9 October 2011

Pembangunan negeri perlu diurus oleh negeri

Walaupun bajet 2012 begitu menyeluruh, namun mungkin tidak sampai ke sasaran.

Pengalaman Sabah, apabila projek-projek luar bandar diatur oleh agensi persekutuan, di mana kakitangan juga daripada negeri-negeri lain, akibatnya, projek untuk rakyat luar bandar tidak sampai ke sasaran.

Agar perkara yang sama tidak berulang, pada kali ini sebaik-baiknya, semua peruntukkan bagi sesebuah negeri perlulah diurus oleh negeri-negeri; kalau ada bantuan pun, hendaklah dalam segi konsultansi, bukannya pengagihan.

Sebaiknya semua bentuk projek, perlu diberikan kepada daerah-daerah untuk pengagihan, manakala kelulusan diberikuasa kepada bahagian pengurusan Kewangan Jabatan Ketua Menteri atau kementerian-kementerian yang berkaitan.

Sebabnya, pihak-pihak inilah yang lebih mengetahui projek apa yang sangat diperlukan oleh penduduk setempat.

Bagi Sabah misalnya, Ketua Menteri adalah individu yang mengetahui keperluan rakyat Sabah, untuk itu adalah perlu menyalurkan semua bantuan kewangan daripada pusat kepada Jabatan Ketua Menteri. Dan seterusnya, JKMlah yang mengatur pengagihan tersebut kepada jabatan-jabatan yang berkaitan. Melalui cara ini, maka projek bertindih tidak akan berlaku, selain lebih efesien juga akan lebih telus.

Sebagai contoh, bekalan makanan untuk asrama-asrama sekolah di Sabah, walaupun Jabatan Pelajaran adalah jabatan Persekutuan, akan lebih telus, jika kuasa tender atau pembekalan diberikan kepada kerajaan negeri, melalui kementerian kewangan atau Jabatan Ketua Menteri. Sebabnya, agar supaya tidak berlaku monopoli, bahawa sepanjang masa, pembekal yang itu-itu juga yang dapat, dengan berganti-ganti nama syarikat, sebabnya, apabila pihak Putrajaya yang meluluskan, mereka tidak mengenal siapa-siapa individu tersebut, kerena memilih atas nama syarikat.

Adalah baik, jika semua peruntukan untuk Sabah,baik dibidang pendidikan, kemas, penerangan dan sebagainya diserahkan kepada Kerajaan negeri, maka status negeri ini daripada negeri miskin akan teratasi dalam masa yang sesingkat-singkatnya, kerana pengagihan bentuk projek akan lebih adil dan saksama.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels