Politik Sabah senyap sudah. Tidak seperti sebelum PRU-13. Meskipun ada pihak-pihak tertentu mahu menjadi punca kepada "news maker", seperti pergolakan dalaman parti LDP, dan melompatnya tiga ADUN pembangkang, namun keadaan itu bukan termasuk dalam "news maker".
Pemilihan Umnopun yang melabuhkan tirainya pada 19 Oktober lalu, dianggap perkara biasa, tidak juga termasuk dalam "news maker".
Bagi penulis politik seperti OKB, jika tiadanya "news maker" maka penulisan dalam blog semakin kurang, atas sebab tiada maklumat yang perlu dikongsi dengan pembaca.
Sebenarnya, OKB tertunggu-tunggu ulasan Datuk Dr Salleh Tun Said berhubungan dengan keluarnya tiga ADUN pembangkang, namun ulasan itu tidak pernah kunjung tiba.
Setakat ini, hanya dua pemimpin Sabah yang mengulas mengenai keluarnya tiga ADUN Pembangkang yang mengsitiharkan sebagai ADUN bebas Dewan Undangan Negeri Sabah, yaitu Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahaan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan. Kenyataan mereka berdua, semuanya menuding kepada kegagalan Anwar Ibrahim mengurus para wakil rakyatnya.
Selepas PRU-13, keadaan politik Sabah sungguh senyap, meskipun selepas PRU, pihak Pendaftar Pertubuhan telah memluluskan beberapa parti politik baru di Sabah termasuk Usno Baru.
Senyapnya politik Sabah, sebenarnya akan membawa pengertian, samada para pemimpin sudah jenuh bermain politik, ataupun tiada isu yang boleh diputar belit atau timbul unsur BOSAN.
Bagi pemimpin yang mempunyai jawatan, keadaan senyap sebenarnya baik untuk mereka, kerana dapat berkerja dengan tenang; tanpa perlu melayan karenah-karenah politik. Namun, dalam dunia politik, kerapnya nama seseorang menjadi news maker, maka mempunyai impak positif kepada pemimpin itu. Sebagai contoh, menangnya Datuk Seri Zahid Hamidi melalui pemilihan Umno dengan hampir menyapu bersih electoral college dan mencapai undi paling popular, kerana sejak dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri, nama beliau senantiasa timbul saban hari, di media-media arus perdana mahupun media alternatif.
Pada pemilihan Parti Umno misalnya, walaupun Menteri Kebudayaan dan Sukan Negeri- Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan merupakan calon ADUN Sabah, namun, hanya mendapat tempat ke 26 dalam pemilihan AMT Umno. Tawfiq adalah pemimpin yang berwibawa dan mempunyai potensi, namun kerana liputan kepada beliau kurang sebelum bertanding, memyebabkan para perwakilan di Semenanjung, kurang mengenali beliau.
Sebenarnya, seseorang ahli politik, banyak cara agar mereka senantiasa menjadi news maker. Tugas mereka, bukan sahaja berkaitan dengan politik, akan tetapi berkaitan dengan kemasyarakatan. Sebenarnya, tugasan yang berhubung dengan kemasyarakatan lebih berimpak positif kepada kerjaya seorang ahli politik. Atas sebab itu, ramai pemimpin di mana pada sesuatu masa berada di puncak kerjaya, namun selepas kalah atau bersara, mudah sungguh dilupakan oleh rakyat; sebabnya, semasa mereka dipuncak kuasa, lupa betapa mustahaknya hubungan kemasyarakatan.
Kalau dilihat, apa sebenarnya sumbangan para pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang? Kenapa beliau senantiasa menang pilihanraya? meskipun di kawasan baru!!! Sebabnya, dia kerap berada diradar rakyat, kerana celotehnya walaupun tiada asas dan sebahagian besar adalah retorik.