7 May 2014

Royalti Minyak 20 Persen: Sarawak Memohon Secara Rasmi

Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak tahun 2014 yang bermula pada 5 Mei yang dirasmikan oleh Gabenor Baru, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, bukan sahaja mencatat sejarah baru, atas sebab pada pesidangan kali ini, kerajaan Sarawak diketuai oleh Ketua Menteri baru- Tan Sri Adnen Satem; tetapi pada persidangan semalam, satu usul yang dianggap 'mengejut" yang dibawa ADUN Semop Abdullah Saidol iaitu berkaitan semakan royalti minyak yang dibayar kepada negeri itu oleh Petronas berkadar 5 peratus, agar supaya dinaikkan kepada 20 peratus.

Usul itu bukan sahaja menarik, atas sebab dibawa oleh wakil daripada PBB parti tunjang kepada kerajaan negeri, juga parti yang menang 100 peratus pada PRU-13 lalu. Usul ADUN Semop itu disokong ADUN Balai Ringin Snowdan Lawan.

Usul itu bukan sahaja disokong sebulat suara oleh ADUN BN Sarawak, akan tetapi turut disokong ADUN Pembangkang. Menurut Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Dr Salleh Tun Said yang turut menghadiri persidangan itu, usul itu mendapat sokongan sebulat suara.

Semalam dalam satu sidang akhbar yang diadakan oleh ADUN Semop, beliau memberitahu wartawan, bahawa selain usul supaya royalti minyak yang diterima Sarawak antara RM600-RM900 juta setahun berasaskan kadar 5 peratus dinaikan kepada 20 peratus, juga persidangan DUN itu juga sebulat suara agar kerajaan Persekutuan menambah Grant kepada Sarawak bagi maksud pembangunan.

Isu kenaikan royalti minyak bagi Sarawak, sebenarnya dibayangkan oleh Tan Sri Adenan Satem sebaik sahaja beliau dilantik sebagai Ketua Menteri negeri itu menggantikan Pehin Sri Taib pada Mac lalu.

Kenyataan Adenan itu, juga merebak ke Sabah, apabila Speaker Dewan undangan Negeri Sabah Salleh Tun Said bersetuju dengan kenyataan itu. Akan tetapi, Sabah secara terbuka tidak menyatakan permintaannya, meskipun pada Persidangan Dun Sabah pada April, satu usul telah dibawa oleh ADUN Bingkor telah ditolak atas sebab teknikal.

Hari ini, Sallleh menulis diblognya memberi komen berhubung dengan usul yang diterima sebulat suara oleh ADUN Sarawak agar pihak persekutuan memahami aspirasi rakyat Sabah dan Sarawak berkaitan dengan royalti minyak. Salleh menulis "Realitinya, memohon kenaikan royalti bukan bererti `menentang' atau `berkonfrantasi' dengan Kerajaan Pusat. Ia adalah proses mengemukakan kehendak serta aspirasi rakyat di Sabah dan Sarawak.".

5 May 2014

Hormati Kebelbagaian: Tawfiq

Keunikan negara ini adalah disebabkan oleh berbagai etnik dan agama yang mendiaminya. Asas kepada pembentukan negara adalah berasaskan kepelbagaian itu.

Sejak merdeka, kerharmonian antara kaum dan agama menyebabkan negara ini membangun mengikut acuan yang betul.

Dalam peringkat pemerintahan, kerajaan diterajui oleh berbagai gabungan parti yang mewakili etnik masing-masing; baik di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat negeri.

Warna warni kebelbagaian, menghormati perbezaan merupakan "beauty" kepada kemajmukan dan kerukunan bernegara dan bernegeri.

Sejak akhir-akhir ini, memang terdapat usaha untuk menrenggangkan hubungan antara kaum yang menjadi pilar kepada keamanan negara, dengan membangkitkan isu-isu agama dan kesukuan. Usaha ini, kalau tidak dibendung, ianya boleh menghancurkan negara.

Tawfik yang juga Menteri Kebudayaan dan Sukan Sabah berucap demikian ketika merasmikan Mesyuarat Tahunan Persatuan Dayak dan Iban Tawau pada Ahad. Teks ucapan beliau disampaikan oleh Ketua Setiausaha politik kepada Ketua Menteri merangkap Naib Ketua Bahagian Umno Tawau Tuan Haji Nizam DSP Abu Bakar Titingan.

3 May 2014

Kampung Tamau Yang Saya Tahu

Tiada catatan bila kampung Tamau, mendapat nama "Tamau". Masa sekolah rendah dulu , ada juga orang kampung berceloteh di warung-warung, kononnya nama "tamau" daripada perkatan "Lamau" sebuah tasek cetek berwarna kemerah-merahan di mana kampung Lilud sekarang terletak. Entah macam mana huruf "L" bertukar kepada huruf "T" tiada siapa yang mengetahui dengan pasti.

Sebenarnya kesealahan sebutan nama, bukan sahaja berlaku pada kampung Tamau, akan tetapi juga berlaku pada nama bapa penulis. Di Sekolah rendah, penulis dan adik-adik lain semua ber "bin" kan Abdul Rahman, entah macam mana nama bapa menjadi "RAKUNMAN". Di kampung, bapa lebih dikenali dengan panggilan "Tengku" sempena mengambil nama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Pangggilan itu, begitu melekat sekali, kemudian perlahan-lahan nama bapa bertukar berdasarkan nama anak pertama; suatu kebiasaan kepada suku irranun, di mana bapa atau ibu dinamakan atas nama anak pertama. Biasalah terdengar, si ama e saip, si ama e melin, si ama e mukidin, si ama e suruh, si ama e akiah, si ama e raimah dan seterusnya.

Kampung Tamau, terletak berdekatan dengan pantai, memanjang dari timur ke barat, sesuai dengan garis pantai. Di waktu malam, kerana kegiatan manusia kurang, maka dentuman ombak menghiasi malam; dengan suasana itu, maka betapa dekatnya kampung itu dengan pantai Laut China Selatan.

Tiada bukit, hanya tanah landai berpasir, namun kerana banyaknya tanaman puluhan tahun di atasnya, maka humus atau tanah hitam menjadi penyubur, menjadikan tanah mudah menerima apa sahaja jenis tanaman, kecuali tanaman bermusim seperti durian, manakala tanaman lain, apa sahaja jenis buah-buahan di negeri/negara ini, bisa tumbuh dan berbuah.

Atas sifat tanahnya yang berpasir, maka ianya merupakan penapis air bawah tanah yang berkesan; atas sebab itu, sumber air penduduk yang berasaskan air bawah tanah, kalau dilihat dengan mata kasar, sejernih air terawat yang dibekalkan oleh Jabatan Air. Air itulah yang digunapakai penduduk sejak wujudnya perkampung itu, hingga ke hari ini.

Tahun 1965 dibina sebuah sekolah rendah kerajaan dariada papan beralaskan semen yang boleh menampung 60 murid dan mula dibuka pada 1 Januari 1966. Bangunan sekolah itu, berganti dengan bangunan baru yang bertingkat, dibangun dengan konkrit dan mula beroperasi pada tahun 2013.

Bangunan kedua yang dibiayai kerajaan adalah Klinik Desa, dibangun pada tahun 1996 walaupun sebelumnya telah dibangunkan sebuah balairaya berasaskan kayu di zaman kerajaan Usno.

Pada tahun 1988, ada sebuah balairaya dibangun atas tanah persendirian, namu kali ini balairaya itu bukan berasas kayu akan tetapi zinc, dan digunakan sebagai gelanggang badminton atau sepak takraw oleh pemuda atau penggemar permainan itu. Kini balairaya itu telah usang dan tidak dapat digunakan lagi.

Sabah merdeka sejak tahun 1963, 51 tahun lalu, hanya bangunan-bangunan yang disebutkan di atas sahaja merupakan sumbangan kerajaan kepada penduduk kampung Tamau. Tidak dinafikan dalam bidang keagamaan, memang kampung itu telah dibangun masjid baru di mana secara rasminya digunakan pada tahun 2011.

Kampung Tamau, kalau dikira agak terbelakang dibidang hiburan, walaupun ada dua penduduk kampung itu pernah bergelar artis kerana sempat merakamkan lagu-lagu untuk dijual. Adapun citarasa penduduk kampung adalah dalam bidang keagamaan, atas sebab itu, ramai sungguh anak-anak kampung itu berlatarbelakangkan agama, malah Imam Daerah Kota Belud pada masa ini adalah daripada kampung itu.

Di bidang pendidikan, antara anak-anak kampung yang awal menerima pendidikan adalah Haji Asmad Rudin, Encik Rakim Unang, kemudian diikuti oleh penulis bersama saudara Akiah Haji Barbag@ Haji Abdullah, di peringkat berikutnya diikuti Haji Mausar Dambah, kemudian Haji Akriah Haji Abdullah, Razak Haji Rakunman, kemudian Abdul Naddin Haji Sahiddin dan seterusnya. 

Penulis bernasib baik, kerana dinobatkan sebagai anak pertama berjaya memasuki menara gading, kemudian diikuti oleh Razak dan Akriah, kemudian selepas itu ramailah anak-anak kampung mengikuti jejak penulis, antaranya adik-adik penulis sendiri.

Kewujudan sekolah kerajaan Tamau sejak tahun 1966, hanya mampu melahirkan beberapa anak mencapai keputusan cemerlang 5A di peringkat UPSR, bermula pada tahun 2007, apabila anak penulis sendiri mencapainya, kemudian selepas itu, ramailah anak-anak kampung itu mengikuti jejak itu.

Dari segi penduduk dan anutan agama, 100 peratus penduduk kampung adalah beragama islam dan beretnik irranun, dan bajau, walaupun pada zaman kerajaan Berjaya ada kumpulan bugis diambil berkerja oleh penduduk kampung yang bertanah luas, kemudian ada kumpulan itu sudah berassimilasi dengan penduduk kampung, dan telahpun menjadi warganegara.

Akibat pertambahan penduduk, dan matalamat politik, kampung Tamau berpecah kepada beberapa kampung, antaranya Kampung Tamau Selatan dan kampung Pintasan. Kampung Pintasan pada awalnya adalah disebut "Rezab" kerana tanah di kawasan itu adalah "Rezab" kampung. Pada tahun 1986- berlakunya perpindahan penduduk secara beramai-ramai di kawasan itu, atas sebab, ada pihak-pihak tertentu "mahu" memilik sendirikan kawasan itu. Antaranya melalui projek udang yang disebut Aquabayu; bekas projek itu kini dimiliki orang lain apabila membelinya daripada pihak tertentu.

Tanah pintasan tidak sunyi daripada masalah, apabila seluas 200 ekar tanah yang dikategorikan tanah kerajaan, kemudian mahu dibangun oleh SEDIA untuk tujuan Agropolitan, satu program membasmi kemiskinan, kini diceroboh oleh beberapa individu yang mendapat backing daripada pihak tertentu untuk menggagalkan program yang dirancang oleh kerajaan itu.

Daripada segi politik, fahaman penduduk kampung itu pada awalnya adalah penentang kepada kerajaan yang memerintah; atas sebab itu telah lahir beberapa pemimpin irranun, walaupun berasal daripada kampung lain, akan tetapi mula menggerakan kegiatan politik bermula daripada kampung Tamau; atas sebab daripada kampung itu para pemimpin politik itu mendapat sokongan padu. 

Bagi perkampungan irranun, sebenarnya, jalanraya bertar pertama dibina di kampung Tamau, kemudian disusuli kampung-kampung lain, atas sebab apa, penduduk kampung itu sangat terbuka terhadap pembangunan, menerima apa sahaja demi kebaikan penduduk; mungkin atas sebab itu, pada awal kemerdekaan, ada pemimpin tidak suka dengan penduduk kampung itu, kerana atas sifat mereka sukar diperkotak katik. Dasar pecah dan perintah, tidak lut, atas sebab itu, apabila tiba sesebuah pilihanraya, apa sahaja bentuk kempen yang dilontarkan oleh calon-calon, tidak akan mampu mempengaruhi penduduk, kerana kepatuhan mereka kepada ketua. Tahun 2008, PDM Tamau pernah memberi undi kepada calon bukan parti kerajaan. 

Menjalang lebih setengah abad kemerdekaan Sabah, meskipun kampung Tamau tidak menerima sebarang program kerajaan yang bentuk penjanaan pendapatan, namun atas sebab kejayaan anak-anak penduduk kampung itu, maka bentuk perumahan di kampung itu, bagaikan sebuah taman perumahan, di mana runah-rumah di bangun kiri kanan jalan raya, bukan kepalang, bentuk rumah yang moden dibangun berasaskan konkrit. Rupanya, jika pada awalnya, penduduk begitu tersiksa, akibat kesabaran dan ketekunan, maka berjaya jua.

2 May 2014

Kontrak Minyak dan Gas: Sabah Tidak Perlu Syarikat Broker

APA yang sebenarnya betul adalah Sabah memberikan kontrak operasi minyak dan gas, bukan sebaliknya. Akan tetapi akibat ketimpangan PDA 1974 dan perjanjian antara Petronas dan Kerajaan Sabah ditandatangi pada tahun 1976, menyebabkan berlaku bahawa Sabah terpaksa menangih kontrak; di mana sepatutnya Sabahlah yang memberikan kontrak.

Sebenarnya pada masa pemerintahan Berjaya, telah ditubuhkan sebuah syarikat yang berurusan dengan operasi minyak dan gas; namun entah apa yang menyebabkan, bahawa anak syarikat yang berkait dengan operasi minyak dan gas telah dijual oleh syarikat itu. Atas penjualan itu, maka syarikat milik kerajaan Sabah itu, hanya beroperasi secara token yang hanya melibatkan 2juta isipadu gas sehari di kawasan KKIP.

Di zaman pemerintahan PBS, anak syarikat Yayasan Sabah Innoprise Sdn Bhd, pernah menubuhkan syarikat yang berfungsi untuk operasi minyak dan gas, namun syarikat itu gagal ditengah jalan, atas sebab, Petronas kurang memberi sokongan.

Kini, kerajaan Sabah dilaporkan telah menubuhkan sebuah syarikat iaitu anak syarikat Bank Pembangunan Sabah(SDB) yang dipanggil M3Energy Sdn Bhd. Nama syarikat ini, disebutkan oleh Ketua Menteri Sabah pada Persidangan Dewan Undangan Negeri penggal ke-2 tahun 2014 yang berakhir pada minggu ke-2 April.

Tujuan pengwujudan syarikat ini, dikatakan untuk mendapatkan kontrak daripada Petronas, dan kemudian kontrak-kontrak itu disub-kontrak dengan vendor-vendor tempatan.

1 May 2014

Bulan Pesta Menuai Bermula Lagi

Bulan Mei sejak sekian lama bagi negeri Sabah diistiharkan sebagai bulan Pesta Menuai. Tahun ini tuan rumah pelancaran pesta itu adalah Kota Marudu. Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Dr Musa Haji Aman melancarkannya. Maka bermulalah tradisi keunikan bagi negeri Sabah.

Pesta menuai sinonim dengan kaum Kadazan Dusun dan Murut, namun bukan kaum itu sahaja yang meraikannya, malah seluruh sukuan di negeri ini. Pada setiap acara, memang seluruh lapisan rakyat terlibat; tidak lagi mengira latar belakang kaum.

Puncak kepada sambutan pesta menuai adalah pada 31 Mei, dan biasanya diadakan di Hongkod koisan, Penampang. Pada hari itu, akan bakal dinobatkan Unduk Ngadau, yakni wanita tercantik bagi kaum KDM.

Melalui pesta menuai, bukan sahaja terwujudnya integrasi berbagai etnik, akan tetapi ianya juga menjadi wadah penyatuan, persefahaman, sehingga menguatkan lagi hubungan antara rakyat, kaum dan agama.

Keunikan budaya di Sabah, adalah pendorong kurangnya, malah tidak terdapatnya perbalahan antara agama, atas sebab itu, kalau mahu melihat apa itu erti 1Malaysia, datanglah ke Sabah.

29 April 2014

Musa Arkitik Pembangunan Sabah

OKB suka menarik perhatian pembaca pada satu ucapan di Dewan Undangan Negeri Sabah pada 23 Oktober 2012, ucapan itu berintisari seperti berikut.

Kepimpinan di bawah Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang dinamik merupakan antara rahsia kejayaan Sabah mendapat pengiktirafan cemerlang iaitu Sijil Tanpa Teguran selama 12 tahun berturut-turut sejak tahun 2000 menerusi Laporan Audit Negara.

Menurut Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Tawfiq Abu Bakar Tintingan, kejayaan tersebut juga tidak akan tercapai tanpa adanya visi dan keupayaan dari segi pemikiran yang bernas dan tindakan susulan untuk mencapai sebuah negeri yang maju jaya, aman makmur dan sejahtera.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Musa Aman yang juga selaku Menteri Kewangan yang buat sekian kalinya telah berjaya membimbing dan mengemudi negeri ini kearah kejayaan dan kecemerlangan,” katanya pada Persedangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, kelmarin.

Tawfiq berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulabayan, yang bertanya- kan rahsia dan pendekatan yang diambil bagi memperkasa tadbir urus kewangan negeri sehingga Sabah berjaya mendapat pengiktirafan sedemikian.

Di samping itu Tawfiq berkata, penyediaan penyata kewangan Kerajaan Negeri yang berpandukan Akta Acara Kewangan 1957 (Pindaan 1972) sentiasa diselenggara dengan teratur dan sempurna untuk memberi gambaran yang benar dan saksama terhadap kedudukan kewangan Kerajaan Negeri.

“Selain itu, usaha-usaha juga giat dijalankan untuk mempertingkatkan Sistem Perakaunan supaya ianya ‘compatible’ (bersesuaian) dengan perkembangan teknologi IT semasa dan Piawaian Perakaunan Kerajaan (Public Sector Accounting Standard),” katanya.

Sementara itu, Tawfiq turut men- yangkal segala dakwaan dari pihak pembangkang yang mendakwa tanpa merujuk fakta bahawa kononnya pengurusan kewangan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Barisan Nasional tidak teratur dan sebagainya.

Namun katanya, melalui perakuan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang sendiri, bukan sahaja Kerajaan Negeri telah berjaya mengekalkan Sijil Tanpa Teguran selama 12 tahun berturut-turut, malah beliau juga memperakukan bahawa pengurusan kewangan Negeri Sabah sejak beberapa tahun kebelakangan ini adalah antara yang terbaik di seluruh Malaysia.

28 April 2014

Selagi Tiada Kuasa 2/3: Persempadanan Pilihanraya Bakal Tidak Berlaku

Kerusi Parlimen akan tetap 222 pada PRU-14, sementara DUN 576  kecuali DUN Sarawak, atas sebab Sarawak mengadakan PRN berasingan.

Bagi kerusi Parlimen Sabah 25, Sarawak 31, manakala Semenanjung 163 dan 3 kerusi Wilayah Persekutuan, Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan.

Pada PRU-13 lalu, kedudukan kerusi Sabah BN 22 PR 3; bagi Sarawak BN 27 PR 4  di Semenanjung BN 81 PR 82 bagi Wilayah pula BN 3 PR 0. Keputusan secara keseluruhan  kerusi BN 22+27+81+3=133; manakala PR 3+4+82=89. Dengan kedudukan itu, BN mempunyai kelebihan 44 kerusi.  Dilihat daripada jumlah kerusi, peratusan yang diperolehi BN adalah 59.91 peratus, walaupun daripada segi undi popular hanya 48 peratus. Sumbangan kerusi terbanyak diperolehi BN adalah daripada kawasan luar bandar, terutama daripada Sabah dan Sarawak, manakala undi popular PR disumbangkan oleh pengundi bandar; di mana kebanyakan kerusi yang dipertandingkan seolah-olah BN tidak memberi saingan.

Oleh kerana sistem pilihanraya negara berasaskan jumlah kerusi, bukan berasas undi popular, maka BN meneruskan kerajaan Persekutuan; yang diterajuinya sejak tahun 1957.

Melihat daripada segi pencapaian, kerusi PR meningkat 7 kerusi berbanding PRU-12, namun jika dilihat daripada pencapaian parti Umno  menambah 9 kerusi berbanding PRU-12. Parti PBB daripada Sarawak mengekalkan pencapaian 100 peratus sama dengan PRU-12. Kalau dilihat daripada segi  parti DAP merupakan parti yang mempunyai peratusan peningkatan tertinggi daripada segi kerusi, daripada 29 kepada 38-peningkatan 31.03 peratus.

Setiap PRU, kata orang setiap air bah maka sekali pantai berubah. Ertinya setiap PRU isu adalah berbeza. Pada PRU-14, sudah tentunya isunya juga akan berbeza, berbanding isu pada PRU yang lalu.

Tiada yang dapat meramal keputusan. Atas sebab, keadaan politik semasa sedang berubah, malah adapun yang sudah berubah. Jika PRU-13, isu di Sarawak misalnya berkisar pada kedudukan Ketua Menteri, kini isu itu sudah selesai; kerana Pehin Seri Taib Mahmud sudahpun melepaskan jawatan untuk menjadi Gabenor Sarawak. Sementara di Semenanjung, Johor, Melaka dan Kedah diterajui oleh MB yang baru; manakala penggantian bagi MB Terengganu dan Pahang akan berlaku dalam masa yang terdekat.

Jika pada PRU-13, semangat para penyokong pembangkang begitu berkobar-kobar, kononnya mereka akan mampu merampas Putrajaya dan menobatkan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-7 negara,  Kini, keadaan pembangkang tidak lagi sekuat dahalu, atas sebab Anwar bakal tidak akan menjadi Perdana Menteri, atas sebab kesalahan jenayah dan dihukum 5 tahun penjara, di mana melarangnya menjadi wakil rakyat untuk tempoh 5 tahun selepas dibebaskan.  Selain itu, para pemimpin utama Pakatan Rakyat sudah dihujung senja, Dato Nik Aziz Nik Mat sudahpun berundur, Karpal Singh sudah menjadi mendiang dan yang tertinggal hanya Lim Kit Siang dan Dato Hadi Awang.

Pakatan Rakyat, tidak lagi mempunyai pemimpin yang boleh memberi command; yang menyebabkan kemerosotan daripada segi menarik pengundi atas pagar, di mana untuk dua PRU, memberi sokongan kepada tiga pakatan parti itu DAP-PKR-PAS.

Disebabkan persempadanan semula pilihanraya, tidak akan bakal berlaku pada penggal ini, maka kemungkinan besar itu akan menjadi salah satu isu pada PRU-14. Para pemimpin di kedua belah pihak akan cuba mengetengahkan isu itu kepada rakyat; selain isu-isu nasional lain. Manakala di peringkat negeri khususnya Sabah dan Sarawak, para pemimpin akan terus membangitkan isu-isu minyak dan gas, serta isu yang timbul dalam perjanjian pembentukan negara, terutama yang berkait rapat dengan perkara 20 di Sabah dan perkara 18 bagi Sarawak.  Masing-masing cuba menjuari isu-isu itu, untuk menarik sokongan rakyat.

Sokongan Sabah dan Sarawak merupakan sokongan vital kepada mana-mana parti yang mahu menduduki Putrajaya. Atas sebab itu, pada PRU-14 akan, masing-masing pihak akan mencatur, akan merangka strategi di mana strategi itu menarik sokongan daripada kedua negeri tersebut. Manakala di Semenanjung, akan tetap memperatahankan status quo keputusan PRU-12 dan PRU-13. 

Bermula daripada sekarang, mana-mana parti yang mahu sokongan rakyat Sabah dan Sarawak, perlulah kembali kepada perjanjian awal pembentukan negara; perlu menghilangkan faktor-faktor yang menjadi duri dalam daging, agar keadaan kembali tenang seperti sediakala.

Perbezaan Pendapat Itu Boleh Menambah Ilmu: Salleh

Di Palace Berjaya Hotel petang tadi, semasa melancarkan buku ke-13 penulis tempatan saudara Musli Oli, yang bertajuk DILEMA SABAH, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, dalam ucapan pelancarannya, mengulas, bahawa perbezaan pandangan atau pendapat itu perlu dalam memperkaya atau menambah ilmu.

OKB suka melihat ulasan Salleh itu daripada sudut pandang agama.

Perbezaan pendapat sebenarnya telah wujud sejak sekian lama, misalnya di kalangan ulama dan ilmuan Islam adalah lumrah. 

Sejak dahulu lagi sehingga kini malah pada masa depan perbezaan akan terus berlaku. Berlaku perbezaan sudut pandangan dengan cara betul, adalah jalan bagi kebijaksanaan. Pendekatan fiqah, ijmak di kalangan ulama, fatwa yang diputuskan dan ijtihad yang diambil pada prinsipnya tidak boleh menggugat faktor syarak yang terkanun dalam nas qat'ie.

Imam fiqah yang utama sering berbeza pandangan dalam sesuatu perkara. Sifat zaman yang berubah dan banyak perkara baru muncul memerlukan jawapan dan pendekatan menanganinya. Imam Shafie umpamanya tidak ta'assub dengan pandangannya malah terbuka diikuti atau sebaliknya asal saja yang selari dengan maksud syarak. Beliau menganjurkan supaya yang terbaik dan benar yang harus diikuti. Kaedah ini memperkayakan khazanah ilmu dalam tradisi Islam dan perbezaan tidak menjadi isu yang mempertajamkan hubungan atau menuding jari dengan pandangan bahawa, "Aku saja yang betul dan orang lain semuanya cacat atau salah belaka".

Prof. Dr.Yusof al-Qaradawi dan Almarhum Sheikh Muhammad al-Ghazali sering memberikan pandangan dari sudut fiqah dan syarak supaya masalah masa kini dapat diatasi tanpa perlanggaran batas syarak namun, adab berbeza pandangan tetap dipelihara.

Akhir-akhir ini sangat nyata perbezaan pendapat di kalangan ahli dalam hal agama atau di kalangan ulama yang mempunyai latar pendidikan berbeza atau di kalangan orang Islam yang tidak memiliki keahlian, cuba memberikan pandangan terhadap sesuatu isu yang menuntut keahlian dan kepakaran. Cara perbezaan itu berlaku boleh mengelirukan orang awam khususnya generasi muda.

Ulama adalah pewaris Para Nabi. Ulama adalah lambang keteguhan ilmu, prinsip dan hukum hakam Islam, namun apabila ada isu baru maka sering wujud perbezaan mendekatinya. Yang merisaukan ialah ada di kalangan mereka yang cuba mendekati isu kerana populariti. Ia pula diambil kesempatan oleh sesetengah pihak yang sentiasa ingin melagakan pandangan dengan maksud tertentu. Sepatutnya pandangan berbeza boleh diselesaikan di meja muzakarah (perbincangan). Sudah tentu dalam negara kita ada lembaga dan institusi bagaimana perbezaan pandangan itu dapat diselaraskan.

Pada prinsipnya, ulama faham nas mengenai isu berkaitan. Perbezaan kadang-kadang hanya bersifat teknikal bukan substantial, tetapi cara sesetengah pihak mempermainkan boleh menimbulkan kekeliruan dan salah faham hingga menyebabkan khalayak menjadi bercelaru. Malah, ada tokoh merelakan dirinya menjadi umpan mempertajamkan lagi masalah berbangkit dan ia menjadi popular dengan maksud tersendiri. Lebih mengelirukan ialah sudut pandangan tidak didekati secara kaedah Islam. Ia didekati secara barat atau mengambil pendekatan seperti dilakukan oleh orientalis.

Dalam hal membabitkan hukum atau pengkhususan, ia menuntut di kalangan ahli memperjelaskannya supaya ada kuasa dalam membuat keputusan. Seorang doktor pakar dan ahli dalam bidangnya memiliki kelayakan untuk berbicara mengenai penyakit. Orang awam yang bukan ahli dalam penyakit itu sudah tentu perlu merujuk kepada pakar terbabit. Rasulullah berpesan pentingnya sesuatu itu diletakkan pada tempatnya (berasaskan keahlian atau kepakaran). Kalau tidak kehancuran dan kerosakan akan menyusul.

Ia tidak bermakna ulama tidak perlu dinamik. Ulama dalam maksud yang sebenarnya mendukung imej Islam, berpegang kepada prinsip, memahami zaman dan realiti dan mengambil pendekatan bijaksana supaya umat dipandu ke arah jalan agama yang betul di tengah cabaran semakin rencam. Apabila timbul di kalangan ulama atau ilmuan atau di kalangan tokoh yang berlagak seperti ulama membuat kenyataan kontroversi, ia tidak menyumbang ke arah kesatuan fikiran yang amat dituntut oleh umat. Tidak dapat dinafikan, ada kerencaman dan kelainan orientasi bagaimana seseorang ulama dan ilmuan Islam itu lahir di sepanjang sejarah umat Islam. Tetapi titik persamaan yang boleh menyatukan fikrah dan ummah harus dijadikan keutamaan.

Tidak harus ada pihak yang ingin menjadi juara konon dia tahu segala-galanya dengan menafikan kebolehan orang lain. Lebih tidak wajar lagi apabila seseorang yang berlagak tokoh, tahu sedikit mengenai pemikiran dan falsafah lalu berlagak sebagai ahli fikah atau syariah dan menyebabkan khalayak menjadi keliru. Adab terhadap kelainan pendapat perlu ada. Adab al ikhtilaf yang boleh membawa kepada perbezaan pendapat harus tegak dengan prinsip dan nas yang sepakat. Hikmah di sebalik kelainan pendapat yang didekati dengan adab yang tinggi melahirkan tradisi bijaksana untuk mencerahkan lagi isu yang berbangkit bukan menambahkelirukan keadaan akibat kegopohan.

Masalah politik misalnya, hendaklah ditafsir mengikut kaedah politik, masalah sosial perlu dibereskan oleh mereka yang pakar dalam ilmu sosial, masalah perundangan misalnya perlu dibereskan oleh mereka yang pakar perundangan. 

Dalam isu perjanjian antara Petronas dan Sabah misalnya, perlu dikupas oleh mereka yang pakar perundangan, bukan dikupas oleh ahli politik. 

Apa yang berlaku sekarang, adalah isu perjanjian petronas dan Sabah dikupas oleh ahli politik, berasaskan pandangannya, atas sebab itu, berlakunya pro dan con terhadap kupasan itu. Namun, jika perjanjian itu, dikupas oleh pakar perundangan, kemudian memberi jalan, membutirkan kelemahan atau kebaikan perjanjian itu, maka ianya boleh diterima semua pihak, kerana akan dilihat tidak memihak.

Kupasan orang politik berkaitan isu perjanjian petronas dan Sabah itu, sebenarnya tidak menambah ilmu seperti konotasi ulasan Salleh ketika melancarkan buku saudara Musli, sebaliknya menambah bercelaru lagi pengertian berkaitan perjanjian itu. 

Perbezaan pandangan atau pendapat, kemudian menghasilkan satu pandangan yang mempersatukan idea, adalah yang dimaksudkan Salleh, bukan pandangan/pendapat yang berbeza, akan tetapi menambah lagi jurang perbezaaan.

Melihat daripada mukadimah awal tulisan ini, maka untuk menghasilkan satu pandangan yang bernas hasil daripada pandangan/pendapat yang berbeza, perlulah dilakukan oleh mereka yang pakar dalam bidang masing-masing. Bukannya, berasal daripada catatan-catatan orang lain, di mana mungkin saja catatan itu mempunyai motif tertentu, yang menyembunyikan fakta sebenar. Selain itu, pandangan yang tidak jelas, umpama sesuatu peristiwa yang tidak dapat sisahkan, perlu dielak, agar ianya tidak mengelirukan lagi erti fakta sebenar. 

Menulis, sesuatu yang sensasi, sebenarnya tidak akan menambah khazanah ilmu, sebaliknya, cara itu boleh memandulkan pemikiran; malah akan menambah lagi kecelaruan.

27 April 2014

Selera Rakyat Terhadap Pemimpin Telah Berubah

Mengambil iktibar daripada PEMILU Indonesia, menurut Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah- Datuk Dr Salleh Said; kebanyakan calon-calon yang terpilih, adalah mereka yang pernah atau berkhidmat dengan masyarakat di wilayah-wilayah tertentu. Kecenderungan rakyat, tidak lagi bersandarkan kepada nama besar seseorang pemimpin, akan tetapi dilihat sumbangannya kepada rakyat; di mana calon-calon itu pernah berkhidmat atau bertugas.

Di negara kita, pada masa akan datang, kecenderungan itu akan juga berlaku; namun tidak terasa sangat, kerana sistem kita berasaskan kepada sistem berparlimen, atau sistem kerusi berasaskan kawasan. Di negara kita, setiap calon yang dikemukakan untuk bertanding pada sesuatu kawasan, memang berasal daripada kawasan itu, malah memegang jawatan parti bagi kawasan tersebut.

Memandangkan perkembangan semasa, jika dahulu, kemenangan bagi sesuatu kawasan biasanya disumbangkan sebahagian besar oleh faktor parti, namun di masa akan datang, akan berlaku bahawa kemenangan calon pada sesuatu kawasan akan di sumbangkan oleh calon atau individu yang dicalonkan.

Berasaskan kepada perubahan selera rakyat ini, maka pemimpin atau wakil rakyat masa depan, akan ditentukan berasaskan kepada sumbangan atau perkhidmatan seseorang itu pada kawasan tertentu. Masa itu, istilah calon payung terjun, agak sukar menang, meskipun mewakili parti yang popular; atas sebab perubahan selera rakyat.

Di negara kita, sejak tahun 1957, biasanya calon-calon yang menang adalah calon-calon yang dikemukakan oleh sesebuah parti, meskipun ada juga calon-calon tidak berparti pernah menang dalam pilihanraya. Ini yang berlaku pada masa depan, bahawa rakyat akan mengundi seseorang calon, yang dikira memberi sumbangan kepada rakyat di mana calon itu bertanding. Keadah inilah yang diamalkan oleh Parti BN terutama Umno. Pada setiap pilihanraya, biasanya calon-calon pilihan Umno adalah mereka yang pernah atau sedang berkhidmat di sesuatu kawasan; seperti pada PRK Balingian di Sarawak baru-baru ini, mantan pegawai daerah bagi kawasan itu, dipilih untuk bertanding; dan terbukti menang besar.

Parti, tidak boleh lagi bersandarkan kepada nama-nama pemimpin besar untuk menang, parti akan menang kalau mengemukakan koleksi calon-calon yang mempunyai sumbangan kepada rakyat.

Rakyat kini sudah bijak, mereka mampu menilai pencapaian seseorang pemimpin atau wakil rakyat; jika wakil rakyat itu kurang pencapaiannya, meskipun berpenggal menjadi wakil rakyat pada kawasan yang sama, maka pada piihanraya umum akan dihukum oleh rakyat. Ini yang berlaku pada kawasan-kawasan yang kalah pada PRU-13 lalu.

Agar rakyat, tidak menghukum seseorang calon, yang berakibat kepada kekalahan calon parti, maka syogianya, wakil-wakil rakyat yang telah dipilih, perlu mengembeling semua tenaga dan fikiran untuk memajukan kawasan-kawasan yang diwakilinya. Tanpa pembangunan yang diharapkan rakyat, bagaimana baiknya seseorang itu, bakal ditolak; kerana selera masa depan rakyat adalah pemimpin yang baik, dekat dengan rakyat serta membangun rakyat.

Pemimpin masa depan yang diinginkan rakyat, bukan lagi pemimpin yang penuh protokol, pemimpin yang bersifat bossy, akan tetapi pemimpin yang diperlukan adalah pemimpin yang bersifat leader. Pemimpin yang mampu menyerap perbezaan pendapat, dan pemimpin yang tangguh menerima kritikan.

Pada masa akan datang, pemimpin yang bersifat bossy, pemimpin yang penuh protokol, akan diketepikan, jika sesebuah parti mahu menang dalam pilihanraya.

Di Kota Belud, nampaknya para pemimpin mengantisipasi keadaan itu. Atas sebab itu, berbagai kaedah dilakukan, selain aktivti turun padang, seperti merasmikan sesesuatu pembangunan yang dibiayai kerajaan, akan tetapi pemimpin mengambil pendekatan mengayumi rakyat dengan melibatkan mereka dengan berbagai aktiviti.

Di Kota Belud, bagi melibatkan rakyat bagi aktiviti yang bersifat riadah, kini terdapatnya aktivti berbasikal mengelilingi kawasan-kawasan. Aktiviti seperti ini, bukan sahaja bersifat riadah akan tetapi aktiviti bersukan yang menyihatkan.

Sekali air bah, maka sekali pantai berubah. Atas sebab itu, bagi pemimpin yang mahu terus diterima rakyat, maka perlu menemukan berbagai kaedah agar mereka tetap relevan, mengikuti perkembangan masa, dan kehadiran pemimpin itu senantiasa segar di mata rakyat.

Rakyat kini, tidak lagi cenderung sangat dengan pemimpin yang hanya tahu bercakap, apabila berucap berapi-api dengan penuh semangat; akan tetapi rakyat memerlukan pemimpin yang menyatu dengan rakyat; mengerti keperluan rakyat; tahu menjaga hati rakyat; serta menganggap dirinya juga sebahagian daripada rakyat.

26 April 2014

Sejak Bila Kuasa-Kuasa Sabah Hilang

Sebenarnya, kuasa-kuasa Sabah hilang bermula tahun 1976, apabila berlaku pertukaran kerajaan daripada Usno kepada Berjaya. 

Pada masa pemerintahan Berjayalah, berlakunya perjanjian antara Sabah dan Petronas yang memberikan 5 peratus kepada kerajaan negeri. 

Selama pemerintahan Berjayalah, Labuan diserahkan kepada Persekutuan. Pada zaman Berjayalah tanah-tanah luas diberikan kepada syarikat-syraikat besar daripada Semenanjung.

Kini, ada usaha-usaha daripada pihak-pihak tertentu, untuk mendapatkan kuasa-kuasa yang telah hilang itu, termasuk hak ke atas petrolium yang digali di wilayah Sabah.

Berjaya kah usaha-usaha itu, hanya terletak di tangan rakyat Sabah.

19 April 2014

Duri-Duri Politik Kota Belud

Sebelum kemasukan Umno ke Sabah tahun 1991, politik Kota Belud sukar disatukan. Percakaran antara pemimpin senantiasa berlaku. Mungkin atas sebab itu, kawasan Dun Usukan senantiasa diwakili orang lain, selepas sahaja Allahyarham Tun Said Keruk tidak lagi mewakili kawasan itu; kecuali pernah dimenangi Tan Sri Pandikar menggunakan tikit Usno semasa Pemerintahan Berjaya.

Bagi kawasan Tempasuk pula, hanya diwakili satu kaum iaitu Bajau, sehinggalah Dun itu dimenangi kaum Dusun pada PRN tahun 1986, apabila Robert Minggir memenanginya melalui Parti PBS. 

Di Kedamaian pula, sepertibiasa senantiasa dimenangi kaum Dusun, meskipun kawasan itu pernah diwakili wakil beragama islam, akan tetapi daripada suku dusun.

Kota Belud yang terdiri daripada tiga suku utama- Bajau-Dusun-Iranun dan sedikit kaum Cina. Dan kini, jumlah penduduk Kota belud diperkirakan melebihi 100,000 (OKB belum mendapat data statistik berkenaan jumlah penduduk sebenar Kota belud).

Pada PRu-13 lalu, semua kawasan yang dipertandingkan dimenangi calon-calon daripada BN khususnya parti Umno, kecuali Dun kedamaian di mana calon PBS tewas kepada calon PKR.

Pada PRU-13 juga menyaksikan kemunculan semula Datuk Salleh Tun Said, bagi DUN Usukan, selepas mantan Ketua Menteri Sabah itu tidak bertanding pada PRU 2008.

Semua wakil Kota Belud kini diwakili kaum Bajau dan dusun dengan ratio 3:1. manakala kaum Iranun terakhir menjadi wakil rakyat adalah melalui Tan Sri Pandikar tahun 2004-2008.

Sejak Sabah merdeka pada 16 September 1963, kaum Iranun pernah menjadi wakil rakyat hanya melalui Tan Sri pandikar, pertama tahun 1982 di Dun Usukan, Tahun 1994-1999 dan 2004-2008 di Dun Tempasuk.

Pada awal kemasukan Umno memang timbul satu formula yang bersifat kesepakatan, meskipun bukan keputusan, iaitu formula 2:1:1; Melalui formula itu, setiap keputusan apa kah melalui keputusan politik atau keputusan yang berkaitan dengan komposisi pegawai-peagwai kerajaan yang berkhidmat di kota Belud perlulah bersandarkan kepada formula itu. Namun, selepas masa berjalan, nampaknya formula itu sudah terlupakan, sehingga kedudukan politik Kota belud kembali kepada square one.

Perlanggaran pertama kesepakatan itu bermula pada tahun 2008, apabila tiga kawasan yang dipertandingkan dalam pilihanraya hanya mengemukakan calon-calon daripada satu suku iaitu bajau. Keadaan itu berulang pada PRU-13, apabila tiga kawasan yang diperuntukan kepada Umno hanya mengemukakan calon daripada suku bajau kepada pucuk pimpinan negeri/pusat.

Pada PRU-2008, memang berlaku protes daripada kalangan pengundi kaum Iranun, di mana pada masa itu, semua peti undi yang dikawal kaum itu, BN kalah, kecuali satu PDM- itupun calon Bn hanya menang 13 undi. Namun pada PRU-13, semuanya kembali pulih, apabila semua peti undi yang di kawal kaum itu memenangkan calon Bn. Namun sebaliknya berlaku pada peti-peti undi yang dikawal kaum KDM, 60 peratus undi kaum itu menolak calon-calon BN. Jika pada tahun 2008, kaum iranun protes, tahun 2013 kaum KDM pula protes, sehingga BN kehilangan kerusi Kedamaian.

Nampaknya, melihat kepada kencederungan pengundian di Kota Belud, duri-duri politik bagi daerah yang terkenal dengan Cowboy town of the east itu belum berakhir.

OKB tidak dapat meramal, apa yang berlaku pada PRU-14, jika formula seperti mana yang berlaku pada tahun 2008 dan 2013 berulang. Bagi DUN Usukan, tiada masalah bagi Bn, atas sebab kawasan itu bermajoriti satu kaum, iaitu Bajau, namun bagi Dun Tempasuk, di mana ratio pengundi antara kaum bajau-Dusun-Iranun hampir seimbang. 

Bagi kerusi Tempasuk, jika dua kaum bersatu, maka akan mengorbankan satu kaum, dan ini berimplikasi kepada kedudukan kerusi Parlimen. Sebagai contoh, jika kaum Iranun bergabung dengan dusun, maka Tempasuk akan dimenangi oleh calon yang disokong kaum-kaum itu, ini yang berlaku tahun 1986-1990.  Pada masa itu, Dn Tempasuk dimenangi kaum Dusun juga Parlimen Kota Belud. Sebaliknya jika kaum bajau dan Iranun bergabung ini yang berlaku pada tahun 1994, 1999 dan 2004. Jika kaum Bajau Dusun bergabuing ini yang berlaku tahun 2008, dan apabila kaum iranun dan bajau bergabung ini yang berlaku tahun 2013.

Duri-duri politik Kota Belud, untuk sementara masih aman-aman, selagi pemain utama seperti Tan Sri Pandika dan Datuk Salleh Tun Said masih lagi aktif dalam politik; namun selepas "post' kempimpinan mereka, apa kah keadaan politik Kota belud kembali seperti keadaan tahun 60-an, tahun 70-an dan 90-an? 

Pada masa ini,Parlimen Kota Belud diwakili oleh Dato Rahman, Timbalan Ketua Bahagian Umno Tuaran. Pada PRU-14, tidak pasti apakah Menteri Kesejahteraan, Perumahaan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan itu masih bertanding di Kota Belud? atau akan bertanding di peringkat Dun bagi kerusi Sulaman, bagi memberi peluang kepadanya Menjadi Ketua Menteri atau Timbalan Ketua Menteri?

Sedangkan pada masa itu, pemimpin seperti Tan Sri Pandikar dan Datuk Salleh sudah melepasi usia 60-an; dan tiada kepastian apa kah mereka masih berminat menyertai pilihanraya? Kalau mereka masih berminat, maka duri-duri politik Kota belud, tidak akan sampai boleh mengalahkan calon-calon Bn; namun jika mereka ini, bersara; kemungkinan besar duri-duri politik Kota Belud, menjadi katalis kepada kekalahan calon-calon BN, kecualilah 'kesepakatan lama" formula 2:1:1 kembali dihidupkan, atau adanya kawasan baru yang wujud; melalui persempadanan.

Melihat komposisi ahli parlimen di dewan rakyat pada masa kini, meskipun diadakan persempadanan semula, namun agak sukar diluluskan di Parlimen, atas sebab BN tidak mempunyai kuasa 2/3. Persempadan an hanya akan dapat diluluskan, jika 2/3 ahli dewan rakyat menyokongnya.

Kini, memang terdapat perasaan yang menggunung yang senantiasa tersembunyi menanti untuk meletup; bahawa kaum iranun merasa di ketepikan dalam arus perjalanan politik negeri. Kaum iranun walaupun sedikit jumlahnya, namun jika dilihat ratio mereka yang berpendidikan profesinal berbanding dengan jumlah penduduk kaum itu, ianya cukup tinggi. Golongan itu, hanya menunggu masa yang sesuai untuk beraksi. Kaum itu, adalah kaum yang bukan mudah untuk mengalah. sejarah membuktikan, bahawa kaum itu, di awal kemerdekaan senantiasa menongkah arus, apabila kaum mereka tertindas. Kejatuhan parti Usno, kejatuhan parti Berjaya dan Parti PBS, sumbangan kaum itu sungguh signifikan.

Gerakan kaum itu sejak akhir-akhir ini adalah bagaimana menumpukan keutamaan kepada pendidikan, bagaimana mendapat bahagian daripada perekonomian; selepas itu, akan bergerak pula dalam bidang politik. Gerakan bermula apabila pada pemilihan Umno oktober tahun 2013, kaum itu bersatu hati memenangkan golongan profesional menduduki kerusi AJK bahagian; setidak-tidaknya langkah pertama kaum itu dalam percaturan politik Kota Belud. 

Kaum itu, yakin suatu masa, bahawa politik wang dan dominasi kaum tidak akan senantiasa menguasai politik Kota Belud, sebaliknya berasaskan merit dan kepimpinan yang turut diimbangi dengan keberanian. Penduduk Kota Belud, pada masa depan, akan memerlukan pemimpin yang pakar memburu, menguasai padang selain tahu keperluan penghuni padang.  Masa akan menentukan, apa kah rakyat Kota Belud akan mampu memunculkan pemimpin yang benar-benar membela; agar supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.

Rakyat Kota belud (tidak semua), merasakan bagaimana mereka cukup ketinggalan, bayangkan kawasan-kawasan lain sudah menikmati kemudahan asas sejak sekian lama, namun rakyat Kota Belud masih ada lagi sebahagian belum merasakannya.

Sebagai misalan, Bekalan Air bersih luar bandar, meskipun dikatakan peruntukan sebesar RM114 juta diperuntukan sejak tahun 2010, namun sehingga kini BALB belum selesai. Bekalan litrik luar bandar, bagi kawasan kaum iranun misalnya, hanya mula dirasakan tahun 1990, selepas Sabah merdeka 27 tahun. Manakala air bersih sehingga kini, belum menikmatinya.

Memang berlaku pembangunan, tetapi pembangunan yang bersifat apa? kebanyakan pembangunan bersifat insitu, yang nampaknya tidak berimpak tinggi. Pembangunan yang dilaksanakan adalah pembangunan tradisi, yang sifatnya untuk keperluan sendiri. Memang ada pengenalan perekonomian baru, iaitu sektor pelancongan, namun sektor ini merupakan sektor yang padat modal, walaupun kelihatannya sederhana;  mudah diurus, mudah dilakukan, akan tetapi tidak semudah itu untuk menceburinya.

Pembanguan terminal minyak dan gas di Kuala Usukan, bakal akan beroperasi, dikatakan pusat itu akan akan menampung sehingga 1,200 pekerja, di semua bidang; persoalannya bakal berapa peratus kah bakal di isi oleh rakyat Kota Belud? mungkin daripada segi jumlah, bakal ramai, namun daripada segi kualiti, mungkin sedikit, atas sebab pusat itu memerlukan tenaga kerja yang terlatih dalam bidang minyak dan gas.

Selagi, kesamarataan dalam semua bidang, apa kah daripada segi politik, mahupun perekonomian, tidak berlaku, selagi itu duri-duri politik Kota Belud akan tetap ada. Jika tidak berlaku pada PRU-14, maka pada PRU berikutnya akan berlaku.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels