12 September 2009

Pas Perak: Nizar Masih Menteri Besar

PAS Negeri Perak tidak terkejut dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azahar Mohamed yang memutuskan mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan Sivakumar kerana ianya melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah.

Malah Pas Perak amat bersetuju bahawa Sivakumar sebagai Speaker DUN Perak telah mengikuti semua paraturan di dalam membuat keputusannya terhadap penggantungan dan denda terhadap Zambry dan 6 Exconya adalah sah mengikut Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan tersebut.

Perkara ini jelas bertentangan apabila Zambry dan 6 Exconya melanggari keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak.

Pas Perak juga amat berkeyakinan bahawa Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan itu juga mengesahkan bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sebenar dan sah di sisi Undang-Undang kerana penggugurannya telah dibuat di luar DUN Perak.

Pas Perak meragui keputusan 3 orang Hakim Mahkamah Rayuan semasa menolak pengesahan Datuk Seri Nizar sebagai Menteri Besar yang sah tanpa dokumen bertulis amat tidak mempertegaskan Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan ini.

Oleh yang demikian, Pas Perak amat berkeyakinan dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi tersebut bahawa keputusan kelak akan bersama dengan Pakatan Rakyat untuk terus menerajui Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak.

11 September 2009

Kemelut Terengganu Muhyiddin dimalukan??

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dilaporkan menolak tawaran Umno pusat untuk melantik beliau menjadi menteri kerajaan pusat yang diusulkan sebagai langkah meredakan persengketaan dua pihak antara kumpulan Ahmad dengan geng bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusuh.

Kemungkinan besar penolakan secara mentah itu kerana menyifatkan usaha Umno pusat seolah merupakan penyingkiran secara halus kepentingan dan pengaruh politik beliau di Terengganu.

Ahmad dikatakan tidak mendapat sokongan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno sebaik keputusan PRU-12 diketahui, namun kerana atas desakan orang-orang tertentu, Ahmad Said bertindak secara sendiri yang akhirnya memberi keuntungan kepada beliau apabila Sultan akhirnya bersetuju melantik Ahmad sebagai Menteri Besar selepas pilihan raya umum pada Mac 2008.

Hasil daripada jawatan itu, secara perlahan beliau mula membina pengaruh dan sokongan daripada beberapa Exco kerajaan negeri. Bagaimanapun beliau masih lagi tidak mencapai majoriti jika dibandingkan golongan pro Idris yang diketuai Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid.

Jika mengikut pihak yang memboikot majlis yang diusahakan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu seramai 15 orang maka hanya lapan Adun Umno yang menyokong Ahmad.

Dua daripada lapan orang yang hadir itu dikatakan juga kumpulan penyokong Idris. Muhyiddin menawarkan diri untuk menyelesaikan krisis politik dalaman Umno Terengganu seperti barah yang sudah pecah sehingga rakyat negeri itu turut menjadikan agenda perbincangan di kedai kopi, apabila Pengerusi Perhubungan Umno,Dato Seri Hishammuddin Hussein, akhirnya turut gagal mengatasi konflik tersebut.

Sebaliknya Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri, terpaksa melalui zaman amat mengaibkan apabila majlis usaha beliau pada 3 September untuk menyatukan dua bertelagah itu, diboikot oleh kumpulan Adun Umno yang menentang Ahmad.

10 September 2009

Peluang Nizar masih ada:Permohonan Sivakumar lawan SPR 29 september

Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V.Sivakumar dan enam yang lain akan mengetahui pada 29 Sept ini sama ada mereka boleh mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi di negeri itu.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Lau Bee Lan, menetapkan tarikh itu selepas Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaludin Md Said dan peguam Sivakumar, Datuk S.Ambiga, selesai berhujah dalam satu prosiding selama dua setengah jam dalam kamar hakim hari ini.

Sivakumar, bersama tiga wakil rakyat pembangkang Chen Fook Chye, Tai Sing Ng dan A. Sivanesan serta tiga pengundi, Ahmad Sabry Wahab (Behrang), Abdul Latif Ariffin (Changkat Jering) dan Foo Hon Wai (Jelapang), memohon perintah untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi membatalkan keputusan SPR untuk tidak mengisytiharkan sebagai kosong kerusi Behrang, Changkat Jering dan Jelapang, ekoran tindakan wakil rakyat di situ yang mengisytihar diri mereka sebagai Bebas.

Dalam pilihan raya umum lepas, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) menang sebagai calon Parti Keadilan Rakyat manakala Hee Yit Foong (Jelapang) menang atas tiket DAP.

Tindakan mereka keluar parti masingmasing untuk memberi sokongan kepada Barisan Nasional menyebabkan kerajaan Perak yang ketika itu diperintah oleh pakatan Pas-PKR-DAP tumbang.

Pada 3 Februari, Sivakumar memaklumkan kepada SPR bahawa ketiga-tiga kerusi itu kosong berdasarkan surat daripada ketigatiga wakil rakyat yang kononnya menyatakan mereka meletak jawatan.SPR bagaimanapun meragui peletakan jawatan itu dan enggan mengadakan pilihan raya kecil.

Sivakumar dan enam pihak itu memohon perintah bahawa kerusi-kerusi berkenaan adalah kosong dan memohon injunksi bagi menghalang Jamaluddin, Osman dan Hee daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Dalam prosiding hari ini, Kamaludin menolak dakwaan Sivakumar yang beliau mempunyai kuasa untuk mengisytihar ketiga-tiga kerusi itu sebagai kosong mengikut Perkara 35 Undan-gUndang Tubuh Perak. Katanya Perkara 35 tidak memberi kuasa kepada Speaker untuk membuat keputusan sedemikian kerana peruntukan itu sekadar merujuk kepada seseorang anggota dewan undangan negeri untuk meletak jawatan.

Beliau berkata hak itu tertakluk kepada Perkara 36 (5) yang menetapkan bahawa SPR seharusnya menentukan sama ada terdapat kekosongan.

Ambiga pula berhujah bahawa SPR gagal untuk menyatakan asas dan prosedur yang digunanya untuk membuat keputusan untuk tidak mengisytiharkan kerusi-kerusi itu kosong.

Katanya SPR tidak memberikan keputusan yang jelas kerana suruhanjaya itu sekadar menyatakan ia tidak pasti sama ada berlaku kekosongan atau tidak

9 September 2009

Nizar:Jawatan MB Tertutup Rapat buat masa sekarang

Peluang Nizar dalam segi perundangan sudah tertutup rapat. Mahkamah tidak lagi dapat mempertimbangkan seluruh usaha Nizar mendapatkan semula MBnya melalui Sivakumar.

Hakim terpaksa ikut undang-undang yang sudah tertulis. Mahkamah tidak dapat membuat keputusan ikut budibicara atau sesuka hati. Yang Arif Azhar Mohammad memutuskan bahawa persidangan pada 7 Mei lalu adalah perkara dalaman, mahkamah tidak boleh melibatkan diri di dalamnya.

Kes yang didengar oleh Yang Arif Azhar Mohammad adalah saman Sivakumar terhadap M.Ganesan. Dalam saman tersebut Sivakumar mendakwa bahawa M.Ganesan salah dan mencoroboh kawasan DUN kerana pada masa itu M.Ganesan bukanlah ADUNegri, malah tidak kena mengena dengan perjalanan sidang DUN Perak.

Yang Arif Azahar Mohammad membuat penghakiman bahawa kes tersebut tidak boleh didengar oleh mahkamah kerana bertentangan dengan perlembagaan negara artikel 72 perlembagaan negara.

Nizar: Malang sungguh Nasib Mu:Sivakumar saman M.Ganesan: Mahkmah tolak

Peluang Nizar dalam segi perundangan sudah tertutup rapat. Mahkamah tidak lagi dapat mempertimbangkan seluruh usaha Nizar mendapatkan semula MBnya melalui Sivakumar.

Hakim terpaksa ikut undang-undang yang sudah tertulis. Mahkamah tidak dapat membuat keputusan ikut budibicara atau sesuka hati. Yang Arif Azhar Mohammad memutuskan bahawa persidangan pada 7 Mei lalu adalah perkara dalaman, mahkamah tidak boleh melibatkan diri di dalamnya.

Kes yang didengar oleh Yang Arif Azhar Mohammad adalah saman Sivakumar terhadap M.Ganesan. Dalam saman tersebut Sivakumar mendakwa bahawa M.Ganesan salah dan mencoroboh kawasan DUN kerana pada masa itu M.Ganesan bukanlah ADUNegri, malah tidak kena mengena dengan perjalanan sidang DUN Perak.

Yang Arif Azahar Mohammad membuat penghakiman bahawa kes tersebut tidak boleh didengar oleh mahkamah kerana bertentangan dengan perlembagaan negara artikel 72 perlembagaan negara.

Permohoan Sivakumar ditolak dengan kos.

8 September 2009

Nizar Tak Sangka Zambry jadi MB

Zambry tidak pernah dipilih oleh rakyat Perak jadi menteri besar. Zambry jadi menteri besar kerana Nizar beri kepadanya. Nizar tak jaga orangnya, kerana dia asyik dengan urusannya sendiri.

Akibat perbuatan Nizar rakyat Perak jadi kucar kacir. Kerajaan yang tidak menentu. Kecoh sana kecoh sini. Wakil rakyat yang sepatutnya membela rakyat terpaksa tidak peduli rakyat, kerana sibuk berebut tempat bersidang lah, berebut kereta camry lah, dan macam-macam lagi.

Sekiranya Nizar yang dipilih rakyat untuk menajdi MB menjaga wakil-wakil rakyat di bawah kepimpinannya, sudah tentu 3 orang ADUN Pakatan tidak menjadi bebas.

Nizar selama 11 bulan jadi MB hanya sibuk mengurus kepentingan Datuk Ngo dan Ngeh, kerana dua ADUN DAP ini adalah remote control Nizar. Nizar alfa kepada remote control ini, sehinggakan 3 orang rakan hilang di rimba.

Zambry walaupun pada awalnya bukan pilihan rakyat jadi MB, terpaksa akur dengan rezeki yang bergolek di depannya. Rezeki jangan ditolak. Rezeki datang sambut lah dengan shukur.

Nizar baru terngada apabila baton kekuaasaan terpaksa diserahkan. Dah terlambat Nizar.. tunggu pru-13 tahun 2012.

Khalid Ibrahim akan ikut jejak Nizar

WALAUPUN Pilihan Raya Umum Ke-12 sudah berlalu 18 bulan, akan tetapi kerajaan dibawah Khalid Ibrahim tidak mempunyai usaha untuk memajukan dan meningkatkan perekonomian negeri.

Selangor sebuah negeri yang terkaya semasa pemerintahan kerajaan BN sejak merdeka. Namun apabila Pakatan mengambil alih kerajaan jelas dan terang terang mereka telah gagal mentadbir negeri Selangor.

Tidak siapa boleh menafikan bahawa Pakatan sememangnya jelas gagal mentadbir Selangor. Seawal bulan pertama , pegawai khas MB terpaksa dipecat kerana terlibat dalam rasuah kontrak dan seterusnya banyak lagi rasuah rasiah yang teloah dilakukan oleh DAP sehingga mereka terpaksa membuat macam macam cara untuk menutup rasuah mereka.

MB juga perlukan banyak wang, lebih dari 66 juta untuk membayar hutang kepada Bank Islam. Bagaimanakah MB mahu mencari wang sebanyak ini untuk membayar Bank Islam sedangkan gaji beliau tanpa dikurang satu sen pun berpuluh tahun tidak akan mampu membayar hutang sebanyak itu.

Selangor kini sudahhampir muflis dan tidak berduit lagi sehingga MB , Ahmad Khalid ingin memakai duit zakat untuk disalurkan kepada pembangunan dan projek projek negeri Selangor, ini lagu teruk dari kerajaan BN. Isu seleweng duit anak syarikat kerajaan negeri Selangor dan beli lembu untuk pemberian zakat oleh MB Selangor , Isu Proton Perdana yang baru berusia dua tahun ditukarkan dengan Camry di mana RonnieLiu adalah merupakan agen kepada penjualan Camry di Selangor dan Perak.

Terbaru isu arak yang gagal diselesaikan oleh MB Selangor yang amat memalukan orang Islam dan juga PAS, PAS terpaksa tunduk kepada DAP dan Pas terpaksa menelan syarat syarat yang diberikan oleh DAP dan kini rakyat Selangor menggangap PAS sebagai kedua kayu kepada PKR.

Itu belum lagi isu kuil , banyak lagi isu yang akan timbul dan membayangkan betapa Khalid cakap tidak serupa bikin, mereka gagal mentadbir Selangor.

Khalid seharusnya bertanggung jawab dan meletakan jawatan, Kahlid yang kini merasakan bahawa kepimpinan beliau gagal mentadbir Selangor pernah mengatakan bahawa beliau tidak kesah jika PKR tewas pada pilihan raya yang akan datang.

Jika rakyat Selangor tidak lagi boleh menilai kan akan kepimpinan PKR di Selangor pada PRU 13 yang akan datang, pasti Selangor akan menjadi negeri yang paling kelam kabut di Malaysia.

Kalau sekadar berjanji dan menanam tebu dibibir semua orang boleh lakukan. Bila mereka memerintah, baru mereka tahu bahawa bukan mudah untuk memerintah, ini baru negeri, belum lagi negara. Kalau mereka memerintah Malaysia, rasanya mahu tunggang terbalik negara kita, inilah bezanya pengalaman berpuluh tahun memerintah dan baru setahun jagung tetapi sudah berlagak bijak.

Memandangkan keadaan Selangor sekarang, rasanya desas desus yang mengatakan bahawa 31 ADUN telah membuat akujanji untuk diserahkan kepada Sultan Selangor, yang khabarnya telah dipersembahkan oleh Dr Hassan Ali kepada Baginda Sultan.

Isi aku janji tersebut bahawa 31 ADUN telah hilang kepercayaan kepada Khalid mentadbir urus negeri.

Jika akujanji 31 ADUN itu menjadi kenyataan, adalah diperkirakan dalam masa terdekat Khalid Ibrahim terpaksa meletak jawatan sebagai MB!!!

Wanita Malaysia tersesat di Korea Selatan sejak perang Dunia-2 Minta dikebumi cara Kristian

Mariam memegang gambar anak-anaknya

KOTA TINGGI: "Saya terkilan mak buat wasiat hendak dikebumikan secara Kristian kerana kami langsung tidak tahu menahu mengenai wasiat itu," kata Jelani Sonni selepas mendapat tahu ibunya, Mariam Johari, 88, rakyat Malaysia yang terkandas di Korea Selatan sejak 64 tahun lalu, meninggal dunia, malam kelmarin.

Jelani, 72, berkata beliau mendapat tahu berita kematian ibunya di sebuah rumah kebajikan di Seoul daripada anak saudaranya, Ahmad Onn, kira-kira jam 10.30 pagi semalam.

Katanya, beliau hanya tahu Mariam ada membuat wasiat sebelum menyambut Ramadan, tetapi
tidak tahu kandungannya.

Mariam Johari pernah pulang ke Malaysia suatu ketika dahulu, namun tetap memilih Korea Selatan sebagai negaranya.

Mariam dijumpai oleh seorang wartawan bebas dan menghibahkan penemuannya itu kepada kedutaan Malaysia di Seoul.

Pihak kedutaan dapat menjejaki keluarga Mariam di Johor dan megatur kepulangan Mariam ke Malaysia, namun Mariam lebih memilih Korea Selatan sebagai negaranya.

Mariam tersesat ke Korea Selatan semasa perang dunia-2 kerana mengikuti kekasihnya berbangsa korea.

7 September 2009

Nizar Kehilangan Taring, sementara Khalid Ibrahim kemungkinan TUMBANG

Sudah 11 bulan Nizar kehilangan kuasa. Sudah 11 bulan juga usaha Nizar mendapatkan semula kuasa.

Berbagai usaha Nizar mendapatkan kuasa semula, apa kah melalui perbuatan menderhaka kepada Sultan Perak, melalui mahkamah, melalui tunjuk perasaan, melalui bakar lilin, melalui pakaian seragam hitam, melalui persidangan bawah Pokok, laungan BUBAR DUN di dewan rakyat dan yang terakhir persidangan dewan HOTEL Heriatge.

Namun semuanya itu tidak membolehkan Nizar mendapatkan semula kuasanya. Kuasanya telah hilang kerana melalui perbuatannya sendiri. Nizar terpaksa menyerahkan kuasanya kepada Zambry, kerana 3 ADUN hilang kepercayaan kepada Nizar, kerana Nizar dalam membuat keputusan, bukan atas kapasitinya sebagai MB tetapi atas remote control Ngo dan Ngeh.

Semasa dalam kuasa pun sebenarnya Nizar tidak bertaring, kerana yang bertaring adalah DAP melalui Ngo. Layanan luarbiasa Nizar kepada Ngo dan Ngeh membuatkan Hee Yit Foong (DAP) hilang kepercayaan kepada Nizar dan juga DAP.

Sementara Nizar hilang taring sudah di Perak, khabarnya Khalid Ibrahim terpaksa memberi laluan kepada MB baru di Selangor. Desas desus mengatakan ada 5 ADUN PAKATAN TELAH BERJUMPA NAJIB MEMBINCANGKAN ISU PEMBENTUKAN KERAJAAN BARU DI SELANGOR.

Nizar ada peluang lagi kah rebut MB??

Sejak kehilangan jawatan menteri besar, Mohd Nizar Jamaludin (Lim Ah Chong) telah beberapa kali mencoba mendapatkan jawatannya semula.

Cobaan melalui mahakamah telah berjaya, namun tidak sampai 24 jam, jawatan menteri besar terlepas semula.

Nizar telah beberapa kali berusaha mendapatkan jawatan MB termasuk perebutan kuasa pada sidang DUN Perak pada 7 Mei lalu.

2 Spetember lalu Nizar berusaha sekali lagi mendapatkan semula jawatan MB dengan mengadakan sidang dewan wakil rakyat Pakatan di sebuah Hotel di Ipoh.

Tiga keputusan telah diambil, selain menggantung Mohd Zambry Kadir, juga memenjarakan M.Ganesan dan timbalannya Hee Yit Pong selama 6 bulan berserta denda 500 ribu ringgit.

Keputusan persidangan wakil rakyat Pakatan ini perlu diperkanan kan oleh Sultan Perak dan seterusnya diwartakan.

Jika Sultan Perak memberi perkenan kepada keputusan yang dibuat tersebut, maka Nizar akan dapat jawatannya semula.

Namun peluang Nizar mendapatkan perkenan melalui Sivakumar adalah sangat kecil, kerana Sultan Perak sebelumnya telah membuat titah pada bulan Februari yang lalu, bahawa Nizar telah kehilangan kelayakan jawatan sebagai MB,kerana tidak mempunyai sokongan simple majoriti.

Dalam keadaan ini maka untuk sementara Nizar tiada kemampuan lagi menawan Perak. Nizar terpaksa menunggu PRU-13, sekira Pakatan diberi peluang oleh rakyat, maka Nizar ada kemungkinan jadi MB semula.

Perjuangan Lim Guan Eng untuk kaum cina di Kedah berjaya dengan perlantikan Lim Soo Nee mengantikan Mohd Radzi Salleh

Datuk Azizian Abu Bakar menteri besar kedah mengatakan bahwa sultan Kedah telah memperkenan perlantikan ADUN Kulim Lim Soo Nee untuk menggantikan Adun Lunas Mohd Radzi Salleh yang mengistiharkan dirinya sebagai DUN Bebas diambang pengundian di PRK Pematang Pasir.

Pengantian Mohd Radzi Sallleh sebagai Exco kaum melayu dengan exco kaum cina merupakan kejayaan kerajaan Pakatan membawa imej Malaysia seperti yang diinginkan oleh Setiausaha Agong Dap Lim Guan Eng.

Mohd Radzi Salleh terpaksa mengistiharkan dirinya sebagai DUN bebas, kerana beliau tidak tahan lagi dengan kerja cabar mencabar antara exco Pakatan di bawah pentadbiran Datuk Azizian Abu Bakar. Keluarnya Mohd Radzi daripada Pakatan, seperti mengatuk di sorongkan bantal bagi Lim Soo Nee, kerana sebelumnya YB ini sangat bercita-cita menjadi exco.

Ini lah perjungan sebenar Pakatan, kalau boleh exco di setiap negeri di seimbangkan jumlahnya antara kaum melayu, cina dan india, tanpa mengira komposisi kaum itu sendiri.

6 September 2009

Dr Kho Tsu Koon mantan CM Penang cadangkan POLIS BUAT RAKAMAN DULU baru Tangkap

Tugas mencari PILIH KASIH siaran TV2 Kelolaan Rosyiam Nor baru sahaja selesai melabukan tirainya, pemenangnya adalah IQBAL.

Kali ini pihak polis pula akan mengelola satu RANCANGAN: MENCARI DEMOSTRAN YANG PALING GANAS DAN RAKUS. Polis akan akan membuat rakaman dahulu, baru kemudian boleh tangkap.

Bakar rumah dulu, baru tangkap. Rompak dulu baru tangkap. Bunuh dulu baru tangkap.

Apa ini Koh soh Koon. Mana ada tugas polis seperti itu.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels