8 September 2009

Wanita Malaysia tersesat di Korea Selatan sejak perang Dunia-2 Minta dikebumi cara Kristian

Mariam memegang gambar anak-anaknya

KOTA TINGGI: "Saya terkilan mak buat wasiat hendak dikebumikan secara Kristian kerana kami langsung tidak tahu menahu mengenai wasiat itu," kata Jelani Sonni selepas mendapat tahu ibunya, Mariam Johari, 88, rakyat Malaysia yang terkandas di Korea Selatan sejak 64 tahun lalu, meninggal dunia, malam kelmarin.

Jelani, 72, berkata beliau mendapat tahu berita kematian ibunya di sebuah rumah kebajikan di Seoul daripada anak saudaranya, Ahmad Onn, kira-kira jam 10.30 pagi semalam.

Katanya, beliau hanya tahu Mariam ada membuat wasiat sebelum menyambut Ramadan, tetapi
tidak tahu kandungannya.

Mariam Johari pernah pulang ke Malaysia suatu ketika dahulu, namun tetap memilih Korea Selatan sebagai negaranya.

Mariam dijumpai oleh seorang wartawan bebas dan menghibahkan penemuannya itu kepada kedutaan Malaysia di Seoul.

Pihak kedutaan dapat menjejaki keluarga Mariam di Johor dan megatur kepulangan Mariam ke Malaysia, namun Mariam lebih memilih Korea Selatan sebagai negaranya.

Mariam tersesat ke Korea Selatan semasa perang dunia-2 kerana mengikuti kekasihnya berbangsa korea.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels