9 September 2009

Nizar:Jawatan MB Tertutup Rapat buat masa sekarang

Peluang Nizar dalam segi perundangan sudah tertutup rapat. Mahkamah tidak lagi dapat mempertimbangkan seluruh usaha Nizar mendapatkan semula MBnya melalui Sivakumar.

Hakim terpaksa ikut undang-undang yang sudah tertulis. Mahkamah tidak dapat membuat keputusan ikut budibicara atau sesuka hati. Yang Arif Azhar Mohammad memutuskan bahawa persidangan pada 7 Mei lalu adalah perkara dalaman, mahkamah tidak boleh melibatkan diri di dalamnya.

Kes yang didengar oleh Yang Arif Azhar Mohammad adalah saman Sivakumar terhadap M.Ganesan. Dalam saman tersebut Sivakumar mendakwa bahawa M.Ganesan salah dan mencoroboh kawasan DUN kerana pada masa itu M.Ganesan bukanlah ADUNegri, malah tidak kena mengena dengan perjalanan sidang DUN Perak.

Yang Arif Azahar Mohammad membuat penghakiman bahawa kes tersebut tidak boleh didengar oleh mahkamah kerana bertentangan dengan perlembagaan negara artikel 72 perlembagaan negara.

1 comment:

YANG GAMBI said...

Salam, tetapi sebenarnya kepala otak Nizar dan Siva sudah tertutup rapat dan menjadi jumud kerana tamakkan kuasa......

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels