19 October 2011

Jawatan politik suku Iranun

Walaupun pada zaman pemerintahan PBS ada dari kalangan suku iranun dilantik ke jawatan politik, tetapi jawatan-jawatan itu hanya bersifat jawatan individu, tidak mempuyai kuasa politik. Atas sebab itu tidak mampu memberi sumbangan kepada kaum iranun secara keseluruhan.

Melihat hakekat ini, pada tahun 1989, seorang ahli politik daripada suku iranun; Pandikar (kini Tan Sri) yang mengambil alih perjuangan kaum iranun, menubuhkan sebuah parti yang boleh dianggap serpihan Parti Bersatu Sabah (PBS)-parti Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR), kerana penubuhannya disertai oleh para pemimpin parti itu termasuk Pandikar.

Pada pilihan raya tahun 1990, AKAR bertanding namun, tiada sebarang kerusi yang dimenanginya.

Sebelum PRU-1994, AKAR bergabung dengan UMNO dan LDP membentuk BN-Sabah. Pandikar bertanding di DUN N.7 Tempasuk dan menang. Pada tahun itu juga PBS kehilangan kuasa, apabila dua ADUNnya keluar- Robin Balang dan Lajim Ukin menyertai Umno.

Sejak tahun 1994- Sabah terus diperintah BN sehingga kini.

Malangnya semasa pemerintahan BN, tiada pertambahan perlantikan ke jawatan politik daripada suku iranun.

Pemimpin yang senantisa diberi peluang adalah Tan Sri Pandikar. Pandikar pernah menyertai kabinet negeri sejak tahun 1994- 1999, dengan berbagai kapasiti antaranya Menteri Kerjaraya, Pertanian serta kebudayan dan sukan.

Diperingkat persekutuan pula beliau dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana menteri di era Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah badawi. Kini, TS Pandikar adalah speaker Dewan Rakyat, selepas tidak dicalonkan pada PRU-12 lalu.

Pada zahirnya perjuangan Pandikar dibidang politik telah berjaya, namun beliau tidak mampu melahirkan pemimpin sepertinya di gelanggang politik baik peringat negeri mahupun persekutuan. Walaupun demikian, kehadiran Pandikar di dunia politik, sedikitnya telah memartabatkan suku kaum iranun yang pada awalnya dianggap sebagai warga kelas 2.

Untuk sementara, hanya Tan Sri Pandikar memegang jawatan dalam kerajaan, yakni Seaker Dewan Rakyat, sementara Datuk Almudin Kaidah, Timbalan Presiden PBS kuota Islam, hanya memegang jawatan sebagai pengerusi anak syarikat kerajaan.

Melalui Pandikar dan Almudin, harapan suku iranun sungguh menggunung, namun hasrat tidak kesampaian.

Walaupun bekalan elektrik telah sampai ke perkampungan iranun pada tahun 1990, namun hakekatnya sumber air bersih pembangunan lain yang boleh menjana perekonomian masih belum dinikmati oleh semua perkampungan iranun.

Mujurlah pada PRU-12, terjadi kejutan politik yang luar biasa, kerana pada kebiasaannya hanya keluarga Tun Mustapha sahaja yang memegang rekod boleh menang sebagai calon payung terjun, bagi kawasan Kota Belud, itupun hanya Tun Mustapha sendiri dan anaknya Datuk Abdul Hamid yang pernah menang, manakala Datu Badarudin kecundang di medan laga.

Pada PRU-12, seorang anak muda daripada Tuaran dipilih sebagai calon BN untuk kawasan P.169 Kota Belud. Pemilihan anak muda daripada Tuaran itu, mengenepikan para pemimpin Kota Belud sendiri terutama penyandang parlimen Kota Belud sebelum pembubaran-Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said Keruak. Selain itu, penyandang DUN Tempasuk Tan Sri Pandikar juga diketepikan.

Semasa pilihanraya tersebut, walaupun Salleh dan Pandikar masih setia kepada Umno dan BN, namun protes daripada kalangan penyokong kedua-dua pemimpin itu telah berlaku, perkara ini terbukti apabila di semua peti undi di kawasan kaum iranun, BN kalah dan majoriti yang diperoleh calon BN, yakni Rahman Dahalan (kini Datuk) merosot sekali.

Pada waktu berkempen pada masa PRU-12 itu, calon BN- Rahman Dahalan berikar akan menyelesaikan masalah utama penduduk- iaitu keperluan air bersih dan akan berusaha membawa pembangunan yang boleh menjana perekonomian.

Malah telah berlaku kesepakatan pada masa itu, jika semua calon BN menang, maka masing-masing mempunyai peranan. Datuk Musbah Jamli diberi peranan untuk membangun sektor pertanian dan perekonomian, Datuk Rahman Dahalan dibidang pendidikan, Datuk Japlin Haji Akim dibidang infrastruktur, manakala Datuk Herbert Timbon Lagadan dibidang kebajikan.

Ditakdirkan semua calon BN menang dibawah Pengarah pilihanraya BN masa itu, Datuk Haji Musbah.

Selepas keputusan PRU-12 itu, Musbah kebetulan dilantik sebagai Pembantu Menteri Kementerian Pertanian dan Asas Tani Negeri, manakala Japlin berpindah tempat ke Kementrian Infrastruktur (JKR), dan Timbon di Kementerian Kebajikkan. Manakala, Datuk Rahman dilantik sebagai Pengerusi sebuah syarikat milik Kerajaan Negeri dan Timbalan BBC Parlimen.

Disebabkan sebahagian masa Rahman Dahalan di Kuala Lumpur, maka peluang yang ada itu beliau gunakan memperjuangkan janji pilihanrayanya, yakni keperluan air bersih bukan sahaja bagi perkampungan iranun, malah seluruh perkampungan di kawasan Parlimen Kota Belud.

Sekalung bunga perlu diberikan kepada wakil rakyat Kota Belud itu, walaupun hanya sepenggal, namun beliau berjaya juga mengotakan janjinya semasa pilihan raya tahun 2008, bahawa sebelum penggalnya usai, masalah bekalan air bersih untuk kawasan Kota Belud akan selesai.

Peruntukan yang mencecah hampir RM100 juta untuk membina dan menyalurkan air bersih bagi seluruh perkampungan di kawasan P.169 telahpun diluluskan, malah kerja-kerja telah bermula sejak tahun 2010, dan menurut Blog wakil Rakyat Kota Belud itu, jika tiada masalah akan timbul, maka pada penghujung tahun 2012, bekalan air bersih akan sampai di semua rumah penduduk.

Kalaulah sejarah boleh ke belakang, mungkin jika Rahman Dahalan telah mewakili Kota Belud sejak tahun 1994, mungkin pembangunan Kota Belud telah rancak. Sebenarnya, banyak peraancangan pembangunan di Kota Belud, termasuk saluran paip gas yang telah dipindahkan ke Kimanis Sabah.

Kini Kota Belud akan dijelmakan sebagai kawasan Jelapang Padi dan agropilitan, malangnya hanya Datuk Musbah Jamli dan Datuk Rahman Sahaja yang beria-ia agar projek yang berimpak kepada petani itu menyokongnya. Cerdik pandai Kota Belud mendakwa, mana ada petani boleh kaya, demikian alasan mereka. Bukti kukuh kata mereka, Kedah dengan Jelapang Padinya, namun para petaninya tidak juga kaya-kaya.

Kota Belud tidak mempunyai sumber asli seperti emas, kayu balak, tanahpun tidak seluas seperti Lahad Datu, yang boleh diusahakan untuk tanaman kelapa sawit. Tanah Kota Belud, hanya sesuai untuk padi, getah dan tanaman kontan lainnya. Walaupun pada tahun 60-an, 70-an dan 80-an dikatakan bahawa tanah Kota Belud tidak sesuai untuk tanaman padi.

Kota Belud hanya mempunyai pantai yang terpanjang di negeri ini, laut yang luas. Pendek kata, Kota Belud hanya sesuai untuk pelancongan, aktiviti mengangkap ikan dan bertani. Kecualilah, jika fokus pembangunan negeri dialih ke Kota Belud, misalnya memimbina lapangan Terbang antarabangsa ke-2, melaluinya, maka pembangunan industri akan merebak ke kawasan cowboy town of the east itu.

Bagi OKB, pencapaian seorang wakil rakyat adalah bagaimana wakil rakyat itu membawa pembangunan bagi rakyat yang diwakilinya. Adalah tidak dinafikan bahawa wakil-wakil rakyat terdahulu ada membawa berbagai projek, namun semua projek itu tidak berimpak tinggi, seperti bekalan air bersih, jelapang padi dan Agropolitan.

Suatu kejayaan apabila kita dapat menyaksikan bahawa suatu idea itu dirasai dan dinikamti berpanjangan, bukan hanya dalam masa pendek seperti pembahagian pukat, enjin sangkut, alat penyembur racun atau jalan lorong kaki. Fikir-fikirkan lah.

18 October 2011

DAP masih dirasuk Islamophobia

Ada beberapa ketetapan yang perlu dijadikan pedoman bila menghadapi isu Islamophobia ini.  Panduan dan penyuluh jalansedia ada ini bukan peringatan baru. Ia telah dianugerahkan kepada individu Muslim, pihak berkuasa dan kerajaan Islam. Ia jadi batu sempadan yang tegap, terang dan tekal.
azlanKecurigaan, ketakutan dan kebencian terhadap Islam bukan fenomena baru. Hakikat ini amat mudah difahami oleh umat Islam hari ini. Persepsi negatif atau prasangka ini sudah digariskan Allah dalam kalam yang dianugerahkanNya kepada umat Islam sejak lebih 1,400 tahun lalu.
Pedoman pertama ialah apabila Allah memperakukan bahawa Islam adalah agama yang sempurna dan hanya satu-satunya agama yang diredhaiNya:
“…Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmatKu bagimu, dan telah Aku redhai Islam sebagai agamaMu…” (Al Maidah ayat 3).
Maknanya, Islam sudah lengkap. Dan, hudud adalah sebahagian daripada ajaran Islam yang komprehensif. Bagi PAS yang menjadikan Islam dasar perjuangan, pelaksanaan hudud adalah tuntutan suci.
hajj pilgrimage haji pilgrimage 040107 masjidil haramCuma pihak yang dirasuk Islamophobia sahaja yang tidak mengerti, enggan mengerti dan tidak mungkin mengerti.
Lantas, kalimah “langkah mayat saya dulu sebelum laksanakan hudud” oleh pengerusi DAP, Karpal Singh beberapa tahun lalu, kini terngiang kembali.
Fasakhkan konsep negara Islam
Yang menjadi persoalan, adakah Pakatan akan menunggu untuk menyelesai dan mengimbangkan kecenderungan PAS dan DAP sehingga setelah berjaya menguasai Putrajaya? Jika, ini berlaku apakah ini bermakna pula PAS perlu berkompromi melunakkan konsep hudud seperti ia dengan berat hati terpaksa memfasakhkan konsep negara Islam yang diperjuangkan sebelum 2008?
Pakatan Rakyat, bak kata presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dibentuk bersandarkan persefahaman pendekatan dan strategi politik.
azlanApakah selepas strategi politik ini berjaya membantu Pakatan menakluki Putrajaya persefahaman ini boleh dileburkan begitu sahaja hanya kerana pengikat persefahaman – kebencian terhadap Umno dan BN – telah dapat dilunaskan?
Jika demikian keadaannya, tidakkah kerajaan Pakatan yang baru menapak di Putrajaya kelak akan menjadi satu malapetaka kepada rakyat Malaysia? Negara akan jadi huru-hara dan kestabilan serta kesejahteraan akan terancam bila bantrakan berlaku antara kerabat Pakatan!
Realiti ini menakutkan. Jika diselusuri prestasi kerabat Pakatan sejak 2008, yang lebih banyak mencatat kejayaan politik ialah DAP. Ia berjaya menambah bilangan kerusi parlimennya di Sibu dan menang lebih banyak kerusi berbanding kerabat Pakatan lain pada pilihan raya negeri Sarawak.
NONEJika alur trend ini berterusan, tidak mustahil ramalan dan keyakinan DAP sendiri bahawa ia akan mampu menawan 60 kerusi parlimen, akan dapat dicapai.
Jika ini berlaku, dapatkah PKR dan PAS menyaingi pencapaian itu? Jika ditakdirkan, isu hudud dapat disejukbekukan sementara memandangkan DAP sudah jadi “abang besar” dalam Pakatan bagaimanakah nasib Islam dan orang Melayu?
Ini kerana Islamophobia DAP terhadap cabang Islam – hudud – masih (dan semakin) menebal.
Rakan kerdil Pakatan
Dalam keadaan begitu, sanggupkah PAS bertahan dalam Pakatan dan menjadi “rakan kerdil” dalam Pakatan itu?
azlanPKR pula bagaimana? Umum tahu, ia sentiasa mempotretkan citra politiknya sebagai parti pelbagai fahaman dan kaum? Sanggupkah PKR masuk kancah perselisihan faham di antara PAS dan DAP ini?
PAS tegas. Hingga Sabtu lalu, Hadi tetap tegas dalam soal hudud.
DAP masih meracau dengan rasukan Islamophobia. Jika orang Islam dalam PAS, PKR dan Umno mahu kembali kepada ketetapan pertama perbincangan ini bahawasanya Islam itu sudah lengkap dan sempurna, apakah mereka tidak mahu ambil peduli peringatan Allah:
“Wahai Nabi, bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu menuruti (keinginan) orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
“Dan ikutilah apa yang diwahyukan Tuhanmu kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
NONE“Dan bertakwalah kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pemelihara” (Al Ahzab ayat 1hingga 3).
PAS ingin berkongsi strategi politik dengan DAP dan PKR tetapi DAP tidak ingin hukum hudud yang menjadi dasar PAS. Sementara itu, umat Islam Malaysia disergah dengan gerakan lebih aktif beberapa pihak yang ingin memesongkan aqidah umat Islam. Maka Mufti Perak, Tan Sri Harussani mengesyorkan sebuah Akta Anti-Murtad dilembagakan.
Sanggupkah atas nama Islam, PAS menyapa saudara seagama dalam PKR dan Umno untuk menimbangkan cara bagaimana membenteng keluhuran, kemurniaan dan maruah Islam dari terus disergah dan disergap oleh kawan politik yang semakin ghairah menjadi “abang besar” politik Pakatan Rakyat?

Begitu juga dengan PKR. Buat masa ini memang ia parti majmuk. Tetapi bila ada “abang besar” dalam kerabat yang homogenous bukan Melayu-Islam, tidakkah ia juga akan terbelah oleh perbedaan pandangan yang dikuasai Islamophobia?
hadi awang and pasKetegasan Hadi tidak harus dilihat dalam kerangka dan lingkaran politik PAS sahaja. Ia wajib meluas hingga melilit setiap umat Islam yang cintakan agama mereka di Malaysia.
Dengan nisbah hampir 60 peratus rakyat Malaysia hari ini ialah umat Melayu-Islam mahukah PAS, PKR dan Umno menggalas dosa memecahbelahkan kekuatan umat Islam hanya kerana menganggap diri masing-masing lebih baik, mulia dan ‘alim berbanding pihak lain?
Islamophobia tidak akan mati. Sebab itu, Allah kerap mengingatkan setiap muslim bahawa pihak kafir tidak akan berhenti menyergap dan mengepung Islam dari setiap aspek kehidupan sehingga mereka (muslimin) kembali mengikut agama mereka. Dipetik dari:

15 October 2011

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon diminta berundur oleh pemimpin partinya sendiri

Dalam satu serangan yang berlapik tetapi menyengat terhadap Presiden Gerakan, Tan Sr Dr Koh Tsu Koon, ketua Wanitanya, Datuk Tan Lian Hoe berkata sayap itu malu dengan kepimpinan parti itu yang lemah.

Katanya, mereka malu menjadi bahan teguran dan dipandang rendah kerananya.

Tan menegaskan demikian dalam ucapan dasarnya di persidangan perwakilan kebangsaan Gerakan hari ini.

Tanpa menamakan Koh (gambar), beliau berkata, "tulisan sudah terpampang di dinding" dan pucuk pimpinan tidak boleh menafikannya.

"Jika anda perlu berundur, maka berundurlah," katanya sambil menambah, sekiranya rakyat telah menolak seseorang pemimpin, maka akurlah dengan kehendak mereka.

Baru-baru ini semasa lawatan ke Tawau, Sabah Presiden Gerakan itu ada membayangkan bahawa calon Gerakan akan lebih berperanaan jika dicalonkan semasa PRU-13, di Sabah.

Parti Gerakan memasang mata pada kerusi-kerusi yang kini disandang oleh parti SAPP, parti pembangkang di DUN Sabah, termasuk DUN Merotai, yang kini disandang oleh parti LDP, pimpinan Datuk VK Liew-Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap MP Sandakan.

Yakinlah, Parti Gerakan adalah parti scarf yang masih dalam BN. Yakinlah, Parti Gerakan hanya akan menjadi liabilti besar pada BN semasa PRU-13 akan datang.

Terkini di Pulau Pinang misalnya, 80 peratus kaum cina di pulau mutiara itu, masih menyokong DAP, ertinya peluang Gerakan dan MCA sudah tertutup.

Benarlah kata Ketua Wanita Gerakan itu, selagi Koh masih menerajui Gerakan, selagi itu, parti itu tidak akan mampu menarik semula sokongan kaum cina.

Adalah sukar bagi seseorang yang telah ditolak kepimpinannya untuk kembali. Dr Koh perlu akur dengan permintaan pemimpin partinya sendiri, agar supaya berlaku peremajaan dalam parti itu.

14 October 2011

Kalaulah Jelapang Padi Kota Belud telah beroperasi

Kalaulah JELAPANG PADI Kota Belud telah beroperasi, banjir yang melanda negara Indochina tidak akan menimbulkan kerisauan bekalan beras ke negara kita.

Malaysia mengimport hampir 30 peratus keperluan berasnya daripada Thailand dan negara Indocina.

Akibat banjir yang melanda Thailand dan negara-negara Indoncina, kira-kira 1.5 juta hektar kawasan penanaman padi di Thailand, Vietnam, Kemboja dan Laos musnah akibat banjir buruk yang melanda negara masing-masing.

Bukan sahaja bekalan beras yang terganggu akan tetapi harga komoditi berkenaan dijangka melambung tinggi ekoran kekurangan bekalan dalam tempoh terdekat.

Rakyat Malaysia menggunakan kira-kira 180,000 tan beras setiap bulan.

9 October 2011

Pembangunan negeri perlu diurus oleh negeri

Walaupun bajet 2012 begitu menyeluruh, namun mungkin tidak sampai ke sasaran.

Pengalaman Sabah, apabila projek-projek luar bandar diatur oleh agensi persekutuan, di mana kakitangan juga daripada negeri-negeri lain, akibatnya, projek untuk rakyat luar bandar tidak sampai ke sasaran.

Agar perkara yang sama tidak berulang, pada kali ini sebaik-baiknya, semua peruntukkan bagi sesebuah negeri perlulah diurus oleh negeri-negeri; kalau ada bantuan pun, hendaklah dalam segi konsultansi, bukannya pengagihan.

Sebaiknya semua bentuk projek, perlu diberikan kepada daerah-daerah untuk pengagihan, manakala kelulusan diberikuasa kepada bahagian pengurusan Kewangan Jabatan Ketua Menteri atau kementerian-kementerian yang berkaitan.

Sebabnya, pihak-pihak inilah yang lebih mengetahui projek apa yang sangat diperlukan oleh penduduk setempat.

Bagi Sabah misalnya, Ketua Menteri adalah individu yang mengetahui keperluan rakyat Sabah, untuk itu adalah perlu menyalurkan semua bantuan kewangan daripada pusat kepada Jabatan Ketua Menteri. Dan seterusnya, JKMlah yang mengatur pengagihan tersebut kepada jabatan-jabatan yang berkaitan. Melalui cara ini, maka projek bertindih tidak akan berlaku, selain lebih efesien juga akan lebih telus.

Sebagai contoh, bekalan makanan untuk asrama-asrama sekolah di Sabah, walaupun Jabatan Pelajaran adalah jabatan Persekutuan, akan lebih telus, jika kuasa tender atau pembekalan diberikan kepada kerajaan negeri, melalui kementerian kewangan atau Jabatan Ketua Menteri. Sebabnya, agar supaya tidak berlaku monopoli, bahawa sepanjang masa, pembekal yang itu-itu juga yang dapat, dengan berganti-ganti nama syarikat, sebabnya, apabila pihak Putrajaya yang meluluskan, mereka tidak mengenal siapa-siapa individu tersebut, kerena memilih atas nama syarikat.

Adalah baik, jika semua peruntukan untuk Sabah,baik dibidang pendidikan, kemas, penerangan dan sebagainya diserahkan kepada Kerajaan negeri, maka status negeri ini daripada negeri miskin akan teratasi dalam masa yang sesingkat-singkatnya, kerana pengagihan bentuk projek akan lebih adil dan saksama.

3 October 2011

Bilakah PRU-13 sesuai dilaksanakan?

Sebenarnya, penentuan pilihanraya, hanya Perdana Menteri yang mengetahuinya, selepas mendapat perkenaan daripada SPB Agong.

Piliahanraya diadakan, jika dirasakan bahawa kerajaan merasa yakin, bahawa rakyat menyebelahinya atau mandat sesebuah kerajaan itu berakhir.

Sejak setahun lalu, bermacam-macam spekulasi mengenai piliahan raya, ada yang mencongak akan diadakan pada 11-11-2011, kerana Perdana Menteri sangat suka kepada angka 11. Tidak kurang juga ada yang membuat spekulasi bahawa PRU-13 akan diadakan pertengahan tahun depan, selepas pembentangan pemansuhan akta ISA pada bulan mac,2012.

Mandat kerajaan yang ada akan berakhir dengan sendirinya pada Mei,2013 dan dalam tempoh 60 hari selepas itu perlu diadakan pilihan raya.

Pada PRU-12, kali kedua kerajaan pusat kehilangan mandat 2/3 di dewan rakyat dan untuk pertama kalilima negeri terlepas ditangan pembangkang. Negeri-negeri tersebut adalah Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Wilayah Persekutuan dan Perak (Perak kembali pada pada BN pada Februari, 2009, kerana PR kehilangan majoriti di DUN Perak).

Akibat tsunami politik pada PRU-12, maka Perdana Menteri yang mengetuai BN pada pilihan raya itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi terpaksa meletakkan jawatan dan digantikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selepas Najib dilantik sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir yang telah keluar daripada Umno, pada tahun 2008, akhirnya kembali semula ke dalam parti itu.

Semalam, dalam ceramah perdananya di Kedah, Tun Dr Mahathir berkata, jika pilihan raya diadakan sekarang, maka Umno akan mengalami kekalahan yang amat teruk. Mantan Perdana Menteri dan Presiden Umno tidak menguraikan fakta yang menyebabkan beliau berkata demikian, hanya katanya Umno pada masa ini masih lemah, dan masih terdapatnya puak-puak dalam umno.

Tetapi menurut OKB, mungkin mantan Perdana Menteri itu mengambil iktibar pada keadaan tahun 2008, bahawa pada pilihan raya pada masa itu diadakan ketika mana isu-isu Bersih 1.0; kenaikkan harga minyak belum reda; sehinggakan membawa malapetaka kepada BN.

Pada masa ini, isu-isu yang masih belum reda adalah isu tuntutan Bersih2.0, isu kenaikkan harga barangan pokok dan isu pemnsuhan ISA serta menjunamnya pasaran saham di bursa BSKL.

Diantara isu tersebut, isu kenaikkan harga barangan yang merupakan isu utama akar umbi; di mana kebanyakkan rakyat belum mampu mengadjust gejala tersebut.

Penyesuaian kepada keadaan tersebut, perlu masa antara 6 bulan hingga setahun, dan pada masa itu rakyat telah terbiasa dengan keadaan, pada masa itu jugalah piliahan raya boleh diadakan, kerana pengundi akan mengundi bukan lagi berasaskan emosi yang marah.

Pada pandangan OKB, isu seperti pemansuhan ISA, isu tuntutan Bersih bukan perkara utama di peringkat akar umbi, perkara utama adalah perkara yang menyangkut periuk nasi harian mereka.

Sudah tiba masanya Kerajaan melaksanakan pendekatan untuk merancakkan perekonomian luar bandar dan spra bandar, agar rakyat majoriti berpeluang menambah pendapatan untuk menseimbangkan dengan kenaikkan harga barangan pokok.

Gaji minimia bukan jalan penyelesaian, yang penting adalah jumlah pekerjaan yang dapat diwujudkan, agar ramai rakyat yang boleh bekerja.

Pada masa ini, peluang pekerjaan sangat terhad terutama pada lepasan perguruan tinggi atau menengah atas, yang ada hanya peluang perburuhan seperti kuli bangunan, kuli ladang dan kuli jalan raya.

Mungkin perkara-perkara ini yang dimaksudkan oleh Tun Mahathir, jika piliahan raya diadakan sekarang, maka Umno akan kalah teruk.

2 October 2011

Sabah di bawah Kepimpinan Musa Aman

Telah lebih dua penggal, Sabah dipimpin oleh Datuk Musa Aman, sebagai Ketua Menteri, merangkap Pengerusi Barisan Nasional.

Pada period kepimpinan Musa Aman Juga, Parti Berstau Sabah (PBS) menyertai semula BN-Sabah. Pada masa kepimpinan Musa juga, sistem pengiliran Ketua Menteri Sabah dimansuhkan.

Selain itu, pada masa Musa Aman juga keluarnya parti SAPP pimpinan Datuk Yong Teck Lee daripada BN, atas sebab bukan kerana Musa, akan tetapi SAPP kehilangan keyakinan kepada kepimpinan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Perjalanan kepimpinan Musa Aman, sedikit tercabar, apabila Timbalan Presiden LDP mengeluarkan kenyataan, bahawa parti itu kehilangan kenyakinan terhadap Musa, sebagai akibatnya Naib Presiden Parti itu, Datuk Peter Phang di mana pada masa itu, berjawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah, meninggalkan partinya, dan menyertai Parti Gerakan.

Semasa memimpin Barisan Nasional Sabah, Musa membuat keputusan yang sangat berani pada PRU-12, di mana pada masa itu, beliau tidak mencalonkan tiga pemimpin yang dianggap kanan dalam pilihanraya itu, pun demikian, sebelum hari pengundian, tiga pemimpin tersebut terbukti, tetap menyokongnya, dan terbukti, Sabah berjaya dengan cemerlang dalam PRU tersebut, walaupun dua calon PBS kalah, satu DUN dan satu Parlimen.

Kejayaan pada PRU-12, adalah sama dengan keputusan PRU-11, yang berbeza hanya kawasan yang kalah. Pada PRU-11, kawasan yang kalah adalah Parlimen Sandakan, dan DUN Kuala Penyu, manakala pada PRU-12, kawasan yang kalah pula adalah Parlimen Kota Kinabalu, dan DUN Sri Tanjong.

Berasaskan kepada prestasi BN Sabah itu, maka kepimpinan pusat mengiktiraf Sabah adalah simpanan tetap BN pada PRU-13.

Walaupun, beberapa pemimpin parti komponen BN bertelegah mengenai beberapa isu, tetapi itu hanya diperingkat kepimpinan, manakala akar umbi masih dibelakang kepimpinan Musa dan BN.

Walaupun, trend para pengundi kaum cina menolak BN di Semenanjung dan berulang semasa PRN Sarawak, nampaknya di Sabah trend itu tidak berlaku, kerana taburan pengundi di Sabah, tiada yang solid kawasan kaum cina, baik bandar mahupun spra bandar.

Mungkin, kawasan seperti Kota Kinabalu di peringkat parlimen akan dipertahankan oleh DAP, dan Luyang mungkin ditawan pembangkang, namun kawasan lain seperti Sri Tanjung yang kini dikuasai DAP, akan kembali ke pangkuan BN.

Peranan pemimpin di bahagian Tawau, seperti Datuk Ghafur Salleh, Datuk Tawfik Abu Bakar Titingan sangat memberi impak kepada kawasan tersebut. Selain itu, para pemimpin muda, seperti Nizam- Ketua Setiusaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah, juga mempunyai andil dalam merampas, kawasan Sri Tanjong semasa PRU-13 akan datang.

Menurut keadaan semasa, berasaskan prestasi kerajaan negeri, terutama dari segi kewangan, di mana untuk pertama kalinya bajet tahunan kerajaan mencecah RM3 bilion, juga prestasi yang memberi impak postif kepada kepimpinan Musa.

Pengakuan Ketua Audit Negara terhadap pengurusan kewangan, di mana hanya Sabah dan Pulau Pinang diberi pujian dalam pengurusan kewangan.

Pujian juga perlu diberikan pada Musa, kerana semasa sambutan hari raya yang baru berlalu, beliau berjaya menggalakan, para pemimpin membuat rumah terbuka secara bersama-sama. Misalnya sambutan Rumah Terbuka untuk Kota Belud yang berlangsung di Dewan Datuk Musbah Taun Gusi, merupakan anjuran bersama antara Umno Bahagian dan semua ADUN dan MP.

Nampaknya berasaskan kepada keadaan semasa, peluang BN di Sabah sangat cerah, dan sesuaipun dianggap sebagai simpanan tetap BN.

Nampaknya berasaskan kepada sambutan rakyat kepada kepimpinan Musa, yang berslogankan tidak banyak bercakap tetapi banyakkan kerja, perlu dipertahankan, demi menjayakan HALA TUJU Sabah agar supaya Sabah akan menjadi negeri Maju menjelang tahun 2020.

30 September 2011

Parlimen Kinabatangan dihuni lebih 78 peratus warga asing

Daripada 150,327 penduduk Kinabatangan, 117,689 merupakan warga asing atau perbandingan antara penduduk tempatan dan asing hampir kepada kadar 4:1.

Data tersebut berasaskan bancian penduduk dan perumahan tahun 2010.

Kebanyakan warga asing itu berasal daripada Indonesia.

Keluasan Kinabatangan hampir seluas negeri Pahang.

Kawasan parlimen Kinabatangan diwakili oleh Datuk Bung Moktar Radin.

28 September 2011

Tidak wajar pemimpin Katak bersuara

Sejak kebelakangan ini, ramai pemimpin katak dalam BN bersuara, terutama mengenai pembahagian kerusi yang akan diperuntukan kepada parti masing-masing pada PRU-13 akan datang.

Suara katak-katak ini lebih nyaring berbanding pemimpin tulen/asal BN sendiri.

Para pemimpin katak semakin kepanasan, apabila pucuk pimpinan mengatakan bahawa calon-calon yang mewakili Bn nanti merupakan mereka yang dikategorikan sebagai pemimpin boleh menang, berintegriti dan pemimimpin akar umbi.

Terkini, apabila salah seorang pemimpin Katak, Datuk Raymond Tan,yang sebelumnya berasal daripada PBS, kemudian SAPP dan kini Gerakan; mempersoalkan parti Umno yang bertanding melebihi 50 peratus DUN Sabah.

Naib Presiden Gerakan itu, mendakwa bahawa mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir Mohammad, kononnya pernah membuat pengakuan, bahawa parti Umno tidak akan bertanding melebihi 50 peratus kerusi DUN atau parlimen.

Raymond Tan perlu ingat, mempersoal kedudukkan Umno sama sahaja mempersoal kedudukkan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah, kerana kedua-dua pemimpin itu adalah pemimpin Umno.

Tan, seharusnya berterima kasih kepada kepimpinan Umno, kerana pada suatu masa, mantan pemimpin SAPP itu, tidak berparti, akan tetapi terus dikekalkan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah, yang diketuai oleh Musa Aman.

Tan juga perlu ingat, sepatutnya beliau tidak lagi dipertahankan dalam kabinet negeri, kerana parti yang dinaungi sekarang ini, tidakpun bertanding di Sabah pada PRU-12 lalu.

Kenyataan Tan baru-baru ini, bukan sahaja melukai para penyokong BN tulen, akan tetapi mendedahkan dirinya sebagai pemimpin yang hanya berjuang untuk kepentingan dirinya sendiri.

Pemimpin yang tidak pandai berterima kasih seperti Tan ini, seharusnya tidak lagi diketengahkan sebagai pemimpin BN, kerana ianya bukan sahaja memburukkan gabungan parti-parti itu, akan tetapi juga, menjadi cemohan majoriti rakyat. Fikir-fikirkan lah.

27 September 2011

Raymond Tan pula persoal kerusi Umno Dun Sabah

Entah betul atau tidak, apabila Naib Presiden Gerakan (mantan Timbalan Presiden SAPP) Datuk Raymond Tan mendakwa bahawa mantan Presiden UMNO- Tun Dr Mahathir ada membuat pengakuan, bahawa Umno tidak akan bertanding lebih 50% kursi DUN Sabah.

Umno kini menguasai 31 ADUN daripada 32 majoriti bumiputera islam Sabah, dan jumlah itu merupakan 51.67% daripada keseluruhan DUN (60) yang tersedia di Sabah.

Sebelum DUN Sabah ditambah daripada 48 kepada 60, kedudukkan kerusi berasaskan etnik terbesar adalah 20 ADUN Bumiputera Islam, 20 ADUN Bumiputera bukan islam dan 8 ADUN etnik cina.

Apabila, jumlah kerusi bertambah kepada 60, jumlah kawasan yang majoriti bumiputera islam meningkat kepada 32, bumiputera bukan islam tetap 20 dan kaum cina 8.

Walaupun kawasan bumiputera islam berjumlah 32, tetapi Umno yang mewakili kumpulan itu hanya bertanding 31 kerusi. Kawasan yang sepatutnya ditandingi Umno- DUN Tanjong Kapor, Kudat diberikan kepada parti komponen LDP.

Memang tidak boleh dinafikan, Umno Sabah juga mempunyai ahli-ahli bumiputra bukan islam. Jika mengikut jumlah ahli terbanyak, syogianya Umno dibenar bertanding di kawasan-kawasan majoriti bumiputera bukan islam seperti Moyog, Inanam atau Kedamaian.

Oleh kerana bumiputera bukan islam diwakili oleh PBS dan Upko, maka demi perpaduan dalam BN, maka Umno tidak bertanding bagi kawasan-kawasan itu. Sebagai fakta, di DUN Kedamaian, jumlah ahli Umno jauh melebihi ahli-ahli PBS, namun kawasan tersebut terus diwakili oleh PBS.

Jumlah kerusi yang dipertandingkan akan terus menjadi persoalan dalaman bagi komponen-komponen parti di Sabah, kerana demi pengukuhan kuasa, terutama dalam perlantikan kabinet negeri serta jawatan Timbalan Ketua Menteri.

Jika sistem pengiliran jawatan Ketua Menteri tidak dimansuhkan, sudah tentunya pengagihan kerusi tidak akan menjadi persoalan utama.

Sebelum ini, salah satu komponen parti BN-LDP telah menyuarakan, bahawa semua kerusi yang ditandingi parti itu pada PRU-12 akan dipertahankan termasuk, kawasan DUN Karamunting yang kini dibawah oleh Peter Phang ke parti Gerakan, kerana meninggalkan LDP, ekoran kontroversi antara Timbalan Presiden LDP dan Datuk Musa Aman.

Selain itu, LDP juga membuat cadangan agar semua kerusi yang ditandingi SAPP diberikan kepada parti itu atas asas-LDP merupakan parti tertua dalam BN Sabah.

Disamping itu, LDP mendakwa bahawa parti Gerakan adalah parti yang telah ditolak di Semenanjung, dan akan menerima akbiat yang sama jika bertanding di Sabah. Oleh sebab itu, demi memelihara kecemerlangan BN dalam PRU-13 akan datang, maka syogianya, parti-parti yang disokong rakyat perlu diketengahkan.

Sebagai rekod, Gerakan tidak pernah bertanding di sebarang pilihanraya di Sabah.

Pada PRU-12, Umno, LDP, UPKO dan MCA menang 100 peratus, sementara PBS kalah masing-masing satu bagi kerusi parlimen dan DUN, kepada DAP.

Bagi OKB, kemenangan seseorang calon berasaskan kepada parti yang dinaunginya, jikapun ada faktor individu, ianya tidak berimpak besar.

Pada PRU-13, jangan bermain cuba-cuba, kerana akan buruk akibatnya. Fikir-fikirkan lah.

24 September 2011

Rumah Terbuka Umno KB dan wakil-wakil rakyat

Terlihat Datuk Musa Aman, Tan Sri Pandikar, Datuk Salleh, Datuk Musbah, Datuk Japlin sedang memotong kek sepanjang 8 kaki.
18 September lalu, bertempat di Dewan Haji Musbah Kg Taun Gusi Kota Belud telah berlangsung rumah terbuka Hari Raya bagi Umno Bahagian Kota Belud bersama wakil-wakil rakyat.

Acara yang bermula 9 pagi dan berakhir 2 petang dimeriahkan oleh penyanyi Sabah Stacy, Adam AF dan Ampal.

Sungguh diluar dugaan, kehadiran orang ramai daripada segenap lapisan sehingga 40 kemah yang disediakan tidak mampu menampung kehadiran orang ramai.

Kawasan Kota Belud, selain mempunyai kawasan parlimen P169-Kota Belud, juga mempunyai tiga kawasan ADUN- Usukan, Tempasuk dan Kedamaian.

Kota Belud dihuni oleh tiga suku utama, Bajau, KDM dan Iranun.

Kota Belud merupakan kawasan di mana Umno dilahirkan, sehingga ramai yang menyebutnya "anak sulung Umno Sabah".

Selepas Usno dibubarkan pada tahun 1990, ekoran kemasukan Umno ke Sabah atas sebab tikam belakang parti PBS semasa diambang pembuangan undi PRU-1990, maka Umno mula bertapak di Usukan, apabila Tun Mustapha terpaksa mengosongkan kerusi DUN Usukan yang dimenangi atas tikit Usno pada PRU-1990, kerana undang-undang anti lompat DUN Sabah masih belum dimansuhkan.

Tun Mustapha berjaya mengekalkan kerusi tersebut atas tikit UMNO dengan mengalahkan calon PBS- Jap Omar.

Kini, akibat kelahiran Umno di Kota Belud, seluruh Sabah dinaungi oleh parti itu.

Umno merupakan parti tunjang BN Sabah, sejak PRU 1994. Walaupun, pada PRU-1994, gabungan itu belum berjaya menumbangkan PBS, namun pada PRU-1999, 2004 dan 2008, gabungan itu berjaya dengan gembilang.

Walaupun sebelum ini terdengar desas desus bahawa terdapat pergeseran antara para pemimpin teras Kota Belud, namun sejak akhir-akhir ini, desas desus itu semakin terpadam.

22 September 2011

Imej mewah pemimpin dan wakil rakyat BN menjijikkan rakyat: Tun M

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegur wakil rakyat BN supaya mengubah imej mewah yang ditonjolkan golongan berkenaan sehingga menyebabkan rakyat berasa jijik dengan parti itu.

Katanya, faktor tersebut merupakan salah satu sebab BN merekodkan prestasi buruk pada 2008 – yang masih belum dapat dipulihkan pada waktu ini.

Persepsi tersebut antara lainnya berpunca daripada kegiatan membeli undi dari kalangan perwakilan semasa pemilihan parti.

"Golongan muda pandang parti komponen sebagai korup dan mereka tidak ingin sokong. Walau tak ramai yang tak sokong, sikit-sikit tak dapat undi, kita akan kalah," katanya dalam satu majlis di Dewan Umno bahagian Kuala Selangor hari ini.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels