17 May 2018

RUMAH TERBAKAR-TIKUS BERLARIAN

BARU penulis percaya, dakwaan Tun Dr Mahathir sebelum PRU-14, sebelum beliau keluar daripada Umno, sebelum beliau mendesak DS Najib Razak meletakkan jawatan, bahawa para penyokong Dato Seri Najib Razak, adalah pemakan dedak.

Kini terbukti, baru seminggu PRU-14 berlabuh, menyaksikan Bn yang berkuasa selama 61 tahun tumbang, para pemakan dedak, bukan sahaja seperti kucing basah, akan tetapi habis berlarian, ibarat rumah terbakar tikus berlarian.

Di kala, DS Najib Razak berdepan dengan berbagai tekanan, selain dilarang untuk keluar negara, meskipun belum ditahan rumah, semasa rumah beliau digeledah di malam bermulanya Ramadhan, sehinggakan beliau tidak sempat bertukar baju sepulang daripada solat terawih, malah tertidur atas kerusi, kerana serbuhan di rumah kediaman beliau oleh pihak polis, tanpa pengetahun Perdana Menteri ( Menurut Tun Dr Mahathir seperti yang dilaporkan berbagai media, termasuk media arus perdana), tiada pemakan dedak bersuara, malah yang bersuara adalah MP Permatang Pauh daripada PKR Nurul Izzah Anwar dan disokong MP Shah Alam- Khalid Samad daripada Amanah, yang mana menurut anak Anwar itu, tindakan polis di tengah malam itu, sesuatu tindakan yang tidak wajar dilakukan.

DS Najib Razak dibiarkan bersendirian, seolah-olah beliau adalah penjenayah. Jika benar beliau, penjenayah, rupanya penyokong dan mereka yang memuja beliau selama ini, adalah pelindung kepada penjenayah. Jika demikian, wajar lah rakyat melakukan tsunami kepada Bn, sehinggakan semua negeri, kecuali Sarawak, Perlis dan Pahang selain Sabah pada PRU-14.

Biar lah menjadi catitan sejarah, bahawa DS Najib Razak, adalah seorang pemimpin yang dipuja ketika ada kuasa. Ini lah kali pertama berlaku di negara ini, seorang pemimpin, tiada kawan yang bersimpati. Kalau pun ada yang bersimpati, mereka itu bukan termasuk dalam pemakan dedak.

Keadaan yang dialami Najib, tidak berlaku pada semua pemimpin yang kehilangan kuasa di negara ini. Rupanya sokongan kepada beliau selama ini, kerana dedak!!!! Tahniah TUN DR Mahathir, kerana menjawab sendiri dakwaan, berkaitan pemakan dedak!!!!

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels