CALON-CALON BN Sabah pada PRU-13 bakal mengemukakan calon-calon baru yang terdiri samada orang muda atau muka baru.
Suara Rakyat mendapat maklumat bahawa antara kawasan yang mendapat calon muka baru adalah Parlimen Penampang, Dun Kiulu. Dun Matunggong, Dun Inanam, Dun Bingkor, Parlimen Pensiangan, Dun Sook, Dun Sugut. Demikian bagi Parlimen Tawau, Dun Karamunting, Dun Likas dan Dun Luyang serta Parlimen Sepanggar kerana kawasan-kawasan ini diwakili parti SAPP yang keluar daripada BN pada 17 September 2008.
Kejutan yang mungkin berlaku, pada calon-calon Bn Sabah apabila salah seorang Presiden Parti Komponen, daripada KDM tidak bertanding pada PRU-13 ini dan diganti oleh seorang pemimpin veteran.
Difahamkan juga Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup tidak mempertahan Parlimen Pensiangan dan akan bertanding di kawasan DUN pada kali ini.
Parti komponen Bn Sabah yang diberi mandat untuk merampas kerusi-kerusi yang dikuasai SAPP adalah Umno bagi Parlimen Sepanggar, dan Ketua Bahagian Umno kawasan itu Datuk Jumat Idris bakal dicalonkan. Bagi Dun Likas akan ditandingi calon PBS, manakala Dun Luyang oleh Parti LDP. Sementara Parlimen Tawau, samada oleh parti Gerakan atau PBS.
Sabah mempunyai 25 kawasan Parlimen dan 60 kawasan Dun. Sebelum Parlimen dibubarkan Bn Sabah menguasai 20 kerusi Parlimen, SAPP 2, DAP 1, APS 1 dan PPS 1. Sementara di peringkat DUN, BN Sabah menguasai 57 kerusi, SAPP 2 dan DAP 1.
Parti Umno Sabah, tidak banyak melakukan perubahan calon-calon, kecuali bagi kawasan Dun Sugut yang diwakili oleh Datuk Surady Kayong. Tempat Surady akan diambil oleh Ketua Bahagian Umno Beluran, Datuk James Ratib.
Parti PBS adalah komponen BN Sabah yang ramai mengemukan calon-calon baru. Dun Matunggong akan ditandingi semula Oleh Jornah Majaham-mantan wakil rakyat kawasan itu. Sementara Datuk Lovis Rampas bagi Dun Kiulu akan digantikan oleh muka baru, demikian juga Dun Inanam bakal menerima calon baru, apabila penyandang Datuk Johnny Goh digugurkan.
Parti Upko juga tidak ketinggalan mengemuka calon-calon baru. Berasaskan maklumat, ADUN Bingkor Justin Gungka akan digugurkan, kerana kawasan itu akan ditandingi oleh Joseph Kurup sebagai pertukaran bagi kerusi Parlimen Pensiangan.
Parlimen Penampang pula bakal menerima calon baru- Datuk Clearance Bongkos Malukun, Pengerusi IDS Sabah. Dengan bertandingnya Clearance Bongkos Malukun di Penampang, setakat ini tidak diketahui dengan pasti, status Presiden UPKO Tan Sri Bernard Dompok.
Selain kejutan-kejutan tersebut, kejutan kecil yang bakal berlaku, apabila Presiden PBS Tan Sri Pairin Kitingan hanya bertanding untuk Parlimen Keningau dan Dun Tambunan bakal ditandingi muka baru.
Bagi Parlimen Beaufort akan ditandingi oleh Datuk Azizah Dun Banir, sementara Dun Klias bakal ditandingi Timbalan Ketua bahagian Umno Beaufort Isnin Aliansah.
Sementara itu, bagi Dun Tanjung Batu Tawau, yang disandang Datuk Hamisah Samat bakal menerima calon muka baru, walaupun keputusannya belum muktamad.