21 May 2018

PENGAJARAN DARI JEPUN

TAHUN 2009, berakhirnya lebih setengah abad pemerintahan Liberal Democratic (LDP) Jepun apabila kalah pada Democratic Party of Japan (DPJ).

Parti LDP hampir sama dengan parti Umno, kerana Umno merupakan parti yang menerajui Malaysia sejak tahun 1957.

Penguasaan Umno selama 61 tahun, berakhir pada 9 Mei, 2018 menerusi PRU-14. Walaupun Umno kalah di peringkat Persekutuan, akan tetapi masih memerintah dua negeri, iaitu Perlis dan Pahang.

Walaupun Umno kalah, hakikat yang perlu diterima, bahawa parti itu adalah parti terbesar daripada segi jumlah kerusi, iaitu 54 berbanding parti-parti lain, PKR 47 dan DAP 42. Kalau lah sistem penentuan kemenangan berasaskan FIRST PAST THE POST digunapakai, maka Umno adalah pemenang. Namun, sistem demokrasi yang digunapakai dalam negara, kumpulan parti-parti yang mempunyai lebih separuh daripada 222 kerusi parlimen, maka kumpulan parti-parti itulah yang berhak menubuhkan kerajaan.

Keputusan PRU-14, menyaksikan kumpulan yang bergabung mempunyai 121 ( PKR- 47, DAP- 42, PPBM-13, Amanah-11, PWS-8) . Sementara yang tidak berafiliasi, PAS-18, Bebas-3, STAR-1 dan BN-79. Dengan jumlah 121, maka melepasi 112 kerusi parlimen, bagi maksud majoriti mudah.

Pengelaman LDP Jepun, sama dengan Umno/Bn, yang mana setiap PRU, tidak terdapatnya gabungan parti pembangkang yang cukup kuat untuk mencabar. Namun pada tahun 2009, DPJ berjaya menebusi kawasan-kawasan yang didominasi LDP, sama halnya dengan Pakatan Harapan yang berjaya menembusi wilayah Bn, seperti Felda dan kawasan luar bandar.

Berbeza dengan kekalahan LDP pada tahun 2009, kerana parti itu berdepan dengan fakta, seperti kadar pengangguran yang tinggi, impak recession tahun 2008. Namun, kesamaan antara isu yang dihadapi LDP dan Umno/Bn adalah berkaitan dengan skandal politik, rasuah, hutang negara yang besar, selain laporan negatif media antarabangsa.

Kekalahan LDP bukan kepada pemimpin original DPJ, akan tetapi kerana kepada mantan pemimpin LDP sendiri, iaitu Yukio Hatoyama. Demikian juga kekalahan Umno/Bn bukan kepada Lim Kit Siang atau Mat Sabu, akan tetapi kepada mantan pemimpin Umno- Tun Dr Mahathir.

Tun Dr Mahathir kemungkinan besar melihat kepada kejayaan DPJ Jepun tahun 2009, apabila beliau berjaya meyakinkan semua mantan-mantan musuh politik beliau berdekad lamanya bersama beliau untuk menumbangkan Umno/Bn yang diterajui DS Najib Razak.

Dendam Tun Dr Mahathir tidak terkira besarnya, apabila bermula dengan kekalahan anak beliau semasa bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno, kemudiannya kalah dalam perebutan Naib Presiden Umno dikuti pemecatan jawatan Menteri Besar Kedah.

Kini, dendam itu, diterjemahkan kepada tindakan, apabila pihak polis tanpa belas kesihan, mengelidah rumah kediaman mantan Perdana Menteri DS Najib Razak, termasuk kediaman keluarga beliau, berterusan sehingga kini, kononnya untuk mencari bukti-bukti dan dokumen berkaitan 1MDB. 1MDB bukan sahaja menjadi isu sejak beberapa tahun lalu, malah dibuat kesimpulan, bahawa menerusi syarikat itu DS Najib dilabelkan sebagai kleptokrasi (penucuri/penyamun). 

Kembali kepada kecundangnya Umno/Bn sebenarnya hampir semasa dengan pengelaman LDP, Jepun, sehinggakan banyak pihak menggambarkan, bahawa kemenangan PH, merupakan permulaan era politik baru di Malaysia.

Sebenarnya, permulaan perubahan politik di negara ini bermula pada tahun 2008, apabila untuk pertama kali Umno/Bn kehilangan kuasa 2/3 di Dewan rakyat. Kemudiannya disusuli kehilangan undi popular pada PRU-13. Perubahan total itu memerlukan 15 tahun untuk disempurnakan.

Memang terlalu awal untuk menilai bagaimana perasaan rakyat terhadap kerajaan PH, kerana menurut mereka, tak kan baru kahwin terus dapat anak, kecualilah, perkahwinan itu, sang wanita telah didepositkan dulu menerusi penzinaan. 

Janji PH, umpamanya, Hari ini rampas Putrajaya, semalam harga minyak turun RM1.50 seliter, tidak ditunaikan, melainkan ikut harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan terdahulu, dengan catitan, tiada lagi harga turun naik sepertimana cadangan mantan MP Pandan- Rafizi Ramli, melainkan jika harga naik, subsidi diberikan, sama dengan keadah pada era Tun Dr Mahathir sebelum beliau meletakkan jawatan pada tahun 2003.

Berkaitan harga barang, yang berkaitan sara hidup, meskipun GST bermula 1 Jun, 2018 akan jadi sifar, namun janji pemanasuhan GST cukai itu tidak ditunaikan. Setakat ini, tiada tanda-tanda harga barang menurun, malah gerai-gerai bazaar ramadhan, membuktikan perkara itu. 

Setakat 10 hari pemerintahan PH, tiada tindakan signifikan yang dibuat oleh kerajaan demi kepentingan rakyat secara keseluruhan, yang ada hanya operasi BALAS DENDAM, OPERASI MENUNJUKKAN KUASA.

Pemerintahan PH sekarang, termasuk lah mereka-mereka yang didakwa SPRM. Rupanya, tindakan SPRM sebelum ini, bermotifkan politik, bukan berasaskan TINDAKAN MENCEGAH RASUAH.

Keadaan-keadaan inilah yang bakal digunakan oleh rakyat menilai kerajaan yang ada. Hakikat yang perlu diterima, tidak selamanya, mengaburi mata rakyat sentiasa berjaya. Masa dan keadaan akan menentukan.

Pengelaman Jepun, merupakan bukti nyata, apabila rakyat negera itu menyokong DPJ pada tahun 2009, akhirnya menolaknya pada tahun 2012, hanya tiga tahun selepas itu, apabila rakyat Jepun mendapati, bahawa DPJ sebenarnya tidak mempunyai wibawa memerintah Jepun berbanding parti LDP.

Satu persoalan, apakah kerajaan PH akan mencontohi DPJ? 

Apa yang perlu dibuktikan oleh parti-parti PH, bahawa mereka benar-benar berpakat untuk kemajuan rakyat dan negara, selain mengotakan janji-janji semasa pilihanraya, dan bukannya hanya berpakat semata-mata menumbangkan Umno/Bn untuk menyikirkan DS Najib Razak (the bad boy bagi Tun Dr Mahathir).

Suara-suara sumbang kini telah bermula, misalnya, janji PH sebelum ini, bahawa Perdana Menteri tidak memangku sebarang porfolio, ekoran pengumuman Tun Dr Mahathir, menyandang Menteri Pelajaran. Kerana suara sumbang itu, maka beliau tidak mematuhi pengumuman beliau dan melepaskan jawatan itu kepada Dr Mazlee Malik, MP Simpang Renggam daripada PPBM.

Dalam beberapa hari pemerintahan PH, apa yang disaksikan rakyat, dakwaan selama ini, hanya dakwaan semata-mata, bukan berasaskan kepada fakta sebenar, kecualilah dakwaan terhadap DS Najib Razak berkaitan 1MDB dan SRC International, kerana siasatan baru bermula, bercanggah dengan dakwaan sebelum ini, bahawa semua bukti-bukti telah wujud di tangan hanya menunggu di bawah ke mahkamah untuk pertuduhan.

Kepada rakyat Malaysia, masa 5 tahun, bukanlah panjang, jika ternyata, kerajaan PH, didapati tiada merit memerintah negara ini, maka sudah pasti akan ikut seperti mana pengelaman parti DPJ Jepun, ditolak pada PRU berikutnya.

20 May 2018

KEPUTUSAN PRU-14-MENGGAMBARKAN KAWASAN ETNIK SEBENAR SABAH

KEPUTUSAN PRU-14 SABAH menggambarkan kawasan sebenar kawasan DUN berasaskan etnik. 

Kawasan Bumiputera islam sebanyak 31 DUN, 16 dimenangi Umno, 15 ditawan PWS. Manakala kawasan KDM sebanyak 18 DUN, 13 dimenangi BN (PBS-6,UPKO-5, PBRS-2), PWS-3, dan STAR.2. Bagi kawasan cina pula sebanyak 11 DUN, 6 DAP, 3 PWS dan 2 PKR.

Melihat kepada keputusan PRU-14, kaum KDM yang pada awalnya diperkirakan menolak LOGO BN, nampaknya kaum itu majoritinya menyokong parti yang berlambangkan dacing.

Jika diambil kira 18 kawasan KDM. Bn menguasai 72.22%, PWS 16.67%, manakala STAR 11.11%. Jika berasaskan parti, PBS 33.33%, UPKO 27.78%, PWS 16.67%, PBRS 11.11% dan STAR 11.11%.

Untuk kawasan Bumiputera islam, Bn menguasai 51.61%, PWS 48.39%. Sementara bagi kawasan cina, DAP 54.55%, PWS 27.27% dan PKR 18.18%.

Terlalu awal, bagi UPKO, PBS dan PBRS meninggalkan LOGO Dacing, kerana keputusan parti-parti itu tidak menggambarkan sokongan sebenar pengundi.

Mungkin akibat terkejut, parti-parti berasaskan KDM tidak sempat menganalisa kecenderungan pengundi, sehinggakan "rumah terbakar-tikus berlarian" sedangkan kebakaran itu, hanya memusnahkan ruang dapur, bukannya rumah secara keseluruhan.

Kalau lah dilihat secara keseluruhan di peringkat parlimen, berasaskan keputusan PRU-14, Bn masih menguasai 79 daripada 222. Jumlah itu, masih dikira relevan, meskipun kerajaan yang diterajui untuk pertama kali dalam 61 tahun jatuh.

Di Sabah, jika dikira diperingkat DUN, Bn belum kalah teruk, kerana masih menang 29 kerusi, kurang 2 kerusi bagi menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah.

Ada yang berhujah, bahawa jika berasaskan parti, maka PWS mempunyai jumlah kerusi yang terbanyak. Namun, hakikat yang terlepas pandang, meskipun Bn berasaskan berbagai parti, akan tetapi menggunakan common logo-dacing, ertinya, menunjukkan satu parti.

Nota- Sesuai dengan gambaran penulis dalam BUKU- SENARIO PRU-14 SABAH, jika bumiputera islam terpecah dua, maka menjadikan kaum cina menjadi kingmaker. Maka berulang, kejatuhan parti USNO, Berjaya dan PBS.

Di masa akan datang, keadaan sama akan berlaku, meskipun kawasan pilihanraya DUN Sabah berjumlah 73.

KEPUTUSAN PRU-14 SABAH BERASASKAN ETNIK PERINGKAT DUN

Keputusan PRU-14 Sabah berasaskan etnik- Bumiputera islam : UMNO-16, PWS-15., KDM PBS-6, UPKO-5, PWS-3, berasaskan kaum cina, DAP-6, PWS-3 dan PKR-2.

Jika berasaskan LOGO yang digunakan semasa PRU, Bumiputera Islam- BN-16, PWS-15; KDM- BN,13, PWS-3, STAR-2,  kaum cina- PWS-3, DAP-6 dan PKR-2. 

PRU-14, menyaksikan bahawa LOGO BN ditolak 100% oleh kaum cina. Keputusan PRU itu menunjukkan, bahawa hanya parti yang berafiliasi dengan Pakatan Harapan mendapat sokongan kaum cina. 

Jika kerajaan negeri yang ditubuhkan PWS bersama DAP, PKR dan UPKO serta ADUN katak bertahan, maka akan menyaksikan bahawa ADUN-ADUN bumiputera menjadi pembangkang. 

Penulis pernah menulis dalam Buku- Senario PRU-14 bahawa kaum cina akan tetap menjadi kingmaker dalam politik Sabah, meskipun, jumlah kawasan DUN Bumiputera islam lebih separuh, manakala kaum KDM tetap 20, dan DUN kaum cina masih 8. 

Dalam buku itu, penulis dengan jelas menulis, jika ada pemimpin bumiputera islam yang mempunyai kekuatan sokongan akar umbi menubuhkan parti baru, dan kemudiannya mampu menggugat penguasaan Umno, maka kaum cina akan menjadi kingmaker.

Sayang sungguh buku ini, tidak mendapat sambutan!!!!! namun setidak-tidaknya, penulis  pernah memberi pendapat, dan kebetulan benar-benar berlaku.

19 May 2018

KRISIS DUA KETUA MENTERI: FAKTA TIDAK PERNAH BERBOHONG

TERSANGAT jelas dan terang, keputusan PRU-14 Sabah, Bn menang 29 kerusi Dun, PWS 21, DAP 6, PKR 2 dan STAR 2.

Oleh kerana PWS, DAP dan PKR sepasukan, maka menyebabkan jumlah kerusi antara Bn dan (PWS,DAP PKR) seimbang. 

Parti STAR menjadi parti penentu kuasa. Sebagai parti yang sah, bebas memilih, mana pihak yang dipilih untuk disertai.

Pada 10 Mei, sekitar 12.30 pagi, STAR memuutuskan untuk bekerjasama dengan Bn membentuk kerajaan. Apabila Bn dan STAR mengumpul 31 ADUN, iaitu kuasa majoriti mudah DUN Sabah, maka Pengerusi Bn Sabah- Tan Sri Musa Aman menyembahkan keputusan itu kepada Istana Negeri.

Ekoran majoriti mudah itu, maka Musa dan kabinet mengangkat sumpah pada malam itu juga.

Namun, tindakan para penjahanam demokrasi, selain khianat kepada para pengundi yang memberi mereka kemenangan, pada pagi 11 Mei, 2 ADUN UPKO dan 4 ADUN UMNO melompat menyokong Datuk Shafie Apdal.

Akibat tindakan 6 ADUN itu, secara teknikal, Musa kehilangan sokongan majoriti DUN. 

Namun, perkara utama yang berlegar-legar pada perlantikan Datuk Shafie adalah berkaitan perlembagaan Sabah dan kuasa TYT Sabah, apabila beliau melantik Datuk Shafie pada 12 Mei, sedangkan, perlantikan Musa masih berkuat kuasa. Musa belum meletakkan jawatan, semasa Shafie dilantik. Perkara ini lah yang bakal diputuskan mahkamah, yang mana satu Ketua Menteri yang sah.

Jika ada pihak yang mengatakan, bahawa perlantikan Shafie adalah demokratik, kerana tindakan katak, namun perlantikan beliau dengan jelas bukan pilihan rakyat. 

PRU-14 Sabah dengan jelas dan nyata, parti Shafie bukan pilihan rakyat, kerana hanya menang 21, berbanding Bn 29. Jangan sesekali mengubah fakta untuk mengelirukan.

Sabah Chief Minister Crisis: Not About Power But Rule of Law and Sabah Constitution- Masidi

The court action taken by Chief Minister Tan Sri Musa is not about power struggle to be Chief Minister but about the respect and compliance on the Rule of Law and the Constitution of the State of Sabah. It is also necessary to enable the Court to determine & interprete the legal provisions in respect of powers of the TYT Yang DiPertua Negeri under the Constitution in the appointment of Chief Minister.

According to constitutional law experts including a former Sabah Attorney-General, Musa had a simple majority of 31 members when Parti Solidariti Tanah Airku’s (STAR) 2 members agreed to form a coalition government with Musa’s 29 members, when he was sworn in Chief Minister on the night of 10th May 2018.

Whatever that may be said of STAR amidst accusations of hopping or frogging, they had the freedom of association under Article 10 of the Federal Constitution.

As the role of “kingmakers” to the 29 seats under Barisan Nasional and the 29 seats under the Warisan-Pakatan Harapan coalition, they were at liberty to choose which side to form the Sabah government. Either way, it would be a perfectly legitimate government with a simple majority of 31 seats.

Despite being the lawfully installed Chief Minister, moves to destabilize the democratically elected government by inducing lawmakers to jump to the other side is an abuse of the Rule of Law and a mockery of the process of democracy and a betrayal of the trust of the people who have voted them in.

The legal action filed by Musa is also an opportunity for the Court to determine once and for all the extent of powers of the TYT Yang DiPertua who is a constitutional head of State (& who acts on the advice of the Chief Minister and State Cabinet) in appointing another Chief Minister within days of having legally sworn in the first one.

Regardless of the outcome of the court action, it is all about the respect of the Rule of Law, the Sabah Constitution & the exercise of powers of the TYT Yang DiPertua Negeri after the installation of the Chief Minister and his Cabinet. The law should be allowed to take its course without any interference. Everyone should accept & respect the Court’s eventual verdict.

Datuk Seri Panglima Masidi Manjun,
Karanaan assemblyman

KEWANGAN SABAH BERCELARU?

JIKA diteliti rekod simpanan kewangan negeri Sabah bermula tahun 2002 hanya berjumlah RM184juta, namun pada masa ini, telah berjumlah RM3.74bilion, meningkat sebanyak RM3.566bilion atau 1932.61% selama 16 tahun, pada purata RM222.250juta setahun (120.79% setahun).

Selain itu, rekod kewangan negeri selama 16 tahun diberikan sijil tanpa teguran daripada Ketua Audit Negara selama 16 tahun berturut-turut, selain penarafan AAA daripada RAM RATING 7 tahun berturut-turut sehingga tahun 2017.

Bukan itu sahaja, Bajet kerajaan Negeri sentiasa surplus, selain bajet yang sentiasa mencatit rekod tertinggi. Bajet tahun 2018 melebihi RM4bilion dengan lebihan RM49juta.

Sebenarnya, dakwaan Datuk Shafie Apdal, untuk memegang jawatan Kementerian Kewangan bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan, yang mana Ketua Menteri atau Perdana Menteri tidak memangku sebarang jawatan, Bagi tujuan mengelirukan rakyat Sabah khasnya, beliau memberi alasan, kononnya mahu membersihkan "kewangan Sabah Yang Bercelaru". Kenyataan beliau, hanya merupakan kenyataan menjustifikasi tindakan beliau memangku jawatan Kementerian Kewangan.

Untuk sementara, memanglah, Shafie menjalankan tugas sebagai Ketua Menteri dan menteri kewangan, namun, ianya bukanlah berasaskan Perlembagaan Negeri, kerana perlantikan beliau masih dicabar oleh di mahkamah.

Pada 19 Jun, akan disebut semula saman TS Musa Aman berkaitan perlantikan Shafie pada 12 Mei, 2018.

MENTERI KANAN PERSEKUTUAN- KETEPIKAN SABAH & SARAWAK

SEJARAH berulang, apabila Sabah & Sarawak bukan sebahagian daripada pembuat keputusan utama halatuju dan pemerintahan negara.

Sabah dan Sarawak mempunyai 56 kawasan Parlimen, 25 bagi Sabah dan 31 Sarawak. 

Pada PRU-14, parti yang berafiliasi dengan Pakatan Harapan menang 24 kerusi parlimen. Berbeza dengan PPBM dan Amanah yang mempunyai 24 ahli parlimen, akan tetapi selain jawatan Perdana Menteri, akan tetapi 6 menteri kanan.

Jika menjadi kenyataan, jumlah seluruh kementerian adalah 25. Kerana 14 kementerian kanan telah diisi, maka berbaki 11 kementerian biasa.

Sabah & Sarawak yang masih terbelakang berkaitan kemajuan & pembangunan, sepatutnya menerajui kementerian KKLW & Pelajaran. Selain itu, isu keselamatan yang dihadapi Sabah, menerusi ESSZONE, juga sepatutnya kementerian Pertahanan diberikan kepada wakil rakyat Sabah.

Keputusan PRU-14, perincian ahli parlimen yang berafiliasi dengan PH di Sabah, PWS 8, PKR 8 dan DAP 9.

Jika dibandingkan dengan kerusi keseluruhan, maka PKR Semenanjung berjumlah 39 (47-8), DAP 33 (42-9) dan apabila dicampur dengan PPBM-13 dan Amanah 11, menjadikan jumlah keseluruhan 96 daripada 165 atau 58.18%. Walaupun jumlah keseluruhan kerusi yang dimenangi parti yang berafiliasi dengan PH di Sabah & Sarawak hanya 24 atau 42.9%), jumlah itu cukup siginifikan kepada jumlah kerusi PH secara keseluruhan.

Hakikatnya jumlah kerusi-kerusi yang disumbangkan oleh Sabah & Sarawak sama dengan kerusi-kerusi yang disumbangkan PPBM & Amanah. 

Berasaskan lantikan menteri kanan, mungkin bukan didasarkan kepaada parti atau wilayah, akan tetapi lebih kepada persnonaliti. Nampak gayanya, setakat ini, di mata kerajaan Persekutuan yang baru, belum terdapatnya personaliti daripada Sabah & Sarawak layak menduduki jawatan kanan di peringkat Persekutuan.

18 May 2018

KEPADA SHAFIE- YOUR'RE NOT VOTED IN

KEPUTUSAN PRU-14 jelas, BN 29, PWS 21, DAP 6, PKR 2 dan STAR 2.

Menerusi keputusan itu, maka perlu penggabungan antara parti untuk menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah.

Bn berkerjasama dengan STAR seawal 12.30 pagi pada 10 Mei, 2018. Tan Sri Musa Aman telah memaklumkan Istana bahawa Bn dan STAR telah berkerjasama, dengan kerjasama itu, maka beliau mempunyai sokongan majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan, dan mencadangkan beliau mengangkat sumpah pada 10 pagi. Namun, halangan yang dilakukan oleh pihak istana (diakui sendiri oleh ADUN Tanjong Batu- Datu Hamisah Samat yang dilaporkan oleh Harian Express, bahawa menerusi halangan-halangan itu menyebabkan beliau terfikir, bahawa Musa tidak akan dilantik. Bagaimanapun, Musa mengangkat sumpah pada pukul 11 malam hari yang sama).

Penangguhan melantik Musa, telah memberi ruang kepada rundingan-rundingan, ianya menyebabkan pada pagi 11 Mei, UPKO telah keluar daripada Bn dan memberi sokongan kepada Datuk Shafie Apdal, selain itu, tindakan 4 ADUN Umno yang melompat, secara teknikal, Musa hanya mempunyai sokongan 25, 12 ADUN Umno, 6 ADUN PBS, 3 ADUN UPKO (Datuk Masiung Banah, Datuk Bobby Suan, Datuk Limus Jury), 2 ADUN PBRS dan 2 ADUN STAR.

Persoalan yang menybabkan KRISIS PERLEMBAGAAN, adalah pengistiharan berkaitan PERLANTIKAN Tan Sri Musa Aman pada 11 malam 10 Mei, 2018, menurut perlembagaan negeri. Perkara inilah yang diputuskan oleh mahkamah, bukannya keadaan selepas itu.

Pada 10 Mei, 2018, dengan jelas Musa mempunyai 31 ADUN daripada 60 ADUN Sabah. Berasaskan jumlah itu, beliau mengangkat sumpah jawatan, demikian juga 10 anggota kabinet beliau menerima watikah perlantikan, dan seterusnya mengangkat sumpah. Berikutan kerajaan rasmi dan sah telah dibentuk, maka Musa mempengerusi Mesyuarat Kabinet pertama pada 12 Mei, 2018.

Pada 12 Mei, kira-kira pukul 9.15 malam, meskipun, Musa mengelurkan kenyataan 2 jam sebelum itu, bahawa beliau masih merupakan Ketua Menteri, dan tiada siapa yang meletakkan jawatan termasuk anggota kabinet beliau, namun TYT meneruskan perlantikan Datuk Shafie Apdal ke jawatan Ketua Menteri. Menerusi tindakan itu, maka Sabah mencipta sejarah di dunia, pada satu-satu masa mempunyai dua Ketua Menteri.

Sabah juga mencatit sejarah apabila mempunyai dua kumpulan anggota kabinet, pada satu-satu masa, kerana pada 16 Mei, kabinet Shafie telah mengangat sumpah jawatan.

Pada 17 Mei, 2018, TS Musa Aman telah menyaman Tun Juhar Mahiruddin (TYT Sabah) dan Datuk Shafie, menerusi tetuan Ahmad & Co, bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau kekal sebagai Ketua Menteri yang sah mengikut peruntukan undang-undang. Pengisytiharan itu, bagi menghalang kerajaan yang ditubuhkan secara pakasa dengan menggunakan cara tipu helah ( Tan Sri Herman Luping- mantan Peguam Negeri Sabah).

Selain itu, Herman juga mengeritik perlantikan Shafie sebagai tindakan memperolok demokrasi.

Berasaskan senario yang berlaku, dakwaan Shafie, bahawa beliau telah dipilih rakyat (voted in) sebenarnya dakwaan beliau tidak berasaskan fakta, kerana jelas semua rakyat tahu, bahawa parti beliau tidak dipilih dan tidak diberi mandat oleh rakyat Sabah.

Sebutan semula kes saman ini akan didengar pada 19 Jun di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu. Sebelum tarikh itu, dalam tempoh 14 hari TYT dan Shafie perlu menjawab saman itu selepas saman itu diserahkan kepada mereka.

Musa dalam kes saman ini, akan dibantu QC daripada England, iaitu QC yang pernah membantu memenangkan TS Pairin semasa Presiden PBS itu Ketua Menteri tahun 1986.

17 May 2018

RUMAH TERBAKAR-TIKUS BERLARIAN

BARU penulis percaya, dakwaan Tun Dr Mahathir sebelum PRU-14, sebelum beliau keluar daripada Umno, sebelum beliau mendesak DS Najib Razak meletakkan jawatan, bahawa para penyokong Dato Seri Najib Razak, adalah pemakan dedak.

Kini terbukti, baru seminggu PRU-14 berlabuh, menyaksikan Bn yang berkuasa selama 61 tahun tumbang, para pemakan dedak, bukan sahaja seperti kucing basah, akan tetapi habis berlarian, ibarat rumah terbakar tikus berlarian.

Di kala, DS Najib Razak berdepan dengan berbagai tekanan, selain dilarang untuk keluar negara, meskipun belum ditahan rumah, semasa rumah beliau digeledah di malam bermulanya Ramadhan, sehinggakan beliau tidak sempat bertukar baju sepulang daripada solat terawih, malah tertidur atas kerusi, kerana serbuhan di rumah kediaman beliau oleh pihak polis, tanpa pengetahun Perdana Menteri ( Menurut Tun Dr Mahathir seperti yang dilaporkan berbagai media, termasuk media arus perdana), tiada pemakan dedak bersuara, malah yang bersuara adalah MP Permatang Pauh daripada PKR Nurul Izzah Anwar dan disokong MP Shah Alam- Khalid Samad daripada Amanah, yang mana menurut anak Anwar itu, tindakan polis di tengah malam itu, sesuatu tindakan yang tidak wajar dilakukan.

DS Najib Razak dibiarkan bersendirian, seolah-olah beliau adalah penjenayah. Jika benar beliau, penjenayah, rupanya penyokong dan mereka yang memuja beliau selama ini, adalah pelindung kepada penjenayah. Jika demikian, wajar lah rakyat melakukan tsunami kepada Bn, sehinggakan semua negeri, kecuali Sarawak, Perlis dan Pahang selain Sabah pada PRU-14.

Biar lah menjadi catitan sejarah, bahawa DS Najib Razak, adalah seorang pemimpin yang dipuja ketika ada kuasa. Ini lah kali pertama berlaku di negara ini, seorang pemimpin, tiada kawan yang bersimpati. Kalau pun ada yang bersimpati, mereka itu bukan termasuk dalam pemakan dedak.

Keadaan yang dialami Najib, tidak berlaku pada semua pemimpin yang kehilangan kuasa di negara ini. Rupanya sokongan kepada beliau selama ini, kerana dedak!!!! Tahniah TUN DR Mahathir, kerana menjawab sendiri dakwaan, berkaitan pemakan dedak!!!!

16 May 2018

APABILA PERJUANGAN KERANA PERUT

Datuk Hamisah Samat
PENULIS tertarik dengan kenyataan ADUN KATAK, ADUN Tanjong Batu, Datuk Hamisah Samat yang disiarkan Harian Ekpress pada Rabu, 16 Mei 2018, kononnya, asas beliau melompatkan, kerana pertimbangan, bagai mana menjalankan fungsi sebagai wakil rakyat, jika hanya bergantung pada elaun sebagai ADUN. 

Menerusi kenyataan itu, seolah-olah kerajaan yang menerintah, langsung tidak akan memajukan kawasan yang diwakili parti pembangkang. Hakikatnya, bukanlah demikian, kerana kerajaan yang memerintah bertangungjawab memajukan semua kawasan, bezanya peruntukan tidak disalurkan menerusi wakil daripada parti pembangkang, sebaliknya ditadbir urus oleh pejabat daerah menerusi wakil rakyat yang diberitanggungjawab mengurus sesebuah kawasan.

Nampak sangat, nawaitu ADUN Tanjong Batu itu, hanya mahu meneruskan, apa yang beliau pernah nikmati semasa menjadi ADUN Bn, yang mana peruntukan-peruntukan kerajaan disalurkan menerusi beliau. Nampak gayanya, beliau mengharapkan, bahawa kerajaan baru akan meneruskan tatakerja kerajaan lama.

Jika diteliti benar, kenyataan Datuk Shafie Apdal, jika memang kenyataan itu dipatuhi, bahawa peruntukan kerajaan bagi sesebuah kawasan, sepenuhnya dilaksanakan secara profesional, ertinya akan dilaksanakan oleh jabatan-jabatan kerajaan, bukannya tertakluk kepada wakil-wakil rakyat. Jika tatacara kerja itu digunapakai, nampak gayanya, Datuk Hamisah kempunaan, kerana apa yang diharapkan, tidak menjadi kenyataan. Jika itu berlaku, maka ianya menjadi hukuman kepada beliau yang mengkhianti parti dan penyokong yang memberikan beliau kemenangan untuk menjadi wakil rakyat.

Penulis juga, tertanya-tanya, berkaitan kenyataan ADUN Tanjong Batu itu, semasa peristiwa perlantikan Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri pada malam 10 Mei, di mana menurut beliau, "pihak Istana Negeri" tiada kerjasama sehinggakan, beliau berpendapat masa itu, Musa tidak bakal dilantik. Namun, hakikatnya Musa dan Kabinet beliau mengangkat sumpah pada malam itu juga. Satu pertanyaana yang perlu dijawab "apa maksud kenyataan ADUn tersebut".

15 May 2018

Tindakan PBS Tahun 1990 Jauh Lebih Terhormat

Penjahanam Demokrasi
Dato Seri Dr Mahathir (kini Tun) semasa parti PBS keluar daripada Bn diambang pengundian pada PRU tahun 1990 untuk bergabung dengan Barisan Alternatif (S-46-DAP) pimpinan Tengku Razaleigh dipanggil sebagai TIKAM BELAKANG. Istilah itu, akhirnya berakhir dengan sendirinya pada 11 Mei 2018, kerana tindakan PBS itu lebih terhormat berbanding tindakan parti UPKO, pimpinan Datuk Madius Tangau.

Tindakan PBS pimpinan Datuk Pairin Kitingan (kini Tan Sri) pada tahun 1990 yang dianggap selama ini sebagai tindakan tikam belakang, sebenarnya lebih bermoral berbanding tindakan UPKO.

Tindakan PBS tahun 1990, masih memberi peluang kepada bekas rakan untuk bangkit, berbanding tindakan UPKO, yang menyebabkan rakan mendapat pukulan maut.

Kepada Datuk Shafie, dan para pemimpin parti Warisan Sabah, mungkin anda-anda sekarang ini sedang bergembira, kerana anda-anda mempunyai "numbers" dan secara teknikal, Kerajaan yang dibentuk pada 10 Mei, 2018, kehilangan majoriti mudah ADUN.

Anda-anda dibantu mendapat kuasa oleh mereka yang tidak bermoral. Yakinlah, para pemimpin seumpama ini, akan terus melakukan tindakan sama, kerana matlamat mereka hanya untuk kepentingan peribadi. Mereka beranggapan menjadi sebahagian daripada kerajaan Pusat, maka akan menguntungkan mereka, kerana akan mendapat habuan projek, berbanding dengan kerajaan yang tidak separti dengan kerajaan pusat.

Kelantan, sejak tahun 1990, merupakan kerajaan yang tidak separti dengan kerajaan Pusat, namun tiada seorangpun ADUN menyeberang, walaupun pada tahun 2004, mereka hanya mempunyai kelibihan 2 kerusi berbanding parti yang memerintah Pusat. Bayangkan, selama 28 tahun, para wakil rakyat Kerajaan Kelantan boleh bertahan sebagai pembangkang kepada kerajaan Pusat, namun masih bertahan, kerana mereka itu adalah pemimpin bermoral dan amanah. Bagi UPKO dan dan beberapa ADUN UMNO, tidak sampai 24 jam parti yang mereka wakili kehilangan kuasa telah berpaling tadah, malah tindakan mereka menyebabkan kerajaan yang ditubuhkan jatuh secara teknikal. Tindakan mereka, bukan sahaja tindakan tidak bermoral, akan tetapi menjahanam sistem demokrasi, mengabaikan amanah pengundi yang mengundi mereka. Tindakan mereka itu, perlu dinoktahkan, kerana ianya tidak perlu diwarisi.

Tun Dr Mahathir Bakal Menerajui GABUNGAN BUMIPUTERA?

MENARIK sekali melihat KEPUTUSAN PRU-14 di peringkat Parlimen. 

Berasaskan kedudukan sekarang: PH 113 (PKR 47, DAP 42, PPBM 13, Amanah 11), BN 79, Pas 18 lain-lain 12 ( Warisan 8, Ind 3, Star 1).

PH mempunyai 113 kerusi ditambah dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) menjadikan jumlah kerusi keseluruhan 121. Di atas kertas, tambahan 2 kerusi, 1 daripada UPKO dan 1 daripada PBRS, parti komponen Bn yang telah keluar daripada Bn. Bermakna PH mempunyai sokongan pada masa ini sebanyak 123 kerusi parlimen.

Sarawak sudah menyatakan tidak akan menyertai PH, kemungkin akan bersendirian. Jika Demikian, maka kerusi Bn hanya berbaki 58.

Pada keadaan sekarang, kedudukan Tun Dr Mahathir dengan 13 kerusi, sebenarnya tidak selamat, apa tah lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal diampunkan, dan membolehkan beliau bertanding pada PRK.

Pada keadaan sekarang, kekuatan Tun Dr Mahathir hanya terletak pada kerusi PPBM-13 dan Warisan 8, yang berjumlah 21.

Jika PKR, DAP dan Amanah bergabung, hanya berjumlah 100 kerusi, kurang 12 kerusi bagi majoriti mudah, jika Warisan bergabung, hanya berjumlah 108, kurang 4 kerusi, tanpa PPBM. Kemungkinan akan dapat kerusi itu menerusi MP yang melompat.

Perlu diingat, apabila Anwar bebas, beliau tidak akan menunggu lama untuk memaksa Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan. Anwar telah merancang begitu lama untuk menjadi Perdana Menteri, sebelum pun beliau dipecat daripada TPM pada tahun 1998.

Senario yang bakal berlaku, PPBM bakal bergabung dengan Bn, tetapi jumlahnya hanya 58+13=71, jika tanpa MP Pekan, maka berjumlah 70, jika Amanah (11) Pas (18) dan Sarawak (19), maka akan berjumlah 118, jika Warisan turut sama, maka akan berjumlah 126. Jumlah ini menujukkan gabungan bumiputera yang sebenar-benarnya.

Jika gabungan ini menjadi realiti, maka Anwar bersama PKR dan DAP akan menjadi pembangkang. Mungkin keadaan ini akan menjadikan sistem demokrasi negara menunju kepada sistem dua parti.

Menerusi gabungan baru itu, keadaan Tun Dr Mahathir lawan DS Anwar berulang lagi. Dalam politik semuanya berlaku. Apa tah keadaan sekarang, bumiputera adalah kumpulan pembangkang di tanah air nya sendiri.

Tun Dr Mahathir tidak akan meninggalkan bumiputera menjadi pengemis di tanah air sendiri. Satu senario yang perlu dipertimbangkan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels