15 October 2011

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon diminta berundur oleh pemimpin partinya sendiri

Dalam satu serangan yang berlapik tetapi menyengat terhadap Presiden Gerakan, Tan Sr Dr Koh Tsu Koon, ketua Wanitanya, Datuk Tan Lian Hoe berkata sayap itu malu dengan kepimpinan parti itu yang lemah.

Katanya, mereka malu menjadi bahan teguran dan dipandang rendah kerananya.

Tan menegaskan demikian dalam ucapan dasarnya di persidangan perwakilan kebangsaan Gerakan hari ini.

Tanpa menamakan Koh (gambar), beliau berkata, "tulisan sudah terpampang di dinding" dan pucuk pimpinan tidak boleh menafikannya.

"Jika anda perlu berundur, maka berundurlah," katanya sambil menambah, sekiranya rakyat telah menolak seseorang pemimpin, maka akurlah dengan kehendak mereka.

Baru-baru ini semasa lawatan ke Tawau, Sabah Presiden Gerakan itu ada membayangkan bahawa calon Gerakan akan lebih berperanaan jika dicalonkan semasa PRU-13, di Sabah.

Parti Gerakan memasang mata pada kerusi-kerusi yang kini disandang oleh parti SAPP, parti pembangkang di DUN Sabah, termasuk DUN Merotai, yang kini disandang oleh parti LDP, pimpinan Datuk VK Liew-Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap MP Sandakan.

Yakinlah, Parti Gerakan adalah parti scarf yang masih dalam BN. Yakinlah, Parti Gerakan hanya akan menjadi liabilti besar pada BN semasa PRU-13 akan datang.

Terkini di Pulau Pinang misalnya, 80 peratus kaum cina di pulau mutiara itu, masih menyokong DAP, ertinya peluang Gerakan dan MCA sudah tertutup.

Benarlah kata Ketua Wanita Gerakan itu, selagi Koh masih menerajui Gerakan, selagi itu, parti itu tidak akan mampu menarik semula sokongan kaum cina.

Adalah sukar bagi seseorang yang telah ditolak kepimpinannya untuk kembali. Dr Koh perlu akur dengan permintaan pemimpin partinya sendiri, agar supaya berlaku peremajaan dalam parti itu.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels