18 May 2018

KEPADA SHAFIE- YOUR'RE NOT VOTED IN

KEPUTUSAN PRU-14 jelas, BN 29, PWS 21, DAP 6, PKR 2 dan STAR 2.

Menerusi keputusan itu, maka perlu penggabungan antara parti untuk menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah.

Bn berkerjasama dengan STAR seawal 12.30 pagi pada 10 Mei, 2018. Tan Sri Musa Aman telah memaklumkan Istana bahawa Bn dan STAR telah berkerjasama, dengan kerjasama itu, maka beliau mempunyai sokongan majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan, dan mencadangkan beliau mengangkat sumpah pada 10 pagi. Namun, halangan yang dilakukan oleh pihak istana (diakui sendiri oleh ADUN Tanjong Batu- Datu Hamisah Samat yang dilaporkan oleh Harian Express, bahawa menerusi halangan-halangan itu menyebabkan beliau terfikir, bahawa Musa tidak akan dilantik. Bagaimanapun, Musa mengangkat sumpah pada pukul 11 malam hari yang sama).

Penangguhan melantik Musa, telah memberi ruang kepada rundingan-rundingan, ianya menyebabkan pada pagi 11 Mei, UPKO telah keluar daripada Bn dan memberi sokongan kepada Datuk Shafie Apdal, selain itu, tindakan 4 ADUN Umno yang melompat, secara teknikal, Musa hanya mempunyai sokongan 25, 12 ADUN Umno, 6 ADUN PBS, 3 ADUN UPKO (Datuk Masiung Banah, Datuk Bobby Suan, Datuk Limus Jury), 2 ADUN PBRS dan 2 ADUN STAR.

Persoalan yang menybabkan KRISIS PERLEMBAGAAN, adalah pengistiharan berkaitan PERLANTIKAN Tan Sri Musa Aman pada 11 malam 10 Mei, 2018, menurut perlembagaan negeri. Perkara inilah yang diputuskan oleh mahkamah, bukannya keadaan selepas itu.

Pada 10 Mei, 2018, dengan jelas Musa mempunyai 31 ADUN daripada 60 ADUN Sabah. Berasaskan jumlah itu, beliau mengangkat sumpah jawatan, demikian juga 10 anggota kabinet beliau menerima watikah perlantikan, dan seterusnya mengangkat sumpah. Berikutan kerajaan rasmi dan sah telah dibentuk, maka Musa mempengerusi Mesyuarat Kabinet pertama pada 12 Mei, 2018.

Pada 12 Mei, kira-kira pukul 9.15 malam, meskipun, Musa mengelurkan kenyataan 2 jam sebelum itu, bahawa beliau masih merupakan Ketua Menteri, dan tiada siapa yang meletakkan jawatan termasuk anggota kabinet beliau, namun TYT meneruskan perlantikan Datuk Shafie Apdal ke jawatan Ketua Menteri. Menerusi tindakan itu, maka Sabah mencipta sejarah di dunia, pada satu-satu masa mempunyai dua Ketua Menteri.

Sabah juga mencatit sejarah apabila mempunyai dua kumpulan anggota kabinet, pada satu-satu masa, kerana pada 16 Mei, kabinet Shafie telah mengangat sumpah jawatan.

Pada 17 Mei, 2018, TS Musa Aman telah menyaman Tun Juhar Mahiruddin (TYT Sabah) dan Datuk Shafie, menerusi tetuan Ahmad & Co, bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau kekal sebagai Ketua Menteri yang sah mengikut peruntukan undang-undang. Pengisytiharan itu, bagi menghalang kerajaan yang ditubuhkan secara pakasa dengan menggunakan cara tipu helah ( Tan Sri Herman Luping- mantan Peguam Negeri Sabah).

Selain itu, Herman juga mengeritik perlantikan Shafie sebagai tindakan memperolok demokrasi.

Berasaskan senario yang berlaku, dakwaan Shafie, bahawa beliau telah dipilih rakyat (voted in) sebenarnya dakwaan beliau tidak berasaskan fakta, kerana jelas semua rakyat tahu, bahawa parti beliau tidak dipilih dan tidak diberi mandat oleh rakyat Sabah.

Sebutan semula kes saman ini akan didengar pada 19 Jun di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu. Sebelum tarikh itu, dalam tempoh 14 hari TYT dan Shafie perlu menjawab saman itu selepas saman itu diserahkan kepada mereka.

Musa dalam kes saman ini, akan dibantu QC daripada England, iaitu QC yang pernah membantu memenangkan TS Pairin semasa Presiden PBS itu Ketua Menteri tahun 1986.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels