkan kepada realiti atau persepsi.

Perdana Menteri berkata, ketika ini pembangkang hanya tahu bagaimana persepsi boleh mengatasi realiti. 

Katanya, dalam mesyuarat khas jemaah menteri yang dipengerusikannya buat kali pertama semalam selepas PRU-13, beliau meminta supaya anggota pentadbiran kerajaan memberikan maklum balas dengan lebih pantas dan lebih tegas terhadap sebarang isu yang dibangkitkan pembangkang. 

Perdana Menteri berkata, beliau turut menegaskan betapa penting bagi anggota Kabinet untuk bersedia menghadapi penilaian awam yang lebih tinggi lagi.

Maknanya, jangkaan atau harapan rakyat terhadap tingkah laku kita, sama ada pada diri kita mahupun anggota keluarga, adalah begitu tinggi. Oleh itu, kita mesti menjaga apa saja yang kita lakukan, pembawaan dan cara hidup supaya rakyat tidak mempersoalkan apa saja membabitkan integriti kita sebagai anggota pentadbiran, katanya.

Mesyuarat pertama Kabinet

Pagi semalam, anggota Kabinet baru mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, di Istana Negara. 
Mesyuarat pertama Kabinet baru hari ini berlangsung selama hampir dua jam, sejurus mereka bergambar beramai-ramai di Aras Satu bangunan Putra Perdana, pada jam 3.15 petang.

Merujuk kepada anggota Kabinet baru Najib berkata, beliau melihat mereka sememangnya bersemangat tinggi dan bersedia memikul tanggungjawab sebagai satu pasukan.

Insya-Allah kita akan melakukan yang terbaik untuk memenuhi dan melaksanakan segala amanah dan janji kita kepada rakyat, katanya.

Perdana Menteri berkata, dalam mesyuarat pertama itu beliau juga menegaskan pentingnya untuk menjunjung amanah dan kepercayaan diberikan rakyat kepada kerajaan.

Katanya, beliau menegaskan bahawa apa saja disuarakan anggota Kabinet, ia bukan atas nama individu, sebaliknya mewakili kerajaan dan adalah pendirian bersama.

Apa saja yang kita lakukan, ia mesti atas nama sebuah kerajaan, bukannya kita bergerak dalam compartment (ruang atau bahagian yang terpisah daripada bahagian lain) atau silo masing-masing. Saya tegaskan penting kita menjadi satu pasukan yang jitu, kukuh dan selaras tindakan kita, sama ada dalam negara mahupun di luar negara, sama ada kita berbicara dengan media tempatan mahupun media antarabangsa, katanya.

Beliau meminta setiap anggota Kabinet memberi nilai tambah kepada perkhidmatan dengan bukan hanya menjaga kementerian atau kawasan masing-masing, sebaliknya sanggup melakukan lebih daripada itu termasuk menyertai forum bersama dengan rakyat, sama ada penyertaan secara bersemuka, mahupun menerusi media sosial atau tradisional.

16 May 2013

146,500 perwakilan Umno buat pemilihan akhir tahun ini

PUTRAJAYA - Seramai 146,500 perwakilan Umno daripada 161 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pimpinan parti pada akhir tahun ini selaras dengan pindaan perlembagaan parti pada 2009.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menyifatkan pemilihan kali ini lebih demokratik kerana pemilihan pemimpin tidak terletak di tangan sekumpulan perwakilan seperti sebelumnya. 

Justeru beliau yakin pemilihan Umno tidak akan menimbulkan sebarang kekecohan seperti yang berlaku dalam parti pakatan rakyat. 

"Lantai demokrasi Umno akan terbuka dengan lebih meluas apabila tiada lagi fasal dalam perlembagaan yang selama ini tidak memihak dan tidak memberikan akses kepada golongan tertentu untuk terlibat secara langsung dalam pemilihan parti. 

"Dahulu kita hanya memperuntukkan 2,500 perwakilan sahaja untuk menentukan pucuk kepimpinan parti, namun kali ini ia ditambah menjadi 146,500 yang mana pemilihan bermula di peringkat cawangan terlebih dahulu," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. 

Perhimpunan Agung Khas Umno pada Oktober 2009 meluluskan pindaan perlembagaan iaitu 146,500 perwakilan bakal menentukan kepemimpinan Umno dengan menghapuskan sistem kuota, persidangan mesyuarat perwakilan secara serentak dan juga menambah bilangan ahli jawatankuasa lantikan Wanita. 

Selain itu Umno juga meluluskan untuk menjadikan yuran keahlian sebagai yuran seumur hidup, memberi kuasa kepada Pemuda, Wanita dan Puteri untuk meluluskan keahlian baru Umno dan mengiktiraf sumbangan setiausaha bahagian. 

Ahmad berkata pindaan tersebut adalah sebahagian daripada proses transformasi parti bagi membolehkan Umno lebih demokratik, telus dan inklusif, bagaimanapun cara pemilihan dan pengundian masih dalam proses penambahbaikan. 

Mengulas lanjut mengenai mesyuarat dan pemilihan di peringkat cawangan Umno yang dijangka dibuat dalam masa terdekat, Ahmad berkata, semua pihak perlu mengambil iktibar dalam apa yang terjadi semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). 

"Kita tidak mahu lagi berlakunya perpecahan di kalangan ahli Umno, apa yang penting ialah parti kembali memenangi hati rakyat dan sekali gus dapat menguatkan jentera bagi menghadapi cabaran pada masa akan datang," katanya. - Bernama

15 May 2013

Julung Kalinya Wakil Rakyat Kota Belud dilantik Menteri Penuh Kabinet Persekutuan

Kota Belud, kata orang tempatan adalah kilang pemimpin; penyebabnya, daripada semua jawatan politik di Sabah, pernah dijawat oleh pemimpin politik yang mewakili KotaBelud.

Daripada jawatan Tuan Yang Terutama sehingga ke jawatan Ketua Menteri. Namun pada kali ini jawatan Menteri Penuh diberikan kepada wakil rakyat yang mewakili Kota Belud, walaupun sebelum ini ada seorang pemimpin Kota Belud pernah dilantik sebagai Menteri Penuh, iaitu Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia (Sekarang ini sebagai Speaker Dewan Rakyat), namun bukan sebagai wakil rakyat, melainkan sebagai senator.

Kota Belud adalah anak sulung Umno di Sabah, apabila Parti Terbesar di negara itu mengembangkan sayapnya ke Sabah pada tahun 1991.

Perlantikan Datuk Rahman Dahalan sebagai Menteri Kesejahteraan bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merupakan penghormatan kepada rakyat Kota belud, yang sememangnya dari dahulu adalah penyokong tegar barisan nasional, walaupun salah satu DUN terlepas ke tangan parti PKR pada PRU-13 yang lalu.

Kota Belud yang sudah dikenal pasti sebagai kawasan baru Jelapang Padi negara, sudah tentunya berbangga dengan perlantikan wakil rakyatnya. Melalui perlantikan itu, sudah tentunya Pekan Kota Belud akan berubah wajah, daripada pekan kecil kepada pekan besar, kerana keadaan memerlukan.

Bagi yang pernah melawat Kota Belud, kawasan pekan itu, sudah begitu sesak, bukan sahaja sesak dengan pembangunan kedai, akan tetapi sesak dengan kenderaan. Saban hari, masalah utama penduduk pekan adalah kesesakan lalu lintas, kerana kecilnya kawasan pekan.

Di keranakan Menteri yang mengurus Bandar kebetulan adalah wakil rakyat Kota Belud, sudah tentunya satu Master Plan bagi mengwujudkan Pekan Baru Kota Belud akan terealisasi, setidak-tidaknya dalam tempoh lima tahun.

Satu Pekan Kota Belud yang seronok di lawati, seronok untuk didiami, kerana keadaan yang mesra penghuni; selain itu mesra alam sekitar, kerana ditumbuhi oleh pemandangan cantik seperti taman-taman bunga dan taman-taman permainan.

Satu harapan besar daripada Menteri, mudah-mudahan pandangan ini diambilkira.

14 May 2013

Dendam tak sudah Anwar

PRU-13 memperbanyak kerusi Parlimen DAP di dewan rakyat, daripada 28 kepada 38. Manakala PKR yang terdiri semua bangsa di Malaysia mendapat 30 berkurang satu, manakala PAS yang mendapat 21 turun 2 berbanding kerusi sebelum Parlimen dibubar pada 3 April.

Pada PRU itu juga menyaksikan bahawa BN disokong oleh 63 peratus kaum melayu/bumiputera yang kebanyaknya tinggal di luar bandar, kecuali Johor Baharu dan Pekan. Di sebabkan sokongan kaum cina 10 peratus dan kaum india 43 peratus, maka BN mendapat 133 kerusi berbanding pakatan rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim mendapat 89 kerusi parlimen, meskipun mendapat sokongan 90 peratus kaum cina dan 57 peratus kaum india.

Pada PRU itu juga menyaksikan bahawa Pakatan mendapat undi popular melepasi 50 peratus berbanding BN 48 peratus, kerana pengaruh undi kawasan bandar yang mempunyai pengundi 4 kali ganda berbanding pengundi kawasan luar bandar.

Kini Anwar menjelajah bandar-bandar utama dengan menjajahkan putar belitnya, kononnya dia menang PRU-13, dan kemenangan telah dirampas.

Anwar seperti caption di atas, kerana pura-pura tidak tahu peraturan, maka melolong sini melolong sana, kononnya dialah pemenang.

Sabah akan laksana enam strategi Transformasi Pertanian

Negeri Sabah akan melaksanakan enam strategi untuk mentransformasi sektor pertanian negeri ke tahap yang baik menjelang 2020.

Timbalan Ketua Menteri serta Menteri Pertanian dan industri Makanan Negrei Datuk Yahya Hussien berkata strategi itu termasuk penambahan sumbangan daripada sumber baharu sektor pertanian dengan nilai tambah yang tinggi dan penggunaan teknologi moden secara meluas dan penggalakan inovasi dalam sektor pertanian.

Katanya ia juga meliputi penyertaan sektor swasta yang lebih giat dalam sektor pertanian, pembangunan ushawan pertanian dan peningkatan pendapatan golongan sasar dari kumpulan miskin tegar, miskin dan berpendapatan rendah sektor pertanian.

Yahya berkata satu daripada fokus utama kementerian ialah menyediakan infrastruktur pengairan dan saliran yang lengkap dan cekap, terutamanya dalam melonjakkan pengeluaran padi di Sabah.

Dalam hubungan ini katanya kementerian itu akan melaksanakan program Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA), Projek Permulaan Ekonomi (EPP) 11 di Kota Belud dengan kos RM305 juta.

Sasaran utama projek itu ialah menanam padi secara komersial di atas tanah seluas 4,500 hektar yang mampu menghasilkan purata minimum 5.5 tan metrik sehektar menjelang 2018.

Sebagai rekod, sumbangan 12,200 hektar tanah sawah di Kota Belud kini adalah sebanyak 40,300 tan metrik padi. Menjelang 2020, sejumlah 5,000 hektar tanah akan dibangunkan dengan kos RM340 juta untuk menanam padi dua kali setahun yang dijangka dapat meningkatkan hasil daripada 5 tan metrik sehektar ke 8.5 metrik setiap hektar.

Yahya berkata matalamat utama kementerian itu adalah untuk mencapai kecukupan 60 peratus kegunaan dalam negeri.

Visi Datuk Tawfik sebagai Menteri Belia dan Sukan

Datuk Tawfik bersama-sama Staffnya
Sebaik mengangkat sumpah sebagai Menteri Belia dan Sukan Negeri, Adun Apas itu menyuarakan salah satu visinya, iaitu mendekati seramai mungkin golongan belia, samada di luar bandar mahupun bandar melalui pendaftaran persatuan-persatuan belia.

Melalui pendaftaran persatuan-persatuan, maka mudah bagi kementerian merangka bantuan dan program yang perlu bagi keperluan para belia.

Sesuai dengan manifesto tambahan Bn pada PRU-13 lalu, yang membawa tanjuk "Sasaran Terhadap Pembangunan Belia dan Sukan" antaranya- menyediakan lebih banyak kemudahan latihan untuk para belia bagi melengkapkan mereka menjadi aset penting dalam pembangunan negara; memperkukuhkan kejurulatihan dan kemahiran pengadilan, menyediakan kemudahan-kemudahan sukan bagi melahirkan generasi atlit yang mengharumkan negeri dan negara; serta memperluaskan program-program yang menggalakkan gaya hidup sihat.

Janji-janji Bn itu kini berada dipundak Menteri Belia dan Sukan yang baru; dan perlu berjaya dalam lima tahun.

Semalam Datuk Tawfik telah memulakan tugas barunya. 

13 May 2013

Prespiktif Kabinet Najib- Dijangka Diumumkan Esok

Ringkasan- Kabinet Najib bakal diisi beberapa Senator- Antaranya Datuk Ghani Othman; Datuk Ali Rustam dan Datuk Liew Vui Keong.

Barisan Kabinet yang dijangka diumumkan esok dan mengangkat sumpah pada rabu bakal menyaksikan gabungan muka baru dan berpengalaman ke arah merealisasikan program transformasi Datuk Seri Najib Razak dalam kerajaan yang dicetuskan beliau sejak empat tahun lalu.

Perdana Menteri yang mendapat mandat baru, boleh membentuk kabinetnya daripada 133 Ahli Parlimen BN yang menang pada pilihan raya umum Ahad lalu, termasuk dari Sabah dan Sarawak atau memilih yang kalah dengan melantik mereka sebagai senator. 

Berdasarkan amalan sebelum ini, Perdana Menteri memilih wakil daripada 14 parti komponen BN untuk jawatan Menteri dan Timbalan Menteri. Namun, kali ini kemungkinan tiada wakil MCA dan GERAKAN yang memutuskan tidak mahu wakil parti dipilih berikutan persembahan buruk dalam PRU-13.

Dalam pilihan raya itu, UMNO menang 88 kerusi, MCA tujuh, MIC empat dan GERAKAN satu kerusi. Di Sarawak, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menang 14 kerusi; Parti Rakyat Sarawak (PRS) enam; Parti Tindakan Demokratik Sarawak (SPDP) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) masing-masing empat; UPKO tiga, manakala, PBRS dan SUPP masing-masing satu.

Bagaimanapun, ramai berpendapat permintaan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, supaya parti itu tidak diberi jawatan dalam Kabinet mungkin tidak menjadi kenyataan untuk menggambarkan suasana harmoni dalam pentadbiran kerajaan. 

Barisan Kabinet dijangka menampilkan muka baru kerana ramai yang digugurkan dan penyandang menteri serta timbalan kalah ketika pilihan raya, menyebabkan beberapa portfolio perlu diisi dengan muka baru jika penyandang tidak dilantik sebagai senator.

Antaranya, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang menawarkan diri berkhidmat sebagai menteri, selain Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling), Datuk Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud) dan P Kamalanathan (Hulu Selangor)

Selain itu, berikutan kekosongan, beberapa bekas menteri seperti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis kemungkinan dilantik kali ini. Calon lain ialah bekas Setiausaha Parlimen, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Juga, ketiadaan ramai Ahli Parlimen wanita memungkinkan Datuk Halimah Mohamed Sadique (Tenggara) dan Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort) yang menewaskan Datuk Lajim Ukin yang meletak jawatan dan keluar BN tahun lalu dan Datuk Nancy Shukri (Batang Lupar) dilantik sebagai Menteri atau timbalan.

Bagaimanapun, kegagalan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang masing-masing tewas di Bukit Katil dan Gelang Patah, dijangka dilantik sebagai Menteri.

Kementerian baru

Berdasarkan aku janji BN dalam manifestonya, Najib juga dijangka mewujudkan kementerian baru, seiring dengan anjakan demografi bandar dan menangani cabaran sosial ekonomi bandar. Bagi tujuan itu, beliau dikatakan akan merombak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Namun, ada yang menjangka Najib akan menambah kementerian daripada 25 ketika ini kerana ada cadangan sebelum ini supaya beberapa kementerian diasingkan untuk penyesuaian pentadbiran, sekali gus menyebabkan ada penambahan portfolio baru.

Selain itu, Najib dijangka mengekalkan kabinet tanpa Setiausaha Parlimen bagi memastikan BN mempunyai ramai Ahli Parlimen penyokong kerajaan di Dewan Rakyat.

Senarai kali ini juga bakal menyaksikan ketiadaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, Datuk Seri Kong Cho Ha, Datuk Seri Chor Chee Heung, Tan Sri Bernard Dompok dan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang tewas dan tidak bertanding semula kecuali mereka dilantik sebagai senator.

Timbalan Menteri yang tewas pula ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Dr Mohd Puad Zarkashi, Datuk S K Devamany, Datuk Liew Vui Keong, Datuk Tan Lian Hoe dan A Kohilan Pillay. Namun, bagi mengisi kouta kaum cina daripada Sabah, Datuk Liew Vui Keong akan dilantik sebagai senator untuk membolehkan menyertai jemaah menteri.

12 May 2013

Pembangunan Kota Belud kini di Pundak Datuk Musbah

 
Kota Belud yang mempunyai satu kawasan Parlimen dan tiga Dewan Undangan Negeri dan mempunyai penduduk seramai 98 ribu orang dengan pengundi berdaftar 54 ribu, untuk lima tahun akan datang pembangunannya terletak di pundak Datuk Musbah yang dilantik sebagai Pembantu Menteri Pertanian dan Industri makanan negeri untuk penggal kedua.

Datuk Musbah akan mendapat bantuan daripada ADUN Usukan Datuk Dr Salleh Tun Said yang juga Speaker Dun Sabah, dan juga daripada MP Kota Belud Datuk Rahman Dahalan, yang ada kemungkinan menyertai kabinet Persekutuan yang akan dibentuk untuk meneruskan pembangunan kawasan Kota Belud.

Kota Belud merupakan kawasan Jelapang Padi negara yang baru, selain kawasan-kawasan pertanian yang lain seperti Agropilitan dan penanaman getah serta program-program perikanan yang berskala besar, selain menjadi Pusat Minyak dan Gas negeri.

Sebelum pembubaran DUN pada 3 April untuk membolehkan PRU-13, Kota Belud diwakili tiga pembantu Menteri dalam Jemaah Menteri sabah; namun salah seorang daripada pembantu menteri itu tidak bertanding dalam PRU, manakala seorang lagi gagal mempertahankan DUNnya.

Walaupun Kota Belud hanya diwakili oleh seorang dalam jemaah menteri, namun hubungan baik yang lama terjalin antara Ketua Menteri Sabah sebagai Ketua Kerajaan akan membantu Datuk Musbah membangun Kota Belud.

Datuk Musbah tidak akan keseorangan membangun Kota Belud. Kapasiti Tan Sri Pandikar sebagai Speaker Dewan Rakyat juga akan membawa impak kepada pembangunan kawasan itu, apatah lagi untuk lima tahun akan datang, akan dibantu oleh ADUN Usukan yang baru sahaja dipilih Datuk Salleh selepas sepenggal tidak menyertai pilihanraya.

Pembangunan Kota Belud akan berterusan, kerana terpilihnya kembali Datuk Rahman sebagai MP. Dengan terpilihnya beliau, maka sumber kewangan daripada pusat akan dijangka mengalir ke Kota Belud, seperti mana berlaku pada penggal lepas, di mana lebih RM1bilion ringgit wang Kerajaan Persekutuan telah mengalir ke Kota Belud.

Suatu kawasan akan mempercepat pembangunannya kalau terwujud peluang-peluang pekerjaan mahupun perniagaan. Inilah fokus utama para wakil rakyat Kota Belud seperti mana tercermin selama 14 hari kempen PRU-13.

Harapan Penulis sebagai pengundi dan anak watan Kota Belud, pada PRU-14 nanti, semua janji-janji selama kempen PRU-13 akan menjadi kenyataan, agar mudah untuk berkempen pada masa itu. InsyaAllah.

11 May 2013

Jemaah Menteri Sabah- Berasaskan komposisi Kaum bukan sokongan undi

Datuk Musa Aman sebagai Ketua Menteri sabah yang mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap perlantikan jemaah menteri yang diterajuinya.

Jemaah Menteri Sabah yang mengangkat sumpah petang semalam di Istana Negeri di depan TYT Sabah mencerminkan bahawa jumlah anggota jemaah menteri berasaskan komposisi kaum bukan berasaskan atas sokongan undi. Kenapa dikatakan demikian? PBS adalah parti yang mengalami kekalahan teruk semasa PRU-13, di mana 7 kawasan DUN dan satu Parlimen yang ditandinginya mengalami kekalahan, pun demikian enam daripada tujuh wakil rakyatnya dilantik menganggotai jemaah menteri.

Demikian juga kaum cina, daripada 13 kawasan yang diwakili kaum cina samada parlimen mahupun dun, 6 dimenangi Bn dan 7 dimenangi pembangkang. Namun, dalam jemaah menteri Sabah, kaum itu diwakili dua menteri penuh dan dua pembantu menteri.

Daripada 29 anggota jemaah menteri Sabah, 14 merupakan daripada kaum bumiputera islam lain, manakala 11 daripada KDM dan 4 kaum cina.

Umno yang merupakan tulang belakang BN Sabah menang semua kawasan yang ditandingi kecuali DUN Klias.

Selepas PRU-13, Umno mempunyai 30 kerusi Dun, manakala PBS 7, LDP 3, Gerakan 2, PBRS 1, 7 Upko. Komposisi Dun Sabah kini 48 BN, 7 PKR, 4 DAP dan 1 STAR.

Di antara komponen parti BN Sabah yang mendapat jumlah teramai dalam jemaah menteri Sabah berasaskan jumlah wakil rakyat adalah PBS, iaitu 85.71 peratus kerana 6 dari 7 ADUN parti itu menyertai jemaah menteri. 

Melihat kepada komen-komen di Facebook mahupun di blog-blog mahupun para individu samada daripada penyokong Bn mahpun Pakatan Rakyat, rata-rata mereka menyatakan terkilan, kerana Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah- Datuk Dr Salleh Tun Said tidak terpilih menyertai kabinet.

Selain itu, bagi mereka yang berasal daripada Kota Belud juga terkilan, kerana pada kali ini, Kota Belud hanya diwakili seorang Pembantu Menteri melalui ADUN Tempasuk- Datuk Musbah Jamli.

Sebelum DUN dibubarkan, Kota Belud diwakili tiga pembantu Menteri- Datuk Musbah Jamli, Datuk Japlin Akim dan Datuk Herbert Timbon Lagadan. Datuk Japlin tidak bertanding pada PRU-13, manakala Timbon gagal mempertahankan kawasan DUN Kedamaian.

Jemaah Menteri Sabah pada kali ini, dimonopoli oleh wakil-wakil rakyat daripada Pantai Timur Sabah 11 wakil rakyat berasal daripada kawasan itu, selebihnya daripada pendalaman dan Pantai Barat.

10 May 2013

Kabinet Sabah- Lima muka baru

KOTA KINABALU: Lima muka baru dilantik sebagai anggota Jemaah Menteri Sabah yang menerima watikah pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri di sini hari ini.

Mereka ialah Datuk Teo Chee Kang, Datuk Radin Malleh, Datuk Siringan Gubat, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mendahului istiadat penyerahan watikah pelantikan dan angkat sumpah, diikuti Datuk Yahya Hussin dan Datuk Raymond Tan Shu Kiah.

Anggota Jemaah Menteri yang dikekalkan ialah Datuk Hajiji Mohd Noor dan Datuk Masidi Manjun.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Juhar disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi P. Ravinthran.

Turun mengangkat sumpah ialah barisan pembantu menteri seramai 18 orang.

Sembilan muka baharu dilantik sebagai pembantu menteri ialah Datuk Arifin Mohd Arif, Masiung Banah, Datuk Ramlee Marahaban, Datuk Zakaria Idris, Datuk Joachim Gunsalam, Datuk Hamisa Samad, Datuk Nilwan Kabang, Datuk Kamarlin Ombi dan Anita Baranting.

Pembantu menteri yang dikekalkan ialah Datuk Edward Yong Oui Fah, Datuk Ellron Angin, Datuk Michael Asang, Datuk Bobbey Ahfang Suan, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, Datuk Sirin Karno, Datuk Musbah Jamli, Datuk Bolkiah Ismail dan Pang Yuk Ming.

BN Sabah melakar kejayaan dalam pilihan raya umum ke-13 yang menyaksikan BN mengekalkan kuasa dengan majoriti dua pertiga, memperoleh 48 daripada 60 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri manakala pembangkang memenangi 12 kerusi berbanding tiga pada 2008.

Berikutan itu Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengangkat sumpah jawatan buat penggal keempat Isnin lepas.

Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Yang Dipertua Negeri Toh Puan NorlidahRMJasnidan Musa serta isteri Datin Seri Faridah Tusin.

Ketua Menteri,Datuk Seri Musa Aman( menteri kewangan)
Timbalan Ketua Menteri,
1. Tan Sri Joseph Pairin Kitingan,
2. Datuk Yahya Hussin 
3. Datuk Raymond Tan Shu Kiah.

*Datuk Ariffin Arif (Pembantu Menteri Tugas-Tugas Khas)
Datuk Edward Yong Oui Fah(Pembantu Menteri Tugas-Tugas Khas)
Datuk Ellron Angin (Pembantu Menteri Tugas-Tugas Khas)

*Musa aman( menteri kewangan)
Datuk Ramlee Marahaban (Pembantu Menteri Kewangan)
Datuk Michael Asang (Pembantu Menteri Kewangan)

*Pairin(Menteri Pembangunan Infrastruktur)
Datuk Bobbey Suan(Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur)
Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar (Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur)

*Yanya (Menteri Pertanian dan Industri Makanan) 
Datuk Sairin Karno (Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan)
Datuk Musbah Jamli (Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan)

*Raymon Tan(Menteri Pembangunan Perindustrian.)
Datuk Bolkiah Ismail (Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian)

*Datuk Jainab Ahmad (Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna)
Anita Baranting (Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna)

*Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan (Menteri Belia dan Sukan)
Pembantu menteri = Masiung Banah (Pembantu Menteri Belia dan Sukan),
=Datuk Zakaria Edris (Pembantu Menteri Belia dan Sukan),

*Datuk Siringan Gubat (Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat)
Datuk Hamisa Samad (Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat)

*Datuk Radin Malleh (Menteri Pembangunan Luar Bandar)
Datuk Nilwan Kabang (Pembantu Menteri Luar Bandar)

*Datuk Hajiji Mohd Noor (Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan),
Datuk Dr Joachim Gunsalam (Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan)

*Datuk Masidi Manjun (Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar).
Datuk Kamarlin Ombi (Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar).
Datuk Pang Nyuk Ming (Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar)

* Datuk Teo Chee Kang (Menteri Tugas-Tugas Khas)

Kabinet Sabah: Datuk Salleh Tidak Terpilih- Datuk Tawfik Titingan Menteri penuh- Datuk Nasir Sakaran Digugurkan

Datuk Dr Salleh Tun Said- Tidak Tersenarai
Datuk Tawfik-Menteri Penuh

Datuk Musbah- Kekal-Pembantu Menteri
  
Datuk Hajiji-Kekal-Menteri Penuh
Kabinet negeri Sabah sedang mengangkat sumpah di Istana Negeri di depan TYT Tun Juhar Mahiruddin.

Antara wakil rakyat yang dilantik sebagai menteri penuh adalah Datuk Tawfik Abu Bakar Titingan ADUN N56 Apas, sementara Datuk Raymond Tan Shu Kiah ADUN N46 Tanjong Papat dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah kuota kaum cina.

Bagi menggantikan Datuk Azizah Dun Banir, Adun N12 Karambunai Datuk Jainab Ahmad dilantik sebagai menteri penuh.

Menteri yang digugurkan adalah Datuk Nasir Tun Sakaran, sementara Timbalan Ketua Perhubungan Umno Sabah- Datuk Dr Salleh Tun Said tidak tersenarai dalam kabinet negeri.

Dikhabarkan menteri-menteri lain dikekalkan termasuk Datuk Hajiji Noor, Datuk Masidi Manjun, Tan Sri Pairin Kitingan dan para pembantu menteri lain.

Sementara itu- enam pembantu menteri baru juga turut dilantik.

9 May 2013

Sokongan Cina: BN Sabah dalam Dilema?

BENAR di Semanjung dan Sarawak, kaum cina menolak BN, tetapi di Sabah? Mari tengok!!

Kawasan Pantai Timur

Hanya Parlimen Sandakan dan Dun Sri Tanjung di menangi Pakatan, manakala Dun Tanjong Papat, Elopura, Karamunting, Merotai dan Parlimen Tawau dimenangi BN.

Kawasan Pantai Barat

Hanya Dun Tanjong Aru di menangi BN, manakala Dun Kapayan, Luyang, Api-Api, Likas dan Parlimen Kota Kinabalu di Menangi Pakatan.

Selain itu satu Dun di Kudat iaitu Tanjong Kapor dimenangi BN.

Kedudukan antara BN dan PR bagi kerusi-kerusi kaum cina di Sabah adalah:-

Parlimen: PR=2, BN=1; mana kala DUN: BN=6; PR=5

Berasaskan kedudukan ini, walaupun PR mempunyai kelebihan 1 kerusi Parlimen,  Namun Bn juga mempunyai kelebihan 1 kerusi Dun. Melihat keadaan ini, nampaknya sokongan kaum cina di Sabah terhadap Bn dan Pr boleh dikatakan seimbang. Dengan kata lain, kaki mereka terbagi dua, sebelah di Pakatan dan sebelah lagi di BN.

Atas sebab itu, jika di Semenanjung dan Sarawak, kaum cina menolak BN, tetapi di Sabah mereka berpolitik dengan memberikan sokongan berimbang.

Satu fakta yang tidak boleh dinafikan, bahawa semua kerusi yang dimenangi calon BN berbangsa cina  di Sabah bukanlah kawasan majoriti kaum cina, akan tetapi kawasan campuran; berlainan dengan kawasan-kawasan yang dimenangi Pakatan, seluruhnya bermajoriti kaum cina. Pada asasnya, ada kebenaran, bahawa kaum cina memang menolak BN secara umumnya.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels