26 October 2013

Bajet 2014: Secara Langsung Tiada Untuk Rakyat Sabah

Mengikuti bajet 2014 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan-Datuk Seri Najib Razak semalam; dilihat secara langsung tidak menyumbang kepada pendapatan rakyat Sabah.

Memang ada peruntukan RM130 juta untuk pengangkutan udara bagi Sabah dan Sarawak, namun secara langsung tidak menyubangkan kepada pendapatan rakyat secara umum. Demikian juga peruntukan RM850 juta pemasangan kabel laut untuk akes internet, juga tidak mendatangkan pendapatan secara langsung kepada rakyat Sabah.

Projek udang kara (lobster) di Semporna, yang dikatakan bernilai RM2bilion, akan melahirkan peluang 20,000 pekerjaan dan 6,000 usahawan tempatan, sebenarnya bukan usaha kerajaan sepenuhnya, sebaliknya oleh rangkaian restoran di Amerika. Biasalah, apabila swasta melabur, maka pertimbangan utama adalah keuntungan.

Projek Lebuhraya Pan-Borneo berjumlah RM500juta; walaupun secara tidak langsung memberi pendapatan kepada rakyat, akan tetapi memperlancar pergerakan rakyat dan barangan antara satu wilayah dengan wilayah yang lain. Bajet ini sahaja yang kelihatan memberi manafaat rakyat; walaupun sebenarnya, yang lebih diuntungkan adalah kontraktor pelaksana.

Peruntukan RM75 juta untuk ESSCOM, demi keselmatan 1,400 km pantai timur Sabah, akibat pencerobohan pengganas Kiram pada Februari lalu; juga secara langsung tidak menyumbangkan kepada pendapatan rakyat.

Peruntukan RM50 juta kos survei bagi menentukan status tanah "customary" juga tidak mendatangkan pendapatan langsung kepada rakyat Sabah secara umumnya.

Peruntukan RM265 juta kepada Lembaga Letrik Sabah untuk mengelak gangguan litrik, juga tidak menyumbangkan kepada pendapatan langsung rakyat.

Peruntukan RM179 juta bagi membaiki 20,000 rumah usang rakyat miskin, adalah projek sosial jangka pendek, namun bukan menyumbang kepada kenaikan pendapatan bagi menampung sara hidup rakyat.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels