16 January 2015

Apa Yang Dr Maximus Mahu?

APA maksud Timbalan Presiden PBS Datuk Dr Maximus Ongkili, dalam BN tidak berlaku berkongsian kuasa?

PBS adalah parti Komponen yang paling banyak kerusi kalah pada PRU-13 lalu, pun demikian, jumlah jawatan yang diberi sama dengan sebelum DUN Sabah di bubar. Apa kah itu bukan perkongsian kuasa?

Dalam konsep BN, mana-mana kawasan yang dikuasai/ditandangi atau dimenangi mana-mana parti komponen, selain wakil rakyat, Pemimpin Pembangunan Masyarakat adalah juga daripada parti yang menang itu.Jika calon parti itu kalah, jawatan PPM akan juga datangnya daripada parti itu, contoh DUN Tamparuli, calon yang kalah dilantik sebagai PPM.

JKKK atau ketua-ketua kampung juga daripada parti yang menang itu. Di mana kah maksud Maximus, bahawa BN Sabah tidak mengamalkan perkongsian kuasa?

Maximus kena ingat, dalam konsep perkongsian kuasa, pemberian atau perlantikan jawatan-jawatan tidak semsetinya selari dengan jumlah kerusi yang dimenangi, akan tetapi berasaskan komposisi kaum. Dalam kabinet negeri, perlantikan jemaah menteri, bukan berasas kepada jumlah kerusi akan tetapi komposisi kaum.

Kerajaan yang dipimpin Datuk Musa Aman, telah mengakomodasi semua kaum, bermula daripada jemaah menteri, setiausaha-setiausaha politik, pengerusi GLC, malah terlihat dengan jelas melalui jawatan Speaker, timbalan-timbalan speaker Dewan Undangan Negeri.

OKB tidak faham, mengapa isu perkongsian kuasa timbul, hanya rungutan daripada pihak-pihak tertentu penyokong PBS, sehingga Maximus, terus menembak merata, tanpa memeriksa fakta sebenar.

Kenyataan Maximus melalui media, seolah-olah mempersoal kepimpinan negeri, seandainya dakwaan beliau itu benar, adalah lojik untuk bersuara, akan tetapi dakwaan beliau itu, sama sekali tidak tepat.

Tahun 1990, diambang pembuangan undi PBS menikam BN, kerana hanya mahu memastikan calon-calon parti itu di kawasan-kawasan tertentu menang. Tikam belakang itu, menggambarkan bagaimana tidak setiakawannya PBS.

Melalui kenyataan Timbalan Presiden PBS itu, yang mendakwa tiada perkongsian kuasa, sedangkan fakta yang adalah sebaliknya, kerana itu dakwaan beliau adalah satu tindakan menikam kawan.

Jika iapun, PBS kehilangan sokongan kaum KDM, janganlah menjadikan kawan sebagai "punching bag" semata-mata untuk merai undi kaum yang diwakili, kerana dakwaan itu lebih menyakitkan, lebih-lebih lagi, ianya bercanggah dengan konsep kerajaan negeri.

Sepatutnya Maximus melihat, bagaimana setiakawannya Musa, kerana, walaupun PBS kehilangan banyak kerusi, akan tetapi jawatan jemaah menteri daripada parti itu jumlahnya sama sebelum pembubaran DUN tahun 2013.

OKB bertanya, apa yang Dr Maximus mahu?

3 January 2015

Keadaan Banjir Di Kota Bongan Kota Belud







Banjir Kota Belud

Gambar Banjir daripada kg Kotabongan, Tawadakan, Kota Belud-Ikhsan Parsat Ekong
PENDUDUK Kota Belud terutama kawasan Dun Tempasuk dan Usukan dilanda banjir sebaik sahaja menyambut kedatangan Tahun baru 2015.

Bencana banjir pada kali ini awal seminggu berbanding tahun 2010, di mana keadaan banjir hampir serupa besarnya.

Dewan pemindahan seperti dahulu juga, Dewan Tun Said, Chung Hwa, SMK Taungusi. Setakat pukul 10 pagi tadi hampir 900 mangsa berada di pusat-pusat pemindahan.

Di lapangan dari semalam terlihat Speaker Dewan undangan negeri Datuk Salleh Tun Said dan Adun temapsuk Datuk Musbah Jamli.

Kehadiran dua pemimpin ini selain memberi semanagat kepada para mangsa juga kepada para petugas yang terdiri daripada pasukan beruniform dan sukarelawan termasuk para pemimpin parti terutama daripada Umno.

One Kota Belud, seawal pagi semalam, mendapat maklum balas daripada Ketua Bahagian Umno Kota Belud, menyeru penduduk yang berada di kawasan rendah agar berhati-hati dan segera berpindah jika keadaan air semakin naik.

2 January 2015

Banjir Kota Belud- Apa Kah Ada Penyelesaian???

SEBENARNYA banjir Kota Belud boleh diselesaikan. Akan tetapi, perancangan kerajaan seperti pembinaan Empangan Tambuton tidak menjadi.

Tanpa penambat banjir seperti empangan itu, adalah sukar mengatasi banjir Kota Belud. 

Selagi empangan atau pembentungan bawah tanah tidak menjadi kenyataan, maka saban tahun setiap hujung tahun, banjir akan melanda Kota Belud.

Pada tahun ini sahaja, sudah kali banjir menyerang Kota Belud. 

Mana sudah pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang yang mencocok penduduk kg Tambuton agar memprotes pembinaan empangan Tambuton.

Seharusnya rakyat yang saban tahun terkena banjir, perlu mencari pihak-pihak tertentu di kg Tambuton, agar bertanggungjawab. Rakyat yang mengalami kerugian setiap tahun, termasuk harta benda dan tanaman, perlu berbodong-bondong mencari mereka-mereka yang menghalang pembinaan empangan itu.

Jangan biarkan pemimpin sahaja yang menangani isu pembinaan empangan Tambuton, akan tetapi setiap rakyat yang menjadi sasaran banjir perlu bertindak.

Mereka yang menjadi penghalang kepada empangan Tambuton, hanya sebahagian kecil, berbanding rakyat yang terkena puluan ribu ramainya.

Rakyat yang berdepan dengan banjir saban tahun, tidak boleh berpangku tangan, perlu bertindak, agar supaya kerajaan terpaksa bertindak, kerana mengikut suara majoriti.

26 December 2014

Dr Roland Chia Lawan Lajim Ukin

PEMBATALAN hasrat Dr Roland Chia Ming Shen meletakkan jawatan sebagai ADUN Inanam diumumkan melalui kenyataan media bertepatan pada Hari Xmas.

Pada 17 Disember melalui kenyataan di wall FB ADUN Inanam itu, beliau berhasrat meletakan jawatan atas sebab faktor kesihatan.

Dua hari selepas kenyataan itu, dalam satu majlis- Ketua Menteri Sabah apabila diminta mengulas, beliau berkata- adalah pelik, kalau PKR Sabah saling menyokong antara satu sama lain, sebab rekod menunjukkan, bahawa mereka saling bercakaran daripada dahulu lagi. Percakaran antara mereka, berlaku kerana campur tangan Anwar Ibrahim, yang bersifat kuku besi.

Sejak dari awal, adalah rahsia umum, bahawa Dr Roland mahu jawatan Pengerusi negeri, selepas Ahmad Thamrin Zaini disingkirkan. Namun-Anwar melantik Lajim, yang sebenarnya, pada awalnya bukan ahli PKR, akan tetapi mengetuai satu NGO selepas keluar daripada Umno hujung tahun 2012.

Lajim menerima banyak keistimewaan daripada negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, khususnya projek-projek. Manakala Roland terkial-kial dengan sumbernya sendiri untuk berkhidmat dengan rakyat Inanam.

Pembatalan hasrat meletekkan jawatan kononnya atas nasihat Anwar, Wan Azizah, Azmin Ali dan penyokong beliau di Inanam. Kenyataan Akhbar Roland, tidak menyebutpun Lajim sebagai pendorong kepada pembatalan itu. Adalah dapat dibaca, bahawa penseteruan antara Lajim dan Roland, adalah seperti "tips of iceberg" bila-bila masa akan meledak.

21 December 2014

PERKASA, ISMA =UBF, SSKM PEROSAK KERHARMONIAN BAGI SABAH DAN SARAWAK

KEHADIRAN NGO Perkasa, ISMA, UBF, SSKM hanya menyumbang kepada ketidak harmonian di Sabah dan Sarawak.

Budaya yang cuba diketengahkan oleh NGO-NGO ini adalah budaya ekstrim yang menuju kepada kehacuran hubungan antara kaum, agama dan budaya.

Perkasa dengan isu agama dan ketuanan melayunya, Isma dengan islam radikalnya, UBF dan SSKM dengan pendekatan perkauman yang tebal, boleh menyumbangkan kepada keadaan lebih teruk berbanding keadaan di Bosnia, Afganistan, Iraq dan negera-negara timur tengah yang sedang bergolak.

Tulisan, kenyataan yang bertali arus daripada salah seorang pemimpin Sabah-Datuk Salleh Said Keruak berhubungan dengan ancaman NGO-NGO ekstrim itu menunjukkan bahawa jika tindak tanduk kumpulan ekstrimis itu tidak dibendung, ianya akan menjadi api yang sukar dipadam. Di mana akhirnya Sabah dan Sarawak akan berdepan dengan perbalahan perkauman yang amat ngeri.

Sabah dan Sarawak dengan puluhan kaum, berbagai kepercayaan agama dan budaya, selain latar belakang sosial yang berbeza, tidak sanggup berdepan dengan pendekatan/tindak tanduk kumpulan yang ekstrim seperti Perkasa, Isma, UBF dan SSKM.

IMPAK NEGATIF IBRAHIM ALI PADA BN SABAH DAN SARAWAK

PEMBANGKITAN isu AGAMA DAN MELAYU oleh Ibrahim Ali dan Perkasa MUNGKIN BERIMPAK POSTIF kepada Umno Semenanjung, tetapi berimpak negatif terhadap parti Komponen Bn lain, selain terhadap Sabah dan Sarawak.

Sarawak sudah terkena tempias itu pada PRN negeri itu pada tahun 2011, demikian juga semasa Pilihanraya parlimen pada tahun 2013.

Sabah juga demikian, terkena tempiasan pada PRU-13, di mana untuk pertama kalinya selepas tahun 2004, Bn Sabah kalah sedozen kawasan DUN dan Pembangkang menambah kerusi untuk Parlimen.

Semenanjung mempunyai 165 kerusi Parlimen dipertandingkan. Daripada jumlah itu BN menang 85 kerusi. Ironinya, jumlah yang dimenangi untuk tahun 2008 dan 2013 identical, meskipun Umno menambah 8 kerusi di wilayah itu. Apa yang berlaku adalah Umno menambah kerusi, akan tetapi komponen Bn seperti MCA dan Gerakan kehilangan kerusi yang sangat signifikan. 

Pada PRU-14 akan datang, Komponen BN akan kehilangan banyak kerusi lagi, terutama komponen Parti yang berasaskan bukan islam. MCA diperkirakan akan kehilangan banyak kerusi, diikuti parti Gerakan, sementara MIC mungkin menang 1 atau 2 kerusi.

Kerusi BN untuk Sabah dan Sarawak masih mungkin boleh dipertahankan, atas sebab dua negeri itu boleh bertindak mengenepikan dakwaan Ibrahim Ali dan Perkasa melalui pengharaman kumpulan Ngo itu, selain menghalang kemasukan Presiden Ngo itu ke negeri-negeri itu.

Tindakan ekstrim Perkasa langsung tidak sesuai untuk Sabah dan Sarawak. Pembangkitan isu-isu ekstrim berkaitan agama dan ketuanan melayu, berimpak negatif terhadap kerharmonian beragama di Sabah dan Sarawak.

Salah seorang pemimpin Sabah Datuk Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah pernah memberi kenyataan bahawa tindak tanduk Perkasa dan Isma hanya mendatangkan impak negatif dari segi politik kepada Sabah dan Sarawak. Sebabnya, sejak merdeka masalah agama bukan masalah pokok di dua negeri itu. Malah di awal kemerdekaan, Sabah tidak mempunyai agama rasmi.

Pada Mesyuarat Tahun Ngo ekstrim melayu itu minggu lepas telah memberi amaran kepada 5 pemimpin Umno antara lain kepada Salleh Said Keruak agar tidak mencampuri tindak taduk Perkasa dan ISMA.


Sebenarnya Salleh tidak pernah mencampuri urusan Perkasa, malah satu ketika pernah merasmikan Protem Ngo itu di Sabah. Namun tindakan ekstrim Ngo itu terutama Presidennya, yang hanya bermatalamat menjual bangsanya dan agamanya untuk kepentingan tertentu. 

Salleh sebagai ahli politik yang berpandangan jauh memberi pandangan bahawa tindak tanduk Perkasa boleh mengancam keharmonian beragama dan hubungan sosial antara penduduk di Sabah dan Sarawak.

Tiada kesilapan berkaitan kenyataan Salleh itu, malah selepas itu, Ketua Menteri Sarawak juga pernah berkata bahawa tindak tanduk Perkasa tidak boleh menyebar di bumi kenyalang.

Adalah belum terlambat bagi Sabah dan Sarawak, bertindak berkaitan kehadiran kumpulan Ngo ekstrim itu di dua negeri itu.

20 December 2014

PATI SABAH: Lim Kit Siang Main Politik

Lim Kit Siang langsung tiada merit bercakap berkaitan PATI Sabah. Sebabnya-pemimpin DAP itu tidak pernah bercakappun berkaitan PATI sebagai pemimpin Pembangkang Dewan Rakyat sebelum ini.

Hanya kerana, dia melihat bahawa ada peluang politik, atas faktor ada sebahagian KDM mempersoalkan Laporan RCI, maka Kit Siang turut tumpang tui.

Pemimpin DAP itu mahu menumpang, kerana ada beberapa kawasan di Sabah, di mana terdapat peratusan bahagi tiga antara kaum bumi islam, kaum KDM dan Cina. Mempengaruhi kaum KDM adalah untuk memastikan kawasan-kawasan itu jatuh pada parti pembangkang itu pada PRU.

Sukar disangkal bahawa parti pembangkang boleh menambah kerusi DUN dan atau Parlimen, kalau KDM menolak BN. 11 Kerusi DUN yang dimenangi pada PRU-12, adalah kawasan KDM, dan hanya satu juga kawasan KDM akan tetapi KDM majoriti islam, iaitu DUN Klias.

Pada PRU-14, Matunggung*, Kedamaian*, Tamparuli*, Inanam*, Luyang*, Api-api*, Likas*, Kepayan*, Moyog*, Bingkor*, Sri Tanjong*, Klias*. Tandek, Kiulu, Tanjong Kapor, Tanjong Papat, Elopura, Karamunting, Paginatan, Melalap, Nabawan, Kuala Penyu dan Tambunan merupakan target pembangkang di peringkat DUN, manakala bagi Parlimen pula, Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran, Sepanggar, Kota Kinabalu*, Penampang*, Putatan, Ranau, Pensiangan, Tawau, Batu Sapi, Beaufort, Keningau, Tenom dan Sandakan*. Nota: yang bertanda * dimenangi Pembangkang pada PRU-13.

Bagi kawasan Parlimen- Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran, Tawau, Sepanggar, Putatan, Ranau, Keningau, Tenom dan Pensiangan merupakan kawasan 50-50, meskipun pembangkang mempergunakan PATI sebagai modal utama. Pada kawasan-kawasan ini, BN masih mempunyai kekuatan yang boleh membendung tembusan Pembangkang, hanya Kota Kinabalu, Sepanggar, Batu Sapi, Beaufort dan Sandakan, walaupun Bn berhempas pulas, nampak gayanya kawasan-kawasan itu akan jatuh ke tangan pembangkang.

Analisis ini hanya berasaskan kepada Keputusan PRU-13. Kita tahu setiap pilihanraya, isu berlainan, persepsi juga berlainan, emosi juga berlainan. 

Pada masa ini, pembangkang menaikan emosi rakyat Sabah terutama kaum KDM, sambil diselang seli oleh pemimpin KDM yang ada dalam Bn. Nampaknya pemimpin tersalah baca berakitan Laporan RCI, mereka kini terbawa-bawa dengan emosi sehingga dituang dengan petrol oleh pihak pembangkang terutama Lim Kit Siang. 

Kepada pemimpin KDM bermuhasabah dirilah, Lim Kit Siang atau DAP tidak akan membela KDM dan bumiputera, DAP hanya menjadikan mereka sebagai kuda tunggangan.

17 December 2014

Langkah Inanam- Langkah Anwar Memanaskan Laporan RCI

ANWAR Ibrahim adalah pakar strategi Pakatan Rakyat. Langkah Kajang tidak pernah terfikirkan oleh siapa. Kini, langkah Inanam juga merupakan satu langkah Anwar, jika benarlah sepertimana kenyataan yang dimuatnaik pada laman FB ADUN Inanam itu.

Pengumuman ADUN PKR Inanam Dr Roland Chia Ming Shen untuk mengosongkan kerusi itu melalui laman facebook pada awal hari Rabu dengan menyatakan masalah kesihatan adalah puncanya,kalau benar-benar berlaku memang salah satu strategi Anwar bagi menjawab Lapran RCI PATI Sabah yang diumumkan pada 3 Disember.

Anwar mentafsir kenyataan Pemimpin Utama DAP Lim Kit Siang, jika Laporan RCI diumumkan sebelum PRU-13, maka Sabah kini bukan lagi diperintah BN, sebaliknya oleh Pakatan Rakyat.

Dun Inanam merupakan kawasan campuran Bukan Islam, Islam dan Cina, dengan komposisi 25%-44%-31%. 

Dun Inanam terletak dalam Parlimen P171 Sepanggar, di mana penyandangnya adalah Umno yang dimenangi oleh calon UBN Datuk Jumat Idris pada PRU-13 lalu. Parlimen Sepanggar sememangnya wilayah BN.

Pada PRU-13 lalu, DUN Inanam yang diwakili PBS sejak tahun 1985, kalah kepada calon PKR Dr Roland Chia. Sementara Dun Karambunai pula masih dimenangi calon UBN.

Dun Inanam pada tahun 2013 mempunyai 24,403pengundi. Berasaskan jumlah yang turun mengundi sebanyak 19,653 (80.54%) kemungkinan pecahan yang mengundi menurut kaum adalah bumi islam-8,647, bumi bukan islam 4,913 dan kaum cina 6,093.

Keputusan PRU-13 calon BN mendapat undi 5,724, calon PKR 8,926, manakala calon SAPP 5,003 undi.

Melihat kepada jumlah pengundi islam yang mengundi dibandingkan dengan undi yang diperoleh Bn, menggambarkan bahawa pengundi islam tidak sepenuhnya menyokong Bn.

Trend pengundian bagi Dun itu pada PRU-13 bukan dicerminkan oleh komposisi kaum, melain kombinasi berbagai kaum.

Daripada jumlah undi, calon yang menang hanya mendapat 45.42 peratus, ertinya pemenang tidak mendapat undi popular. Calon Bn mendapat 29.13 peratus undi popular, manakala SAPP salah satu parti pembangkang mendapat 25.46 peratus undi popular.

Memandangkan Laporan RCI tidak diterima oleh kaum KDM termasuk para pemimpinnya, maka PR memanfaatkan situasi itu untuk mencipta memontum bagi memperlancar usaha mereka mendapatkan seberapa banyak kerusi di Sabah. Sabah dan Sarawak merupakan penghalang utama PR merampas Putrajaya bagi PRU yang telah dijalankan.

Jika berlaku PRK Inanam, maka ianya flatform BN terutama parti-parti komponen Bn yang berpaksi kepada KDM. Visi Do or Die mungkin akan berlaku.

Impak Negatif Terhadap Pengusiran Pekerja Asing/PATI

BELUMPUN Kerajaan memulakan tindakan memburu, menangkap dan mengusir pekerja asing/PATI, sektor Pembinaan Sabah sudah berteriak kerana sektor itu akan berdepan dengan masalah besar.

Berkali-kali OKB berhujah bahawa kebanjiran warga asing/PATI di Sabah adalah disebabkan oleh permintaan sektor yang memerlukan pekerja kolar biru seperti pembinaan, perladangan dan perikanan selain perkebunan.

Pembangkang dan pihak-pihak lain yang beretorik politik, hanya tahu menuding jari kepada kerajaan umumnya dan khasnya kepada Umno/Bn, bahawa kononnya menternak warga asing/Pati. Apa yang paling malang adalah tuduhan, kononnya Umno/Bn mempergunakan mereka untuk mempertahankan kuasa.

Semalam di Semenanjung persatuan Pembinaan di Malaya berteriak juga, apabila kerajaan memutuskan menghantar pulang semua PATI yang termasuk dalam program 6P yang meliputi 500,000 orang. Sektor itu akan lumpuh kerana berdepan dengan kekurangan pekerja.

Di Sabah pula, di muka depan Surat Khabar Daily Express pada Rabu, Persatuan pembinaan Sabah menyuarakan bahawa tindakan kerajaan memburu, menangkap dan menghantar pulang PATI mempunyai impak negatif terhadap sektor itu, sebabnya 95% perkerja sektor itu adalah warga asing/PATI.

11 December 2014

Sabah Tumpu Kepada Penahanan dan Penghantaran PATI: MUSA

Kerajaan Sabah akan memberi tumpuan terhadap penahanan dan penghantaran pulang pendatang tanpa izin di samping membendung kemasukan warga asing secara haram.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menegaskan ia adalah sebahagian daripada langkah drastik yang akan diambil untuk menangani masalah pendatang tanpa izin yang sejak sekian lama menghantui penduduk di Sabah.

“Bagi fokus pertama (penahanan dan penghantaran pulang pendatang tanpa izin), kami meneliti butiran beberapa aspek yang perlu ditambah baik dalam operasi sedia ada oleh agensi berkaitan.

“Kami bersetuju untuk memperkenalkan semula secara segera operasi bersepadu dan saya telahpun mengarahkan persediaan praoperasi dilakukan secepat mungkin untuk memperkukuhkan operasi yang akan dilaksanakan,” katanya menerusi kenyataan di sini pada Rabu Kenyataan itu dikeluarkan selepas Musa mempengerusikan dua mesyuarat berkaitan keselamatan di Sabah hari ini iaitu Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri dan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Ketua Menteri berkata fokus pertama akan turut merangkumi peningkatan keupayaan Pusat Tahanan Sementara yang pada masa ini boleh menempatkan 5,000 orang pada satu-satu masa.

Beliau menjelaskan lokasi sesuai dan bangunan yang boleh diubah suai serta diwartakan sebagai Pusat Tahanan Sementara telahpun dicadang bagi memastikan keupayaan untuk menahan dapat dipertingkatkan tanpa sebarang kelewatan yang lazimnya berlaku ketika pembinaan pusat baharu.

Katanya terdapat juga keperluan untuk menyemak dan menambah baik Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan proses penghantaran pulang pendatang tanpa izin, yang turut merangkumi aspek seperti reman, siasatan, dokumentasi dan jadual penghantaran pulang.

“Sungguhpun SOP sedia ada sudah ditambah baik daripada purata enam bulan hingga dua bulan, tempoh ini masih dilihat agak lama dan memerlukan kos operasi yang tinggi dari segi penyediaan makanan kepada tahanan, penyelenggaraan dan keselamatan.

“Penambahbaikan SOP ini akan memerlukan rundingan dan kerjasama daripada negara asal memandangkan komitmen diperlukan daripada negara berkenaan dalam usaha mengurangkan masa yang diambil untuk menghantar pulang tahanan,” katanya.

Dalam hubungan ini, Musa berkata Pasukan Petugas Khas yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri ditubuhkan untuk membuat susulan terhadap dua tindakan yang akan dilaksanakan dan untuk mengetuai pelaksanaan operasi bersepadu itu.

Beliau turut menggesa semua pihak terutamanya majikan dalam memastikan pekerja mereka mempunyai dokumen dan permit kerja yang sah, manakala pemimpin masyarakat, ketua kampung dan pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung pula diarah supaya memberi kerjasama kepada agensi keselamatan dengan menyalurkan maklumat berkaitan pendatang tanpa izin di kawasan masing-masing.

Beliau memberi amaran tindakan akan diambil terhadap mereka yang melindungi pendatang tanpa izin.

Bagi fokus kedua (membendung kemasukan warga asing secara haram), Musa berkata kerajaan bersetuju untuk memperluaskan strategi sedia ada dalam menguatkuasakan perintah berkurung di ESSZone, yang akan diperkukuhkan lagi dengan cadangan melaksanakan strategi baharu untuk mewartakan pulau yang digunakan oleh pendatang tanpa izin dan penjenayah sebagai Kawasan Larangan.

“Strategi ini penting kerana pulau dalam perairan ESSZone adalah antara lokasi jenayah rentas sempadan termasuk penyeludupan, penculikan dan penyembunyian pendatang tanpa izin sebelum mereka memasuki Sabah,” katanya, dan menambah terdapat lebih 360 pulau dalam ESSZone dan 83 daripada pulau itu terletak di Semporna.

secara prinsip, Musa berkata pelaksanaan untuk mewartakan pulau yang disasarkan itu sebagai Kawasan Larangan bergantung kepada kajian yang akan dijalankan oleh sebuah jawatankuasa bertindak.

“Sama dengan strategi perintah berkurung, kami yakin strategi Kawasan Larangan akan mewujudkan kesan ketara dalam agenda kami untuk membendung kemasukan pendatang tanpa izin.

“Ini sebaliknya akan membantu kerajaan negeri dalam mengatasi masalah pendatang tanpa izin yang menjadi fokus utama kami pada masa depan,” katanya.

8 December 2014

CUBA TANYA MEREKA YANG DILAHIRKAN SEBELUM TAHUN 1960, BERAPA RAMAI KAH ADA SURAT BERANAK?

BUKAN sahaja separuh penduduk Sabah yang dilahirkan sebelum 1960, malah lebih daripada itu, TIDAK MEMPUNYAI SURAT BERANAK!!!!. Keadaan ini yang menjadi kebimbangan pengasas Kemerdekaan Sabah Tun Mustapha Harun dan Tun Fuad Stephens, semasa Sabah bercadang menyertai Pembentukan Persekutuan Malaysia.

Kalau rakyat tidak mempunyai Kad Pengenalan, bagaimana mereka boleh diterima bersekolah?, lagipun bagaimana mereka MENERIMA bantuan-bantuan daripada kerajaan.

Atas sebab itu, kedua-dua pemimpin pengasas kemerdekaan itu meminta Kerajaan Persekutuan memasukan satu kluasa dalam Akta Pendaftaran yang akan membolehkan permohonan IC dibuat bersama dengan akuan berkanun yang dikeluarkan oleh ketua Kampung.

Bagaimanapun, lama kelamaan, hak ini disalahgunakan. Ada ketua kampung tertentu menjual akuan berkanun ini atas sebab-sebab tertentu atau peribadi. Mereka membawa orang luar pergi ke Jabatan Pendaftran Negara (JPN) dan mengaku warga asing ini dilahirkan di kampung mereka.

Dalam keadaan ini, Pengarah JPN di Sabah tidak mempunyai kuasa untuk menolak permohonan kerana Sabahlah yang meminta undang-undang seperti itu. Peraturan atau undang-undang itu untuk mengatasi masalah pada masa itu, namun ianya mengwujudkan masalah lain, sepertimana yang dihadapi Sabah pada masa ini.

Jika selama ini, ramai pemimpin Sabah atau pihak-pihak tertentu menuding jari kepada Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad, kononnya terlibat dalam Projek IC, namun mereka sebenarnya tidak mengetahui, bahawa mantan Perdana menteri itulah yang membatalkan penggunaan dokumen tersebut (akuan berkanun).

Akhirnya permohonan Kad Pengenalan perlu mengemukankan Sijil Kelahiran, jika ketiadaan dokumen itu, maka perlukan pendaftaran lewat, yang memerlukan prosedur tertentu, dan tandatangan doktor sesebuah hospital diwajibkan.

APA YANG PERLU DIBUAT BERKAITAN DENGAN KAD PENGENALAN DIDAPAT DENGAN SURAT BERKANUN?

Jika keputusan diambil, bahawa mereka yang mendapat Kad Pengenalan biru, yang menggunakan SURAT SUMPAH atau SURAT AKUAN ATAU SURAT BERKANUN, DITARIK BALIK KAD PENGENALAN ITU, maka lebih separuh penduduk Sabah akan kehilangan STATUS WARGANEGARA.

Tentu sebabnya KERAJAAN pada masa itu, membuat keputusan, bahawa mereka yang TIADA SURAT BERANAK, maka PERLU MEMBUAT SURAT SUMPAH ATAU SURAT AKUAN, untuk memohon Kad Pengenalan; kerana mengetahui bahawa melalui bancian penduduk Sabah tidak mempunyai sebarang dokumen.

Malangnya, ada pihak-pihak tertentu menyalahgunakan keputusan Kerajaan itu, untuk Tujuan MENDAPATKAN WANG. Ketua Kampong, yang tidak TAHU apa itu RASUAH, hanya terbuai dengan PEMBERIAN WANG, apabila diminta memberi pengakuan terhadap orang BUKAN TEMPATAN yang memohon PENGESAHAN, berkaitan kampung pemohon, ITULAH TEMUAN RCI DAN PERSEPSI MEREKA YANG MEMPERTIKAI PERTAMBAHAN PENDUDUK SABAH. Mereka-mereka ini, langsung tidak menggunakan faktor biologi, faktor ekonomi untuk berhujah. Mereka hanya bersandar kepada angka-angka statistik dan Persepsi.

JIKA DEMIKIAN, BERAPA RAMAI KAH KETUA KAMPUNG AKAN DIHERET KE MAHKAMAH? BAGAIMANA KAH MENGENAL PASTI ORANG BUKAN TEMPATAN ITU? APA KAH MENTERI DI JABATAN KETUA MENTERI DATUK TEO CHEE KANG, YANG JUGA PRESIDEN LDP BOLEH MEMBANTU???? BILA KAH BELIAU LAHIR? ATAU DATUK MADIUS TANGAU, MP TUARAN BOLEH MEMBANTU??? MENGENAL PASTI ORANG-ORANG BUKAN TEMPATAN ITU??? ATAU MEREKA MEMINTA BANTUAN KEPAKARAN DR JEFFREY G KITINGAN ATAU DR CHONG ENG LEONG????

MEREKA-MEREKA INI, hanya menyalahkan MENGAPA IBU MENGANDUNG!!!!, itu sahaja alasan mereka; tanpa langsung melihat melihat hubungan pertambahan penduduk dengan sosio ekonomi. Mereka cuba menidakkan, temuan pakar-pakar sosiologi, bahawa kadar kelahiran tinggi selari dengan kadar kemiskinan suatu negeri atau kumpulan masyarakat.

Memang diakui bahawa seramai 68,703 warga asing diberikan kerakyatan Sebah daripada tahun 1970 hingga tahun 2010; namun 10 kali ganda daripada angka itu merupakan warga asing berada di Sabah pada tahun 2010.

Kalaulah benar, bahawa pemegang IMM13 diberikan kewarganegaraan, mengapa temuan semalam oleh pihak polis dan imigresen di Penempatan Kinarut, seramai lebih kurang 5,000 pemegang IMM13 belum diberi kewarganegaraan?

ADALAH malang, RCI yang ditubuhkan gagal menemukan perincian WARGA ASING yang mendapat KAD pengenalan BIRU melalui sindiket, yang berlaku pada tahun 90-an. 

Umum mengetahui bahawa seramai 90-an ditangkap menggunakan ISA pada tahun 1995 dan seterusnya termasuk para pegawai Jabatan Pendaftran, Imigresen, orang-orang awam dan ahli politik kerana terlibat dalam satu sindiket menjual Kad Pengenalan Biru Malaysia. 

Sejak masa itu juga berlakunya pemberisihan Kad Pengenalan yang dikeluarkan melalui sindiket itu, malangnya pihak RCI gagal merinci berapa banyak kah mereka yang ditangkap menggunakan Kad Pengenalan Palsu.

Tetapi apa yang nyata sejak tahun 90-an, malah hingga kini, kita masih terbaca dan mendengar bahawa terdapatnya orang-orang asing ditangkap kerana menggunakan kad pengenalan palsu saban hari, 7 hari seminggu.

Jika dipuratakan daripada tahun 1991-hingga 2010, bahwa setiap hari seluruh Sabah tertangkapnya 50 orang pemegang Kad Pengenalan palsu, maka selama 10 tahun, ianya melibatkan 182,500 orang; jika sindiket menjual minima RM500 setiap Kad, ertinya sindiket mengaut keuntungan lebih RM91 juta ringgit. 

Patutpun, ramai daripada sindiket itu tiba-tiba kaya raya, berlifestyle mewah, mampu membeli kereta-kereta mewah, malah nombor pendaftaran single.

Hingga kini, mereka yang termasuk dalam sindiket itu hidup mewah!!!!!!, malah salah seorang daripadanya mengaku sebagai SULTAN.

APA SEBENARNYA YANG MENJADI KEBIMBANGAN?

Apa kah 68,703 yang diberikan Kad Pengenalan itu membimbangkan? Jumlah itu diberikan oleh Jabatan Pedaftaran Negara semasa pendengaran RCI, namun RCI dalam laporannya tidak dapat merinci, di mana mereka itu sekarang, atas sebab, mereka-mereka itu tidak terdapat dalam senarai pengundi. Senarai pengundi mengandungi senarai lokaliti seseorang warga yang mendaftar menjadi pengundi.

Apa kah sejumlah 867,190 warga asing yang berada di Sabah tahun 2010 membimbangkan? Kalau membimbangkan daripada segi apa? paling-paling negeri ini kekurangan makanan, atau mereka-mereka itu menyumbang kepada masalah sosial seperti jenayah.

Disebabkan warga asing itu, ramai yang tidak mempunyai dokumen, maka tugas pihak berkuasa adalah untuk memburu mereka, mudah-mudahan pada tahun 2020, bancian penduduk Sabah berikutnya, kehadiran mereka di negeri ini, kalaupun tidak terhapus seluruhnya, akan tetapi hanya dalam jumlah yang sangat minima.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels