Datuk Tawfik bersama-sama Staffnya |
Sebaik mengangkat sumpah sebagai Menteri Belia dan Sukan Negeri, Adun Apas itu menyuarakan salah satu visinya, iaitu mendekati seramai mungkin golongan belia, samada di luar bandar mahupun bandar melalui pendaftaran persatuan-persatuan belia.
Melalui pendaftaran persatuan-persatuan, maka mudah bagi kementerian merangka bantuan dan program yang perlu bagi keperluan para belia.
Sesuai dengan manifesto tambahan Bn pada PRU-13 lalu, yang membawa tanjuk "Sasaran Terhadap Pembangunan Belia dan Sukan" antaranya- menyediakan lebih banyak kemudahan latihan untuk para belia bagi melengkapkan mereka menjadi aset penting dalam pembangunan negara; memperkukuhkan kejurulatihan dan kemahiran pengadilan, menyediakan kemudahan-kemudahan sukan bagi melahirkan generasi atlit yang mengharumkan negeri dan negara; serta memperluaskan program-program yang menggalakkan gaya hidup sihat.
Janji-janji Bn itu kini berada dipundak Menteri Belia dan Sukan yang baru; dan perlu berjaya dalam lima tahun.
Semalam Datuk Tawfik telah memulakan tugas barunya.
No comments:
Post a Comment