10 September 2009

Peluang Nizar masih ada:Permohonan Sivakumar lawan SPR 29 september

Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V.Sivakumar dan enam yang lain akan mengetahui pada 29 Sept ini sama ada mereka boleh mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi di negeri itu.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Lau Bee Lan, menetapkan tarikh itu selepas Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaludin Md Said dan peguam Sivakumar, Datuk S.Ambiga, selesai berhujah dalam satu prosiding selama dua setengah jam dalam kamar hakim hari ini.

Sivakumar, bersama tiga wakil rakyat pembangkang Chen Fook Chye, Tai Sing Ng dan A. Sivanesan serta tiga pengundi, Ahmad Sabry Wahab (Behrang), Abdul Latif Ariffin (Changkat Jering) dan Foo Hon Wai (Jelapang), memohon perintah untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi membatalkan keputusan SPR untuk tidak mengisytiharkan sebagai kosong kerusi Behrang, Changkat Jering dan Jelapang, ekoran tindakan wakil rakyat di situ yang mengisytihar diri mereka sebagai Bebas.

Dalam pilihan raya umum lepas, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) menang sebagai calon Parti Keadilan Rakyat manakala Hee Yit Foong (Jelapang) menang atas tiket DAP.

Tindakan mereka keluar parti masingmasing untuk memberi sokongan kepada Barisan Nasional menyebabkan kerajaan Perak yang ketika itu diperintah oleh pakatan Pas-PKR-DAP tumbang.

Pada 3 Februari, Sivakumar memaklumkan kepada SPR bahawa ketiga-tiga kerusi itu kosong berdasarkan surat daripada ketigatiga wakil rakyat yang kononnya menyatakan mereka meletak jawatan.SPR bagaimanapun meragui peletakan jawatan itu dan enggan mengadakan pilihan raya kecil.

Sivakumar dan enam pihak itu memohon perintah bahawa kerusi-kerusi berkenaan adalah kosong dan memohon injunksi bagi menghalang Jamaluddin, Osman dan Hee daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Dalam prosiding hari ini, Kamaludin menolak dakwaan Sivakumar yang beliau mempunyai kuasa untuk mengisytihar ketiga-tiga kerusi itu sebagai kosong mengikut Perkara 35 Undan-gUndang Tubuh Perak. Katanya Perkara 35 tidak memberi kuasa kepada Speaker untuk membuat keputusan sedemikian kerana peruntukan itu sekadar merujuk kepada seseorang anggota dewan undangan negeri untuk meletak jawatan.

Beliau berkata hak itu tertakluk kepada Perkara 36 (5) yang menetapkan bahawa SPR seharusnya menentukan sama ada terdapat kekosongan.

Ambiga pula berhujah bahawa SPR gagal untuk menyatakan asas dan prosedur yang digunanya untuk membuat keputusan untuk tidak mengisytiharkan kerusi-kerusi itu kosong.

Katanya SPR tidak memberikan keputusan yang jelas kerana suruhanjaya itu sekadar menyatakan ia tidak pasti sama ada berlaku kekosongan atau tidak

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels