19 May 2018

KRISIS DUA KETUA MENTERI: FAKTA TIDAK PERNAH BERBOHONG

TERSANGAT jelas dan terang, keputusan PRU-14 Sabah, Bn menang 29 kerusi Dun, PWS 21, DAP 6, PKR 2 dan STAR 2.

Oleh kerana PWS, DAP dan PKR sepasukan, maka menyebabkan jumlah kerusi antara Bn dan (PWS,DAP PKR) seimbang. 

Parti STAR menjadi parti penentu kuasa. Sebagai parti yang sah, bebas memilih, mana pihak yang dipilih untuk disertai.

Pada 10 Mei, sekitar 12.30 pagi, STAR memuutuskan untuk bekerjasama dengan Bn membentuk kerajaan. Apabila Bn dan STAR mengumpul 31 ADUN, iaitu kuasa majoriti mudah DUN Sabah, maka Pengerusi Bn Sabah- Tan Sri Musa Aman menyembahkan keputusan itu kepada Istana Negeri.

Ekoran majoriti mudah itu, maka Musa dan kabinet mengangkat sumpah pada malam itu juga.

Namun, tindakan para penjahanam demokrasi, selain khianat kepada para pengundi yang memberi mereka kemenangan, pada pagi 11 Mei, 2 ADUN UPKO dan 4 ADUN UMNO melompat menyokong Datuk Shafie Apdal.

Akibat tindakan 6 ADUN itu, secara teknikal, Musa kehilangan sokongan majoriti DUN. 

Namun, perkara utama yang berlegar-legar pada perlantikan Datuk Shafie adalah berkaitan perlembagaan Sabah dan kuasa TYT Sabah, apabila beliau melantik Datuk Shafie pada 12 Mei, sedangkan, perlantikan Musa masih berkuat kuasa. Musa belum meletakkan jawatan, semasa Shafie dilantik. Perkara ini lah yang bakal diputuskan mahkamah, yang mana satu Ketua Menteri yang sah.

Jika ada pihak yang mengatakan, bahawa perlantikan Shafie adalah demokratik, kerana tindakan katak, namun perlantikan beliau dengan jelas bukan pilihan rakyat. 

PRU-14 Sabah dengan jelas dan nyata, parti Shafie bukan pilihan rakyat, kerana hanya menang 21, berbanding Bn 29. Jangan sesekali mengubah fakta untuk mengelirukan.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels